Book Review : Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia
Sunday, 20 May 2018
Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : ROMAN
Helaian : 236 mukasurat/17 cerita
Genre : Misteri/Komedi
Tarikh Cetakan : April 2017 - Cetakan Pertama
Julai 2017 - Cetakan Kedua
Harga : RM 22
Sinopsis :
Review :
Novel LYTPAUD ni mempunyai 17 cerita sebenarnya. Cerita utama cerita Monet dan Arabella and the rest cuma cerita pendek sebagai hiburan tambahan but that's quite weird lah sebab cerita pendek lagi menghiburkan dari cerita utama. Cerita utama agak bosan walaupun dia ada plot twist dekat awal tapi plot twist buat cerita tu jadi makin mengarut dan hambar. Tambah pula bila misteri Arabella tu taj diceritakan dengan rasa saspen so rasa nak tahu siapa Arabella tu macam malas. Baca setakat nak habiskan cerita je.
Lucky for this story watak antagonis muncul, watak Sid kekasih hati Arabella yang kejam dan memburu Roho. Tapi kemunculan Sid tu sekejap je sebab watak Sid muncul di hujung cerita, sama lah dengan watak Edgar, polis di kawasan Bruges. Kalau dipendekkan kisah merapu Monet dan Arabella, tambah misteri kehidupan Sid dan Edgar mungkin cerita jadi lagi menarik sesuai dengan genre misteri tu.
As for the title of the book, Monet tak ada apa untuk dipersia tapi paranoid bila Arabella menetap di rumah dia selama seminggu. Nampak mengarut sebab Monet digambarkan sebagai seorang yang cool, got nothing to lose tapi sudahnya kaki paranoid, lemah. Dekat hujung cerita baru nampak karakter yang sepatutnya dia tonjolkan dari awal. Messed up.
Meanwhile untuk cerita-cerita pendek yang ada dalam buku ni, paling suka cerita Main Kasar, Saka Mat Nor, Seram Naharam dan Suparjo Orang Minyak. Gaya penulisan Hasrul sama je macam novel-novel sebelum ni, santai je walaupun cerita utama hambar still boleh layan lagi. Cuma ada la certain stories yang agak vulgar so buku ni hanya untuk pembaca matang sahaja.
Dekat hujung buku ni ada Wawancara Bersama Hasrul Rizwan sebanyak 6 mukasurat. Eksklusif rasanya ceritakan tentang macam mana datangnya ilham Hasrul untuk menulis sesebuah buku, macam mana boleh terjebak menjadi penulis, harapan Hasrul sebagai penulis dan lain-lain yang berkaitan.
Not sure if its worth it to buy sebab cerita-cerita pendek dia kelakar cuma cerita utama tu lah mungkin ada yang suka or you guys will be just like me, wondering when will this story finished.