Antara salah satu kerja nak kena
hadap dekat pet store ni ialah repack semula makanan dalam packaging yang dah
pecah atau terkoyak dek kerana pekerja buat kerja tak cekap masa angkat pallet
dengan forklift ataupun masa buka kotak tertoreh sekali bungkusan tu. Sudahnya
produk dikira rosak sebab customer takkan ambil packaging yang dah rosak
walaupun dalam masih elok.
Disebabkan kejadian ni, terpaksa
lah buat lagi satu kerja iaitu pek semula dalam bungkusan lain dan jual di
kedai sendiri. Tapi sebelum nak jual, kena pastikan dulu isi dalam bersih dari
serangga maka wujud lah pekerjaan menampi dan mengasing. Dekat sini lah
terciptanya senaman otot tangan. Hazabnya menampi ni sampai rasa tangan tu dah
hilang dah. Melecet tu satu hal lagi. Tak boleh makan sambil buat kerja pun satu hal sebab makanan binatang bukannya manusia hihu.
Dah settle bersihkan, masukkan dalam bungkusan baru lepastu timbang ikut sukatan yang nak dijual. Part ni dah senang dah kerja tapi lepas dah bungkus tu kena lipat untuk keluarkan angin and you really don't want your product been harassed again with insects. Penat menampi pun tak hilang lagi, makin bertambah penat lah kalau dia masuk lagi. Rasa nak mengamuk je dengan semua orang.
Nak seal pun satu hal jugak sebenarnya bila bungkusan tu dah penuh tambah pulak tangan gigil sebab penat punya pasal, nak dapatkan setengah inci tu memang hazab jugak. Buat pekak telinga je kena bebel dengan supervisor. Yang penting, siap?
Percubaan pertama agak gagal banyak sebab banyak betul baki bahagian atas, percubaan kedua dan seterusnya ada lah jadi, ada yang tak jadi but that's okay lah sebab experience. Let's see how much longer I have to adapt with this environment sampai betul mahir dan selesa.
Awal tahun dah tahu tentang
kewujudan movie ni dekat blog Hans Hanis, and I really impressed with fresh theme also poster looking
so great! Tapi movie ni quite underrated sebab tak ada promo dekat socmed.
Mungkin ada dekat newspaper ataupun TV or I terlepas pandang since I didn’t
watch the trailer. Yang buat excited nak tengok movie ni sebab jarang movie
Melayu ada tema surfing. Sembang pasal surf, of course lah relate dengan laut
dan kita pun memang sedia maklum laut di negara kita cantik so that’s a plus
point for this movie.
Muhammad Razali Mokhtar atau nama
samarannya, Billy (Shukri Yahaya ) minat dengan sukan luncur ombak sejak kecil
dan minat tu dikongsi dengan abangnya, salah seorang ahli Malayan Trio di
Tioman dan terkenal di negara luar hinggakan pelancong datang ke Tioman untuk
belajar surf dan mengenali 3 legenda hebat surf di Malaysia – Jimmy John (Pekin
Ibrahim), Mike Malaya (Josiah Hogan) & Bobby (Mustaqim Bahadon).
Tapi legenda bertiga hanya
tinggal kenangan bila Bobby meninggal dunia di Bali dalam satu tournament,
Jimmy cedera, tak pasti kenapa tapi yang pastinya dia dah stop surf lepas
insiden di Bali. Hanya tinggal Mike yang mengungguli semua kejuaraan dan
kembali semula ke Tioman untuk berehat sementara dan mendirikan rumah tangga
dengan kekasih hatinya, Mia (Cristina Suzanne).
Mia berkawan baik dengan Lia
(Ardell Aryana), adik kepada Jimmy datang ke Tioman untuk menulis tentang
surfing dan beri pendedahan since sukan surfing ni tak berapa famous lagi di
Malaysia dan juga beberapa entri tentang travel di Tioman dalam blog dia.
Disebabkan Billy merupakan tourist guide Happy Lobster, perusahaan kakaknya,
Siti Laksa (Dottie), Mia dan Billy mula rapat dan Billy menaruh hati pada Mia.
Tapi tak lama, bila Mike balik ke Tioman.
Pulangnya Mike ke Tioman membawa
cerita lama dan luka kepada Jimmy hingga dia ambil keputusan untuk mengajar
Billy walaupun dah berapa puluh kali permintaan Billy untuk menjadi anak
muridnya ditolak mentah-mentah. Bukan setakat rahsia lama tapi hubungan Mike
dengan Mia pun goyah dengan rahsia yang Mike simpan di Kuala Lumpur ditambah
pula dengan perbuatan busuk Mike terhadap Billy. Berjaya atau tak Billy menjadi
juara seperti abangnya? Apa rahsia Malayan Trio yang sebenarnya hingga hancur
impian mereka dari kecil? Semua tu ada dalam movie karya Waan Hafiz.
Selain dari idea fresh dari team
GJ bertemakan surfing, plot pun agak menarik sebenarnya cuma tak memberi impak
yang kuat bila jalan cerita lebih beratkan tentang kehidupan sekarang. Ada
beberapa scene je yang ceritakan tentang kematian Bobby. Walaupun bertemakan
surf, kecewa jugak tak banyak shot cantik aksi surfing. Ada pun dari jauh, yang
dekat pun banyak tenggelam dengan air laut.
Ada scene ramai datang tengok Mike
surf di Tioman tapi shot dia surf tak ada pun, cuma ada shot penonton bersorak ‘wah
hebatnya!’ which is sad sebab kita sebagai penonton nak tengok aksi surf tu
bukannya penonton nak tengok reaksi penonton.
Like I said earlier, kalau movie
bertemakan surf mestilah shooting location dekat pantai yang cantik and this
team chose Tioman. Sepanjang movie ni bukan setakat terhibur dengan lakonan
santai komedi Shukri Yahaya je tapi amazed jugak dengan kecantikan Tioman.
Sangat sangat sangat cantik! Dari awal sampai habis movie memang terpesona
dengan kecantikan Tioman dan beberapa shot di Bali, Indonesia.
Walaupun plot filem Surf This Love - Gelora Juara agak tersasar,
tapi berharap juga ada sequel untuk movie ni sebab GJ ada potential sebagai
karya terbaik nak pula bila lakonan setiap pelakon memang bagus ditambah pula
dengan skrip yang cantik. Sayangnya tak banyak scene surfing ataupun ilmu
yang Jimmy turunkan kepada Billy. GJ dah lepas, nothing can be done about it
tapi sequel mungkin boleh mantapkan lagi plot cerita ni.
If you guys one of Shukri Yahaya’s
fans, do watch this sebab lakonan dia memang cantik, jalan cerita pun not bad
ditambah dengan visual yang memukau. And yes, you guys boleh dengar Shukri
menyanyi lepas lagu Tak Pernah, duet bersama Fathia Latif.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought 1 = 6.9/10
Hujung bulan 5 haritu dah habs
kontrak dengan company lama sebab projek pun dah siap maka berehat la selama
sebulan sebab tak dapat tawaran kerja dari mana-mana company. Yang apply pun
banyak kena reject je sudahnya pergi sendiri cari dekat area rumah ni. Malas
nak menapak jauh sangat sebab malas nak hadap jam. Nak tunggu kerja yang
dijanjikan pun macam tak berkunjung tiba. Duit makin susut, badan makin lemau
sebab makan tidur saja kerjanya.
Kebetulan dekat pet store tengah
mencari Sales Admin, saja try apply. Lepas interview terus dapat dan esoknya
mula kerja. Sales admin ni ingatkan duduk dalam office control inventory je
rupanya nak kena pergi warehouse kira stock, susun semua stock, siapkan order
customer, pack barang yang pecah dari packaging lepas tu masuk office kira
semua stock, semua harga berkaitan dan segala yang berkaitan.
Haritu lepas raya target nak
masuk gym konon nak buang lemak tapi dah tak perlu dah semua tu sebabnya dekat
warehouse kotak berkilo angkat sana sini siapkan order customer. Menangis wei
angkat makanan anjing atau kucing yang 20kg tu. Memang tak duduk cerita dia
siapkan order sebab satu order makan 3 atau 4 pallet. Order dari kedai lain memang banyak, order dari cutomer kedai sendiri pun ramai jugak sebab harga lagi murah dari kedai biasa.
Minggu pertama ni agak penat
sikit sebab tak familiar lagi dengan kedudukan semua barang. Nak siapkan order
pun makan masa berjam lamanya sebab tak tahu barang dekat mana. Kalau semalam
dia terletak elok dekat belakang, hari ni dia ada dekat belah depan pula sebab
kedudukan sentiasa berubah. Mungkin kena buat sistem tag lepas ni, biar duduk
satu tempat je. Order pun boleh siap cepat sebab dah tahu dah dekat mana setiap
produk.
Tiap hari balik kerja confirm
menangis sebab penat kemain. Lebam sana sini tak payah cakap lah. Nasib lah ada
penguat semangat tiap malam suruh bersabar. Haritu target seminggu je nak kerja
dekat tempat baru ni tapi makin hari makin okay lah sebab dah faham cara kerja
cuma penat tu masih lagi sama. Since kereta pun rosak, tiap hari jalan 2km
pergi, 2km balik dari rumah. Dalam sehari memang cecah lah 10,000 langkah tu.
Memang menyahut seruan Fit Malaysia betei.
Tapi tetap murung sebabnya berat
badan masih sama walaupun setiap hari bermandi peluh. Grrrr
Sebelum ni dah meroyan dekat
Twitter lepastu meroyan dekat FB, sekarang nak meroyan dekat blog pulak sebab
nanti mesti ada jugak yang Google lagu mana nak sebut perkataan popular ni.
Walaupun kita ni bukan la anak
jati Kedah sangat, beranak Kedah pastu besaq dekat KL, lepak pulak dekat Subang
Jaya hari-hari Hari Raya hang sambung lah lagu Havoc tu.
Perkataan Bak dengan Baq ada beza
selain daripada huruf yang terang dan nyata berbeza. Tak kisah lah hak hang nak
tulis bak ataupun baq tapi sebagai yang membaca ikut pronunciation perkataan
tersebut, agak sakit mata jugak la tengok orang dok taip bak hang/bak hiangggg/
bak bak bak menatang apa?
Tau dak bak tu apa dia? Bak tu
boleh jadi bagi, boleh jadi minta.
‘Bak mai sat menatang tu’
‘Wei bak la balik selipar aku’
Tu contoh penggunaan bak dalam
conversation harian. Kalau orang dok sebut padu bak hang tu tak tau dia nak mintak padu macam mana. Kuantiti isipadu la kot nohhh.
Tapi BAQ HANG ni bukannya nak
minta tapi nak bagitau orang tentang sesuatu perkara. Diambil dari HABAQ HANG
tapi bila sembang kencang dia jadi baq hanggggg siap dengung campoq dengan
reaction muka sekali. Baru padu pi dia.
Tapi kalau hang pun dok bak bak
kat orang, sembang jadi menatang padia tak tau. Bukan baq hianggg naaa, baq
hiangggg ni try hard sangat. Hang buat relaks sikit boleh kot. Sekian sembang
buat teruk oghang utagha.
Dekat area rumah ni agak susah
nak cari kedai yang sediakan masak lemak tempoyak ikan patin, restoran Patin
Queen Claypot ni pun baru je dibuka. Disebabkan menghala jalan balik rumah,
saja try lunch dekat sini.
Dekat restoran ni bukan ada menu
masak lemak tempoyak ikan patin je tapi ada banyak lagi menu lain dan
dibahagikan ikut set/pakej. Ada Set Patin, Set Sup Tulang, Set Ayam Dara dan
banyak lagi. Dah tak ingat sangat sebab masa tu memang fokus nak makan ikan
patin je.
Bukan takat makan dekat restoran
je tapi ada jugak tempahan catering ataupun delivery. Dekat restoran ni pun ada
buat Pakej Hari Lahir siap ada belon, bunga dan chocolate bar untuk yang
diraikan. Nak celebrate dekat sini pun not bad jugak sebab kawasan luas dan
sejuk cuma deco je lah tak berapa nak gah sangat. Pandai la korang adjust kalau
nak. Kalau nak ada kek, dekat je dengan bakery sedap tapi lupa nama. Next time
lah buat review sebab hari tu borong kemain banyak dekat situ.
So our choice that day is set
personal, set patin sebab nak merasa je malas nak ambil banyak sangat karang
tak habis pulak. Dalam set personal ni ada ikan patin tempoyak, nasi putih, telur
masin, ulam dan sambal belacan, dessert, buah-buahan dan air.
My review, not bad lah makan
dekat situ memang sedap cuma tak ada lah sampai tahap Queen. Berbaloi lah dengan
harga dia untuk satu set. Walaupun set personal tapi ikan patin tu boleh makan
berdua sebab portion saiz besar.
Menu not bad, harga pun agak murah dan service bagus. Next time mungkin singgah lagi
untuk makan bila singgah dekat bakery sebab dua kedai ni located dekat area yang jarang pergi.
Throwback cerita bulan April lepas dapat pergi Wet World Waterpark, Shah Alam dengan family sebab ada harga tiket promosi tapi gigih sangat ponteng kerja sebab malas pergi on weekend due to overcrowd. Tak fun lah mandi bila kena bersesak dengan orang lain. Masa pergi tu pun ramai jugak yang ambil cuti untuk spend time dekat situ.
Walaupun tak sesak tapi nasib baik jugak lah ada bawa duit lebih dari harga yang ditetapkan sebabnya harga meningkat bermula bulan April due to entertainment tax increment. Lari dah bajet nak beli barang lain dekat dalam tu.
As you guys can read on that table, Wet World Waterpark ni ada dua tempat. Satu di Shah Alam, satu lagi dekat Pedas, Negeri Sembilan. Sama je dua-dua ni cuma yang dekat Pedas tu ada kolam air panas. I tak suka pergi kolam air panas so I choose to go at Shah Alam je lagipun dekat dengan rumah. Belas minit je dah sampai. Karang kalau menapak ke Pedas, dah lemau main air hah siapa pulak nak drive balik?!
But hey, you guys can rental using van rental service from Bus Best to go there. Yang tak pernah dengar lagi company Bus Best ni, no worries since company ni diiktiraf oleh Tourism Ministry of Malaysia lepas ditubuhkan tahun 2005. Bukan setakat sediakan pelbagai jenis perkhidmatan ikut acara atau majlis je tapi kebersihan tip top dan cara pemanduan pun selamat. :)
Back to track, lucky for us on that day, cuaca agak okay lah. Tak panas sangat, walaupun risau hujan lebat sebab awan gelap kemain. Lepas puas berdoa, petang dalam pukul 3 tu baru lebat hujannya. Kira cun lah dari pagi pukul 8 kitorang masuk enjoy sampai 3 petang lepastu Zohor dekat situ je since ada disediakan surau tapi kalau tak selesa pun, masjid Shah Alam ada.
Dekat Wet World Shah Alam ni ada 5 permainan disediakan - Monsoon Busters, Super Hurricane, Caribbean Rider, Whirlwind Escape, Thunder River. Tapi tak semua permainan available setiap masa, ada jadual dia ikut hari dan tak semua perlu guna tube. Sewa tube pula harga RM50, RM25 deposit supaya tak hilang. Loker pula harga RM5 sekali masuk barang.
My fav ride is Thunder River sebab paling panjang dan paling tenang. Tapi kalau terpercik air hasil mandian orang dekat Private Cove kau redho je lah. Thunder River ni dua kali je dia open untuk hari biasa so tak boleh nak merasa banyak kali. Yang ulang main sampai sakit tekak menjerit serupa takde hari esok, ialah Monsoon Buster. Beratur kemain panjang siap berebut tube dengan adik-adik.
Super Hurricane tu best lah jugak tapi yang tak bestnya kena naik menara tinggi 6 tingkat sebelum dapat main. Lagi satu hal kalau takde kerjasama dengan partner memang tak keluar lah kau dik non sebab nak masuk dalam lubang keluar tu agak azab.
Caribean Rider slide pertama yang kitorang try masa tu tapi bahaya sikit lah sebab laju pastu kena jarakkan jauh sikit orang pertama dengan orang kedua sebab taknak orang belakang hentam orang depan. Ada juga yang ingkar arahan sudahnya cedera sebab bahu kena hentak dengan orang belakang, tangan kena pijak, kepala terhantuk dekat lantai. Menangis lah cerita dia balik rumah sebab orang belakang lelaki badan tegap. Well, ada sebab kenapa peraturan dicipta.
Nak makan dekat sini agak banyak juga pilihan cuma mahal lah. Dekat luar makanan cucuk jual sebatang seringgit, dekat dalam cecah 4 hengget. Tu baru cucuk, jangan kau tanya yang pinggan. Memang ada bawa bekal dari rumah tapi tak boleh bawa masuk dalam. But fret not, sebab you guys boleh keluar masuk selagi tag tak tercabut dari tangan. Balik nanti dia suruh kau koyak dekat kaunter, buang segala kenangan yang ada dalam tong sampah.
Dekat dalam pun ada tersedia cabana untuk rehat dan letak barang tapi harga dia untuk orang have have je lah. Picisan macam kita ni mampu tengok je dari luar air peluh Cola dia menitis lepas keluar dari mini fridge.
Masa pergi sini tak banyak pun bergambar sebab tak beli pouch kalis air tu dekat kedai. At first rasa macam rugi je beli tapi menyesal jugak bila tengok ramai yang bergambar masa main air. Ada hikmahnya jugak kot sebab spend time main air sampai lemau instead of bergambar 100 keping tapi upoad Insta 1 keping je. *ayat sedapkan hati*
Selain service cabana, locker, surau dan tandas, dekat sini ada juga service hair dryer tapi kena masukkan token lah. 1 token 5 hengget untuk 5 minit. Rela jugak lah rambut berkepam balik rumah syampu lepastu blow sendiri.
Masa pergi ni ada jugak nampak bahagian yang ditutup untuk renovation and bakal ada tambahan slide/ride baru terbesar dan terpanjang di Asia tapi tak pasti lah apa benda sebab dia tak bagi hint pun. Mungkin dah siap nanti harga makin bertambah ataupun sama. Tapi yang pastinya, it was worth it and rezeki terpijak jugak lah dapat beli tiket harga promosi, dekat FB pun ada ternampak tiket promosi untuk taman tema air di Melaka tapi tak pasti dekat page mana. Ada rezeki lagi nak menapak kali kedua pulak.
This is the first time Nabil Ahmad
jadi penulis skrip dan pengarah bersama and even pengarah bersama pun, kata Alif
Satar dia memang gigih tau nak jayakan telemovie ni sampai lunyai skrip
original dia pegang masa shooting. Sanggup pulak tu tunggu schedule Faizal Husein dengan
Alif Satar free sebab nak diorang je yang berlakon dalam telemovie ni. And I
really think its worth it.
Dalam telemovie ni ada 5 part
yang menceritakan perjalanan Fahmi (Alif Satar) sebagai hantu selepas
kemalangan di lebuhraya Karak apabila bas yang dipandu oleh Din Pekak (Rab
Khalid) terbalik jatuh ke dalam gaung. Tapi jangan disalahkan Din sebabnya ni
semua angkara bisikan syaiton. Hanya Fahmi je yang berjaya keluar dari bas tu
dan naik ke atas untuk minta pertolongan tapi sayang tiada siapa pun yang
berhenti untuk menolong.
Muncul Abang kereta Volkswagen
kuning yang macho (Faizal Husein) datang tolong dan bawa ke balai polis dan
hospital selepas ambil Kak Ponti (Khatijah Tan) di lorong kedai. Dalam Part 1,
diceritakan tentang kisah hidup Din Pekak manakala Part 2 tentang kisah Abang
Volkswagen kuning yang legend di lebuhraya Karak tapi handsome macho stylish teruk
hantunya pun. Faizal Husein pulak tu ya tuhannn crush dari kecik! Disebabkan
Nabil memang suka dengan Faizal Husein dalam Gila-Gila Remaja, watak Abang
Volkswagen ni pun diambil sebijik macam watak Azroy.
Part 3 pulak mengisahkan tentang
Kak Ponti (Khatijah Tan) yang ala-ala Hantu Kak Limah sebab sembang guna dialek Perak. Perangai pun gila-gila
masuk air. Sepanjang perjalanan nak ke balai polis dan hospital tu Fahmi tak
sedar lagi yang dia dah jadi hantu. Lepas beberapa siri menyakat manusia baru
dia faham dia dah mati dalam kemalangan tu tapi dia okay je sebab Abang
Volkswagen dengan Kak Ponti jenis kaki enjoy dan bawa dia ke funfair hantu.
Dekat funfair ni lah dia berjumpa
dengan Dhia (Hannah Delisha) yang akan hidup bila dekat dengan dia tapi pengsan
bila berjauhan. Comel sangat lakonan Hannah Delisha dalam telemovie ni. Dalam
Part 4 ni mengisahkan tentang bagaimana Dhia mati, memang agak ngeri kehidupannya
dah ala-ala Final Destination dah. Masa scene otak dia pecah tu nampak real
betul, power makeup artist diorang ni. Ada juga scene dating ala SRK-Kajol
dalam Dilwale cuma dalam ni ambil masa selama 2 minit je.
Part 5 pula mengisahkan tentang
kehidupan Fahmi sendiri, bagaimana dia ditipu dan dipergunakan oleh Cinta (Mimi
Lana) sehingga dia naik bas keluar dari Genting yang dipandu oleh Din Pekak.
Ada sebab kenapa Dhia melekat dengan Fahmi dan jatuh cinta dengan Fahmi. Mampu
atau tidak Fahmi dan Dhia bersama? Siapakah Dhia sebenarnya? Jawapannya dalam
The Hantus!
Walaupun naskhah ni menggunakan tajuk The Hantus dan
berkisarkan kehidupan hantu yang ingin bersuka ria tapi tak ada pun babak seram
dalam telemovie ni cuma scene balai polis tu sebenarnya real dan boleh search
di Youtube – ni Nabil yang bagitahu sebab tak berani nak tengok hantu apa yang
ada. Dalam movie lawak lah. Funfair dalam telemovie ni diinspirasikan dari
Mimaland tapi tak berapa menjadi sangat pun sebab nampak macam funfair biasa
je. Jauh beza dengan Mimaland.
Antara sebab kenapa Nabil pilih
barisan pelakon The Hantus kerana mereka ni semua bersahaja dalam lakonan dan
nampak neutral and yesss they are! Memang chill santai je tengok telemovie ni
ditambah pula dengan visual shot yang cantik dan colour grading ala cerita
klasik zaman 60-an atau 70-an ditambah dengan lagu dari Kugiran Masdo memang
menghidupkan vibe zaman tu. Kali ketiga tengok lakonan Mimi Lana dan kali ni berlakon sebagai gadis liar and what can I say, I'm already a fan now.
For me, Nabil already proved his
worth as a director tapi kali ni dia bekerja dengan barisan pelakon mantap so
kerja dia agak mudah, can’t wait for another genre in his production dan
pelakon baru. Wish him luck and all the best for his new career!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10
Lepas karya Gantung, upon
recommendation by my friend, try baca novel Cerpen terbitan Buku Fixi ni.
Cerpen ni sama dengan tajuk novel ni merupakan koleksi cerpen karya Nadia Khan
semasa awal kariernya sebagai penulis. Banyak juga karya yang menang anugerah
dan diterbitkan di majalah atau akhbar tempatan. Bukan setakat baca novel je,
baca cerpen pun memang terhibur dengan penulisan kak Nadia ni. Unik dan
menengahkan isu semasa masyarakat dengan cara dia yang tersendiri.
Dalam novel Cerpen mempunyai 20
cerpen pendek berbeza genre – sains fiksyen, sejarah, cinta, keluarga dan
banyak lagi. Walaupun ada satu ataupun dua cerpen yang agak tak matang
penulisannya (ni Kak Neddo sendiri mengaku okay) tapi jalan cerita boleh lagi
nak layan cuma cara penulisan tu je kebudak-budakan sebab karya zaman muda saja
diselitkan untuk hiburan. Boleh nampak lah yang Nadia Khan yang dulu bukan
seperti sekarang. Usaha untuk baiki penulisan dan jalan cerita supaya nampak
menarik dan cantik.
Nak review cerpen actually tak
best sangat sebab terlampau singkat. Dekat sinopsis pun dah boleh tahu jalan
cerita kan tapi antara cerpen yang boleh dipanjangkan jadi novel ialah Nasi
Putih Daging Cincang, Epilog Damak, Kopi Kola, Puaka Pak Jaha, Budak Baru dan Nakahari sebab jalan cerita menarik dan kalau dipanjangkan jadi novel pun puas membaca.
Cerpen fav yang menyentuh hati ialah
Kopi Tiga Suku, kisah tentang si suami yang suka minum kopi bancuhan isteri
cuma 3 suku. Walau sikit macam mana pun bancuhan si isteri, suami akan
tinggalkan suku. Kenapa? Kena baca sendiri. Perbuatan suami dia memang nampak
pelik tapi bila tahu jawapannya boleh menangis bila baca. Maybe relate dengan
life sendiri jugak kot sebab bila minum air dia mesti minum sikit sebelum kita
minum tak pun dia akan suruh minum air dia sikit walaupun tak suka dengan rasa
air tu.
Lagi satu cerpen Cili genre
komedi. Cerpen ni tak berat pun dan plot dia cuma Pak Rabu mencari cili merah
untuk Mak Yah, isterinya masak sambal nasi lemak buat berniaga esok harinya
tapi perjalanan mencari cili tu agak unik sampai boleh jadi cerpen. Kalau ada
yang pandai olah cerpen ni, boleh diadaptasi jadi telemovie jugak ni.
Recommended to read this novel,
memang berbaloi beli sebab tak bosan baca plus cerita pula pendek je. Dalam
sehari dah boleh habis baca ditambah pula dengan gaya penulisan santai kak
Neddo. Tapi rasanya novel ni dah tak dijual di Buku FIXI sebab dekat website dah takde. Maybe you guys should try online if keen to read it ya :)
1. Author +1, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +1, 4.Plot +0.7, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.9 = 9.1/10
Pelakon : Mira
Filzah, Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Ogy Ahmad Daud, Zulkifli
Ismail, Datin Paduka Eina Azman, Lydiawati, Mak Wan, Amir Nafis, Elmy Moin
Genre : Cinta/Drama/Keluarga
Jumlah Episod : 24
Episod
Tarikh Tayangan : 14
Mei 2018 – 21 Jun 2018
Syarikat Produksi : Hyper
Pictures Sdn Bhd
Penyiaran : Astro Ria
(Slot MegaDrama)
OST : Rahsia Kita –
Khai Bahar & Husna, Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Seharusnya - Aepul Roza
Trailer :
Ilaina (Mira Filzah), Zayn
(Hisyam Hamid) dan Mikael (Fikry Ibrahim) bersahabat dari kecil dan terpisah
bila Ilaina berpindah ke luar negara dan berjanji akan ingat persahabatan mereka sampai dia kembali ke Malaysia. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke
Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinannya yang hancur bila
Ayra (Eina Azman) lari dengan kekasihnya (Elmy Moin) pada hari perkahwinan
mereka.
Ilaina dan Arissa (Uqasha
Senrose) yang juga berkhemah di kawasan yang sama telah menyelamatkan Mikael dan Zayn yang sesat di kawasan perkhemahan.
Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael dan mengetahui yang mereka adalah
kawan baik dari kecil. Happy dengan reunion mereka, Ilaina mengajak Zayn dan
Mika ke rumahnya untuk bertemu dengan Puan Suraya (Ogy ahmad Daud) dan Encik
Ismail (Zulkifli Ismail).
Tapi Puan Suraya tidak senang dengan
kehadiran Zayn dan Mikael kerana mengingatkan dia dengan kisah silam dia di
Malaysia dan Makda (Makwan), nenek kepada Mikael. Sejak dari hari tu, Puan
Suraya menyuruh Azim (Amir Nafis) untuk dapatkan kembali Ilaina walaupun mereka
telah berpisah 3 tahun lepas akibat kecurangan Azim sendiri.
Ilaina mengajak Arissa untuk
pulang ke Malaysia walaupun dilarang keras oleh Puan Suraya tapi usaha Ilaina
berjaya bila ayahnya mengizinkan tambah pula sudah 15 tahun dia berada di
negara orang. Dia ingin kembangkan business di negaranya sendiri dan menebus
janjinya kepada arwah kawan baiknya, ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dan
Mikael.
Walaupun pada awalnya Ilaina
jatuh cinta dengan Mikael sejak kecil tapi dia dapat tahu yang membalas
surat-surat dan mesejnya bukan Mikael tapi Zayn. Tanpa sedar, mereka berdua
jatuh cinta tapi terhalang bila Encik Ismail tetap dengan janjinya, Mikael pula
menghidap kanser perut lantas membuatkan mereka berdua berkorban untuk
bahagiakan Mikael. Tapi bahagiakah perkahwinan mereka?
Masa tengah kecoh drama ni dulu
tak rasa pun nak tengok tapi sebab ramai yang kata best saja lah try nak pulak
arahan Michael Ang not bad jugak lah. Dulu tak suka Fattah Amin tapi jadi suka
sebab drama dia. Walaupun cliché tapi arahan dia bagus. Cuma drama ni panjang
sebab masing-masing jenis suka berahsia, haaa kena lah dengan tajuk ‘Rahsia
Hati Perempuan’, lagu tema pun ‘Rahsia Kita’ & ‘Haram’
'Biar rasa ini
tersimpan hanya untuk aku kamu saja tahu'
'Haruskan ku simpan semuanya, rahsia antara kita berdua'
Its my first time actually layan
drama lakonan Mira Filzah and yeah I’m a fan now. Sebelum ni antara salah satu
sebab nak tengok sebab Uqasha tapi suka pulak tengok lakonan Mira sebab santai
je. Wardrobe dia pun cantik belaka tajaan Starvillion, same goes to Uqasha, Ogy & Ayra. Mekup hasil kerja Sherry Alaudin pun tak over, just nice je dengan muka memasing nak pulak dia utamakan neutral theme. Suka bila tengok scene Uqasha dengan Mira
sebab sweet sangat, nampak lah chemistry diorang berdua tu nak pulak diorang
buat ‘Ari~~~Ili~~~’. Kalau tak faham, pergi lah tengok sendiri.
Best layan drama ni cuma penat
lah bila masing-masing takut nak bagitahu perkara sebenar sedangkan drama ni
lagi cantik kalau panjangkan scene macam mana Ilaina boleh tahu Zayn sebenarnya
yang mesej dia selama ni dan bukan Mika atau panjangkan scene Mika dan Arissa.
Seriously, Arissa antara karakter yang kesian selain Makda/Tokwan dalam drama
ni. Banyak diorang terpaksa berkorban tapi kebahagiaan tu tak secantik karakter
lain. I just skip scene Puan Suraya sebab annoying sangat lah but yeah I do
applause Ogy’s acting. Dia berjaya hidupkan karakter Puan Suraya tu but sweet
jugak scene Puan Suraya dengan Encik Ismail ni tapi tak banyak.
Selain jalan cerita dan lakonan,
antara yang best nak tengok dalam drama RHP ni ialah scenery dekat Australia
sebab cantik sangat shot diorang ambil tu nak pulak dekat kawasan tapak
perkhemahan diorang. Apart from that, drama ni ada banyak lagu Hindustan tapi
dekat episode-episod akhir je dia boleh lambak segala lagu hits SRK. Kan best
kalau dari awal masukkan lagu Hindustan, sambil layan drama sambil layan angau
ala Bollywood.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10