Book Review : Aku Ada
Sunday, 6 May 2018
Penulis : Syu Ariani
Penerbit : Karya Seni
Genre : Misteri/Aksi/Thriller
Helaian : 79 bab/ 519 mukasurat
Tahun Cetakan : April 2018
Harga : RM 23.00
Sinopsis :
Review :
Masa baca sinopsis pun dah teruja
nak baca isi dalam sebab jalan cerita menarik dan unik. Mengisahkan tentang
persahabatan Yuskhairi dan Lyssa yang bermula di sekolah menengah kemudian
berakhir di kolej di mana mereka sama-sama menyambung pengajian level Diploma
TESL.
Kisah mereka berdua berakhir bila
Yuskhairi hilang pada hari Lyssa dan Safina, rakan baik Lyssa join ekspedisi di
Gunung Ledang. Selalunya ke mana saja Lyssa pergi, Yuskhairi akan munculkan
diri tapi jenuh Lyssa tunggu namun dia tak datang. Lagi malang bila Lyssa jatuh
di Gunung Ledang sehingga mengalami Retrogade Amnesia sehinggakan Lyssa boleh
mendengar suara-suara dari orang yang dah mati dan meminta bantuan dengan
Lyssa.
Lepas Lyssa boleh dengar
suara-suara ni cerita makin menarik sebab dia jumpa dengan Hafiy. Uniknya Hafiy
ni bila Lyssa boleh nampak Hafiy tak macam suara-suara yang dia dapat dengar
semata. Sejak dari tu, Lyssa berkawan dengan Hafiy dan bantu suara-suara yang
minta bantuan dia walaupun diancam bahaya.
Cerita Lyssa dengan Hafiy ni jadi
makin best bila ada rahsia yang Safina, Fitri dengan ayah Lyssa sembunyikan
dari Lyssa tapi Lyssa dapat tahu dari suara-suara halus yang dia dengar tu.
Dari situ Lyssa guna bantuan Zaidi, seorang Personal Investigator untuk
merungkai misteri hitam yang tersimpan disebabkan amnesia Lyssa alami tu. Misteri
hitam tu pula ada kaitan dengan kisah hidup Hafiy sekaligus berkait dengan
Lyssa. Stress jugak lah baca sebab dua watak ni bercinta tapi tak boleh bersama
gara-gara misteri hitam ni. Perasaan cinta dengan perasaan bersalah sama tinggi
je. Tak lama lepas tu Hafiy pula hilang dari hidup Lyssa.
Dari awal plot sampai habis
memang rasa nak tahu je apa misteri-misteri yang wujud dalam cerita ni. Dan
siapa mastermind di sebalik misteri-misteri tu. Walaupun dah boleh agak jawapan
tapi still nak tahu macam mana Lyssa nak tangkap mastermind tu. Dengan atau
tanpa bantuan Hafiy dan Zaidi. Dalam cerita ni banyak juga karakter sampingan
tapi memang semua karakter ada kekuatan sendiri dan membantu jalan cerita.
Novel Aku Ada ni hadiah dari KakSha sebab jadi Pengomen Tegar dekat blog dia. Happy bila dapat novel ni
straight dari penulis sendiri siap ada ucapan khas dengan hadiah dari dia.
Happy jugak baca sebab karya Aku Ada ni memang cantik baik dari penulisan
ataupun jalan cerita. Ada part yang buat senyum sendiri sebab angau dan sedih
sendiri sebab sejenis overthinking sama je macam Lyssa.
Recommended sangat kepada you
guys yang tengah mencari novel fiksyen genre misteri tapi tak sarat dengan
kisah cinta. Harap nanti ada la movie ataupun drama adaptasi dari novel ni.
Director : Alper Mestci
Cast : Adnan Koç, Büsra Apaydin, Cem
Uslu, Elif Baysal, Nevin Efe, Ömer Musab Küçükler
Genre : Horror
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 87 minutes
Release Date : 2 September 2016
Trailer :
Movie ketiga dari franchise
Siccin masih lagi menggunakan hasil karya tulisan dan arahan Alper Mestci. Siccin
3 mengisahkan tentang kehidupan Orhan (Adnan Koç) dan Kahder (Büsra Apaydin)
yang bahagia dengan alam perkahwinan diorang ditambah pula bila Kahder disahkan
mengandung anak pertama.
Tapi kebahagiaan tu berakhir bila
Kahder keluar dengan abangnya, Sedat (Cem Uslu) dan anak Sedat, Mahamed (Ömer
Musab Küçükler). Selepas Sedat dapat call, dia buat u-turn secara terburu-buru
hingga dilanggar lori. Disebabkan kejadian tu, Mahamed lumpuh dan trauma
manakala Kahder pula terlantar di rumah dan murung. Orhan yang sayang sangat
dengan Kahder menguruskan rumah dan menjaga Kahder selepas pulang dari kerja.
Hubungan Orhan dengan Sedat jadi dingin selepas kemalangan tu walaupun Sedat abang ipar Orhan dan berkawan dari kecil malah berkerja di tempat yang sama. Tak cukup dengan rasa bersalah akibat sikap cuainya, Sedat mendapat gangguan dari makhluk halus di rumahnya sehingga dia mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan ustaz.
Terkejut Sedat bila ustaz tu kata
gangguan tu semua cuma medium untuk berhubung dengan Sedat supaya buang tangkal
di rumah Orhan. Ni bukan spoiler tau sebab memang dari awal movie lagi director
dah tunjuk yang Orhan ni guna segala jenis jampi untuk hantar kepada Sedat kes
sakit hati Sedat cuai sampai kemalangan. Kalau jadi Orhan pun geram jugak
dengan Sedat sebab main buat u-turn ikut suka dia tak tengok kiri kanan.
Pesan ustaz tu supaya Sedat
tunggu dalam bilik Mahamed sampai Subuh baru gerak pergi ke rumah Orhan untuk
jalankan misi hapuskan tangkal. Betul apa yang ustaz tu bagitahu memang ada
tangkal dalam rumah Orhan dan ada rahsia yang Orhan sembunyikan dari Sedat dan
keluarga Orhan sendiri tapi plot twist movie ketiga ni dah boleh agak dari awal
cerita lagi. Tak power macam Siccin 1 & 2.
Siccin 3 ni pun tak seram macam
Siccin 1 & 2 sebab lebih kepada lawak dan romantik. Lawak tu bukan sebab
ada unsur lawak tapi jadi lawak sebab jalan cerita merapu dan try hard sangat
nak datangkan feel seram. Tapi kalau you guys dah tengok Siccin 1, maybe you
guys akan perasan yang ending Siccin 1 bagi kesan dekat ustaz-ustaz yang
ubatkan watak utama dalam Siccin 2 & Siccin 3.
Awal movie Siccin 3 ni ada scene
Orhan pecat pekerja dia sebab suka sangat merokok di kawasan kilang sudahnya
pekerja dia bunuh diri sebab banyak hutang bank nak bayar. Esoknya isteri dia
meraung depan kilang lepastu sumpah Orhan yang hidup dia akan gelap sebab aniaya
suami dia padahal suami dia yang langgar peraturan sampai boleh bahayakan nyawa
orang lain. Perangai sangat tau, bila dah tahu hutang bank banyak, buat kerja
tu biar berdedikasi sikit.
Ingatkan lepas kejadian tu Orhan
akan jumpa isteri pekerja yang bunuh diri tu macam dalam cerita Exorcist tapi
rupanya Orhan sendiri yang buat dunia dia makin gelap. Tapi menyampah jugak
tengok ending Siccin 3 ni sebab Sedat yang cuai tu dapat happy ending tapi
Orhan yang sengsara. Apa benda entah. Marah betul dengan ketidakadilan ni.
Korang tengok lah sendiri nanti.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 7.1/10
Movie Review Siccin 2
Director : Alper Mestci
Cast : Şeyda Terzioğlu, Bulut
Akkale, Efsun Akkurt, Mana Alkoy, Ece Baykal, Sabir Irem Bölücek
Genre : Horror/Thriller
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 86 minutes
Release Date : 10 July 2015
Trailer :
Movie kedua dari franchise Siccin
mengisahkan tentang keluarga Hicran (Şeyda Terzioğlu) dengan Adnan (Bulut
Akkale) yang dilanda kemurungan bila anak lelaki mereka, Birol mati selepas
ditimpa almari kayu di biliknya. Adnan menyalahkan Hicran sebab cuai hingga
mereka berdua kehilangan sumber kebahagiaan. Tak cukup dengan perangai Adnan,
Hicran mula diganggu makhluk halus. Even worst, adik Adnan yang meninggal
datang ke rumah mereka. Tapi Hicran sorang je yang kena gangguan ni so dia
bagitahu kawan dia masalah ni sebab Adnan memang dah sakit hati dengan dia.
Buka pintu lambat pun dah tengking pecah rumah.
Disebabkan kesedihan Hicran,
kawan dia suggest Hicran untuk berjumpa dengan Imam untuk berubat. At first
Hicran refuse sebab benda tu macam merapu tapi sebab tak tahan dengan gangguan
tu, dia pun setuju dengan cadangan kawan dia. Lepas tilik dalam air, Imam tu
bagitahu Hicran yang keluarga Hicran sendiri yang hantar santau ni. Katanya
makcik Hicran menggunakan sihir paling kejam sekali, sihir 41 jahitan.
Tapi yang peliknya satu-satunya makcik Hicran sebelah ibu dah lama meninggal sejak kecil lagi so agak mustahil lah makcik dia nak buat perangai busuk macam tu. Nak tahu betul ataupun tak apa yang Imam tu kata, Hicran kena balik kampung siasat sendiri. Tambah pula Hicran kena cari patung dalam rumah makcik dia sebab patung tu punca santau tu berlaku.
Sebelum sampai ke rumah makcik
dia, dah ada penduduk kampung situ yang tegah jangan pergi rumah berpuaka tu
sebab tak pernah ada lagi Imam yang berjaya sucikan rumah tu. Walaupun takut,
Hicran kena pergi jugak ke rumah berpuaka tu sebab kena ambil patung yang Imam
tu pesan. Bila Hicran berjaya ambil patung yang dimaksudkan Imam tu, baru
terbongkar kisah sebenar siapa sebenarnya makcik yang busuk hati hantar santau
kepada Hicran dan sebab sebenar makcik dia hantar.
Tbh plot twist Siccin 2 lagi bagus dari Siccin 1 (Movie Review in HERE) tambah pulak memang tak boleh nak agak rahsia keluarga Hicran ni. Bila dapat tahu rahsia ni baru faham kenapa ada scene bunuh diri dekat awal movie. Lepas terbongkar rahsia tu pun tak sangka Hicran ambil keputusan yang salah demi kebahagiaan hidup dia.
Sama macam Siccin 1, movie Siccin
2 pun slow pace jugak. Nak tunggu Hicran habis menangis pun lama. Memang tak
mampu nak tunggu kalau guna normal speed sudahnya guna 1.7x.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10
Director : Alper Mestci
Cast : Merve Ates, Toygun Ates,
Pinar Caglar Genctürk, Ebru Kaymakci, Koray Sahinbas, Aydan Cakir
Genre : Horror
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 96 minutes
Release Date : 26 September 2014
Trailer :
Since ramai sangat yang kata
Siccin ni seram sampai ada yang kena ganggu dengan hantu lepas tengok movie ni
so I saja gatal tangan tekan play untuk join betapa seramnya franchise movie
Turki ni.
Siccin 1 mengisahkan tentang
Oznur (Ebru Kaymakci ) yang menggunakan khidmat bomoh untuk santau isteri
Kudret (Koray Sahinbas) sebab dia gagal tawan hati sepupu dia walaupun dah
berjaya goda dan mengandungkan anak Kudret. Malangnya lepas keguguran
disebabkan bergaduh, Kudret minta dia jauhkan diri sebab hubungan sulit diorang
satu silap besar.
Tak puas hati dengan keputusan
Kudret, Oznur berjumpa dengan bomoh untuk bunuh Nisa (Pinar Caglar Genctürk) untuk dapatkan balik Kudret. Bahan yang dia
perlukan cuma sampel DNA Nisa so dia pergi ke rumah Kudret untuk ambil bahan
yang dia perlukan. It’s an easy task for her since they’re related. Nisa memang
tak syak apa-apa langsung sebab Oznur sepupu Kudret. Kedatangan Oznur dianggap
hanya untuk melawat Ceyda (Merve Ates), anak perempuan Kudret & Nisa.
Oznur berjaya ambil rambut dengan
darah dari pad di bilik air rumah Kudret kemudian diberikan kepada bomoh untuk
upacara santau. Santau dia menjadi bila Nisa diganggu setiap hari sehinggakan Nisa
bunuh diri tapi Kudret sempat selamatkan. Kemudian bawa Nisa jumpa Imam Ihsan (Aydan Cakir) untuk
berubat.Tapi imam tu tak berjaya ubatkan
sebab punca sebenar bukan dari Nisa tapi orang lain dan lebih teruk lagi bila
Oznur sendiri diganggu hingga mati disebabkan niat busuk dia.
Jalan cerita movie Siccin 1 ni
simple je tapi cantik sebab adanya plot twist bila Oznur kena ganggu lepas dia
buat santau dengan bomoh tu sedangkan santau tu untuk hapuskan keluarga Kudret.
Bukan 1 je plot twist tapi 2 bila pembunuh sebenar terlepas tapi yang tak
bersalah yang jadi mangsa. Lagi tambah kesian bila benda ni diadaptasi dari
kisah benar. Dekat hujung cerita sebelum credit scene dia bagitahu kisah
sebenar keluarga ni.
Lakonan memang cantik nak pula
lakonan si kecil Merve Ates yang menjadi buta disebabkan kesalahan Kudret tak
nak percaya bini dah nak bersalin walaupun air ketuban dah pecah kemudian
ganggu saraf mengakibatkan Ceyda jadi buta kekal. Seram bila tengok dia main
dengan anak patung kesayangan dia lepastu dia pulak dirasuk.
Tak pasti kes ni berlaku tahun
bila sebab tak ada teknologi lagi seperti smartphone ataupun kewujudan internet
dalam movie ni. Mungkin era 80-an kot sebab era 90-an dah wujud internet dengan
handphone walaupun gedabak. Nak kata keluarga Kudret ni miskin/sederhana, tak
jugak sebab clothes and house decoration quite fancy.
Movie Siccin ni jadi seram
mungkin sebab dia slow teruk kot lepastu bila orang leka keluar hantu, sebab tu
la kot orang senang terkejut tapi kalau lajukan video, cerita dia tak seram
mana pun. Cerita dia level Misteri Niyang Rapik je ataupun cerita santau biasa.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7.9/10
As you guys can see my blog name is my actual name.
Farhana - my second name
Jafri - my dad's second name
Sejak
dari blog pertama lagi memang guna nama sendiri pun sebab blog personal so
lebih kepada penceritaan tentang kehidupan sendiri. Bak kata Peterpan, sebuah
nama, sebuah cerita.
Tapi sebelum decide nak guna nama sendiri, pernah juga guna
nama Fabulous Farhana tapi diri sendiri bukan fab mana pun so tukar je guna
nama sendiri. Lagipun senang orang nak ingat since semua akaun media sosial
guna nama yang sama kecuali Instagram ada tambahan huruf ‘N’ dekat
@farhannajafri sebab lambat join instagram so nama farhanajafri tu orang dah
ambil.
So that’s all for day 20 challenge, happy Sunday guys and
have a nice day ahead
Book Review : Projek Seram – Hotel
Saturday, 5 May 2018
Penulis : Ninie Othman/Naim
Tamdjis/Eqbal Mohaydeen/Aziah Zainal
Penerbit : Buku Prima
Helaian : 4 cerita/503 mukasurat
Tahun Cetakan : 2016
Harga : RM23
Sinopsis :
Review :
1) Bell-Boy – Ninie Othman
The story is just nice, mencari
rahsia hantu bell-boy yang tersembunyi di bilik 302 di tingkat 3 oleh dua
sekawan. Rasa seram tu ada cuma menyampah dengan perangai Farish yang berlagak
berani tapi rupanya penakut. Kalau ketuk pintu pun dah takut kenapa datang
tempat berbahaya macam tu? Kesian bila baca kisah Airil dengan Suraya jadi
mangsa kekejaman Kamal dan konco-konco dia. Menyampah juga dengan perangai
Suraya tak mampu nak utamakan keselamatan diri dan Airil sedangkan dia tahu
level bahaya Kamal tu macam mana.
2) Gentayangan – Naim Tamdjis
Plot cerita dah cantik bila Ekmal
start beli hotel Gentayangan sampai lah dia berjaya buang semua hantu yang ada
dan korek semua punca cerita seram di hotel tu tapi bila masa cerita badut,
Darius dan Robert plot dah mula merapu. Tak perlu ada pun tak apa sebab cerita
hantu di hotel Gentayangan tu sendiri dah cukup kuat. Kalau penulis nak
panjangkan kisah pun, better panjangkan dekat geng orang kampung yang datang
dekat situ dengan hantu cantik bunuh diri tu.
3) Hotel Sans Devily – Eqbal Mohaydeen
Cerita hotel ni terlampau padat
and for me, its better if penulis buat satu novel untuk Hotel Sans Devily dan
bukan cerita pendek sebab penulis compress semua cerita dalam beberapa bab.
Kesian dengan Eric sebab tak berhenti kena torture dengan semua hantu dekat
situ and the plot twist pun dah boleh agak bila hantu kanak-kanak tu cuba
tolong dia untuk keluar. Cliché tapi still nak teruskan bacaan untuk tahu Eric
dengan Faiz berjaya ataupun tak keluar dari hotel tu. Its great kalau cerita ni
diadaptasikan kepada movie ataupun telefilem.
4) Tamu Tak Diundang – Aziah Zainal
Mengisahkan tentang Dali dan Akid
yang pergi ke Hotel Sri Malam untuk projek fotografi diorang tapi berubah jadi tragedi
bila Dali hilang dan Akid pula diganggu makhluk halus. Cerita ni pun nice jugak
layan walaupun tahu cause and effect bila ambil barang orang sembarangan. Quite
cliché but it has plot there.
Keseluruhan novel ni ambil masa
yang lama juga nak habiskan sebab menyampah dengan karakter masing-masing – ego
dan saja cari pasal. Dah tahu tempat berhantu nak pergi jugak sudah tu tak nak
berkerjasama pulak tu dengan rakan-rakan sampai bahayakan nyawa orang lain
kecuali cerita Hotel Gentayangan.
Seram tu tak sangat lah sebab
kebanyakan cerita lebih kurang sama je dengan gangguan biasa cuma curious
diorang mampu selamat ataupun tak di hujung cerita. Kalau ikut carta ada aksi
tapi aksi tak banyak pun macam percentage penerbit bagi. Lebih kepada reflex manusia
bila ada ancaman dan bukannya diorang betul-betul berlawan dengan musuh.
Overall, biasa-biasa je lah novel
ni.
Cabaran hari ke-19 ialah something that I wanna do before I die and that isssssssssss...
Go travel around the world. Disebabkan tak dapat lagi nak pergi mana-mana dari zaman sekolah dulu memang suka save image dekat tumblr tempat-tempat yang cantik. Kalau stress tengok gambar ni lepastu makin murung jadinya hihu
I put several images in here so we can bermurung together okay.
Calanque, Marseille |
Andalucia, Spain |
Colmar, France |
Lake Palace Hotel, Udaipur, India |
Patagonia |
Plitvice Lakes National Park, Crotia |
Flower Bridge, Japan |
Jacarandas Street, Sydney, Australia |
Jiuzhaigou, National Park of China |
Stone Forrest, Kunming, China |
Till then, have a nice day ahead guys!
Top 10 Bollywood Starkids
Friday, 4 May 2018
Dari kecil layan Bollywood mesti
kenal dengan The Khans, Big B, SriDevi, Kapoor Khandaan and the other linage of
Kapoor, dan ramai lagi nama-nama yang selalu muncul di layar perak. Dari satu
generasi berkembangnya satu generasi. Kalau masa kecil layan generasi mak,
sekarang layan generasi anak pula. Sekarang ni makin meriah industry Bollywood
dengan generasi baru. Some of you guys mungkin kenal or maybe don’t.
So let’s check some of them in
this list tapi list ni tak ikut populariti tau.
1) Aryan, Suhana & AbRam Khan
– SRK
Nama King Khan dah cukup besar di
Malaysia and for sure dah ramai yang kenal Aryan sebab muka dia memang copy
muka SRK cuma dia berkulit cerah. Sekarang dia tengah busy dengan study tapi
perjalanan karier dia dah start dah pun and soon dia akan debut dalam movie
Karan Johar. Suhana pula dah makin berjinak dengan dunia modeling sama macam
ibu dia, Gauri. As for AbRam, dari lahir lagi dah famous sampai Gauri kena
sorok dia dari media.
2) Sara Ali Khan, Ibrahim Ali
Khan & Taimur Ali Khan – Saif Ali Khan
Sara sekarang busy dengan filem
debut dia, Kedarnath dibawah arahan Abishek Kapoor. Walaupun sebelum debut,
Sara agak berisi tapi beberapa bulan sebelum shooting, penampilan Sara berubah
jadi lebih cantik . Muka Sara pun seiras muka ibu dia, Amrita.
Meanwhile Ibrahim yang copy muka
Saif masih lagi belajar tapi dah mula hadirkan diri ke beberapa majlis untuk
temankan Sara. Taimur pula sejak lahir memang dah jadi famous sebab anak
pertama Kareena Kapoor dan Saif.
3) Sonam, Rhea & Harshvardhan
Kapoor – Anil Kapoor
Hero filem Bollywood era 80-an,
Anil Kapoor yang berkahwin dengan model cantik Sunita Kapoor mempunyai 3 orang
anak. Sonam Kapoor si sulung, seorang pelakon, model, businesswoman dan juga
duta kepada beberapa produk berjenama di India. Harshavardhan pula baru je
debut sebagai pelakon pada tahun lepas dalam movie Mirzya dan bakal mempromosikan
movie kedua.
Anak kedua Anil, Rhea Kapoor
bukan pelakon tapi minat dia lebih kepada fashion stylist so masa dia banyak
habis menjaga style Sonam Kapoor dan menjadi produser filem. Antara beberapa
movie di bawah kelolaan Rhea, Aaisha, Khubsoorat dan terbaru, Veere Di Wedding.
4) Ranbir Kapoor – Rishi Kapoor
& Neetu Kapoor
Si Romeo yang berbakat besar
dalam bidang lakonan ni merupakan anak bongsu kepada pelakon yang famous dengan
movie Bobby dan pasangannya Neetu Kapoor yang juga seorang pelakon di
Bollywood. Ranbir Kapoor merupakan adik sepupu kepada Kareena & Karishma
Kapoor tapi bukan satu keturunan dengan Anil Kapoor ye. Lain susur galur
walaupun sama nama keluarga.
Kejayaan Ranbir dalam industry Bollywood bukan
kejayaan biasa bila dia mampu berdiri standing dengan nama pelakon besar yang
lain sebab mutu lakonan dan kejayaan filem-filem dia seperti Barfi!, Rockstar,
Rajneeti, Wake Up Sid. Terbaru, Ranbir akan muncul dengan biopic movie, Sanju.
5) Shraddha Kapoor & Siddhanth Kapoor – Shakti Kapoor
Kalau Shakti Kapoor antara villain
terkenal di Bollywood, anaknya si cantik ni selalu berlakon sebagai heroine
girl-next-door. Bukan setakat berlakon je tapi Shraddha juga ada bakat dalam
bidang nyanyian. Kalau pernah layan movie Baaghi, mesti pernah dengar lagu Sab
Tera. Abang Shraddha pula, Siddhanth kurang muncul di layar perak tapi diorang
berdua pernah berlakon sekali dalam movie Haseena Parkar tahun lepas.
6) Sonakshi Sinha – Shatrugan Sinha
Peminat Salman Khan mesti kenal
dengan Sonakshi sebab debut bersama mentor dia dalam movie
Dabangg tahun 2010 dan mendapat anugerah Best Female Debut. Sebelum masuk dalam
bidang lakonan, Sonakshi merupakan pelajar dalam jurusan pereka fesyen dan
pernah mereka beberapa kostum untuk beberapa movie. Sama macam Shraddha, Sona
pun berkecimpung dalam bidang nyanyian dan lebih kepada genre rap/hip-hop.
Apart from that, Sona suka meluangkan masa dengan seni lukisan dan mempunyai
galeri lukisannya tersendiri.
7) Alia Bhatt – Mahesh Bhatt
Kalau dekat atas penuh dengan
anak pelakon ternama, Alia pula anak bongsu kepada pengarah terkenal di
Bollywood. Adik kepada pelakon Pooja Bhatt ni menempa nama dalam movie Student
Of The Year dibawah arahan Karan Johar tahun 2012. Berbakat besar dalam bidang
lakonan sehingga menaikkan nama Alia tanpa bantuan keluarga atau saudara mara dia pun.
Selain lakonan, Alia juga menyanyikan beberapa lagu untuk filem lakonannya.
8) Varun Dhawan – David Dhawan
Co-star terbaik Alia dalam
Bollywood, si kacak Varun Dhawan merupakan anak kepada pengarah filem komedi di
Bollywood dan juga protégé kepada Salman Khan. Dari kecil memang minat dengan
Salman Khan sampaikan gaya lakonan Varun pun lebih kurang sama dengan Salman.
Bukan setakat lakonan selalu dipuji tapi bakat tarian pun sama hebat juga and
because of that dia terpilih untuk berlakon dalam ABCD 2 dan akan datang, ABCD
3 bersama Katrina Kaif.
9) Arjun, Jhanvi & Khushi
Kapoor – Boney Kapoor & SriDevi
Arjun Kapoor merupakan anak
sulung film producer Bollywood, Boney Kapoor bersama Mona Shourie Kapoor.
Selepas bekerja sebagai pembantu pengarah untuk movie Kal Ho Naa Ho dan Wanted,
dia debut sebagai hero dalam movie Ishaqzaade tahun 2012.
Selepas kematian Mona, Boney Kapoor
berkahwin dengan Sri Devi dan mempunyai 2 orang anak Jhanvi & Kushi Kapoor.
Mungkin tak ramai yang kenal sebab dua beradik ni belum lagi debut dalam movie
tapi masing-masing dah famous di India sebab dikatakan Kendall & Kylie
Bollywood sebab kecantikan dan fashion style diorang. Mereka bertiga merupakan
anak saudara kepada Anil Kapoor & Sanjay Kapoor.
10) Tiger Shroff – Jackie Shroff
Jai Hermant Shroff ataupun nama
komersialnya, Tiger Shroff merupakan anak sulung kepada Jackie Shroff dan film
producer, Ayesha Shroff. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan tapi hebat menari
dan dikatakan pengganti Hrithik Roshan di Bollywood. Disebabkan kegilaan Tiger
dengan martial arts dan tarian, movie lakonannya lebih kepada genre aksi dan musikal.
Walaupun masih baru dalam Bollywood tapi Tiger mempunyai franchise movie sendiri
seperti Baaghi. Selain Tiger, adik bongsu Krishna Shroff merupakan model di
Bollywood.
Okay done with the list, ada yang
korang kenal tak? Ataupun ada yang tak ada dalam list? Ramai lagi sebenarnya
tapi nanti lah kalau rajin buat part 2 pulak. Till then, ciao!
Being a woman/girl in this modern
era is quite challenging actually. Tbh bukan dalam dunia moden je tapi dari
dulu lagi cuma lagi bertambah sakit hati sebab tak ada kemajuan mentaliti langsung
sejak dulu. Walaupun dah 60 tahun merdeka pun tapi mentaliti masih lagi sama
dan yang lagi sedih bila perangai mereka ni disokong oleh perempuan juga.
1) Kaki Order
Dia nak apa dia mintak je, memang
malas betul nak buat sendiri walaupun benda tu senang sebab dari dulu kebanyakannya
dah diajar supaya layan lelaki ni macam raja sebabnya kaum ni yang keluar
bekerja jadi tanggungjawab mereka berat. Sekarang ni perempuan pun keluar
bekerja tapi mentaliti orang lelaki tu tak bertukar lagi sebab dah biasa di zon
‘raja’.
2) Kaki Complaint
‘U ni dah gemuk lah’
‘U ni tak pandai make-up ke?’
‘U masak tak sedap lah’
Ada saja tak kena dekat mata dia
walhal nak tolong buat tak mahu. Tak ada orang dekat dunia ni mampu buat semua
perkara seorang diri melainkan dia ada privilege tertentu supaya dia boleh naik
atas sana. Menyampah tau bila pot pet sana pot pet sini tapi diri dia pun
bukannya bagus mana tapi kita diminta untuk redho.
3) Done Dakwah
Perangai yang ni boleh nampak
dekat komen socmed bila ada perempuan yang berjaya.
‘Tak guna belajar tinggi kalau
tak tutup aurat’
‘Tawan dunia pun buat apa kalau
tak pakai tudung’
‘Suara tu aurat’
Sembang pasal agama serupa
bersepah kitab tapi muka tu tak pernah pun nampak dekat mana-mana tazkirah ke,
saf subuh berjemaah ke even worse penuh dengan porn dekat socmed. Lagi satu hal
bila sembang pasal poligami. Amboi dia dah macam Wali Songo sembang, kemain
buka kitab pasal pahala isteri akan dapat tapi sudahnya isteri je yang tanggung
semua tanggungjawab institusi kekeluargaan sementara dia syok honeymoon dengan
bini baru.
4) Kepala Ego
Spesies ni memang masalah bila
buat kerja bersama sebabnya semua benda dia nak lebih supaya dia nampak hebat.
Memang pantang kalah atau nampak lemah. Semua dia nak tapau. Kalau dapat hasil
takpe jugak sudahnya hancur. Kadang dari masalah ego ni la terjadinya buli
terhadap perempuan tak kira di atas jalanraya, di pejabat, di sekolah ataupun
di rumah. It happens.
5) Oppressor
Spesies ni yang memang rasa dia ‘raja’,
dia lebih kurang je dengan Kaki Order tapi dia lagi teruk sebab dia suka
memperkecilkan perempuan. For sure you guys selalu dengar ayat ni
‘Tempat perempuan dekat dapur je’
‘Eleh perempuan bla bla bla’
‘Perempuan tak payah sembang
banyak lah, ni kerja orang lelaki’
Kalau dulu boleh lah nak
ketepikan orang perempuan dalam perbincangan tapi zaman sekarang orang
perempuan dah merata, dah ada akses untuk semua benda macam lelaki dapat. Dunia
di hujung jari bukan untuk lelaki je tapi perempuan jugak.
Banyak lagi boleh list out tapi
mintak 5 je so kita sembang 5 je. Although kebanyakannya berperangai macam ni
tapi tak semua lelaki tu tak elok. Ada lagi yang elok cuma kadang tu ada
terselit jugak perangai-perangai ni sebab culture dah macam tu. Even perangai
tu terbentuk dari keluarga dan circle dia. And like I said earlier, perempuan
pun ada yang menyokong bila lelaki buat perangai macam ni. Tak ditegah, tak
dilarang dari kecil. Anak lelaki dilayan sebagai anak emas tapi anak perempuan
sebagai co-parents.
‘Jadi anak dara kena rajin,
bangun awal, solat jaga, aurat jaga, belajar tinggi, luar dalam kena jaga kalau
tak nanti orang laki tak suka’
Sedih bila kita kena hidup untuk
keselesaan orang dan bukan untuk keselesaan diri sendiri. Kudos for mothers out
there yang ajar anak lelaki dia jadi manusia rajin dan bertanggungjawab like
Diana Danielle with Che Mad or Rita Rudaini with Arjuna & Aryan.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)