Hari ni lepas kerja terus menapak ke Stadium Melawati Shah
Alam sebab minggu lepas mak dah pesan dah dia akan datang ke carnival ni dengan
kawan-kawan dia. Disebabkan dah lama tak jumpa mak sebab hari-hari kerja, so
usahakan jugak pergi ke sini. Ingatkan nak datang awal tapi hujan lebat pulak
pukul 3. Nasib pukul 5 tu dah berhenti dah.
Sampai je dekat kawasan stadium tu memang sesak sangat
dengan bas, kereta, motor & pedestrians. Alhamdulillah ada parking space
banyak lagi tapi jauh sikit lah dari stadium. Berlari itik dah petang tadi
sebab mak kata bas diorang nak balik dah. Pecah lemak 800 gram T.T
Tapi dalam kata nak balik tu pun sempat lagi nak membeli itu
ini.
Tough luck bila kitorang nak membeli, MB Azmin Ali sampai
dekat stadium untuk beri ucapan kepada yang hadir. Semua peniaga kena tutup
gerai. Mak pulak jenis kalut memang tak boleh chill langsung kalau dia dah
kalut. Beria mencicit berlari balik ke bas sudahnya driver bas pun tak ada
lagi. Menunggu la berbelas minit sampai semua dah sampai.
Bila mak dah balik, ada la sinar kebahagiaan sebab mak tak
sempat nak guna kupon makanan. RM30 makan sorang. Tapi dah hujung tu banyak
yang dah sold out. Beli apa yang ada je. Cari makanan yang mahal sebab nanti
tak dapat balik balance. Lepas dua kali pusing, dapat la tangkap Cheesy Nachos,
Tuna Cheese Burger, Coconut Shake & Mango Shake. Walaupun lama tunggu
memang berbaloi sebab semua sedap.
Dekat Karnival Himpunan Rakyat ni ada banyak booth, mostly peniaga lah
jual preloved item, baju raya, barang rumah, insurans, F&B and other items.
Ada booth untuk penerangan tentang Kerajaan Negeri Selangor jugak tapi tak
sempat pun nak belek semua booth sebab datang pun dah lambat.
Yang bestnya, siapa yang datang dapat kupon makanan RM10, baju #TeamSelangor warna biru muda dengan topi
Pakatan.
Ramai jugak yang datang, from all races even foreigners.
Tapi yang tak bestnya banyak tempat yang berlopak sebab hujan lebat sbelum tu.
And of course, sampah yang tak reti nak dibuang padahal tong sampah dekat
belakang je. Tssskkk dah 2018 dah tapi perangai tak berubah.
Anyway hari ni dapat jugak rasa happy even sekejap lepas
jumpa family. Tak sabar nak tunggu bulan puasa sebab nak berhenti kerja dekat
tempat meniaga so boleh lah balik rumah bila weekend.
Baru-baru ni kecoh di social media semasa ulang tahun kelahiran Aamir ke-53, media menceritakan kembali kisah anak Aamir Khan yang merupakan seorang model kepada Vogue UK pada usia 12 tahun. Ramai yang tak tahu dengan kehadiran anak lelaki Aamir Khan sebab Jaan Harry Hines ni dibesarkan sepenuhnya oleh ibunya, Jessica Hines sejak tahun 2006.
Bermula dengan penghasilan karya
Jessica, ‘Looking for the Big B:
Bollywood, Bachchan and Me’, Jessica menetap sementara di India dan bertemu
dengan Aamir Khan di set Ghulam arahan Vikram Bhatt dan mereka mula tinggal
serumah. Tapi bila Jessica dapat tahu dia mengandung, Aamir bagi kata dua, dia
ataupun anak tu and Jessica pilih anak diorang. Lepas berpisah, Jessica balik
ke UK dan besarkan Jaan.
Aamir tak pernah ambil tahu
tentang Jessica mahupun Jaan. Tahun 2007, Stardust magazine pernah buat
interview dengan Jessica di London tentang Jaan. Tapi bukan official interview atas
kerelaan Jessica. Entah macam mana diorang dapat sembang dengan Jessica tentang
Jaan walhal cuma 2 soalan je.
Jawapan Jessica, memang Jaan anak
Aamir Khan dan bila Jaan nak tahu tentang ayah dia, Jessica akan bagitahu ayah
dia benci mereka berdua. Sejak majalah Stardust buat cerita eksklusif tentang
Jaan, Aamir Khan tetap berdiam diri walaupun diasak dengan media.
Kalau dulu mungkin Aamir boleh
diamkan diri tapi sekali lagi media menanyakan soalan yang sama bila saban hari
wajah Jaan mempunyai iras Aamir Khan. Tapi baik Aamir ataupun Jessica masing-masing
memilih untuk berdiam diri. Tambah pula selepas kes Jessica diperdayakan oleh
wartawan majalah Stardust. Jessica memilih untuk move on dari masa lalu dia
dengan Aamir dan minta Jaan tidak dikaitkan lagi oleh Aamir since Aamir memilih
untuk mengabaikan mereka berdua.
Jessica dah pun berkahwin dengan businessman di London, William Tabol walaupun William tahu tentang kisah silam Jessica dan menyayangi Jaan sepenuh hatinya. Makin berseri kehidupan mereka dengan kehadiran Tallulah.
Jaan
pula makin banyak mendapat tawaran sebagai model disebabkan kekacakan dan posing skill dia. Here some pictures of Jaan
Harry Hines.
Belek folder Dropbox ada gambar snapped
at The Grills. Dulu masa awal kerja, hari Sabtu kitorang bertiga keluar makan
dekat area Shah Alam sebab nak release stress. Perempuan dan makan berpisah
tiada.
Sebenarnya rancangan asal nak
makan dekat Pelpero tapi tutup pulak sudahnya lepas dua kali pusing dan
berfikir, try lah makan dekat @Grills ni. At first bukan tak nak masuk tapi
sebab restoran dia nampak eksklusif takut pulak nak jejak dengan poket yang
nipis ni.
Tapi bila usha menu dia tak lah
mahal mana pun. Affordable lah untuk sekali sekala makan bila duit berkepuk
hihu.
Portion untuk semua makanan memang besar, nak kongsi dua
orang pun boleh. Kitorang order 4 dishes pun dah penuh meja. Lagi 1 main dish dah hilang gambar tapi chicken chop je. Baru 4, kalau 10?
Rabak poket. T.T
Untuk drinks pulak, sangat tak berbaloi kalau minum dekat sini sebab mahal tapi sedap lah but better if share je drinks ataupun seludup dari luar sebab takde signature drinks ke apa pun. Sama je macam restoran lain tapi harga mahal lagi.
Since entri ni throwback post, jangan tanya berapa harga
total semua tapi cecah seratus lah. But if you ask me, I suka service dekat
sini sebab pelayan dia baik sangat walaupun kitorang banyak cekadak. The
environment is nice, got free wifi, deco cantik, cutlery bersih, memang
comfortable. Cuma waiting time je kena tunggu sikit tapi standard lah makanan
western memang kena tunggu at least half an hour baru sampai. Sebab tu ada appetiser supaya tak menangis tunggu main dish.
If you guys jalan-jalan Seksyen 13 Shah Alam & nak makan western food tapi Pelpero sesak dengan orang, you guys boleh lepak @Grills :)
Untuk 3 hari ni adik turun
Melaka sebab bff dia buat majlis aqiqah anak, so menapak lah kejap ke Terminal
Bas Shah Alam Seksyen 13 tu. This is my first time jejak kaki dekat sana.
Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan terminal bas ni.
Dengan bantuan Waze, sampai
lah dekat sini walhal entah dah berapa kali dah lalu kawasan ni sebelum ni tapi
tak tahu pula yang ni kawasan terminal bas sebab ingatkan additional park space
untuk Stadium Melawati. Tapi Waze pun
buat kitorang sesat sampai dia pun tak tahu macam mana nak reroute. Ya tuhannn
Waze.
Disebabkan hari terakhir
sebelum bermulanya cuti sekolah or cuti sem, so memang ramai lah student dekat
situ. Lucky for my sister dah beli awal dari 2 minggu lepas lagi. Dapat la seat
depan sikit. Kalau dapat area tayar memang azab.
Btw, not knowing much about
this place tapi kesian jugak lah tengok keadaan terminal bas Shah Alam ni sebab
terminal utama tapi tak dijaga rapi. Jalan berlubang bukan sikit, lubang pun
kemain besar. Menangis jugak kalau tak fokus masa drive dekat kawasan ni. Kaunter
tiket diorang pun guna kabin je. Kabin ni kalau tengah panas terik ni memang
azab tau. Sedangkan dekat office pakai aircond paling rendah sekali pun terasa
bahang tu, apatah lagi pakai kipas biasa. Kesian diorang yang berniaga dekat
sini.
Tapi kesian jugak dekat diri
sendiri sebab terkorban duit masa beli air. Dari jauh nampak sedap sangat air
lemon asam boi pudina dia sekali bila beli dia letak lemon alahaiiiii. Padahal
dalam balang air dia meriah sangat tau lemon asam boi dengan daun pudina dia. 3
hengget terkorban.
Adik beli air mineral 500ml
pun sebotol RM2. Fuhhh terus cancel beli. Sebab panas sangat je beli tadi.
Menyesal tak tanya dulu sebelum beli. Lagi sedih bila air lemon ni dia guna
soda bukannya air mineral. Kembang tekak minum air manis. Aduhduhhhh.
Masa SPM dulu belajar paling malas sekali nak pulak kalau
subjek Kimia dengan Fizik sebab tak suka langsung anything yang related dengan
Sains ni. Kalau masuk kelas pun setakat nak mengelamun tak pun tidur. Part yang
best masa buat eksperimen je.
Bukan sebab malas sangat pun, ada je study tu tapi sebab
minat ke arah lain. Dulu masa Form 4 nak masuk kelas aliran Perdagangan/Ekonomi
tapi kelas dah penuh sangat sampai cikgu tu cakap dah taknak ambil student dah.
Menyesal betul lambat masa tu. Sudahnya masuk kelas Lukisan Kejuruteraan sebab
kawan ramai dekat kelas tu. Kelas pertama pun dah rasa kelam je kehidupan sebab
cikgu suruh kotak segi empat sama pun gagal.
Lagi satu hal masuk kelas tu kena angkut Kimia, Fizik dengan
Add Math sekali. Hambek! Memang kelam. Terus malas nak study. Pergi sekolah
buat onar je sampai lah SPM.
Sudahnya bila result SPM keluar, subjek Lukisan Kejuruteraan gagal, Add Math pun
gagal. Kimia dengan Fizik memasing dapat E. Kalau orang lain dah nangis dah
cuak dengan masa depan tapi masa tu steady je lah malas nak ambik port dah. Masa
tu jugak baru tahu rupanya boleh je lagi masuk kelas Perdagangan walaupun dah
overlimit. Masa tahu tu baru rabak. Tapi past is past.
Hari ni adik pulak ambil result SPM. Tapi dia dah bagitahu
dia ada buat slack dekat esei English so kemungkinan besar result dia teruk.
Bila tengok semua credit tapi English lah tersasar sikit but its okay lah. Dah
lepas dah pun. Sekarang ni tengah gigih cari apa kos yang dia minat nak belajar
dekat IPT. Tak sangka adik dah besar dah. Tinggal 2 orang je lagi tengah
sekolah rendah. Fuhhh cepatnya masa berlalu.
Cast : Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana De Armas, Gaia
Weiss, Simon Abkarian, Clemens Schick, Joshua Fitoussi, Kaaris, Lester Makedonsky
Genre : Thriller/Action
Running Time : 93
minutes
Trailer :
Overdrive mengisahkan tentang dua beradik kacak, Andrew (Scott Eastwood) & Garret Foster (Freddie Thorp) yang pakar mencuri kereta antik di Selatan Perancis. The
movie starts with their performance in stealing a 1937 Bugatti 57sc after won the
bidding at France. Tapi malang bagi mereka berdua bila owner kereta tu ketua
mafia di Perancis, Jacomo Morier (Simon Abkarian).
Dua beradik ni kena tangkap & diugut
bunuh sebab cuba cari pasal dengan Jacomo but then they strike a deal di mana
dua beradik Foster berjanji untuk mencuri kereta Ferrari dari rumah musuh ketat
Jacomo iaitu Max Klemp (Clemens Schick) dalam masa seminggu. Since then, beradik
Foster rekrut satu team untuk diorang usahakan misi diorang dan dalam masa yang
sama mengelak dari ditangkap oleh 2 orang pegawai Interpol yang dah lama mengintip pergerakan diorang.
Walaupun storyline movie ni cliché since we already have
Fast & Furious franchise and lots of car racing skill movie, tapi yang
bestnya dalam movie ni bukan casting ataupun storyline but the CARS. Yupp, the
cars. You can watch Alpha Romeo 158, Dodge 6-Al-Capeno, Corvette C1, ’64 Shelby
Cobra, Austin-Healey, Jaguar type E, Jaguar xK120, BMW 327, Aston Martin ’67 Mustang,
Porsche 356 and a room filled with Ferrari collection especially GTO 250.
It's not a car. It's masterpiece
But fret not, even I said cliché storyline with average performance from line-up cast but you guys still can enjoy these Foster’s brothers since they
still have their own time messing with big names in France. And not only
driving, dalam movie ni pun ada jugak action stunt baik Foster’s brothers
mahupun awek-awek diorang. And yes plot twist diorang pun still great to watch
and ‘The Riviera Run’ plan Foster’s brothers selalu mention dari awal movie.
Talking about visuals, kudos to Laurent Barès for great moment with capturing
the beauty of South France. Cuma part kereta terbakar dengan part jambatan
runtuh tu VFX dia tak berapa nak cantik sangat tapi tak lah teruk sangat.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5,9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10
Pelakon : Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Bashah, Sabrina Ali, Shaharuddin Thamby, Esma Danial, Puteri Balqis, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla, Siraj Al Shagoff & Ruzzlan Abdullah
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 106 minit
Trailer :
Dari minggu lepas dah start
nampak review untuk movie KL Special Force ni dekat social media. Some of them
good while some of them are average. My review? Tskkkkk
Geng Anarkis yang diketuai oleh
Asyraff (Shamsul Yusof) dan 4 orang lagi anak buahnya dikepung oleh Lan (Rosyam
Nor) dan pegawai polis yang lain dalam sebuah bank, Damofa Bank di KL. Dengan
kereta kalis peluru, baju kalis peluru, perisai, machine gun Geng Anarkis Berjaya
tumpaskan sepasukan polis dan mengajak Lan untuk menyertai kumpulan mereka dan
menerima habuan besar setiap kali Lan melindungi mereka. The offer sounds great
but not for Lan.
Biarpun bergaji rendah &
selalu tak cukup duit nak bayar bil setiap bulan, Lan tetap dengan pendirian
dia untuk membanteras jenayah profil tinggi seperti Geng Anarkis. Hidup Lan
makin lama makin huru-hara ditambah pula dengan kedatangan Zul (Fattah Amin)
yang mematahkan rancangan dia untuk menangkap Geng Anarkis. Zul mengesyaki Lan,
Lan mengesyaki Zul and that goes on and on sampai dah nak hujung cerita. How tired
I am? Very exhausted one lah you know watching them fighting and arguing for a
stupid thing. Benda boleh settle kalau Lan bagitau je chief tentang undercover
plan dia.
Movie ni memang banyak loopholes
ditambah pulak dengan script dia yang cringe teruk. I’m not sure plot masa dia
berapa lama dari kejadian Asyraff jumpa Lan untuk pertama kali dengan plot masa
kemunculan Zul. Kalau tempoh masa ni agak lama, sakit hati juga tengok
kedangkalan Lan sebab Geng Anarkis cuma target satu bank je dekat KL ni, Damofa
Bank. Punya ramai team member dekat belakang Lan tapi sorang pun tak nampak
pattern Geng Anarkis.
Memang boring ye first half sampai
kemunculan Fattah and he cracked up some patterns, show his skills and stunt,
smirk a lil bit in this team. I am sorry to break this news but ermm Fattah did
overshade Rosyam Nor in this movie and he did justice to Zul character and yes
this movie lies on his shoulder. Big time. Idk which class he went to but that
class did a spectacular job for his career. Mungkin bab emotion tak jauh pergi
lagi tapi tak wujud istilah kayu and perlu bergantung dengan karakter lain
untuk tonjolkan persembahan dia. Yet the best part haruslah ayat
‘Aku dah pilih jalan yang benar
tapi kenapa jalan ni perit?’
Sembang pasal Skop Productions,
kelebihan dia dekat visual untuk movie action but I feel sorry for all vehicles
in this movie sebab mesti meletup. Tembak sekali dah meletup, apatah lagi
tembak banyak kali. Plus, tak tahu lah siapa punya idea setiap kali orang
mengelak peluru, mesti ada slo-mo dia landing. Be it the villain, civilians or police
force. Sorang dua best lah nak tengok ni sampai semua yang landing dia nak
tayang, habis masa dekat situ je. Dah lah semua polis tak reti berlindung and
suka habiskan peluru. Nak pulak part SWAT kepung gudang lama tu. Asyraff tak
keluar pun lagi diorang dah menembak beria. Masalahnya tak aim pun dekat gudang
tu. Kalau diorang bertiga sandar dekat dinding tunggu Asyraff keluar lepastu
tembak, dah jimat banyak dah peluru but nahhhh make it rain fellas.
I bet dekat hujung cerita
director nak highlight scene Asyraff dengan Zul berlawan and it did amuse me
for that scene tapi yang menyampahnya part Asyraff nak tembak Mia tu dah kena
kepung dengan SWAT and police force, takde ke yang terfikir nak tembak je
tangan Asyraff? Siap bawak mak bagai sudahnya yillek.
If you guys looking for intense
moment, this movie don’t have any. Entah siapa punya idea mesti kena ada part
menjerit. Bingit jugak lah movie ni semua orang nak sembang nada lantang.Dia
mesti ada part ugghhh, arrgghh, egghhh segala lah bunyi dia nak keluarkan
padahal boleh je kurangkan dialog & bunyi. Dia macam tengok penyanyi nak
buat gaya tangan untuk semua lirik dia masa perform atas stage. Tak boleh chill
langsung.
Back to awful script I’ve
mentioned earlier and yes that team yang tracked down Geng Anarkis, ada scene
Zul dengan Dino tengok CCTV untuk kaji balik kejadian rompakan bank.
Dino : Lepas rompakan tu semua
hilang tak dapat dikesan di CCTV kawasan tu.
Zul : Mungkin diorang ikut jalan
underground.
Dino : Lagi satu, ini footage
diorang keluar ikut underground
Another scene bila Zul tengok
CCTV & nampak orang kanan Dato’ Meor mati kena tembak dekat rooftop and tanya
Dino siapa tu padahal kalau ikut logic cerita supposedly Zul kenal lah siapa
orang kanan tu sebab Zul tunang Mia, anak Dato’ Meor. Mana Dato’ Meor pergi
orang kanan dia ada sekali. Yet again, tak ada siapa pun kisah pasal orang
kanan Dato’ Meor walhal dia watak penting dalam cerita ni.
Part flashback macam mana
tertubuhnya Geng Anarkis ni pun sama jugak. Part Asyraff nak sembang kekejaman
dan ketidakadilan dunia ni memang cantik dah tapi lagi cantik kalau Asyraff
dengan Rizal tu takde dosa & memang teraniaya dengan kuasa dan harta Dato’
Meor. Kalau jadi macamtu baru rasa berbelah hati nak menangkan Asyraff ataupun
stay dengan polis.
But Asyraff did earn some brownie
points sebab tindakan dia memang tak dijangka. Ada part nampak macam dia
simpati tapi dia jadi kejam. Ada part dia jadi kejam tapi rupanya dia just
chill. Upredictable.In a nutshell, kalau you guys
peminat Fattah Amin, you can enjoy the whole show but if you guys are action movie
freak, this one is a disaster.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.3, 5.Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10
Before this sembang pasal pokok bendi tapi bendi dah habis,
kita sembang pasal pokok tomato pulak sebab tengah queue nak membesar buahnya
lepas berbulan pokok dia membiak.
Tapi lepas beberapa minggu condition dia sama je besar ni
je. Dari hijau membawa ke oren membawa ke merah memang besar tu je lah dia.
Since kulit dia macam dah nak rosak, petik je lah dari pokok lepastu cantas
terus pokoknya sebab nak control ketinggian pokok dia.
Kecewa jugak la tengok saiz buah tomato ni sebab dah lama
tunggu dia berbuah sudahnya terbantut. Maybe sebab guna pasu leper kot so tanah
tu tak dalam sangat, akar tu tak pergi jauh. Tapi bila rasa buah tomato ni
happy jugak la sebab manis sangat. Sudahnya masuk mulut je macam makan tomato
ceri.
Untuk pokok tomato baru, dah tukar dah pasu yang dalam sikit
pastu letak baja lebih sikit. Harap menjadi lah second time ni. But not bad lah
first time tanam naik cantik je pokok walaupun masa dia membesar pindah rumah
sana sini. Dengan masalah serangga & iklim lagi. A happy moment and
experience indeed. Goal accomplished! Yeayyy!
Cast : Sally Hawkins, Doug Jones, Michael Shannon, Octavia Spencer, Michael Stuhlbarg, Richard Jenkins, Lauren Lee Smith
Genre : Drama/Fantasy
Running Time : 119 minutes
Trailer :
Upon recommendation from Twitter, ramai sangat yang cakap
movie ni best plus TOS menang 4 award di Academy Oscars tahun lepas especially Best Picture & Best Director so its
kind of jinx lah kalau tak tengok movie terbaik kan? So I’ve decided to watch
it yesterday.
Mengisahkan tentang Elisa (Sally Hawkins), seorang cleaner yang bisu bekerja
di sebuah makmal rahsia kerajaan di Baltimore bersama rakan baiknya Zelda (Octavia Spencer) pada tahun 1962. Rutin harian Elsa sama je setiap
hari, dan boleh dikatakan membosankan tapi semenjak kehadiran Amphibian Man (Doug Jones) di
makmal tu, Elisa mula dekatkan diri untuk berkawan dengan mahkluk unik yang
dianggap Tuhan oleh masyarakat Amazon.
I’m actually tak jelas sangat apa yang diorang nak dengan
makhluk ni sebab ada dua pihak yang melabel makhluk ni sebagai asset. Satu
pihak dari Rusia, Dr.Robert (Michael Stuhlbarg) nak mengkaji manakala satu pihak dari Amerika, Mr. Strickland (Michael Shannon) lagi nak hantar
ke Bulan. Untuk apa? Entah. Yang pasti, Elisa jatuh cinta dengan makhluk unik
tu sebab makhluk tu je yang happy jumpa Elisa. Well ada lagi manusia yang happy
jumpa dia tapi tu lah kita nak tengok apa kita nak tengok je.
So dari situ bermula lah episod persahabatan kemudian
percintaan Elisa dengan makhluk unik. Disebabkan pihak Rusia dapat arahan untuk
bunuh makhluk tu, Elisa merancang untuk larikan dia ke rumah. Dengan bantuan housemate Elisa, Giles,
Zelda dan Dr, Elisa berjaya simpan mahkluk unik tu di rumahnya and have sex
with it.
Makin hari, makhluk unik tu tak mampu hidup dalam air garam
buatan sebab habitatnya dalam air laut so Elisa memang dah cadang nak lepaskan
ke laut 10hb sebab ikut ramalan kaji cuaca, waktu tu hujan lebat so air laut
akan melimpah dekat pelabuhan. Tapi agenda dia terhalang sebab pihak Amerika
nak rampas balik makhluk tu untuk misi diorang sampai membunuh sana-sini.
Ikutkan gaya sembang dekat Twitter, macam best teruk movie
ni tapi penuh dengan sexual scenes and slow pace motion. Kalau nak sembang
visual memang cantik lah tapi kalau nak sembang content, I think better lagi
tengok Beauty and The Beast. Mencintai makhluk lain seikhlas hati cuma bezanya Elisa tak break any curse pun tapi Amphibian Man tu yang bagi keistimewaan dekat Elisa.
No wonder lah ada yang geram kenapa movie sejarah negara
macam Only The Brave tak dapat tempat tapi movie yang penuh dengan seks
diangkat di Oscar. This movie is a bore so you guys tak perlu tengok pun not
even bila bosan melanda. Lagi satu hal movie ni ada macam unsur musical sikit
so tambah lah bosan yang sememangnya dah membosankan tu. Tak tahu lah nak kata
mesej movie ni cinta tak mengenal rupa ataupun percintaan seorang Zoophilia or
bestiality. There I’ve ruin a so-called modern masterpiece.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 7.2/10