Cuti Peristiwa Bersempena PRU14
Wednesday, 11 April 2018
Semalam telah diisytiharkan 9 Mei 2018 bakal menjadi tarikh
bersejarah untuk rakyat Malaysia buat kali ke14 untuk mengundi siapakah Perdana
Menteri negara ni. Kecoh sana sini bila tarikh 9 Mei jatuh pada hari Rabu, hari
berkerja buat pekerja dan pelajar IPT.
Walaupun pihak peguam dah share Akta Pilihanraya supaya majikan membenarkan tempoh bersesuaian untuk pekerja pergi mengundi tapi belum cukup meredakan kekecohan rakyat di social media kerana ramai yang terpaksa balik ke kampung halaman dan akan mengambil masa yang agak lama terutamanya Sabah & Sarawak.
Walaupun pihak peguam dah share Akta Pilihanraya supaya majikan membenarkan tempoh bersesuaian untuk pekerja pergi mengundi tapi belum cukup meredakan kekecohan rakyat di social media kerana ramai yang terpaksa balik ke kampung halaman dan akan mengambil masa yang agak lama terutamanya Sabah & Sarawak.
Lagi parah bila Air Asia menaikkan harga tiket selepas
pengumuman pihak SPR. Makin bertambah ramai yang enggan pulang mengundi kerana
masalah kewangan terutamanya student IPT. Kos pergi balik untuk penerbangan sahaja
dah menelan RM400, belum masuk kos tambahan yang lain. Ramai juga yang mengecam
tindakan Air Asia sehingga pagi ni pihak Air Asia menurunkan kembali harga
tiket kepada harga normal, RM150. Tapi bukan semua, masih ada juga penerbangan yang dinaikkan mendadak macam tiket dari Kelantan ke Kota Kinabalu pada asalnya RM199 tapi naik mendadak ke RM849 oleh pihak Air Asia
Tak lama kemudian, Kementerian mengeluarkan kenyataan cuti
peristiwa bertarikh 9 Mei supaya semua rakyat Malaysia dapat turun mengundi. Walaupun
PH mengeluarkan kenyataan, tarikh 10 & 11 Mei akan menjadi cuti umum tapi
belum cukup kuat untuk meyakinkan rakyat yang turun mengundi sebab cuma andaian. Kenyataan ni keluar lepas satu petition mendesak Kerajaan Sementara mengisytiharkan cuti umum yang ditandatangani oleh 100,00 orang rakyat Malaysia sendiri.
Lega rasa hati bila baca kenyataan ni sebab tak perlu nak
apply cuti dah. Malaysia Airlines pun dah keluarkan statement untuk membantu kepada yang bakal pulang mengundi menggunakan khidmat MAS.
Malaysia Airlines, together with its sister airlines Firefly and MASwings, will be— Malaysia Airlines (@MAS) April 10, 2018
waiving flight change fee for Malaysians with existing bookings with the airline during the upcoming 14th General Election on 9 May 2018. For more info: https://t.co/y5v5tPGF0B
Happy jugak tengok Twitter ramai yang sudi membantu student
ataupun sesiapa yang kekangan dana untuk pulang ke tempat mengundi under
hashtag #PulangMengundi dan juga #CarpoolGE14. Well there are silver lining in
everything kan?
Selamat Mengundi semua & say no to #UndiRosak.