Awal Ramadhan hari tu mencari kedai kurma untuk diborong
dengan rakan office. Dekat Subang Perdana ada satu je kedai kurma itu pun tak
ada choice langsung nak pilih kurma sebab ada satu jenis je itupun mahal
walaupun kedai dia tersangatlah simple.
Saja suggest kedai Saudagar Kurma ni sebab dah tak ada
pilihan lain dah. At first macam risau jugak nak pergi sebab kedai dekat Star
Avenue ni memang harga mahal sikit dari tempat lain kecuali Mr DIY. Bila dah
masuk belek harga rasa happy pulak sebab banyak sangat kurma dari yang paling
murah harganya sampai yang mahal. Tak sangka langsung boleh dapat harga murah.
Ada kurma dalam box biasa, kurma timbang ataupun kurma
borong satu kotak besar ikut jenis kurma. Selain dari kurma, ada juga pelbagai
jenis kekacang dijual secara timbang ataupun yang dah siap pack dalam bekas.
Kalau yang nak buat biskut raya Florentine tu memang boleh jejak sini kalau
tempat lain dah habis stok.
Ada jugak skincare, perfume, bahan masakan (madu, minyak zaitun, beras nasi arab, safran), inai, miswak, toiletries, snek dan biskut, minuman dan barang lain yang original dibawa dari negara Timur Tengah. Nampak je kecil kedainya tapi macam-macam ada. Susun atur kedai dah la kemas, bersih, wangi pulak tu.
Lama jugak memilih kurma haritu sebab tak tahu nak pilih kurma yang mana satu even dah letak dekat kaunter pun boleh pergi tukar lagi. Apart from kurma, grab madu sebotol dengan inai sekotak. Tapi tak try lagi dua produk ni sebab inai tu nak pakai masa raya kot kalau tak busy. Madu tu nak guna tapi madu lama tak habis lagi. Saja je gatal tangan beli haritu.
Lepas ni rasa nak menyinggah lagi sebab nak beli kekacang
timbang dia sebab susah nak cari dekat area sini. Dah ada kedai yang ada banyak
jenis kekacang, dekat pulak tu dengan rumah memang malas dah nak fikir banyak
dah. Kalau ada yang mencari produk-produk berkaitan, datang la singgah sini
sebab kedai ni mesra pelanggan plus nak park kereta pun senang. Kalau tak tahu Star Avenue dekat mana, waze je guys.
Production Company : Prakash Jha
Productions, Walkwater Media Ltd
Genre : Politic/Drama/Crime
Running Time : 170 minutes
Release Date : 4th
June 2010
Trailer :
Its been years tergedik sangat
nak tengok movie arahan Prakash Jha ni sebab pasangan Ranbir dan Katrina
berlakon. Plus ramai critics cakap Rajneeti salah satu movie
terbaik Ranbir dan Katrina. Jarang lakonan Kat kena puji, so bila kena puji
memang wajib tengok. Tambah pula hasil buah tangan Prakash Jha yang popular dengan movie Dil
Kya Kare, Satyagraha dan Lipstick Under My Burkha. Movie Rajneeti memang
sepenuhnya digarap oleh Prakash Jha – direction, writing, dialogue, produce.
Boleh kata Rajneeti ni
diinspirasikan dari keadaan politik sebenar di India bila sebelum tayangan movie Rajneeti, team production turun naik court sebab ada persamaan
karakter dalam movie dengan situasi politik yang sebenar. Kemudian isu berkaitan dengan lagu
kebangsaan India. But the hassle worth the team’s effort since movie ni mengaut
keuntungan 2x ganda dari modal pembikinan tambah pula menang beberapa
award dalam semua kategori pencalonan.
Rajneeti mengisahkan tentang
kemelut yang melanda keluarga Ramnath Rai yang mengetuai parti politik,
Rashtrawadi. Walaupun parti ni disayangi dan disokong ramai rakyat India
terutamanya golongan miskin, berbeza dengan anak perempuannya Bharti (Nikhila Trikha) memilih untuk join
parti pembangkang yang diketuai Bhaskar sampai mereka berdua terlanjur dan
Bharti mengandung. Bharti lahirkan anak lelaki tanpa pengetahuan Bhaskar (Naserudin
Shah) sebab dia larikan diri lepas rasa bersalah dengan dosa dia.
Disebabkan status anak luar nikah, Brij
Gopal (Nana Patekar), abang kepada Bharti ambil keputusan untuk hanyutkan di
sungai dalam bot berserta sekalung rantai sebagai tanda. Lepas dari tu, Bharti
dikahwinkan kepada Chandra Pratap (Chetan Pandit), adik kepada Bhanu Pratap (Jahangir Khan) yang juga ahli kuat
parti Rashtrawadi. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan dua orang anak lelaki
– Prithviraj (Arjun Rampal) dan Samar (Ranbir Kapoor).
Prithviraj ikut
jejak langkah ayah dia dan jadi orang kuat parti sementara Samar ambil PhD di New York dalam jurusan sains
politik. Dia balik ke India sebelum presentation thesis untuk sambut birthday
pakcik Bhanu dia. Kepulangan dia disambut oleh Indu (Katrina Kaif) yang dah
lama syok dengan dia sejak kecil lagi sebab ayah Indu ni orang kuat Chandra
Pratap.
Tapi Samar sebenarnya bercinta dengan kawan kuliah dia, Sarah
Jane. Walaupun Samar reject Indu tapi lepas ayah dia dibunuh oleh Sooraj Kumar
(Ajay Devgn), pembantu kepada Veerendra Pratap (Manoj Bajpayee), anak tunggal
Bhanu Pratap, Samar melamar Indu untuk berkahwin dengan dia supaya dapat dana
dari ayah Indu.
Bila Brij dan Bharti pergi ke
rumah Indu untuk merisik, ayah Indu nak anak perempuan dia kahwin dengan Prithvi sebab Prithvi
calon Ketua Menteri India dalam pilihanraya nanti bukannya Samar. Pilihan cuma
dua, kahwin dengan Prithvi ataupun dengan Veer yang tamak dan kejam. Nak tak
nak, Samar terpaksa pujuk abang dia berkahwin dengan Indu sebab dia taknak Indu
hidup dengan Veer. Dia tahu abang dia mampu jaga Indu dengan baik. Tambah pula
Sarah dah mengandungkan anak Samar.
Movie ni agak pening sikit sebab
politik memang memeningkan dan licik. Ada saja cara untuk menang dalam
pilihanraya tak kisah dengan apa cara sekalipun. Walaupun ramai star cast dalam
Rajneeti tapi masing-masing bawa watak dengan baik dan hidupkan tema politik negara. Dari poster pun kita dah boleh tahu siapa yang akan memerintah tapi tetap nak tahu apa strategi kedua pihak untuk menang dan
lawan balik staretgi pihak lawan.
Dialog memang cantik tambah bila
scene Bharti datang pujuk Indu bila Indu marah dengan keputusan Samar untuk
kahwinkan dia dengan Prithvi. Tapi pelik jugak bila keluar scene Indu berbaik dengan
Prithvi sebab entah dari mana muncul cinta dan sayang sebab tidur asing lepastu
dalam sehari entah berapa kali je diorang bertegur sebab Prithvi busy
berkempen.
Music background karya Pritam
agak dull dalam movie ni tambah pula item song masa Samar dengan Indu lepak pub
untuk celebrate happy moments diorang nak berkahwin. Baik dia letak lagu romantik
bergolek sana sini sebab item song tak best ni umpama sampah menyelit je dah
lah kejap sangat.
Walaupun parti politik Rashtrawadi
ni dapat sokongan orang miskin tapi tak banyak sangat scene berkempen di
kawasan kampung cuma banyak dekat padang atau dataran untuk bagi ceramah
politik dengan rumah agam parti masing-masing. Tension jugak tengok ahli politik turun dari heli dekat dataran tempat penyokong berkumpul sebab berdebu teruk habis semua orang kena kecuali ahli politik. Selfish teruk.
Lepas hampir 3 jam layan movie Rajneeti pelik jugak tengok ending sebab penyokong parti boleh terima calon akhir dari Samar tanpa
sebarang bantahan atau pertikaian. Tambah pula bila Samar kata calon tu paling layak sebab hati dia suci. Kenapa hati suci layak pulak sedangkan dalam politik kena akal licik macam Samar baru boleh tangkis serangan parti lawan?
Sepatutnya ada sequel tapi krik krik je
sampai sekarang. But I don’t think it will happen anytime soon since Ranbir dan
Katrina dah putus dan taknak berlakon bersama dah nak pula lepas movie Jagga
Jasoos flop di panggung.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes
+1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10
Siapa yang tak kenal Dua Lipa,
penyanyi cantik dari Albania yang famous dengan lagu New Rules dan IDGAF. Makin
menjadi sebutan bila Dua Lipa panggil ayah dia dengan gelaran ‘babi’ dalam
bahasa Albania yang bermaksud ayah. But lets just skip that since post ni nak
sembang tentang talent berharga Dua Lipa ni.
Sebelum ni layan lagu Dua yang
keluar dekat radio je macam New Rules, IDGAF dan yang
terbaru, One Kiss. One day, masa sembang dengan kawan dia suruh layan lagu Dua Lipa
sebab banyak yang best. Rupanya New Rules tu bukan lagu pertama dia tapi lagu yang lonjakkan nama dia dengan meluas lagi. Adik pun pernah mention lagu Dua banyak yang best sebab
tu dia buat tour concert dekat KL.
Dua Lipa start dengan karier musik bila dia aktif dengan cover lagu di Youtube umur 14 tahun kemudian dapat tawaran dari Warner Music Group pada tahun 2015 kemudian release single pertama, New Love. Genre musik Dua Lipa ialah dark pop. Fun fact, Dua Lipa masa sekolah dulu teringin sangat nak masuk team koir dekat sekolah tapi cikgu dia tak bagi sebab katanya suara Dua tak sedap bila nyanyi walaupun dia anak kepada penyanyi rock band di Albania. Gigit jari la kot cikgu tu sekarang bila tengok Dua dah famous dengan keunikan suara dan bakat menulis lirik.
Bored and curious to know how great her talent, I just hit Youtube and search for her music playlist. And yessss memang lagu-lagu dia best tambah pula dia sendiri yang buat
lirik tapi tak sure dia yang in charge untuk semua MV dia ataupun orang lain sebab
MV dia tersangatlah cool! Dia banyak main dengan colour grading and creative.
So here a list of my personal
pick from Dua Lipa’s songs :
1. Garden
Lirik lagu Garden ni sesuatu sangat nak pula sembang pasal taman bunga cinta dengan suara unik Dua lagi buat lagu ni jadi special. First time dengar lirik pun dah jatuh cinta.
2. Bang Bang
3. Homesick feat Chris Martin
Coldplay
Lagu ni rasa tenang sangat bila dengar since Dua Lipa pun cakap dia rasa tenang & excited bila compose lagu ni dengan Chris so that vibe sampai dalam lagu ni walaupun berkisar tentang kesunyian lepas putus cinta.
4. No Goodbyes
5. Last Dance
6. Scared To Be Lonely feat Martin
Garrix
Apart from the music, lagu ni mengisahkan tentang kemurungan dalam percintaan. Bercinta tapi rasa kosong and start to find the meaning of a relationship. Memang sebab cinta ataupun takut hidup sunyi?
7. Begging
8. Be The One
She looks dope and cute in this MV! Lagu untuk yakinkan crush dia calon terbaik dalam hidup, so yeah she nailed it!
9. No Lie feat Sean Paul
10. Hotter Than Hell
Lagu yang lain pun best jugak cuma tak addictive macam dalam list ni. You guys should really try Room For 2, Genesis, Dreams and Bad Together. So how about you guys pulak, lagu mana yang jadi pilihan hati?
Semalam berbuka di McD sebab malas nak masak plus rasa
craving pulak nak makan Nasi Ayam McD lepas tengok post pasal nasi ayam ni
makin menaik pulak bulan puasa ni. Tapi hampa sebab ayam dengan nasi dua-dua
dah habis.
So terpaksa tukar menu dan tahan craving hari lain.
Disebabkan dah nak dekat waktu berbuka terpaksa la order menu lain sebab nak
menapak ke tempat lain pun dah jauh dah. Nak order baru pun mesti tak sempat.
Sudahnya order Hot N Crispy Chicken yang baru keluar tu. Before this dah rasa
Smoky Grilled Beef, kali ni Chicken pulak.
Pastu tambah dessert Banana Muffin sebab poster dekat luar
outlet tu menggoda sangat. Tambah Red Velvet Cake sebab menggoda sangat. Puasa
nama pun semua benda nampak mengiurkan. Hah gittew.
Sebelum ni nampak review bersepah untuk Hot N Crispy Chicken
ni cakap menu ni sedap. Ada yang kata macam McChicken tapi lagi pedas sebab sos
jalapeno tu but whatever they said, sure they’re telling the truth. Walaupun a
bit pricey tapi berbaloi sangat sebab sedap dan pedas.
Tapi hampa betul bila makan Banana Walnut Muffin dia sebab keras kemain walaupun makan pnas-panas. Bila dah sejuk serupa makan batu campur dengan kekacang keras. Sakit gigi terus makan. Sangat lah tak berbaloi sebab mahal tambah pula tak terasa pun manis pisang tu. Tak memikat mana pun lah.
Kek Red Velvet pun rasa kecewa juga sebab creamy habis jadi muak teruk walaupun baru satu suap. Memang takkan repat dah lepas ni. Better go for Secret Recipe lagi berbaloi nak hilangkan craving. Ni semua puasa punya pasal semua nak diborong padahal ilusi semata.
Tapi takpe lah, selagi tak cuba takkan tak tahu rasa dia macam mana so lepas ni memang takkan tergoda dan terliur dah walaupun cantik menggoda. Nak beli dekat bakery fav area Subest ni je.
Nampak resipi senang ni dekat FB terus masuk dapur buat
sendiri sebab semua bahan memang dah ada. Senang pulak tu nak masak. Boleh jadi
resipi malas lepas ni kalau malas nak masak tapi kebulur nak makan benda sedap.
Tapi resipi ni dah diubah sikit ikut tekak pedas.
Bahan-bahan :
Malas nak cincang bawang putih halus
Bahan A:
- 4 sudu besar madu
- 4 sudu besar kicap cair
-4 ulas bawang putih dicincang halus
- 5 biji cili padi
- 2 biji lemon (diperah air)
Bahan B:
- Udang (ikut suka nak kopek kulit ataupun tak)
- Garam
- Rempah oregano/mixed herbs
- Butter
- Daun bawang
Cara-cara penyediaan :
1. Gaulkan semua bahan A kemudian tuang separuh untuk
diperapkan dengan udang.
2. Cairkan butter dalam kuali. Masukkan udang yang diperap
dengan Bahan A dan biarkan sehingga udang masak.
3. Tambahkan baki Bahan A ke dalam kuali kemudian masukkan
garam dan rempah secukup rasa.
4. Biarkan sehingga kering sedikit dan udang betul-betul
masak.
5. Hidangkan dan tabur hirisan daun bawang.
Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.
Kalau tak
suka manis sangat, boleh adjust kuantiti madu dan kicap tu. Kalau terlajak berkuah boleh je masukkan satu sudu tepung jagung. Semua boleh adjust, no
worries kbai selamat mencuba!
Sebelum puasa hari tu singgah lunch dekat Chicken Rice Shop
di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Belek menu nampak ada menu baru – Ayam Panggang
Nusantara. Menu ayam ni datang dalam 4 pakej dengan kuantiti berbeza.
Ragu-ragu jugak nak pilih menu ni tapi sebab waiter kata sama macam Nasi Ayam Penyet, memang tak fikir lama lah terus ambil Meal A tapi tukar air Triple Pandan Delight tu dengan air soya. Takut manis sangat nanti kembang tekak confirm tak habis.
Pakej Ayam Panggang Nusantara ni entah kenapa banyak sayur entah sampai tak habis makan tambah kacang panjang dengan kubis memang tak sentuh langsung sebab mentah takut perut kembung. Pak Choy Oyster Sauce masin campur dengan kuah sup dia berganda masinnya. Menangis jugak lah makan sebab stress expectation meleset jauh.
Lagi satu hal stress makan sebab nasi dia letak dalam piring. Tak pasti lah pinggan habis ataupun memang pakej ni makan dalam piring. Sambal pun tak pedas san berminyak teruk macam dalam gambar tu. Tapi okay lah, sedap lah jugak nak layan. Tapi sedih la sebab tak sama dengan ayam penyet pun. Sambal ayam penyet pedas kot, baru terangkat selera nak makan.
Kalau pergi Chicken Rice Shop memang wajib tambah Nyonya Pai Tee. Lepas makan side dish ni baru la rasa bahagia balik walaupun tak bahagia sangat makan pakej Ayam Panggang Nusantara ni. Memang takkan repeat dah lepas ni. Mahal dan tak berbaloi.
Sekarang ni Chicken Rice Shop tengah buat promotion setiap 18hb you guys boleh beli sepiring ¼ ayam a-la carte dengan harga cuma RM1.80 but not sure lah satu flavor which is Hainan steam ataupun boleh pilih ikut suka tekak kita. Anyway, selamat berbuka.
Festival Ros Taif adalah salah
satu program di bawah Kementerian Perlancongan negara Arab Saudi yang diadakan
setiap tahun pada bulan Mac hingga April sekitar musim bunga. Taif ialah tempat
di mana semua hasil bunga yang telah dipetik dikumpulkan untuk diproses menjadi
minyak wangi dan dikenali dengan nama jolokan Taif the City of Rose. Wangian bunga ros dari Taif ni digunakan dalam jenama minyak
wangi terkenal seperti Ormonde Jayne Perfumery, Perris, Chanel dan Guerlain. Harga
wangian ros Taif ni boleh mencecah RM 158,920 seliter.
Sama seperti tahun-tahun sudah, tarikan utama Festival Ros Taif ialah karpet bunga yang ditanam di perkarangan taman seluas 900 hingga 1000 sqft. Perbandaran Taif membelanjakan setengah juta pelbagai jenis benih pokok bunga untuk ditanam sebelum festival ros diadakan.
Selain dari karpet bunga ni, ada pelbagai jenis pameran bunga untuk pelawat yang datang antaranya proses pembuatan minyak wangi dan juga air dari kelopak bunga ros Taif, pertunjukan seni budaya masyarakat Taif, pameran seni lukisan yang menggambarkan budaya masyarakat Taif, pameran fotografi, pertandingan bola sepak 'Rose Championship', pertandingan kebun ros terbaik, pertandingan puisi dan bermacam lagi aktiviti dianjurkan oleh Taif Chamber.
Festival Ros Taif setiap tahun boleh menarik seramai lebih 200,000 orang pengunjung dan memberi pulangan untung sebanyak 10 bilion Saudi riyal bersamaan RM 10,820,576,250 setiap tahun. Disebabkan pulangan yang menguntungkan, kerajaan Saudi merancakkan lagi festival ros di Taif ni dan menjadikan festival ros ni sebagai salah satu simbol utama perlancongan negara Saudi supaya tarikannya tersebar luas hingga ke negara lain. Kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar jenama minyak wangi dari negara lain juga antara objektif kewujudan festival ni.
Akan datang, festival ni akan diperluaskan untuk pameran buah-buahan dan tanaman pertanian lain selain bunga ros dan pelbagai jenis pokok bunga. Kepada pengunjung yang datang ke festival ni akan dibekalkan minyak wangi ros Taif, air bunga atau minyak wangian sebagai tanda penghargaan dan ole-ole.
Kalau dekat Malaysia, festival Floria lah kan yang sama level dengan Festival Ros Taif ni? Selalu terlepas peluang nak pergi ke Putrajaya untuk Floria sebab dah busy dengan kerja. Kalau ada yang teringin nak merasa suasana ataupun cuba minyak wangi Taif ni boleh lah masukkan dalam travel bucket list.
Cast : Ajay Devgn, Ileana D'Cruz,
Saurabh Shukla, Amit Sial, Amit Bimrot, Gayathri Iyer, Sheeba Chaddha
Production Company : T-Series,
Panorama Studios
Genre : Drama/Crime
Running Time : 128 minutes
Release Date : 16 March 2018
Trailer :
Movie arahan Raj Kumar Gupta yang
diadptasi dari kisah sebenar serbuan team jabatan cukai negara ke rumah Sharda Prasad Pandey,
seorang kontraktor juga seorang ahli politik ternama di Lucknow pada tahun 1981.
Serbuan ni adalah serbuan paling lama mengambil masa dalam sejarah India hingga
menjadi tajuk utama berita selama beberapa hari. Jumlah wang tunai yang
dirampas dalam serbuan tersebut sebanyak Rs 420 crore zaman tu tapi kalau ikut
nilai sekarang, anggarannya Rs 1140 crore bersamaan dengan RM 673,617,099.22.
Amay Patnaik (Ajay Devgn),
seorang pegawai jabatan cukai yang jujur dalam hal yang berkaitan dengan kerja.
Sentiasa mengikut peraturan dan tak pernah terima rasuah sepanjang dia bekerja
dan disebabkan perkara tu, dia selalu kena transfer setiap 2 bulan. Datang
tempat baru je mesti ada rumah yang kena serbu dengan dia sampai isteri dia,
Malini (Ileana D’Cruz) naik letih pack unpack barang. Dia tak payah pergi kerja
pun sebab kerja dia dekat rumah pun dah menimbun.
Sama juga dengan kes di Lucknow,
dia dapat panggilan misteri pada satu malam suruh dia pergi ke kuil untuk
dapatkan info tentang senarai nama yang tak pernah bayar cukai. Cukai sangat
penting untuk pastikan ekonomi negara sentiasa berjalan. Lepas dapat bukti yang
kukuh, Amay sediakan dokumen lengkap untuk serbuan tersebut.
Nak serbu bukan main boleh terjah
je walaupun ada bukti kukuh sebab Rameshwar Singh aka Tauji (Saurabh Shukla) ni
orang ternama, ahli politik yang disegani dan disayangi oleh orang kampung. Dia
tak bayar cukai tapi dia guna duit tu untuk ‘tolong’ orang kampung yang daif disebabkan
dia tak bayar cukai. Ketua Amay dah nasihatkan supaya berhati-hati dalam
serbuan ni sebab kalau Amay gagal jumpa duit yang disorok tu, berkemungkinan
besar akan disaman dan dibuang kerja. Tapi Amay yakin dengan bukti yang dia ada
dan teruskan juga serbuan ke rumah Tauji.
Amay tahu pihak polis dan pegawai
jabatan cukai sendiri tak boleh dipercayai sebab ada yang akan bagitahu rumah
yang bakal diserbu untuk prepare larikan harta haram dan bahan bukti so Amay ambil langkah untuk kumpulkan semua
pegawai dan pihak polis waktu subuh dan bahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan akan dapat envelope yang mengandungi peta dan lokasi serbuan.
So masing-masing tak ada masa untuk inform dan kutip duit dari situ.
First half memang intense sebab
team Amay memang tak jumpa langsung duit haram yang disorok di rumah Tauji tu.
Semua barang kemas dan perabot yang dibeli ada resit serta cukai yang dibayar.
Semua memang nampak cantik je. Tak ada masalah pun. Tauji yang rimas dengan
team Amay dah mula warning supaya keluar dari rumah dia sebelum dia bawa hal ni
ke mahkamah.
Tapi second half memang nak
pengsan tengok jumlah wang tunai, jongkong emas dengan barang kemas dalam rumah
tu. Sangat banyak! Kalah rumah Najib-Rosmah. Kalau serbuan rumah Najib guna
bagasi, serbuan rumah Tauji ni guna kotak besar gedabak. Memang menangis team
Amay buat kerja tak berhenti kira harta Tauji ni semua.
Dalam movie ni boleh nampak macam
mana team Amay buat kerja. Gali perigi, pecahkan dinding rumah, geledah semua
barang yang ada, gali tanah dan macam-macam lagi cara yang diorang guna supaya
boleh korek harta Tauji. Dah penat korek, penat mengira pulak tu. Belum masuk
ancaman dan gangguan dari keluarga Tauji dan penduduk kampung sebab bagi
diorang, Tauji ni ibarat insan mulia.
Kalau ikutkan kisah benar, masa
serbuan ni tak ada yang cedera pun tapi director campurkan dua kisah serbuan
sebenar dalam satu movie for dramatic effect. Serbuan di rumah Tauji ni okay je
tapi di kilang milik businessman MLA Sardar Inder Singh di Kanpur pada tahun 1980, 88 orang pegawai cukai ni
ditelanjangkan dan dibelasah sehingga ada yang lumpuh dan cedera parah walaupun
ada polis masa tu. Dalam movie ni nampak la bahaya buat serbuan, bukan setakat
nyawa sendiri je terancam, nyawa anak bini pun dalam bahaya juga sampai kena letakkan
bawah pengawasan polis.
Dalam banyak rahsia terungkai,
ada dua misteri tersimpan sampai ke hujung movie. Sepatutnya jumlah harta haram
Tauji ikut dokumen, ada banyak lagi tapi tak tahu dia sorok dekat mana. Second,
sampai ke sudah Amay tak reveal siapa yang bagitahu dia semua info tentang
kegiatan Tauji dan keluarga. Walaupun dalam movie ada cerita tapi tu cuma
rekaan director. Berbeza dengan kisah sebenar, tak ada siapa yang tahu walaupun
isteri Amay yang disayangi lebih dari nyawa sendiri, sebab Amay dah berjanji
akan simpan rahsia ni sampai mati.
Masa tengok movie ni memang
stress jugak la sebab teknologi zaman 80-an mana sama dengan sekarang. Kalau
serbuan sekarang siap bawa mesin kira duit. Zaman tu kira sendiri guna jari
lepastu rekodkan. Kalau kematu tangan kau, kematu lah yang penting siap. Pastu
dulu mana ada smartphone nak roger orang luar. Sepanjang serbuan ni berjalan,
tak boleh guna telefon kecuali urusan penting. Sebagai manusia zaman millennial
agak stress dan kesian tengok pengorbanan diorang selama berhari tanpa henti kira harta
haram Tauji.
Sayangnya soundtrack tak berapa nak
ummpph sangat dalam movie ni which u can always skip that part tapi editing,
cinematography and dialogue dia mantap. Bila tengok social movie macam
Raid ni ada certain dialogue yang power dari cast. Lakonan Ajay Devgn dengan
Shaurabh Shukla yang menghidupkan movie Raid since both of them karakter utama.
Macam mana kejujuran dan kebijaksanaan dia mengawal kerja dia dari penjenayah
licik macam Tauji sama macam movie based on raid case, Special 26 lakonan
Akshay Kumar.
Lepas karya terbaik Raj Kumar Gupta
dalam movie No One Killed Jessica, Raid is another great movie from his shelf.
Walaupun jalan cerita yang simple dan boleh diagak what happens next tapi
director and team berjaya buat penonton stay untuk tahu apa jadi nanti.
Recommended to watch and a great dedication for the unsung heroes.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 7.9/10
Sembang pasal aiskrim, last month I join an event organized by FruitiKing at Sunway Pyramid, Subang for promoting their own first flagship store. I can taste all 6 flavors of their ice-cream – Sweet Corn, Cempedak, Durian, Musang King, Mango and Soursop. Kelebihan aiskrim FruitiKing ialah perisa buah asli tanpa bahan pengawet, pewarna ataupun perasa.