Movie Review : Raid
Tuesday, 5 June 2018
Director : Raj Kumar Gupta
Cast : Ajay Devgn, Ileana D'Cruz,
Saurabh Shukla, Amit Sial, Amit Bimrot, Gayathri Iyer, Sheeba Chaddha
Production Company : T-Series,
Panorama Studios
Genre : Drama/Crime
Running Time : 128 minutes
Release Date : 16 March 2018
Trailer :
Movie arahan Raj Kumar Gupta yang
diadptasi dari kisah sebenar serbuan team jabatan cukai negara ke rumah Sharda Prasad Pandey,
seorang kontraktor juga seorang ahli politik ternama di Lucknow pada tahun 1981.
Serbuan ni adalah serbuan paling lama mengambil masa dalam sejarah India hingga
menjadi tajuk utama berita selama beberapa hari. Jumlah wang tunai yang
dirampas dalam serbuan tersebut sebanyak Rs 420 crore zaman tu tapi kalau ikut
nilai sekarang, anggarannya Rs 1140 crore bersamaan dengan RM 673,617,099.22.
Amay Patnaik (Ajay Devgn),
seorang pegawai jabatan cukai yang jujur dalam hal yang berkaitan dengan kerja.
Sentiasa mengikut peraturan dan tak pernah terima rasuah sepanjang dia bekerja
dan disebabkan perkara tu, dia selalu kena transfer setiap 2 bulan. Datang
tempat baru je mesti ada rumah yang kena serbu dengan dia sampai isteri dia,
Malini (Ileana D’Cruz) naik letih pack unpack barang. Dia tak payah pergi kerja
pun sebab kerja dia dekat rumah pun dah menimbun.
Sama juga dengan kes di Lucknow, dia dapat panggilan misteri pada satu malam suruh dia pergi ke kuil untuk dapatkan info tentang senarai nama yang tak pernah bayar cukai. Cukai sangat penting untuk pastikan ekonomi negara sentiasa berjalan. Lepas dapat bukti yang kukuh, Amay sediakan dokumen lengkap untuk serbuan tersebut.
Nak serbu bukan main boleh terjah
je walaupun ada bukti kukuh sebab Rameshwar Singh aka Tauji (Saurabh Shukla) ni
orang ternama, ahli politik yang disegani dan disayangi oleh orang kampung. Dia
tak bayar cukai tapi dia guna duit tu untuk ‘tolong’ orang kampung yang daif disebabkan
dia tak bayar cukai. Ketua Amay dah nasihatkan supaya berhati-hati dalam
serbuan ni sebab kalau Amay gagal jumpa duit yang disorok tu, berkemungkinan
besar akan disaman dan dibuang kerja. Tapi Amay yakin dengan bukti yang dia ada
dan teruskan juga serbuan ke rumah Tauji.
Amay tahu pihak polis dan pegawai jabatan cukai sendiri tak boleh dipercayai sebab ada yang akan bagitahu rumah yang bakal diserbu untuk prepare larikan harta haram dan bahan bukti so Amay ambil langkah untuk kumpulkan semua pegawai dan pihak polis waktu subuh dan bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat envelope yang mengandungi peta dan lokasi serbuan. So masing-masing tak ada masa untuk inform dan kutip duit dari situ.
First half memang intense sebab
team Amay memang tak jumpa langsung duit haram yang disorok di rumah Tauji tu.
Semua barang kemas dan perabot yang dibeli ada resit serta cukai yang dibayar.
Semua memang nampak cantik je. Tak ada masalah pun. Tauji yang rimas dengan
team Amay dah mula warning supaya keluar dari rumah dia sebelum dia bawa hal ni
ke mahkamah.
Tapi second half memang nak
pengsan tengok jumlah wang tunai, jongkong emas dengan barang kemas dalam rumah
tu. Sangat banyak! Kalah rumah Najib-Rosmah. Kalau serbuan rumah Najib guna
bagasi, serbuan rumah Tauji ni guna kotak besar gedabak. Memang menangis team
Amay buat kerja tak berhenti kira harta Tauji ni semua.
Dalam movie ni boleh nampak macam
mana team Amay buat kerja. Gali perigi, pecahkan dinding rumah, geledah semua
barang yang ada, gali tanah dan macam-macam lagi cara yang diorang guna supaya
boleh korek harta Tauji. Dah penat korek, penat mengira pulak tu. Belum masuk
ancaman dan gangguan dari keluarga Tauji dan penduduk kampung sebab bagi
diorang, Tauji ni ibarat insan mulia.
Kalau ikutkan kisah benar, masa
serbuan ni tak ada yang cedera pun tapi director campurkan dua kisah serbuan
sebenar dalam satu movie for dramatic effect. Serbuan di rumah Tauji ni okay je
tapi di kilang milik businessman MLA Sardar Inder Singh di Kanpur pada tahun 1980, 88 orang pegawai cukai ni
ditelanjangkan dan dibelasah sehingga ada yang lumpuh dan cedera parah walaupun
ada polis masa tu. Dalam movie ni nampak la bahaya buat serbuan, bukan setakat
nyawa sendiri je terancam, nyawa anak bini pun dalam bahaya juga sampai kena letakkan
bawah pengawasan polis.
Dalam banyak rahsia terungkai,
ada dua misteri tersimpan sampai ke hujung movie. Sepatutnya jumlah harta haram
Tauji ikut dokumen, ada banyak lagi tapi tak tahu dia sorok dekat mana. Second,
sampai ke sudah Amay tak reveal siapa yang bagitahu dia semua info tentang
kegiatan Tauji dan keluarga. Walaupun dalam movie ada cerita tapi tu cuma
rekaan director. Berbeza dengan kisah sebenar, tak ada siapa yang tahu walaupun
isteri Amay yang disayangi lebih dari nyawa sendiri, sebab Amay dah berjanji
akan simpan rahsia ni sampai mati.
Masa tengok movie ni memang
stress jugak la sebab teknologi zaman 80-an mana sama dengan sekarang. Kalau
serbuan sekarang siap bawa mesin kira duit. Zaman tu kira sendiri guna jari
lepastu rekodkan. Kalau kematu tangan kau, kematu lah yang penting siap. Pastu
dulu mana ada smartphone nak roger orang luar. Sepanjang serbuan ni berjalan,
tak boleh guna telefon kecuali urusan penting. Sebagai manusia zaman millennial
agak stress dan kesian tengok pengorbanan diorang selama berhari tanpa henti kira harta
haram Tauji.
Sayangnya soundtrack tak berapa nak
ummpph sangat dalam movie ni which u can always skip that part tapi editing,
cinematography and dialogue dia mantap. Bila tengok social movie macam
Raid ni ada certain dialogue yang power dari cast. Lakonan Ajay Devgn dengan
Shaurabh Shukla yang menghidupkan movie Raid since both of them karakter utama.
Macam mana kejujuran dan kebijaksanaan dia mengawal kerja dia dari penjenayah
licik macam Tauji sama macam movie based on raid case, Special 26 lakonan
Akshay Kumar.
Lepas karya terbaik Raj Kumar Gupta
dalam movie No One Killed Jessica, Raid is another great movie from his shelf.
Walaupun jalan cerita yang simple dan boleh diagak what happens next tapi
director and team berjaya buat penonton stay untuk tahu apa jadi nanti.
Recommended to watch and a great dedication for the unsung heroes.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 7.9/10