Pesta Buku SACC
Sunday, 1 April 2018
Lepas Isyak semalam terus menapak ke SACC sebab ada pesta
buku dekat sana. Malas nak pergi sebab gaji tak masuk lagi tapi dah adik beria
sangat kita layankan aje. Lagipun nak usha buku Gantung 2 sebab yang order
online dah habis stok. Nak tunggu ada stok balik entah zaman bila boleh dapat
sebab buku tu tengah laku keras sekarang sebab Gantung The Series.
Yang tak bestnya dekat SACC ni haruslah parking space dia
limited sangat. Yang berbayar pun mahal kemain sampai RM5. Tengah miskin ni RM5
pun rasa nak terajang tau. Sudahnya park secara haram sebab bersepah yang buat.
(This is bad, I know)
Lepas dah jumpa tempat nak park, masuk je dalam SACC kena
approach dengan organizer sebab kalau download apps Syok dekat IOS ataupun
Playstore, kita boleh dapat diskaun 20% untuk publisher yang register under
diorang tapi tak buat pun sebab battery low sangat plus line tak kuat mana pun.
Belum sembang memory yang nazak lagi.
Selesai 3x tawaf, tetap tak jumpa booth Buku Fixi sudahnya
menapak dekat booth ROMAN sebab nak beli novel ‘Misteri Kem Motivasi’ sebab tu
sequel kepada Budak Hostel Otaknya Sewel. Since promosi 3 buku RM50, ambik lah
sekali ‘Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia’. Lagi satu buku memang
lama jugak menyembang dengan seller tu nak ambik yang mana. Seller suggest ‘Pengembaraan
Laki-Laki Scorpio’ tapi hati macam berkenan dengan buku ‘Di Kala Bulan Bermain
Biola’ sebab unik tapi harga lain. Sudahnya ambil 4 buku terus. Tamak kan?
Tskkk.
Disebabkan kitorang memborong, diorang nak ajak selfie tapi
since menyembang pun ada sesi membawang, cepat-cepat tolak offer. Rupanya
belakang ROMAN, booth FIXI, jumpa pulak buku Gantung 2. Terus grab lagi 2 buku
sebab promo 3 buku RM50. Campur dengan lagi 2 buku Hasrul Rizwan, Tuhan &
Murtad dengan Pakar karya Nadia Khan. Dapat voucher RM10 tapi boleh guna
dekat kedai Buku Fixi je. Valid sampai Jun. Kalau tak tahu nak beli apa nanti
sedekah je dekat orang.
Ada jugak booth Dubook tapi tak ada yang best nak borong.
Otw nak balik tu nampak pulak novel idaman adik dekat booth Karangkraf. Borong
lagi satu beg. Datang melenggang, balik berbondong. Memang happy lah pergi
sebab semua novel yang dicari ada dekat sana. Cuma satu je lah tak dapat, komik
terbaru karya Bawang sebab dah habis stok. Kecewa betul. Katanya nak restock hari ni tapi malas dah nak menapak sebab
susah nak cari parking space. Hari ni Sabtu mesti ramai yang pergi compared to
yesterday.
Dah nak balik baru nampak rujukan dan peta kedudukan untuk semua booth yang ada
dekat pesta buku SACC. Supposedly letak lah dekat pintu masuk baru la nampak.
Ini pun kebetulan nampak saja tawaf satu round lagi sebelum balik.
You guys kalau nak datang memborong nanti datang la menapak ke SACC ni dari 29 Mac haritu sampai 8 April nanti. Buka jam 10 pagi sampai 9 malam untuk Isnin-Khamis, jam 10 pagi sampai 11 malam untuk Jumaat-Ahad.