Telemovie Review | Bini Aku Dari....... (2018)
Tuesday, 26 June 2018
Pengarah : Helmi
Yusof
Pelakon : Sharifah
Sakinah, Aiman Hakim Redza, Ungku Hariz, Fiza Thomas, Sharifah Shahora, Puteri
Khareeza, Shahmir Afzan Idris, Jamil Abdul Manap, Amber Adneen Ajwad Mubarak
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 1
jam 40 minit
Tarikh Tayangan : 17 Jun 2018
Terbitan : Hyper Pictures Sdn Bhd
Trailer :N/A
Sequel khas untuk Girlfriend Aku
Dari Neraka The Series bersempena dengan raya ditayangkan di Astro Warna yang
mengisahkan tentang kehidupan Rudi (Aiman Hakim Redza) dan Lydia (Sharifah Sakinah) setelah berkahwin. Lydia masih
lagi mengekalkan imej bimbo untuk mengelakkan Rudi jatuh hati pada awek bimbo
yang lain. Dalam masa yang sama Lydia minta tunjuk ajar dari Tasha (Fiza Thomas) dan Aunty
Fara (Sharifah Shahora) untuk dapatkan anak sebab sunyi di rumah bila Rudi pergi berkerja.
Tasha yang makin busy dengan
kerjaya dan anaknya, Aus (Amber Adneen Ajwad Mubarak) terpaksa melayan kerenah Mamat (Ungku Hariz) yang tak boleh lagi
tinggalkan perangai zaman bujang bila melepak bersama Rudi. Rudi pula enggan
beri komitmen sebagai seorang ayah dan mula menunjukkan minatnya kepada Dayang (Puteri Khareeza),
PA baru di tempat kerja barunya selepas dinaikkan pangkat kerana ideanya yang
bagus.
Rudi makin happy pergi ke pejabat
bila Dayang mula jatuh suka pada dia ditambah pula kasihan dengan Rudi yang
terpaksa menjaga isteri yang sakit mental. Lydia pula makin hanyut dalam dunia
dia bila terpengaruh dengan kakiperamal.com yang mengeluarkan fatwa palsu
sehingga boleh membahayakan nyawa Rudi dan Lydia.
Expectation untuk sequel ni tak
lah tinggi sangat sebab video yang viral pun tak lawak sangat, lebih kepada
bodoh sebenarnya especially scene makan ikan dengan handsock. Tapi dalam
telemovie ni memang ada la scene yang kelakar dari Lydia macam scene masuk
kereta guna kaki kanan, scene Lydia nak pergi masjid untuk terawih dll.
Telemovie ni dah bertukar
pengarah, bukan lagi dibawah arahan Dira Abu Zahar tapi Helmi Yusof so nampak
berbeza jugak lah antara dua ni. Momentum plot macam tak berapa nak meyakinkan
sangat dalam telemovie ni. Even dialogue pun tak berapa nak kick sangat macam
dalam the series cuma ada beberapa tagline dicedok dari telemovie macam tagline
‘Hati Sedih, Hati Pedih!’.
Wardrobe Lydia masih lagi
menggunakan khidmat tajaan yang sama dari Miss Anastacia and yes masih vogue
sama macam the series cuma part makeup je macam over sikit plus banyak guna
lipstick matte warna lavender or purple which looks mehhhh. Hairstyle Aiman pun selekeh bila dengan Lydia but looks great dengan Dayang.
Kalau dah layan the series memang
patutlah layan telemovie ni lagipun sekejap je sejam lebih je walaupun tak lah
best mana dan try hard nak buat lawak. Plot twist dia pun tak menjadi sangat
sebab nampak bodohnya benda yang kau teringin sangat nak, bila dah dapat tapi
tak pergi confimkan tapi dah beli semua kelengkapan.
Plus, agak kesian dengan Lydia
put massive effort supaya Rudi tak curang tapi dia menggatal jugak dengan
perempuan lain siap dah plan nak kahwin lain. Lagi suka kalau Lydia jadi diri
dia yang asal daripada try hard nak jadi bimbo yang tak mendatangkan apa-apa
faedah pun baik untuk diri dia ataupun untuk perkahwinan dia since Rudi tak appreciate pun usaha Lydia. Tak matang pulak tu, semua benda nak harapkan bini je walaupun dah 2 tahun kahwin.
Anyway, harap lepasni dah takde
dah kot drama/telemovie Girlfirend Aku Dari Neraka ni unless ada plot menarik
dan lawak yang fresh untuk semua pelakon. Penat jugak kalau tengok Lydia sorang
je yang galas tugas untuk ceriakan suasana.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9.
Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10