Movie Review : Ittefaq

Tuesday, 19 December 2017

Image result for ittefaq review

Director : Abhay Chopra
Cast : Sidharth Malhotra, Akshaye Khanna, Sonakshi Sinha
Genre : Mystery/Thriller
Running Time : 1 hour 40 minutes
Trailer : 


Ittefaq, movie remake dari movie tahun 1969 dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang Vikram Sethi (Sid Malhotra), seorang penulis novel yang melarikan diri setelah disyaki membunuh isterinya Katherine Sethi di apartmen mereka. Secara kebetulan terjumpa Maya (Sonakshi Sinha) & mayat suaminya, Shekhar semasa minta pertolongan & perlindungan dari pihak polis. Vikram berdepan dengan dua pembunuhan & kes diketuai oleh Inspektor Dev (Akshaye Khanna) dan harus diselesaikan dalam tempoh masa 3 hari. With limited evidence, witnesses, different stories by two suspects and short period of time, will Dev find the real truth behind this murder case?

I didn't know which movie is better, the original one or the remake but judging from the storyline of the movie, it is entertaining and deserves the attention. Nak pulak bila ada pelakon lama yang memang terkenal dengan bakat lakonannya, Akshaye Khanna. He carry this movie on his shoulder with a great performance! Walaupun dalam movie Mom dia lakonkan watak sama dengan misteri yang sama but still he proved his worth. 

Image result for ittefaq review

Since movie ni tak banyak sangat location cuma bergerak di antara penjara & rumah plus with a simple murder case, so tak pening sangat with editing cuma sakit hati jugak dengan Sonakshi Sinha sebab kayu dalam movie ni. I mean, what happened girl? As if this is your debut movie back in 2010. Lucky for her, screentime dia tak banyak berlakon seorang. Mostly with Akshaye and Sid so dia terselamat sikit tapi disebakan lakonan dia, intensity tu tak berapa nak ada. Its just there whether from devastated Sid or Akshaye in solving the case. 

Kind of weird jugak bila both of them, Maya & Vikram tak panggil lawyer untuk defend themselves since tuduhan polis agak berat, kes bunuh padahal Maya ramai kawan lawyer sebab suami dia seorang lawyer and Vikram pula penulis terkenal so nak dapatkan lawyer bagus tu bukannya susah sangat pun sebab dia berduit. In addition to that, kenapa scriptwriter tak bagi dialog more provocative untuk watak Dev sedangkan Vikram dah bagi motif jelas bila dia kata dia terhutang banyak dengan Katherine instead of tunjuk rasa kesian dengan Vikram? 

Image result for ittefaq review

Ittefaq tak ada lagu so you guys yang nak layan movie Hindustan tapi tak suka lagu then this is the one for you. Since tak banyak sangat bukti & saksi, dengan 2 cerita berbeza tapi dengan situasi yang sama I bet you guys pun akan wondering siapa pembunuh sebenar. Walaupun dah dapat jawapan tapi tak yakin nak berpegang dengan jawapan tu sampai lah dia reveal sendiri at the end of the story sebab masing-masing ada motif kuat untuk membunuh. Promo events movie ni pun tak reveal banyak sangat hint sebab taknak misteri tu terbongkar. Well I guess their strategy worth it. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +1 = 8/10

Goodbye Jonghyun

This news is devastating. Back in 2010, during my campus life whenever I got caught up with stress, I'll watch Korean variety show. I'll listen to Kpop and one of them is SHINEE. And yes my fav is Jonghyun. Not gonna lie its such a heartbreaking moment when he's there making people smile/laugh/happy/away from their problems, drama and stress but he's the one in pain struggle to live but today it all ends.

Tbh minggu ni or I can say bulan ni banyak sangat dapat ask dari strangers talking about depression. Tak boleh hadam lagi Chester bunuh diri sebab depressed and now this? Korea has lost a talented singer, composer, DJ and a heartwarming person. Its hard to believe that he's gone now. 

But to live in depression is hard, to even survive with slavery contract and mad fanatic world is hard. He actually did seek help from doctor for his mental illness tapi doctor cakap tu cuma suara dalam kepala dia je. How can a doctor say that when somebody seeking help from him? Depressed dari kecil lagi nak jadi yang terbaik replace tempat ayah dia jaga mak dengan kakak, doing his best in his career, terpaksa putus cinta sebab fans tak suka [I loathe fanatic and mad crazy fans, its his personal life] and feel not great enough because of mad negative criticism. He's exhausted.

His last letter:

His last picture before he's gone.

He did his best for 10 years now, shining bright like others. Rest in peace, Jonghyun. Thanks for all the great memories and smile you bring :'(


Roses for Jonghyun :'(

Gegar Vaganza 4 : Tahniah Lan Solo!

Monday, 18 December 2017

Image result for gegar vaganza 4

Finally its reaching the end!!! I must say performance malam semalam semuanya bagus, semua all out proving their best on stage. Jihan and Nabil looks great last night. Bersyukur sangat semalam tak ada drama dari mana-mana pihak terutamanya Vida. Mood dia okay je semalam cuma kena hadap performance Ayam Mee yang meleret sikit. But its okay lah. The judges pun awesome, Dato' Rosyam Nor sebagai juri undangan & ibu Khatijah Ibrahim. I miss her and her 'orang sana sini kirim salam'. Masa GV3 every week dia kumpul salam orang and yes Bonda Hetty Koes Endang & Tok Ram looks ravishing at Pinewood Studio, Iskandar Puteri, Johor.

Untuk first round, Lan je yang dapat komen negatif dari Tok Ram sebab sebutan English dia tak jelas but still entertaining to watch tapi untuk second round dia menonjol dalam lagu rap Amboi battle dengan Hazami while Hazami failed to impress the judges maybe sebab rap kena laju and genre Hazami jenis slow meleret so dia tak mampu nak control sangat. Boleh nampak lah kenapa Hazami dapat tempat ke4 semalam. Agak terkejut jugak dengan result semalam sebab dah memang predict Hazami akan dapat Top 3 but he's not! 

Ni senarai markah untuk performance malam tadi. Markah Lan dengan Hazami beza cuma 0.4% je : 

1.Aishah - 81%
2.Liza Hanim - 79%
3.Lan Solo - 70.4%
4.Hazami - 70%
5.Firman Siagian - 69%
6.Tia Jinbara - 66%


Kak Aishah dengan Kak Liza Hanim memang dah agak dah dekat port tu sebab diorang memang power even Kak Liza Hanim jatuh no 5 masa separuh akhir tu tapi semalam dia naik balik shoot pergi atas. Cantik performance dia semalam nak pulak part rap dalam lagu Supergirls tu macam air je dia rap English. Kudos to her. 

Masa semi final ramai yang pertikai kenapa Firman dapat masuk final tapi bukan Syura tapi masa Final I love his performance memang cantik sangat. Part battle pun dia nyanyi bagus lagu Tepi Sikit, nak pulak Tia memang tak pernah rap so Firman memang menyerlah on stage sampai tutup kelemahan Tia. 

Untuk performance Final GV4, Haida & Aqasha perform lagu Dua Insan. They both are great on stage, chemistry pun cantik. Harap lepasni ada duet single diorang berdua sebab both of them nyanyi lagu memang cantik sangat walaupun dah muak dengan lagu tu since ramai sangat yang perform lagu ni. Kak Engku and Syura perform lagu Memori. 

Last performance dari Ezad dengan Mamat, Masih Terserlah Ayumu, Rahsia Pohon Cemara & Langkah Seiringan. Terkejut tengok muka Mamat dah berbeza sangat sekarang. Suara pun dah tak cun sangat macam dulu. I wonder if Mamat will rejoin Exist sebab minggu lepas masa Carta Era 40, Ezad ada cakap dia dengan Exist akan keluarkan album. Maybe ada Mamat sekali since diorang perform together on stage. Maybe its a hint. But it just a wild guess tapi lagi best kalau Mamat ada sekali sebab dia pun pernah naikkan nama Exist. Kan?


All in all last night is the greatest night for GV4, emosi jugak tengok flashback sebab dah habis dah. Lepasni dah takde dah GV. Anyway, I just wanna say congrats to Lan sebab dapat no 3. Sangat terkejut semalam sebab tak sangka dari nothing to something. Top 3 pulak tu. Kalah Hazami yang orang memang dah jangka jadi juara sebab performance tak pernah jatuh tiap minggu. Bak kata Tok Ram, antara ramai peserta dalam GV4, Lan paling bagus sebab setiap minggu dia improve nyanyian dia walaupun berbeza genre tiap minggu tapi dia mampu buat walaupun dibuang dari Kristal, walaupun sakit teruk sampai tak mampu berdiri tapi dia tetap bagi yang terbaik so he deserves that trophy. Harap lepasni dia menyinar dalam industri sebab ramai yang dah nampak dia penyanyi yang mampu bawa semua genre. Wishing him all the best for his career. Greatest congrats for you Lan!

Image result for gv4 final

Yang belum tengok konsert Final GV4, boleh tengok dekat sini :)

Movie Review | Mother! (2017)

Saturday, 16 December 2017


Director : Darren Aronofsky
Writer: Darren Aronofsky
Cast : Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Ed Harris, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, Kristen Wiig, Brian Gleeson
Production Company: Protozoa Pictures
Distributor: Paramount Pictures
Genre : Mystery, Horror, Drama
Release dates: 5 September 2017 (Venice), 15 September 2017 (United States)
Running Time: 115 minit
Trailer : 


2 jam layan movie Mother ni memang puas hati. I didn't skip any scene, I didn't fast forward, I didn't increase video speed because I really wanna be in this beautiful piece. I wanna know the significance of every scene in this movie. I can say this is one of the best movie for this year!

Dalam movie ni watak utama memang tak ada nama watak but its not important anyway. Ramai yang tolak movie ni and classified it under the worst movie ever but if you can decode the mystery behind this movie, then surely you'll love Mother! 

Mother mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang tinggal di sebuah rumah jauh dari bandar. One day diorang dapat tetamu yang tak diundang which turns out to be a crazy fan of the poet. Suami tu seorang poet & mencari ilham yang dah lama hilang. Isteri dia macam tak berapa suka ada tetamu datang sebab nanti ganggu kerja suami dia plus rumah dia pun tak siap lagi since rumah tu pernah terbakar teruk tapi isteri dia repair & hias balik sampai cantik sama macam sebelum ni because she loves her dear husband and wants him to be happy tapi sejak tetamu ni datang banyak betul masalah yang dia bawa sampai isteri nak halau keluar dari rumah tapi si suami larang sebab dia nak mencari ilham dari semua yang terjadi. But then isteri dia mengandung and suami dia dapat ilham dari pregnancy tu. Tak lama lepas tu buku suami dia siap & semua orang start datang rumah diorang untuk dapatkan karya agung suami dia. But it turns chaotic and destructive. 

Storyline movie ni dah cantik tapi ada some part yang left unexplained macam black shadow yang selalu ganggu si isteri and serbuk kuning sebagai ubat bila isteri stress ataupun takut. At first I thought isteri ni ada mental illness sebab ingatkan black shadow tu cuma halusinasi dia. But she's not because she's connected with that house. & besi yang dia tolak dari meja tu jatuh sampai ke bawah tanah sampai buat dia sakit. Idk why she did what she did. 


Lakonan Jennifer Lawrence memang superb because she carry all the emotions in this movie all by herself. That love, confused, purity, innocence, obedient, anxious, terrified and protective semua lah dia mampu express through her facial expressions or body language. She deserves all the award for this movie. She nailed it! Whatta performance!

Image result for MOTHER REVIEW

Sampai sekarang terngiang ayat dia 'You never loved me. You just loved how much I loved you. I gave you everything!' and some scenes yang terngiang lagi sampai sekarang even dah berhari tengok. Selalunya kalau movie yang terngiang ni movie yang power je and yes Mother gives that vibe because Jennifer Lawrence mampu buat audience rasa apa yang dia rasa. 

Tapi ada satu part yang macam terjongket kening bila uninvited guest tu sembang pasal anak-anak. Dia cakap Jennifer Lawrence tak faham macam mana rasanya bila kematian anak sebab belum ada anak. 'You can't imagine if you didn't have a child. You give, you give, you give and its just never enough' sedangkan Jennifer is connected to that house, she dedicates all of her times to that house. Dia boleh tahu nadi rumah tu macam mana. By that sentence of the woman, Jennifer exactly know how it feel since she gives gives and gives to that house.

Related image

I agree movie ni agak heavy sampai kena fikir apa mesej sebenar dia nak ketengahkan. Starting from the trailer pun director tak reveal langsung cuma reveal the cast. Dah habis tengok lama movie ni pun tak boleh move on lagi selagi tak mampu nak decode mesej sebenar dari director tu. First half memang nampak biasa tapi bila masuk second half dah start intense and your curiosity memang mencanak but you have to wait till the end of the movie baru dapat hint. It makes you uncomfortable but a huge impact for your life?

The visual is great especially minit awal masa rumah buruk bertukar jadi rumah cantik macam a growing nature, not to mention audio and editing, cuma genre dia je masalah sikit since under thriller tapi tak lah thrill sangat pun and definitely not a horror movie but all in all I'm entertained with it so here's my rating for Mother!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8/10





Okay, bawah ni mesej sebenar dalam movie Mother! Kalau belum tengok tapi nak interperate sendiri, jangan baca. Kalau belum tengok tapi nak tengok tanpa stress & dah tengok tapi tak faham lagi kenapa, then feel free to read :)

Related image

Sebelum movie ni released, director dah bagi hint dalam dua poster Mother ni satu poster ada Javier Bardem dan satu lagi poster Jennifer Lawrence. First poster of Javier actually symbolize him as The God. Look at what he's holding so dalam movie ni dia gambarkan diri dia seorang poet and trying to create a masterpiece through his book and that book is actually a Bible. That's why he highlight to Mother he need the uninvited guests in his house so he can be inspired. Lebih kurang macam dalam Bible lah menceritakan tentang perilaku manusia and kehidupan.

While for Jennifer Lawrence, poster dia menggambarkan diri dia sebagai Mother Nature sebab tu nama dia Mother! Character dia dalam movie sebagai pendiam & dia banyak guna facial expressions and body language because nature is beautiful, calm and quiet. In that movie she's pregnant and that baby turns out to be Jesus. And the end of that movie the baby being killed and eaten by human. Sama lah macam Jesus sacrificed diri dia untuk manusia.

Uninvited guest being portrayed as humans. The dying husband is Adam and his wife is Eve. Ada satu scene bila Javier tolong Ed Harris dalam toilet, Jennifer nampak tulang rusuk dia luka well tulang rusuk tu berparut sebab Eve datang dari situ. Tulang rusuk bergetar anyone?




And then their sons came along. Remember Qabil and Habil killing each other because of their lust and greed? Well that scene represent their story. That part when Adam & Eve jatuhkan crystal dalam bilik kerja Javier is represent Adam & Eve masa di syurga yang makan buah epal sampai Tuhan marah tu.



Before the end of first half, ramai yang datang rumah the poet untuk upacara berkabung but it turns out like a party where everyone seems to be happy celebrating walaupun the Adam in grief. Ada seorang lelaki berkulit hitam & perempuan cat rumah diorang tanpa sebab & permission. Well that action represent human yang suka hati ubah suai Bumi ni untuk keselesaan diorang sendiri without thinking the mother nature's feelings and consent.



Sama jugak dengan couple yang duduk atas sink. The mother keeps asking them nicely supaya turun dari sinki tu sebab belum kukuh lagi but they didn't listen siap hentak lagi untuk buktikan yang sinki tu okay je but it turns out sinki tu pecah and roboh, paip dalam rumah pun bocor. Yes, it describes manusia yang degil tak reti jaga alam and expect alam ni akan sentiasa dalam keadaan bagus but turns out it is not.



Ada scene Jennifer Lawrence perasan lantai rumah dia bleeding & berlubang even dia dah repair. Its the Earth giving sign to mother that its hurting and giving warning. Second half of the movie dah start chaos bila Bible dah siap, ramai yang datang ke rumah tu, rosakkan rumah tu as human come on Earth, breeding and become overpopulated for Earth to carry them and they become destructive but still worship their God. They're killing each other to stay survive, they experiment other human and they aggressively wants to kill the mother nature while God let them behave all the way they want but being protective to Mother since she carry his seed, Jesus.



Bila Jesus lahir, God thought that human can be changed but they can't and they kill Jesus as sacrifice to please God. Ada part bila Javier cakap 'You and I have to find a way to forgive them' well that scene portraying God is forgiving tapi mother nature tak boleh terima so dia hapuskan semua manusia macam mana bencana alam yang jadi dekat Bumi. Tapi Javier tak mati pun sebab dia Tuhan. And the end of the movie, dia letak balik crystal tu dekat tempat asal supaya dia boleh create Bumi tapi Mother yang lain supaya takdir kehidupan akan berubah I guess.

Mother! is a movie about nature who gives everything to God and humankind but its never enough until she die. This is all I can decode from the movie, kalau ada yang boleh dapat lagi detail you guys can hit the comment box. :)

Duit Istimewa RM60 & RM600 dari BNM

Friday, 15 December 2017

Bersempena ulang tahun Malaysia yang ke-60, Bank Negara Malaysia (BNM)  mengeluarkan wang wang kertas khas bernilai RM60 dan RM600 bertemakan 'Raja Payung Kedaulatan Negara' sebagai tanda penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu sejak tanggal 31 Ogos 1957 sehingga kini. Perjanjian yang bertarikh 5 Ogos 1957 telah mengisytiharkan Yang Di-pertuan Agung adalah ketua tertinggi persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani oleh semua pihak raja-raja Melayu pada waktu itu. 


Wang istimewa keluaran BNM ni berukuran 370mm x 220mm, antara yang terbesar di dunia dan mempunyai ciri keselamatan yang lebih tinggi berbanding wang ringgit biasa yang digunakan sekarang ni. 


Wang kertas RM 60 dan RM600 ni dibuka tempahannya pada Hari Jumaat, 5 Januari 2018 nanti dan cetakannya hanya terhad kepada 6,000 keping untuk not RM600 dan 60,000 keping sahaja untuk not RM60. 

Harga bagi setiap wang kertas istimewa

BNM juga mengeluarkan 4 jenis wang syiling emas berharga RM300, perak berharga RM150, tembaga berharga RM 15 dan juga emas Nordic berharga RM1 yang akan dijual di lelongan awam nanti. Wang kertas dan syiling keluaran istimewa BNM ni akan ditayangkan kepada umum di Muzium Bank Negara pada 21 Disember 2017 nanti dan juga akan ditayangkan di Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu pada tarikh yang sama. 

#ThrowbackThursday : Muka Rosak Sebab Local Product

Thursday, 14 December 2017

Muka flawless ni memang impian semua gegadis tapi muka bila dah rosak sebab local product memang buat menangis. Around tahun 2015 rasanya masa tu housemate memang ramai sangat pakai skincare set N****N. Dah bagi hint pandai lah teka sendiri kang kena saman pulak. Dah lah muka buruk, miskin pulak tu memang cari pasal kalau kena saman. T.T

Sebelum ni pakai banyak jugak pakai drugstore product tapi banyak yang tak ada effect pun. Macam sama je tak ada perubahan pun. Dah fedup dengan drugstore product, try pakai sabun beras pun sama jugak. Tak jalan jugak. Lepastu pakai sabun madu pun sama lah. Tak ada beza pun. 

Tahun 2013
Masuk zaman study dekat UiTM mula lah naik jerawat tu. Bila tengok muka housemate kemain flawless berseri je, dari sorang yang pakai membawak ke dua lepastu tiga lepastu mula la rasa nak join sekaki.Awal tu beli sabun je dulu. Masa pakai okay je, dua tiga hari dah nampak jerawat kurang. Lepastu beli satu set, toner krim siang dengan krim malam. Seminggu je pakai dah nampak kurang banyak. Masa tu selfie memang berbakul baq hanggg. Instagram pun kemain haa update selfie bersepah. Nak makan selfie, nak solat selfie, bersiap selfie, pergi kelas selfie, dalam kelas selfie wei asal boleh merata alam pi bantai selfie. Muka tengah segak khennn. Dia punya happy tu sampai nak update dekat blog promote produk tu. Tapi tak sempat hahaha.


Masuk sebulan dua cun, tiga bulan cun lagi, lepastu dah start dah naik jerawat. Dahi pun dah start menggelupas. Awal tu ingatkan sebab stress dengan final so buat bodoh je lah. Pakai je macam biasa. Actually dari awal beli sabun lagi dah pedih dah pakai tapi sebab orang kata nak buang segala kimia drugstore product dalam kulit muka memang seksa sikit. Masa tu punya lah benak memang tabah je tahan pedih. 
Dah start bersepah jerawat.
Bila dah start naik jerawat bernanah, beli serum dia sebab diorang kata kesan dia lagi bagus dari night cream. Pakai la serum dia yang wangi tu. Sama jugak, pedih jugak. Bila dah tak tahan terus stop pakai. Sebab bila kena panas, muka memang pedih sangat. Tak sure lah merah menyala ke tak muka masa tu tapi yang penting memang pedih sampai nak berjalan pun kena lindung muka dengan buku ataupun fail. Pedih!

Masa tu tengah final, keluar rumah pun jarang kecuali pergi makan ataupun pergi exam. Muka breakout pun tak ambil pusing sangat sebab dalam kepala penuh dengan final je. Bila dah habis final, otw balik kampung singgah kejap dekat R&R nak solat. Lepas habis solat, bersiap pakai tudung terkejut tengok muka sendiri. Penuh dengan jerawat, segala jerawat ada. Jerawat pasir, jerawat batu, jerawat bernanah penuh dekat muka sampai dalam hidung pun ada wei amboi sangat. Nak menangis tengok muka sendiri macam tu tapi fikir ni semua sebab stress dengan final. Ni dah habis final surut lah nanti tu. 

TAPI TAK PUNNNNN!

2 bulan dekat rumah stop guna produk tu dah. Jerawat dah berkurang tapi still banyak lagi jerawat. Sedih betul tengok muka sendiri. Berkurung je dalam rumah sebab muka buruk. Murung jadinya. 

Lama jugak nak elokkan balik muka. Sampai sekarang pun belum okay lagi. Sekarang ni guna skincare Nutox je, dah setahun pakai okay lah tak pedih, jerawat pun tak mencanak macam dulu. Kalau nak period ataupun stress je baru naik. 

Sekarang ni amalkan cuci muka dengan makeup remover, spray dengan thermal spring water sebab office ada air-cond & pakai sunblock. Kalau jerawat naik banyak sangat, guna Vaseline sebagai masker ataupun scrub beras kunyit. 3 hari sekali exfoliate dengan St Ives. Nak compare dulu dengan sekarang, okay lah syukur sebab tak teruk sangat. Nak jumpa dengan orang pun tak segan sangat. 


Sekarang tinggal nak buang lemak dengan double chin je so kita masukkan dalam Azam 2018 nanti! 

PROGRAM AFFILIATE BAITULJANNAH

Wednesday, 13 December 2017

Blogwalking tadi main klik mana suka lepastu terjumpa pasal Affiliate Baituljannah. Selama ni bila orang sebut Baituljannah haruslah terfikir pasal jodoh sebab famous kot Baituljannah ni siap ada group FB lagi. Tahun ni datang pulak program Affiliate Baituljannah which you guys can join for FREE! Nak daftar pun mudah sangat cuma isi nama, alamt email, jantina & kata laluan. What are you guys waiting for?

DAFTAR SEBAGAI AFFILIATE BAITULJANNAH

Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah

Keistimewaan Program Affiliate BAITULJANNAH


☛ 1. Pendaftaran percuma.
☛ 2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
☛ 3. Anda hanya perlu mengajak rakan-rakan anda mendaftar di Baituljannah.com sama ada untuk mencari jodoh atau untuk menjadi ejen affiliate seperti anda.
☛ 5. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsapp dan Telegram. Kemudian, bersedia untuk menerima komisen.
☛ 6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana BAITULJANNAH beroperasi.

Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah

Yang bestnya bila join Program Affiliate BaitulJannah ni, 15 orang ejen berdaftar yang kumpul ramai affiliate boleh menang 15 ganjaran istimewa macam dekat dalam gambar ni. Excited? Daftar lah sekarang! Tak sampai 5 minit pun nak daftar :D

Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah



Untuk terma dan syarat penyertaan :

1. Pihak Baituljannah menyediakan sebanyak 15 hadiah ganjaran istimewa untuk 15 orang ejen affiliate pertama yang mencapai rekrut sebanyak 5,500 orang pendaftaran calon cari jodoh yang telah lulus profail dan disahkan nombor telefon.

2. Sebaik sahaja seseorang ejen affiliate itu mencapai 5,500 orang pendaftaran tersebut, dia berhak untuk memilih salah satu daripada pilihan hadiah ganjaran yang disediakan.

3. Pengiraan pendaftaran yang diambil kira hanya pendaftaran bermula pada 15 November 2017 sahaja. Pendaftaran sebelum 15 November 2017 tidak diambil kira.

4. Pengiraan pendaftaran yang diambil kira hanya pendaftaran yang direkrut oleh anda dengan menggunakan URL ID anda sendiri. Pendaftaran melalui ejen-ejen affiliate rujukan anda tidak akan diambil kira.

5. Hadiah ganjaran yang disediakan adalah terhad. Oleh itu, ejen affiliate yang terlebih dahulu mencapai sasaran mempunyai keistimewaan untuk memilih salah satu daripada mana-mana hadiah ganjaran yang masih belum ditebus ketika itu.

6. Tawaran hadiah ganjaran ini hanya sah sehingga 15 Februari 2018 sahaja.

7. Pihak Baituljannah berhak untuk menggugurkan keahlian mana-mana ejen affiliate sekiranya seseorang ejen affiliate itu didapati melanggar sebarang syarat-syarat yang ditetapkan atau menggunakan sebarang teknik yang mempunyai unsur-unsur penipuan seperti menggunakan bot untuk mendapatkan jumlah pendaftaran yang tinggi.

Wedding Aima & Ninie

Sekarang dah masuk musim orang kahwin ni rasa nak throwback wedding ceremony dua kawan sekolah BTS dulu. Since balik dari Sabah, masuk zaman kampus membawak ke zaman kerja, belum pernah lagi jumpa kawan sekelas. Kawan dari sekolah rendah pun baru sorang dua yang jumpa itupun kebetulan satu kampus dekat UiTM Segamat.

26 September 2017 wedding reception for one of my besties dekat Semenyih. Kahwin dengan polis haruslah jalan bawah pedang tapi sebab sampai lambat memang tak sempat nak tengok lah cerita dia. Dah sampai lambat satu hal, makanan pun dah nak habis. Beria makan laju-laju sebab nak kek red velvet tapi budak-budak dah habiskan. Yang geramnya tu bila ambik sendiri memang beria lah ambik banyak sudahnya makan ada lah dalam dua tiga suap. Why kids whyyyy T.T

Untuk sedapkan hati Ayat yang tengah lara kek red velvet dah habis, I said

'Tak sedap lah tu sebab tu diorang tinggal je'

Masa tu plan lepas makan, ambil gambar then balik lah sebab rimas jugak nak lepak dekat majlis kahwin ni. Bising. Nak gosip pun tak best tapi nak tunggu turn ambik gambar tu ya tuhannnn sempat lah habis dua kitab kitorang bergossip. Serious memang lama gila. I guess dalam 2 jam tunggu situ. But that's okay lah because we're waiting for other friends as well to arrive.

Ngam semua dah sampai baru dapat turn nak bergambar itupun kena cepat sebab ramai lagi kat belakang tengah beratur. Gambar cantik ke tak main hentam je asalkan ada.

Solemnization



Sama lah masa wedding Ninie dengan Eijat Sabtu lepas dekat Shah Alam. Nak bergambar dengan pengantin lama kemain tunggu. Dari pukul 8 sampai pukul 10 melepak sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai. But I'm glad at these two occasion, I can gathered with some of my old memories, laughing, selfies, gossiping. Tapi tu lah jumpa kejap je lah. Nak jumpa balik entah bila entah. Beria plan nak lepak sekali lah sudahnya krik krik je.




Bersyukur jugak ada rezeki dapat pergi dua majlis ni sebab dapat jumpa kawan lama yang susah sangat nak jumpa - Ainatul & Anis. Satu group whatsapp tapi nak jumpa busy kalah YB. Harap lepasni dapat jumpa the rest of them. Senior pun tak pernah jumpa lagi. Ni baru kawan kelas sendiri, kawan kelas-kelas lain belum jumpa lagi. And the list goes onnnnnn.......

Movie Review | Bisik Pada Langit (2017)

Tuesday, 12 December 2017


Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis: Sofia J. Rhyland
Pelakon : Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson, Fadilah Mansor
Syarikat Penerbitan: Astro Shaw, Filmscape, Nusantara Seni Karya
Pengedar: Astro Shaw
Genre : Drama
Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Durasi Tayangan: 95 minit
Trailer :


Agak lambat jugak tengok movie melodrama paling syahdu tahun ni - you guys put that label for this movie while for me movie ni banyak loophole dia but its still good to watch since movie Melayu tak banyak pun yang berkualiti. Mungkin kita tengok movie ni dari sudut berbeza well setiap orang ada sudut perspektif dia tersendiri and mesej yang kita dapat might be different from others. 

Kecewa jugak bila riuh bercakap pasal movie ni boleh habis tisu sekotak lap air mata, kalau tengok dekat poster tu haa kemain hashtag tapi dari awal sampai habis tak jumpa scene yang boleh buat menangis cuma kesian sangat tengok Iqram dengan Zaidi. Anak-anak yang terabai oleh seorang ayah. WHY? I'm glad Hajar passed away sebab baru ayah dia nampak yang Zaidi & Iqram pun anak-anak dia.


Hajar is such a selfish character based on the story. Dia tahu ayah tak mampu tapi nak belajar oversea, dia tahu abang dia terpaksa berhenti belajar tanggung family tapi dia still nak pergi Australia walhal abang dia dah kata dekat Malaysia pun banyak lagi universiti bagus. Betul kata pakcik dia, ukur baju di badan sendiri, atap bocor pun tak terganti ada hati nak hantar anak ke oversea. Dalam rumah tu ada 4 tanggungan Ramli tapi kehendak Hajar jugak dia turutkan. 

Paling menyampah sekali, ayah dia pergi Johor Bahru pun tak pernah tapi Hajar happy ride satu Aussie? Tak sure Hajar ni dapat full scholarship ataupun ayah dia kena tanggung because nobody mentioned it anyway. Kalau dapat full scholarship kenapa Hajar tak balik cuti sem? Kalau ayah yang tanggung mana dapat duit beli superbike? Kalau superbike sewa, maybe tu punca tayar pecah sebab low quality. Maintenance superbike pun boleh tahan jugak kan? 

Throughout the movie memang suka sangat dengan watak Iqram nak pulak bila dia ingatkan abang dia berapa banyak dah abang dia berkorban untuk keluarga dengan gaji kecil macam tu. Bila Iqram ingatkan ayah dia betapa tinggi ayah dia angkat darjat Hajar dalam keluarga. Nampak dekat situ betapa gagalnya Ramli sebagai seorang bapa. Betapa ortodoksnya pemikiran Ramli bila Iqram dapat English terbaik tapi dia hancurkan harapan Iqram. Sudahnya jadi mekanik. Kalau Iqram dapat layanan macam Hajar, for sure dah boleh pergi jauh.


Ramli balik-balik sebut dia bukan saja-saja garang dengan Hajar tapi sebab nak menjaga tapi takde satu pun scene dalam movie tunjuk dia garang dengan Hajar except scene argue pasal motor. Tapi belum sampai tahap garang pun. Dia garang dengan Iqram je. Tapi tu bukan garang, tu pilih kasih. Tu kejam. Sorry I really hate Ramli for treating Zaidi & Iqram like they're nothing. Menyampah jugak tengok dia asyik marah dengan Wan tu sedangkan Wan yang tolong dari awal sampai jenazah sampai. Ramli ni ada pengalaman trauma dengan lelaki ke macam mana? Dashat sangat trust issues dia.

Dialogue dia ada some part yang terjongket kening jugak macam 'Hajar selalu doakan ayah dengan mak, dari fajar, dhuha sampailah maghrib' I was like errr where's Isyak btw? 

Dalam video Hajar ada tunjuk laut dekat Aussie cantik tapi air keruh padahal dekat Tanjung Piai air cantik kemain. Jatuh cinta jugak dengan cinematoghraphy movie ni, memang top-notch campur pulak dengan lagu Lygophobia karya Akim & Laq memang kena sangat sebagai soundtrack.


Part Beto kata Hajar accident sebab tayar pecah & bukan sebab laju padahal dia memang speed sampai Wan tu tertinggal jauh dekat belakang. Plus apa motif ride superbike kalau nak bawak sempoi? Baik naik basikal enjoy the view. Tapi VFX dia tak kemas sangat masa shot superbike Hajar pecah tu. But that's okay lah tak penting sangat pun.


Dekat ending scene tu Ramli ada kata kedatangan Hajar tu mengajar dia erti bersyukur tapi I rasa perginya Hajar tu buat dia bersyukur sebab dia dah nampak Zaidi & Iqram tu pun anak berguna? Sampai sekarang tak nampak kenapa movie ni Bisik Pada Langit. Lagi cantik kalau tajuk Hajar since movie ni tentang dia. 

Btw jauh beno Ramli bawak Hajar memancing sampai ke Tanjung Piai sana. Lawak jugak bila phone 3310 Nokia legend tu ada ringtone iphone siap boleh loudspeaker amboi. And oh, Beto sakit mata ke masa berlakon sebab scene dia balik dari jual kebun ayah dia tu mata dia berdarah?


Anyway, this is my rating for the movie 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline 0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing 0, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6/10

For me, movie Bisik Pada Langit ni kalau buat cerekarama dah okay kot. Jauh dia pergi sampai ke layar perak padahal cerita dia biasa je. Ni ramai yang cakap Pinjamkan Hatiku ni best. Entah ye entah tidak diorang ni. 

Movie Review | Guest Iin London (2017)


Director : Ashwni Dhir
Writers: Ashwni Dhir, Robin Bhatt
Cast : Kartik Aaryan, Paresh Rawal, Tanvi Azmi, Kriti Kharbanda, Lucinda Nicholas
Production Company: Panorama Studios
Distributor: Panorama Studios
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 132 minutes
Release Date: 7 July 2017
Trailer :


Guest Iin London mengisahkan tentang Aryan Shergill (Kartik Aaryan) yang mempunyai masalah dengan visa yang akan tamat tempoh. Dia pujuk Anaya Patel (Kriti Kharbanda) supaya berkahwin secara kontrak dan tinggal bersama di London. Aryan sedia bayar 7,000 punds kepada Anaya sebagai upah untuk perjanjian tersebut. 

Anaya yang keberatan pada awalnya termakan pujuk sebab bukan senang nak dapat duit yang banyak untuk perkara yang mudah tapi plan mereka mula terganggu bila terima tetamu tanpa diundang. Gangasharan Gandotra/Chachaji (Paresh Rawal) dan isterinya, Guddi/Sazia Khan Gandotra (Tanvi Azmi) adalah saudara Aryan dan datang ke UK untuk makan angin. Sepanjang mereka di sana ada beberapa perkara yang ditegur dan diubah lantas buatkan Aryan dan Anaya mengaku masing-masing suka sama suka dan berkahwin mengikut istiadat dan budaya India. 
  
Kecewa teruk tengok Kartik berlakon dalam movie comedy macam ni sebab track record movie dia semua best tapi this one I'll rate it as the worst. Try-hard comedy and repetitive. Lakonan cast dia semua okay tapi kalau dialogue and storyline hancur, memang tak ke mana lah, still hancur jugak. 

At first movie ni nampak menarik, lawak dia pun okay walaupun cliche tapi menyampah tengok sebab dia nak portray scene tu sebagai sesuatu yang lawak but end up jadi annoying. Nak gelak pun rasa malas dah. Bertahan sebab ada Kartik je since he's my fav dari debut movie dia lagi, Akaash Vaani.

Paling menyampah tengok lawak Sanjay Mishra jadi orang Pakistan, from a funny one it turns out to be racist. Paresh Rawal pun banyak buat lawak dengan kentut dia je. Yes, please avoid watching this during your lunch. 

But the good thing is dalam movie ni ada plot twist kira berbaloi jugak lah hadap watak yang annoying ni sebab plot twist tu turns out to be great scene in this movie. Punyalah bagus sampai menangis tengok. Kan bagus kalau story dia bagus dari awal sampai habis sebab casting dah bagus dah tapi tu lah tak semua yang kita nak kita dapat. Nama pun kehidupan k nah rating

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10