Movie Review : Founder

Monday, 11 June 2018

Image result for founder movie review

Director : John Lee Hancock
Cast : Michael Keaton, Nick Offerman, John Carroll Lynch, B.J. Novak, Linda Cardellini, Laura Dern, Patrick Wilson
Production Company : FilmNation Entertainment, The Combine, Faliro House Productions S.A.
Distributor : The Weinstein Company
Genre : Drama/History
Running Time : 115 minutes
Release Date : 16 December, 2016
Trailer : 

If you guys think movie Founder is about how McDonald first established as a fast-food restaurant, then you guys are deadly wrong. Founder menceritakan tentang betapa liciknya Ray Kroc (Michael Keaton) seorang salesman yang berjaya mencuri idea speedy-system dari adik-beradik Dick (Nick Offerman) & Mac (John Carroll Lynch) di San Bernadino, California dan menggelarkan diri dia pemilik restoran McDonalds bermula pada tahun 1954. 

Related image

Ray Kroc bekerja sebagai salesman yang gagal dengan barang niaga dia sehinggalah dia berjumpa dengan adik beradik McDonalds di California bila Mac & Dick order 8 mesin milkshake dari Ray. And at the moment Ray mula jatuh cinta dengan konsep speedy-system dan juga nama McDonald tu sendiri. Lepas Dick & Mac ceritakan  tentang sejarah McDonald dan beberapa kegagalan franchise diorang, Ray offer diri untuk kembangkan McDonald melalui sistem franchise dan franchise pertama di Des Plaines, Illinois menggunakan senibina adik-beradik McDonalds. Boleh kata semua benda Ray curi dari adik-beradik ni. 

Gagal bagi adik-beradik McDonalds tapi kejayaan bagi Ray Krocs bila dia mampu mencari investors dan beberapa orang yang boleh dipercayai untuk jaga business McDonalds di setiap franchise tanpa kacau agreement contract antara Ray dan adik-beradik McDonalds. Tapi jadi masalah bila Ray kekurangan dana untuk bayar hutang pinjaman bank untuk franchise dia sebab duit yang ada dia gunakan untuk buka 228 franchise di semua daerah. Lagi tambah bengang bila dia nak renegotiate bayaran keuntungan dia dapat dari adik-beradik McDonalds tapi ditolak mentah-mentah sebab risau akan kehilangan ownership business diorang.

Dalam serabut mencari dana untuk elakkan business dia jatuh, Ray terjumpa dengan perunding kewangan, Harry Sonneborn (B.J. Novak) yang memberi cadangan untuk tubuhkan satu company untuk menjadi ejen hartanah dan bukannya pemilik restoran burger so dengan idea ni Ray tak langgar contract dengan beradik McDonalds. Ray kemudian bagi tawaran kepada beradik McDonalds untuk menjual semuanya kepada dia termasuk nama McDonalds dengan US$27 juta dan juga royalti penuh dari Ray tapi sampai sekarang adik-beradik McDonalds tak dapat royalti mahupun pengiktirafan sebagai pemilik asal McDonald.


Bukan lakonan Michael Keaton je menjadi sampai rasa bertambah sakit hati dengan salesman licik tapi B.J. Novak sekali sebagai perunding kewangan yang bijak cari peluang dalam fast-food industry sampai mampu letakkan diri dia sebagai CEO pertama McDonalds. Movie Founder letakkan watak antagonis sebagai watak utama dan protagonis sebagai watak sampingan thus show the real deal in business. You can’t deny the fact to survive in this business politics, you have to be very sleek and smart. While McDonalds siblings have integrity, Ray and his team has sneaky move to succeed.

Dalam perjalanan Ray Kroc sebagai founder McDonalds, memang banyak juga watak yang baik dibuang dari hidup dia macam Ethel (Laura Dern), isteri dia yang setia dari zaman susah sudahnya kena buang macam tu je kemudian Ray berkahwin dengan Joan (Linda Cardellini), isteri Rollie (Patrick Wilson) salah seorang franchise manager McDonald di Hennepine Avenue. 


So to sums it all, Founder adalah movie tentang macam mana kejam dan liciknya seseorang manusia untuk naik ke atas. You guys will feel sorry for McDonalds siblings as they’re left out in any possible way to make their dreams come true. And yupp lepas McDonalds dibeli oleh Ray Kroc, they got nothing left even business diorang tak mampu bertahan lama tambah pula Mac jatuh sakit disebabkan stress terlampau. Worth to watch, yes indeed. Movie settings, plot, dialogues and visual is top-notch. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10

Movie Review : Okja

Saturday, 9 June 2018

Image result for okja review

Director : Bong Joon-ho
Cast : Seo-hyeon Ahn, Tilda Swinton, Paul Dano, Hee-bong Byun, Steven Yeun, Lily Collins, Yoon Je-moon, Shirley Henderson, Daniel Henshall, Devon Bostick, Choi Woo-shik, Giancarlo Esposito, Jake Gyllenhaal
Production Company : Plan B Entertainment, Lewis Pictures, Kate Street Picture Company
Distributor : Netflix (International), Next Entertainment World (South Korea)
Genre : Sci-fi/Drama/Action
Running Time : 120 minutes
Release Date : 28 June 2017
Trailer : 


Okja antara movie yang terpilih untuk ditayangkan di Cannes Film Festival tahun 2017 ditambah pula dengan recommendation di #RekomenFilem dekat Twitter memang rasa excited nak tengok kehebatan movie Okja yang mengisahkan tentang babi super dan tuannya, Mija (Ahn Seo-hyun). 

Berlatarbelakangkan kawasan pergunungan yang cantik di Korea, screenplay Okja agak cantik cuma tak berapa menjadi VFX babi super Okja dan spesies dia yang lain di hujung cerita. Nak compare dengan babi biasa, super babi kacukan hasil eksperimen syarikat Mirando ni seakan-akan badak air ditambah pula dengan perangai dia yang suka berendam dalam air. 


Lucy Mirando (Tilda Swinton), CEO Mirando Corporation cuba untuk ubah imej syarikat dia yang kejam kepada syarikat yang eco-friendly dengan mewujudkan babi super supaya masalah kekurangan bekalan makanan dapat diatasi di masa akan datang. Disebabkan objektif ni, Lucy decide untuk cipta babi super yang berganda besarnya dari babi biasa dan lebih bersih supaya selamat dimakan. I really like her idea actually cuma masalahnya dalam movie ni bila Okja ada special bond dengan Mija dan campur tangan dari group ALF (Animal Liberation Front) yang diketuai oleh Jay (Paul Dano).

Group ALF ni ada bagusnya tapi macam melampau pula sampai taknak makan dari sumber kehidupan. Mungkin kalau orang lain yang tengok Okja ni akan rasa sedih nak makan daging but nahhh for me, haiwan dan tumbuhan memang dicipta untuk jadi makanan manusia pun. Cuma ada sesetengah terlebih sayang so they take it as a pet and consider as their family. So dalam movie ni Mirando Corporation tak salah pun sebab Okja tu hak diorang dan dalam perjanjian memang akan diambil kembali lepas 10 tahun cumanya Mija tak tahu tentang perjanjian ni since atuk dia, Heebong (Byun Hee-bong) yang buat perjanjian tu dengan Park Mundo (Yoon Je-moon) wakil Korea bagi pihak syarikat Mirando.


And due to this matter, susah jugak lah nak develop rasa kesian untuk Mija dan Okja and effort from ALF is just a waste of time. Lagi kesian dekat peniaga dalam scene kejar-mengejar antara Mirando dengan ALF dan Okja sebab hampir kesemua barang niaga diorang rosak. Kesian juga dengan Lucy sebab idea dia sebenarnya cantik tapi ALF buatkan dia nampak kejam padahal yang bersalah tu zoologis Mirando, Dr. Johnny Wilcox (Jake Gyllenhaal) bila dia seksa Okja untuk dapatkan sampel daging babi super untuk diadili dalam pertandingan 'Babi Super Terbaik'. 


Mungkin scene hujung tu agak kejam bagi vegan or Mija but that’s the way how abattoir actually works. Kena bagi ubat pelali dan disembelih but minus the electric shock sebab tu memang kejam. It’s a beautiful story for special bonding with Mija & Okja but it fails to bring the real issue for capitalist and animal lover in Okja. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 7/10


Awal Ramadhan hari tu mencari kedai kurma untuk diborong dengan rakan office. Dekat Subang Perdana ada satu je kedai kurma itu pun tak ada choice langsung nak pilih kurma sebab ada satu jenis je itupun mahal walaupun kedai dia tersangatlah simple.

Saja suggest kedai Saudagar Kurma ni sebab dah tak ada pilihan lain dah. At first macam risau jugak nak pergi sebab kedai dekat Star Avenue ni memang harga mahal sikit dari tempat lain kecuali Mr DIY. Bila dah masuk belek harga rasa happy pulak sebab banyak sangat kurma dari yang paling murah harganya sampai yang mahal. Tak sangka langsung boleh dapat harga murah.


Ada kurma dalam box biasa, kurma timbang ataupun kurma borong satu kotak besar ikut jenis kurma. Selain dari kurma, ada juga pelbagai jenis kekacang dijual secara timbang ataupun yang dah siap pack dalam bekas. Kalau yang nak buat biskut raya Florentine tu memang boleh jejak sini kalau tempat lain dah habis stok.



Ada jugak skincare, perfume, bahan masakan (madu, minyak zaitun, beras nasi arab, safran), inai, miswak, toiletries, snek dan biskut, minuman dan barang lain yang original dibawa dari negara Timur Tengah. Nampak je kecil kedainya tapi macam-macam ada. Susun atur kedai dah la kemas, bersih, wangi pulak tu.





Lama jugak memilih kurma haritu sebab tak tahu nak pilih kurma yang mana satu even dah letak dekat kaunter pun boleh pergi tukar lagi. Apart from kurma, grab madu sebotol dengan inai sekotak. Tapi tak try lagi dua produk ni sebab inai tu nak pakai masa raya kot kalau tak busy. Madu tu nak guna tapi madu lama tak habis lagi. Saja je gatal tangan beli haritu. 


Lepas ni rasa nak menyinggah lagi sebab nak beli kekacang timbang dia sebab susah nak cari dekat area sini. Dah ada kedai yang ada banyak jenis kekacang, dekat pulak tu dengan rumah memang malas dah nak fikir banyak dah. Kalau ada yang mencari produk-produk berkaitan, datang la singgah sini sebab kedai ni mesra pelanggan plus nak park kereta pun senang. Kalau tak tahu Star Avenue dekat mana, waze je guys. 


Movie Review : Rajneeti

Friday, 8 June 2018


Director : Prakash Jha
Cast : Ranbir Kapoor, Arjun Rampal, Ajay Devgn, Manoj Bajpayee, Nana Patekar, Katrina Kaif, Nikhila Trikha, Jahangir Khan, Sarah Thompson, Naseerudin Shah, Chetan Pandit
Production Company : Prakash Jha Productions, Walkwater Media Ltd
Genre : Politic/Drama/Crime
Running Time : 170 minutes
Release Date : 4th June 2010
Trailer :


Its been years tergedik sangat nak tengok movie arahan Prakash Jha ni sebab pasangan Ranbir dan Katrina berlakon. Plus ramai critics cakap Rajneeti salah satu movie terbaik Ranbir dan Katrina. Jarang lakonan Kat kena puji, so bila kena puji memang wajib tengok. Tambah pula hasil buah tangan Prakash Jha yang popular dengan movie Dil Kya Kare, Satyagraha dan Lipstick Under My Burkha. Movie Rajneeti memang sepenuhnya digarap oleh Prakash Jha – direction, writing, dialogue, produce.


Boleh kata Rajneeti ni diinspirasikan dari keadaan politik sebenar di India bila sebelum tayangan movie Rajneeti, team production turun naik court sebab ada persamaan karakter dalam movie dengan situasi politik yang sebenar. Kemudian isu berkaitan dengan lagu kebangsaan India. But the hassle worth the team’s effort since movie ni mengaut keuntungan 2x ganda dari modal pembikinan tambah pula menang beberapa award dalam semua kategori pencalonan.

Rajneeti mengisahkan tentang kemelut yang melanda keluarga Ramnath Rai yang mengetuai parti politik, Rashtrawadi. Walaupun parti ni disayangi dan disokong ramai rakyat India terutamanya golongan miskin, berbeza dengan anak perempuannya Bharti (Nikhila Trikha) memilih untuk join parti pembangkang yang diketuai Bhaskar sampai mereka berdua terlanjur dan Bharti mengandung.  Bharti lahirkan anak lelaki tanpa pengetahuan Bhaskar (Naserudin Shah) sebab dia larikan diri lepas rasa bersalah dengan dosa dia.


Disebabkan status anak luar nikah, Brij Gopal (Nana Patekar), abang kepada Bharti ambil keputusan untuk hanyutkan di sungai dalam bot berserta sekalung rantai sebagai tanda. Lepas dari tu, Bharti dikahwinkan kepada Chandra Pratap (Chetan Pandit), adik kepada Bhanu Pratap (Jahangir Khan) yang juga ahli kuat parti Rashtrawadi. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan dua orang anak lelaki – Prithviraj (Arjun Rampal) dan Samar (Ranbir Kapoor).

Raajneeti Photos: HD Images, Pictures, Stills, First Look Posters ...

Prithviraj ikut jejak langkah ayah dia dan jadi orang kuat parti sementara Samar ambil PhD di New York dalam jurusan sains politik. Dia balik ke India sebelum presentation thesis untuk sambut birthday pakcik Bhanu dia. Kepulangan dia disambut oleh Indu (Katrina Kaif) yang dah lama syok dengan dia sejak kecil lagi sebab ayah Indu ni orang kuat Chandra Pratap.

Tapi Samar sebenarnya bercinta dengan kawan kuliah dia, Sarah Jane. Walaupun Samar reject Indu tapi lepas ayah dia dibunuh oleh Sooraj Kumar (Ajay Devgn), pembantu kepada Veerendra Pratap (Manoj Bajpayee), anak tunggal Bhanu Pratap, Samar melamar Indu untuk berkahwin dengan dia supaya dapat dana dari ayah Indu.
 
Image result for rajneeti

Bila Brij dan Bharti pergi ke rumah Indu untuk merisik, ayah Indu nak anak perempuan dia kahwin dengan Prithvi sebab Prithvi calon Ketua Menteri India dalam pilihanraya nanti bukannya Samar. Pilihan cuma dua, kahwin dengan Prithvi ataupun dengan Veer yang tamak dan kejam. Nak tak nak, Samar terpaksa pujuk abang dia berkahwin dengan Indu sebab dia taknak Indu hidup dengan Veer. Dia tahu abang dia mampu jaga Indu dengan baik. Tambah pula Sarah dah mengandungkan anak Samar.

Movie ni agak pening sikit sebab politik memang memeningkan dan licik. Ada saja cara untuk menang dalam pilihanraya tak kisah dengan apa cara sekalipun. Walaupun ramai star cast dalam Rajneeti tapi masing-masing bawa watak dengan baik dan hidupkan tema politik negara. Dari poster pun kita dah boleh tahu siapa yang akan memerintah tapi tetap nak tahu apa strategi kedua pihak untuk menang dan lawan balik staretgi pihak lawan.

Image result for rajneeti

Dialog memang cantik tambah bila scene Bharti datang pujuk Indu bila Indu marah dengan keputusan Samar untuk kahwinkan dia dengan Prithvi. Tapi pelik jugak bila keluar scene Indu berbaik dengan Prithvi sebab entah dari mana muncul cinta dan sayang sebab tidur asing lepastu dalam sehari entah berapa kali je diorang bertegur sebab Prithvi busy berkempen.

Music background karya Pritam agak dull dalam movie ni tambah pula item song masa Samar dengan Indu lepak pub untuk celebrate happy moments diorang nak berkahwin. Baik dia letak lagu romantik bergolek sana sini sebab item song tak best ni umpama sampah menyelit je dah lah kejap sangat.


Walaupun parti politik Rashtrawadi ni dapat sokongan orang miskin tapi tak banyak sangat scene berkempen di kawasan kampung cuma banyak dekat padang atau dataran untuk bagi ceramah politik dengan rumah agam parti masing-masing. Tension jugak tengok ahli politik turun dari heli dekat dataran tempat penyokong berkumpul sebab berdebu teruk habis semua orang kena kecuali ahli politik. Selfish teruk.

Lepas hampir 3 jam layan movie Rajneeti pelik jugak tengok ending sebab penyokong parti boleh terima calon akhir dari Samar tanpa sebarang bantahan atau pertikaian. Tambah pula bila Samar kata calon tu paling layak sebab hati dia suci. Kenapa hati suci layak pulak sedangkan dalam politik kena akal licik macam Samar baru boleh tangkis serangan parti lawan?

Ranbir and Katrina to reunite for Prakash Jha's Rajneeti 2?

Sepatutnya ada sequel tapi krik krik je sampai sekarang. But I don’t think it will happen anytime soon since Ranbir dan Katrina dah putus dan taknak berlakon bersama dah nak pula lepas movie Jagga Jasoos flop di panggung.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

My Top Choice Dua Lipa’s Songs

Related image

Siapa yang tak kenal Dua Lipa, penyanyi cantik dari Albania yang famous dengan lagu New Rules dan IDGAF. Makin menjadi sebutan bila Dua Lipa panggil ayah dia dengan gelaran ‘babi’ dalam bahasa Albania yang bermaksud ayah. But lets just skip that since post ni nak sembang tentang talent berharga Dua Lipa ni.

Sebelum ni layan lagu Dua yang keluar dekat radio je macam New Rules, IDGAF dan yang terbaru, One Kiss. One day, masa sembang dengan kawan dia suruh layan lagu Dua Lipa sebab banyak yang best. Rupanya New Rules tu bukan lagu pertama dia tapi lagu yang lonjakkan nama dia dengan meluas lagi. Adik pun pernah mention lagu Dua banyak yang best sebab tu dia buat tour concert dekat KL.

Image result for dua lipa kl

Dua Lipa start dengan karier musik bila dia aktif dengan cover lagu di Youtube umur 14 tahun kemudian dapat tawaran dari Warner Music Group pada tahun 2015 kemudian release single pertama, New Love. Genre musik Dua Lipa ialah dark pop. Fun fact, Dua Lipa masa sekolah dulu teringin sangat nak masuk team koir dekat sekolah tapi cikgu dia tak bagi sebab katanya suara Dua tak sedap bila nyanyi walaupun dia anak kepada penyanyi rock band di Albania. Gigit jari la kot cikgu tu sekarang bila tengok Dua dah famous dengan keunikan suara dan bakat menulis lirik. 

Bored and curious to know how great her talent, I just hit Youtube and search for her music playlist. And yessss memang lagu-lagu dia best tambah pula dia sendiri yang buat lirik tapi tak sure dia yang in charge untuk semua MV dia ataupun orang lain sebab MV dia tersangatlah cool! Dia banyak main dengan colour grading and creative.

So here a list of my personal pick from Dua Lipa’s songs : 

Image result for dua lipa album cover

1. Garden

Lirik lagu Garden ni sesuatu sangat nak pula sembang pasal taman bunga cinta dengan suara unik Dua lagi buat lagu ni jadi special. First time dengar lirik pun dah jatuh cinta. 


2. Bang Bang


3. Homesick feat Chris Martin Coldplay

Lagu ni rasa tenang sangat bila dengar since Dua Lipa pun cakap dia rasa tenang & excited bila compose lagu ni dengan Chris so that vibe sampai dalam lagu ni walaupun berkisar tentang kesunyian lepas putus cinta. 


4. No Goodbyes


5. Last Dance


6. Scared To Be Lonely feat Martin Garrix

Apart from the music, lagu ni mengisahkan tentang kemurungan dalam percintaan. Bercinta tapi rasa kosong and start to find the meaning of a relationship. Memang sebab cinta ataupun takut hidup sunyi?


7. Begging


8. Be The One

She looks dope and cute in this MV! Lagu untuk yakinkan crush dia calon terbaik dalam hidup, so yeah she nailed it!


9. No Lie feat Sean Paul


10. Hotter Than Hell



Lagu yang lain pun best jugak cuma tak addictive macam dalam list ni. You guys should really try Room For 2, Genesis, Dreams and Bad Together. So how about you guys pulak, lagu mana yang jadi pilihan hati? 

Hot N Crispy Chicken, McD Kota Damansara


Semalam berbuka di McD sebab malas nak masak plus rasa craving pulak nak makan Nasi Ayam McD lepas tengok post pasal nasi ayam ni makin menaik pulak bulan puasa ni. Tapi hampa sebab ayam dengan nasi dua-dua dah habis.

So terpaksa tukar menu dan tahan craving hari lain. Disebabkan dah nak dekat waktu berbuka terpaksa la order menu lain sebab nak menapak ke tempat lain pun dah jauh dah. Nak order baru pun mesti tak sempat. Sudahnya order Hot N Crispy Chicken yang baru keluar tu. Before this dah rasa Smoky Grilled Beef, kali ni Chicken pulak.


Pastu tambah dessert Banana Muffin sebab poster dekat luar outlet tu menggoda sangat. Tambah Red Velvet Cake sebab menggoda sangat. Puasa nama pun semua benda nampak mengiurkan. Hah gittew.
Sebelum ni nampak review bersepah untuk Hot N Crispy Chicken ni cakap menu ni sedap. Ada yang kata macam McChicken tapi lagi pedas sebab sos jalapeno tu but whatever they said, sure they’re telling the truth. Walaupun a bit pricey tapi berbaloi sangat sebab sedap dan pedas. 

Tapi hampa betul bila makan Banana Walnut Muffin dia sebab keras kemain walaupun makan pnas-panas. Bila dah sejuk serupa makan batu campur dengan kekacang keras. Sakit gigi terus makan. Sangat lah tak berbaloi sebab mahal tambah pula tak terasa pun manis pisang tu. Tak memikat mana pun lah.



Kek Red Velvet pun rasa kecewa juga sebab creamy habis jadi muak teruk walaupun baru satu suap. Memang takkan repat dah lepas ni. Better go for Secret Recipe lagi berbaloi nak hilangkan craving. Ni semua puasa punya pasal semua nak diborong padahal ilusi semata.


Tapi takpe lah, selagi tak cuba takkan tak tahu rasa dia macam mana so lepas ni memang takkan tergoda dan terliur dah walaupun cantik menggoda. Nak beli dekat bakery fav area Subest ni je. 

Sticky Honey Garlic Butter Shrimp

Thursday, 7 June 2018



Nampak resipi senang ni dekat FB terus masuk dapur buat sendiri sebab semua bahan memang dah ada. Senang pulak tu nak masak. Boleh jadi resipi malas lepas ni kalau malas nak masak tapi kebulur nak makan benda sedap. Tapi resipi ni dah diubah sikit ikut tekak pedas.

Bahan-bahan :
Malas nak cincang bawang putih halus 

Bahan A:
- 4 sudu besar madu
- 4 sudu besar kicap cair
-4 ulas bawang putih dicincang halus
- 5 biji cili padi
- 2 biji lemon (diperah air)

Bahan B:
- Udang (ikut suka nak kopek kulit ataupun tak)
- Garam
- Rempah oregano/mixed herbs
- Butter
- Daun bawang

Cara-cara penyediaan :

1. Gaulkan semua bahan A kemudian tuang separuh untuk diperapkan dengan udang.
2. Cairkan butter dalam kuali. Masukkan udang yang diperap dengan Bahan A dan biarkan sehingga udang masak.


3. Tambahkan baki Bahan A ke dalam kuali kemudian masukkan garam dan rempah secukup rasa.
4. Biarkan sehingga kering sedikit dan udang betul-betul masak.
5. Hidangkan dan tabur hirisan daun bawang.

Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.

Kalau tak suka manis sangat, boleh adjust kuantiti madu dan kicap tu. Kalau terlajak berkuah boleh je masukkan satu sudu tepung jagung. Semua boleh adjust, no worries kbai selamat mencuba!

Ayam Panggang Nusantara, Chicken Rice Shop, Giant Seksyen 13 Shah Alam

Wednesday, 6 June 2018

Sebelum puasa hari tu singgah lunch dekat Chicken Rice Shop di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Belek menu nampak ada menu baru – Ayam Panggang Nusantara. Menu ayam ni datang dalam 4 pakej dengan kuantiti berbeza. 


Ragu-ragu jugak nak pilih menu ni tapi sebab waiter kata sama macam Nasi Ayam Penyet, memang tak fikir lama lah terus ambil Meal A tapi tukar air Triple Pandan Delight tu dengan air soya. Takut manis sangat nanti kembang tekak confirm tak habis. 



Pakej Ayam Panggang Nusantara ni entah kenapa banyak sayur entah sampai tak habis makan tambah kacang panjang dengan kubis memang tak sentuh langsung sebab mentah takut perut kembung. Pak Choy Oyster Sauce masin campur dengan kuah sup dia berganda masinnya. Menangis jugak lah makan sebab stress expectation meleset jauh. 

Lagi satu hal stress makan sebab nasi dia letak dalam piring. Tak pasti lah pinggan habis ataupun memang pakej ni makan dalam piring. Sambal pun tak pedas san berminyak teruk macam dalam gambar tu. Tapi okay lah, sedap lah jugak nak layan. Tapi sedih la sebab tak sama dengan ayam penyet pun. Sambal ayam penyet pedas kot, baru terangkat selera nak makan. 


Kalau pergi Chicken Rice Shop memang wajib tambah Nyonya Pai Tee. Lepas makan side dish ni baru la rasa bahagia balik walaupun tak bahagia sangat makan pakej Ayam Panggang Nusantara ni. Memang takkan repeat dah lepas ni. Mahal dan tak berbaloi. 


Sekarang ni Chicken Rice Shop tengah buat promotion setiap 18hb you guys boleh beli sepiring ¼ ayam a-la carte dengan harga cuma RM1.80 but not sure lah satu flavor which is Hainan steam ataupun boleh pilih ikut suka tekak kita. Anyway, selamat berbuka.

Festival Ros Taif, Arab Saudi

Taif Rose Festival 14

Festival Ros Taif adalah salah satu program di bawah Kementerian Perlancongan negara Arab Saudi yang diadakan setiap tahun pada bulan Mac hingga April sekitar musim bunga. Taif ialah tempat di mana semua hasil bunga yang telah dipetik dikumpulkan untuk diproses menjadi minyak wangi dan dikenali dengan nama jolokan Taif the City of Rose. Wangian bunga ros dari Taif ni digunakan dalam jenama minyak wangi terkenal seperti Ormonde Jayne Perfumery, Perris, Chanel dan Guerlain.​ Harga wangian ros Taif ni boleh mencecah RM 158,920 seliter.

Related image

Image result for rose festival taif

Sama seperti tahun-tahun sudah, tarikan utama Festival Ros Taif ialah karpet bunga yang ditanam di perkarangan taman seluas 900 hingga 1000 sqft. Perbandaran Taif membelanjakan setengah juta pelbagai jenis benih pokok bunga untuk ditanam sebelum festival ros diadakan. 

 
Selain dari karpet bunga ni, ada pelbagai jenis pameran bunga untuk pelawat yang datang antaranya proses pembuatan minyak wangi dan juga air dari kelopak bunga ros Taif, pertunjukan seni budaya masyarakat Taif, pameran seni lukisan yang menggambarkan budaya masyarakat Taif, pameran fotografi, pertandingan bola sepak 'Rose Championship', pertandingan kebun ros terbaik, pertandingan puisi dan bermacam lagi aktiviti dianjurkan oleh Taif Chamber.


Festival Ros Taif setiap tahun boleh menarik seramai lebih 200,000 orang pengunjung dan memberi pulangan untung sebanyak 10 bilion Saudi riyal bersamaan RM 10,820,576,250 setiap tahun. Disebabkan pulangan yang menguntungkan, kerajaan Saudi merancakkan lagi festival ros di Taif ni dan menjadikan festival ros ni sebagai salah satu simbol utama perlancongan negara Saudi supaya tarikannya tersebar luas hingga ke negara lain. Kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar jenama minyak wangi dari negara lain juga antara objektif kewujudan festival ni. 







Akan datang, festival ni akan diperluaskan untuk pameran buah-buahan dan tanaman pertanian lain selain bunga ros dan pelbagai jenis pokok bunga. Kepada pengunjung yang datang ke festival ni akan dibekalkan minyak wangi ros Taif, air bunga atau minyak wangian sebagai tanda penghargaan dan ole-ole.

Image result for rose festival taif

Kalau dekat Malaysia, festival Floria lah kan yang sama level dengan Festival Ros Taif ni? Selalu terlepas peluang nak pergi ke Putrajaya untuk Floria sebab dah busy dengan kerja. Kalau ada yang teringin nak merasa suasana ataupun cuba minyak wangi Taif ni boleh lah masukkan dalam travel bucket list.