Drama Review : Halalkan Hati Yang Kucuri
Thursday, 28 June 2018
Pengarah : Hashim
Rejab
Penulis Skrip : Mufid
Suhaimi
Pelakon : Farah Nabilah,
Aliff Aziz, Mimi Lana, Shah Iskandar, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri
Iskandar, Afique Hussain, Azhan Rani, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina
Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin,
Genre : Drama/Cinta/Konflik/Keluarga
Bilangan Episod : 27
episod
Tarikh Tayangan : 23
Mei 2018
Syarikat Penerbitan :
Country & Universal Sdn.Bhd
Tayangan : TV3 (Slot
Akasia)
Trailer :
Drama yang diadaptasi dari novel
karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Kucuri yang diterbitkan pada tahun
mengisahkan tentang Delisha (Farah Nabilah) dan Faiq (Aliff Aziz) yang terpaksa
hidup merempat sebagai gelandangan bila keluarga mereka yang kaya-raya hilang
entah ke mana. Puas dicari tapi tak berjumpa satu pun jejak baik keluarga Isha
mahupun keluarga Faiq. Yang ada pada mereka berdua cuma IC Faiq dan baju yang
dipakai dan beberapa wang ringgit hasil simpanan Faiq dalam akaun bank.
Faiq dan Isha meneruskan
kehidupan mereka dengan bantuan Abang Ali (Azhan Rani) dan Mak Jah yang membantu mereka
mencari kerja supaya mempunyai duit untuk makan. Kalau ada rezeki mereka dapat
lah makanan hasil sumbangan dari pihak yang memberikan bantuan. Kehidupan
mereka sebagai gelandangan benar-benar memberikan pengajaran kepada Isha yang
pernah sombong dan bongkak semasa kaya dahulu. Tak pernah mereka sangka
kehidupan mereka akan berubah sekelip mata.
Pelbagai ujian dilalui Isha dan
Faiq selain tidur di tepi jalan bertemankan tikus dan lipas, Isha hamper dirogol
semasa sesat akibat operasi khas menangkap gelandangan, Isha terlampau lapar
sehingga korek tong sampah untuk makan, Faiq hilang kerja selepas accident, Isha
hampir gila meroyan kerana anaknya diculik selepas Kak Gayah ambil kesempatan
menghantar Isha ke hospital swasta.
Baca sinopsis drama ni pun dah
curious nak tengok sebab jalan cerita lain dari yang lain, memang tak menyesal
tengok 27 episod tentang kehidupan Delisha dan Faiq yang kaya berubah kepada
gelandangan atas arahan Nenda Rosnah (Normah Damanhuri) supaya dapat mendidik
Delisha dan Faiq tentang kehidupan dan kemiskinan. Tapi tak sangka pulak Nenda
tinggalkan tanpa pantau Isha dan Faiq langsung selepas buang mereka berdua di
tepi jalan walaupun Amir mengintip secara rahsia. Entah kemana Nenda dan semua ahli keluarga lain pergi masih rahsia.
Lakonan Farah Nabilah sebagai
Delisha antara sebab kenapa drama ni bagus. Dari seorang gadis kaya yang bongkak
kepada isteri yang sabar dan redho dengan ketentuan Tuhan semuanya menjadi
tambah pula masa Damia diculik dan scene Isha dan Faiq baru balik dari Milan
tapi terima berita duka. Lakonan Aliff Aziz kadang nampak tak meyakinkan
sangat, nampak flat but lucky for him, banyak scene bersama dengan Farah. Watak
sampingan seperti Abang Ali, Kak Kiah, Kak Hanum dan Nenda memang
mainkan peranan dan serlahkan karakter mereka. Kalau selalunya chemistry antara
leading stars yang menjadi tumpuan tapi dalam drama ni chemistry antara Delisha
dan Nenda yang mencuri tumpuan terutama scene Isha berbaik semula dengan Nenda
memang meramu ayaq mata.
Watak antagonis, Salima lakonan
Mimi Lana memang terbaik. Sebelum ni pernah nampak lakonan dia sebagai gadis
sopan ayu dalam MV Syurga Yang Sempurna – Isa Khan tak sangka menjadi bila dia
bawa watak perempuan bitchy yang saiko. Nak pula masa scene dia hentak kepala
Zainal dengan pasu bunga, the moment she screams in terrified tu memang top
notch. She’s great I tell ya! Karakter-karakter perempuan dalam HHYK ni semua
hebat belaka kecuali Dalina (Jasmin Hamid), ibu Delisha dan juga Faiza, ibu
Faiq (Anne Abdullah). Diorang tak dapat banyak screentime sangat pun.
Wardrobe Delisha dengan Salima
memang top notch dalam drama ni hasil kerja penata busana, Yassni Din sesuai
sangat dengan Delisha lulusan bidang pereka fashion Milan. Salima walaupun
penganggur berjaya dan pengikis duit parents tapi sebagai anak Dato’, fashion
dia memang up-to-date. Hairstyle dengan makeup pun on point, thanks to Jas Syed
Chek. Muka Delisha memang cantik dengan makeup neutral soft, Salima pula dengan
makeup ala bitchy with red lipstick never fail to amuse me whenever she’s
appear onscreen.
Plot tempat dalam drama ni di
sekitar Kuala Lumpur da nada satu scene promosikan Blue River yang baru je
dilancarkan pada awal tahun 2018. Selain tu, di Penang tempat Delisha dan Faiq
bercuti untuk release stress bersama rakan-rakan Faiq. Zainal (Shah Iskandar),
ex Delisha pun selalu jugak pergi Penang atas urusan kerja so banyak scene
cantik dekat Penang dipamerkan. Milan juga jadi pilihan sebagai lokasi bulan
madu since Faiq dan Delisha melanjutkan pelajaran di sana bersama.
Lagu tema untuk drama Halalkan
Hati Yang Kucuri ni menggunakan lagu Semakin, lagu baru Siti Sarah genre
balada. Walaupun lagu ni tak berapa digemari oleh Siti Sarah sendiri sebab
bersifat merayu tapi sesuai sangat dengan jalan cerita drama ni and its already
my fav.
Walaupun jalan cerita drama ni agak
cantik tapi tidak pada skrip sebab ada beberapa dialog yang agak mengarut tapi
ada juga yang kuat nak pula kalau Faiq bagi pickupline dekat Isha memang romantik
sangat. Mungkin dari novel, tak pasti pula sebab tak baca pun novel asal drama
ni.
Drama ni memang bagi pengajaran
sangat nak pula masa Faiq dan Isha hidup gelandangan sebab lakonan diorang buat
rasa bersyukur sangat ada rumah untuk berteduh tak perlu tidur tepi jalan alas
kotak. Ada duit untuk makan tak perlu korek tong sampah bila lapar, ada duit
untuk beli kasut tak perlu berkaki ayam kesini sana. Really recommend you guys
to watch this if you guys haven’t yet.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10