5 Things Irritate Me About Opposite Sex
Friday, 4 May 2018
Being a woman/girl in this modern
era is quite challenging actually. Tbh bukan dalam dunia moden je tapi dari
dulu lagi cuma lagi bertambah sakit hati sebab tak ada kemajuan mentaliti langsung
sejak dulu. Walaupun dah 60 tahun merdeka pun tapi mentaliti masih lagi sama
dan yang lagi sedih bila perangai mereka ni disokong oleh perempuan juga.
1) Kaki Order
Dia nak apa dia mintak je, memang
malas betul nak buat sendiri walaupun benda tu senang sebab dari dulu kebanyakannya
dah diajar supaya layan lelaki ni macam raja sebabnya kaum ni yang keluar
bekerja jadi tanggungjawab mereka berat. Sekarang ni perempuan pun keluar
bekerja tapi mentaliti orang lelaki tu tak bertukar lagi sebab dah biasa di zon
‘raja’.
2) Kaki Complaint
‘U ni dah gemuk lah’
‘U ni tak pandai make-up ke?’
‘U masak tak sedap lah’
Ada saja tak kena dekat mata dia
walhal nak tolong buat tak mahu. Tak ada orang dekat dunia ni mampu buat semua
perkara seorang diri melainkan dia ada privilege tertentu supaya dia boleh naik
atas sana. Menyampah tau bila pot pet sana pot pet sini tapi diri dia pun
bukannya bagus mana tapi kita diminta untuk redho.
3) Done Dakwah
Perangai yang ni boleh nampak
dekat komen socmed bila ada perempuan yang berjaya.
‘Tak guna belajar tinggi kalau
tak tutup aurat’
‘Tawan dunia pun buat apa kalau
tak pakai tudung’
‘Suara tu aurat’
Sembang pasal agama serupa
bersepah kitab tapi muka tu tak pernah pun nampak dekat mana-mana tazkirah ke,
saf subuh berjemaah ke even worse penuh dengan porn dekat socmed. Lagi satu hal
bila sembang pasal poligami. Amboi dia dah macam Wali Songo sembang, kemain
buka kitab pasal pahala isteri akan dapat tapi sudahnya isteri je yang tanggung
semua tanggungjawab institusi kekeluargaan sementara dia syok honeymoon dengan
bini baru.
4) Kepala Ego
Spesies ni memang masalah bila
buat kerja bersama sebabnya semua benda dia nak lebih supaya dia nampak hebat.
Memang pantang kalah atau nampak lemah. Semua dia nak tapau. Kalau dapat hasil
takpe jugak sudahnya hancur. Kadang dari masalah ego ni la terjadinya buli
terhadap perempuan tak kira di atas jalanraya, di pejabat, di sekolah ataupun
di rumah. It happens.
5) Oppressor
Spesies ni yang memang rasa dia ‘raja’,
dia lebih kurang je dengan Kaki Order tapi dia lagi teruk sebab dia suka
memperkecilkan perempuan. For sure you guys selalu dengar ayat ni
‘Tempat perempuan dekat dapur je’
‘Eleh perempuan bla bla bla’
‘Perempuan tak payah sembang
banyak lah, ni kerja orang lelaki’
Kalau dulu boleh lah nak
ketepikan orang perempuan dalam perbincangan tapi zaman sekarang orang
perempuan dah merata, dah ada akses untuk semua benda macam lelaki dapat. Dunia
di hujung jari bukan untuk lelaki je tapi perempuan jugak.
Banyak lagi boleh list out tapi
mintak 5 je so kita sembang 5 je. Although kebanyakannya berperangai macam ni
tapi tak semua lelaki tu tak elok. Ada lagi yang elok cuma kadang tu ada
terselit jugak perangai-perangai ni sebab culture dah macam tu. Even perangai
tu terbentuk dari keluarga dan circle dia. And like I said earlier, perempuan
pun ada yang menyokong bila lelaki buat perangai macam ni. Tak ditegah, tak
dilarang dari kecil. Anak lelaki dilayan sebagai anak emas tapi anak perempuan
sebagai co-parents.
‘Jadi anak dara kena rajin,
bangun awal, solat jaga, aurat jaga, belajar tinggi, luar dalam kena jaga kalau
tak nanti orang laki tak suka’
Sedih bila kita kena hidup untuk
keselesaan orang dan bukan untuk keselesaan diri sendiri. Kudos for mothers out
there yang ajar anak lelaki dia jadi manusia rajin dan bertanggungjawab like
Diana Danielle with Che Mad or Rita Rudaini with Arjuna & Aryan.