Movie Review | Buskers
Thursday, 1 March 2018
Pengarah : Kye Fariz
Pelakon : Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Man Bai, Zain Hamid
Genre : Romantik / Remaja
Durasi Tayangan : 110 minit
Trailer :
Buskers mengisahkan tentang pertemuan di antara Vera (Daiyan Trisha) dan Adil (Hafeez Mikail) di sebuah universiti dalam kuliah and terpaksa menjadi team untuk satu assignment. Dari situ Vera mengenali Adil dan menyelami kehidupan Adil sebagai penyanyi buskers di JB bersama Bulan (Bulan Terry) dan Ucop (Anas Ridzuan). Dalam diam Vera menyimpan hati kepada Adil disebabkan perangai Adil yang cool dan menghargai bakat menulisnya. Tak seperti pakwe 3 tahun Vera, Daniel (Mas Khan) yang berubah selepas menjadi famous di social media. Disebabkan Adil yang tak mampu lagi move on dengan ex dia, Mel, Vera encourage Adil untuk masuk pertandingan busking di JB supaya dapat tunjukkan kepada Mel yang dia dah move on walaupun hari-hari Adil stalk socmed Mel.
Honestly tak pernah tengok Daiyan berlakon sebelum ni. So this is my first time watching her on big screen and apparently Buskers was her debut movie. Walaupun Daiyan pernah tercalon dalam kategori penyanyi baru di Anugerah Industri Malaysia tapi dalam movie Buskers ni dia tak menyanyi pun. Satu scene pun takde. La la la pun takde. Padahal I kenal dia dekat Twitter dengan video-video nyanyian dia. Its sad when your talent tak diketengahkan langsung.
And what’s worse for Buskers, Daiyan tak pandai berlakon.
She’s plain. Ada la some scene yang dia mampu deliver tapi mostly memang
hambar. Screentime dia banyak tapi semuanya sia-sia sampai lakonan Hafeez pun terheret sekali but not that much sebab Hafeez memang grab betul watak dia plus dia
memang dah buat research on buskers’ life. He did his homework. Dia belajar main gitar dan busking di KL. Same goes to
Ucop, Bulan, Norlie & Daniel. 4 watak ni memang cantik onscreen. Sedih bila
movie tu terpaksa bergantung harap pada watak sampingan. Rasa happy bila watak sampingan ni muncul. Tapi bukan pada watak Aziz
M. Osman. Dia try hard sangat.
Storyline movie ni simple plus ada part yang predictable macam part Simfoni Dalam Poket tercalon dalam semi-final walaupun Adil cakap diorang tak layak dan tahu puncanya apa. Cuma pelik bila dissatisfied Adil kepada Vera tu Adil tukar pergi Mel pulak. Yang dia tak puas hati tu habis macam tu je. Team Buskers ni nak tonjolkan watak Adil yang cool tapi sebenarnya watak Adil paling serabut sekali.
In terms of music background I tak berapa minat dengan lagu
indie so most of the songs I’m not really familiar with except lagu OAG. So nak
enjoy and sing along pun tak mampu. Mungkin yang suka genre muzik ni akan suka la kot. Idk, I’m not a fan. Tapi lagu Atma Jiwa quite nice. First time dengar pun boleh jatuh cinta.
As for the concept of this movie, mesej yang disampaikan
untuk menyatukan manusia melalui muzik tanpa mengira status dan darjat. Macam
Vera yang kaya boleh lepak dengan Adil yang miskin tapi dia macam tak sampai
pun ye jugak sebab Vera tu anak composer terkenal kot. So of course lah Vera
boleh masuk lepak sekali dengan Adil. Plus, takde siapa nak appreciate talent
Vera except Adil and the geng. If only they create watak Vera dan ayah dia dari
dunia luar selain muzik mungkin kita boleh sembang muzik tu menyatukan. But
since they decided untuk buat semua cast ada background muzik, mesej tu tak
sampai. Nak pulak bila ada watak Daniel.
Yang suka movie santai boleh la try Buskers and chill with
their music tapi kalau you guys nak teen romance, better don’t because Daiyan
will ruin your fantasy.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10