Movie Review | October (2018)

Wednesday, 20 June 2018


Director : Shoojit Sircar
Cast : Varun Dhawan, Banita Sandhu, Gitanjali Rao, Sahil Vedoliyaa
Production Company : Rising Sun Films, Kino Works
Distributor : NH Studioz, Grand Showbiz
Genre : Drama
Running Time : 1 hour 55 minutes
Release Date : 13 April 2018
Trailer :


I still remember in 2016, during Rajeev Masand Roundtable where Varun eagerly wants to act in a movie where people can watch his talent and doesn’t care about box office collection so he choose October after Judwaa 2. Was it worth it? Is it really he doesn’t care with profit? Tapi kalau nak ikutkan bajet untuk movie October cuma 20 crore dan pulangan sebanyak 54 crore. I guess he’s doing fine.


October mengisahkan tentang Danish Walia (Varun Dhawan) yang menjalani latihan praktikal di hotel 5 bintang di Delhi bersama junior diploma, Shiuli Iyer (Banita Sandhu). There’s no special relationship at all between these two. They are barely talk to each other since Dan ni suka cari pasal dan langgar arahan manager hotel, Asthana so dia selalu kena denda. Kalau berjumpa dengan Shiuli pun masa morning briefing itu pun tak menyembang langsung.

So what connects them two? Tragedi yang menimpa Shiuli semasa parti malam Krismas. Diorang menyembang tentang Dan sebab none of them nampak Dan dekat hotel hari tu. Lepas Shiuli tanya ‘Where is Dan?’, dia naik atas balkoni untuk duduk tapi tergelincir kemudian jatuh ke tingkat bawah. Dia disahkan koma disebabkan brain trauma jatuh dari tingkat 3 setinggi 30 meter. Sejak dari hari tu, Dan selalu datang melawat Shuili even skip kerja ataupun ambil cuti semata untuk jaga Shiuli walaupun family Shiuli ada untuk menjaga.


Sikap Dan agak menyusahkan rakan-rakan lain sebab terpaksa ganti shift dia, tambah pula Dan mula berhutang disebabkan gaji dia dipotong. Rakan baik Dan, Manjeet (Sahil Vedoliyaa) mula nasihatkan Dan supaya kurangkan pergi hospital dan focus dengan internship tapi Dan tetap dengan pilihan dia untuk menjaga Shiuli. Bukan rakan-rakan je yang nasihatkan, hotel manager  pun dah penat nasihatkan Dan sebab risau nanti tak ada hotel yang akan ambil Dan berkerja tapi semua tu macam angin lalu je.

Selain menjaga Shiuli, Dan habiskan masa berborak dengan staf hospital sampai dia tahu serba sedikit tentang pesakit koma dan carakerja hospital. Sampai satu hari, mak Dan sendiri datang ke hospital berjumpa dengan keluarga Shiuli minta secara baik untuk tegur Dan lepas Dan kena buang kerja dari hotel. 3 tahun diploma hilang macam tu je sebab rekod internship yang buruk ditambah pula kena bayar denda penalti disebabkan kelakuan Dan yang suka langgar peraturan.


Dan akur dengan permintaan ibu Shiuli, Prof Vidya Iyer (Gitanjali Rao) supaya focus dengan karier agar masa depan terjamin. Dan berpindah ke Manali untuk berkerja sebagai pengurus hotel di La-Risa Mountain Hotel atas recommendation Asthana. Sangkaan Vidya untuk Shiuli akan bertambah baik meleset bila Shiuli seizure dengan kerap sampai terpaksa masuk ke ICU. So she decided to call Dan supaya datang tengok Shuili and yupp she’s getting better sampai boleh discharge.

Dari awal movie sampai habis memang tak ada langsung scene percintaan antara Dan dengan Shiuli. Ada sebab kenapa Dan jaga Shiuli tapi sampai habis cerita Dan tak jumpa jawapan yang dia cari. Masa trailer launch pun Shoojit Sircar mentioned, movie October ni bukan tentang kisah percintaan. So relationship between Dan-Shiuli ni hanya Shiuli seorang je yang tahu.


Movie October diinspirasikan dari kisah pesakit koma dalam tabloid so the writer come up with the idea untuk menekankan tentang perjalanan pesakit koma. Tapi dalam movie ni tak highlight banyak sangat pun pasal Shiuli tapi lebih kepada kisah hidup Dan. He’s a rebel, carefree and loyal to his friends. Bunga Jasmin antara trademark utama movie October sebab Shiuli dinamakan sempena bunga Jasmine dan akan tumbuh mekar pada bulan October kemudian jatuh ke tanah pada waktu malam. Sama macam Shiuli, jatuh dari hotel pada waktu malam.


Movie ni ada plot tapi dia stretch terlampau untuk dijadikan movie sampai speed movie ni terlampau slow. Boleh je kalau dia tambah scene lain supaya nampak lagi menarik. Dalam movie ni tak ada lagu so that’s one of the reason kenapa bosan yang amat sangat. Boleh je kalau dia masukkan flashback scenes ataupun kembangkan penjelasan doktor mengenai pesakit koma.

Thanks to director of photography, Avik Mukhopadhyay movie October nampak cantik dengan shot dari camera dia walaupun cuma shoot di beberapa tempat sahaja. I really love how he highlight Jasmine Night flowers, it looks breathtaking and pure. Scene di La-Risa Mountain Hotel pun cantik nak pula masa parti malam Krismas.


Lakonan debutante Sanita Bandhu bagus, lakonan Varun Dhawan pun bagus tapi sayangnya tak mencapai tahap yang dijangkakan. Jauh beza nak bandingkan October dengan Badlapur sebab October agak flat dengan kurangnya emosi dan content. Perjalanan cerita memang cantik tapi sama macam relationship Dan-Shiuli, movie October masih lagi dalam teka-teki yang tak mungkin terjawab.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6/10

Movie Review : The Greatest Showman

Related image

Director : Michael Gracey
Cast : Hugh Jackman, Zendaya, Zac Efron, Michelle Williams, Rebecca Ferguson, Keala Settle,  Yahya Abdul-Mateen II, Paul Sparks, Sam Humphrey, Austyn Johnson, Cameron Seely, Luciano Acuna Jr., Caoife Coleman, Mishay Petronelli, Will Swenson
Production Company : Chernin Entertainment, Seed Productions, Laurence Mark Productions, TSG Entertainment
Distributor : 20th Century Fox
Genre : Musical/Drama/Romance
Running Time : 105 minutes
Release Date : 20 December 2017
Trailer :


‘The noblest art is that of making others happy’ – P.T. Barnum

The Greatest Showman diinspirasikan dari kisah kehidupan sebenar pengasas sarkas di America, Phineas Taylor Barnum (Hugh Jackman) pada era yang pada asalnya merupakan seorang anak tukang jahit miskin, Phillo Barnum (Will Swenson) di Amerika dan kemudiannya berusaha keras untuk mengubah nasib hidupnya. Tapi tak lama lepas berkahwin dengan Charity (Michelle Williams) dan mempunyai 2 orang anak perempuan, syarikat tempat Barnum bekerja bankrap.


Lagi parah bila keadaan ekonomi agak tenat masa tu tapi Barnum dapat idea untuk buat pinjaman bank berdasarkan pamphlet mengenai syarikat perkapalan untuk dibuat cagaran kepada pinjaman bank. Barnum menubuhkan muzium yang mempamerkan kewujudan perkara ngeri di dunia but things gone wrong when there’s no visitors at all.

Anak-anak perempuan Barnum, Caroline (Austyn Johnson) & Helen (Cameron Seely) bagi cadangan untuk pamerkan sesuatu yang hidup, yang real macam dalam Tom Thumb, mermaid or even unicorn. Dari situ bermula pencarian Barnum menjejak ‘freaks’ di America antaranya The Bearded Lady, The Irish Giant, General Tom Thumb, Jojo The Dog (Luciano Acuna Jr.), The Lord of Leeds dan lain-lain.

 Image result for the greatest showman

Fun fact, kebanyakan karakter di sarkas P.T. Barnum ni diambil dari pekerja asal  sarkas tersebut. Kalau tengok gambar lama, muka General Tom Thumb (Sam Humphrey) memang seiras sangat dengan pelakon. Cuma Letti Lutz (Keala Settle), The Bearded Lady tu dalam movie berisi sangat tapi dunia nyata, dia kurus je. Janggut dia pun lagi panjang dari yang digambarkan dalam movie. Karakter The Irish Giant dalam movie diambil dari The Cowboy Giant.

Walaupun ramai yang datang untuk tengok sendiri manusia-manusia pelik di sarkas P.T. Barnum, ada juga yang tak suka dan benci dengan kewujudan diorang semua. Tambah pula dengan jurnalis James Gordon Bennet (Paul Sparks) yang buat review negatif di New York Herald dan menggambarkan Barnum sebagai penipu dan mengambil keuntungan dengan kekurangan manusia pelik dari seluruh pelusuk dunia. 


Movie The Greatest Showman ni sebenarnya meraikan usaha P.T. Barnum dalam memberi peluang dan platform untuk manusia pelik ni dihormati. Hate him and call him fraud or whatever reason you like but he never force them signed any contract to join the circus and he give them great payment for working there. Sebab tu dalam movie ni ada scene di mana jurnalis tu datang dan bagitau kenapa dia kagum dengan Barnum.

Watak fiksyen, beradik Anne (Zendaya) & W.D (Yahya Abdul-Mateen II) yang pakar dalam trapeze, albino girl dan watak Philips Carlyle (Zac Efron) yang diadaptasi dari karakter asal, partner kepada Barnum which is Bailey pun tak kurang hebatnya untuk kuatkan jalan cerita terutama plot percintaan Phillip dan Anne untuk menonjolkan dilema percintaan antara dua bangsa. Highlight scene Anne & Philips main trapeze masa nyanyi lagu Rewrite The Stars. Tak boleh move on lagi dengan scene tu sebab cantik sangat Zendaya & Zac Efron portray acrobatic scene.


Not only you guys will enjoy the visual feast but the songs are really great! Masa ramai yang puji lagu dalam TGS ni best, agak skeptikal jugak untuk layan sebab diorang cakap benda yang sama dekat La La Land tapi end up hambar pun. But I’m amazed with this one walaupun team yang sama berkerja dalam La La Land! No wonder lah sampai sekarang soundtrack movie TGS masih lagi ada dalam carta musik. Never Enough is beautiful, same goes to A Million Dreams. Rasa inspired sangat.

Image result for the greatest showman

Recommended to you guys yang suka musical movie or feel gloomy since movie ni tak berat dan bagi semangat untuk kejar impian hidup and most importantly feel happy in whatever you guys do in life. Tengok sekali rasa tak puas nak pula dengar lagu-lagu dalam TGS. What a great movie from a debut director, Michael Gracey!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.6/10

My Fav Pick of Bollywood Actress Appearance at Cannes 2018

Sunday, 17 June 2018

Setiap tahun Bollywood actress akan pergi ke Festival Film Cannes sebagai duta ataupun untuk promosikan movie terbaru diorang tapi antara yang memang setiap tahun wajib pergi sana ialah duta L'oreal - Aishwarya Rai & Sonam Kapoor. Katrina Kaif pernah sekali je buat appearance sebagai duta L'oreal kemudian digantikan dengan Deepika Padukone tahun 2017. Meanwhile Mahira Khan sebagai duta baru untuk L'oreal Pakistan.

Image result for cannes loreal logo 2018

Tahun ni agak meriah sebab dah bertambah actress yang jadi duta produk selain L'oreal. Huma Qureshi dengan Kangana Ranaut debut untuk pertama kali di Cannes untuk duta arak jenama Grey Goose tahun 2018.

Image result for huma kangana at cannes 2018

Just like every year memang Film Festival Cannes antara acara yang paling dinantikan sangat sebab nak tengok selection outfit Sonam Kapoor because she's my fav and she's a Bollywood fashion icon. Tapi tahun ni dia macam tak menyerlah sangat maybe sebab busy dengan wedding ceremony dia unlike Deepika, Kangana & Huma memasing datang dengan idea kreatif dan outfit the bomb. So here's my top pick for fav appearance at Cannes 2018. 

1. Sonam Kapoor in Ralph Russo 

Can't deny she's still on top because the way Ralph & Russo design this Indian outfit. Hiasan manik bunga di lehenga putih gading yang ditenun menggunakan 43,000 kristal Swarovski dan mengambil masa selama 9,500 jam untuk disiapkan sebelum festival Cannes. Since Sonam ialah muse kepada juara jenama terbaik di London, Ralph & Russo and she's recently got married with Anand Ahuja, so RR decided untuk sediakan a look alike wedding dress untuk Sonam and here it is. I'm impressed!

 Sonam-Kapoor-in-Ralph-and-Russo-and-Amrapali-at-Cannes-2018-2

Sonam-Kapoor-in-Ralph-and-Russo-and-Amrapali-at-Cannes-2018-3

Another beautiful attraction dengan outfit ni ialah hair accessories, custom-made parandi dari Amrapali Jewels yang diperbuat dari ratusan manik dan dihiasi dengan batu berwarna emas di setiap tingkat. 


2. Deepika Padukone in Zuhair Murad

Banyak perbezaan untuk style Deepika berbanding tahun ni dan tahun lepas. Kalau tahun lepas Deepika cuma menyerlah dalam dress Marchesa berwarna ungu gelap tapi tahun ni semua outfit and style dia menyerlah. I guess she's already know how to play the game at Cannes. This is the most fav outfit from her wardrobe and she looks like a desi fallen angel. 


This sheer frosty white luxe gown is from Zuhair Murad Bridal Fall 2018's collection, comes along with beautiful attached floral nearly translucent fabric cape. Dress ni dah serlahkan kecantikan Deepika ditambah pula dengan nude makeup with deep curl hairstyle, diserikan dengan anting-anting berlian dari Lorraine Schwartz and some accessories from Ofira. 


But on that day movie Sorry Angel's premiere, bukan Deepika seorang je yang pakai dress dengan design yang lebih kurang sama, pelakon Thai, Araya Hargate pun pilih nearly translucent fabric with cape dari collection Ralph & Russo yang diinspirasikan dari perkahwinan Meghan Markle but I just love Deepika's dress better sebab hiasan bunga timbul lebih menyerlah plus cape Deepika kembang terletak elok and makes her goes with the angel theme. 



3. Deepika Padukone in Monique Lhuillier

Like I said earlier, this year Deepika memang leveled up her game and her wardrobe make me goes wow. So this is another fav from her wardrobe, a soft cream floral maxi dress from Monique Lhuillier collection. Thanks to her stylist, Deepika looks dreamy with her nude makeup and loose wavy hairstyle. One thing for sure, Deepika loos great when she let loose her hair because she have a beautiful hair so why she bun it? Don't!


Sama macam penampilan di red carpet, full-sleeved maxi casual dress ni pun ada cape which is great because its flowy and volume up her feminine shade. Earrings from Valliyan pun simple je which looks nice on her cuma heels dari Maison Valentino dia je tenggelam dengan dress ni. 


4. Huma Qureshi in Elio Abou Fayssal & Ali Younes

First time debut dekat Cannes pun dah wow and I'm excited to watch more from Huma next year at Cannes 72th! Seriously terkejut sangat sebab selalunya Huma ni macam gagal sikit bab style and fashion bila dekat red carpet nak pula bila dia agak berisi but in this white gown from Elio Abou Fayssal collection and nude makeup with highlighted cheekbones, she looks amazing!


Updo hairstyle from Marcos gives way for her OutHouse earrings to shine, same goes for her delicate layered Swarovski necklace makes it perfect accessories on her body. High slit is a great choice to be matched with strappy stilettoes from Alexandre Birman.

Only the bad thing with messy bulky drape ni, nampak cantik dari sisi hadapan tapi bila dari bahagian tepi nampak Huma besar and somekind tenggelam dalam jubah silver tu. But still I love this outfit. A yeayy for me. 

Huma Qureshi in an Elio Abou Fayssal ensemble at Fashion for Relief event in Cannes

5. Kangana Ranaut in Sabyasachi

Although I'm not easily impressed with black outfit but this one is exception since Kangana don this Sabyasachi saree in a retro looks and makes her just a perfect resemblance of desi Audrey Hepburn or legendary Sharmila Tagore. Just like Huma, Kangana also nailed her debut appearance on red carpet at Cannes Film Festival.


Sari hitam ni diinspirasikan dari 'Akaash-Taara' ataupun langit yang berbintang so manik yang ada di sari ni dijahit sendiri oleh Sabyasachi menggunakan teknik zardosi untuk menghasilkan rupa yang agak keras tetapi sebenarnya lembut dan jatuh terletak elok di badan si pemakai. 

Winged eye makeup, faux bob hairstyle and those precious ‘Sabyasachi batua’ and a ‘teenmaniya’ necklace from Sabyasachi Heritage Jewelry Collection which made from a Colombian emeralds and basra pearls are perfect combination from her stylist, Brendon Degee. Simple yet luxe.

Image result for kangana in sabyasachi at cannes 2018

6. Mahira Khan in Elan

Although Mahira wakil negara Pakistan but I just don't care since she's already debuted in Bollywood with SRK in Raees so she deserved top be in this list plus she's already play her game damn well. First look pun dah tertawan, I mean look at her in this Elan outfit!

Image result for mahira in elan at cannes 2018

Wow factor in this looks is that halter-neck top and flared light beige top with harem pants paired with a royal blue floral printed dupatta enhanced with jewels by Zohra Rehman. Her long drop earrings and that minimal nude L'oreal makeup make Mahira looks like a diva. Perfect!

How about you guys? Which are your fav looks from these Bollywood actress? Ataupun ada yang tak ada dalam list ni? Can't wait for next year and I really hope Sonam will step up her game just like she did in 2017. 

Belang Dah Beranak

Friday, 15 June 2018

Macam mana dekat title macam tu lah beritanya. Well about last month rasanya Belang dah beranak 4 ekor anak kucing - Oyen, Lembu, Kaki Tido entah tak tahu nama, Belang Junior entah tak tahu nama.


Ni kucing dekat rumah my mom so jarang-jarang jumpa sebab sebulan sekali je balik. Balik rumah tengok dah ada bulu, balik lagi sekali dah besar sikit, balik lagi dah bunting, balik kemudiannya dah beranak. Kenal macamtu je lah, ada masa bagi makan, ada masa main sekali. 


Tapi okay lah sebab Belang yang beranak sebab Belang ni antara kucing yang comel dalam beradik dia dan yang paling tabah jalani kehidupan di kala beradik dia terkena virus dan mati. Ibu dia pun dah mati baru-baru ni. Harap anak-anak Belang ni pun boleh bertahan lama lah. Dah lah comel memasing walaupun Lembu tu bertompok sana sini sebab bercampur dua genetik kucing jantan depan rumah hmmm 


Since Belang dah beranak, memang tak balik kampung lah cerita dia. Siapa pulak nak menjaga diorang anak-beranak ni. Sini bukannya ada hotel macam dekat bandar. Vet pun cuti sakan selalunya. So tahun ni beraya dekat Sabak je lah. Rumah siapa yang terbuka, kitorang terjah je. 

Drama Review : NUR

Thursday, 14 June 2018

Related image

Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Pelakon : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Laila Nasir, Noorkhiriah, Azhan Rani, Jalaludin Hassan,
Fatimah Abu Bakar, Raja Atiq, Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin, Elmy Moin, Mathni Razak, Kuna Muzani, Julie Zainal
Genre : Drama/Islamik
Durasi Tayangan : 19 Episod
Tarikh Tayangan : 14 Mei 2018
Syarikat Penerbit : Radius One Sdn Bhd
Trailer :

Drama Nur yang mengisahkan tentang kisah percintaan Ustaz Adam (Syafiq Kyle) terhadap Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur di lorong gelap. Just by this sentence pun dah menarik minat untuk tengok drama Nur sebab berbeza sangat jalan cerita dengan drama cinta yang ada dekat TV sekarang ni. I mean, wow drama Melayu dah menginjak ke satu tahap yang baru. At first macam takut jugak drama ni akan jadi cliché but nahhh it just good. Cuma melodrama dia penat jugak nak layan. Tambah pulak dengan iklan Deeja yang menyakitkan hati tu ugghhh. Kalau tengok dekat lappy boleh guna speed 1.5, skip iklan tapi tak best lah sebab orang lain dah emo update dekat socmed.

Related image

Lakonan masing-masing semuanya bagus tambah pulak ada Nur Khiriah sebagai kakak Adam yang bossy, tamak dan pentingkan status semata. Of course scene sup bunjut dia semua orang akan ingat bila bersembang tentang Nur. Lakonan Azhan Rani pun sama naik walaupun diorang cuma pelakon pembantu tapi dua watak ni yang menguatkan jalan cerita Nur lebih dari watak utama drama ni and to be honest menyampah sebenarnya tengok heroin lembik macam Nur tapi macam tu lah pun cerita Islamik, melodrama dan watak lembik dah sebati dah. Thanks for Nurkhiriah & Azhan for making the journey feels alive.

Kalau ramai yang teruja dengan Nur, my fav character is Deeja. Dari awal lagi tertarik sangat dengan kelembutan Deeja. Sudah lah sopan, lemah lembut je walaupun terluka dengan keputusan Adam. Bukan salah Deeja pun dia terlebih berangan tapi salah Adam yang tak reti bertegas dan luahkan isi hati dia. Lagi best bila Deeja dah move on dan terima yang Adam bukan milik dia tapi milik Nur. Deeja sedarkan Adam yang tempat Adam sepatutnya di sisi Nur bukannya datang cari dia lepas buang Nur. Kudos Riena Diana for her acting, I’m a fan now.

Related image

Not to mention, Aunty Mona pun selalu buat empangan pecah nak pulak part dia meluah dekat Jojo  (Julie Zainal) masa Nur hilang and cakap ‘Kalau taknak jaga Nur, bagi la balik dekat Cik Mona.’ Dia faham orang takkan boleh terima golongan macam dia masuk dalam kehidupan diorang. Susah untuk salahkan Cik Mona ada dalam kehidupan lorong tu sebab itu je yang dia mampu buat sejak dari kecil. Sekeliling dah ajar dia macam tu tambah dengan dugaan hidup dia lagi. Things went lucky for Nur but not Aunty Mona.

The plot is great, the dialogue pun suntik kesedaran tentang sikap masyarakat yang suka menghina dan menghukum golongan yang jahil agama. Scene Jojo dengan Cik Mona datang rumah untuk cari Nur dan marah Kak Aisyah sebab bongkak dengan nikmat yang dia ada dan pandang hina golongan yang tak bernasib baik. Suka bila director tunjuk kelemahan manusia dan serahkan pada Allah bila manusia jahil hadap sesuatu perkara macam pakcik cleaner masjid tu.

'Kau sombong eh, kau sombong dengan nikmat kesenangan yang Allah bagi kepada kau.' - Jojo

Image result for drama nur

Cuma tak faham for certain scenes macam Ustaz Yassin yang tak bergaji tu mampu tolong sara anak yatim Darul Mukhsin dan macam mana dia boleh bertahan sampai 5 bulan dekat situ sedangkan tak dapat sesen pun. Duit simpanan Amirul (Raja Atiq) is quite huge for a young boy like him, I bet he’s in F4 sebab dia tak study pun for SPM? And its quite weird lah Nur selalu biarkan pintu bilik dia terbuka sedangkan dia dalam bahaya bila Madi datang rumah. Plus masa Jojo dengan Aunty Mona datang, dia boleh je lompat dari tingkap. Tak tinggi mana pun lah. Kau jerit dekat pintu memang lah tak dengar, cuba jerit kat tingkap confirm sampai dekat telinga orang luar.

Walaupun happy ending tapi tak suka dengan suntikan cliché sup bunjut kuning tu. I mean, boleh je buat watak Adam berubah memang sebab dia kecewa bila harapan dan kegembiraan dia hancur, bukan sebab buatan orang. Macam director nak karakter Ustaz Adam tu sentiasa suci walhal dia manusia, dia boleh je tersasar. Macam Ayah Haji (Jalaludin Hassan) buat silap dalam memaksa isteri dia terima Nur dalam keluarga. Its okay, its fine, we are human tend to make mistakes.

'Jangan kerana Allah permudahkan Abang untuk terima Nur, Abang sombong kepada saya. Saya juga sedang mencuba.' - Musalmah

Related image

But anyway, I have fun watching NUR due to its content and character. The theme song is great, shooting place pun cantik, visual cantik, dialogue bermakna  surely its recommended untuk yang belum tengok lagi. Semoga pengajaran dalam drama NUR jadi iktibar dan panduan untuk semua dan bukan hiburan semata.

'Adil itu Redha' - Nur, 2018
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Wordless Wednesday : Mood Raya

Wednesday, 13 June 2018


Rezeki Ramadhan

Tuesday, 12 June 2018

Minggu lepas dapat 2 hadiah dari rakan blogger so this is appreciation token for them since bersusah payah pilih sebagai pemenang dan pos hadiah sebelum pejabat pos tutup office.


1. Giveaway Sampul Raya Anak Denosor

Jarang menyinggah ke blog Anak Denosor yang comel ni tapi bila pergi memang bom kotak komen dia. Masa dia buat GA ni dekat insta, tak silap Kak Sha yang tag supaya join. Kebetulan syarat pun senang je, memang terus join lah. Tak sangka pulak boleh menang. Malam tu jugak terus hantar details dan pilih design sampul raya yang mana idaman hati. Sebenarnya malam tu kusut jugak nak pilih yang mana sebab banyak design yang lawa. Tapi saja ambik yang kurang berkenan di hati supaya tak berat hati nak hulur duit raya dekat orang nanti :P

2. Top Commentator Blog Kak Aida

Hah yang ni memang dah aim nak jadi Top Commentator sebab tengok Kak Sha menang hadiah Tupperware 3 beradik, so memang goal tercapai lah. Lepas ni nak bom kotak komen orang lain pulak. Tunggu je lah siapa yang kena. Terima kasih Kak Aida bagi hadiah ni. Tak sempat nak whatsapp so kita post sini je lah ea. Panjang lebar nota Kak Aida bagi, senyum je baca sebab dalam kekalutan dan kesibukan tu sempat juga curi masa pos hadiah untuk kita. 

3. Jam Raya


Hah yang ni special sikit sebab pakwe yang bagi so kitorang dah ada jam matching hihu gedik sikit. Dah lama dia pakai untuk track daily steps plus buat alarm sebab vibrate teruk masa tidur. Nak compare dulu kena call berpuluh kali baru bangun, sekarang ni dia guna wrist band ni je sebagai alarm. Nanti lah buat review sebab wrist band Xiaomi ni tengah in trend sekarang. Dekat India dah jadi produk no 1 paling ramai yang guna dah. Not sure dekat Malaysia macam mana. Anyway, yeayyyy! 

Terima kasih untuk semua hadiah ni. Tak banyak tapi bermakna. Selamat berpuasa semua :)

Movie Review : The Kissing Booth

Related image

Director : Vince Marcello
Cast : Joey King, Joel Courtney, Jacob Elordi, Molly Ringwald, Carson White
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Comedy/Teen Romance
Running Time : 104 minutes
Release Date : 11 May 2018
Trailer :


Just like every other cheesy teen romance movies, The Kissing Booth is no exception at all. Movie terbitan Netflix, The Kissing Booth ni diadaptasi dari novel The Kissing Booth hasil penulisan Beth Reekles. Mengisahkan tentang kehidupan remaja Elle Evans (Joey King) dan Lee Flynn (Joel Courtney,) yang bersahabat baik dari baby lagi since their moms are bff. Boleh kata diorang ni kembar sepasang lah sebab tarikh lahir sama, ada minat yang sama dan serasi bersama.

The Kissing Booth: Netflix's Teen Romantic Comedy Sensation Is ...

Walaupun ada banyak persamaan tapi dalam persahabatan diorang tetap ada beberapa rules tapi yang paling utama ialah rules no 9 sampai terhasilnya movie ni – Relatives of your bff are totally off limits. But nahhh who cares with rules when Noah Flynn (Jacob Elordi) is here. Noah Flynn is super duper HOT! I mean, seriously he is. Tengok movie ni pun sebab dia je sebab movie ni cheesy teruk and mengarut.


Why mengarut? Sebab who the hell give permission for students set up some kissing booth to raise school funds? Are you kidding me? Its high school and kissing booth isn’t included in this phase. But who cares anyway, people love cheesy and dreamy stuff.

Tapi kalau nak kritik teruk sangat pun tak boleh jugak sebab novel TKB ni dihasilkan masa penulis umur 15 tahun je kot. So you guys are living in someone's romance fantasy except love chemistry between Noah-Elle is a real thing sebab diorang memang couple in real life pun for almost 2 years already. Another scene yang best layan bila Elle dengan Lee menari sebab cantik sangat and they practice 3 jam setiap hari before shooting untuk make sure dance scenes diorang nampak perfect onscreen and the result is voila!

Why the timeline of "The Kissing Booth" makes NO SENSE ...

Dalam movie ni adults macam tak wujud langsung, wujud tapi cuma jadi pasu bunga penghias movie je. Kiranya all decisions made by teens and we are supposed to take lessons from them because they are suddenly became mature. Americans I tell ya, kalau Asians parents memang murung dah bebudak ni. Tak jadi dah movie ni sebab takkan terfikir pun idea nak buat kissing booth, idea cari nahas nama dia.


So the movie starts with the beauty of Elle-Lee friendship and turns to Elle-Noah secret love relationship then Elle dengan Lee bergaduh sebab Elle langgar peraturan so bermula la episode Elle pujuk Lee guna pelbagai cara. Lee is quite selfish actually sebab dia boleh bahagia dengan kehidupan dia tapi Elle tak boleh dah lah Lee dengan Noah memasing acah parents kepada Elle. Rimas sebab Elle tak boleh buat keputusan sendiri. Anak-anak orang kaya kan, they think they own the world and other people’s life. Pffftt.

The Kissing Booth normalizes potentially abusive behaviour | The ...

Movie ni takde konflik teruk mana pun cuma memasing saja buat teruk. Lee dengan buat teruk dia, Elle dengan buat teruk dia. Noah je relaks and chill layan kehidupan. Kalau bosan pi tumbuk atau belasah siapa yang dia nak. Dalam movie ni korang takkan nampak student lain yang handsome kecuali Noah sebab ni movie dia so supporting cast yang lain semua tahap average ataupun nerd teruk. Dia takde in between or average. So sebab tu la Elle boleh terlanggar peraturan no 9. Kalau jadi Elle pun langgar je.


Nak chill layan kekacakan dan betapa sado badan Noah, boleh la layan The Kissing Booth. Apart than that, there’s nothing much to offer pun. Even shooting place is different with exact location mentioned in the movie. Supposed to be Los Angeles but to make LA hella great onscreen, they shoot at Cape Town, South Africa instead. 

Kalau yang dah tengok TKB tapi tak puas hati, chill sebab nanti ada sequel since Beth Reekles sendiri bagitau berita gembira ni. Awwww anything for my Noah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10

Movie Review : Hichki!

Monday, 11 June 2018

Image result for hichki

Director : Siddharth Malhotra
Cast : Rani Mukerji, Neeraj Kabi, Harsh Mayar, Ria Shukla, Shivkumar Subramaniam, Hussain Dalal, Sparsh Khanchandani, Sachin Pilgaonkar
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 116 minutes
Release Date : 23 March 2018
Trailer :


Kalau movie Taare Zameen Par mengisahkan tentang dyslexia yang dihidapi oleh seorang pelajar kemudian dibantu oleh gurunya untuk berjaya, Hichki pula yang diadaptasi dari buku autobiografi Brad Cohen bertajuk Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had yang menyelami kehidupan seorang guru yang mempunyai sindrom neurologi, Tourette dan membantu 14 orang pelajar kelas belakang untuk lulus dalam peperiksaan dan buktikan yang pelajar miskin mampu mencapai kejayaan sama seperti pelajar lain.

Dengan tema ‘Tak ada pelajar yang teruk tapi hanya guru yang teruk’, Hichki ketengahkan hasil perbezaan didikan guru yang baik dan hasil didikan guru yang mementingkan status semata which you guys can see clearly dalam karakter Mr. Wadia (Neeraj Kabi), guru kelas 9A. Selepas 18 kali permohonan untuk bekerja sebagai guru, Naina Mathur (Rani Mukherjee) diterima di sekolah berprestij, St. Notker's School untuk menjadi guru kelas 9F.

Image result for hichki

Walaupun movie Hichki agak cliché, mampu ubah pelajar kelas belakang yang degil dan nakal kepada pelajar yang mampu lulus dalam peperiksaan tapi Hichki mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. I really love the way Naina teach her students since all of them datang dari golongan berpendapatan rendah dan semua bekerja sambil belajar so Naina aplikasikan subjek mengajar dalam aktiviti harian pelajar-pelajarnya.

Macam topik Parabola menggunakan lontaran telur rebus, topik kinetic Fizik dengan bermain basketball, Another scene dimana Naina point out kelebihan students dia dalam aktiviti harian diorang macam Ravinder yang power dalam Maths sebab conduct illegal gambling setiap hari, Killam tahu tentang Fizik sebab berkerja di bengkel kereta, Tamannah tahu tentang Kimia sebab berniaga di gerai makan dan banyak lagi scene lain yang tonjolkan keseronokan dalam belajar.

Image result for hichki

Tapi dalam seronok belajar tu tetap ada masalah di sekolah baik dari pihak sekolah mahupun dari pelajar 9F tu sendiri sampai diorang terpaksa digantung sekolah sehingga hari peperiksaan. Even lepas peperiksaan pun masalah tak habis lagi since diorang kantoi meniru kertas peperiksaan yang dibocorkan oleh penjaga sekolah, Shyamlal (Asif Basra) dengan harapan pelajar 9F yang datang dari golongan pendapatan rendah ni akan dihapuskan selamanya supaya sekolah cuma layak untuk pelajar pandai dan pendapatan sederhana dan atasan kerana bagi diorang golongan kelas ketiga tak perlu belajar dan takkan minat untuk belajar lebih daripada keperluan untuk mencari sumber rezeki.

You guys will have fun watching Naina and her students but at the same time feel emotional since they’re stuck in their poverty life. Diorang nak berubah tapi keadaan sekeliling buat diorang terpaksa buang impian tu. Emosi jugak tengok masa diorang datang jumpa Naina dekat kedai untuk pujuk Naina jadi guru diorang balik.

Image result for hichki

Despite having tipical storyline but the dialogue is great plus Rani makes it convincing either. Sama macam lakonan dia sebagai pesakit Tourette yang sentiasa ada hiccup dan keluarkan bunyi wak-wak-wak or chak-chak-chak tambah bila dia stress or nervous bunyi ni akan keluar lebih kerap so Naina akan ketuk dagu dia untuk hentikan bunyi tu. Part dia menangis dia akan sumbat tisu dalam mulut supaya tak berbunyi so nobody will know she’s crying at place she’s hiding. I guess we already have a winner for Best Actress this year.

p/s : Siapa pelakon ni ya tuhannnn handsome teruk!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10