Lewat sikit sembang pasal performance blog untuk bulan ni. Ini pun teringat sebab tengok dekat entry Azah suruh check ranking Alexa. Terkejut jugak lah tengok ranking sebab tak sangka boleh dapat rank tinggi macam tu. Tak lah tinggi mana tapi untuk manusia pemalas agak fuhhh jugak lah. Terus rasa semangat nak update hari-hari. (sembangggggg)
1. Ranking Alexa
2. Stats blog
Tak banyak pun berubah, target cecah 50k tapi sikit lagi nak sampai. Monthly pun tak cecah 500. Ni la padahnya bila jarang blogwalking. Kadang tu tak sempat sebab dah penat belah siang, malam mula la lemau.
3. Traffic sources
Masih lagi FB jadi sumber utama so kena rajin bersosial di FB. Since dah nak masuk musim pilihanraya, ramai la yang mencari yang berkenaan dengan PRU. Movie Padmaavat pun tiap-tiap bulan ada yang mencari tapi bulan lepas ada carian baru - Mehrunissa. Selalunya orang search pasal Padmaavati je.
4. Popular post
Sebab ada giveaway sebab tu tak teruk sangat bulan ni walaupun jarang blogwalking & update sebab ada je yang datang menyinggah. Maaf ye, bulan lepas busy dekat site. Tak sempat nak berjalan-jalan.
5. Audience
Bulan lepas extreme sikit sebab kena bom dengan Israel sampai 4k datang melawat dalam masa satu hari. Tapi ada negara baru masuk, Belarus. This is my first time knowing such country exist. Say whatttttt
6. Jumlah entry
Bulan ni dengan Feb tak jauh beza pun sebab minggu ke3 dengan ke4 memang jarang sangat update. Kadang 2 hari baru ada 1 entry. Yang buat banyak sebab join giveaway dengan segmen. Harap bulan ni boleh cecah 60.
Terima kasih banyak kepada yang selalu datang menyinggah & drop comments ataupun baca dalam diam. Appreciate it much. Yang belum join giveaway, ada masa lagi tu sebelum Sabtu ni. Sorry tak sempat lagi nak singgah semua blog peserta. Baru terjah 5 blog. Busy sikit bulan ni. Harap bersabar ye. :)
Cast : Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, Lena Waithe, Simon Pegg & Mark Rylance.
Genre : Fiction/Adventure/Thriller
Running Time : 140 minutes
Trailer :
Upon great positive reviews on
this one, I’ve decided to watch today since MBO got Happy Wednesday – RM 9.50
per ticket. Yupp they just increase that RM0.50. Guess soon will be RM10.
Tsskkk
Okay back on the track. This
movie as you guys read up there, one of the finest creation from Steven
Spielberg and its woaaaa! Why?
The story itself!
Kalau sejenis gamer, memang akan
layan lah movie ni sebab feels bila menang mission lepastu kutip coin bersepah
& you can buy anything you dream all this time. Ready Player One
mengisahkan tentang Wade Watt (Tye Sheridan) yang hidup di zaman 2045 di mana OASIS menguasai hampir
semua orang di dunia untuk play games di alam maya. OASIS ialah dunia game dan
untuk masuk ke dalam OASIS kena login akaun dan main menggunakan VR. Kaya sikit boleh la pakai sut or any device related.
OASIS dicipta oleh James Halliday (Mark Rylance) dan Ogden Morrow (Simon Pegg) sehingga meletup di pasaran dan digilai ramai. Since then, mereka berdua
jadi kaya raya tapi Og pilih untuk berpisah dan bawa haluan sendiri. Tahun
2044, James meninggal tapi sebelum tu dia tinggalkan wasiat siapa yang mampu
dapat 3 kunci dekat semua permainan yang terpilih, akan mewarisi segala harta
& menjadi pemilik baru kepada syarikat dia. Untuk dapatkan kunci, ramai yang bergerak
secara berkumpulan sebab susah nak crack codes dan menang game yang ada terutamanya
Nolan Sorrento yang menubuhkan company dan mencipta Innovative Online
Industries (IOI) untuk mewarisi OASIS. But not for Wade, Aech (Lena Waithe), Art3mis (Olivia Cooke), Daito (Win Morisaki ) dan Sho (Philip Zhao) yang bergerak solo.
And yes of course, Wade atau nama
avatar dia, Parzival dapat crack code yang pertama dalam perlumbaan kereta
melalui hint dalam video rakaman yang berada di Halliday Journal, its kind of library lah
dekat OASIS. Lepas dari tu dia jadi famous sebab dah lama dah tak ada siapa
pun yang mampu dapat kunci pertama. Disebabkan Wade/Parzival dah dapat kunci,
of course IOI takkan duduk diam sebab genius & labour force dekat company
dia tak mampu nak achieve macam Parzival. Dari situ bermula la attack in virtual and
real world.
Yes, dalam movie ni ada real
world jugak and yes, Wade ni manusia loser terperangkap dalam kemiskinan di
Ohio. And most of them senasib dengan Wade. Tapi bila sembang pasal real world,
ada banyak soalan yang timbul dalam movie ni. Nak pulak bila tengok ending sebab
keputusan diambil untuk tutup OASIS setiap Selasa & Khamis supaya manusia
tak jadi gila dan stuck dengan virtual world tapi macam mana dengan manusia
yang bergantung sepenuhnya dengan OASIS since OASIS control economy
negara/dunia?
Ada scene yang tunjuk real world macam mana, most of them pakai
VR tapi entah macam mana diorang control supaya tak terdedah dengan bahaya
especially kids? Bersepah main dekat tepi jalan and risiko untuk dilanggar
kereta memang tersangatlah besar. Belum sembang pasal team Samantha yang acah rebel tapi dedahkan diri di public dan dengan senangnya IOI boleh track them down. If they seems genius in virtual, but in real life they're like a bunch of weak losers. And that's sad because they're the best among the worst and they just conquer the world. But what's worse than Trump became a POTUS aite? Oh yes, Kardashian. Pfftt
But no matter how ugly real world in
Ready Player One, you can never resist the charm of OASIS. Kudos to the team for
making it terrific! I bet tengok 3D memang gempak. You guys can feel the
excitement, suspense and misery watching this. Kalau you guys jenis yang
crack codes punya orang most likely you will enjoy guessing setiap hint yang
diorang dapat.
I'm not sure nanti akan ada sequel ataupun tak sebab ni movie ketiga Steven yang paling susah dibikin sepanjang karier dia tapi novel Ready Player One yang dikarang oleh Ernest Cline akan wujud yang kedua. Please Steven make it happen since money keep pouring in you guys account!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 7.9/10
Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut
menjenguk.
“What does this mean?” Tanya Gibbs.
“Tak tahu. Mungkin… apa yang aku pernah buat kat sekolah?”
“Seriously, Ray…takkau kau rasa ni ada kena-mengena dengan
sekolah?”
“Melainkan kau ada buat benda lain yang ktorang tak tahu,”
sampuk KJ
Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku.
Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar.
Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia
heartless yang tak lagi korang kenal….
Review :
Buku Gantung 2 ni sequel kepada Gantung 1 yang mengisahkan
tentang kehidupan Khalil pada tahun 2021 hingga 2023. Tahun pemerintahan Kanye
West (harap ni cuma dalam buku je lah. Tak sanggup nak imagine in real life).
Sebelum baca yang kedua ni memang wajib baca yang pertama
sebab nanti confirm tak faham apa yang jadi sebab ada banyak flashback. Aturan
susur masa dalam Gantung 2 ni pun berterabur so kalau dah lama baca Gantung 1
pastu baru nak sambung Gantung 2 ada kemungkinan akan terlupa apa yang penulis
tengah sembang.
Dan wujud juga watak-watak baru baik dalam flashback mahupun
sekarang. Membantu atau merapu? Yes, sangat membantu dalam kehidupan Khalil dan
kenapa Khalil pilih untuk hidup macam dia hidup sekarang. Memang emosi jugak
baca Gantung 2 ni sebab terbawa-bawa dengan perasaan emosi Khalil. Terutamanya
masa dia jumpa Rehan dan kisah Khalil dengan Natalia di Prague.
Kalau dalam Gantung 1 boleh agak dah apa misteri yang Nadia
Khan simpan, tapi yang ni memang tak boleh nak agak. Banyak kali jugak salah
teka nak pulak masa Khalil kena culik. Memang intense gila baca sebab nak tahu
siapa dalang dan apa motif sebenarnya.
Walaupun happy ending tapi tetap sedih sampai menangis teruk
sebab cerita Khalil dah habis, cerita The Musketeers dah habis. Nampak je macam
happy ending tapi jiwa tersiksa jugak. Tak boleh move on lagi. Faham tak
perasaan nak tau ending tapi dalam masa yang sama taknak cerita tu habis. Sakit
tau takkk.
Bila officemate canang ada makanan best dekat area office, haruslah excited nak makan sekali. Ngam pulak timing cantik boleh lepak dekat Lola Mango di TTDI Jaya berhadapan dengan Nasi Kak Wok JJ & Anis Coffee.
Apart from smoothies, ada jugak yoghurt dengan campuran buah lain macam Kiwi, Strawberry, Laici. Pinky Mango pula campuran untuk semua buah. Disebabkan haritu kenyang, so pilih small cup je, RM3 tapi small cup pun ya ampun banyaknya. Nak habiskan pun boleh kenyang sebab pekat siap ada buah potong in large cut pulak tu. Mangga yang dia guna ni Royal Mango tau, manis manis sedap baq hang. Tengah taip pun terliur balik.
Memang puas hati sangat labur RM3 dekat Lola Mango ni. Pinky Mango pun sedap cuma tak dapat lah potongan buah mangga tu. Kalau nak, kena tambah lagi RM3. Anyway, thanks for existing in here. Lepas ni nak repeat lagi! Nak try Mango Layer Smoothie ataupun repeat je yang ni sampai lebam. ❤🌸
Lepas Isyak semalam terus menapak ke SACC sebab ada pesta
buku dekat sana. Malas nak pergi sebab gaji tak masuk lagi tapi dah adik beria
sangat kita layankan aje. Lagipun nak usha buku Gantung 2 sebab yang order
online dah habis stok. Nak tunggu ada stok balik entah zaman bila boleh dapat
sebab buku tu tengah laku keras sekarang sebab Gantung The Series.
Yang tak bestnya dekat SACC ni haruslah parking space dia
limited sangat. Yang berbayar pun mahal kemain sampai RM5. Tengah miskin ni RM5
pun rasa nak terajang tau. Sudahnya park secara haram sebab bersepah yang buat.
(This is bad, I know)
Lepas dah jumpa tempat nak park, masuk je dalam SACC kena
approach dengan organizer sebab kalau download apps Syok dekat IOS ataupun
Playstore, kita boleh dapat diskaun 20% untuk publisher yang register under
diorang tapi tak buat pun sebab battery low sangat plus line tak kuat mana pun.
Belum sembang memory yang nazak lagi.
Selesai 3x tawaf, tetap tak jumpa booth Buku Fixi sudahnya
menapak dekat booth ROMAN sebab nak beli novel ‘Misteri Kem Motivasi’ sebab tu
sequel kepada Budak Hostel Otaknya Sewel. Since promosi 3 buku RM50, ambik lah
sekali ‘Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia’. Lagi satu buku memang
lama jugak menyembang dengan seller tu nak ambik yang mana. Seller suggest ‘Pengembaraan
Laki-Laki Scorpio’ tapi hati macam berkenan dengan buku ‘Di Kala Bulan Bermain
Biola’ sebab unik tapi harga lain. Sudahnya ambil 4 buku terus. Tamak kan?
Tskkk.
Disebabkan kitorang memborong, diorang nak ajak selfie tapi
since menyembang pun ada sesi membawang, cepat-cepat tolak offer. Rupanya
belakang ROMAN, booth FIXI, jumpa pulak buku Gantung 2. Terus grab lagi 2 buku
sebab promo 3 buku RM50. Campur dengan lagi 2 buku Hasrul Rizwan, Tuhan &
Murtad dengan Pakar karya Nadia Khan. Dapat voucher RM10 tapi boleh guna
dekat kedai Buku Fixi je. Valid sampai Jun. Kalau tak tahu nak beli apa nanti
sedekah je dekat orang.
Ada jugak booth Dubook tapi tak ada yang best nak borong.
Otw nak balik tu nampak pulak novel idaman adik dekat booth Karangkraf. Borong
lagi satu beg. Datang melenggang, balik berbondong. Memang happy lah pergi
sebab semua novel yang dicari ada dekat sana. Cuma satu je lah tak dapat, komik
terbaru karya Bawang sebab dah habis stok. Kecewa betul. Katanya nak restock hari ni tapi malas dah nak menapak sebab
susah nak cari parking space. Hari ni Sabtu mesti ramai yang pergi compared to
yesterday.
Dah nak balik baru nampak rujukan dan peta kedudukan untuk semua booth yang ada
dekat pesta buku SACC. Supposedly letak lah dekat pintu masuk baru la nampak.
Ini pun kebetulan nampak saja tawaf satu round lagi sebelum balik.
You guys kalau nak datang memborong nanti datang la menapak ke SACC ni dari 29 Mac haritu sampai 8 April nanti. Buka jam 10 pagi sampai 9 malam untuk Isnin-Khamis, jam 10 pagi sampai 11 malam untuk Jumaat-Ahad.
Since movie Hindi tahun lepas tak
banyak, saja korek movie lama yang tak pernah tengok lagi dekat Youtube.
Terjumpa lah movie ni, tak pernah pulak tahu sebab pelakon baru era 2000.
Mengisahkan tentang kerjaya
tentera udara yang menjaga sempadan India-Pakistan di Kashmir disamping menjalani
kehidupan seharian. Sidharth (Jimmy Shergill) merupakan pilot yang terbaik
sepanjang karier dia dan dalam masa yang sama bersaing dengan Samir (Sameer
Dharmadhikari ) dan Anjana (Shamita Shetty). Dalam diam Anjana menyimpan rasa
kepada Samir tapi cuma approach sebagai kawan baik.
Disebabkan Samir merupakan anak
kepada kawan baik , Lt try jadi matchmaker antara Samir dengan anak perempuan
kesayangannya Surbhi (Richa Pallod) tapi Samir tak berjaya menawan hati Surbhi
yang memang bencikan pilot disebabkan kehidupan nomad dan jarang meluangkan
masa bersama keluarga tambahan kerjaya yang agak merbahaya. But everything’s
changed when Surbhi met Sidharth.
Samir yang dah pun jatuh hati
dengan Surbhi rasa geram dengan percintaan Sidharth-Surbhi sampai sanggup korek
rahsia lama Sidharth supaya diorang putus. Usaha dia berhasil sampai Sidharth kecewa
dan tak fokus dengan kerja sehingga menyebabkan Vishal (Rahul Dev) yang baru
berkahwin dengan Nupur (Divya Dutta) terkorban semasa bertugas. Sidharth
digantung tugas tapi tragedi berlaku dalam pangkalan bila perisik Pakistan
berjaya masuk dan mulakan rusuhan.
First half movie ni lebih focus kehidupan
drama cinta bersegi antara Sidharth-Samir-Sirbhi-Anjana tapi lagi bahagia
tengok kehidupan Vishal-Nupur sebab Vishal ni kaki puisi. So puisi dia memang
buat hati ni angau kemain. Bila dia mati tu memang tak boleh terima langsung
diorang matikan watak Vishal tu macam tu je.
Lagu dalam movie Agnipankh pun
layan jugak nak pulak masa Sidharth tengah syok bercinta dengan Surbhi.
Second half baru tekankan rusuhan
India-Pakistan tapi tak ngeri sangatlah sebab movie ni ringan je. Diorang seksa
tentera India pun takat kurung dalam reban je tanpa makan. Ditambah pulak
dengan dialogue memasing tak power mana untuk timbulkan rasa patriotic tu. Ada
tu ada tapi tak strong mana. Ada jugak some scenes yang macam terjongket kening
tapi kalau layan santai kadar terjongket tu tak tinggi mana lah.
Agnipankh okay jugak lah nak
layan tambah pulak ada Jimmy yang sekejap handsome, sekejap comel tu. Terubat
jugak lah bila Samir yang kayu tu muncul. Kalau nak layan ada dekat Youtube
siap dengan English subtitles sekali J
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 =7.7/10
Genre : Hystorical Drama
Production company : Bhansali Productions, Viacom 18 Motion Pictures
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures (India), Paramount Pictures (International)
Running Time : 2 hours and 30 minutes
Release Date : 25 January 2018
Trailer :
Lepas movie Bajirao Mastani, satu lagi magnum-opus yang
diperam selama 10 tahun oleh SLB kali ni ditayangkan kepada dunia, Padmaavat
yang diinspirasikan dari syair India tentang kecantikan Rani Padmini di kota
Chittor, Rajput akhirnya mengundang kemusnahan kepada rakyat Chittor apabila
Sultan Alauddin Khilji datang menyerang kerana ingin memperisterikan Padmavati.
Movie Padmaavat bermula dengan adegan Padmaavati (Deepika Padukone) memburu
rusa di hutan tapi terpanah Sultan Ratan Singh (Shahid Kapoor) yang datang ke Singhal untuk
mencari mutiara untuk isterinya. Sembuh dari luka panah Padmaavati, Sultan
Ratan Singh melamar untuk dijadikan isteri kedua dan pulang ke Chittor.
Gara-gara mengintai Padmaavati, Raghav Chetan dihalau keluar dari Chittor dan
secara kebetulan berjumpa dengan Sultan Alauddin Khilji (Ranveer Singh) di Delhi.
Dari situ bermula episod balas dendam dari Raghav Chetan yang
berjaya menghasut Alauddin untuk merampas Padmaavati supaya mendapat tuah untuk
tawan dunia dibantu oleh ketua perang, Ughuz Khan dan hamba yang setia, Malik
Kafur (Jimmy Shebh).
Cubaan demi cubaan selama 6 bulan gagal, bukan takat nak tengok
kecantikan Padmaavati tapi untuk masuk ke dalam Kota Chittor pun tak mampu.
Akhirnya Alauddin menyerah kalah dan menghantar tenteranya pulang selepas
kehabisan bekalan makanan.
Sebelum balik ke Delhi, Alauddin meminta untuk masuk ke Kota
Chittor dan berdamai dengan Sultan Ratan Singh tapi tu cuma helah dia untuk
berjumpa dengan Padmaavati. Usaha yang satu ni pun gagal juga. Sudahnya
Alauddin jemput Sultan Ratan Singh ke khemah dia sebelum pulang. Dari situ, dia
tangkap Sultan dan bawa ke Delhi.
Padmaavati yang risau, pergi ke Delhi untuk
bawa pulang Sultan Ratan Singh ditemani 800 orang dayang dan kepala Raghav
Chetan sebagai syarat. Hajat untuk bertemu dengan Padmaavati di Delhi pun gagal
bila Mehrunissa (Aditi Rao Hydari), isteri kepada Alauddin sendiri selamatkan Padmaavati &
Sultan Ratan Singh keluar dari istana.
Movie Padmaavat ni meriah dengan kecantikan visual, dekorasi
istana dan kostum abad ke-13. Baik dari kerajaan Khilji mahupun kerajaan
Rajput. Kecantikan Padmavati pun terserlah sangat dalam movie ni sesuai lah
dengan segala kekecohan berlaku sebab kecantikan dia. Tapi kalau nak sembang
lakonan Deepika, tak solid macam movie Bajirao Mastani. Still plain and flat.
Adanya Deepika dalam movie Padmaavat ni untuk jadi cantik sepanjang masa.
Chemistry antara Shahid Kapoor sebagai suami isteri pun tak terserlah sangat.
Nampak kegigihan Shahid Kapoor untuk cari persona dia supaya tak tenggelam oleh
Deepika & Ranveer. But nope, he can’t reach that level. It’s such a shame
sebab character dia agak penting nak dibandingkan Jimmy Sarbh dan Aditi since
these two deliver solid performance walaupun cuma watak sampingan.
Apart from visual, 6 soundtrack hasil karya SLB pun best
jugak terutama lagu Binte Dil, Ghoomar dengan Khalibali.
Tapi movie ni setakat kaya dengan hasil visual dan kesenian
dia je lah. Nak sembang pasal content, memang tolak jauh sebab fakta memang
lari jauh, lagi sedih tengok SLB gambarkan peribadi Sultan Alauddin Khilji
sampai macamtu sekali semata nak naikkan watak Padmaavati dan Sultan Ratan
Singh yang tak wujud. Tak ada satu pun yang baik tentang SAK as I’ve written
before in this post.
Memang patut movie ni kena ban di Malaysia or any other
Islamic country sebab cara SLB menjatuhkan imej pemimpin Sultan Alauddin
Khilji. Kalau niat SLB untuk jatuhkan imej Islam, dia sendiri patut malu sebab
dia jatuhkan imej pemimpin sendiri. Tanpa Sultan Alauddin Khilji, Delhi takkan
naik seperti yang ada sekarang.
Movie Begum Jaan lagi bagus kalau nak sembang
pasal menjaga kehormatan diri sampai sanggup untuk jauhar. Jauhar shouldn’t be extravagant
like Padmaavati did. Lagi tak faham bila SLB focus dekat kanak-kanak dengan
perempuan mengandung. Entah kenapa diorang kena mati sekali sedangkan problem
settle bila diorang boleh bersatu kalahkan Khilji.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0,8,
9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 6.2/10
Pengarah : Ifa Isfansyah
Penulis Skrip : Salman Aristo, Saniboey Mohd Ismail
Pelakon : Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Hisham Hamid,Shenty Feliziana, Datuk M.Nasir, Daniella Sya, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama, Tegar Satrya
Genre : Aksi/Drama
Syarikat Produksi : Arie Zaharie Production Sdn Bhd (AZP)
Penerbit : Astro Shaw
Tarikh Tayangan : 14 Februari 2018
Durasi Tayangan : 8 Episod
Trailer :
Tak sure nampak trailer drama
Dosa ni dekat mana tapi dari trailer je macam dah impressed sangat sebab
collaboration Indonesia-Malaysia, Singapura campur sekali sebab ada Hisham Hamid
dengan Shenty Feliziana if that’s count lol. Secondly sebab cast dia memang
talented plus genre action. Dia takde meletup sana sini macam KL Special Force
sebab drama ni ketengahkan martial arts and yesssss I’m a fan!
Mengisahkan tentang 4 beradik,
Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Farhad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty
Feliziana) yang mewarisi kehebatan bersilat dari ayah mereka, Latif (M.Nasir)
di Kg. Baru, Kuala Lumpur.
Tapi ketenangan kehidupan mereka sekeluarga (walaupun tak
tenang mana sebab Fuad dengan Farid ni rajin sangat bergaduh) didatangi lelaki
misteri dari Jakarta, Arian (Reuben Elishama) yang perlu berjumpa dengan Latif untuk
bawa khabar Jaafar sudah meninggal dunia di penjara dan Gerbang Utara dalam krisis
disebabkan Marco (Roy Marten) ambil alih dalam diam dengan bantuan Sza Sza (Hannah Al Rashid).
Latif yang dah lama cuci tangan terpaksa membalas hutang budi
Bu Ani dan Jaafar kemudiannya menghantar 3 orang anak lelakinya ke Jakarta
setelah Fara melarikan diri untuk berjumpa dengan Arian. Lagi parah
bila Fara dah diculik dengan Sza Sza dan mengumpan Latif untuk datang ke
Jakarta. Dalam masa yang sama, Inspektor
Amar dan pegawai Interpol Malaysia, Michelle menjejaki semua yang terlibat
dengan Gerbang Utara sama ada di Malaysia dan Indonesia.
Taknak sembang pasal pelakon
sebab semua pun tip-top, action diorang memang cantik either martial arts
ataupun gun shooting leave me in awe. Fun facts, untuk menjayakan drama ni, 20 orang
jurulatih silat dekat set penggambaran selain dari latihan lakonan &
martial arts untuk setiap pelakon.
Visual motion pun top notch kudos to the team! 8
bulan untuk sesi editing memang mebuahkan hasil yang cantik. Bab kekeluargaan pun menghidupkan suasana emosi nak pula bila anak-anak Latif tahu apa sebenarnya dosa dia. Scene ending pun emosi teruk menangis tengok beradik ni menangis.
Even kagum dengan karya produksi Astro,
Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production (produksi dari
Indonesia), rasa geram jugak bila diorang matikan watak Latif awal sangat. Tak
banyak pun scene Latif dalam ni. Rasa tak puas tengok Latif fight, itupun dia
fight dengan bilis je sedangkan anak-anak dia lawan dengan taiko.
Walaupun ada campur tangan pihak polis
dengan Interpol tapi nampak lemah sangat watak diorang sebab hasil carian
diorang tahap buku lali dalam kolam jernih je sedangkan Interpol kot.
Sepatutnya langkah diorang kena sama besar sebab Gerbang Utara bukan nama kecil
dekat Jakarta. Series ni panjang sebab pergaduhan Farid dengan Fuad je, there’s
no flashback scenes at all terangkan siapa sebenarnya Latif dalam Gerbang Utara
& apa dosa-dosa dia. Persoalan untuk soalan Farhad kenapa ayah diorang
boleh cuci tangan dari dosa besar dia pun tak terjawab lagi.
Bu Ani pun macam dah habis lega
tinggalkan anak-anak dia tapi lagi risau pasal perkahwinan Fara dengan Arian
padahal waktu macam tak sesuai langsung untuk diorang kahwin. Belum sembang
pasal Fara yang asyik menggelabah nak selamatkan budak-budak yang kena culik
dekat gudang padahal boleh je diorang bunuh Marco dulu lepastu tapau Gerbang
Utara.
Dia punya tak boleh chill tu buat rasa geram sangat sebab dia gatal nak
lari rumah lah abang-abang dia stuck dalam krisis tu sekali sampai ayah dia pun
meninggal. Abang-abang dia dengan Arian dah lunyai dah asyik berlawan dengan
orang suruhan Marco sampai makan tidur pun tak terjaga. Luka Arian kena tembak
pun belum kering lagi.
Belum masuk part Farid yang
annoying tak habis nak membaran dengan strategi Fuad. Ada je tak kena dekat
mata dia. Bila dah habis tengok memang faham sangat dah kenapa ayah dia malas
cerita apa langsung dengan dia. Memang sejenis yang tak boleh diharap. Elok
lagi perangai Farhad dengan Fara.
Walaupun storyline dia macam
kucar-kacir tapi lakonan diorang bagus, and all this terlindung dengan action
stunt diorang. 8 episod tak puas tengok nak pulak part Fuad dengan Farhad lawan
Jerik. Setiap seorang beradik ni ada senjata fav masing-masing so stunt and skill diorang memang berbeza.
Recommended for those yang suka genre aksi tapi tak sesuai langsung lah nak
untuk underage kids sebab ada scenes yang agak ganas. Hopefully ada season 2 sebab ada persoalan yang tak terjawab lagi plus Marco cuma permulaan kisah dosa di Gerbang Utara.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10
Balik kerja semalam dengan kucar-kacirnya memasak dekat dapur sebab lapar tapi cuainya ya tuhannnn sampai tangan melecur lagi. Kisahnya letak pinggan dekat sangat dengan kuali sampai pinggan tu retak. Elok pulak tu pergi pegang tempat yang retak sebab mata dekat kuali, tangan dekat pinggan. Dah melecur baru perasan kenapa.
Malam tadi
Pagi ni
Sudahnya berdenyut lah menahan kepanasan yang amat sangat. Pedih teruk kena air bila mandi. Sapu minyak gamat pun tak tahan. Nasib baik ada aloevera gel dekat rumah. Lepas sapu tu rasa lega sangat sebab sejuk je.
Buat kerja pun sebelah tangan je lah buat masa ni sebab tak boleh nak gerak sangat ibu jari dengan jari telunjuk ni. Entah macam mana entah nak siapkan report ni. Blogwalking lagi. Memasak pun tak dapat pagi ni sudahnya tak ada lah bekal padahal dah perap ayam dah. Harapnya cepatlah surut. Tak daya nak sakit lama-lama.
Pelakon : Fedi Nuril, Tatjana Saphira, Chelsea Islan, Dewi
Sandra, Nur Fazura, Pandji Pragiwaksono, Arie Untung, Bront Palarae, Dewi
Irawan, Cole Gribble, Mathias Muchus, Millane Fernandez, Nino Fernandez, Dian
Nitami
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 125 minit
Trailer :
Finally after 9 years AAC2 keluar walaupun sebenarnya dah
tak payah keluar dah pun sebab yang pertama pun tak ada la best mana tapi tak
lah selompong sequel ni. Sayang lah movie yang penuh dengan casting yang bagus,
cinematoghraphy cantik tapi sia-sia sebab jalan cerita dia agak mehhh.
Movie AAC2 bermula dengan Aisha bergelut di Palestin
bilamana kawasan tu dibom oleh IDF. Since then tak ada khabar berita dari Aisha
dan Fahri tetap menunggu Aisha balik ke Edinburgh. Sementara menunggu tu, Fahri
tetap dengan keteguhan ibadah dia menjalankan kehidupan harian sebagai
pensyarah dan seorang jiran yang baik kepada Keira, Jason, Brenda & Nenek
Cristina walaupun berbeza agama dan gaya hidup.
Bila tengok kehidupan Fahri ni rasa macam tengok movie
Hindustan zaman 90-an pun ye jugak. Pergi mana pun semua orang sembang bahasa
dia. Even mengajar dalam kelas pun guna bahasa Indonesia padahal pelajar
Indonesia 3 orang je pun. Pengetua pun Indonesia. Kalau pengetua tu local,
mungkin tak timbul isu tolong kroni antara pengetua dan Fahri. Tu belum masuk
part debat di university pun guna bahasa Indonesia padahal yang faham dekat
situ Fahri, Baruch, Nenek Christina dengan Hullya je. Not to mention diorang
punya effort untuk cari point punyalah teruk sudahnya satu quote je Fahri
kemukakan lepastu Nenek Christina potong dengan cerita melankoli dia dan Fahri
dilabel malaikat. Tssskkkk
Dalam AAC2 ni Fahri dan Aisha memang kaya tau. Kaya sangat, mungkin
sama level macam Vida or even greater sebab soal duit tak pernah jadi masalah
walhal Muslim agak dibenci di kawasan tu sebab kes terrorist attack. And yes,
Keira & Jason mainkan peranan penting untuk isu ni. Emosi tengok Jason
minta tolong dengan Fahri kes Keira jual badan sebab tak ada duit dah.
Banyak sebenarnya adegan entah apa-apa dalam AAC2 ni tapi
kalau nak sembang dah boleh jadi thesis dah tajuk kenapa perlu keluar sequel
padahal prequel dah cantik. Belum sembang part Aisha menyamar jadi Sabina berkerja
jadi orang gaji dekat rumah Fahri tapi sikit pun Fahri tak kenal Aisha padahal
penampilan sama je. Even cara lilit shawl pun sama. Even pashmina pun sama ya
tuhannnn kenapa Fahri goblok amat sih! Tiba-tiba Nenek Christina yang tak
pernah kenal Aisha tu boleh kenal.T.T
Belum masuk part Aisha bakar tangan semata sebab taknak buat
visa dengan Brenda. Belum sembang Hullya cari chamomile tea satu dapur tak jumpa
padahal buka cabinet dah jumpa dah. Tu tak cakap pasal face transplant lagi.
Tak faham langsung kenapa Aisha kena buat surgery sebab nak Umar ingat Hullya
sedangkan gambar Hullya ada. Lagi bagus kalau Fahri larang, tak la nampak
sangat Fahri ni suka dengan perempuan cantik je buat bini. Lagipun kecacatan
muka Aisha tu tak teruk mana pun lah. Tak sampai tahap Phantom Of The Opera
pun.
Soundtrack movie ni pun tak sehebat soundtrack AAC nak pulak
lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa dulu sampai level berhantu. Dalam sequel ni
soundtrack utama ada la sikit tune macam lagu AAC tapi entahlah tak best pun.
Sekali dengar je macam angin berlalu.
Kalau bosan sangat ataupun nak tengok lakonan Fazura dengan
Bront bolehlah layan movie ni. Ataupun nak hidup berpaksikan fantasi kehidupan
Fahri boleh la kot layan. Kalau ada AAC3 harap Brenda kahwin dengan Fattah Amin hihu
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.3, 10. Personal Thought 0 = 5.8/10