Movie Review : Hate Story IV
Thursday, 31 May 2018
Director : Vishal Pandya
Cast : Urvashi Rautela, Vivan
Bhatena, Karan Wahi, Ihana Dhilon, Gulshan Grover
Genre : Romance/Thriller
Running Time : 127 minutes
Release Date : 9 March 2018
Production Company : T-Series Films & Super T Films UK Ltd.
Trailer :
Hate Story IV movie keempat dari
franchise Hate Story yang bertemakan revenge and betrayal tapi tak ada apa yang
beza sangat pun dengan movie terbaru ni. Plot lebih kurang sama dengan Hate
Story 3 which led you to huge disappointment. Barisan pelakon baru yang hot pun
tak mampu nak selamatkan jalan cerita bosan Hate Story ni.
Tasha (Urvashi Rautela), penari kelab malam ada
impian untuk jadi bintang terkenal di UK dan impian dia tercapai bila dia
berjumpa dengan Rajveer (Karan Wahi), anak bongsu kepada ahli politik terkenal, Mr Khurana (Gulshan Grover).
Rajveer ni photographer kepada syarikat kosmetik Senorita yang usahakan oleh
abangnya Aryaan (Vivan Bhatena) dan tunangnya, Reshma (Ihana Dhilon).
Masalah muncul bila Aryaan mula
syok dekat Tasha walaupun Rajveer dah melamar Tasha depan media dan semua staf
syarikat. Sebelum Rajveer kahwin dengan Tasha, Aryaan pasang niat untuk tidur
dengan Tasha bila Tasha minum air yang larut dengan ubat tidur. Rancangan dia
berjaya tapi tak lama kemudian Reshma dapat gambar Aryaan tidur dengan Tasha.
Malam tu Aryaan cuba pujuk Tasha
supaya bertenang tapi Reshma pula datang dengan pistol untuk bunuh mereka
berdua. Panik dengan tindakan Reshma, Aryaan cuba untuk rampas pistol tapi
lepas bergelut dengan pistol yang dihalakan di bahagian perut masing-masing
akhirnya Reshma mati ditembak tanpa sengaja. Tak pernah lagi tengok orang nak
rampas pistol tapi hala pistol dekat perut, selalunya hala atas atau bawah je.
T.T
Makin huru-hara bila Rajveer dah perasan Reshma hilang dan
ternampak Tasha peluk Aryaan tapi menjauhkan diri dari dia. Mula la episod
Devdas si Rajveer sampai episod dia bergaduh dengan abang dia sampai dia pula
mati tercucuk besi entah dari mana datang entah. Takut dengan ayah dia, Aryaan
decide untuk tanam mayat Rajveer dalam hutan tapi tindakan Aryaan dihidu oleh
orang lain.
Orang yang sama rakam Aryaan buang mayat Reshma dalam sungai dan
orang yang sama ambil gambar curi Aryaan tidur dengan Tasha. Aryaan perlu cari
siapa musuh dia sebelum dia yang masuk penjara untuk kes pembunuhan. Bukan soal
duit yang jadi keutamaan tapi berkait dengan kes bunuh Aryaan pernah buat 2
tahun lepas masa dia menetap di India.
Jalan cerita yang sama dengan Hate Story 3 ditambah pula
dengan dialog yang cringe habis macam
‘I am somebody who can get any body but I only want your body.’ – Rajveer
Scene paling entah apa benda bila media tanya apa perasaan
Tasha bila dapat jadi duta baru brand Senorita di Britain yang pernah jajah India dulu (even soalan media pun minta penampar)
‘You just ruled our land, as an Indian, I am here to rule over your hearts’
First half movie, average je lakonan memasing tapi masuk second
half rasa menyampah tengok sebab memasing dah lose balance dah. Plot twist pun
predictable and there’s no surprise element pun. Strategi balas dendam pun tak
power mana. Lebih kepada tayang body dan asset je dalam movie ni.
Visual and audio not bad lah tapi tak cukup impressive pun
untuk angkat movie ni walaupun ada lagu hit yang dinyanyikan semula dan diberi
nafas baru, Aashiq Banaya Apne dalam movie lakonan Emraan Hashmi.
So far antara semua movie dalam franchise Hate Story, movie
Hate Story 2 yang boleh pergi jauh baik dari jalan cerita ataupun lagu. Tengok
banyak kali pun tak bosan. Memang betul punya balas dendam sebab kejahatan
manusia.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought 0 = 4.8/10