Throwback Thursday : Zaman Dapat Result SPM

Thursday, 15 March 2018


Masa SPM dulu belajar paling malas sekali nak pulak kalau subjek Kimia dengan Fizik sebab tak suka langsung anything yang related dengan Sains ni. Kalau masuk kelas pun setakat nak mengelamun tak pun tidur. Part yang best masa buat eksperimen je.

Bukan sebab malas sangat pun, ada je study tu tapi sebab minat ke arah lain. Dulu masa Form 4 nak masuk kelas aliran Perdagangan/Ekonomi tapi kelas dah penuh sangat sampai cikgu tu cakap dah taknak ambil student dah. Menyesal betul lambat masa tu. Sudahnya masuk kelas Lukisan Kejuruteraan sebab kawan ramai dekat kelas tu. Kelas pertama pun dah rasa kelam je kehidupan sebab cikgu suruh kotak segi empat sama pun gagal.

Lagi satu hal masuk kelas tu kena angkut Kimia, Fizik dengan Add Math sekali. Hambek! Memang kelam. Terus malas nak study. Pergi sekolah buat onar je sampai lah SPM.

Sudahnya bila result SPM keluar, subjek Lukisan Kejuruteraan gagal, Add Math pun gagal. Kimia dengan Fizik memasing dapat E. Kalau orang lain dah nangis dah cuak dengan masa depan tapi masa tu steady je lah malas nak ambik port dah. Masa tu jugak baru tahu rupanya boleh je lagi masuk kelas Perdagangan walaupun dah overlimit. Masa tahu tu baru rabak. Tapi past is past.

Hari ni adik pulak ambil result SPM. Tapi dia dah bagitahu dia ada buat slack dekat esei English so kemungkinan besar result dia teruk. Bila tengok semua credit tapi English lah tersasar sikit but its okay lah. Dah lepas dah pun. Sekarang ni tengah gigih cari apa kos yang dia minat nak belajar dekat IPT. Tak sangka adik dah besar dah. Tinggal 2 orang je lagi tengah sekolah rendah. Fuhhh cepatnya masa berlalu.

Movie Review : Overdrive


Related image

Director : Antonio Negret
Cast : Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana De Armas, Gaia Weiss, Simon Abkarian, Clemens Schick, Joshua Fitoussi, Kaaris, Lester Makedonsky
Genre : Thriller/Action
Running  Time : 93 minutes
Trailer :


Overdrive mengisahkan tentang dua beradik kacak, Andrew (Scott Eastwood) & Garret Foster (Freddie Thorp) yang pakar mencuri kereta antik di Selatan Perancis. The movie starts with their performance in stealing a 1937 Bugatti 57sc after won the bidding at France. Tapi malang bagi mereka berdua bila owner kereta tu ketua mafia di Perancis, Jacomo Morier (Simon Abkarian). 

Related image

Dua beradik ni kena tangkap & diugut bunuh sebab cuba cari pasal dengan Jacomo but then they strike a deal di mana dua beradik Foster berjanji untuk mencuri kereta Ferrari dari rumah musuh ketat Jacomo iaitu Max Klemp (Clemens Schick) dalam masa seminggu. Since then, beradik Foster rekrut satu team untuk diorang usahakan misi diorang dan dalam masa yang sama mengelak dari ditangkap oleh 2 orang pegawai Interpol yang dah lama mengintip pergerakan diorang.  

Walaupun storyline movie ni cliché since we already have Fast & Furious franchise and lots of car racing skill movie, tapi yang bestnya dalam movie ni bukan casting ataupun storyline but the CARS. Yupp, the cars. You can watch Alpha Romeo 158, Dodge 6-Al-Capeno, Corvette C1, ’64 Shelby Cobra, Austin-Healey, Jaguar type E, Jaguar xK120, BMW 327, Aston Martin ’67 Mustang, Porsche 356 and a room filled with Ferrari collection especially GTO 250.



It's not a car. It's masterpiece
But fret not, even I said cliché storyline with average performance from line-up cast but you guys still can enjoy these Foster’s brothers since they still have their own time messing with big names in France. And not only driving, dalam movie ni pun ada jugak action stunt baik Foster’s brothers mahupun awek-awek diorang. And yes plot twist diorang pun still great to watch and ‘The Riviera Run’ plan Foster’s brothers selalu mention dari awal movie.

Talking about visuals, kudos to Laurent Barès for great moment with capturing the beauty of South France. Cuma part kereta terbakar dengan part jambatan runtuh tu VFX dia tak berapa nak cantik sangat tapi tak lah teruk sangat.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5,9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10

Movie Review : KL Special Force

Wednesday, 14 March 2018

Related image

Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Bashah, Sabrina Ali, Shaharuddin Thamby, Esma Danial, Puteri Balqis, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla, Siraj Al Shagoff & Ruzzlan Abdullah
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 106 minit
Trailer :


Dari minggu lepas dah start nampak review untuk movie KL Special Force ni dekat social media. Some of them good while some of them are average. My review? Tskkkkk

Geng Anarkis yang diketuai oleh Asyraff (Shamsul Yusof) dan 4 orang lagi anak buahnya dikepung oleh Lan (Rosyam Nor) dan pegawai polis yang lain dalam sebuah bank, Damofa Bank di KL. Dengan kereta kalis peluru, baju kalis peluru, perisai, machine gun Geng Anarkis Berjaya tumpaskan sepasukan polis dan mengajak Lan untuk menyertai kumpulan mereka dan menerima habuan besar setiap kali Lan melindungi mereka. The offer sounds great but not for Lan.

Image result for kl special force

Biarpun bergaji rendah & selalu tak cukup duit nak bayar bil setiap bulan, Lan tetap dengan pendirian dia untuk membanteras jenayah profil tinggi seperti Geng Anarkis. Hidup Lan makin lama makin huru-hara ditambah pula dengan kedatangan Zul (Fattah Amin) yang mematahkan rancangan dia untuk menangkap Geng Anarkis. Zul mengesyaki Lan, Lan mengesyaki Zul and that goes on and on sampai dah nak hujung cerita. How tired I am? Very exhausted one lah you know watching them fighting and arguing for a stupid thing. Benda boleh settle kalau Lan bagitau je chief tentang undercover plan dia.

Movie ni memang banyak loopholes ditambah pulak dengan script dia yang cringe teruk. I’m not sure plot masa dia berapa lama dari kejadian Asyraff jumpa Lan untuk pertama kali dengan plot masa kemunculan Zul. Kalau tempoh masa ni agak lama, sakit hati juga tengok kedangkalan Lan sebab Geng Anarkis cuma target satu bank je dekat KL ni, Damofa Bank. Punya ramai team member dekat belakang Lan tapi sorang pun tak nampak pattern Geng Anarkis. 

Image result for kl special force

Memang boring ye first half sampai kemunculan Fattah and he cracked up some patterns, show his skills and stunt, smirk a lil bit in this team. I am sorry to break this news but ermm Fattah did overshade Rosyam Nor in this movie and he did justice to Zul character and yes this movie lies on his shoulder. Big time. Idk which class he went to but that class did a spectacular job for his career. Mungkin bab emotion tak jauh pergi lagi tapi tak wujud istilah kayu and perlu bergantung dengan karakter lain untuk tonjolkan persembahan dia. Yet the best part haruslah ayat

‘Aku dah pilih jalan yang benar tapi kenapa jalan ni perit?’

Sembang pasal Skop Productions, kelebihan dia dekat visual untuk movie action but I feel sorry for all vehicles in this movie sebab mesti meletup. Tembak sekali dah meletup, apatah lagi tembak banyak kali. Plus, tak tahu lah siapa punya idea setiap kali orang mengelak peluru, mesti ada slo-mo dia landing. Be it the villain, civilians or police force. Sorang dua best lah nak tengok ni sampai semua yang landing dia nak tayang, habis masa dekat situ je. Dah lah semua polis tak reti berlindung and suka habiskan peluru. Nak pulak part SWAT kepung gudang lama tu. Asyraff tak keluar pun lagi diorang dah menembak beria. Masalahnya tak aim pun dekat gudang tu. Kalau diorang bertiga sandar dekat dinding tunggu Asyraff keluar lepastu tembak, dah jimat banyak dah peluru but nahhhh make it rain fellas.

Image result for kl special force

I bet dekat hujung cerita director nak highlight scene Asyraff dengan Zul berlawan and it did amuse me for that scene tapi yang menyampahnya part Asyraff nak tembak Mia tu dah kena kepung dengan SWAT and police force, takde ke yang terfikir nak tembak je tangan Asyraff? Siap bawak mak bagai sudahnya yillek.

If you guys looking for intense moment, this movie don’t have any. Entah siapa punya idea mesti kena ada part menjerit. Bingit jugak lah movie ni semua orang nak sembang nada lantang.Dia mesti ada part ugghhh, arrgghh, egghhh segala lah bunyi dia nak keluarkan padahal boleh je kurangkan dialog & bunyi. Dia macam tengok penyanyi nak buat gaya tangan untuk semua lirik dia masa perform atas stage. Tak boleh chill langsung.

Back to awful script I’ve mentioned earlier and yes that team yang tracked down Geng Anarkis, ada scene Zul dengan Dino tengok CCTV untuk kaji balik kejadian rompakan bank.

Dino : Lepas rompakan tu semua hilang tak dapat dikesan di CCTV kawasan tu.
Zul : Mungkin diorang ikut jalan underground.
Dino : Lagi satu, ini footage diorang keluar ikut underground

Another scene bila Zul tengok CCTV & nampak orang kanan Dato’ Meor mati kena tembak dekat rooftop and tanya Dino siapa tu padahal kalau ikut logic cerita supposedly Zul kenal lah siapa orang kanan tu sebab Zul tunang Mia, anak Dato’ Meor. Mana Dato’ Meor pergi orang kanan dia ada sekali. Yet again, tak ada siapa pun kisah pasal orang kanan Dato’ Meor walhal dia watak penting dalam cerita ni.


Part flashback macam mana tertubuhnya Geng Anarkis ni pun sama jugak. Part Asyraff nak sembang kekejaman dan ketidakadilan dunia ni memang cantik dah tapi lagi cantik kalau Asyraff dengan Rizal tu takde dosa & memang teraniaya dengan kuasa dan harta Dato’ Meor. Kalau jadi macamtu baru rasa berbelah hati nak menangkan Asyraff ataupun stay dengan polis.

But Asyraff did earn some brownie points sebab tindakan dia memang tak dijangka. Ada part nampak macam dia simpati tapi dia jadi kejam. Ada part dia jadi kejam tapi rupanya dia just chill. Upredictable.In a nutshell, kalau you guys peminat Fattah Amin, you can enjoy the whole show but if you guys are action movie freak, this one is a disaster.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5.Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Pokok Tomato Dah Berbuah


Before this sembang pasal pokok bendi tapi bendi dah habis, kita sembang pasal pokok tomato pulak sebab tengah queue nak membesar buahnya lepas berbulan pokok dia membiak.

 

Tapi lepas beberapa minggu condition dia sama je besar ni je. Dari hijau membawa ke oren membawa ke merah memang besar tu je lah dia. Since kulit dia macam dah nak rosak, petik je lah dari pokok lepastu cantas terus pokoknya sebab nak control ketinggian pokok dia.

Kecewa jugak la tengok saiz buah tomato ni sebab dah lama tunggu dia berbuah sudahnya terbantut. Maybe sebab guna pasu leper kot so tanah tu tak dalam sangat, akar tu tak pergi jauh. Tapi bila rasa buah tomato ni happy jugak la sebab manis sangat. Sudahnya masuk mulut je macam makan tomato ceri.

Untuk pokok tomato baru, dah tukar dah pasu yang dalam sikit pastu letak baja lebih sikit. Harap menjadi lah second time ni. But not bad lah first time tanam naik cantik je pokok walaupun masa dia membesar pindah rumah sana sini. Dengan masalah serangga & iklim lagi. A happy moment and experience indeed. Goal accomplished! Yeayyy!

Movie Review : The Shape Of Water

Tuesday, 13 March 2018


Related image

Director : Guillermo del Toro
Cast : Sally Hawkins, Doug Jones, Michael Shannon, Octavia Spencer, Michael Stuhlbarg, Richard Jenkins, Lauren Lee Smith
Genre : Drama/Fantasy
Running Time : 119 minutes
Trailer :

Upon recommendation from Twitter, ramai sangat yang cakap movie ni best plus TOS menang 4 award di Academy Oscars tahun lepas especially Best Picture & Best Director so its kind of jinx lah kalau tak tengok movie terbaik kan? So I’ve decided to watch it yesterday.

Mengisahkan tentang Elisa (Sally Hawkins), seorang cleaner yang bisu bekerja di sebuah makmal rahsia kerajaan di Baltimore bersama rakan baiknya Zelda (Octavia Spencer) pada tahun 1962. Rutin harian Elsa sama je setiap hari, dan boleh dikatakan membosankan tapi semenjak kehadiran Amphibian Man (Doug Jones) di makmal tu, Elisa mula dekatkan diri untuk berkawan dengan mahkluk unik yang dianggap Tuhan oleh masyarakat Amazon.

Image result for the shape of water

I’m actually tak jelas sangat apa yang diorang nak dengan makhluk ni sebab ada dua pihak yang melabel makhluk ni sebagai asset. Satu pihak dari Rusia, Dr.Robert (Michael Stuhlbarg) nak mengkaji manakala satu pihak dari Amerika, Mr. Strickland (Michael Shannon) lagi nak hantar ke Bulan. Untuk apa? Entah. Yang pasti, Elisa jatuh cinta dengan makhluk unik tu sebab makhluk tu je yang happy jumpa Elisa. Well ada lagi manusia yang happy jumpa dia tapi tu lah kita nak tengok apa kita nak tengok je.

So dari situ bermula lah episod persahabatan kemudian percintaan Elisa dengan makhluk unik. Disebabkan pihak Rusia dapat arahan untuk bunuh makhluk tu, Elisa merancang untuk larikan dia ke rumah. Dengan bantuan housemate Elisa, Giles, Zelda dan Dr, Elisa berjaya simpan mahkluk unik tu di rumahnya and have sex with it.

Image result for the shape of water

Makin hari, makhluk unik tu tak mampu hidup dalam air garam buatan sebab habitatnya dalam air laut so Elisa memang dah cadang nak lepaskan ke laut 10hb sebab ikut ramalan kaji cuaca, waktu tu hujan lebat so air laut akan melimpah dekat pelabuhan. Tapi agenda dia terhalang sebab pihak Amerika nak rampas balik makhluk tu untuk misi diorang sampai membunuh sana-sini.

Ikutkan gaya sembang dekat Twitter, macam best teruk movie ni tapi penuh dengan sexual scenes and slow pace motion. Kalau nak sembang visual memang cantik lah tapi kalau nak sembang content, I think better lagi tengok Beauty and The Beast. Mencintai makhluk lain seikhlas hati cuma bezanya Elisa tak break any curse pun tapi Amphibian Man tu yang bagi keistimewaan dekat Elisa. 

Image result for the shape of water

No wonder lah ada yang geram kenapa movie sejarah negara macam Only The Brave tak dapat tempat tapi movie yang penuh dengan seks diangkat di Oscar. This movie is a bore so you guys tak perlu tengok pun not even bila bosan melanda. Lagi satu hal movie ni ada macam unsur musical sikit so tambah lah bosan yang sememangnya dah membosankan tu. Tak tahu lah nak kata mesej movie ni cinta tak mengenal rupa ataupun percintaan seorang Zoophilia or bestiality. There I’ve ruin a so-called modern masterpiece.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 7.2/10

Hadiah GA CT Roxalyne Dah Sampai

Last week dapat parcel dari Roxalyne sebab menang GA dia tahun lepas. Actually dah tak teringat langsung ada menang GA anjuran blogger ni sebab dah lama. Bila baca surat kecil dia bagi baru teringat balik ada menang hadiah misteri. 



Terima kasih sangat untuk hadiah misteri ni sebab semua barang yang awak bagi memang otw nak pergi beli tapi Alhamdulillah rezeki dapat hadiah. Semua barang comel-comel pulak tu, penuh dengan bunga. Memang fav kita lah bunga-bunga ni. Memang betul lah kata PosLaju, 'Kami Sampaikan Pakej Keceriaan'

Terima kasih sekali lagi J

Drama Review | Gantung (2018)

Monday, 12 March 2018

Image result for drama gantung

Pengarah : Shamyl Othman
Penulis Skrip : Nadia Khan
Pelakon : Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafreez Adam, Gita Sucia, Brandon Salim, Taufiq Hanafi, Mentari De Marelle, Sue Tan, Intan Najuwa, Radhi Khalid, Chew Kin Wah
Genre : Remaja/Seram
Tayangan Episod : 16 episod
Penerbit : Red Communications
Penyiaran : Tribe (Indonesia), Astro First (Malaysia)
Trailer :


Gantung mengisahkan tentang 4 sekawan, Gibbs, Ray, Troll dan KJ  yang melalui final year di salah sebuah sekolah elit, Dahlia International School. Gibbs (Randy Pangalila) mempunyai wang dan sekaligus kuasa di sekolah tu so most likely he can walk away freely even buat salah and yes of course dia gunakan kuasa dia juga untuk lindungi Ray, KJ & Troll dari rakan sekolah lain dan juga guru disiplin, Pak Lan (Radhi Khalid).


Berpegang pada kod Musketeers, ramai pelajar perempuan yang have sex dengan mereka berempat walaupun Ray (Ikmal Amry) dikatakan gay. Antara diorang berempat, yang paling waras haruslah Ray ditambah pula dengan persona dia sebagai orang teater. Nampak pendiam tapi kata-kata yang keluar memang terkesan nak pula dekat scene Gibbs cerita pasal Tasha pregnant.

Walaupun drama Gantung ni genre seram with perfect audio gives you great creepy vibes, tapi keletah KJ (Brandon Salim) dan Troll (Hafreez Adam) memang mencuit hati. And some scenes yang lain macam ‘Liliana’ dengan scene adik junior kena baca pendinding di bilik Gibbs.


I gotta say watak Sofil (Taufiq Hanafi) memang annoying sangat sampai setiap kali dia muncul memang roll eyes 360 darjah. Nak pulak bila dia suka cari pasal dengan Ray. But it’s a great acting from him. Sama juga dengan Fara (Mentari De Marelle) dan Ratna (Gita Sucia).

If you guys dah pernah baca novel Gantung (my review in HERE) dan dah tahu misteri disebalik kejadian, well dalam drama Gantung ni, sepanjang 16 episod I can say cuma suku je dari novel tu yang diolah kepada drama dan ada watak-watak yang dikembangkan menjadi lebih baik cumanya ada part yang you guys memang kena baca novel baru boleh faham certain scenes yang dipaparkan dalam drama macam scene Gibbs tidur rumah Fara, kenapa Ray happy jumpa Ratna for the first time and other scenes. 


Dalam novel Gantung, it was purely Malaysian tapi bila dalam drama dah jadi hubungan dua serantau dah sebab ada pelakon Indonesia but it’s great! Seriously perfect casting for each character and cast dalam drama ni semua kena hadap sesi ujibakat before terpilih and that’s why its one of the reason drama ni best. Walaupun at first nak tengok drama Gantung ni sebab Randy Pangalila tapi mata jadi juling bila tengok Ikmal & Brandon. Haihhhh jatuh cinta!


Writer-script untuk drama ni, Nadia Khan which is the author of Gantung dan disunting oleh Lina Khan and I wanna say great job for making this drama great and sesuai untuk tayangan umum since dalam novel ada part yang agak raw dan keterlaluan untuk dihadam for conservatives especially part Ratna dimalukan oleh KJ & Troll and that's might be the major reason for the delay in Malaysia. But fret not, dalam drama all clean and suitable to watch for every age level. 


I admit I watch drama ni secara haram sebab tak tahu pulak belum tayang dekat Malaysia lagi. Drama ni ditayangkan di Indonesia and that’s why lah dah ramai yang share dekat social media. I just wanna say thanks kepada yang share link. Penat 2 tahun tunggu drama ni. Not sure I boleh layan ke tak dekat Astro nanti since I don’t have any access so I can only do justice for drama Gantung by sharing this review.




Great line-up cast with perfect cinematography, audio and editing, I must say this drama is worth to watch. Can't wait for the sequel tho and please do watch it once Gantung dah keluar di Malaysia sebab ramai yang tak sabar nak tunggu second season. I just hope Gantung ada 10 season sebab tak puas tengok and personally, between novel and series, I lebih suka series sebab watak dikembangkan, jalan cerita dikembangkan and these characters memang messed up with your life terutama Ray & Gibbs ❤🌸. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10


Update : Team Gantung buat crowdfunding untuk terbitkan movie Gantung. Boleh baca dekat SINI :) 

Book Review : Gantung

Sunday, 11 March 2018



Penulis : Nadia Khan
Publisher : Buku Fixi
Genre : Misteri/Horror/Remaja
Helaian : 293 muka surat/45 bab
Sinopsis :

“Musketeer Code – no all for one, one for all”

Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code: peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.

Sehinggalah peraturan itu dilanggar…dan seorang awek psiko mencetuskan tragedy yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian-

I have fun time reading Gantung bcs its only took me a day to finish this. Boleh jadi setengah hari je kalau straight baca tanpa buat kerja. Susah nak habiskan novel dalam masa singkat ni. Sampai rasa nak baca Gantung 2 tapi tak dapat sebab tak sampai lagi. So kena hold dulu and buat review dulu. Hihu.

Like most of reviews stated Gantung is the best, yupp I admit, it is the best book for fixi genre. Kandungan cerita, watak yang ada – Gibbs, Ray, KJ, Troll, Deepa, Fara semua memang cantik diceritakan. Same goes to Jeremy, Lina, Khalil and Cikgu.

Dalam buku Gantung ni you guys ken abaca 2 cerita yang berjalan serentak which will messed up your head tapi disebabkan karya santai ni cantik digarap so you guys tak ada masalah untuk enjoy the story. Cuma ada sedikit confusion bila dah sampai dekat part ending tu. Walaupun banyak persoalan yang terurai tapi masih ada lagi yang berbelit sebab timeline dia tu sendiri. Nadia tutup kelemahan cerita ni dengan plot twist dia.

But talking about plot twist, kalau dah selalu sangat layan cerita genre mystery, plot twist Nadia ni sekejap je korang dah boleh snap jari. Dari pertengahan cerita sampai ke ending tu you guys dah boleh tahu dah apa yang Nadia simpan tapi just follow the flow sebab nak tahu apa kisah disebalik misteri tu. Dan misteri tu tragedi yang menimpa Sekolah Menengah Cemerlang, Gemilang, Terbilang (SMCGT) 10 tahun lepas.

Sembang pasal tragedi 10 tahun lepas, ada macam tak logik sikit bila Thangakaliswaran boleh masuk dalam asrama sekolah tu untuk balas dendam. Tapi cerita fiksyen kan, so terima je lah walaupun ketidakadilan pada watak Gibbs, Fara dan Ray. I’m glad Fara finally boleh move on lepas 10 tahun dan bina keluarga macam manusia lain.

Even genre horror tapi tak seram sangat lah. Biasa je sebab cuma cerita sampingan. Standard sekolah asrama lah ada hantu tu. Genre novel ni lebih kepada persahabatan sebanrnya. Emosi jugak lah baca nak pula bila part Khalil recall balik kenangan dia dekat sekolah tu dengan cikgu. 

Can’t wait for the sequel and yupp, nak cari novel Kelabu jugak lepas ni sebab genre cerita lebih kurang sama dengan Gantung ni.

Israel Datang Berjemaah

Thursday, 8 March 2018

Macam biasa pagi-pagi usha blog stats tapi semalam luar biasa sikit sebab pukul 3 sampai 2 ribu pengunjung datang sini dari negara Israel. Entah apa yang diorang belek. Tengok keywords tak ada pun yang berkaitan dengan diorang.



Sebelum ni ada nampak Mrs Pip post dekat Instagram PV by Countries ada negara Israel tapi tak la ramai macam ni. Kus semangat den nengok haaa. Ada yang kena jugak ke macam ni?

Nasi Ayam McD Kota Damansara

Wednesday, 7 March 2018


Sabtu lepas jejak kaki ke McD sebab ada orang craving dengan Nasi Ayam McD. Before this ada nampak Nasi Lemak McD tapi tak tahu pula kewujudan Nasi Ayam dia. Masa tengah queue tu belek poster dia sebab tengok menu baru - Nasi Telur, Nasi Ayam Tanpa Telur dengan Nasi Ayam. Terpaksa ambil gambar dekat Twitter sebab dalam laman web McD tak wujud pulak 3 serangkai ni. 

Credit : Twitter FoodViralMY
So this is our Nasi Ayam McD (Tanpa Telur). Sama atau tak dengan dalam poster? 


Sambal tak nampak sebab dia letak bawah ayam. At first I thought dia nak letak ayam goreng McD tapi dia bagi ayam regular. Hambar. Siapa yang suka makan banyak happy la kot makan meal ni sebab nasi dia banyak. Dalam poster dapat timun 2 potong tapi dapat sepotong je. Sambal dia sedap sebab guna sambal ikan bilis. Rasanya dia ambil sambal Nasi Lemak letak dekat Nasi Ayam. Sambal je lah sumber kebahagiaan untuk menu ni. 

Sedap lagi Nasi Ayam KFC sebab ayam boleh pilih Spicy ataupun Original. Sayur pun dapat coleslaw, terasa lah sayur tu nak dibandingkan dengan timun sepotong. 

In terms of harga, satu set Nasi Ayam ni RM 9.95 termasuk dengan air. Kalau Nasi Ayam KFC around RM7? I'm not sure the exact price sebab selalu pergi waktu Lunch or Dinner Treats. Lagipun dah lama tak makan set tu. Even dekat page KFC pun tak wujud menu tu untuk buat reference. 


Not gonna try Nasi Lemak McD sebab mahal kemain nak pulak bila dapat ayam hambar macamtu. RM11.95 boleh makan 5 nasi lemak telur mata separuh masak ataupun 2 nasi lemak ayam dekat warung biasa. Sedap pulak tu. Lagipun ada baca ramai yang tak suka sebab tak sedap & kosong. Nasi lemak kalau tak ada ikan bilis, tak sempurna kewujudannya gittewwww. 

Anyway, tak berbaloi makan Nasi Ayam McD walaupun sambal dia letops. Ciao!