Movie Review : Rampage

Saturday, 21 April 2018

 Related image
Director : Brad Peyton
Cast : Dwayne Johnson, Naomie Harris, Malin Akerman, Jeffrey Dean Morgan
Genre : Fiction/Action
Running Time : 1 hour 47 minutes
Release Date : 13 April 2018
Trailer :


Movie pembukaan The Rock untuk tahun 2018, Rampage yang diadaptasikan dari arcade game, Rampage but unlike Jumanji, Rampage agak hambar dan try hard untuk jadi kelakar but failed miserably. 

Rampage mengisahkan tentang Davis Okoye (Dwayne Johnson) seorang bekas tentera khas US yang bekerja sebagai primatologist di San Diego kerana dia sayangkan haiwan. Shit happened bila serum yang merupakan bahan ujikaji syarikat Energyne terhempas jatuh dari angkasa lepas sebab makmal angkasa diorang, Athena-1 meletup dan terdedah kepada 3 ekor haiwan sama macam dalam arcade game – Gorilla (San Diego), Serigala ( Wyoming Selatan) & Buaya (Taman Negara Everlades).

Image result for rampage review

Serum kimia ni merupakan DNA campuran kepada haiwan untuk jadi lebih pantas, cerdik, agresif, besar and most importantly boleh sembuh sendiri bila terluka.Remember this point if you want to watch this movie. Why? Because dekat ending nanti you guys will question this at large scale. Villain dalam movie ni ialah Syarikat Energyne yang diusahakan oleh dua beradik, Claire & Brett yang mengaut keuntungan dari bahan ujikaji yang dibuat di makmal syarikat mereka. Tak pasti sangat macam mana diorang nak kaut keuntungan dari 3 haiwan ni sebab at the end diorang larikan diri macam tu je dan mati.

Gorilla yang terdedah dengan serum kimia tu gorilla yang dibesarkan sendiri oleh Davis lepas diselamatkan oleh pemburu haram & Davis namakan dia dan ajar dia bahasa isyarat supaya diorang berdua mudah berkomunikasi. Lepas terdedah dengan bahan kimia tu George membesar dan menjadi agresif kemudian ditahan oleh ejen khas US. Misi selamatkan negara & George terletak di bahu Davis, bekas saintis Energyne – Dr. Kate Caldwell (Naomie Harris) dan Ejen Russell (Malin Akerman).

Image result for rampage review

As much the story goes, its bland and absurd walaupun visual cantik especially bila 3 haiwan gergasi ni keluar onscreen. Tapi setakat visual je cantik cukup ke untuk terhibur untuk 103 minit bila tiada kerjasama antara authorities sedangkan masing-masing dalam satu misi menyelamatkan negara? Sudahnya Davis yang lawan 3 haiwan gergasi tu sorang-sorang. Semua lah dia tapau sorang. 
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10

A Song To Match My Mood

Thursday, 19 April 2018

Nak update semalam tapi gigih sangat layan drama Korea sampai lupa terus. So for Day 6 challenge is a song to match my mood. Whenever rasa melankolik & want to forget things, lagu ni paling best nak dengar


Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Bertanya, cobalah bertanya pada semua
Di sini ku coba untuk bertahan
Ungkapkan semua yang ku rasakan

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Wordless Wednesday : End Of Contract

Wednesday, 18 April 2018


What Makes Me Different From Everyone Else?

Tuesday, 17 April 2018


Pheww this question actually which attract me to do the challenge hihihi, so I list down some of it:


Sembang Benda Betul

Tbh masa zaman kanak-kanak sehingga remaja memang menipu tu dah jadi amalan biasa dah. Harian pun boleh jadi sebab boleh lari dari parents yang garang kemain. Tak pernah fikir langsung apa jadi kalau menipu. Bab dosa pahala tak pernah ambik port langsung pun. Tapi bila diri sendiri kena tipu, baru tahu rasa sakit. Since then taknak dah tipu orang walaupun tipu sunat sampai sekarang memang sembang benda betul je. Kalau salah, terus minta maaf. Kalau teruk macam mana pun hasil selepas cakap benda betul pun, kasi kental hati je lah hadap. Shit happens.

Apathy

Bab ni kadang orang nampak sebagai meroyan ataupun seorang Pana suka emosi sendiri tapi sebenarnya lebih kepada meletakkan diri dalam kehidupan orang tu. Apa jadi kalau kena dekat diri kita? Bila rasa sakit, tu yang boleh jadi emosi padahal tak ada kaitan pun dengan life sendiri. Bila tengok movie boleh jadi emo sebab benda ni lah. Dulu cita-cita nak jadi nurse tau sebab nak jaga orang sakit tapi tengok orang sakit jadi sebak syahdu menangis pulak sebab kesian sudahnya batalkan je hajat tu. Boleh imagine nurse menangis tengok patient penuh satu hospital? Tak kan?

Berpijak Di Bumi Nyata

Benda ni pun selalu buat orang tersalah anggap, dikatanya kita ni pesimis walhal kita ni realis. Memang betul dalam kehidupan ni kalau kita berfikir kita boleh capai sesuatu perkara tapi jangan lah berfantasi sangat. Optimis tu boleh, berfikiran positif tu pun boleh tapi letakkan sesuatu pada tempatnya lah. Kalau ikut data dan ilmu memang tak mampu, buat cara tak mampu lah. Mungkin keajaiban tu wujud tapi bukan untuk semua manusia dan dalam semua keadaan.

Dah lah cukup lah 3, nak pergi layan drama Korea ni. Kbai.

Semak Pusat Mengundi Dengan Apps MySPR


Sekarang dah boleh check dah pusat mengundi di mana, bukan kawasan mengundi tapi diadakan di sekolah mana. Yang mana dah daftar tapi belum check lagi, ada eloknya check awal-awal sebab ada banyak perubahan yang berlaku. Kalau boleh setiap minggu check sebab bila-bila sahaja perubahan tempat boleh berlaku. Check awal-awal boleh plan cantik-cantik, kan?

1) Download apps MySPR di IOS ataupun Playstore


2) Pilih Semakan Daftar Pemilih


3) Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda -, kemudian tekan Semak

Nanti akan keluar semua butiran peribadi, lokaliti, daerah mengundi, parlimen, negeri, pusat mengundi, saluran, masa mengundi dan no. siri pengundi macam ni. 


Senang sangat nak check, kalau malas nak download apps pun boleh tumpang kawan punya. Selamat mengundi!

Movie Review : Jigsaw


Image result for jigsaw 2017

Director : Michael & Peter Spierig
Cast : Tobin Bell, Hannah Anderson, Laura Vandervoot
Genre : Thriller/Horror/Mystery
Running Time : 91 minutes
Release Date : 26 October 2017
Trailer :


Lepas sedekad, franchise SAW datang balik dengan movie Jigsaw, means another life or death decision, another confession of dark secret been out again. But unlike previous movies, Jigsaw agak mild and less gore. But still good to watch when they come up with new method killing machine.

Image result for jigsaw 2017

Not only you guys have to wait for their confessions to come up but they also made us question did ill sadist John Kramer died and all this his copy-cat doing or he just fake his own death and enjoying his little time torturing people?

Macam movies yang sebelum ni, 5 orang terperangkap dalam gudang lama dan perlu bekerjasama untuk keluar dari situ. But even after 7 movies of SAW, masih lagi manusia yang terperangkap dalam situ tak familiar dengan game confession or death ni. Its kind of tiring watching them panic hysterically and screaming here and there padahal boleh je kalau diorang bekerjasama. Kunci untuk lepaskan diri dari situ cuma bersatu dan bekerjasama je tapi masing-masing selfish and that’s actually the real reason why they’re caught in that place.  

Image result for jigsaw 2017

And investigation team supposedly one step ahead of whomever behind this game. Nak kalahkan John Kramer yang licik, you guys kena lah jadi extra licik kan? Tapi entahlah ketua investigation tu pun ada kisah silam dia yang tersendiri. Instead of him catching John Kramer/copy-cat, dia pulak yang terperangkap dalam game.

But despite all this, movie ni still okay nak layan lah cuma dia tak sharp and gore macam previous movies. Tak kata Jigsaw ni tak patut keluar cuma bila franchise yang orang dah tunggu lama, the story should be extra good. Baru la boleh hidupkan balik franchise tu. But this one hmmm. But still good to watch, sebab dia masih kekalkan prinsip asal franchise SAW.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 6.9/10

Favorite Photograph of My Best Friend

Monday, 16 April 2018

260118 #SakinahSepulWeddingDay
Pada 6 April 2018 (19 Rejab 1439H) telah diadakan satu majlis perasmian untuk bersama merasai keenakan juadah istimewa dan lazat dalam majlis prebiu bufet Ramadan dari Laman Kayangan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan. 



Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul. Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar dari kugiran Sekapur Sireh.

Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.



Di setiap booth yang ada di Laman Kayangan ni, terdapat info bersaiz A4 berwarna ungu yang akan menerangkan serba sedikit tentang menu yang dihidangkan. Antara booth yang ada di sini ialah Mat Tak Done, Periok Belanga, BBQ, Kap Khun Kap, Teluk Kumbaq, Tak Tun Tuang, Aeeron Pak Ajis dan banyak lagi. 


Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

1. Thai Chicken Phak Ped 2. Mi Wantan 3. Spaghetti Bolognese 4. Aneka cucuk

1. Cendol 2.Kambing Golek 3.Spaghetti Carbonara 4.Kacang Pool Larkin

Sup Tulang Merah 
Personally kalau you guys makan dekat Laman Kayangan ni wajib ambil Sup Tulang Merah signature dish negara Singapura. Memang sedap, terasa rempah dalam kuah tu and even daging kambing pun tak berbau dan empuk. Apart from that, Nasi Kebuli dengan Ayam Masak Kapitan pun antara yang terbaik. Kacang Pool Larkin dan pencuci mulut terutamanya cheesecake. 




Nota tambahan, pengunjung yang berbuka di sini tak perlu risau untuk solat kerana tersedia kemudahan surau dan ruang wuduk yang selesa. Kawasan tempat letak kereta juga luas dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Kepada yang ingin berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan ataupun event company boleh hubungi :

Pn Hasmal  
019 2503090 / 012 2533973
En Azahari
019 2331351
Harga Bufet Ramadan 2018

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

#bufetramadan #Ramadanbuffet #bufetramadanshahalam #lamankayangan

Maggi Pedas Giler Perencah Tom Yumzz


Disebabkan ramai sangat yang dah cuba maggi goreng keluaran terbaru dari brand Maggi sampai ada yang kata pedas mengalahkan Samyang ni, kucar-kacir lah pergi ke Speedmart beli satu bowl harga RM2.99.

Image result for maggi goreng pedas giler tom yummz
Credit : Google

Dekat penutup bowl tu ada 3 langkah untuk manusia noob sebelum menikmati maggi goreng ni.

Related image
Credit : Google

Langkah 1 : Buka di sini
Langkah 2 : Buka sampai batas garis
Langkah 3 : Buka sini dan tuangkan air.

Dah masak, gaul semua perencah, minyak dan sos yang disediakan sampai sebati. Lepastu makan.
Rasa tomyam tu sama je lah macam perisa tomyam yang lama. Memang kaw macam dia cakap tapi takde lah pedas macam Samyang.

I bet dia guna minyak cili untuk kepedasan maksima tapi dia tak jadi pedas tau, dia jadi pijar nak bagi penampar. Habis pipi, atas bibir dengan dagu rasa pijaq baq hanggg. Pedas dekat lidah tak pun. Kalau pedas pun sebab makan masa panas-panas. Tu je lah.

Maggi dia pun sikit je walaupun bowl gedabak kemain. Dan itu merupakan satu kekecewaan sebab mi dia halus. Nak compared dengan Samyang, tahap pedas dah berbeza sebab pedas Samyang sampai kebas lidah, bingit telinga tapi yang ni pijar je lebih. Kuantiti Samyang pun lagi banyak, mi pun kenyal dan tebal. Satu bungkus memang kenyang teruk macam ular sawa tapi brand Maggi ni tak puas makan.

Lama jugak lah nak hilangkan pijar tu, mulut berminyak teruk satu hal. Urgghhh. Taknak repeat dah.

My Idea Of A Perfect Date

Sunday, 15 April 2018


Falling in love is one of the dreamy moment in life and first date is somewhat memorable in a relationship. Its special.

Nak sembang pasal first date actually bergantung kepada karakter seseorang tu jugak. What types of people you guys are? For me, I’m kind of romantic jugak lah. I love long talks but not on the phone. Tak kisahlah deep conversation ke, any topic as long both have interest in that topic. Sebab tu kalau layan movie cinta suka layan yang banyak sembang. Sebab wanita jatuh cinta dari telinga terus sampai ke hati. Well at least, I am.


Second thing, tempat yang ada nature because I’m a nature lover so its kind of soothing and calm bila dating sebab first date selalunya nervous, adrenaline rush, heart beats fast and other symptoms. Bonus point bila boleh star gazing or moon gazing.

Third, some romantic music. Music connect people, connect hearts especially loved ones. Cukup dia nyanyi ataupun pasang dekat phone like he always does. Bukan sampai tahap bawak band ataupun pemain biola macam dalam movie tu sebab it just the two of us. It always two. Sebab bila ada orang lain nak sembang pun tak selesa walaupun first date selalunya topic general tapi akan ada awww moment.

Our first date happened long ago but I’m glad he did like what I’ve dreamt of. Dia tak sweet mana tapi jenis yang care even in slightest thing. Macam jadi tempat berpaut whenever I wear wedges. Kalau jalan dekat side road, dia yang akan berjalan sebelah luar. Masa melintas jalan dia akan jagakan. Masa makan kalau dia suap, dia akan make sure makanan tu tak panas sangat walaupun dia jenis sumbat je masuk mulut dia even panas lepastu menyesal sendiri. Tsskk.