Penulis : Melur Jelita
Terbitan : Karya Seni
Tahun : 2016
Genre : Cinta
Jumlah helaian : 651 mukasurat / 290 bab
Sinopsis :
Dengan..
Atau tanpamu..
Aku tetap berlari!
Hardi-E.Ar Rahman
– Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH). Gila-gila, ceria
dan playboy ayam-ayaman.
Wan Adra Mikayla –
Kononnya berdarah Bugis. Dicap keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!
Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau. Jadilah asam pedas
Astaghfirullahalazim bertemu masak lomak cili api Alhamdulillah. Hati Jiran
Jendela Sebelah sudah terpaut. Jawapan Hardie : Saya main-main je.
Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bahru?! Cap mohor Mikayla
jelas bertanda di dada Hardie!
Dengan..
Atau tanpamu..
Aku tetap tersenyum!
Mikayla mengisahkan tentang kehidupan gadis berambut
kerinting anak kepada Wan Embun yang tinggal di vila indah di Johor Bahru.
Menjadi penyewa di salah sebuah rumah Wan Embun, Hardi mengenali keluarga kecil
Mikayla namun dia belum tahu rahsia gelap keluarga Mikayla. Belum sempat
berkawan rapat, Hardi terpaksa berpindah ke berek polis dek kerana Akim &
Safar ingin berkahwin lalu meninggalkan Mikayla seorang diri.
Setahun berlalu masing-masing menjalani kehidupan sendiri
tanpa khabar berita. Keluarga Mikayla makin berantakan. Hidup Hardie makin
sunyi. Satu demi satu peristiwa terjadi dan akhirnya mereka bersua kembali
dalam satu majlis. Dapatkah Hardie memohon kemaafan kepada Mikayla?
Storyline cerita ni simple je tapi disebabkan Melur Jelita
banyak merapu dengan gurauan yang agak kasar, sebulan setengah baru mampu
habiskan novel ni. Cerita dia ada twist, ada character development, ada plot
cantik tapi sakit hati baca sampai rasa nak campak novel ni. Rasanya tak perlu
kot tunggu sequel Mikayla ni. I’ll rather create my own story daripada tunggu
karya MJ.
Berbeza dengan penulisan dia yang sebelum ni yang sarat
dengan sejarah dan lebih serius. Novel Mikayla penuh dengan lukisan entah
apa-apa, gurauan kasar, slutshaming dan tahap merapu yang tinggi. Habiskan RM27
dan beratur panjang di bookstore memang sangat tak berbaloi.
Dulu pernah terkena dengan buku indie so I stop buy any sebab
membazir tapi tak sangka novel MJ buat perangai macam ni.
If you guys are fans of MJ & dah baca semua karya MJ, dalam Mikayla you guys akan jumpa Firman Ebrahim, Hilman Yong & Intan Zulaikha dan Irvan dengan Maryam. Happy jugak dapat jumpa character menyengat tapi tak lama pun part diorang. Cukup datang untuk kenalkan diri perangat asam pedas yang semalam je.
Karakter Hardie jauh beza dengan karakter dalam karya MJ sebelum ni. Enough to say both Hardie dan Mikayla berbeza seperti karya MJ sebelum ni. Kecewa? Nope, not at all. Like I said earlier cerita dia cantik cuma gaya bahasa dan penceritaan MJ berbeza.
Plot tempat novel ni majoritinya di Johor. What makes it annoying is not how she describes Bangsa Johor tapi kenapa perlu jatuhkan bangsa melayu untuk cantikkan Bangsa Johor? Bukan sekali dua tapi banyak kali. Kalau sebelum ni, karya dia memang menaikkan peradaban bangsa Melayu tapi dalam Mikayla habis rosak.
Sama dengan babak di mana Hardie jadi tumpuan rakyat Malaysia. I know cerita ni fiksyen tapi perlu merapu sampai ke tahap ni? Kalau percubaan MJ untuk bagi cerita yang santai, ini bukan santai. Ini sampah. I found solace in her previous novel but not for this one. Kecewa tahap petala.
Its appalling to watch sketches here and there. Kalau sketches yang MJ letak berkaitan dengan penceritaan, I'll be fine with it tapi sketch belasah asal boleh buatkan novel tebal? Yes, sketches ni dari anak-anak dia tapi duit yang keluar dari poket sendiri.
Mungkin ada yang suka dengan novel macam ni but not for me and I've decided to stop being a fan. Cukup sampai The One kot. Kalau nak baca pun lepasni baca yang percuma je.
Rating : 2/5