Movie Review : The Greatest Showman
Wednesday, 20 June 2018
Director : Michael Gracey
Cast : Hugh Jackman, Zendaya, Zac
Efron, Michelle Williams, Rebecca Ferguson, Keala Settle, Yahya Abdul-Mateen II, Paul Sparks, Sam
Humphrey, Austyn Johnson, Cameron Seely, Luciano Acuna Jr., Caoife Coleman, Mishay
Petronelli, Will Swenson
Production Company : Chernin
Entertainment, Seed Productions, Laurence Mark Productions, TSG Entertainment
Distributor : 20th Century Fox
Genre : Musical/Drama/Romance
Running Time : 105 minutes
Release Date : 20 December 2017
Trailer :
‘The noblest art is that of
making others happy’ – P.T. Barnum
The Greatest Showman
diinspirasikan dari kisah kehidupan sebenar pengasas sarkas di America, Phineas
Taylor Barnum (Hugh Jackman) pada era yang pada asalnya merupakan seorang anak
tukang jahit miskin, Phillo Barnum (Will Swenson) di Amerika dan kemudiannya
berusaha keras untuk mengubah nasib hidupnya. Tapi tak lama lepas berkahwin dengan
Charity (Michelle Williams) dan mempunyai 2 orang anak perempuan, syarikat
tempat Barnum bekerja bankrap.
Lagi parah bila keadaan ekonomi
agak tenat masa tu tapi Barnum dapat idea untuk buat pinjaman bank berdasarkan pamphlet
mengenai syarikat perkapalan untuk dibuat cagaran kepada pinjaman bank. Barnum
menubuhkan muzium yang mempamerkan kewujudan perkara ngeri di dunia but things
gone wrong when there’s no visitors at all.
Anak-anak perempuan Barnum,
Caroline (Austyn Johnson) & Helen (Cameron Seely) bagi cadangan untuk
pamerkan sesuatu yang hidup, yang real macam dalam Tom Thumb, mermaid or even
unicorn. Dari situ bermula pencarian Barnum menjejak ‘freaks’ di America
antaranya The Bearded Lady, The Irish Giant, General Tom Thumb, Jojo The Dog (Luciano
Acuna Jr.), The Lord of Leeds dan lain-lain.
Fun fact, kebanyakan karakter di
sarkas P.T. Barnum ni diambil dari pekerja asal
sarkas tersebut. Kalau tengok gambar lama, muka General Tom Thumb (Sam
Humphrey) memang seiras sangat dengan pelakon. Cuma Letti Lutz (Keala Settle), The
Bearded Lady tu dalam movie berisi sangat tapi dunia nyata, dia kurus je.
Janggut dia pun lagi panjang dari yang digambarkan dalam movie. Karakter The
Irish Giant dalam movie diambil dari The Cowboy Giant.
Walaupun ramai yang datang untuk
tengok sendiri manusia-manusia pelik di sarkas P.T. Barnum, ada juga yang tak
suka dan benci dengan kewujudan diorang semua. Tambah pula dengan jurnalis James
Gordon Bennet (Paul Sparks) yang buat review negatif di New York Herald dan
menggambarkan Barnum sebagai penipu dan mengambil keuntungan dengan kekurangan
manusia pelik dari seluruh pelusuk dunia.
Movie The Greatest Showman ni
sebenarnya meraikan usaha P.T. Barnum dalam memberi peluang dan platform untuk
manusia pelik ni dihormati. Hate him and call him fraud or whatever reason you
like but he never force them signed any contract to join the circus and he give
them great payment for working there. Sebab tu dalam movie ni ada scene di mana
jurnalis tu datang dan bagitau kenapa dia kagum dengan Barnum.
Watak fiksyen, beradik Anne (Zendaya) & W.D (Yahya Abdul-Mateen II) yang pakar
dalam trapeze, albino girl dan watak Philips Carlyle (Zac Efron) yang diadaptasi dari karakter asal, partner
kepada Barnum which is Bailey pun tak kurang hebatnya untuk kuatkan jalan cerita terutama plot percintaan Phillip dan Anne untuk menonjolkan dilema percintaan antara dua bangsa. Highlight scene Anne & Philips main trapeze masa nyanyi lagu Rewrite The Stars. Tak boleh
move on lagi dengan scene tu sebab cantik sangat Zendaya & Zac Efron
portray acrobatic scene.
Not only you guys will enjoy the
visual feast but the songs are really great! Masa ramai yang puji lagu dalam
TGS ni best, agak skeptikal jugak untuk layan sebab diorang cakap benda yang
sama dekat La La Land tapi end up hambar pun. But I’m amazed with this one
walaupun team yang sama berkerja dalam La La Land! No wonder lah sampai
sekarang soundtrack movie TGS masih lagi ada dalam carta musik. Never Enough is
beautiful, same goes to A Million Dreams. Rasa inspired sangat.
Recommended to you guys yang suka
musical movie or feel gloomy since movie ni tak berat dan bagi semangat untuk
kejar impian hidup and most importantly feel happy in whatever you guys do in
life. Tengok sekali rasa tak puas nak pula dengar lagu-lagu dalam TGS. What a
great movie from a debut director, Michael Gracey!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.6/10