Movie Review : Badang
Wednesday, 1 August 2018
Pengarah : Abdul
Razak Mohaideen
Penulis Skrip : Azlan
Syah, Azhari Mohd Zain
Pelakon : Dato’ Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd
Zain, Fauzi Nawawi, Aminah Raphor, Nadia Brian, Esma Daniel, Douglas Lim dan Jesse Lim
Genre : Komedi/Aksi/Fantasi
Durasi Tayangan : 105
minit
Tarikh Tayangan : 15
Februari 2018
Syarikat Produksi : Fita
Studios
Pengedar : Empire
Film Solution
Trailer :
Entah kenapa nak tengok walaupun
banyak negative reviews, yang gigih tengok semata nak kutuk pun ramai. Mungkin
sebab ada satu review yang kata Aliff Syukri boleh bawa watak antagonis tapi
lepas layan sendiri dan tengok kemampuan dia, tak lah sebagus mana yang dia
canangkan pun. Tengok poster pun dah geleng kepala apa lagi keseluruhan movie.
Tak faham macam mana movie ni
diwujudkan untuk hiburan kanak-kanak sedangkan ada unsur keganasan melampau
oleh Abang Thai (Fauzi Nawawi) dan geng Naga, scene mabuk berjemaah, scene Tisha (Fasha Sandha) hampir dirogol,
scene tragis Mak Siah (Aminah Raphor) dilanggar kereta secara sengaja oleh geng
Naga. Disebabkan semua scene ni, movie Badang diklasifikasikan untuk penonton
berumur 13 tahun ke atas walhal kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah. Pffttt
Badang era baru tak sama seperti
mitos klasik zaman purbakala bilamana Badang kuat kerana muntah jin tapi kuat
kerana mempunyai magis yang diambil dari buluh. Ibaratnya mencuri magis Anak
Buluh Betung tapi menggunakan populariti Badang. 25 tahun lalu atau 300 purnama
sebelumnya, Mak Siah dan suaminya pergi mengutip buluh di hutan kemudian
membawa pulang buluh sakti yang mempunyai bayi ajaib.
Perempuan misteri yang cantik (Nadia
Brian) muncul melarang supaya mereka berdua menyimpan rahsia bayi ni sehingga
300 purnama. Cukup 300 purnama, bayi ajaib ni akan menyelamatkan dunia
menggunakan kuasa sakti dari asal-usulnya, buluh. Jadi kekuatan Badang akan
wujud bila dia menyentuh buluh tapi kelemahan Badang ialah air. Sebagai manusia
lembik dan lembut di kolej, Badang memang sepenuhnya bergantung kepada kuasa
buluh.
Dengan kuasa yang ada, Badang
berjaya tawan hati Tisha di kolej dan menceritakan tentang kisah hidupnya.
Tisha yang jatuh hati pada Badang mencipta kostum hijau yang diselaputi buluh
dalam masa agak singkat dengan entah apa kebolehan yang ada. Tahu-tahu je dah
siap. Sejak dari hari tu, Badang memang aktif sebagai adiwira dan mula
mengabaikan Tisha.
Terdesak dengan ugutan Abang Thai,
Tisha membawa Badang ke markas geng Naga dan Badang dibelasah sehingga lunyai
lepas disimbah dengan air secara berjemaah. Kawan baik Badang, Sarep (Azhari
Zain) datang membantu kemudian mendapat misi baru untuk tumpaskan Abang Thai
dalam operasi seludup jongkong emas bernilai RM100 juta.
First half not bad lah boleh lagi
nak gelak tengok jalan cerita merapu dan beberapa VFX yang cantik contoh macam
scene perempuan misteri muncul dan halimunan Badang tapi masuk second half
terseksanya nak tunggu ending. Kenapa entah movie ni wujud. Kalau ye pun untuk
eksperimen, buat lah jalan cerita elok sikit. Tahun 1992 (2017-25) wujud lagi
ke manusia tinggal dalam hutan tak berpenghuni hidup dengan hasil buluh?
Menangis Tun Mahathir kalau layan movie ni.
Lakonan Aliff Syukri memang sedih
tambah pula bila dia terlebih beremosi untuk beberapa scene. Chemistry dia
dengan Fasha Sandha pun tak wujud walaupun lakonan Fasha dah berapa kali cuba
selamatkan lakonan Aliff Syukri tapi tetap gagal. Even worst lakonan Fasha pun
nampak lemah, entah kenapa dia nak berlakon watak picisan macam ni. Kalau tahap
watak Badang adalah usaha terbaik Aliff Syukri dalam bidang lakonan, ada
eloknya dia berhenti je lah dekat sini. Kesian orang lain tersiksa.
Sembang pasal VFX tadi, kalau
first half cantik, masuk je second half memang hancur teruk. Hangat-hangat tahi
ayam saja kerjanya. Murung bila tengok scene Badang bawa Tisha mengembara satu
dunia untuk cipta momen romantic tapi murung bagi audience sebab Tisha sorang
je yang terpesona dengan kecantikan palsu ciptaan Badang.
Tak faham kenapa Badang perlu lemah teruk dengan air sedangkan buluh yang kita tahu terkenal dengan kegunaannya yang pelbagai. Lagi berkualiti pokok buluh tu bila tumbuh di kawasan yang agak basah jadi kenapa adiwira Badang hilang punca bila bertindakbalas dengan air? Adiwira lain mempunyai kuasa mirip dengan sumber kuasanya tapi Badang asal tangkap muat je.
Tak faham kenapa Badang perlu lemah teruk dengan air sedangkan buluh yang kita tahu terkenal dengan kegunaannya yang pelbagai. Lagi berkualiti pokok buluh tu bila tumbuh di kawasan yang agak basah jadi kenapa adiwira Badang hilang punca bila bertindakbalas dengan air? Adiwira lain mempunyai kuasa mirip dengan sumber kuasanya tapi Badang asal tangkap muat je.
Filem Badang bukan sahaja
memperlihatkan kelemahan Aliff Syukri sebagai pelakon dan beberapa pelakon lain
yang hilang aura walaupun bagus berlakon sebelum ni, tapi kelemahan syarikat
produksi Badang bilamana FITA Studios datang dari Fakulti Animasi, Televisyen
dan Filem, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sedih bila tengok generasi baru
tak mampu bawa banyak perubahan untuk industri perfileman.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.1, 5. Casting +0.2, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.1,
9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought 0 = 2.3/10