Last week and week before that bersepah yang post dah try set ayam KFC flavor baru, golden egg crunch ni tapi tak lah rasa macam nak try sebab looks weird and probably taste weird. Tapi disebabkan dia kata sedap, I pun join sekali lah tapi kongsi je dengan dia.
The ingredients : salted egg, curry leaves and sweet basil
Illustration :
Reality :
Nampak lah golden dia tapi tak jauh beza sangat pun dengan ayam biasa. The taste? Manis sangat campur dengan minyak jadi kembang tekak. So I avoid makan kulit sebab isi dia macam biasa je. Tak terjejas sangat pun. Rasa dia macam makan nasi dagang hahaha tapi dia kata dekat area dia taste better so I guess dekat area Subang Airport kot yang tak reti masak. Sebab different franchise different taste kan? And even mash potato pun rasa masam. Dah nak basi agaknya. Malang betul nasib. Tapi nasib baik ada sarsaparilla, its my fav since I was kid. Terus rasa nak terjah A&W.
Set yang kitorang ambik ni dinner set - 3pc ayam equal to RM19.90 while 2pc ayam, RM16.90. Berbaloi? Nope. Repeat again? Never. Kalau nak repeat pun maybe tunggu orang belanja dekat franchise lain.
Sekarang ni kalau nak makan ayam goreng I pergi McD je. Worth the price and time. Tapi ayam gunting Uncle Bob lagi sedap antara semua hahaha.
Anyway, siapa yang dah makan KFC Golden Egg Crunch ni? Sedap tak dekat area korang?
Tirai 2017 dah pun jatuh tertutup bila semua award events dah selesai dengan sesi penganugerahan cuma yang tinggal National Award. Pencalonan pun belum keluar lagi rasanya tapi dah boleh nampak dah siapa yang banyak kutip awards untuk tahun 2017. Jom tengok Top 10 Bollywood Actors tahun 2017.
10. Ayushmann Khurrana
Nama Ayushmann semakin naik di kalangan peminat sebab imej boy-next-door dalam movie Bareilly Ki Barfi & Shubh Mangal Saavdhan. Walaupun Meri Pyaari Bindu hambar di box office tapi lakonan dia tetap sweet dan disukai ramai.
9. Hrithik Roshan
Walaupun movie Mahenjo Daro gagal teruk di panggung tahun 2016 dan nama Hrithik terpalit dengn kontroversi penceraian & secret affair di mahkamah tapi performance Hrithik dalam movie Kaabil mendapat pujian critics dan sambutan dari penonton thus proved his worth in industry.
8. Aamir Khan
Walaupun cuma watak sampingan dalam Secret superstar untuk tahun ni tapi nama Aamir Khan tetap ada dalam carta sebab kejayaan movie Dangal pada penghujung tahun 2016 dan ramai yang tertunggu movie Thug Of Hindustan.
7. SRK
Walaupun Jab Harry Met Sejal kurang mendapat sambutan & dapat kritikan negatif dari audience but lets not forget he deliver great performance in Raees. Not to mention his production house, Red Chilies Entertainment also get benefits from Ittefaq release and people are rooting for Zero next year.
6. Ajay Devgn
Movie Baadshaho mendapat sambutan di pawagam tapi kejayaan lebih besar untuk franchise tetap ajay, Golmaal Again sampai tercalon dalam movie yang mendapat kutipan tertinggi tahun 2017. Soon, he will be seen in Raid.
5. Salman Khan
It is impossible for him not to be in this list walaupun Tubelight mendapat kritikan negatif & hambar di panggung tetapi Tiger Zinda Hai melonjakkan kembali nama Salman & people approved him in action thriller. He is Bhaijaan after all.
4. Irrfan Khan
Sama seperti tahun-tahun sudah, performance Irrfan Khan dalam movie tak pernah mengecewakan juri dan penonton. Tahun 2017 dengan watak sebagai bapa dan penjual sari dalam movie Hindi Medium dan performance cemerlang dalam movie Qarib Qarib Single sehingga mendapat Best Actor Award untuk tahun 2017.
3. Varun Dhawan
Apart from talent, surely you must have a great body, beautiful face and great dancing skill just like Varun. Walaupun baru berlakon dalam 9 buah filem tetapi belum ada satu pun yang hambar di panggung dan tahun ni Badrinath Ki Dulhani & Judwaa 2 melonjakkan lagi nama Varun di Bollywood sekaligus menjadikan Varun pelakon termuda yang mendapat wax figure di Madame Tussauds.
2. Akshay Kumar
His brilliant performance in Toilet : Ek Prem Katha, Hera Pheri 3, Jolly LLB 2 & Naam Shabana melonjakkan nama dia sebagai pelakon superstar selain #TheKhans. Setiap tahun movie dia dinantikan juri & peminat movie Bollywood and currently we're waiting for Padman & Robot 2.0!
1. Rajkumar Rao
5 movie dalam seahun is superb! Nak pula bila movie lakonannya, Newton tercalon untuk dihantar ke Oscar Academy since bukan semua movie dapat peluang macam tu. Movie Trapped juga melayakkan Raj untuk memenangi Best Actor Critics Choice tahun 2017. Sama seperti movie Bose : Dead or Alive dipuji ramai critics, Bareilly Ki Barfi dapat sambutan di box office. Walaupun movie Behen Teri Hogi hambar tapi tetap dipuji persembahan lakonannya. Dalam movie Raabta, ada cameo sebagai watak orang tua berusia 354 tahun and it did raised lots of eyebrows with his capability to pull off such character. Tahun 2017 memang tahun terbaik Raj sampai ada movie yang terpaksa ditarik balik tawarannya & bagi dekat pelakon lain.
Setiap tahun akan berbeza ranking setiap pelakon & mungkin tahun 2018 ada muka fresh dalam top actors ataupun muka yang sama dalam carta. Pelakon fav korang ada dalam carta tak?
Mengisahkan kehidupan Fahim Salsabila, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu tirinya dan mempunyai seorang adik tiri, Shahruzzaman. Berbekalkan tanah pusaka arwah ayahnya, Salsabila dan rakan baiknya, Teh Sofia, mereka berdua membangunkan ladang betik dan mengusahakan selama bertahun sehingga dikenali ramai. Namun satu demi persatu kejadian malang menimpa Salsabila sehingga dia berputus asa dengan kehidupannya.
Novel ni terjumpa dekat carboot sales tahun lepas. Dah lama dah baca novel ni tapi lambat sangat nak habiskan sebab bunga bahasa Faisal Tehrani macam tak boleh nak terima sangat. Maybe because of age gap kot. Novel TTD ni karya ke-12 Faisal Tehrani & diterbitkan pada tahun 2003. Novel ni cetakan kedua tahun 2008. Dah 10 tahun dah umur novel ni, well I'm honoured.
I'm not sure novel ni memberi kesan dramatik mendalam ataupun tak because as for me watak Salsabila ni annoying actually. She think the world revolves around her & susah betul dia nak buat keputusan. I can say she's weak. Degil tapi lemah and of course bahayakan diri sendiri. Mungkin sebab penulis lelaki kot jadi dia tak berapa pandai nak portray watak Salsabila. Kalau nak dramatik mendalam ni dia kena penulis perempuan sebab sentuhan tu berbeza.
But I love it how Faisal make it a women-centric novel, dia gambarkan kekuatan Salsabila, Teh Sofia, Mimi, mak tiri Salsabila & mak mertua Salsabila. Nampak lemah tapi ketabahan hati diorang ni yang jadi highlight novel ni. Ditambah pula dengan karakter masing-masing yang berpegang kuat dengan agama. Selain daripada menonjolkan kekuatan perempuan, novel ni pun mengetengahkan keindahan Islam. Sambil berniaga betik, sambil berdakwah. Sambil membaca, sambil belajar ilmu agama.
Masa baca buku ni ada juga yang kata ni buku Faisal Tehrani, dia ada kontroversi agama tapi tak lah teruk pun, okay je baca tulisan dia. Semua ilmu agama yang dia letak dalam ni semua yang berpegang pada ajaran ASWJ & I love how real this novel is. Even fictional character tapi berpijak di dunia nyata.
Lessons I've learned in Tunggu Teduh Dulu :
1) Semua manusia akan jatuh cinta tapi jangan sampai buang persahabatan lama macam Teh Sofia yang tinggalkan Salsabila sebab Kamil.
2) Berpegang kepada ajaran Islam bukan sebab manusia yang kita cinta tapi sebab keindahan agama tu sendiri. Lam Ping Hai yang bertukar agama kerana Islam tu indah bukan kerana Salsabila
3) Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.
4) Jangan pentingkan diri sendiri & lepaskan tanggungjawab yang ada.
5) Hormat kepada orang tua, pekerja bawahan dan manusia sekeliling kita.
Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa ia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?
Tak tahu lah kenapa tangan gatal sangat pilih novel genre seram ni padahal takut nak baca. Sepanjang baca ni memang memerlukan teman di sebelah sebab novel ni based on a true story tau. Lagipun hantu Lengloi yang digambarkan ni pun memang seram. Dah lah tempat kejadian banyak dalam tandas, setiap kali pergi tandas bayangkan benda-benda indah je. Dah masuk seminggu dah habis baca tapi terkesan lagi.
Memang berbaloi la kajian penulis bertahun lama untuk kisah Lot 55 ni sebab memberi kesan kepada pembaca. Cuma geram part Pak Cik Kassim je sebab lain yang orang tanya lain pulak dia jawab. Keputusan yang dia ambil untuk Asmah pun rasa panas hati betul baca. Cerita jadi draggy sebab dia dengan Lim yang susah nak buka mulut bertanya, susah nak buka mulut untuk cerita. Nasib ada watak Jiyad sebagai penyelamat. Abang Din pun banyak membantu Jiyad jugak.
'Cerita dulu baru kita tengok nak percaya ataupun tak' - Jiyad, kontraktor kecil
All in all novel Lengloi ni memang best nak pula bila tahu misteri kehilangan Suzy. Tak sangka manusia boleh jadi sekejam tu bila hasad dengki control hidup diorang. Yang tak bersalah jadi mangsa.
Lessons I've learned in Lengloi :
1) Berniaga secara sihat sebab rezeki setiap manusia tak sama.
2) Buat baik sesama manusia & haiwan.
3) Jangan mudah percaya dengan sesiapa sebab kita sendiri tak tahu siapa yang berdengki dalam diam.
4) Jangan lalai dalam mengejar keuntungan. Ibadah yang terutama sebab keuntungan yang kita dapat belum tentu menjamin dunia dan akhirat.
5) Sentiasa menjaga kebajikan pekerja di bawah kita sebab mereka yang menggerakkan perniagaan. Saling menjaga & hormat-menghormati.
Cast : Kang-ho Song, Thomas Kretschmann, Hae-jin Yoo, Jun-yeol Ryu, Hyuk-kwon Park
Production Company : The Lamp
Distributor : Showbox
Genre : Action / Drama / History
Running Time :137 minutes
Release Date : 2 August 2017
Trailer :
Jarang tengok movie Korea but upon recommendation, saja try tengok movie A Taxi Driver weekend lepas and its extremely good! Nak pulak bila movie ni based on a true story, era pemberontakan pelajar Korea Selatan di daerah Gwangju yang ingin negara mereka berubah kepada demokrasi.
A Taxi Driver mengisahkan tentang pemandu teksi di Seoul, Kim Sa-bok (Kang-ho Song) yang terdesak untuk mencari duit untuk membayar sewa rumahnya sebanyak 100,000 won. Mendengar perbualan pemandu teksi yang lain, dia mencuri pelanggan kerana tawaran seorang wartawan Jerman, Jürgen Hinzpeter (Thomas Kretschmann) yang ingin membuat liputan tentang rusuhan yang berlaku di daerah Gwangju kepada sesiapa yang ingin membawa dia ke sana dengan selamat dan memberi bayaran sebanyak 100,000 won.
Without knowing what currently happens at Gwangju, Kim Sa-bok drove Jurgen to Gwangju but thing turns out bad and he seems can't go back to Seoul even he already been paid 100,000 won.
What's so great about a country where soldiers assault you?
Tak pasti motif sebenar movie ni dibikin oleh team produksi sama ada untuk ketengahkan rusuhan tahun 1980-an ataupun untuk mencari permata negara, Kim Sa-bok kerana usaha dia untuk menyelamatkan penduduk Gwangju pada waktu tu but which motive driven them to do the movie, it is totally worth it. The world appreciate Kim Sa-bok and Jürgen sebab keberanian diorang berdepan dengan tentera Korea di kawasan tu.
That spring of 1980. And I will never forget. But there is one face in particular that I miss dearly. My brave friend, Kim Sa-bok. He is a taxi driver. I'm afraid my words fail to express my gratitude, but you're always in my thoughts. - Jürgen Hinzpeter
Walaupun movie ni diadaptasi dari kisah benar tapi kisah ni cuma dari perspektif mangsa yang terselamat & Jürgen sahaja. So this movie still have its fictional fraction but still you guys won't be bothered at all sebab movie ni memang sarat dengan mesej dan lakonan hebat dari barisan pelakon utama! By great, I mean talented! And not to mention, walaupun movie sarat dengan mesej but you will enjoy the story sebab karakter Kim Sa-bok yang kelakar.
What makes this movie is brilliant is they stick to reality as much as they can. Macam scene anak Sa-bok ni kena pukul dengan anak tuan rumah, dia nasihat anak dia untuk ignore je orang perangai macam tu walaupun anak dia di pihak yang betul. It's not an act of a loser tapi sedar diri yang dunia ni tak berpihak kepada manusia yang lemah no matter how hard we try to oppose them. Scene dia nasihat Jae-sik supaya jangan merusuh tapi ikut apa yang kerajaan cakap supaya selamat, matter of fact they just a normal human without power and money won't bring any change towards a country.
With all the incidents occur, we can watch a character develop dari seorang yang lemah kepada seorang yang berani. Tapi bukan berani sangat pun cuma azam untuk keluar dari situ dan berjumpa dengan anak dia di Seoul. Dia cuma nak jadi seorang ayah yang sentiasa melindungi anak dia tambah pula bila isteri dia meninggal sebab sakit.
In a nutshell, with great visual of how chaos it has been back then in Gwangju to an amazing line-up of cast, A Taxi Driver have to be in your list cuma ada satu je part dalam movie ni macam tak complete when nobody tends to give the full details on the cause of riots. Jae-sik cuma bagitahu diorang nak negara demorasi tapi tak tahu atas sebab apa. According to 1980's Gwangju uprising, Presiden Korea masa tu, Chun Doo-hwan seorang pemimpin diktator yang membunuh ratusan rakyat Korea dalam operasi 'Splendid Holidays' mencatatkan pembunuhan paling teruk dalam sejarah negara Korea.
For more story on Gwangju's uprising, you guys boleh baca dekat sini
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10
p/s : Lepas tengok movie ni rasa bersyukur sangat negara dah aman, tak perlu bergelut mencari kebebasan macam era zaman dulu memperjuangkan hak.
For sure you guys dah pernah tengok movie Ek Tha Tiger tahun 2012 & several times jugak ditayangkan di TV3 sempena perayaan, so Tiger Zinda Hai ialah sequel kepada ETT. Juga menampilkan leading cast yang sama, Salman Khan & Katrina Kaif sebagai perisik India & Pakistan, Tiger & Zoya.
TZH mengisahkan tentang misi Tiger & Zoya menyelamatkan 40 orang nurse yang ditawan oleh terrorist kumpulan Abu Usman di Ikrit, Iraq & kisah ni diinspirasikan dari tragedi sebenar yang berlaku pada tahun 2014 dimana ISIS menangkap 46 orang nurse di Iraq. Dengan bantuan dari ejen risikan RAW & ISI yang lain, mereka mempunyai masa seminggu untuk menyelamatkan semua nurse dan tawanan lain di Iraq dengan selamat sebelum Amerika bom kawasan hospital tersebut.
From first look, teaser, trailer and even poster memang team TZH dah tunjuk yang movie ni memang berganda scene action daripada movie ETT yang lebih kepada scene Tiger & Zoya bercinta. But enough with love scene, TZH have power pack of action and yesssss its superb!
Paling best scene Kat selamatkan tawanan gegadis di rumah Baktavi fuhhhhh tak berkelip mata tengok stunt dia. What I love the most about Kat, dia memang perfectionist & semua action stunt dia buat sendiri. That's why onscreen nampak cantik. Walaupun action scene dia tak sebanyak Salman but when the time comes she nailed it perfectly. Kudos Tom Struthers as action stunt director for this movie. He just won Filmfare award for his work in TZH. He totally deserves the black lady. No doubt.
Scene Tiger & Pawan selamatkan Hassan best dekat part hose riding tu. Hati ni lemah betul kalau tengok Salman Khan naik kuda uolls. Dulu Chori Chori Chupke Chupke sekarang dalam TZH pulak. Action stunt memang banyak Tiger & Zoya conquer sebagai ISI & RAW agent tapi scene Zoya cari maps tu ya tuhannn gigihnya letak label nampak lemah terus Zoya dekat situ.
Belum masuk Tiger jadi Rambo lagi. Rambut maintain terpacak, peluru tak kena langsung. Badan terbakar pun kulit macam segan je nak terbakar. Api pun takut nak cari pasal dengan Tiger. Don't let me start on shirtless Tiger in chemical gas I just hmmmm
Si Azaan lagi satu hal, dah tahu nak menembak boleh pulak dia expose diri dia walhal konsep sniper tembak dalam senyap but what Azaan does definitely opposite that law. Lagi satu hal part dia jadi super patriotic bila masuk hal bendera.
Masa dia gaduh tu ingatkan dia nak marah sebab ada Al-Quran rupanya sebab bendera pffttt & its kind of waste of time scene dia gaduh dengan ejen lain sebab bendera. Bendera dia pun memang dia jaga betul memang tak berkedut langsung entah celah mana dia simpan entah bendera tu sepanjang masa ada je dengan dia. Logic fails.
I'm not quite impressed with supporting cast since masing-masing macam tak berapa strong enough & terlindung di sebalik Tiger & Zoya. Idk if this director strategy untuk lebih tonjolkan Tiger-Zoya or memang memasing kekok lagi onscreen. Facepalm gila part diorang boleh sembang bahagia pasal selebriti India-Pakistan, put some Sunny Leone some singers and cricketers lepastu jadi kamceng.
Lagi cantik kalau masing-masing tegang dari awal sampai habis tapi works together untuk sempurnakan misi and due some incidents happened they change their perception but not much. Watak Abu Usman je lah yang nampak real sikit dalam movie ni.
Kudos to Paresh Rawal deliver his character perfectly as a sly Indian businessman and wow oh wow Anupriya sebagai Poorna, ketua nurse & Sajjad Delafrooz sebagai ketua terrorist, Abu Usman even baru lagi dalam industri and they already proved their worth. Tapi geram jugak dengan Sajjad ni sebab ada masa dia nampak macam Arjun Rampal. Fuhhhhh hot!
Another brownie points to add for TZH works great onscreen of course lah camerawork dari Polish cinematographer Marcin Laskawiec yang buatkan action sequences semua looks spectacular onscreen. Memang eyegasm and its worth to watch.
Walaupun action stunts banyak yang defy logic but who cares tho, its Katrina Kaif & Salman Khan! Tak payah sembang banyak pun takpe sebab body language diorang memang top notch. But the chemistry has gone between this couple. Feels tu tak sama macam dalam ETT & Kat somehow lost in her angst.
Well siapa je tak marah kalau sembang cinta sama cinta tapi hari-hari kena makan masakan India, dengar lagu Hindustan. Laki pulak jenis kaki batu tak pernah nak tolong masak tapi bila member datang siap buat masakan fav diorang lagi.
Sembang beria pasal harmony and peace between Pakistan-India tapi bini Pakistan sikit pun tak boleh nak tolerate lepastu ajar anak supaya hipokrit, depan ayah sembang bagusnya India & Pakistan looks nothing in his eyes. Dah lah selama 8 tahun asyik lupa anniversary. Memang patutlah Zoya mintak biar dia mati je dekat Ikrit at least Pakistan value dia sebagai hero & permata negara T.T
For soundtrack, lirik lagu Tera Noor & Dil Diyan Gallan is so beautiful & mesmerizing. A great job from Vishal and Shekhar and same goes to Swag Se Swagat. Thanks to Vaibhavi Merchant for this beautiful choreography. Kat menari cantik sangat I cryyyyyy! Kat dah boleh pegang Item Song & Action Stunt Queen di Btown! Hands down everyone!
I'm not impressed much with storyline and dialogue sebab messy & merapu nak pulak part Tu Tu Tara pffttt, jauh beza dengan Ek Tha Tiger bawah direction Kabir Khan & Ali kena improve banyak lagi untuk setandingkan kerja dia setaraf dengan Kabir since forte Kabir memang dalam movie genre action/crime/thriller pun macam movie Madras Cafe, New York, Kabul Express and Phantom. Meanwhile movie Ali more to entertainment and rom-com so vibe of thrill and intense scene tu tak sampai langsung. Kalau ada yang ke-3 nanti tolong bagi dekat Kabir balik please :')
Another version of this true event, movie Malayalam tajuk Take Off. Diorang kata lagi best and melodrama but I just skip that movie kot sebab I tengok movie ni sebab nak tengok Kat fighting scene je hihu
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought 0 = 4.9/10
Album baru NOAH akan keluar tak lama lagi & so far 2 single terbaru dah keluar tahun lepas, Jalani Mimpi & My Situation. 29 Jan lepas Musica Studios dah release Official MV My Situation and its awesome!!! Since NOAH nak ubah genre music kepada music yang lebih matang I can say this is such a great attempt! Still rocking and menusuk ke hati jadi merinding gitu.
According to Upie Ghuava sebagai pengarah MV My Situation, konsep MV ni menggunakan simbolik & grafik yang romantik untuk menggambarkan hubungan cinta yang sukar sama macam lirik lagu My Situation tu sendiri. My Situation single NOAH kedua dalam bahasa nggeris selepas lagu HERO. Lagu ni digarap dari kisah hidup Uki sendiri yang mengisahkan tentang curahan hati dan kegelisahan seorang lelaki yang ingin keluar dari situasi rumitnya kehidupan cinta dia.
Lagu : My Situation
Genre : Alternative Pop Rock
Penyanyi : NOAH
Lirik : Uki NOAH & Lukman NOAH
Komposer : Uki NOAH
Penghujung Januari, 31hb lepas Musica Studio release official Lyric Video untuk lagu Jalani Mimpi dari NOAH. Lagu Jalani Mimpi ni dikeluarkan pada ulangtahun vokalis NOAH, Ariel pada 16 September 2017. Dari tahun lepas dah tunggu video clip lagu ni sebab lirik lagu yang dikarang oleh Lukman & dibantu oleh Uki dan Lanlan ni inspiring sangat! Bila down dengar je lagu ni untuk naikkan semangat. Thanks NOAH for a great pill to start over in life!
Setakat ni baru 103,296 views di Youtube so siapa yang belum dengar lagi lagu ni, layan video dekat sini :
Lagu : Jalani Mimpi
Genre : Pop Rock
Penyanyi : NOAH
Penulis Lirik : Lukman NOAH, Uki NOAH & Lanlan NOAH
Komposer Lukman NOAH
Ingatlah di kala engkau sanggup melihat matahari
Hangatnya masih terbawa untuk melangkah hari ini
Hapuskan segala keraguanmu
Masa lalu takkan melemahkanmu
Lupakan gelisahmu
Teruslah kau mencari waktu akan selalu mengobati
Temukan semua yang terhenti dalam hidupmu
Tak perlu kau sesali
Hidup kan membuatmu memahami
Coba untuk tetap berdiri jalani mimpi
Ingatlah di kala engkau ingin terbawa kata hati
melangkah di jalan terang, selalu sadari yang kau miliki
Sekarang tengah kecoh dengan logo Visit Malaysia 2020 yang dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sempena kempen Melawat Malaysia tahun 2020 nanti yang mensasarkan 36 juta pelancong dari serata negara dengan kutipan RM168 billion. Tapi logo yang dilancarkan oleh Kementerian ni buruk jika dibandingkan dengan logo-logo yang digunakan sebelum ni yang lebih elegan.
Logo Visit Malaysia dari tahun 1994 hingga 2007
Logo Visit Malaysia tahun 2014
Logo Visit Malaysia tahun 2018 hingga 2020
Logo negara-negara lain
Tapi Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kata dia malas nak ambil peduli dengan kritikan netizen tentang logo VM2020 ni kerana logo ni telah dilancarkan di Chiang Mai dan orang di sana memberi kata-kata positif tentang logo VM2020. Tambahnya lagi logo ni untuk kegunaan pelancong dan bukan untuk rakyat Malaysia. Dan berkenaan bayaran yang kecoh di media sosial untuk logo ni yang menelan belanja berjuta sebenarnya direka secara percuma oleh Jabatan Reka Bentuk.
Berbeza dengan usaha reka bentuk jabatan Kementerian, netizen yang meluangkan masa yang singkat mencipta logo VM2020 rekaan masing-masing yang unik dan jauh lebih cantik dari logo sedia ada.
Tapi ada juga yang pertikaikan slogan tourism yang dilancarkan oleh World Tourism Organization (UNWTO), 'Travel.Enjoy.Respect' pada tahun 2017 kerana jengkel dengan perkataan respect sampai ada yang troll Menteri Kementerian dan juga menteri-menteri yang lain. But did they aware this slogan is due to several cases happen recently? Yang terbaru kes Logan Paul yang menghina mayat di Suicide Forest, Jepun dan beberapa tempat di Jepun semasa melancong ke sana. Tak kurang juga di Malaysia dengan kes 5 orang lelaki yang bogel di puncak Gunung Kinabalu sehingga mendatangkan kemarahan penduduk setempat. And other few cases happened caused by traveler and tourist.
Disebabkan kes seperti ni jadi, so they agreed to up with a slogan in order to spread awareness supaya dalam kita melancong ke tempat orang, kita kena respect dengan budaya di sesebuah tempat tu walaupun berbeza dengan budaya & cara hidup kita. Itu sebenarnya tujuan kita melancong kan? Untuk mempelajari budaya luar, untuk lihat sendiri dengan mata macam mana kehidupan orang luar. Well I do hope this campaign succeed since UNWTO akan agihkan manual etika ketika melancong. Tak pasti pula kalau berkenaan denda tapi rasanya tu bergantung kepada negara masing-masing & of course I fully support this campaign. Aren't you?
Cast : Josh Brolin, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jeff Bridges, James Badge Dale, Taylor Kitsch, Alex Russell, Jake Picking
Genre : Biography/Drama/Action
Running Time : 134 minutes
Trailer :
Kalau tahun 2015 ada Everest, 2016 dengan Deepwater Horizon, tahun 2017 ada Only The Brave. These 3 movies have a beautiful story to tell and it meant to be a tribute. A beautiful tribute. Only The Brave mengisahkan tentang 20 orang ahli Granite Mountain Hotshot yang terlibat dalam misi memadamkan api di hutan Yarnell di bandar Arizona pada tahun 2013. Movie OTB diceritakan oleh isteri kepada Superintendent Eric Marsh, Amanda Marsh & Brendan McDonough.
Sebelum tengok movie ni memang tak pernah tahu pun pasal perbezaan hotshot dengan bomba. I don't even know they're exist pun. Yang tahu, bila hutan terbakar wildlife forest yang akan bertindak or bomba tembak air dari helikopter. The difference between these two, bomba padamkan api dengan air tapi hotshot padamkan api guna api jugak. Diorang akan gali lubang garisan untuk bertindak sebagai penghalang kepada api yang marak.
Tragedi Yarnell Hill Fire antara tragedi paling menyayat hati sebab 19 orang hotshot mati terbakar semasa bertugas disebabkan angin yang bertukar arah dan tiada jalan keluar masa tu kecuali berlindung di sebalik fire shelters. Tapi kalau ikutkan fire shelters tu bukan guna untuk berlindung dari api yang marak tapi untuk api kecil je. I'm glad director decided to put the shot of a burned bear running across the forest instead of those hotshots. You know what happened and it just too heart-wrenching to watch them burned alive.
Walaupun based on a true story yang diceritakan sendiri oleh hotshot yang terselamat & Amanda Marsh tapi ada banyak juga scene yang diubah macam scene pasangan Marsh bergaduh sebab anak walhal pasangan Marsh okay je malam sebelum Eric pergi bertugas. Everything was fine and if director stick to the story maybe emotion tu lagi sampai sebab there's not even a single goodbye. It just happened.
Antara scene lain bila Donut kena jadi lookout sebab kaki dia dipatuk ular & terlantar di hospital pun sebenarnya a made-up story je dari director walhal masa tu Donut jadi weather lookout sebab dia demam selsema. Sama juga dengan scene Donut bergaduh dengan Eric Marsh bila Donut cakap nak berhenti dari hotshot sebab nak luangkan lebih masa dengan anak perempuan dia yang baru lahir masa tu. Kalau based on the movie, Eric marah bila Donut cakap nak berhenti sedangkan in real life and by logic supposedly dia kena terima alasan tu since kerja tu memang lama berpisah dengan keluarga tambah pulak bahaya kena hadap api marak. Team Granite Mountain Hotshot pun dah ada ahli yang bersara sebab nak bersama dengan keluarga.
I must say dalam entri ni memang banyak spoiler tapi it best kalau you guys tengok sendiri macam mana hotshots ni bekerja untuk selamatkan orang awam, harta & alam daripada musnah. Macam mana dedikasinya semua ahli untuk beri yang terbaik sebab kesilapan yang sedikit dari diorang boleh dedahkan keluarga masing-masing dalam bahaya. Walaupun ada training, fizikal kuat, ada pengalaman yang banyak but still terdedah dengan bahaya. Anytime boleh mati.
Don't worry about cinematography since director yang sama dari movie Tron : The Legacy & bergabung dengan team cinematoghraphy movie Life of Pi. They did great work portraying the beauty in this movie.
Even if director ada olah jalan cerita tak sama seperti yang berlaku sebelum kejadian Yarnell Fire Hill tapi director still kekalkan misteri kenapa 19 orang hotshots bertindak untuk tukar tempat berlindung. Nobody knows that up until now and families decided to sue Arizona Forestry Management sebab gagal dalam misi tu sampai 19 orang meninggal dunia.
Even storyline sebelum klimaks tu tak berapa cantik tapi terlindung dengan lakonan bagus dari semua pelakon even just supporting cast. Bila tengok dari awal sampai part klimaks tu memang emosi sangat. And I must say the team did a very great job sebab keluarga mangsa pun minta untuk portray their characters as noble as they could. Movie ni pun bukan untuk tunjuk siapa hero bila dalam situasi sukar macamni tapi lebih kepada untuk bagi pendedahan tentang pekerjaan sebagai hotshot supaya ada pihak yang dapat bantu buatkan pekerjaan ni jadi lebih mudah & kurang berbahaya dengan teknologi sekarang.
The reel hotshots & real Granite Mountain Hotshots
As for me I really love this movie & tak berhenti menangis tengok sebab based on a true events. Kalau tengok dekat cinema rasanya movie dah habis pun still lagi dekat seat tak nak bangun macam masa tengok Everest dulu. I'm weak kalau true events ni nak pulak bila melibatkan jasa & pengorbanan orang. Regardless every questions arise from this tragedy and this movie I still value every hardwork and efforts this team have made to rescue the community. Tak kisah lah siapa punya keputusan pun untuk berlindung di kawasan tu pada hari kejadian, one should not forget their sacrifice to be apart from family, to be in this kind of job to protect every people in the city. They are the unsung heroes. Thank you :')