Dah masuk suku kedua tahun
biasanya akan berkurangan hujan lebat dan akan bermula musim panas dan musim
buah atau bunga so it’s quite a great time untuk pergi bercuti hilangkan stress
dan luangkan masa bersama yang tersayang.
Disebabkan kerja Isnin hingga
Sabtu jadi masa tu tak banyak untuk pergi bercuti jauh dari rumah sebab nak
travel jauh dah makan masa, nak ambil cuti nak simpan untuk PRU dan Hari Raya
nanti, so kita pilih tempat yang dekat je dengan rumah which is Port Dickson,
Negeri Sembilan. Jarak perjalanan pun tak lama lebih kurang sejam lebih je dari
Subang.
Kenapa PD? Sebab dekat sini
banyak pantai so it’s quite perfect place lah kalau nak tenangkan fikiran cari
tempat yang kaya dengan alam semulajadi. Macam dekat PD ni ada banyak pantai
antaranya yang paling famous haruslah Pantai Teluk Kemang tapi selain pantai
ni, ada juga Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana, Pantai Tanjung Tuan ataupun
Pantai Tanjung Biru. Banyak pilihan kalau sesak dengan orang lain nak pula bila
semua pantai ni terjaga dan cantik.
Selain dari pantai boleh juga
menapak ke tempat lain yang memang sesuai untuk bercuti ataupun bergambar
sebagai kenangan ataupun upload dekat Instagram.
1. Alive 3D Art Gallery
|
Sumber : Google |
Based on high rating and good
reviews I bet this is a must visit place in PD! Tarikan yang baru dibuka di bangunan kedai 3 tingkat ini
menempatkan 50 lukisan 3D dengan 5 tema seperti Adventure, Animation, Aquarium,
Exotic and Dart Art. Harga tiket untuk masuk pun murah cuma RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
2. Taman Tema Wild West Cowboy
|
Sumber : Google |
Dah puas bergambar dekat Alive 3D
Art Gallery, boleh menyinggah dan bermain dekat sini sebab sederet je di
bangunan yang sama dan bawah pengurusan yang sama. Antara games yang ada dekat
sini, Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round dan 5D Motion
Adventure ataupun 7D Interactive Movie macam dekat Universal Studios Singapore.
3. Rumah Terbalik
|
Sumber : Google |
Tak cukup dengan dua tempat di
atas, boleh pergi pulak dekat sini untuk bergambar sebab dekorasi yang unik
seperti berjalan di siling rumah. Sama macam Alive 3D Art Gallery, Rumah
Terbalik ni pun terletak di deretan kedai but fret not, tak susah pun nak cari.
4. Pulau Burong
|
Sumber : Google |
Kalau pilih pantai Cahaya Negeri
boleh menyinggah di Pulau Burung sebab terletak berdekatan je dengan berjalan
kaki ataupun guna jambatan yang ada. Nama je Pulau Burong tapi aktiviti yang
selalu orang buat dekat sini memancing ataupun bergambar sebab view alam
semulajadi paya bakau yang cantik dan tenang.
5. Ostrich Farm
|
Sumber : Google |
Kalau Pulau Burong tak ada burung
tapi dekat Ostrich Farm ni confirm ada burung unta dan haiwan lain sebagai
tarikan pengunjung. Dekat sini boleh melihat burung unta and of course, telur
burung unta yang besar. Bukan setakat tengok je tapi boleh menunggang burung
unta ataupun lumba lari. Apart from that ada juga ATV, buggy ride, memanah, paintball
dan macam-macam lagi aktiviti sukan lasak.
6. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
|
Sumber : Google |
Dah puas tengok binatang darat,
kita luangkan masa dengan hidupan air dan laut di pusat yang menempatkan
berpuluh akuarium ikan dari pelbagai spesies. Tak perlu nak scuba diving pun
you guys dah boleh tengok depan mata kehidupan eksotik ni.
Tapi kalau nak bercuti tapi malas
nak berjalan dekat merata tempat boleh je stay satu tempat untuk relaks sambil
layan angin laut dan keindahan pantai ataupun guna perkhidmatan yang disediakan
di Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson. Bukan sahaja cantik dari segi senibina,
the cool sky pool villa at lexis hibiscus also one of the great
thing you can enjoy plus with top notch staff’s service.
|
Sumber : Google |
Hotel Lexis Hibiscus baru je memenangi dua
anugerah ‘Best Family Resort’ dan ‘Best Pool Villa’ oleh 'Haute Grandeur Global
Hotel and Spa Awards' di Bangkok tahun lepas dan anugerah ini merupakan
pencapaian tertinggi di dunia jadi untuk bercuti dengan bahagia memang dah
terjamin.
Lepasni dah tak payah pening
kepala nak pergi mana dekat PD sebab boleh pilih je semua tempat yang ada
mention dalam senarai di atas ataupun pergi je dekat Hotel Lexis Hibiscus Port
Dickson. Tak perlu pergi jauh sampai ke luar negara pun. Selamat bercuti!