Sebelum ni TV3 terpalit dengan kontroversi laporan berita politik yang berat sebelah dan laporan palsu, kali ni kecoh dengan laporan sukan dengan headline agak berbeza sepanjang World Cup berlangsung. Katanya headline menarik ni merupakan tarikan TV3 supaya rating di kalangan penonton meningkat.
Antara headline yang mencuit hati penonton :
\
Ada yang marah kerana KPOP bukanlah singkatan khusus kepada pemain bola dan ada pula yang marah kerana tak bersikap professional. Walaupun dikecam, tak kurang juga yang terhibur sampaikan tak sabar menunggu laporan sukan setiap kali habis perlawanan. So you guys rasa, headline TV3 ni berjaya menarik minat penonton ataupun perlu dikawal? For me, its a bizarre idea to come up with and hats off for the team! Can't wait to see who's gonna bring that trophy off to their country.
June is already over! Raya pun tinggal berapa kerat je lagi, sekarang ni musim open house so every weekend memang susah lah nak hadap blog. Kalau blogwalking nak cecah 50 blog pun susah sikit tak macam sebelum ni.
Kalau ikutkan entri Blog Performance May 2018, ada some challenge yang diwujudkan. Let's see mencapai atau tak target tu.
1) PV
Bulan lepas dah target nak cecah all time PV sebanyak 82k tapi terlebih dari goal sebenar, sekarang dah cecah 93k dah yeayyy! Tak sabar nak tunggu 100k pulak. Goal kedua, nak cecah 20k sebulan pun dah tercapai jugak, another yeayyy! Goal ketiga nak cecah 500 PV sehari pun dah mencapai jugak yeayyy full blast! Berharap jugak sebenarnya nak cecah 1000 sehari tapi habis kuat pun 975 je sehari. Mungkin bulan ni, siapa tahu kan?
2) Post
Bulan Jun memang jauh beza dengan bulan Mei, lirik lagu Sumandak Sabah tu memang penyumbang besar PV walaupun Kaamatan dah lama habis. Drama Review Nur dan Telemovie Review : Bini Aku Dari.... baru je update tapi carian memang naik meroket. Walaupun tak tinggi sangat macam blogger lain tapi bahagia jugak lah mata ni tengok. Tak sangka sebenarnya ramai yang baca Artikel Masuk Dalam Crunch tu sampai masuk Popular Post, mungkin ramai cari untuk buat rujukan. Well, hope it helps :)
My goal for Popular Post to exceed 1k PV already achieve, yeayyyy! Kalau sebelum ni, Drama Review : Gantung yang sentiasa jadi tumpuan tapi Lirik Lagu Sumandak Sabah dah meroket jauh. Its great to watch there's 5 post on MR/DR/TR in Popular Post since that's my blog's niche. Tapi hampa jugak lah sebab tak ada langsung movie Hindustan walaupun tu sebenarnya objektif asal.
3) Keywords
Berbeza dengan bulan Mei, carian memang penuh dengan lirik lagu Sumandak Sabah dan lirik lagu Tak Pernah Hilang penangan drama NUR bulan puasa haritu. Carian yandex.ru tu paling pelik sekali sampai pernah satu hari penuh dengan carian dia je. Entah apa yang relate entah. Not sure when tapi suka tengok keywords berbeza macam ni, nampak lah variasi tu sikit. Happy nampak apa kita tulis mencapai carian orang.
4) Bilangan Entri
Walaupun bulan Mei dah mampu cecah target tapi bulan Jun jatuh balik sebab kadang tu mood hilang so nak cecah 2 entri satu hari memang malas kemain padahal banyak je benda boleh update. Julai ni kena naikkan balik lah. Target bulan ni 3 entri sehari. Walaupun nampak macam mustahil tapi tak cuba mana nak tahu keputusannya ye dak?
5) Ranking Alexa
Ranking Alexa adalah punca kebahagiaan bulan Jun sebab jauh beza dengan bulan Mei. Dari 31k menaik sampai 13k. Tapi goal untuk hilangkan sejuta dekat ranking global tu tak mencapai lagi but still sama macam before this, jumlah makin mengecil. Target Julai nak ranking Malaysia maintain belas ribu ataupun turun kepada 4 angka.
6) Audience
Audience bulan Jun memang gempak sikit untuk negara sendiri sebab penangan Drama NUR, Sumandak Sabah dengan Bini Aku Dari... kot. Jauh beza 3k naik sampai 11k. US tak banyak beza tapi maintain no 2. Indonesia pun nampak peningkatan berbeza, dari 561 naik sampai 1569 walaupun bulan ni tak ada langsung movie review untuk movie Indonesia. Target nak banyakkan review movie Indonesia tak lepas lagi sebab tak jumpa sumber.
Done for June's performance! Happy sangat dengan pencapaian blog ni setiap hari walaupun tak mencapai beberapa goal tapi kebanyakannya dah boleh crossed out! Selain dari pencapaian blog, tengah menunggu buah mulberry masak dekat pokok juga ni lepas setahun lebih tanam. Macam tak relate je kan sembang, tapi sebenarnya nak tambahkan carian under bercucuk tanam pula lepasni. Cuma nak kena belajar lagi ilmu bertani ni sampai puas hati.
I don’t fancy alien/predators or
whatsoever weird creature been planted in our minds that they are exist and
will soon conquer the Earth. Same goes to A Quiet Place but I give it a try
since there’s so many positive reviews. My review might be biased but nahhh I don't even care.
Tahun 2020 Bumi ditakluk oleh
raksasa yang sensitif pendengaran, manusia hidup tanpa bercakap, tanpa
keluarkan bunyi supaya tak dibunuh dengan kejam. Permulaan movie you guys can
watch a family grab couple of things and medicine at convenient store. Dekat
scene ni si ayah, Lee (John Krasinski) cuba halang anak bongsu dia, Beau (Cade Woodward) ambil spaceship mainan
yang berbunyi. Tapi anak perempuan dia, Regan (Millicent Simmonds) ambil sebab sayang dengan adik?
Sayang tak bermaksud kena bagi semua benda tambah pula soal hidup dan mati. End
up, his little brother died.
Setahun kemudian, Evelyn (Emily Blunt) mengandung and prepare everything needed for the newborn baby. Serious tak
faham kenapa Lee dan Evelyn produce lagi anak sedangkan diorang tak jumpa lagi
kelemahan alien tu dan tak ada apa-apa protection pun untuk halang alien tu
datang. Of course dalam movie boleh tengok all the equipments they have
prepared but was it enough? Macam mana nak survive everytime baby tu menangis? You
cannot control that. Oxygen mask and a casket for baby to survive, seriously?
Kenapa seksa kehidupan dia kalau boleh gugurkan. You guys can have
condomsssssss and pilsssss for freeeeeee!
There’s a scene where Lee and
Marcus (Noah Jupe) go out collect fish at the river, and they talk about Regan and Beau.
Dekat sini kita tahu alien tak akan datang sebab bunyi air terjun, sungai
sangat bising so alien boleh bezakan bunyi yang dibuat manusia dengan bunyi nature.
Jadi kenapa Lee tak protect family dia dengan buat sistem pengairan yang sama
dekat rumah dia. Nak sembang buat rumah dekat situ macam susah lah sebab
mungkin dia tak ada kepakaran tu.
Dekat rumah, Evelyn dah mula
pecah air ketuban walaupun ada masa lagi dua minggu sebelum due. Masa tengah
tahan sakit tu boleh pulak kaki terbenam paku and WHO THE HELL PERGI TANAM PAKU
DEKAT LALUAN ORANG?!!! MOTIF? Sebab dua tiga ekor raksasa buta yang turun tak terpijak langsung padahal diorang besar kot. Punya lah nak timbulkan rasa saspen sampai tahap macamtu
wei. Dah beranak tiba-tiba pulak air entah dari empangan mana pecah melimpah
masuk dalam rumah. SERIOUSLY?
Dalam bergelut untuk survive tu,
Regan by accident knew how to weaken those monsters but as always she’s so
slow, damn slow for an incredible family that can survive the whole year living
in a place filled with monsters which made this movie turns out to be crappiest
movie of the year. I mean, sensitif bunyi memang akan sakit bila dengar bunyi berdesing and no one, not even scientist can figure that out for the whole year, say whatttttt?!
Nevertheless the uniqueness of
this movie still jadi tumpuan jugak, macam mana cara the whole family jaga diri
and be creative to survive from being attacked. Sistem lampu, laundry, memasak
and other things related. I’ve always wondering how they processed those maze
since the machine quite loud? Simpanan jagung diorang hampir penuh satu silo
kot.
Kalau ikutkan genre movie ni
horror and ada lah some jumpscared scenes macam scene Regan dekat rumah usang
tu but not terrified enough to be labeled as horror. Talking about their acting
potential, although I hate Regan’s character but she deliver the best among
others. Fun fact dia memang pekak in real life so movie ni macam simbolik untuk
menyelami dunia manusia yang mengalami masalah pendengaran. What will happened
when you cannot even make sound. It’s a torture. Tapi elok kau mati je lah kalau kau ada resdung ataupun pesen kentut kuat. Jangan kata sehari, seminit pun belum tentu survive.
Since dah tengok yang pertama, of
course I’ll wait for the sequel since watak Lee ada lagi dalam sequel. Mungkin
Lee wujud dalam flashback or mungkin Lee tak mati well we don't even got any clue yet. Plus I really wanna know how
they’re gonna survive from those monstersssssss. With a shotgun so yupp good luck.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1,
8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 6.2/10
Cast : Craig T. Nelson,Holly Hunter, Sarah Vowell, Huck
Milner, Samuel L. Jackson, Bob Odenkirk, Catherine Keener, Eli Fucile, Jonathan
Banks, Brad Bird
Genre : Comedy/Action
Production Company : Walt Disney Pictures, Pixar Animation
Studios
Distributor : Walt Disney Studios, Motion Pictures
Running Time : 118 minutes
Release Date : 15 June 2018
Trailer :
After 14 years, now we have
sequel of The Incredible family! So last two days I’ve watched this most
awaited sequel movie at Citta Mall. At first macam ragu-ragu jugak nak tengok
sebab tengok kartun dekat panggung is like mehhh tapi sebab tergoda dengan kecomelan
Jack Jack so terus book ticket and have my movie date for this month hi hi hi. Hall peuh dengan adults kot, tak ada sorang pun infant/kid masa layan movie ni. Nampak tak 90 kids memang dah lama tunggu movie ni.
Back then we have magnificient
superhero family tapi berbeza dengan sequel bila masalah kewangan Metroville
meningkat bila Mr. Incredible (Craig T. Nelson) gagal tangkap penjahat ‘Underminer’
dan hampir rosakkan keseluruhan harta benda awam di bandar tersebut. Sudahnya
superhero diharamkan serta-merta! Family The Incredibles terpaksa berpindah
keluar dari rumah mereka dan tinggal di motel yang mampu bertahan hanya selama
2 minggu.
Buntu dengan masalah family dan
kerja, Frozone (Samuel L. Jackson) ajak Bob dan Helen (Holly Hunter) berjumpa
dengan founder Devtech yang dipelopori oleh Winston (Bob Odenkirk) dan adiknya,
Evelyn Deavor (Catherine Keener) sebagai pereka teknologi syarikat tersebut
yang juga merupakan peminat terbesar superheroes. Mereka tawarkan Elastigirl/Helen
untuk menjadi duta syarikat dan cuba mansuhkan kembali akta yang mengharamkan
superheroes.
At first Helen refused dengan
tawaran tersebut sebab Bob lagi layak dan dia tak mampu berpisah dengan
anak-anak terutamanya Jack Jack (Eli Fucile) yang masih lagi baby dan perlukan
perhatian utama. Tapi Bob pujuk Helen supaya terima tawaran tersebut sementara
dia uruskan anak-anak di rumah kerana bagi dia kerja housewife tu mudah.
Tinggal di motel dengan masalah kewangan bukan sesuatu perkara yang kecil untuk
tolak tawaran Devtech.
Sangkaan dia meleset bila Jack
Jack mempunyai superpower, Dash (Huck Milner) pula stuck dengan homework Math
dan Violet (Sarah Vowell) yang menyampah
dengan dia disebabkan arahannya kepada Rick Dicker (Jonathan Banks) untuk padam
memori Tony – high school crush Violet. Meanwhile, Helen makin mendapat tempat
di hati penduduk bandar New Urberm kerana kejayaan Elastigirl dalam menyelamatkan
dan menumpaskan misi Screenslaver menyerang datuk bandar.
Keadaan makin huru-hara bila
Helen, Bob dan Frozone terperangkap oleh Screenslaver dan Violet, Dash &
Jack Jack cuba menyelamatkan parents mereka dan ahli politik menggunakan kereta
Mr. Incredible dan kuasa mereka sebelum cruise yang digunakan Devtech untuk
sesi persidangan penting terhempas ke bandar.
Not much for storyline and the
plot seems predictable. Dah boleh agak dah siapa Screenslaver tu tambah pula
Elastigirl tak pernah bersua muka dan teknologi yang dia gunakan tu agak
tinggi, sama level dengan Devtech. Tapi movie ni jadi best disebabkan Jack Jack
dan Dash, memang terhibur dengan keletah comel mereka berdua. Nak pula bila
scene Jack Jack bergaduh dengan raccoon yang datang makan sisa ayam dalam tong
sampah di rumah mereka. Scene Jack Jack datang rumah Aunty Edna (Brad Bird) pun
kelakar bila dia dengan mudah impress Edna untuk jaga dalam masa sehari dan
cipta suit khas untuk Jack Jack.
It’s a great move from Pixar
dengan highlight superpower Jack Jack so we can wait for third installment of
The Incredibles. Plus, making Helen as main superhero in this movie is a great
initiative from Disney and Pixar in changing society and world’s perspective about
hero equals to male. Its time for women to shine as great as male. Not only Elastigirl, superpower Violet pun makin bagus dalam sequel ni and you guys will impressed with Evelyn as well Voyd. Like Weinston said
'It's time to make some wrong things right. We need to change people's perception about superheroes and Elastigirl is the best plan'
Sembang pasal skrip & dialogue, I really love Brad's work in this :
'You know its crazy right? To help my family, I need to leave it. To fix the law, I need to break it' - Helen
The moment Bob opened up with Violet about him trying to be the best father is jubilant and serene to watch for a family entertainer movie. If you guys already watch the first, do watch this sequel although its not that amazing but its great to spend your 2 hours precious time watching precious Jack Jack. I'm a fan now ;)
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10
Penanaman menegak merupakan salah satu kaedah penanaman yang semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti penanaman dijalankan di dalam kawasan bangunan yang dilengkapi segala peralatan pertanian.
Idea untuk penanaman menegak ini tercetus apabila saintis memikirkan cara untuk mengatasi masalah sumber makanan yang semakin berkurang disebabkan kekangan tanah dan juga pertambahan penduduk dari semasa ke semasa. Penduduk dunia akan bertambah dari 7 billion kepada anggaran kemungkinan 14 billion menjelang tahun 2050.
Atara tanaman yang sesuai ditanam menggunakan kaedah ni ialah salad, tomato, cili, sawi, strawberri, kailan, pak choi, kangkung, bayam, terung, bendi, peria, serai, kunyit, pandan dan pelabagai lagi. Terdapat beberapa negara yang menggunakan kaedah penanaman menegak antaranya Singapura, Amerika, China, Jepun, Sepanyol dan beberapa negara lagi.
Antara kelebihan kaedah penanaman menegak ni ialah
Lebih selamat dan bersih berbanding penanaman di ladang.
Mengurangkan pencemaran air dan kerosakan kepada alam sekitar.
Kurang gangguan dari serangga perosak
Keuntugan lebih banyak berbanding penanaman ladang
Jimat ruang
Jimat kos penghantaran kerana kebanyakannya ditanam di bandar
Boleh diubah mengikut keselesaan ataupun keperluan tanaman
Di Malaysia pun dah mula menggunakan penanaman menegak ni kerana selalu terjadi hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah tinggi, bercerun dan berbukit seperti Cameron yang ditarah khas untuk pertanian. Terdapat juga beberapa kawasan balak atau hutan yang ditebang hanya untuk penanaman dan pertanian komersil justeru penanaman menegak mampu mengurangkan masalah ni.
Mungkin lepas ni dah tak perlu bersesak dah ke Cameron untuk enjoy makan strawberri sebab dekat bandar pun dah boleh dapat tapi siapa nak mulakan dulu agakya ye? ;)
Pelakon : Farah Nabilah,
Aliff Aziz, Mimi Lana, Shah Iskandar, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri
Iskandar, Afique Hussain, Azhan Rani, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina
Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin,
Genre : Drama/Cinta/Konflik/Keluarga
Bilangan Episod : 27
episod
Tarikh Tayangan : 23
Mei 2018
Syarikat Penerbitan :
Country & Universal Sdn.Bhd
Tayangan : TV3 (Slot
Akasia)
Trailer :
Drama yang diadaptasi dari novel
karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Kucuri yang diterbitkan pada tahun
mengisahkan tentang Delisha (Farah Nabilah) dan Faiq (Aliff Aziz) yang terpaksa
hidup merempat sebagai gelandangan bila keluarga mereka yang kaya-raya hilang
entah ke mana. Puas dicari tapi tak berjumpa satu pun jejak baik keluarga Isha
mahupun keluarga Faiq. Yang ada pada mereka berdua cuma IC Faiq dan baju yang
dipakai dan beberapa wang ringgit hasil simpanan Faiq dalam akaun bank.
Faiq dan Isha meneruskan
kehidupan mereka dengan bantuan Abang Ali (Azhan Rani) dan Mak Jah yang membantu mereka
mencari kerja supaya mempunyai duit untuk makan. Kalau ada rezeki mereka dapat
lah makanan hasil sumbangan dari pihak yang memberikan bantuan. Kehidupan
mereka sebagai gelandangan benar-benar memberikan pengajaran kepada Isha yang
pernah sombong dan bongkak semasa kaya dahulu. Tak pernah mereka sangka
kehidupan mereka akan berubah sekelip mata.
Pelbagai ujian dilalui Isha dan
Faiq selain tidur di tepi jalan bertemankan tikus dan lipas, Isha hamper dirogol
semasa sesat akibat operasi khas menangkap gelandangan, Isha terlampau lapar
sehingga korek tong sampah untuk makan, Faiq hilang kerja selepas accident, Isha
hampir gila meroyan kerana anaknya diculik selepas Kak Gayah ambil kesempatan
menghantar Isha ke hospital swasta.
Baca sinopsis drama ni pun dah
curious nak tengok sebab jalan cerita lain dari yang lain, memang tak menyesal
tengok 27 episod tentang kehidupan Delisha dan Faiq yang kaya berubah kepada
gelandangan atas arahan Nenda Rosnah (Normah Damanhuri) supaya dapat mendidik
Delisha dan Faiq tentang kehidupan dan kemiskinan. Tapi tak sangka pulak Nenda
tinggalkan tanpa pantau Isha dan Faiq langsung selepas buang mereka berdua di
tepi jalan walaupun Amir mengintip secara rahsia. Entah kemana Nenda dan semua ahli keluarga lain pergi masih rahsia.
Lakonan Farah Nabilah sebagai
Delisha antara sebab kenapa drama ni bagus. Dari seorang gadis kaya yang bongkak
kepada isteri yang sabar dan redho dengan ketentuan Tuhan semuanya menjadi
tambah pula masa Damia diculik dan scene Isha dan Faiq baru balik dari Milan
tapi terima berita duka. Lakonan Aliff Aziz kadang nampak tak meyakinkan
sangat, nampak flat but lucky for him, banyak scene bersama dengan Farah. Watak
sampingan seperti Abang Ali, Kak Kiah, Kak Hanum dan Nenda memang
mainkan peranan dan serlahkan karakter mereka. Kalau selalunya chemistry antara
leading stars yang menjadi tumpuan tapi dalam drama ni chemistry antara Delisha
dan Nenda yang mencuri tumpuan terutama scene Isha berbaik semula dengan Nenda
memang meramu ayaq mata.
Watak antagonis, Salima lakonan
Mimi Lana memang terbaik. Sebelum ni pernah nampak lakonan dia sebagai gadis
sopan ayu dalam MV Syurga Yang Sempurna – Isa Khan tak sangka menjadi bila dia
bawa watak perempuan bitchy yang saiko. Nak pula masa scene dia hentak kepala
Zainal dengan pasu bunga, the moment she screams in terrified tu memang top
notch. She’s great I tell ya! Karakter-karakter perempuan dalam HHYK ni semua
hebat belaka kecuali Dalina (Jasmin Hamid), ibu Delisha dan juga Faiza, ibu
Faiq (Anne Abdullah). Diorang tak dapat banyak screentime sangat pun.
Wardrobe Delisha dengan Salima
memang top notch dalam drama ni hasil kerja penata busana, Yassni Din sesuai
sangat dengan Delisha lulusan bidang pereka fashion Milan. Salima walaupun
penganggur berjaya dan pengikis duit parents tapi sebagai anak Dato’, fashion
dia memang up-to-date. Hairstyle dengan makeup pun on point, thanks to Jas Syed
Chek. Muka Delisha memang cantik dengan makeup neutral soft, Salima pula dengan
makeup ala bitchy with red lipstick never fail to amuse me whenever she’s
appear onscreen.
Plot tempat dalam drama ni di
sekitar Kuala Lumpur da nada satu scene promosikan Blue River yang baru je
dilancarkan pada awal tahun 2018. Selain tu, di Penang tempat Delisha dan Faiq
bercuti untuk release stress bersama rakan-rakan Faiq. Zainal (Shah Iskandar),
ex Delisha pun selalu jugak pergi Penang atas urusan kerja so banyak scene
cantik dekat Penang dipamerkan. Milan juga jadi pilihan sebagai lokasi bulan
madu since Faiq dan Delisha melanjutkan pelajaran di sana bersama.
Lagu tema untuk drama Halalkan
Hati Yang Kucuri ni menggunakan lagu Semakin, lagu baru Siti Sarah genre
balada. Walaupun lagu ni tak berapa digemari oleh Siti Sarah sendiri sebab
bersifat merayu tapi sesuai sangat dengan jalan cerita drama ni and its already
my fav.
Walaupun jalan cerita drama ni agak
cantik tapi tidak pada skrip sebab ada beberapa dialog yang agak mengarut tapi
ada juga yang kuat nak pula kalau Faiq bagi pickupline dekat Isha memang romantik
sangat. Mungkin dari novel, tak pasti pula sebab tak baca pun novel asal drama
ni.
Drama ni memang bagi pengajaran
sangat nak pula masa Faiq dan Isha hidup gelandangan sebab lakonan diorang buat
rasa bersyukur sangat ada rumah untuk berteduh tak perlu tidur tepi jalan alas
kotak. Ada duit untuk makan tak perlu korek tong sampah bila lapar, ada duit
untuk beli kasut tak perlu berkaki ayam kesini sana. Really recommend you guys
to watch this if you guys haven’t yet.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
Cast : Irrfan Khan, Parvathy, Neha Dhupia, Pushtiie Shakti, Aman Sharma, Siddharth Menon, Navneet Nishan
Production Company : Zee Studios, JAR Pictures
Distributor : Zee Studios
Genre : Romance/Comedy
Running Time : 125 minutes
Release Date : 10 November 2017
Trailer :
Movie travel-theme ni memang
menarik minat sangat nak pula bila travel sekitar India sebab India ni banyak
juga tempat yang best dan cantik. Tengok banyak kali pun tak puas, baru tengok
dalam movie belum merasa sendiri pengalaman tu. Plot cerita QQS ni dikarang oleh ibu Tanuja dan digubah sendiri oleh Tanuja supaya sesuai dengan era sekarang.
Qarib Qarib Single mengisahkan
tentang kehidupan sunyi Jaya (Parvathy) selepas kematian suaminya. Rutin yang
sama dia buat, skype call dengan adik dia lepas balik kerja, tolong jagakan
anak-anak atau pets kawan-kawan dia ataupun layan movie. Kadang tu dia bekerja
even weekend sebab sunyi.
One day kawan baik dia suggest
daftarkan diri di online site dating. At first dia macam ragu-ragu tapi apa
salahnya mencuba. Dari situ dia berjumpa dengan Yogendra Kumar Devendra Nath Prajapati, a.k.a. Viyogi (Irrfan Khan), seorang
pemuisi tapi satu buku puisi dia pun tak pernah terjual walaupun puisi dia agak
best – Jaya yang kata macam tu.
Karakter Jaya dengan Yogi agak
berbeza, jangan kata bercinta, nak berkawan pun Jaya tak mampu tak tahan dengan
perangai Yogi dan cuba cari jalan untuk larikan diri tapi tak berjaya. Yogi
bangga dengan pencapaian rekod dia bercinta. Dia selalu brag yang 3 orang ex
dia masih tergilakan dia walaupun dia dah lama tinggalkan diorang so Jaya cabar
Yogi untuk track down semua ex Yogi untuk buktikan perkara tersebut. Maka
bermula lah ekspedisi pengembaraan diorang.
Yogi ni agak clumsy, so banyak
benda yang agak chaos terjadi sepanjang perjalanan mereka bersama. Bermula
dengan terlepas flight, terjatuh dari bot, tersalah naik keretapi dan banyak
lagi lah yang terjadi. Walaupun Yogi ni berkarakter begitu, dia sejenis yang
cool je tapi Jaya jenis memang menggelabah itu ini dan cepat stress sampai
membebel dalam bahasa Tamil. Like I said earlier, beza karakter macam langit
dengan bumi.
Plot movie ni memang predictable
lah bila both of them mula merasakan cinta tapi yang buat curious nak tengok
sampai habis tu, betul ke semua ex Yogi masih menyimpan perasaan dengan Yogi.
Kalau tengok Yogi ni tak sangka betul exes dia semua hot meletup kecuali Radha
yang dah berisi sejak kahwin but still comel. Walaupun dah boleh agak jatuh
cinta tapi bibit cinta antara dua manusia berbeza karakter tu buat kita curious
jugak macam mana boleh berubah dari menyampah kepada cinta kan? Setiap kisah
cinta ada keunikan dia sendiri betul tak?
Lakonan Irrfan sebagai manusia
clumsy memang menjadi sebab muka dia serious je so bila dapat karakter komikal
macam ni agak mencabar tapi menjadi nak pula bila dia menyanyi dekat guesthouse
Radha tu fuhhhh bukan Jaya je cair ni yang tengok pun sengih sendiri layan lagu
tu. Chemistry antara Irrfan dengan Parvathy antara penyumbang utama movie QQS
walaupun ni movie debut Parvathy tapi tak nampak langsung kekok onscreen dan
tak overshade langsung dengan Irrfan. She’s great!
Since movie QQS ni bertemakan
pengembaraan/road trip, for sure lah scenery menjadi tarikan. Antara shooting
location yang menjadi pilihan ialah Dehradun, Delhi, Alwar, Bikaner, Rishikesh,
Roorkee dan juga Gangtok. Paling cantik dekat Gangtok, scene Jaya jumpa kawan
lama dia and the view is so breathtaking. Scene dalam keretapi stim, Fairy Queen
pun cantik jugak walaupun cuma satu shot di ruang makan je.
Bab lagu/soundtrack memang tak
letak expectation tinggi pun sebab movie Irrfan memang tak pernah beratkan bab
lagu walaupun rom-com lagi meriah dengan music album yang best. Nevertheless soundtrack QQS ni agak
menenangkan jiwa sebenarnya nak pula lagu Jaane De nyanyian Atif Aslam, his
soft voice tu rasa menusuk je di hati.
Bonus point untuk wardrobe Jaya
sebab pakaian Jaya memang sopan tapi nampak menarik. Dia makeup pun cuma tambah
celak mata je tapi nampak cantik je walaupun tak la secantik exes Yogi but
still dia ada tarikan dia sendiri. Great effort from Maria Tharakan and team.
Lakonan mantap, plot cerita yang
cantik, visual menarik memang antara sebab kenapa you guys wajib layan Qarib
Qarib Single di samping mesejnya untuk mendapatkan hidup bahagia kita kena
belajar melepaskan sesuatu walau sayang dan perit macam mana sekali pun. Its
about moving on and acceptance.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10