Movie Review : Sang Sekretaris
Thursday, 15 February 2018
Pengarah : Nayato Fio Nuala
Pelakon : Angel Karamoy, Nikita Mirzani, dan Rico Verald.
Genre : Drama
Durasi tayangan : 80 minit
Trailer :
Masa tengah cari movie dekat Ganool nampak la movie Sang Sekretaris ni. Sebenarnya nampak muka hero handsome teruk tengok rating pulak 7.6 fuhh tinggi apa lagi terus download. Sinopsis dia biasa je, Reno (Rico Verald) seorang CEO yang dah berkahwin dengan Clara (Angel Karamoy) tapi bertemu dengan Tiara (Nikita Mirzani), setiausaha baru yang cantik dan menggoda. Akibat terlampau mabuk, Reno terlanjur dengan Tiara dan Tiara mengugut untuk menyebarkan video seks mereka kepada Clara. Setelah disiasat oleh Reno rupanya Tiara adalah perempuan dari masa silam dia datang kembali untuk membalas dendam.
Actually storyline movie ni simple je & boleh jadi short film but nope director decided nak buat drama panjang berjela dan tragis. Serangan dari Tiara ni dekat 15 minit pertama dah start dah, tak payah tunggu lama pun. Boleh je Reno ni pergi bagitahu dekat polis dibawah kes merogol/pencabulan/serangan seksual dari Tiara terhadap dia sebab dia tak sedar dan hubungan seks berlaku tanpa kerelaan dia. Cukup dekat situ je dia dah boleh buang Tiara & memandangkan dia CEO thus dia adalah imej syarikat so dia boleh saman malu dekat Tiara for sure perempuan tu tak boleh bayar sebab dia miskin. Tapi tu lah Reno ni muka je handsome. Jangan kata Reno, kawan-kawan dia pun sama level je dengan Reno ni. Hari-hari bincang tapi sorang pun tak boleh come up dengan solution ni.
Disebabkan desakan & ugutan Tiara, Reno menceroboh masuk ke rumah Tiara & turns out Tiara ni perempuan yang datang dari masa lepas dia somewhere around zaman study lah kot. Satu kampus rasanya. Malam tu dekat parti Reno mabuk teruk masuk tandas then Tiara dengan gediknya masuk tandas lelaki & goda Reno. Again, bukan salah Reno tapi Tiara yang hulur badan. Balas dendam tu sebab even dah bagi badan pun Reno tetap taknak dekat dia. Walaupun dah tahu kebenaran, Reno tetap tak ambil apa-apa tindakan pun cuma pindah rumah & tukar no telefon isteri dia. Tapi sakit hati tau dia pergi buang hp gedabak tu dalam toilet. Ya tuhannn nanti sangkut lah kantoi lah kau yang buang aduh massss.
Even dah pindah rumah pun Tiara tetap ganggu Reno tapi lagi teruk sebab Clara dah jadi bff dengan Tiara siap jemput tidur dekat rumah. Haruslah Tiara nak. Lagi senang dia nak goda Reno. Malam tu dia panggil Reno pergi bilik dia. Nak tak nak kena pergi lah sebab Reno taknak Tiara bagi video seks diorang dekat Clara. Kalau video seks tu Reno bagi dekat polis pun dah boleh settle kes sebab terang2 Reno kena rogol. Dalam video tu Reno dah tak sedar langsung, Tiara je yang aktif tapi tu lah director nak jugak buat cerita tragis.
Tu belum korang tengok part Reno selimutkan Clara dengan jaket tapi selimut gedabak dia buat alas kepala and bantal dia biar je dekat katil tu. Ya tuhannnn mas Reno kok begok amat sihhh.
Dalam movie ni ingatkan Tiara je bijak rupanya dia pun sama level bangang sebab video seks tu je dia ada untuk dapatkan Reno tapi dia tak buat copy banyak pun. Ada satu je. Itu la copy, itu la master copy. Bergelut lah diorang nak dapatkan video tu. The end.
Sebal amat tengok movie ni sebab rating tinggi wei. Nasib Reno ni handsome ala-ala Fahri tapi sado sebabtu gigih tengok sampai habis walaupun dia punya background music kalau orang tak tahu tengah tengok movie apa mesti syak tengok movie horror suster ngensot tahu? Audio je gempak padahal takde benda pun. Nak masuk dalam rumah je pun dia punya background music tu dah macam nak pergi jejak sundel bolong dekat kubur.
Dah lah banyak scene yang rasa nak hempuk kepala nak pulak part Clara gelak sampai dengar satu villa tu gara-gara kes Tiara ucap terima kasih dekat lif sebab temukan dia dengan jodoh dia. Wei, tak lawak pun Clara. Nampak sangat pesen mudah terhibur kau ni. Belum korang tengok makeup Clara dengan Tiara sepesen je. Rasanya MUA dia pandai satu style je sebab tu sama je gaya solek dua pelakon ni. Tak pun bayar murah je. Haihhhh
1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 5.7