Profesor Scott Delp mengetuai satu kajian khas untuk
mengetahui kadar purata berjalan setiap hari yang disertai oleh 46 buah negara. Teorinya
untuk menentukan kadar kemalasan rakyat di sesebuah negara adalah dengan
melihat kadar purata langkah seseorang. Pada asalnya kajian ini untuk menilai
kadar obesiti di setiap negara tapi tercetusnya idea untuk melihat dari sudut
lain.
Kajian ni dijalankan dengan menggunakan applikasi telefon pintar untuk mengesan pergerakan seramai 700,000 orang yang terlibat. You guys can check this chart untuk lihat hasil kajian penyelidik di Universiti Stanford, US :
Hasil daripada kajian menguatkan lagi teori mereka bahawa malas berjalan memang akan menyebabkan masalah obesiti. Walaupun ada beberapa negara yang menunjukkan perbezaan seperti Amerika Syarikat yang rajin berjalan tapi tetap mempunyai masalah obesiti.
Berjalan kaki antara senaman paling senang untuk bakar kalori. Even kementerian dah lancarkan kempen '10,000 Langkah Sehari' tapi nak cecah 10,000 langkah tu bukannya senang. Dalam sehari habis kuat pun boleh cecah 3,000 langkah. Kalau nak cecah 10,000 tu kena jogging lebih 2 jam. This is my walking records for week and month. Paling tinggi pun 6,831 itu pun sebab jogging. Kalau tak jogging, paling jauh seribu langkah je lah.
Lepas tengok purata langkah sehari diri sendiri teruk sangat, rasa macam nak masukkan dalam Azam 2018 untuk dapat lebih 3 ribu langkah. Purata langkah sehari you guys macam mana? Pernah cecah tak 10,000 langkah? Ke ada yang tak pernah ambil kisah pun?
Cast : James Franco, Dave Franco, Seth Rogen, Alison Brie, Ari Graynor, Josh Hutcherson, Jacki Weaver, Zac Efron, June Diane Raphael, Megan Mullally, Jason Mantzoukas, Andrew Santino, Nathan Fielder, Sharon Stone, Melanie Griffith, Hannibal Buress
Genre : Biography/Comedy/Drama
Running Time : 103 minutes
Trailer :
Selalunya movie yang terbaik akan dapat accolades ataupun
biography tapi kali ni movie The Disaster Artist mengisahkan tentang perjalanan
pembikinan movie yang paling teruk pernah dibikin di Hollywood, The Room yang
ditayangkan pada tahun 2003. Movie The Room ni dikarang oleh Tommy Wiseau dan
diarah sendiri oleh Tommy dengan bantuan rakan karibnya, Greg The Baby Face.
Selain daripada perjalanan pembikinan movie The Room, TDA mengisahkan tentang
persahabatan di antara Tommy dan Greg.
Persembahan Tommy dalam kelas lakonan leave impression for
Greg so Greg minta Tommy ajar macam mana nak hilangkan ketakutan bila berlakon
depan orang. Since then, diorang jadi best friend kemudian pergi ke L.A untuk
jadi pelakon. Walaupun Greg dapat kontrak di bawah talent agency tapi dia
langsung tak dapat offer untuk berlakon dalam mana-mana movie ataupun drama.
Sama juga macam Tommy yang selalu gagal dalam ujibakat disebabkan dialek dan personality
dia.
Disebabkan kegagalan diorang, Tommy berhajat untuk mencipta
movie dia sendiri. Lepas berkurung di dalam rumah untuk sesi mengerah idea dan
mencari konsep untuk movie dia, finally he come up with a title ‘The Room’.
Tommy berlakon sebagai watak utama dan Greg hero kedua.
Semua dana ditanggung oleh Tommy sendiri and for that movie
alone, Tommy spent 6 million dollars. At first ramai juga crew yang ragu-ragu
dengan Tommy sebab dia entah datang dari mana, entah apa susur-galur dia sampai
boleh ada duit banyak macam tu. Tapi bila diorang cek sendiri dengan bank, duit
memang betul ada, baru la diorang confident nak buat kerja dengan Tommy tapi
nak hidup dengan Tommy ni satu ketabahan juga bila dia selalu lupa dialog dia
sampai kena ulang berpuluh kali, datang lambat ke set, buat perangai sebab
ramai yang tak suka dia. But that’s what make it fun to watch and my fav scene
of course retake scene of Tommy with his line,
"I did not hit her.
It's not true,
It's bullshit.
I did not hit her.
I did nawwwwttttt!
Oh, hi Mark."
Movie TDA ni diarahkan dan dilakonkan sendiri oleh James
Franco sama macam watak utama movie dia, Tommy Wiseau. Due to his great
performance as Tommy, dia dapat banyak anugerah untuk kategori Best Actor. And
I can say watak Tommy ni kemungkinan besar jadi watak ikonik James sepanjang
karier dia and although movie TDA ni movie pertama arahan James, but it looks like a work from experienced one.
You guys will have fun time watching this movie. No worries
on sex scene or f language. Not in here except in one scene tapi tak teruk mana
pun. And please tunggu sampai habis credit scene sebab you guys akan jumpa the
real Tommy Wiseau berlakon sebagai Henry dan bersembang dengan reel Tommy. They
both are look-alike. Even cara bercakap pun sama. What a stellar performance
James!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +1, 5. Casting +1 , 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Khamis lepas gaji dengan jayanya dah masuk dalam akaun. Maka, rutin pertama bila gaji dah masuk haruslah pergi shopping barang dapur dan beli segala yang dah dirancang mengikut bajet yang ada lepas dah tolak dengan utilities.
Tapi tak pergi jauh mana pun, shopping dekat Star Avenue je sebab sini senang nak cari parking. Free pulak tu. Lagipun tujuan utama nak pergi Mr. DIY lepastu beli barang basah sikit dekat Giant. Tapi sebelum menapak ke Giant, singgah dulu ke Aeon Wellness sebab nak beli serum acne scar Garden of Eden, Rosa T. Ni gara-gara terjebak dengan review dekat Twitter lah ni.
Dah usha dekat Guardian dengan Watson takde, nasib baik dekat Aeon Wellness ada tapi satu je tinggal. Guess my luck lah kot dapat beli yang last one. Ambik sikit face mask sebab ada promo dengan compact powder. Dah settle terus letak dekat kaunter barang Giant. At first nak letak dalam kereta terus takut nanti terlupa ambik tapi yakin pulak takkan terlupa tapi terlupa jugak. Haihhhh
Malam sebelum tidur masa nak pakai serum tu baru teringat tertinggal dekat kaunter. Menjerit nokkss dengan kegagalan diri sendiri. Esoknya lepas kerja terus menapak ke Giant nak collect tapi yang jadi masalahnya resit dalam paper bag Aeon tu. Nombor rak Giant pun tercicir masa beli barang. Yang ada cuma bukti dalam phone, sms dari bank untuk transaction via paywave.
Sepanjang perjalanan berdoa boleh dapat balik barang tu sebab membazir lah kalau burn plus takut ada yang panjang tangan pulak kan. Kalau dah sampai tahap tu redho je lah bukan rezeki.
Dah sampai dekat kaunter bagitahu ada tertinggal barang semalam terus dia suruh isi borang claim barang. Dah siap isi, tunggu staff dia bawa dari office. Lega sangat bila nampak semua barang ada dalam paperbag tu.
Tapi bila balik rumah ternampak ada satu barang extra. Entah siapa punya. Nak kata free gift, barang ni khas untuk orang asma je. Dah satu hal kena pergi sana balik hantar barang ni.
Tapi takpe lah, yang penting semua barang dapat balik. Lepasni memang kena makan kismis minda banyak sikit sebab asyik terlupa je. T.T
The Swindlers mengisahkan tentang seorang peguam, Park Hee-su (Yoo Ji-Tae) yang mempunyai sekumpulan penipu dalam misi mereka menangkap scammer terhebat dalam sejarah Korea, Joo-chil Jang (Sung-tae Heo) kerana skim Ponzi. Movie ni start dengan kekecohan bilamana duit yang dilaburkan hangus ditipu oleh Jang lalu melarikan diri ke Thailand dengan bantuan Night Fog, ayah kepada Hwang Ji-sung (Hyun Bin). Bantuan berubah kepada musibah bila Jang membunuh Night Fog dan make it looks like a suicide. Tak lama selepas tu, Jang dikatakan telah mati sebab sakit jantung tapi Hwang tahu tu cuma helah Jang di mata dunia.
Disebabkan dendam, Hwang menjejaki Jang di Thailand dan tertangkap lalu dilepaskan. Upon released, Hwang mencari team Park untuk bantu dia sama-sama menangkap Jang since misi diorang pun sama. Hwang mengetuai kumpulan tersebut dan merancang bagaimana untuk dapatkan perhatian Jang walaupun dibantah keras oleh Go Seok-dong (Bae Seong-woo) yang pernah dipenjarakan angkara Hwang. Tapi Park yakin dengan Hwang untuk kendalikan misi ni. Usaha berhasil dan mengikut rancangan diorang bila Jang menghantar pembantunya, Kwak Seung-gun (Park Sung-woong) ke Korea. Untuk mengetahui location Jang, Choon-ja ditugaskan untuk menggoda Kwak sementara Lee Kang-suk (Choi Duck-moon) letak kamera di bilik hotel Kwak.
Semua yang jadi memang seperti yang diorang plan sampai
second half bila Hwang kantoi berada di Korea dan mencari senarai rasuah yang
terlibat dengan Jang satu masa dulu sehingga menyebabkan dia terlepas dari
Korea. Dari situ Park mula ragu-ragu dengan Hwang dan menyelidik siapa
sebenarnya Hwang.
Masuk second half, banyak plot twist dalam movie ni tapi
semuanya predictable. It’s an easy guess. Tak payah fikir pun dah boleh tahu
dah apa dia punya twist. Tak ada yang impressive or shocking moment pun dalam
movie ni. Even funny scene masa Choon-ja menggoda Kwak pun nampak hambar dan
bodoh. It just pretty lame. Menggoda untuk dapatkan maklumat.
Even the dialogue pun lame. Too basic and cringe-worthy. I
decided to watch from start till the end pun sebab Hyun-bin. Dia handsome teruk
dalam ni nak pulak bila dia pakai suit. Fuhhhhh
Kalau nak tengok
santai boleh lah layan tapi sekali tengok je lah sebab nothing remarkable pun
dalam movie ni kecuali Hyun-bin. Tidur malam pun terbayang Hyun-bin. Cast semua
dah bagus dah tapi pretty wasted dengan storyline yang biasa. For a 2017 movie
dengan tajuk The Swindler, I’m expecting more but all I got is just an average
plan with predictable plot twist. Bila predictable, dia dah tak jadi plot
twist, dia dah jadi basi.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought 0 = 6.7/10
Kawasan Subang Bestari ni makin lama makin banyak perumahan
yang naik walaupun yang sedia ada belum habis orang beli lagi. Kawasan yang
baru dekat deretan kedai yang baru naik. Tak pasti nak buat rumah kedai ataupun
apartment sebab kawasannya kecil je. But that’s not the main point here.
Sebelum kawasan ni jadi tapak pembinaan, kawasan ni
sebenarnya kawasan hutan. Memang penuh dengan pokok besar. Tak ada yang
bercucuk tanam pun dekat situ sebab tanah tak rata. Kalau balik kerja nampak lah staf restoran ataupun kedai runcit dekat tepi tu buang sampah dekat kawasan hutan
ni. Nak kata tak ada tong sampah, ada je dekat bahagian depan tapi sebab buang
dalam hutan lagi senang gamaknya.
Bukan sikit sampah yang dibuang tu, kadang satu tong besar.
Bukan seorang yang membuang, boleh kata semua kedai bahagian tepi buang dekat
kawasan tu. And even worst ada yang entah dari mana pun buang sampah dekat situ
jugak. Bila kontraktor datang tebang semua pokok untuk start kerja binaan baru nampak betapa kotornya kawasan tu. Penuh dengan sampah sarap yang diorang buang sebelum ni.
Its
appalling to watch this kind of norm from our society. Sebelum ni pun ada juga
terbaca komen-komen dekat socmed, sini rumah orang bukannya hutan nak buang
sampah sesuka hati. Let me remind you one thing. Hutan adalah rumah
kepada binatang dan tumbuhan. Sampah buang dalam tong sampah bukan di rumah
makhluk lain. Just because they cannot simply voice their dissatisfaction, does
not mean you can easily pollute and ruin their home. NEVER!
Sama juga dengan sungai, laut atau pantai. Rumah kepada
binatang dan tumbuhan akuatik tapi senang sangat manusia buang sampah dekat
situ. Kenapa? Kalau orang datang rumah dan buang sampah dekat rumah kita mesti
sakit hati kan? Sama lah dengan makhluk lain.
Lagi sedih bila yang buang tu bukan budak kecil tapi adults.
Bila yang besar buat perkara yang tak betul, yang dekat bawah pun mula ikut and
the cycle continues. Bila dah jadi kebiasaan, memang sangat susah nak buang
ataupun ubah. Tambah pula bila 80% yang buat angkara tapi 20% je yang nak ubah.
Susah. Makan masa. Kalaupun berubah, sakit tu dah melarat dah pun. Mula lah
datang bencana padahal kita boleh je control dari awal.
Benda ni paling mudah untuk semua buat tapi yang mudah tu
kadang yang paling susah. I really hope we can change this habit and build up a
beautiful country with less pollution thus prioritize our eco.
Release Date : 18 October 2014 (Rome Film Festival, 15 November 2014 (Japan)
Trailer :
As The Gods Will diadaptasikan dari siri manga, Kamisama no iu Toori yang mengisahkan tentang pelajar sekolah di Jepun bergelut untuk terus hidup dengan permainan-permainan antara hidup dan mati dalam masa yang ditetapkan. Bermula dengan permainan Daruma, kucing Maneki Neko, Kokeshi, Shirou Kuma dan permainan terakhir, Matryoshka. Movie ni start dengan watak Shun Takahata (Sota Fukushi) yang benci dengan kehidupannya yang membosankan. Boleh kata setiap hari dia mengeluh hidupnya bosan. End up, satu hari kepala guru kelasnya meletup semasa mengajar dan berubah menjadi Daruma.
Game Daruma ni bila dia pandang, orang tak boleh bergerak langsung. Kalau bergerak, kepala orang tu akan meletup dan mati. Each time Daruma toleh ke belakang you have to quickly move and press the button to end that game. Masa ni game yang paling senang je tapi disebabkan masing-masing panik dan terkejut, game tu jadi lama.
Game kedua, yang terselamat stay dalam satu dewan, berpakaian tikus dan masukkan loceng dalam jaring di leher kucing gergasi. And yes, kucing ni makan orang. Laju pulak tu. Unlike the first game, kali ni Shun lebih tenang fikir strategi dengan bantuan crush dia, Ichika Akimoto (Hirona Yamazaki). Masa game kedua ni ada some funny moments so you guys can enjoy even if dia makan orang hihu.
Lepas dah menang, semua yang terselamat ditempatkan dalam satu kiub dan bersedia untuk game yang ketiga, Kokeshi. Game Kokeshi ni comel kot siap nyanyi lagu lagi. Enjoy dengar lagu dia sebab comel tapi diorang ni walaupun comel, bila membunuh paling kejam. Beria dia seksa orang tu but worry not because you guys won’t see any gore image in this movie. Cuma dia bagi hint je so you guys boleh imagine sendiri apa jadi. But still tskkk.
Settle dekat game ketiga, diorang berjumpa pulak dengan beruang gergasi, Shirou Kuma. Dalam game ni beruang tu akan tanya soalan tapi semua orang kena jawab dengan jujur. Kalau menipu, beruang tu akan tumbuk sampai mati kalau diorang tak jumpa siapa yang berbohong. Lastly, game Matryoshka, seorang akan terpilih jadi hantu untuk tangkap semua sebelum matahari terbenam. Dalam game ni tak ada yang mati. Siapa yang menang akan keluar dari kiub tu dan dianggap sebagai 'Anak Tuhan'.
Masa permainan ni berjalan di sekolah, orang luar hadap letupan sana-sini. Bila muncul kiub
besar tu, semua yang ada di luar dapat tengok apa yang jadi dekat dalam kiub.
Ada jugak satu watak psiko dalam rumah yang tengok game tu berjalan. Tak pasti
dia yang control ataupun dia cuma enjoy the show. Kewujudan dia sama pelik
dengan kewujudan game tu, entah apa motif. Tiba-tiba dia keluar rumah lepastu
habis dekat situ je. Mungkin dalam mangsa dijelaskan dengan lebih baik.
Movie ni tahap ngeri tu takde sangat pun, I watch this
during my lunch still I can enjoy my meal so it’s okay lah. Ada part yang lawak
walaupun movie ni thriller tapi nak gelak sangat pun tak berani sebab dah tahu
kejap lagi mati. Tapi tengah ngeri tu pun sempat lagi si Shun ni main cinta. Dengan
dua orang awek pulak tu! Kemain.
The best part in this movie is the creative visual and
stunning graphic. The CGI looks great, you will enjoy their work onscreen. But
I really hate it when director decided to make it slow. I use 2x video speed
because I will end up sleeping instead of enjoying the whole show. Layan movie Indonesia lagi best sebab dia zoom
atas, bawa, tepi at least you have fun with it. But in ATGW you have to wait
until the character decided to stop with their melancholic mood. Blerggghhh
I don’t even know apa motif ataupun mesej movie ni since
ending pun tergantung. Ending scene dia open. You can be like Shun regretting
what you have done and wish for or maybe you can be like Amaya when he glorify all the
God’s work and just enjoy the moment. Supposedly movie ni ada sequel sebab movie ni
based on manga. Siri pertama manga dan siri kedua dah pun diterbitkan tapi untuk movie,
tiada statement rasmi setakat ni. I hope director buat lah sequel sebab ada some part
yang belum terjawab lagi.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 8.5/10
Pelakon : Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Man Bai, Zain Hamid
Genre : Romantik / Remaja
Durasi Tayangan : 110 minit
Trailer :
Buskers mengisahkan tentang pertemuan di antara Vera (Daiyan Trisha) dan Adil (Hafeez Mikail) di sebuah universiti dalam kuliah and terpaksa menjadi team untuk satu assignment. Dari situ Vera mengenali Adil dan menyelami kehidupan Adil sebagai penyanyi buskers di JB bersama Bulan (Bulan Terry) dan Ucop (Anas Ridzuan). Dalam diam Vera menyimpan hati kepada Adil disebabkan perangai Adil yang cool dan menghargai bakat menulisnya. Tak seperti pakwe 3 tahun Vera, Daniel (Mas Khan) yang berubah selepas menjadi famous di social media. Disebabkan Adil yang tak mampu lagi move on dengan ex dia, Mel, Vera encourage Adil untuk masuk pertandingan busking di JB supaya dapat tunjukkan kepada Mel yang dia dah move on walaupun hari-hari Adil stalk socmed Mel.
Honestly tak pernah tengok Daiyan berlakon sebelum ni. So this is my first time watching her on big screen and apparently Buskers was her debut movie. Walaupun Daiyan pernah tercalon dalam kategori penyanyi baru di Anugerah Industri Malaysia tapi dalam movie Buskers ni dia tak menyanyi pun. Satu scene pun takde. La la la pun takde. Padahal I kenal dia dekat Twitter dengan video-video nyanyian dia. Its sad when your talent tak diketengahkan langsung.
And what’s worse for Buskers, Daiyan tak pandai berlakon.
She’s plain. Ada la some scene yang dia mampu deliver tapi mostly memang
hambar. Screentime dia banyak tapi semuanya sia-sia sampai lakonan Hafeez pun terheret sekali but not that much sebab Hafeez memang grab betul watak dia plus dia
memang dah buat research on buskers’ life. He did his homework. Dia belajar main gitar dan busking di KL. Same goes to
Ucop, Bulan, Norlie & Daniel. 4 watak ni memang cantik onscreen. Sedih bila
movie tu terpaksa bergantung harap pada watak sampingan. Rasa happy bila watak sampingan ni muncul. Tapi bukan pada watak Aziz
M. Osman. Dia try hard sangat.
Storyline movie ni simple plus ada part yang predictable
macam part Simfoni Dalam Poket tercalon dalam semi-final walaupun Adil cakap
diorang tak layak dan tahu puncanya apa. Cuma pelik bila dissatisfied Adil
kepada Vera tu Adil tukar pergi Mel pulak. Yang dia tak puas hati tu habis
macam tu je. Team Buskers ni nak tonjolkan watak Adil yang cool tapi sebenarnya
watak Adil paling serabut sekali.
In terms of music background I tak berapa minat dengan lagu
indie so most of the songs I’m not really familiar with except lagu OAG. So nak
enjoy and sing along pun tak mampu. Mungkin yang suka genre muzik ni akan suka la kot. Idk, I’m not a fan. Tapi lagu Atma Jiwa quite nice. First time dengar pun boleh jatuh cinta.
I just love the visual and cinematography je. Dalam movie ni
you guys boleh enjoy tengok Bandar JB yang cantik-cantik. Nak pula bila
assignment Vera dengan Adil banyak jalan sana sini so memang cuci mata tengok
keindahan JB waktu siang dan malam. Great job for that.
As for the concept of this movie, mesej yang disampaikan
untuk menyatukan manusia melalui muzik tanpa mengira status dan darjat. Macam
Vera yang kaya boleh lepak dengan Adil yang miskin tapi dia macam tak sampai
pun ye jugak sebab Vera tu anak composer terkenal kot. So of course lah Vera
boleh masuk lepak sekali dengan Adil. Plus, takde siapa nak appreciate talent
Vera except Adil and the geng. If only they create watak Vera dan ayah dia dari
dunia luar selain muzik mungkin kita boleh sembang muzik tu menyatukan. But
since they decided untuk buat semua cast ada background muzik, mesej tu tak
sampai. Nak pulak bila ada watak Daniel.
Yang suka movie santai boleh la try Buskers and chill with
their music tapi kalau you guys nak teen romance, better don’t because Daiyan
will ruin your fantasy.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10
Dalam dunia blogging, blogwalking
tu sangat penting sebab menjaga hubungan sesame blogger dan dari situ boleh
tambah traffic kita. Dalam masa yang sama tambah pengetahuan dan perkenalan
kita dengan blogger lain. Tapi tak semestinya kita mampu visit semua blog yang
kita follow setiap hari. Ada yang terlepas pandang terutamanya yang bukan dalam
kalangan bloglist kita.
Jadi apa gunanya blog archive ni?
Fungsi blog archive untuk
menyenaraikan semua entri yang ada dalam blog tersebut ikut susunan paling
terbaru sehingga yang paling lama. Ada blogger suka update sekali sehari. Ada
yang update 5 kali sehari ataupun ada yang update ikut mood. Kalau rajin,
meriah lah update. Kalau yang datang penyakit M dan brain freeze ataupun sibuk
dengan urusan harian, kosong berhabuk lah blog.
For me bila berkunjung ke blog
seseorang, memang akan baca dalam 5 entri untuk bukan yang dalam bloglist
sebabnya jarang datang. Jadi bila dah datang, kita kena la buat meriah supaya
tuan rumah rasa happy dengan kita ye dak?
Kebanyakan template yang blogger
guna sekarang memang jenis ada button Read More. Personally I hate button Read
More sebab akan bertambah tab. Ada pula tu yang jenis bila tekan button Read More
dia tak buka new tab, dia loading dekat page tu. Nanti nak kena gigih
back/undo.
Blog yang paling best bila dia
letak Blog Archive dalam keadaan Hirearchy beserta post title. Sangat senang
dan jimat masa untuk blogwalking. Dia letak pula di kawasan body post. Memang
kawasan senang nampak.
Sekarang ni makin ramai yang usha
Top Commentators blog diorang untuk appreciate yang rajin bagi komen tapi tak
nice lah bila tuan rumah pun sambil lewa je dengan keadan blog dia. Nak dig
entry satu persatu memang makan masa. Nak pula bila line slow macam dekat
office ni. Memang I tak pandang langsung award tu walaupun quite interesting.
However this is just my personal
opinion je since trend Top Commentators makin menaik sekarang ni so hopefully
lepas ni ada la yang pandang betapa pentingnya Blog Archive ni. Happy
Blogwalking guys J
Cast : Brooklynn Prince, Bria Vinaite, Willem Dafoe, Valeria
Cotto, Christopher Rivera, Mela Murder, Caleb Landry Jones, Sandy Kane.
Genre : Drama
Running Time : 115 minutes
Trailer :
Movie TFP merupakan Top 10 movie of 2017 dan dipilih berdasarkan kekuatan karya pengarah dan lakonan barisan pelakon yang bagus thus won several awards in various award events for 2017 - Critics' Choice Movie Award for Best Young Performer, Best Actor in a Supporting Role, Best Cinematography, Best Editing, Best Film and Best Director.
TFP
mengisahkan tentang Moonee yang berusia 6 tahun tinggal bersama ibunya, Hailey
di kawasan pinggiran bandar Florida di flat kos rendah, Futureworld. Moonee (Brooklynn Prince) berkawan baik dengan Scooty
(Christopher Rivera) dan kawan baru, Jancey (Valeria Cotto).Walaupun berumur 6 tahun tapi Moonee belum bersekolah
disebabkan ibunya yang menganggur.
Hailey cuma mendapat duit hasil menjaga
Scooty ketika ibunya pergi bekerja di deli. Makan minum diorang pun ambil dari
deli tu. Even worst Hailey ni ada stok ganja dalam rumah. Bukannya dia menjaga
sangat pun budak berdua tu. Most likely diorang jaga diri sendiri je sambil
diawasi penjaga bangunan tu, Bobby (Willem Dafoe). I really love how Dafoe
carry his performance and his chemistry with Brooklynn in TFP.
Disebabkan asuhan Hailey yang agak teruk, Moonie merupakan
acuan yang kurang elok kepada rakan-rakannya. Memaki, mencuri aiskrim, menipu
tu dah jadi benda biasa untuk dia. Lucky for Scooty, ibu dia pantau pergerakan
tambah pula lepas kejadian rumah terbakar disebabkan mereka bertiga. Tapi nak
kata Moonee ni acuan teruk tu tak juga sebab dia pun ada kecantikan dia
tersindiri. Dia belajar dari pemerhatian dia yang dipengaruhi manusia
sekeliling.
Not recommend this movie to anyone since movie ni banyak
bahasa yang tak elok dan scene yang agak over untuk tontonan umum tapi storyline movie ni bagus ditambah dengan script, editing and
cinematography yang cantik. Its definitely one of my fav movie. Lakonan Brooklynn dalam movie ni pun power sampai
dapat pujian dari juri dan menang banyak award. Ending scene memang emosi teruk walaupun tu
jalan yang terbaik untuk dua beranak ni tapi sebak jugak tengok apa yang jadi.
1. Team Production +1,
2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1,
7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 =
10/10
Due to reaching expiry date of my makeups and I've bought a silicone sponge last week, so I saja nak try best ke tak silicone sponge ni sebab ramai yang kata lagi best guna silicone sponge. since its my first try, I just bought it at Mr. DIY since its cheaper just cost me ermm RM2.90 lol cheapskate.
Okay, so this is my silicone sponge
Silicon sponge ni comel & lembut. Rasa macam nak picit sampai pecah je. Best main penyek-penyek dekat muka sebab lembut. So I try guna silicon ni apply BB cream and it turns out tak boleh nak dab macam beauty blender so its kind of awkward sebab dah biasa dab. Boleh wipe here and there. Kalau dab pun dia tak bagi effect apa pun. Sangat comot and sangat tak diserap masuk. Boleh nampak pores dekat kulit and it turns out buruk gila. I don't think a picture is needed sebab teruk benar muka.
Then letak contour and highlight tapi sebab base tak cantik, it turns out tak cantik bila kita dab. Bahagian mata paling susah sebab bentuk dia lebar. Sangat tak berkesan dekat bahagian mata. Kucar-kacir cari beauty blender and dab macam biasa. Blend semua contour and highlighter tapi bila base tak cantik, hasil blend pun macam apa entah. Alang-alang dah makeup, selfie lah apa lagi. Plus nak try teknik selfie guna langsir + matahari tapi tak menjadi sebab matahari dah nak tenggelam. Bayang-bayang pun dah tak wujud dah.
Idk if different silicone sponge will give different effect since I guna yang murah tapi tengok dekat Youtube pun kejadiannya sama je. Memang tak menyerap sangat macam beauty blender sebab tak boleh dab. Tapi yang bestnya guna silicone sponge ni, senang sangat nak basuh and cepat je kering tak macam beauty blender. Lama nak basuh and nak keringkan. Kalau kasar sikit dah terkoyak dah. Bila cuci pun tak bersih sangat. Dah la mahal.
But comparing how effective both works, I definitely choose beauty blender sebab bila dab nampak cantik helok je. So you guys prefer guna silicone sponge or beauty blender kalau apply makeup base?