Uyaina Arshad, Puteri Muslimah Asia 2018
Tuesday, 8 May 2018
Tahniah kepada pengacara Wanita Hari Ini dan personaliti TV, Uyaina Arshad bila memenangi Puteri Muslimah Asia 2018 buat pertama kali dianjurkan dan disertai oleh 18 orang peserta dari 6 buah negara iaitu Brunei, Singapura, Indonesia, Malaysia, Turki dan Timor Leste.
Selain dari Anugerah Puteri Muslimah Asia, ada lagi 4 anugerah iaitu Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia yang dimenangi Mala Daud dari negara Brunei, Puteri Muslimah Berbakat Asia dimenangi oleh Beyza Demir dari negara Turki dan Anugerah Puteri Muslimah Favorit dimenangi oleh Avida Lale dari negara Turki.
Selain dari undian orang awam, acara ni dinilai oleh juri pertandingan antaranya aktivis Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati dari Turki, Marina Yusoff dari Singapura, Daffy dari Brunei dan primadona negara kita, Erra Fazira.
Uyaina memenangi trofi pertandingan, tiara dan wang tunai berjumlah RM300,000. Viral di Twitter jawapan terakhir Uyaina sebelum menang pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 ni
Jawapan akhir dari Miss Malaysia, Uyaina Arshad.
Full Marks!
Congratulation, Ratu Malaysia, Miss Uyaina Arshad.
What a brilliant answer. You deserve the 👑 pic.twitter.com/c9ghNX2Shc— Nadia Jumaat (@AchuNadia) May 7, 2018
Selain Uyaina, Syifa Melvin dan Nurain Zamri pun join pertandingan ni mewakili Malaysia. Tahniah kepada semua yang masuk dan mengharumkan nama negara! Can't wait for the second next year.
Sedikit biodata Uyaina Arshad :
Nama Penuh : Naseha Uyaina Arshad
Nama Komersial : Uyaina Arshad
Umur : 25 tahun (2017)
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya
Kerjaya : Pengacara, Personaliti TV dan Model Muslimah
Host TV : Nona dan Wanita Hari Ini
Media Sosial :
1) Facebook - Uyaina Arshad Official
2) Instagram - Uyaina Arshad
3) Twitter - Uyaina Arshad
Sedikit biodata Uyaina Arshad :
Nama Penuh : Naseha Uyaina Arshad
Nama Komersial : Uyaina Arshad
Umur : 25 tahun (2017)
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya
Kerjaya : Pengacara, Personaliti TV dan Model Muslimah
Host TV : Nona dan Wanita Hari Ini
Media Sosial :
1) Facebook - Uyaina Arshad Official
2) Instagram - Uyaina Arshad
3) Twitter - Uyaina Arshad
Actually challenge ni minta buat surat untuk yang sakitkan hati kita recently tapi hati ni berkerak dengan dendam lama. Sebab yang lama dah ubah diri sendiri jadi keras sikit dan tak percaya dengan orang. Sebab yang lama dah jarakkan diri dengan orang. Sebab yang lama lagi sakit nak dibandingkan dengan sekarang.
Sakit hati yang sekarang ni kira sakit hati celah gigi je jauh beza nak banding dendam lama. Tapi dari dulu sampai sekarang kalau hati berkerak macam mana pun, doa dan harapan masih lagi sama.
Kepada : Yang Berkenaan
Semoga hidup takkan tenang selagi tiada pengampunan dipinta dan semoga apa yang dilakukan akan kembali kepada anda, keluarga anda ataupun sesiapa sahaja yang disayangi. Jika kerana silap lampau buatkan kita berjumpa di Hari Perhitungan nanti, siap siaga sahaja kerana ini yang kalian inginkan.
Sekian.
Book Review : Aku Ada
Sunday, 6 May 2018
Penulis : Syu Ariani
Penerbit : Karya Seni
Genre : Misteri/Aksi/Thriller
Helaian : 79 bab/ 519 mukasurat
Tahun Cetakan : April 2018
Harga : RM 23.00
Sinopsis :
Review :
Masa baca sinopsis pun dah teruja
nak baca isi dalam sebab jalan cerita menarik dan unik. Mengisahkan tentang
persahabatan Yuskhairi dan Lyssa yang bermula di sekolah menengah kemudian
berakhir di kolej di mana mereka sama-sama menyambung pengajian level Diploma
TESL.
Kisah mereka berdua berakhir bila
Yuskhairi hilang pada hari Lyssa dan Safina, rakan baik Lyssa join ekspedisi di
Gunung Ledang. Selalunya ke mana saja Lyssa pergi, Yuskhairi akan munculkan
diri tapi jenuh Lyssa tunggu namun dia tak datang. Lagi malang bila Lyssa jatuh
di Gunung Ledang sehingga mengalami Retrogade Amnesia sehinggakan Lyssa boleh
mendengar suara-suara dari orang yang dah mati dan meminta bantuan dengan
Lyssa.
Lepas Lyssa boleh dengar
suara-suara ni cerita makin menarik sebab dia jumpa dengan Hafiy. Uniknya Hafiy
ni bila Lyssa boleh nampak Hafiy tak macam suara-suara yang dia dapat dengar
semata. Sejak dari tu, Lyssa berkawan dengan Hafiy dan bantu suara-suara yang
minta bantuan dia walaupun diancam bahaya.
Cerita Lyssa dengan Hafiy ni jadi
makin best bila ada rahsia yang Safina, Fitri dengan ayah Lyssa sembunyikan
dari Lyssa tapi Lyssa dapat tahu dari suara-suara halus yang dia dengar tu.
Dari situ Lyssa guna bantuan Zaidi, seorang Personal Investigator untuk
merungkai misteri hitam yang tersimpan disebabkan amnesia Lyssa alami tu. Misteri
hitam tu pula ada kaitan dengan kisah hidup Hafiy sekaligus berkait dengan
Lyssa. Stress jugak lah baca sebab dua watak ni bercinta tapi tak boleh bersama
gara-gara misteri hitam ni. Perasaan cinta dengan perasaan bersalah sama tinggi
je. Tak lama lepas tu Hafiy pula hilang dari hidup Lyssa.
Dari awal plot sampai habis
memang rasa nak tahu je apa misteri-misteri yang wujud dalam cerita ni. Dan
siapa mastermind di sebalik misteri-misteri tu. Walaupun dah boleh agak jawapan
tapi still nak tahu macam mana Lyssa nak tangkap mastermind tu. Dengan atau
tanpa bantuan Hafiy dan Zaidi. Dalam cerita ni banyak juga karakter sampingan
tapi memang semua karakter ada kekuatan sendiri dan membantu jalan cerita.
Novel Aku Ada ni hadiah dari KakSha sebab jadi Pengomen Tegar dekat blog dia. Happy bila dapat novel ni
straight dari penulis sendiri siap ada ucapan khas dengan hadiah dari dia.
Happy jugak baca sebab karya Aku Ada ni memang cantik baik dari penulisan
ataupun jalan cerita. Ada part yang buat senyum sendiri sebab angau dan sedih
sendiri sebab sejenis overthinking sama je macam Lyssa.
Recommended sangat kepada you
guys yang tengah mencari novel fiksyen genre misteri tapi tak sarat dengan
kisah cinta. Harap nanti ada la movie ataupun drama adaptasi dari novel ni.
Director : Alper Mestci
Cast : Adnan Koç, Büsra Apaydin, Cem
Uslu, Elif Baysal, Nevin Efe, Ömer Musab Küçükler
Genre : Horror
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 87 minutes
Release Date : 2 September 2016
Trailer :
Movie ketiga dari franchise
Siccin masih lagi menggunakan hasil karya tulisan dan arahan Alper Mestci. Siccin
3 mengisahkan tentang kehidupan Orhan (Adnan Koç) dan Kahder (Büsra Apaydin)
yang bahagia dengan alam perkahwinan diorang ditambah pula bila Kahder disahkan
mengandung anak pertama.
Tapi kebahagiaan tu berakhir bila
Kahder keluar dengan abangnya, Sedat (Cem Uslu) dan anak Sedat, Mahamed (Ömer
Musab Küçükler). Selepas Sedat dapat call, dia buat u-turn secara terburu-buru
hingga dilanggar lori. Disebabkan kejadian tu, Mahamed lumpuh dan trauma
manakala Kahder pula terlantar di rumah dan murung. Orhan yang sayang sangat
dengan Kahder menguruskan rumah dan menjaga Kahder selepas pulang dari kerja.
Hubungan Orhan dengan Sedat jadi dingin selepas kemalangan tu walaupun Sedat abang ipar Orhan dan berkawan dari kecil malah berkerja di tempat yang sama. Tak cukup dengan rasa bersalah akibat sikap cuainya, Sedat mendapat gangguan dari makhluk halus di rumahnya sehingga dia mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan ustaz.
Terkejut Sedat bila ustaz tu kata
gangguan tu semua cuma medium untuk berhubung dengan Sedat supaya buang tangkal
di rumah Orhan. Ni bukan spoiler tau sebab memang dari awal movie lagi director
dah tunjuk yang Orhan ni guna segala jenis jampi untuk hantar kepada Sedat kes
sakit hati Sedat cuai sampai kemalangan. Kalau jadi Orhan pun geram jugak
dengan Sedat sebab main buat u-turn ikut suka dia tak tengok kiri kanan.
Pesan ustaz tu supaya Sedat
tunggu dalam bilik Mahamed sampai Subuh baru gerak pergi ke rumah Orhan untuk
jalankan misi hapuskan tangkal. Betul apa yang ustaz tu bagitahu memang ada
tangkal dalam rumah Orhan dan ada rahsia yang Orhan sembunyikan dari Sedat dan
keluarga Orhan sendiri tapi plot twist movie ketiga ni dah boleh agak dari awal
cerita lagi. Tak power macam Siccin 1 & 2.
Siccin 3 ni pun tak seram macam
Siccin 1 & 2 sebab lebih kepada lawak dan romantik. Lawak tu bukan sebab
ada unsur lawak tapi jadi lawak sebab jalan cerita merapu dan try hard sangat
nak datangkan feel seram. Tapi kalau you guys dah tengok Siccin 1, maybe you
guys akan perasan yang ending Siccin 1 bagi kesan dekat ustaz-ustaz yang
ubatkan watak utama dalam Siccin 2 & Siccin 3.
Awal movie Siccin 3 ni ada scene
Orhan pecat pekerja dia sebab suka sangat merokok di kawasan kilang sudahnya
pekerja dia bunuh diri sebab banyak hutang bank nak bayar. Esoknya isteri dia
meraung depan kilang lepastu sumpah Orhan yang hidup dia akan gelap sebab aniaya
suami dia padahal suami dia yang langgar peraturan sampai boleh bahayakan nyawa
orang lain. Perangai sangat tau, bila dah tahu hutang bank banyak, buat kerja
tu biar berdedikasi sikit.
Ingatkan lepas kejadian tu Orhan
akan jumpa isteri pekerja yang bunuh diri tu macam dalam cerita Exorcist tapi
rupanya Orhan sendiri yang buat dunia dia makin gelap. Tapi menyampah jugak
tengok ending Siccin 3 ni sebab Sedat yang cuai tu dapat happy ending tapi
Orhan yang sengsara. Apa benda entah. Marah betul dengan ketidakadilan ni.
Korang tengok lah sendiri nanti.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 7.1/10
Movie Review Siccin 2
Director : Alper Mestci
Cast : Åžeyda TerzioÄŸlu, Bulut
Akkale, Efsun Akkurt, Mana Alkoy, Ece Baykal, Sabir Irem Bölücek
Genre : Horror/Thriller
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 86 minutes
Release Date : 10 July 2015
Trailer :
Movie kedua dari franchise Siccin
mengisahkan tentang keluarga Hicran (Åžeyda TerzioÄŸlu) dengan Adnan (Bulut
Akkale) yang dilanda kemurungan bila anak lelaki mereka, Birol mati selepas
ditimpa almari kayu di biliknya. Adnan menyalahkan Hicran sebab cuai hingga
mereka berdua kehilangan sumber kebahagiaan. Tak cukup dengan perangai Adnan,
Hicran mula diganggu makhluk halus. Even worst, adik Adnan yang meninggal
datang ke rumah mereka. Tapi Hicran sorang je yang kena gangguan ni so dia
bagitahu kawan dia masalah ni sebab Adnan memang dah sakit hati dengan dia.
Buka pintu lambat pun dah tengking pecah rumah.
Disebabkan kesedihan Hicran,
kawan dia suggest Hicran untuk berjumpa dengan Imam untuk berubat. At first
Hicran refuse sebab benda tu macam merapu tapi sebab tak tahan dengan gangguan
tu, dia pun setuju dengan cadangan kawan dia. Lepas tilik dalam air, Imam tu
bagitahu Hicran yang keluarga Hicran sendiri yang hantar santau ni. Katanya
makcik Hicran menggunakan sihir paling kejam sekali, sihir 41 jahitan.
Tapi yang peliknya satu-satunya makcik Hicran sebelah ibu dah lama meninggal sejak kecil lagi so agak mustahil lah makcik dia nak buat perangai busuk macam tu. Nak tahu betul ataupun tak apa yang Imam tu kata, Hicran kena balik kampung siasat sendiri. Tambah pula Hicran kena cari patung dalam rumah makcik dia sebab patung tu punca santau tu berlaku.
Sebelum sampai ke rumah makcik
dia, dah ada penduduk kampung situ yang tegah jangan pergi rumah berpuaka tu
sebab tak pernah ada lagi Imam yang berjaya sucikan rumah tu. Walaupun takut,
Hicran kena pergi jugak ke rumah berpuaka tu sebab kena ambil patung yang Imam
tu pesan. Bila Hicran berjaya ambil patung yang dimaksudkan Imam tu, baru
terbongkar kisah sebenar siapa sebenarnya makcik yang busuk hati hantar santau
kepada Hicran dan sebab sebenar makcik dia hantar.
Tbh plot twist Siccin 2 lagi bagus dari Siccin 1 (Movie Review in HERE) tambah pulak memang tak boleh nak agak rahsia keluarga Hicran ni. Bila dapat tahu rahsia ni baru faham kenapa ada scene bunuh diri dekat awal movie. Lepas terbongkar rahsia tu pun tak sangka Hicran ambil keputusan yang salah demi kebahagiaan hidup dia.
Sama macam Siccin 1, movie Siccin
2 pun slow pace jugak. Nak tunggu Hicran habis menangis pun lama. Memang tak
mampu nak tunggu kalau guna normal speed sudahnya guna 1.7x.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10
Director : Alper Mestci
Cast : Merve Ates, Toygun Ates,
Pinar Caglar Genctürk, Ebru Kaymakci, Koray Sahinbas, Aydan Cakir
Genre : Horror
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 96 minutes
Release Date : 26 September 2014
Trailer :
Since ramai sangat yang kata
Siccin ni seram sampai ada yang kena ganggu dengan hantu lepas tengok movie ni
so I saja gatal tangan tekan play untuk join betapa seramnya franchise movie
Turki ni.
Siccin 1 mengisahkan tentang
Oznur (Ebru Kaymakci ) yang menggunakan khidmat bomoh untuk santau isteri
Kudret (Koray Sahinbas) sebab dia gagal tawan hati sepupu dia walaupun dah
berjaya goda dan mengandungkan anak Kudret. Malangnya lepas keguguran
disebabkan bergaduh, Kudret minta dia jauhkan diri sebab hubungan sulit diorang
satu silap besar.
Tak puas hati dengan keputusan
Kudret, Oznur berjumpa dengan bomoh untuk bunuh Nisa (Pinar Caglar Genctürk) untuk dapatkan balik Kudret. Bahan yang dia
perlukan cuma sampel DNA Nisa so dia pergi ke rumah Kudret untuk ambil bahan
yang dia perlukan. It’s an easy task for her since they’re related. Nisa memang
tak syak apa-apa langsung sebab Oznur sepupu Kudret. Kedatangan Oznur dianggap
hanya untuk melawat Ceyda (Merve Ates), anak perempuan Kudret & Nisa.
Oznur berjaya ambil rambut dengan
darah dari pad di bilik air rumah Kudret kemudian diberikan kepada bomoh untuk
upacara santau. Santau dia menjadi bila Nisa diganggu setiap hari sehinggakan Nisa
bunuh diri tapi Kudret sempat selamatkan. Kemudian bawa Nisa jumpa Imam Ihsan (Aydan Cakir) untuk
berubat.Tapi imam tu tak berjaya ubatkan
sebab punca sebenar bukan dari Nisa tapi orang lain dan lebih teruk lagi bila
Oznur sendiri diganggu hingga mati disebabkan niat busuk dia.
Jalan cerita movie Siccin 1 ni
simple je tapi cantik sebab adanya plot twist bila Oznur kena ganggu lepas dia
buat santau dengan bomoh tu sedangkan santau tu untuk hapuskan keluarga Kudret.
Bukan 1 je plot twist tapi 2 bila pembunuh sebenar terlepas tapi yang tak
bersalah yang jadi mangsa. Lagi tambah kesian bila benda ni diadaptasi dari
kisah benar. Dekat hujung cerita sebelum credit scene dia bagitahu kisah
sebenar keluarga ni.
Lakonan memang cantik nak pula
lakonan si kecil Merve Ates yang menjadi buta disebabkan kesalahan Kudret tak
nak percaya bini dah nak bersalin walaupun air ketuban dah pecah kemudian
ganggu saraf mengakibatkan Ceyda jadi buta kekal. Seram bila tengok dia main
dengan anak patung kesayangan dia lepastu dia pulak dirasuk.
Tak pasti kes ni berlaku tahun
bila sebab tak ada teknologi lagi seperti smartphone ataupun kewujudan internet
dalam movie ni. Mungkin era 80-an kot sebab era 90-an dah wujud internet dengan
handphone walaupun gedabak. Nak kata keluarga Kudret ni miskin/sederhana, tak
jugak sebab clothes and house decoration quite fancy.
Movie Siccin ni jadi seram
mungkin sebab dia slow teruk kot lepastu bila orang leka keluar hantu, sebab tu
la kot orang senang terkejut tapi kalau lajukan video, cerita dia tak seram
mana pun. Cerita dia level Misteri Niyang Rapik je ataupun cerita santau biasa.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7.9/10
As you guys can see my blog name is my actual name.
Farhana - my second name
Jafri - my dad's second name
Sejak
dari blog pertama lagi memang guna nama sendiri pun sebab blog personal so
lebih kepada penceritaan tentang kehidupan sendiri. Bak kata Peterpan, sebuah
nama, sebuah cerita.
Tapi sebelum decide nak guna nama sendiri, pernah juga guna
nama Fabulous Farhana tapi diri sendiri bukan fab mana pun so tukar je guna
nama sendiri. Lagipun senang orang nak ingat since semua akaun media sosial
guna nama yang sama kecuali Instagram ada tambahan huruf ‘N’ dekat
@farhannajafri sebab lambat join instagram so nama farhanajafri tu orang dah
ambil.
So that’s all for day 20 challenge, happy Sunday guys and
have a nice day ahead
Book Review : Projek Seram – Hotel
Saturday, 5 May 2018
Penulis : Ninie Othman/Naim
Tamdjis/Eqbal Mohaydeen/Aziah Zainal
Penerbit : Buku Prima
Helaian : 4 cerita/503 mukasurat
Tahun Cetakan : 2016
Harga : RM23
Sinopsis :
Review :
1) Bell-Boy – Ninie Othman
The story is just nice, mencari
rahsia hantu bell-boy yang tersembunyi di bilik 302 di tingkat 3 oleh dua
sekawan. Rasa seram tu ada cuma menyampah dengan perangai Farish yang berlagak
berani tapi rupanya penakut. Kalau ketuk pintu pun dah takut kenapa datang
tempat berbahaya macam tu? Kesian bila baca kisah Airil dengan Suraya jadi
mangsa kekejaman Kamal dan konco-konco dia. Menyampah juga dengan perangai
Suraya tak mampu nak utamakan keselamatan diri dan Airil sedangkan dia tahu
level bahaya Kamal tu macam mana.
2) Gentayangan – Naim Tamdjis
Plot cerita dah cantik bila Ekmal
start beli hotel Gentayangan sampai lah dia berjaya buang semua hantu yang ada
dan korek semua punca cerita seram di hotel tu tapi bila masa cerita badut,
Darius dan Robert plot dah mula merapu. Tak perlu ada pun tak apa sebab cerita
hantu di hotel Gentayangan tu sendiri dah cukup kuat. Kalau penulis nak
panjangkan kisah pun, better panjangkan dekat geng orang kampung yang datang
dekat situ dengan hantu cantik bunuh diri tu.
3) Hotel Sans Devily – Eqbal Mohaydeen
Cerita hotel ni terlampau padat
and for me, its better if penulis buat satu novel untuk Hotel Sans Devily dan
bukan cerita pendek sebab penulis compress semua cerita dalam beberapa bab.
Kesian dengan Eric sebab tak berhenti kena torture dengan semua hantu dekat
situ and the plot twist pun dah boleh agak bila hantu kanak-kanak tu cuba
tolong dia untuk keluar. Cliché tapi still nak teruskan bacaan untuk tahu Eric
dengan Faiz berjaya ataupun tak keluar dari hotel tu. Its great kalau cerita ni
diadaptasikan kepada movie ataupun telefilem.
4) Tamu Tak Diundang – Aziah Zainal
Mengisahkan tentang Dali dan Akid
yang pergi ke Hotel Sri Malam untuk projek fotografi diorang tapi berubah jadi tragedi
bila Dali hilang dan Akid pula diganggu makhluk halus. Cerita ni pun nice jugak
layan walaupun tahu cause and effect bila ambil barang orang sembarangan. Quite
cliché but it has plot there.
Keseluruhan novel ni ambil masa
yang lama juga nak habiskan sebab menyampah dengan karakter masing-masing – ego
dan saja cari pasal. Dah tahu tempat berhantu nak pergi jugak sudah tu tak nak
berkerjasama pulak tu dengan rakan-rakan sampai bahayakan nyawa orang lain
kecuali cerita Hotel Gentayangan.
Seram tu tak sangat lah sebab
kebanyakan cerita lebih kurang sama je dengan gangguan biasa cuma curious
diorang mampu selamat ataupun tak di hujung cerita. Kalau ikut carta ada aksi
tapi aksi tak banyak pun macam percentage penerbit bagi. Lebih kepada reflex manusia
bila ada ancaman dan bukannya diorang betul-betul berlawan dengan musuh.
Overall, biasa-biasa je lah novel
ni.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)