Cast : Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana De Armas, Gaia
Weiss, Simon Abkarian, Clemens Schick, Joshua Fitoussi, Kaaris, Lester Makedonsky
Genre : Thriller/Action
Running Time : 93
minutes
Trailer :
Overdrive mengisahkan tentang dua beradik kacak, Andrew (Scott Eastwood) & Garret Foster (Freddie Thorp) yang pakar mencuri kereta antik di Selatan Perancis. The
movie starts with their performance in stealing a 1937 Bugatti 57sc after won the
bidding at France. Tapi malang bagi mereka berdua bila owner kereta tu ketua
mafia di Perancis, Jacomo Morier (Simon Abkarian).
Dua beradik ni kena tangkap & diugut
bunuh sebab cuba cari pasal dengan Jacomo but then they strike a deal di mana
dua beradik Foster berjanji untuk mencuri kereta Ferrari dari rumah musuh ketat
Jacomo iaitu Max Klemp (Clemens Schick) dalam masa seminggu. Since then, beradik
Foster rekrut satu team untuk diorang usahakan misi diorang dan dalam masa yang
sama mengelak dari ditangkap oleh 2 orang pegawai Interpol yang dah lama mengintip pergerakan diorang.
Talking about visuals, kudos to Laurent Barès for great moment with capturing
the beauty of South France. Cuma part kereta terbakar dengan part jambatan
runtuh tu VFX dia tak berapa nak cantik sangat tapi tak lah teruk sangat.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5,9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10
Pelakon : Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Bashah, Sabrina Ali, Shaharuddin Thamby, Esma Danial, Puteri Balqis, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla, Siraj Al Shagoff & Ruzzlan Abdullah
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 106 minit
Trailer :
Dari minggu lepas dah start
nampak review untuk movie KL Special Force ni dekat social media. Some of them
good while some of them are average. My review? Tskkkkk
Geng Anarkis yang diketuai oleh
Asyraff (Shamsul Yusof) dan 4 orang lagi anak buahnya dikepung oleh Lan (Rosyam
Nor) dan pegawai polis yang lain dalam sebuah bank, Damofa Bank di KL. Dengan
kereta kalis peluru, baju kalis peluru, perisai, machine gun Geng Anarkis Berjaya
tumpaskan sepasukan polis dan mengajak Lan untuk menyertai kumpulan mereka dan
menerima habuan besar setiap kali Lan melindungi mereka. The offer sounds great
but not for Lan.
Biarpun bergaji rendah &
selalu tak cukup duit nak bayar bil setiap bulan, Lan tetap dengan pendirian
dia untuk membanteras jenayah profil tinggi seperti Geng Anarkis. Hidup Lan
makin lama makin huru-hara ditambah pula dengan kedatangan Zul (Fattah Amin)
yang mematahkan rancangan dia untuk menangkap Geng Anarkis. Zul mengesyaki Lan,
Lan mengesyaki Zul and that goes on and on sampai dah nak hujung cerita. How tired
I am? Very exhausted one lah you know watching them fighting and arguing for a
stupid thing. Benda boleh settle kalau Lan bagitau je chief tentang undercover
plan dia.
Movie ni memang banyak loopholes
ditambah pulak dengan script dia yang cringe teruk. I’m not sure plot masa dia
berapa lama dari kejadian Asyraff jumpa Lan untuk pertama kali dengan plot masa
kemunculan Zul. Kalau tempoh masa ni agak lama, sakit hati juga tengok
kedangkalan Lan sebab Geng Anarkis cuma target satu bank je dekat KL ni, Damofa
Bank. Punya ramai team member dekat belakang Lan tapi sorang pun tak nampak
pattern Geng Anarkis.
Memang boring ye first half sampai
kemunculan Fattah and he cracked up some patterns, show his skills and stunt,
smirk a lil bit in this team. I am sorry to break this news but ermm Fattah did
overshade Rosyam Nor in this movie and he did justice to Zul character and yes
this movie lies on his shoulder. Big time. Idk which class he went to but that
class did a spectacular job for his career. Mungkin bab emotion tak jauh pergi
lagi tapi tak wujud istilah kayu and perlu bergantung dengan karakter lain
untuk tonjolkan persembahan dia. Yet the best part haruslah ayat
‘Aku dah pilih jalan yang benar
tapi kenapa jalan ni perit?’
Sembang pasal Skop Productions,
kelebihan dia dekat visual untuk movie action but I feel sorry for all vehicles
in this movie sebab mesti meletup. Tembak sekali dah meletup, apatah lagi
tembak banyak kali. Plus, tak tahu lah siapa punya idea setiap kali orang
mengelak peluru, mesti ada slo-mo dia landing. Be it the villain, civilians or police
force. Sorang dua best lah nak tengok ni sampai semua yang landing dia nak
tayang, habis masa dekat situ je. Dah lah semua polis tak reti berlindung and
suka habiskan peluru. Nak pulak part SWAT kepung gudang lama tu. Asyraff tak
keluar pun lagi diorang dah menembak beria. Masalahnya tak aim pun dekat gudang
tu. Kalau diorang bertiga sandar dekat dinding tunggu Asyraff keluar lepastu
tembak, dah jimat banyak dah peluru but nahhhh make it rain fellas.
I bet dekat hujung cerita
director nak highlight scene Asyraff dengan Zul berlawan and it did amuse me
for that scene tapi yang menyampahnya part Asyraff nak tembak Mia tu dah kena
kepung dengan SWAT and police force, takde ke yang terfikir nak tembak je
tangan Asyraff? Siap bawak mak bagai sudahnya yillek.
If you guys looking for intense
moment, this movie don’t have any. Entah siapa punya idea mesti kena ada part
menjerit. Bingit jugak lah movie ni semua orang nak sembang nada lantang.Dia
mesti ada part ugghhh, arrgghh, egghhh segala lah bunyi dia nak keluarkan
padahal boleh je kurangkan dialog & bunyi. Dia macam tengok penyanyi nak
buat gaya tangan untuk semua lirik dia masa perform atas stage. Tak boleh chill
langsung.
Back to awful script I’ve
mentioned earlier and yes that team yang tracked down Geng Anarkis, ada scene
Zul dengan Dino tengok CCTV untuk kaji balik kejadian rompakan bank.
Dino : Lepas rompakan tu semua
hilang tak dapat dikesan di CCTV kawasan tu.
Zul : Mungkin diorang ikut jalan
underground.
Dino : Lagi satu, ini footage
diorang keluar ikut underground
Another scene bila Zul tengok
CCTV & nampak orang kanan Dato’ Meor mati kena tembak dekat rooftop and tanya
Dino siapa tu padahal kalau ikut logic cerita supposedly Zul kenal lah siapa
orang kanan tu sebab Zul tunang Mia, anak Dato’ Meor. Mana Dato’ Meor pergi
orang kanan dia ada sekali. Yet again, tak ada siapa pun kisah pasal orang
kanan Dato’ Meor walhal dia watak penting dalam cerita ni.
Part flashback macam mana
tertubuhnya Geng Anarkis ni pun sama jugak. Part Asyraff nak sembang kekejaman
dan ketidakadilan dunia ni memang cantik dah tapi lagi cantik kalau Asyraff
dengan Rizal tu takde dosa & memang teraniaya dengan kuasa dan harta Dato’
Meor. Kalau jadi macamtu baru rasa berbelah hati nak menangkan Asyraff ataupun
stay dengan polis.
But Asyraff did earn some brownie
points sebab tindakan dia memang tak dijangka. Ada part nampak macam dia
simpati tapi dia jadi kejam. Ada part dia jadi kejam tapi rupanya dia just
chill. Upredictable.In a nutshell, kalau you guys
peminat Fattah Amin, you can enjoy the whole show but if you guys are action movie
freak, this one is a disaster.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.3, 5.Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10
Before this sembang pasal pokok bendi tapi bendi dah habis,
kita sembang pasal pokok tomato pulak sebab tengah queue nak membesar buahnya
lepas berbulan pokok dia membiak.
Tapi lepas beberapa minggu condition dia sama je besar ni
je. Dari hijau membawa ke oren membawa ke merah memang besar tu je lah dia.
Since kulit dia macam dah nak rosak, petik je lah dari pokok lepastu cantas
terus pokoknya sebab nak control ketinggian pokok dia.
Kecewa jugak la tengok saiz buah tomato ni sebab dah lama
tunggu dia berbuah sudahnya terbantut. Maybe sebab guna pasu leper kot so tanah
tu tak dalam sangat, akar tu tak pergi jauh. Tapi bila rasa buah tomato ni
happy jugak la sebab manis sangat. Sudahnya masuk mulut je macam makan tomato
ceri.
Untuk pokok tomato baru, dah tukar dah pasu yang dalam sikit
pastu letak baja lebih sikit. Harap menjadi lah second time ni. But not bad lah
first time tanam naik cantik je pokok walaupun masa dia membesar pindah rumah
sana sini. Dengan masalah serangga & iklim lagi. A happy moment and
experience indeed. Goal accomplished! Yeayyy!
Cast : Sally Hawkins, Doug Jones, Michael Shannon, Octavia Spencer, Michael Stuhlbarg, Richard Jenkins, Lauren Lee Smith
Genre : Drama/Fantasy
Running Time : 119 minutes
Trailer :
Upon recommendation from Twitter, ramai sangat yang cakap
movie ni best plus TOS menang 4 award di Academy Oscars tahun lepas especially Best Picture & Best Director so its
kind of jinx lah kalau tak tengok movie terbaik kan? So I’ve decided to watch
it yesterday.
Mengisahkan tentang Elisa (Sally Hawkins), seorang cleaner yang bisu bekerja
di sebuah makmal rahsia kerajaan di Baltimore bersama rakan baiknya Zelda (Octavia Spencer) pada tahun 1962. Rutin harian Elsa sama je setiap
hari, dan boleh dikatakan membosankan tapi semenjak kehadiran Amphibian Man (Doug Jones) di
makmal tu, Elisa mula dekatkan diri untuk berkawan dengan mahkluk unik yang
dianggap Tuhan oleh masyarakat Amazon.
I’m actually tak jelas sangat apa yang diorang nak dengan
makhluk ni sebab ada dua pihak yang melabel makhluk ni sebagai asset. Satu
pihak dari Rusia, Dr.Robert (Michael Stuhlbarg) nak mengkaji manakala satu pihak dari Amerika, Mr. Strickland (Michael Shannon) lagi nak hantar
ke Bulan. Untuk apa? Entah. Yang pasti, Elisa jatuh cinta dengan makhluk unik
tu sebab makhluk tu je yang happy jumpa Elisa. Well ada lagi manusia yang happy
jumpa dia tapi tu lah kita nak tengok apa kita nak tengok je.
So dari situ bermula lah episod persahabatan kemudian
percintaan Elisa dengan makhluk unik. Disebabkan pihak Rusia dapat arahan untuk
bunuh makhluk tu, Elisa merancang untuk larikan dia ke rumah. Dengan bantuan housemate Elisa, Giles,
Zelda dan Dr, Elisa berjaya simpan mahkluk unik tu di rumahnya and have sex
with it.
Makin hari, makhluk unik tu tak mampu hidup dalam air garam
buatan sebab habitatnya dalam air laut so Elisa memang dah cadang nak lepaskan
ke laut 10hb sebab ikut ramalan kaji cuaca, waktu tu hujan lebat so air laut
akan melimpah dekat pelabuhan. Tapi agenda dia terhalang sebab pihak Amerika
nak rampas balik makhluk tu untuk misi diorang sampai membunuh sana-sini.
Ikutkan gaya sembang dekat Twitter, macam best teruk movie
ni tapi penuh dengan sexual scenes and slow pace motion. Kalau nak sembang
visual memang cantik lah tapi kalau nak sembang content, I think better lagi
tengok Beauty and The Beast. Mencintai makhluk lain seikhlas hati cuma bezanya Elisa tak break any curse pun tapi Amphibian Man tu yang bagi keistimewaan dekat Elisa.
No wonder lah ada yang geram kenapa movie sejarah negara
macam Only The Brave tak dapat tempat tapi movie yang penuh dengan seks
diangkat di Oscar. This movie is a bore so you guys tak perlu tengok pun not
even bila bosan melanda. Lagi satu hal movie ni ada macam unsur musical sikit
so tambah lah bosan yang sememangnya dah membosankan tu. Tak tahu lah nak kata
mesej movie ni cinta tak mengenal rupa ataupun percintaan seorang Zoophilia or
bestiality. There I’ve ruin a so-called modern masterpiece.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 7.2/10
Last week dapat parcel dari Roxalyne sebab menang GA dia
tahun lepas. Actually dah tak teringat langsung ada menang GA anjuran blogger
ni sebab dah lama. Bila baca surat kecil dia bagi baru teringat balik ada menang hadiah misteri.
Terima kasih sangat untuk hadiah misteri ni sebab semua
barang yang awak bagi memang otw nak pergi beli tapi Alhamdulillah rezeki dapat
hadiah. Semua barang comel-comel pulak tu, penuh dengan bunga. Memang fav kita
lah bunga-bunga ni. Memang betul lah kata PosLaju, 'Kami Sampaikan Pakej Keceriaan'
Pengarah : Shamyl Othman
Penulis Skrip : Nadia Khan
Pelakon : Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafreez Adam, Gita Sucia, Brandon Salim, Taufiq Hanafi, Mentari De Marelle, Sue Tan, Intan Najuwa, Radhi Khalid, Chew Kin Wah
Genre : Remaja/Seram
Tayangan Episod : 16 episod
Penerbit : Red Communications
Penyiaran : Tribe (Indonesia), Astro First (Malaysia)
Trailer :
Gantung mengisahkan tentang 4 sekawan, Gibbs, Ray, Troll dan
KJyang melalui final year di salah
sebuah sekolah elit, Dahlia International School. Gibbs (Randy Pangalila) mempunyai wang dan sekaligus kuasa
di sekolah tu so most likely he can walk away freely even buat salah and yes of
course dia gunakan kuasa dia juga untuk lindungi Ray, KJ & Troll dari rakan sekolah lain dan juga guru disiplin, Pak Lan (Radhi Khalid).
Berpegang pada kod Musketeers, ramai pelajar perempuan yang
have sex dengan mereka berempat walaupun Ray (Ikmal Amry) dikatakan gay. Antara
diorang berempat, yang paling waras haruslah Ray ditambah pula dengan persona
dia sebagai orang teater. Nampak pendiam tapi kata-kata yang keluar memang
terkesan nak pula dekat scene Gibbs cerita pasal Tasha pregnant.
Walaupun drama Gantung ni genre seram with perfect audio gives you great creepy vibes, tapi keletah KJ (Brandon
Salim) dan Troll (Hafreez Adam) memang mencuit hati. And some scenes yang lain
macam ‘Liliana’ dengan scene adik junior kena baca pendinding di bilik Gibbs.
I
gotta say watak Sofil (Taufiq Hanafi) memang annoying sangat sampai setiap kali
dia muncul memang roll eyes 360 darjah. Nak pulak bila dia suka cari pasal
dengan Ray. But it’s a great acting from him. Sama juga dengan Fara (Mentari De
Marelle) dan Ratna (Gita Sucia).
If you guys dah pernah baca novel Gantung (my review in HERE) dan dah tahu
misteri disebalik kejadian, well dalam drama Gantung ni, sepanjang 16 episod I
can say cuma suku je dari novel tu yang diolah kepada drama dan ada watak-watak
yang dikembangkan menjadi lebih baik cumanya ada part yang you guys memang kena
baca novel baru boleh faham certain scenes yang dipaparkan dalam drama macam scene Gibbs tidur rumah
Fara, kenapa Ray happy jumpa Ratna for the first time and other scenes.
Dalam novel Gantung, it was purely Malaysian tapi bila dalam
drama dah jadi hubungan dua serantau dah sebab ada pelakon Indonesia but it’s
great! Seriously perfect casting for each character and cast dalam drama ni
semua kena hadap sesi ujibakat before terpilih and that’s why its one of the
reason drama ni best. Walaupun at first nak tengok drama Gantung ni sebab Randy
Pangalila tapi mata jadi juling bila tengok Ikmal & Brandon. Haihhhh jatuh
cinta!
Writer-script untuk drama ni, Nadia Khan which is the author of Gantung dan disunting oleh Lina Khan and I wanna say great job for making this drama great and sesuai untuk tayangan umum since dalam novel ada part yang agak raw dan keterlaluan untuk dihadam for conservatives especially part Ratna dimalukan oleh KJ & Troll and that's might be the major reason for the delay in Malaysia. But fret not, dalam drama all clean and suitable to watch for every age level.
I admit I watch drama ni secara haram sebab tak tahu pulak
belum tayang dekat Malaysia lagi. Drama ni ditayangkan di Indonesia and that’s
why lah dah ramai yang share dekat social media. I just wanna say thanks kepada
yang share link. Penat 2 tahun tunggu drama ni. Not sure I boleh layan ke tak
dekat Astro nanti since I don’t have any access so I can only do justice for
drama Gantung by sharing this review.
Great line-up cast with perfect cinematography, audio and editing, I must say this drama is worth to watch. Can't wait for the sequel tho and please do watch it once Gantung dah keluar di Malaysia sebab ramai yang tak sabar nak tunggu second season. I just hope Gantung ada 10 season sebab tak puas tengok and personally, between novel and series, I lebih suka series sebab watak dikembangkan, jalan cerita dikembangkan and these characters memang messed up with your life terutama Ray & Gibbs ❤🌸.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Update : Team Gantung buat crowdfunding untuk terbitkan movie Gantung. Boleh baca dekat SINI :)
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling
popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat
mencipta Musketeer Code: peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara
mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan
untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar…dan seorang awek psiko
mencetuskan tragedy yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian-
I have fun time reading Gantung bcs its only took me a day
to finish this. Boleh jadi setengah hari je kalau straight baca tanpa buat
kerja. Susah nak habiskan novel dalam masa singkat ni. Sampai rasa nak baca
Gantung 2 tapi tak dapat sebab tak sampai lagi. So kena hold dulu and buat
review dulu. Hihu.
Like most of reviews stated Gantung is the best, yupp I
admit, it is the best book for fixi genre. Kandungan cerita, watak yang ada –
Gibbs, Ray, KJ, Troll, Deepa, Fara semua memang cantik diceritakan. Same goes
to Jeremy, Lina, Khalil and Cikgu.
Dalam buku Gantung ni you guys ken abaca 2 cerita yang
berjalan serentak which will messed up your head tapi disebabkan karya santai ni
cantik digarap so you guys tak ada masalah untuk enjoy the story. Cuma ada
sedikit confusion bila dah sampai dekat part ending tu. Walaupun banyak
persoalan yang terurai tapi masih ada lagi yang berbelit sebab timeline dia tu
sendiri. Nadia tutup kelemahan cerita ni dengan plot twist dia.
But talking about plot twist, kalau dah selalu sangat layan
cerita genre mystery, plot twist Nadia ni sekejap je korang dah boleh snap
jari. Dari pertengahan cerita sampai ke ending tu you guys dah boleh tahu dah
apa yang Nadia simpan tapi just follow the flow sebab nak tahu apa kisah
disebalik misteri tu. Dan misteri tu tragedi yang menimpa Sekolah Menengah
Cemerlang, Gemilang, Terbilang (SMCGT) 10 tahun lepas.
Sembang pasal tragedi 10 tahun lepas, ada macam tak logik sikit
bila Thangakaliswaran boleh masuk dalam asrama sekolah tu untuk balas dendam.
Tapi cerita fiksyen kan, so terima je lah walaupun ketidakadilan pada watak
Gibbs, Fara dan Ray. I’m glad Fara finally boleh move on lepas 10 tahun dan
bina keluarga macam manusia lain.
Even genre horror tapi tak seram sangat lah. Biasa je sebab cuma cerita sampingan. Standard sekolah asrama lah ada hantu tu. Genre novel ni lebih kepada persahabatan sebanrnya. Emosi jugak lah baca nak pula bila part Khalil recall balik kenangan dia dekat sekolah tu dengan cikgu.
Can’t wait for the sequel and yupp, nak cari novel Kelabu
jugak lepas ni sebab genre cerita lebih kurang sama dengan Gantung ni.
Macam biasa pagi-pagi usha blog stats tapi semalam luar biasa sikit sebab pukul 3 sampai 2 ribu pengunjung datang sini dari negara Israel. Entah apa yang diorang belek. Tengok keywords tak ada pun yang berkaitan dengan diorang.
Sebelum ni ada nampak Mrs Pip post dekat Instagram PV by Countries ada negara Israel tapi tak la ramai macam ni. Kus semangat den nengok haaa. Ada yang kena jugak ke macam ni?
Sabtu lepas jejak kaki ke McD sebab ada orang craving dengan
Nasi Ayam McD. Before this ada nampak Nasi Lemak McD tapi tak tahu pula
kewujudan Nasi Ayam dia. Masa tengah queue tu belek poster dia sebab tengok menu baru - Nasi Telur, Nasi Ayam Tanpa Telur dengan Nasi Ayam. Terpaksa ambil gambar dekat Twitter sebab dalam laman web McD tak wujud pulak 3 serangkai ni.
Credit : Twitter FoodViralMY
So this is our Nasi Ayam McD (Tanpa Telur). Sama atau tak dengan dalam poster?
Sambal tak nampak sebab dia letak bawah ayam. At first I thought dia nak letak ayam goreng McD tapi dia bagi ayam regular. Hambar. Siapa yang suka makan banyak happy la kot makan meal ni sebab nasi dia banyak. Dalam poster dapat timun 2 potong tapi dapat sepotong je. Sambal dia sedap sebab guna sambal ikan bilis. Rasanya dia ambil sambal Nasi Lemak letak dekat Nasi Ayam. Sambal je lah sumber kebahagiaan untuk menu ni.
Sedap lagi Nasi Ayam KFC sebab ayam boleh pilih Spicy ataupun Original. Sayur pun dapat coleslaw, terasa lah sayur tu nak dibandingkan dengan timun sepotong.
In terms of harga, satu set Nasi Ayam ni RM 9.95 termasuk dengan air. Kalau Nasi Ayam KFC around RM7? I'm not sure the exact price sebab selalu pergi waktu Lunch or Dinner Treats. Lagipun dah lama tak makan set tu. Even dekat page KFC pun tak wujud menu tu untuk buat reference.
Not gonna try Nasi Lemak McD sebab mahal kemain nak pulak bila dapat ayam hambar macamtu. RM11.95 boleh makan 5 nasi lemak telur mata separuh masak ataupun 2 nasi lemak ayam dekat warung biasa. Sedap pulak tu. Lagipun ada baca ramai yang tak suka sebab tak sedap & kosong. Nasi lemak kalau tak ada ikan bilis, tak sempurna kewujudannya gittewwww.
Anyway, tak berbaloi makan Nasi Ayam McD walaupun sambal dia letops. Ciao!
Cast : Kang Ha-neul, Kim Mu-yeol, Moon Sung-keun and Na
Young-hee.
Genre : Mystery/Thriller/Horror
Production company : B.A. Entertainment
Distributor : Megabox Plus M
Release date : November 29, 2017 (South Korea)
Running Time : 109 minutes
Trailer :
Before this kalau movie Netflix mostly Hollywood yang
produce, tak sangka pulak Korea pun join sekali. Not sure if this is the first
movie but I can assure you guys this movie is good. Tak ingat siapa yang
recommend movie ni but thanks a lot! I really have a fun time watching it.
Bertemakan era krisis ekonomi tahun 1997, Jinseok dan
keluarganya berpindah ke rumah baru. Selesai berpindah
dan unpack barang, semasa makan malam Jin-seok bertanyakan ayahnya tentang
bilik kecil di tingkat atas yang sepatutnya menjadi bilik abangnya, Yun-seok.
Bilik kecil tersebut dikunci kerana terdapat barang-barang tinggalan pemilik
rumah lama.
Disebabkan bunyi pelik yang datang dari bilik tersebut,
Jin-seok beranikan diri untuk membuka bilik tersebut walaupun ditegah oleh
ayahnya. Belum sempat Jin-seok masuk, abangnya mengajak dia ambil angin di
kawasan bukit berhampiran rumah walaupun hujan pada malam tu. Dalam perjalanan pulang, abangnya ditangkap
oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van hitam selama 19 hari.
Walaupun Jin-seok hafal no plat van hitam tersebut, detektif
menolak mentah-mentah kerana Jin-seok dibawah pengaruh ubat depresi dan keadaan
hujan lebat.
Perkara pelik berlaku apabila abangnya kembali ke rumah tapi
bersikap aneh sehingga Jin-seok ambil keputusan untuk mengintip pergerakan
abangnya. Things get messy bila keluarganya sebenarnya keluarga tipu. Siapa
Jin-seok sebenarnya? Siapa keluarga Jin-seok yang sebenar? Jin-seok
berhalusinasi ataupun ada agenda tersembunyi terhadap dirinya?
First half movie Forgotten ni rasa seram juga bila Jin-seok
nak tahu apa yang ada dalam bilik kecil tu sebab dia sorang je yang dengar
bunyi pelik-pelik. Walaupun seram, curious juga nak tahu benda tu jadi sebab
memang ada hantu ataupun sebab Jin-seok sakit.
Second half director ceritakan tentang kisah sebenar
Jin-seok sebelum keluarga dia menjadi pelik. Storyline cantik dengan twist
cantik cuma ada part yang tak logik macam scene Jin-seok buka tingkap tu walhal
dah sedia maklum memang terkunci rapat tapi mampu jugak Jin-seok masuk dalam.
Movie sangat. Scene pembunuhan tu pun rasa macam nak tampar jugak padahal benda
boleh dielak tapi entah lah mungkin sebab masing-masing pun tak berapa nak
waras sangat.
But that’s okay I guess, still fun to watch the whole movie.
Emosi tengok scene hujung since director portray macam mana duit boleh ubah
pendirian dan kasih sayang manusia. Tak puas hati jugak dengan ending sedangkan
both character boleh move on and let it go.
Although movie ni macam ada horror vibe tapi no worries
sebab tak ada hantu pun. Cuma sound effect tu lah yang buat goosebumps. Visual
setting opted to be dark sesuai lah dengan tema movie ni, mystery. Lakonan
semua cast pun terbaik. You guys might
be goes woaaa bila tahu cerita sebenar. Another movie yang buat rasa bersyukur sangat ada kehidupan selesa dan keluarga.
* Movie Korea makin best sekarang ni, silap haribulan I jadi
fans movie Korea instead of Bollywood. Movie Bollywood nowadays bersepah dengan
biopic. Harap 2019 ada balik movie rom-com or thriller.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10