Sebelum ni memang tak pernah tahu
pun apa kegunaan cleansing water ataupun betapa pentingnya untuk kulit whether
pakai makeup ataupun tak. Selama ni memang tak pernah guna langsung. Nak buang
makeup? Just cuci muka.
Tapi lepas ternampak post tentang
kegunaan cleansing water ni baru faham yang makeup tak tertanggal secara
efektif dan hilang secara total pun bila kita cuma cuci muka macam tu je. Kena
bersihkan dulu dengan makeup remover walaupun cuma tempek compact powder
ataupun bedak tepuk. Dan juga biarkan muka tanpa sebarang bahan.
Sejak dari hari tu, sebelum cuci
muka memang akan wipe dulu muka dengan Garnier Micellar Cleansing Water ni
lepastu baru cuci muka. Bangun tidur, tengahari ataupun sebelum tidur. Rutin
penjagaan muka paling asas dalam kehidupan.
Disebabkan sejenis yang tak suka
banyak product, so I bought micellar water ni since dia boleh tanggalkan makeup
di muka, mata dan bibir. Sekali wipe je semua terus hilang dari muka. At first
try warna biru lepastu beralih kepada warna pink. Bukan sebab warna biru tak
bagus tapi warna pink lagi sesuai dengan kulit. Sensitive type.
Lagipun yang biru ada alcohol
denat yang boleh mengeringkan muka so better avoid it. Bila muka kering, mula
la berminyak dan pedih. Guna yang pink ni tak perlu bilas dengan air pun just
wipe je sampai bersih muka dari makeup dan kotoran. Memang terasa sangat muka
lembab dan segar. Kalau malas cuci muka waktu tengahari ataupun muka terdedah
dengan habuk, memang guna micellar water ni je. Dekat tempat kerja memang wajib
ada sebab banyak habuk.
For the bottle pulak agak simple
tapi tu sebenarnya yang menawan hati, its crystal clear and looks pure. Tak
payah beria pun takpe yang panting kegunaan tu terbaik. Cuma kadang merentan
jugak bila bottle cap tak tertutup rapat lepastu tumpah. Clumsy.
Another brownie points, harga dia
pun murah and usually I beli masa tengah offer sebab boleh cecah belas ringgit
je. I even recommend him to use this sebab dia pun terdedah dengan habuk and so
on plus muka dia pun jenis sensitive. Ye ye sama lah kitorang tu tapi muka dia
lagi elok lah sebab dia suka belek muka. I malas. Kbai.
Mr Sushant Dubey dan Mrs Aparna
Dubey check in di salah sebuah hotel di Mauritius atas urusan kerja di sana
sementara Aparna dan anak perempuan mereka datang bersama kerana Sushant
terkenal dengan perangai mata keranjang walau kemana sahaja dia pergi.
Jam 2 pagi Naina menerima aduan
dari penginap bilik lain yang mengatakan gangguan tangisan bayi berterusan
hingga susah untuk mereka tidur dengan tenang. Semasa Naina sampai ke bilik Mr.
& Mrs Dubey, dia ternampak seorang lelaki (Kali Prasad Mukherjee) yang
mencuri dengar di pintu rumah pasangan tersebut. Gelagat lelaki tu agak misteri
tambah pula menghendap pada jam 2 pagi. Disebabkan ternampak Naina, dia segera
pergi dari situ dan menjelaskan yang dia hanya ingin membantu.
Keesokan paginya, Aparna mencari
Titli tapi tak jumpa. Dia mengajak Sushant untuk mencari Titli di seluruh
kawasan hotel tapi dari pagi sehingga tengahari masih belum jumpa jejak Titli.
Aparna mengesyaki lelaki misteri yang menghendap pintu biliknya tapi selepas
siasatan polis yang diketuai Ramkhilawan Buddhu (Annu Kapoor), tekaan liar
Aparna salah.
Makin tambah serabut bila identiti
asal Sushant dan Aparna terdedah dan mereka bukannya suami isteri seperti yang
didaftar di hotel tersebut. Lagi sakit kepala bila Sushant kata Titli
sebenarnya hanya rekaan imaginasi Aparna untuk hilangkan kesunyian dia.
Jalan cerita Missing ni dah boleh
agak dah sebenarnya apa jadi cuma unexpected bila scene dedahkan identiti asal
Aparna dan Sushant. No wonder lah reaksi Aparna hambar je bila dia nampak
number perempuan lain dail Sushant. Ingatkan malas nak layan sebab ada isu lagi
besar rupanya memang dia tak kisah pun siapa Sushant. Tapi second half movie
dia macam meroyan jugak bila tahu siapa perempuan tu. Pfftt
Bila jalan cerita tak cantik,
skrip pun jadi bahan jenaka, lakonan Tabu dengan Manoj nampak tak menjadi.
Mungkin sebab diorang pun tahu movie ni tak boleh pergi jauh dan tak logik. Sayang sebab mereka berdua antara pelakon
terbaik di India tapi entah kenapa pilih movie ni dalam karier masing-masing. Previous
movie Tabu, Golmaal Again pecah panggung so I don’t think sebab masalah
financial, lain cerita lah dengan Manoj bila movie Aiyaary tak berapa umpphh
sangat.
Nampak macam bagus je kerja polis
dalam movie ni untuk naikkan saspen tapi tak tahu lah apa benda yang anjing
pengesan tu cari bila bau Titli pun dia tak tahu. Sampai ke sudah anjing tu dok
mencari benda yang entah apa dia cari. Dekat situ pun dah gagal. Kalau ikutkan
pengawasan sekuriti di hotel tu, Titli akan dijumpai bila dia keluar sebab ada
CCTV. Entah kenapa polis tak pelik bila tak jumpa sebarang footage Titli.
Ending agak predictable so layan
sebab nak tahu tekaan betul ataupun tak je. Bila dah habis movie ni boleh lah
disimpulkan bahawa Aparna tu tak saiko sangat pun tapi orang sekeliling dia je
bodoh terutamanya Sushant yang buta dengan kecantikan Aparna. Kenikmatan yang
sementara.
1. Team Production +0.7, 2.
Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3,
7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10
Dihantu mengisahkan tentang Pontianak yang gagal untuk menakutkan manusia di Kampung Tanjung walaupun cuma sekumpulan kanak-kanak yang balik mengaji. Niatnya ingin menyergah tapi dia pula yang disergah sudahnya nama Pontianak sering diketawakan oleh hantu-hantu yang lain terutamanya yang suka melepak di kedai kopi.
Bukan Pontianak saja yang menanggung malu tapi ayah Ponti, Karemnak yang pernah menjadi Duta Hantu di kampung sebelah, Kampung Mudah ataupun nama sebenarnya Kampung Melayu Al-Mukminin. Dinamakan Kampung Mudah kerana senang benar ditakutkan hantu sampaikan Hantu Telur pun boleh menjadi duta untuk beberapa bulan sebelum dihapuskan oleh Ustaz Hassan.
Disebabkan penat menanggung malu, ayah Ponti menghantar Pontianak yang tak pandai menakutkan manusia, tak pula pandai terbang seperti Pontianak lain ke Kampung Mudah untuk mencari kejayaan di sana. Sesampainya Pontianak di Kampung Mudah, terjumpa dengan Encik Toyol yang dah nekad untuk membunuh diri dengan walkman berisi kaset ayat suci Al-Quran.
Tapi dibatalkan hajatnya bila Pontianak mampu menakutkan Lebai Leman hingga tercirit dalam kain pelikatnya. Lebai Leman bukan calang orang, dia pernah tampar Drakula sampai berpindah balik ke Amerika sana. Nama Pontianak mula disebut ramai, baik perkampungan hantu mahupun manusia. Selepas selesai daftar untuk menjadi hantu secara rasmi di Kampung Mudah dan berbekalkan strategi dari Encik Toyol sebagai pengurusnya, nama Pontinak semakin mekar mengharumkan nama keluarga.
Tapi terjadi konflik dan sejarah silam bila munculnya manusia bernama Helmi dan mula jatuh hati pada Pontianak. Helmi bin Rauf, jejaka sebatang kara di Kampung Mudah. Mendengar nama Rauf, Pontianak teringat pesan ibunya supaya membunuh waris Rauf dengan keris warisan. Mampukah Pontianak menunaikan amanat ibunya? Siapakah Helmi bin Rauf dalam susur galur keturunan Pontianak? Mampukah Helmi menawan hati Pontianak?
Permulaan cerita agak hambar tambah pula bila ada babak yang agak draggy tapi jadi makin menarik bila Pontianak jumpa Helmi walaupun perkenalan mereka tak diceritakan dengan banyak dalam novel ni. Konflik antara kisah silam ibu Ponti dan Rauf, konflik perasaan Encik Toyol dan Helmi, konflik orang kampung yang bertelagah untuk hapuskan Pontianak.
Tapi kecewa jugak bila tak ada babak Helmi tahu siapa sebenarnya Pontianak ataupun perasaan sebenar Pontianak kepada Helmi. Ada part yang cantik kalau dikembangkan macam babak ayah Ponti membantu Pontianak balas dendam, Rauf yang kembali ke Kampung Mudah atau keunikan keris warisan Pontianak.
I'm not so happy with the ending sebab macam rush nak tutup kisah Pontianak sebab dia boleh kembangkan jauh lagi ditambah pula kisah silam Pontianak yang agak menarik. Ending tak dijangka tapi tak juga berpuas hati. Plus sampai sekarang tak faham macam mana Kareemnak boleh jadi pontianak sebab pontianak tu perempuan. Kalau lelaki dia jadi Drakula lah kan? Ke tak? But whatever it is, Drakula tak perlu muncul pun takpe. Hambar sangat babak dia.
Berbaloi ke tak baca? Berbaloi lah jugak sebab keunikan perkampungan hantu yang tak jauh beza dengan kehidupan manusia ditambah dengan beberapa babak komedi yang bersahaja dan santai. Cuma nak sampai ke part yang best tu makan masa sikit lah. Berapa kali entah nak give up baca tapi dah baca, nak tahu jugak ending dia macam mana. Disebabkan bertemakan Perak ala Hantu Kak Limah, datang la juga moodnya tu.
1. Author +0.5, 2. Accuracy +0.4, 3. Writing Style +0.6, 4.Plot
+0.4, 5. Character +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10
Production Company : Clean Slate
Films, KriArj Entertainment, Kyta Productions
Distributor : Pooja Entertainment
Genre : Horror
Running Time : 134 minutes
Release Date : 2 March 2018
Trailer :
The first moment Anushka tayang
poster Pari dekat Twitter account I was puzzled, did she act in a thriller
movie? Mental disorder? Traumatic victim? Abused? And never thought she will do
a horror film because in Bollywood it’s hard to find A-class star act in a
horror movie. Bips is B-class if you guys wondering about her status. Boothnath
a comedy movie.
Lepas tengok teaser, trailer
memang impressed sangat dengan lakonan Anushka sebab keluar dari kepompong dia.
After NH10, Sultan and now this! Kudos to her career, although movie Pari tak
meletup dekat box office but her progress as an actress colours her journey.
Movie Pari mengisahkan tentang
Arnab (Parambrata Chatterjee) dan keluarganya yang terlanggar seorang perempuan
tua di jalanraya semasa hujan lebat dan menyebabkan kematian. Tak tahu siapa identiti
perempuan tu dan bersandarkan pada wild guess, Arnab dan pihak polis menjumpai
sebuah pondok usang dalam hutan. Yang lebih mengejutkan bila mereka terjumpa seorang
perempuan muda bernama Rukhsana (Anushka Sharma) dengan kakinya dirantai di
tiang pondok bersama beberapa ekor anjing.
Kata penduduk kampung, perempuan
tua tersebut memang pelik dan suka mengutip anjing jalanan untuk dibawa pulang
ke pondoknya. Kadang dia menangis di pondok, kadang berdiri di jalanraya dan
menangis. Tiada siapa yang kenal mereka dua beranak.
Pihak polis membawa Rukhsana ke
rumah mayat untuk sesi pengecaman mayat dan proses pengebumian. Arnab yang
berasa simpati dengan nasib Rukhsana, menghantarnya pulang ke rumah dan
menghulurkan sedikit duit untuk belanja makan walaupun ditegah oleh ibunya.
Keesokan harinya Rukhsana lari dari pondok usang tersebut dan bersembunyi di
rumah Arnab bila beberapa orang lelaki cuba memburunya.
Arnab cuba untuk hantar Rukhsana
ke rumah kebajikan tapi layanan penjaga di sana pun agak teruk bila perempuan
dalam diam dipaksa menjadi pelacur, dipukul dan dilayan seperti sampah. Risau
dengan apa yang bakal menimpa Rukhsana, dia berazam untuk menjaga Rukhsana
sehingga jumpa tempat yang sesuai sebelum dia berkahwin dengan Piyali (Ritabhari
Chakraborty).
Tapi makin lama dia hidup dengan
Rukhsana, dia mula jatuh cinta dan risau dengan keadaan Rukhsana walaupun ada
beberapa perkara pelik yang berlaku pada Rukhsana. Dia mula mengenal dan
mengajar tentang kehidupan kepada Rukhsana. Tanpa mereka sedar, kumpulan
pemburu yang diketuai oleh Professor Unversity Dhaka, Prof Quasim Ali (Rajat
Kapoor) mula menjejaki Rukhsana untuk dibunuh dengan bantuan Kolapori yang
mempunyai kaitan dengan ajaran Orladchakra dan jin Ifrit di Bangladesh.
First half memang clueless siapa
sebenarnya Rukhsana dan beberapa scene yang tonjolkan tentang pemuja jin Ifrit
dari penganut Orladchakra dan salah seorang mangsa rogol jin Ifrit ialah ibu
Rukhsana yang berjaya larikan diri dari kumpulan pemburu Prof Quasim. Movie ni
genre horror tapi tak banyak jumpscare ataupun typical horror scene yang kita
biasa tengok. Dia lebih kepada pemujaan dan gory scenes. Kebanyakan negara
Islam banned movie Pari sebab ada ritual pemujaan and even scene Prof Quasim
baca ayat untuk elakkan gangguan pun bukan ayat Quran walaupun at first dia
baca Auzubillahiminassyaitonirrajim.
Kalau tak kuat semangat prefer
not to watch this movie sebab katanya cerita ni diambil dari kisah benar
pemujaan puak ni tahun 90-an di Bangladesh. Tak pasti pulak ayat ritual tu
semua betul ke tak sebab dia cuma bagitahu kisah ni agak popular di Bangladesh.
As I said earlier, lakonan
Anushka memang bagus sebagai gadis naïf tapi dalam masa yang sama berketurunan
Ifrit. Same goes to Parambrata Chatterjee sebagai pemuda kesunyian dan naïf after
his work in Kahaani as a clueless police. Not to mentioned, Rajat Kapoor and Ritabhari
Chakraborty, both have done justice to their role.
Dalam movie Pari ni bukan mesej
pemujaan syaitan yang diketengahkan tapi siapa sebenarnya raksasa dalam
kehidupan ni. Rukhsana yang berketurunan separuh raksasa separuh manusia
ataupun Piyali yang tergamak membunuh bayinya sendiri selepas ditinggalkan
kekasihnya. Mungkin Arnab yang tergamak membiarkan Rukhsana diseksa oleh Prof
Quasim walaupun Rukhsana mengandungkan anaknya. Mungkin juga Prof Quasim yang
mendera Rukhsana selama 3 minggu tanpa henti walhal boleh je dia bunuh Rukhsana
tanpa pengetahuan sesiapa sebab kewujudan Rukhsana tak diketahui?
Ada juga beberapa scene yang
terjongket kening macam scene Rukhsana lari ke rumah Arnab walhal tak pernah
sekali pun Arnab bagitahu location rumahnya and he seems okay with it. Its
proven proof he dislike Piyali and just accept her because he doesn’t wanna die
lonely pfft. Lagi satu scene bila Rukhsana lahirkan anak dia, Korapali ada
datang sekali tapi Rukhsana macam tak berapa nak kisah sangat dengan kewujudan
Korapali.
Mungkin akan ada sequel sebab
anak Rukhsana dengan Arnab quite unique nak dibandingkan dengan bayi
berketurunan Ifrit yang pernah lahir. Tugas Korapali pun belum diceritakan
sepenuhnya sebab dia tak pernah membimbing atau berjumpa dengan bayi keturunan
Ifrit yang lahir since semua dibunuh oleh Prof Quasim and the gang.
Banyak
persoalan bila tonton movie ni tapi nak kata tak enjoy, tak juga sebab banyak
scenes yang well directed and well written. Nak kata suka pun tak juga sebab
ending dia tak seperti yang diharapkan dan timbulkan banyak persoalan. But the
experience to watch a movie with great actors and great message is a pleasurable
moment.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10
Masa blogwalking ramai juga yang promote menu baru untuk rangkaian produk Samjeang Pijja! Samjeang Pizza Prawn mengandungi udang, sesame seeds dan seaweed untuk menghadirkan rasa umami dalam setiap gigitan.
Disebabkan dah bosan makan Samjeang Beef which is my sister's fav, so nak cuba lah perisa terbaru ni mana tahu jadi fav jugak kan. For this menu kitorang tambah Xtra Cheese dan pilih Chili Cheese Burst.
Expectation :
Reality :
Tak rasa melampau ke cara diorang letak seaweed? Sebab dalam poster sikit je thats why rasa tertarik jugak nak try sebab tak lah terasa sangat seaweed tu. I'm not a fan of seaweed. Kalau takat nak wrap sushi tu boleh terima lah but this? Help my tastebud gonna die T.T
Rasa dia sama lah macam what I expected, kembang tekak. Seaweed dengan cheese isn't a great combination tho. Nasib ada beli Meetasaurus so boleh lah buat backup plan. Tapi yang penting nak makan ni sebenarnya...
Cinnastix!
Oh before I forget, Ayam Haseyo also great for Samjeang edition! Setiap kali gigit memang terasa pedas sos samjeang tu ditambah pulak dengan isi ayam yang juicy. Perfectly baked! Cuma banyaknya minyak dia.
Hancur diet hari ni hewhewhew but I don't mind about it either sebab esok kita exercise okay? ;)
Production Company : Chandan
Arora Production Company, Columbia Pictures, Hope Productions, KriArj
Entertainment, Mrs Funnybones Movies
Distributor : Sony
Pictures Releasing
Genre : Biography/Drama/Comedy
Running Time : 140 minutes
Release Date : 9
February 2018
Trailer :
Been rooting for this movie and its finally here! Sebelum ni ada buat entri tentang Padman Challenge tapi tak mendapat sambutan di negara ni but that's fine tho sebab sasaran asal di India.
Padman merupakan sebuah movie
yang diadaptasikan dari filem pendek, "The Sanitary Man of Sacred
Land" dalam buku penulisan Twinkle Khanna, The Legend of Lakshmi Prasad, yang
diinspirasikan dari kisah sebenar kehidupan Padman India, Arunachalam
Muruganantham yang mencipta sanitary pad untuk isterinya dan menjual kepada
wanita lain dengan harga yang murah.
Dalam movie Padman, you guys
boleh nampak masyarakat India buat upacara menyambut kedatangan seorang gadis
yang dah pun period sebagai tanda sudah dewasa. Memang sangat meriah tapi
sayangnya bila setiap kali period, mereka diasingkan dalam satu bilik khas.
Di
India hanya 12% yang guna pad bila period sebab harga pad Rs 55 agak mahal so
kain adalah pilihan utama dan dibasuh berulang kali setiap kali period. Ada
yang guna daun, ada juga guna arang yang boleh menyebabkan kemandulan dan
kematian.
Disebabkan penerangan doktor
tentang perkara ni membuatkan Lakshmi (Akshay Kumar) berazam untuk buatkan
sanitary pad kepada Gayatri (Radhika Apte), isterinya yang tercinta. Since
Lakshmi seorang pengimpal besi, more likely dia pandai untuk cipta atau repair
sesuatu benda.
Dari pad sebenar dia cuba mencari semua bahan yang diperlukan
untuk membuat pad. Cubaan demi cubaan tetapi gagal untuk yakinkan Gayatri untuk
pakai pad instead of kain buruk. Bukan setakat Gayatri tapi adik-adik
perempuannya juga dan beberapa orang perempuan yang dia approach untuk cuba pad buatannya.
Keadaan jadi kacau-bilau bila
perbuatan Lakshmi dikatakan memalukan orang kampung dan Gayatri sanggup mati
daripada menanggung malu. Lepas Gayatri lari balik ke rumah keluarga dia,
Lakshmi keluar dari kampung dan cari sesiapa yang boleh bantu dia menghasilkan
pad.
Di sana dia bekerja di rumah Professor sebagai orang gaji dan mengetahui
kapas yang digunakan dalam pad bukan kapas asli tapi cellulose fiber. Selepas
menempah dari US, dia belajar untuk buat machine pad dengan 4 bahagian asas
yang penting - Pulverisation, Compression, Wrap Fusion & Sterilization.
Selepas berjaya menghasilkan pad
tersebut, dia berjumpa dengan Pari Walia (Sonam Kapoor) yang terlupa bawa pad
semasa music exhibition di kampung tu. Pertemuan Pari dengan Lakshmi membuatkan
Pari sanggup tolong Lakshmi untuk menjual pad dan mewujudkan kilangnya
sendiri dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutamanya
wanita kerana sering ditindas oleh suami tak guna.
Kejayaan Lakshmi sampai ke
pengetahuan Gayatri dan orang kampung. Dari benci bertukar bangga bila
Lakshmi dijemput ke US untuk memberi ucapan tentang pad yang dihasilkan dan
juga penganugerahan dari kerajaan negara India kerana menyumbang sesuatu kepada
negara. Sayangnya hati Lakshmi berbelah bahagi bila dia jatuh cinta dengan Pari
yang sama-sama tunaikan impian dia sehingga ke tahap yang tinggi.
Tapi siapa yang dipilih Lakshmi
cuma fraction kecil je dari movie ni sebab movie ni nak sampaikan mesej betapa
pentingnya penggunaan pad dan merupakan medium untuk meminta pengurangan harga
pad yang dijual di kedai supaya lebih murah ataupun percuma kepada golongan
yang miskin dan permintaan mereka berjaya di India. Sama seperti Toilet, movie
Padman juga bawa mesej sosial yang kuat kepada masyarakat untuk ubah
stigma kepada kehidupan yang lebih baik.
Lakonan pelakon utama Akshay,
Radhika dan Sonam memang terkesan dan bagus sangat dalam movie ni nak pula bila
scene Lakshmi berjumpa dengan Pari untuk bertanya tentang feedback pad yang
dihasilkan sendiri. Emosional dan menyentuh hati bila kita tahu betapa susahnya
Lakshmi untuk ubah lifestyle masyarakat dan beratnya perjalanan yang dia lalui
untuk hasilkan pad murah.
As the genre mentioned, movie biografi
tentang Arunachalam Muruganantham ni ada juga elemen komedi supaya movie ni
nampak santai dan ringan. 1 jam 40 minit rasa sekejap sangat masa layan movie
ni and I really wish the movie was longer than it should be.
Panjangkan lagi
scene percubaan Lakshmi mencipta pad dan penerimaan orang kampung ataupun perjalanan
dia dan Pari sebab romantic sangat scene Akshay-Sonam dalam movie ni. Chemistry
tu tak berubah selepas movie pertama mereka, Thank You tahun 2011.
Kalau dengar nama R.Balki je, dah tahu dah plot movie yang cantik ditambah dengan skrip bagus dan beberapa dialogue bagus yang dilontarkan oleh karakter penting.
'We women would rather die of illness than live in shame!'
'How can a person who unable to protect a woman call himself a man?'
'Big man, strong man, not making country strong...woman strong, mother strong, sister strong then country strong.'
'America has Batman, Superman, Spiderman but India has Padman! He is our real superhero!'
For those yang belum tengok, you
can watch this beautiful movie di Astro First ataupun tunggu je lah sikit masa
lagi nanti masuk la tu dekat Astro Cita ataupun Tara. Fun fact, movie ni dah
menang beberapa award besar di India dan mesej untuk guna pad dah berjaya
mengubah persepsi taboo di beberapa kawasan di India. The team did a great job
for their country. Kudos!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
Masa blogwalking ternampak entri abang Hasrul Hassan mengenai Tips SEO : Blog Wajib Mesra Mobile. Pengisian yang sangat penting untuk menentukan traffic blog kita sebabnya bila pembaca selesa, makin rajin lah dia tinggalkan jejak.
Nak pula dengan teknologi sekarang, ramai yang guna smartphone je bila online, so bila blog kita mobile-friendly, mudah untuk mereka dapatkan maklumat atau baca perkongsian di blog kita. Mengikut statistik, penggunaan smartphone dua kali ganda lagi ramai berbanding pengguna desktop/pc maka ada eloknya semua tuan blog check atau tukar template yang mobile-friendly.
Dalam entri abang HH, ada sedikit tips dan tutorial untuk ubah blog menjadi mesra pembaca dan ada beberapa site yang offer tuan blog run test untuk pastikan blog mobile-friendly ataupun tak. And for mine, it is mobile-friendly! Yeayyy!
Kepada yang nak run test, boleh klik dekat sini sebab yang ni paling senang dan ringan untuk test
https://testmysite.thinkwithgoogle.com/
Dan untuk yang ingin tahu lebih lanjut tentang tips dan tutorial ni boleh terjah blog Hasrul Hassan atau klik je dekat link dekat tajuk di atas :)
Antara salah satu kerja nak kena
hadap dekat pet store ni ialah repack semula makanan dalam packaging yang dah
pecah atau terkoyak dek kerana pekerja buat kerja tak cekap masa angkat pallet
dengan forklift ataupun masa buka kotak tertoreh sekali bungkusan tu. Sudahnya
produk dikira rosak sebab customer takkan ambil packaging yang dah rosak
walaupun dalam masih elok.
Disebabkan kejadian ni, terpaksa
lah buat lagi satu kerja iaitu pek semula dalam bungkusan lain dan jual di
kedai sendiri. Tapi sebelum nak jual, kena pastikan dulu isi dalam bersih dari
serangga maka wujud lah pekerjaan menampi dan mengasing. Dekat sini lah
terciptanya senaman otot tangan. Hazabnya menampi ni sampai rasa tangan tu dah
hilang dah. Melecet tu satu hal lagi. Tak boleh makan sambil buat kerja pun satu hal sebab makanan binatang bukannya manusia hihu.
Dah settle bersihkan, masukkan dalam bungkusan baru lepastu timbang ikut sukatan yang nak dijual. Part ni dah senang dah kerja tapi lepas dah bungkus tu kena lipat untuk keluarkan angin and you really don't want your product been harassed again with insects. Penat menampi pun tak hilang lagi, makin bertambah penat lah kalau dia masuk lagi. Rasa nak mengamuk je dengan semua orang.
Nak seal pun satu hal jugak sebenarnya bila bungkusan tu dah penuh tambah pulak tangan gigil sebab penat punya pasal, nak dapatkan setengah inci tu memang hazab jugak. Buat pekak telinga je kena bebel dengan supervisor. Yang penting, siap?
Percubaan pertama agak gagal banyak sebab banyak betul baki bahagian atas, percubaan kedua dan seterusnya ada lah jadi, ada yang tak jadi but that's okay lah sebab experience. Let's see how much longer I have to adapt with this environment sampai betul mahir dan selesa.
Awal tahun dah tahu tentang
kewujudan movie ni dekat blog Hans Hanis, and I really impressed with fresh theme also poster looking
so great! Tapi movie ni quite underrated sebab tak ada promo dekat socmed.
Mungkin ada dekat newspaper ataupun TV or I terlepas pandang since I didn’t
watch the trailer. Yang buat excited nak tengok movie ni sebab jarang movie
Melayu ada tema surfing. Sembang pasal surf, of course lah relate dengan laut
dan kita pun memang sedia maklum laut di negara kita cantik so that’s a plus
point for this movie.
Muhammad Razali Mokhtar atau nama
samarannya, Billy (Shukri Yahaya ) minat dengan sukan luncur ombak sejak kecil
dan minat tu dikongsi dengan abangnya, salah seorang ahli Malayan Trio di
Tioman dan terkenal di negara luar hinggakan pelancong datang ke Tioman untuk
belajar surf dan mengenali 3 legenda hebat surf di Malaysia – Jimmy John (Pekin
Ibrahim), Mike Malaya (Josiah Hogan) & Bobby (Mustaqim Bahadon).
Tapi legenda bertiga hanya
tinggal kenangan bila Bobby meninggal dunia di Bali dalam satu tournament,
Jimmy cedera, tak pasti kenapa tapi yang pastinya dia dah stop surf lepas
insiden di Bali. Hanya tinggal Mike yang mengungguli semua kejuaraan dan
kembali semula ke Tioman untuk berehat sementara dan mendirikan rumah tangga
dengan kekasih hatinya, Mia (Cristina Suzanne).
Mia berkawan baik dengan Lia
(Ardell Aryana), adik kepada Jimmy datang ke Tioman untuk menulis tentang
surfing dan beri pendedahan since sukan surfing ni tak berapa famous lagi di
Malaysia dan juga beberapa entri tentang travel di Tioman dalam blog dia.
Disebabkan Billy merupakan tourist guide Happy Lobster, perusahaan kakaknya,
Siti Laksa (Dottie), Mia dan Billy mula rapat dan Billy menaruh hati pada Mia.
Tapi tak lama, bila Mike balik ke Tioman.
Pulangnya Mike ke Tioman membawa
cerita lama dan luka kepada Jimmy hingga dia ambil keputusan untuk mengajar
Billy walaupun dah berapa puluh kali permintaan Billy untuk menjadi anak
muridnya ditolak mentah-mentah. Bukan setakat rahsia lama tapi hubungan Mike
dengan Mia pun goyah dengan rahsia yang Mike simpan di Kuala Lumpur ditambah
pula dengan perbuatan busuk Mike terhadap Billy. Berjaya atau tak Billy menjadi
juara seperti abangnya? Apa rahsia Malayan Trio yang sebenarnya hingga hancur
impian mereka dari kecil? Semua tu ada dalam movie karya Waan Hafiz.
Selain dari idea fresh dari team
GJ bertemakan surfing, plot pun agak menarik sebenarnya cuma tak memberi impak
yang kuat bila jalan cerita lebih beratkan tentang kehidupan sekarang. Ada
beberapa scene je yang ceritakan tentang kematian Bobby. Walaupun bertemakan
surf, kecewa jugak tak banyak shot cantik aksi surfing. Ada pun dari jauh, yang
dekat pun banyak tenggelam dengan air laut.
Ada scene ramai datang tengok Mike
surf di Tioman tapi shot dia surf tak ada pun, cuma ada shot penonton bersorak ‘wah
hebatnya!’ which is sad sebab kita sebagai penonton nak tengok aksi surf tu
bukannya penonton nak tengok reaksi penonton.
Like I said earlier, kalau movie
bertemakan surf mestilah shooting location dekat pantai yang cantik and this
team chose Tioman. Sepanjang movie ni bukan setakat terhibur dengan lakonan
santai komedi Shukri Yahaya je tapi amazed jugak dengan kecantikan Tioman.
Sangat sangat sangat cantik! Dari awal sampai habis movie memang terpesona
dengan kecantikan Tioman dan beberapa shot di Bali, Indonesia.
Walaupun plot filem Surf This Love - Gelora Juara agak tersasar,
tapi berharap juga ada sequel untuk movie ni sebab GJ ada potential sebagai
karya terbaik nak pula bila lakonan setiap pelakon memang bagus ditambah pula
dengan skrip yang cantik. Sayangnya tak banyak scene surfing ataupun ilmu
yang Jimmy turunkan kepada Billy. GJ dah lepas, nothing can be done about it
tapi sequel mungkin boleh mantapkan lagi plot cerita ni.
If you guys one of Shukri Yahaya’s
fans, do watch this sebab lakonan dia memang cantik, jalan cerita pun not bad
ditambah dengan visual yang memukau. And yes, you guys boleh dengar Shukri
menyanyi lepas lagu Tak Pernah, duet bersama Fathia Latif.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought 1 = 6.9/10
Hujung bulan 5 haritu dah habs
kontrak dengan company lama sebab projek pun dah siap maka berehat la selama
sebulan sebab tak dapat tawaran kerja dari mana-mana company. Yang apply pun
banyak kena reject je sudahnya pergi sendiri cari dekat area rumah ni. Malas
nak menapak jauh sangat sebab malas nak hadap jam. Nak tunggu kerja yang
dijanjikan pun macam tak berkunjung tiba. Duit makin susut, badan makin lemau
sebab makan tidur saja kerjanya.
Kebetulan dekat pet store tengah
mencari Sales Admin, saja try apply. Lepas interview terus dapat dan esoknya
mula kerja. Sales admin ni ingatkan duduk dalam office control inventory je
rupanya nak kena pergi warehouse kira stock, susun semua stock, siapkan order
customer, pack barang yang pecah dari packaging lepas tu masuk office kira
semua stock, semua harga berkaitan dan segala yang berkaitan.
Haritu lepas raya target nak
masuk gym konon nak buang lemak tapi dah tak perlu dah semua tu sebabnya dekat
warehouse kotak berkilo angkat sana sini siapkan order customer. Menangis wei
angkat makanan anjing atau kucing yang 20kg tu. Memang tak duduk cerita dia
siapkan order sebab satu order makan 3 atau 4 pallet. Order dari kedai lain memang banyak, order dari cutomer kedai sendiri pun ramai jugak sebab harga lagi murah dari kedai biasa.
Minggu pertama ni agak penat
sikit sebab tak familiar lagi dengan kedudukan semua barang. Nak siapkan order
pun makan masa berjam lamanya sebab tak tahu barang dekat mana. Kalau semalam
dia terletak elok dekat belakang, hari ni dia ada dekat belah depan pula sebab
kedudukan sentiasa berubah. Mungkin kena buat sistem tag lepas ni, biar duduk
satu tempat je. Order pun boleh siap cepat sebab dah tahu dah dekat mana setiap
produk.
Tiap hari balik kerja confirm
menangis sebab penat kemain. Lebam sana sini tak payah cakap lah. Nasib lah ada
penguat semangat tiap malam suruh bersabar. Haritu target seminggu je nak kerja
dekat tempat baru ni tapi makin hari makin okay lah sebab dah faham cara kerja
cuma penat tu masih lagi sama. Since kereta pun rosak, tiap hari jalan 2km
pergi, 2km balik dari rumah. Dalam sehari memang cecah lah 10,000 langkah tu.
Memang menyahut seruan Fit Malaysia betei.
Tapi tetap murung sebabnya berat
badan masih sama walaupun setiap hari bermandi peluh. Grrrr