Pengarah : Dain Said
Pelakon : Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 1 jam 38 minit
Trailer :
Tahun 2007 sepatutnya movie ni ditayangkan tapi keluarga Dato' Mazlan melarang tayangan movie Dukun sebab menyinggung perasaan ahli keluarga and keluarga mangsa beli filem ni so I guess semua yang terlibat dapat balik modal. But turns out pengarah Dain Said kata movie ni tak berkisar hal Mona Fendi dan Dato' Mazlan pun cuma ambil inspirasi dari tragedi pembunuhan je.. Yang jadi kontroversinya bila pengarah ambil ayat Mona Fandey 'Aku Takkan Mati' jadi tagline movie Dukun dan dekat poster 'Based On A True Story' supposedly 'Inspired From A True Events'. Ada beza. Bila tengok movie ni pun tak berkait langsung dengan pembunuhan tu, lebih kepada ritual seorang dukun dan kes-kes lain. Sayang lah movie ni tak ditayangkan sebab jalan cerita dia best nak pulak casting semua power.
Dukun mengisahkan tentang Diana Dahlan (Umie Aida) yang bekerja sebagai dukun yang mampu mengubat pesakit bilamana doktor tak mampu. Dengan kuasa dukun-dukun wanita yang mati dibunuh di Indonesia dan tongkat sakti tinggalan kaum Batak, dukun Diana mampu merawat semua pesakitnya. Ada juga yang datang untuk masalah lain seperti dapatkan tanah projek macam Dato' Jefri (Adlin Aman Ramli). Lepas berjaya dapatkan projek dengan bantuan dukun Diana, Dato' jadi tamak dan ingin memiliki tongkat sakti kaum Batak dengan harga RM2.5 juta beserta pantang larang iaitu pakai pakaian putih, minum hanya air mineral dan tidak melakukan seks. Semasa upacara dijalankan Dato' Jefri mati mungkin sebab langgar pantang.
Mayat Dato' Jefri dikerat 18 dan disimpan di dalam bilik air rumah Diana Dahlan oleh pembantunya (Sofi Jikan). Disebabkan kes Diana Dahlan ni hukuman gantuang sampai mati, Diana wajib ada peguam bela tetapi 23 peguam yang datang semua Diana reject sampai lah Karim (Faizal Hussein) yang terpaksa ambil kes Diana sebagai pertukaran minta bantuan cari anaknya yang hilang, Nadia (Elyana). Kenapa Diana pilih Karim? Kenapa Nadia hilang? Tu kena tengok sendiri sebab Diana memang dah lama tunggu Karim dan dia sendiri tahu di mana Nadia.
I must say jalan cerita movie ni memang best sebab bukan berkisar Dato' Jefri semata tapi ada banyak lagi kes lain yang Detektif siasat. Ada 4 kes dan semua kes ni berkait dengan Karim dan Nadia. Isteri Karim pun hilang 7 tahun lepas. Entah hidup entah mati, Karim tak tahu. Dah macam-macam usaha dia guna untuk cari isteri dia. Dalam movie ni watak paling kesian haruslah Karim. Dilakonkan oleh Faizal Hussein pulak, memang sendu rasa.
Kalau siapa yang jenis mudah geli, disarankan jangan tengok movie Dukun ni sebab ada scene yang extreme or maybe jangan tengok masa makan hihu. Yang tertanya-tanya ada scene hantu ke tak, jawapannya tak. Tak nampak hantu langsung dan tak seram. Umie Aida jadi dukun pun cantik iolls bangun tidur pun muka dah macam mak lampir.
Walaupun jalan cerita movie ni macam tak teratur kejap flashback sana, kejap masuk karakter ni tapi at the end of the movie all you can say oh patutlah macam tu, oh dia ni, oh and bla bla bla cuma nak diingatkan movie ni takde ending scene & credit scene. Dia tunjuk jawapan je lepastu pandai korang lah nak fikir apa jadi. Tapi rasanya boleh je fikir sendiri sebab misteri dah terungkai dah. Mana tahu ada yang nak buat sequel lepasni. Because this movie memang worth to watch! Lepas Susuk, Dukun is my fav Malay horror movie.
Siapa yang belum tengok tu boleh lah menyinggah ke Ganool kalau tempat lain semua dah dibuang. I've said earlier movie Dukun ni tak sama dengan kes Mona Fandey sebab karakter Mona yang digambarkan oleh warden tak sama langsung dengan karakter Diana Dahlan. Plus I sokong ayat Kamil masa perbicaraan tu, 'Kes ni bukan kes bunuh sebab tertuduh tidak merancang pembunuhan Dato' Jefri malah mangsa sendiri yang setuju dengan ritual tersebut'. Penulis skrip movie ni seorang peguam tau uolls, so sesi perbicaraan memang best nak tengok. Cuma menyampah sikit je part komedi. Banyak yang hambar nak pulak si Shah tu. Tapi okay je sebab Bront Palarae kan bae ❤🌸
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10