Jemur Asam Keping

Saturday, 19 August 2017

Selama ni kalau makan ke masak ke mana pernah fikir asam keping ni datang dari mana. Yang tahu dia kena ada dalam masakan baru umpphhhh pergi dia. 

Tapi masa balik kampung ternampak orang kampung menjemur dekat tepi jalan bawah matahari, dari jauh nampak macam ikan masin. Bila datang dekat, asam keping rupanya. Ingatkan dia memang dari azali warna hitam. Rupanya tak :P



Bila belek dekat-dekat ni baru tahu asalnya asam keping ni cantik. Hahahaha dah kering jadi masam hitam pulak. 

Image result for jemur asam keping
gambar credit to pakcik google

Image result for jemur asam keping
gambar credit to pakcik google

Bila google buah asal dia, ni la buah asam gelugor. Selama ni dengar nama je sekarang baru tahu ni kegunaan dia. Berjasa betul untuk semua. Nak buat asam keping ni pun senang je. Potong nipis-nipis lepastu jemur je bawah matahari dalam 3 hari ataupun seminggu. Pucuk muda pokok asam gelugor ni pun boleh buat ulam, elok untuk orang yang ada darah tinggi.


Yang mana ada buah asam gelugor ni better buat sendiri sebab yang jemur tu kita tak tahu dia jemur macam mana. Kalau jemur tepi jalan haruslah berhabuk berdebu semua. Nanti nak masak guna asam keping basuh lah bersih-bersih. 

Lepas ni kalau jumpa boleh kot try buat sendiri. Selalunya kalau makan usaha yang dibuat sendiri lagi jauh pergi dia kan? Tak sabar nak cuba!

Kencing Hantu Raya

Thursday, 17 August 2017

Dah pernah up cerita ni dulu tapi up balik. Siapa bosan, tekan pangkah. 

Dalam entri ni tak ada gambar hantu so jangan risau sebab yang tulis ni pun ngeri nak upload. 

Back in 2013, kerja dekat Parkson Subang Jaya sebagai cashier. Being a staff there, so the company provide a house for all of us. Dalam rumah ada dalam 10 orang lebih kurang lah, ada 4 bilik, 2 bilik 2 orang, 2 bilik 3 orang. 

Even rumah ni macam hostel, tapi tak pulak buat perangai hostel, malam-malam sembang pasal hantu. Takde pun yang kena kacau so Idk this hantu raya datang dari mana. Entah siapa bawak masuk rumah. Mungkin dari tempat kerja sebab situ pun ada jugak hantu. Tapi tak kacau teruk sangat pun setakat berdiri satu tempat or lintas tu biasa lah. 

Ada jugak akak housemate bising-bising ada lembaga hitam tapi as a cashier kerja 10 jam keluar rumah gelap, balik rumah gelap, kau rasa kitorang ada masa untuk ambik port pasal lembaga hitam? Tak ada. 


Masa tu ingatkan dia nak prank je sebab dia pernah buat gila pasang audio pontianak mengilai. Tak ketaq lutut pulak tengah mandi menggeletar tangan nak bukak pintu. Tak terkencing pulak kau kalau pontianak depan mata? Dengar suara pun dah seram. 

Nak dijadikan cerita, subuh tu nak keluar awal sebab nak pergi temankan Ain hantar kakak dia dekat KLIA sana. Awal pagi dah bangun mandi bersiap semua. Tengah pakai pin tudung tiba-tiba ternampak ada benda hitam atas katil double decker tingkat atas. At first ingatkan teddy bear besar atas tu tapi ternampak rambut terbang kena kipas. Pastu nampak teddy bear tersandar dekat dinding. Teddy tu dah besar dah, dia lagi besar. 

Jangan tanya muka macam mana sebab dia pandang budak katil depan dia. Entah apa dia khusyuk sangat tenung entah. Nasib dia tak pandang Iolls masa tu. Mata tak berkelip tengok dia, satu badan lock tak boleh nak gerak. Tangan tengah pakai pin tudung pun stuck. Entahlah berapa lama pandang dia. 5 minit? 10 minit? Entah. Yang pastinya, tersentak sendiri lepas pintu bilik tu slow2 tertutup. Macam dalam movie tu, macam tu la gayanya. 

Lepastu sambung pakai tudung bersiap cepat sebab Ain dah nak sampai. Masuk je kereta terus bagitahu Ain rasa macam ada nampak hantu tadi tapi dia malas nak layan. So buat bodoh je lah. Rasa takut tak ada tapi rasa bingung. 

Us heading to KLIA
All went well that day. Balik rumah pun teruskan kehidupan macam biasa. Tapi entah bila mula gatal dekat pelipat tangan. At first ingatkan hama, ruam ataupun effect kulit sensitif so ignore je lah. Letak ubat macam biasa.  Tapi dia punya gatal miang is unbearable. 

Siang dia naik ruam, malam dia miang. Hampir sebulan jugak lah tahan sebab kerja cashier kau ingat senang nak dapat cuti? Ada hari boleh tahan, tahan lah. Masuk hari yang period tu memang menangis lah garu sampai berdarah. Taknak fikir sangat gatal ni, busykan diri buat kerja tapi kalau kau dapat kaunter yang lengang, memang sendu lah. Tidur pun tak lena sangat sebab miang dia ya tuhannnnn.

Dapat cuti terus ajak mak pergi jumpa makcik yang boleh ubatkan. Katanya ruam ni hidup. Sebagai manusia biasa, hidup ke mati ke nak benda tu hilang je. Tak mampu dah nak tanggung. So dia bagi air penawar lepastu suruh cari daun pisang muda bergulung. Potong & masukkan dalam air mandi, baca selawat dengan ayat tahaiha. 

Image result for daun pisang muda bergulung
gambar google, credit to owner
Balik rumah terus mandi wei, tak cakap banyak dah. Lepas mandi terus tidur sebab dah lewat malam dah. Esok pagi bangun tengok ruam tu dah takde. Sujud syukur terus. K tipu. 

Alhamdulillah dah lega. Makcik tu kata kena kencing dengan hantu raya sebab nampak dia. Dia yang tayang diri dia, kita pulak kena kencing haihhhh. Life is so unfair tau. 

Adik pun ada kena jugak benda ni sebab kawasan kampung ni memang bersepah lah hantu raya nak pulak dia selalu balik kerja malam. So redho je lah hewhewhew. 

Even benda ni dah lama tapi bila terkenangkan balik masa tu haruslah scary. Bukan selalu nampak hantu raya tapi taknak lah nampak lagi nanti kena kencing lagi. Mintak simpang. Kalau kena kencing tu pergi lah berubat cepat. Gatal dia bukan gatal kena hama tu, gatal miang macam miang buluh & start gatal start senja sampai subuh esoknya. Siang dia chill je. Kalau kena macamni, pergi lah berubat. No need to buy expensive cream or jumpa doctor because adik already spent hundred ringgit tapi tak hilang jugak. 

Kalau ada bilik yang jarang guna tu rajin-rajin lah bukak lampu bila malam sebab hantu raya suka menumpang. Mungkin tu salah satu sebab dia suka duduk rumah kitorang kot. Rumah bukannya ada orang sangat. Kalau cuti pun, keluar lepak. Katil pun banyak jugak yang kosong. Dulu pun pernah kena jugak pocong tidur katil atas tapi nanti lah cerita kang meleret pulak sini. Hahahaha kbai.
Ever wonder how bad Bangladesh as a country? Kenapa makin ramai yang datang sini? Kenapa tak kerja dekat negara sendiri? Kalau imigran, apa yang mendorong berbondong datang ke sini? Jumlah yang datang berjuta sedangkan ekonomi Bangladesh tak la seteruk Pakistan, India ataupun Nepal. 

Klik gambar untuk tengok carta penuh

Bila ada journalist yang buat kajian tentang pekerja Bangladesh yang datang ke Malaysia, baru diorang dapat tahu sebenarnya ada sindiket secara haram. Mostly yang datang ke Malaysia sebenarnya nak sambung pengajian. Sindiket ni cerdik on paper, diorang daftar semua student Bangladesh yang datang ke Malaysia tapi sebenarnya diorang hantar students ni pergi ke tapak pembinaan. Untung? Memang banyak sebab students yang datang labur berpuluh ribu ringgit. Ada yang sampai gadai tanah, buat pinjaman bank ataupun loan sharks. 

Based on their research, bau busuk sindiket ni dah sampai ke hidung pihak Menteri Pendidikan, Idris Jusoh & Jabatan Imigresen. Sejak 2016 hingga 2017 kes ni dah berjaya dikurangkan dari 23,000 orang kepada 16,000 dah pulangkan balik ke Bangladesh tapi duit yang dah hangus tu mana nak cari? Lagi sedih bila students ni terpaksa repeat balik dari awal. Ada yang tak dapat repeat, terus kerja tapi mana nak dapat kerja bagus dekat negara diorang sebab qualification tak tinggi. 


Ada yang menetap dekat sini secara haram sebab nak hantar duit balik ke Bangladesh supaya parents dapat bayar balik hutang ataupun teruskan kehidupan. Niat datang nak belajar je tapi sudahnya jadi penjenayah di negara orang. Tu belum lagi ada yang nak hidup tapi kena terima kecaman berbakul dari masyarakat negara kita. It happens. Pernah juga dapat pekerja Bangladesh yang datang guna visa pelajar so I know this illegal thing is happening in our country.

You guys can watch the video HERE & baca kisah diorang. Mostly semuanya hampir sama je ceritanya. Ditipu oleh ejen dengan ayat datang Malaysia dapat pelajaran lagi bagus dari Bangladesh nanti boleh kerja bagus sudahnya kena paksa jadi buruh binaan. 


Lepas dah baca pasal sindiket ni, bila pergi site rasa kesian je dekat pekerja Bangladesh ni sebab mostly kurus kering muka syahdu je. Macam mana diorang hidup dekat kongsi is unthinkable. Tak boleh imagine masa hidup dengan family pakai baju elok, makan terjaga tapi bila datang sini baju yang diorang pakai pun dah lusuh, comot dengan minyak, simen semua. Kita yang duduk jauh dengan family tak dapat balik raya syahdu drama sebabak, diorang nak balik pun tak mampu. 

Harap authorities mampu hapuskan secara total sindiket ni. It is sad to imagine how they live their life. Tak ada manusia nak hidup macam tu. Human trafficking is cruel.

Undi Printcious Gift & Menang Baucer Bernilai RM50

Wednesday, 16 August 2017

Masa blogwalking haritu ternampak ada post tentang baucer percuma dari Printcious Gift ni sebagai tanda penghargaan kepada semua yang undi diorang. Nak dapat pun senang sangat, pergi undi Printcious Gift dekat FB penganjur kemudian emailkan kepada printcious attach sekali bukti undian tu dalam email korang.

Tak lama pun nak tunggu diorang respond, tup tup dah dapat voucher RM50 dah. Ni bukti I already got mine. Lama pulak tu expiry date dia sampai 31 Disember nanti so sempat lah nak fikir nak guna baucar tu untuk barang apa & pilih gambar apa yang sesuai. Korang pun tahu perempuan punya rambang mata macam mana khennnn.


Printcious Gift tu apa? Tak pernah dengar? Printcious ni syarikat yang print gambar yang kita nak dekat any items available macam tote bag, bantal, mug and other stuff. You guys can check their website HERE ataupun boleh terus undi dekat SINI


Tak lama pun nak undi, 5 minit je. Sebarkan benda senang & percuma ni seramai mana yang boleh okay sebab hari ni hari last! :)

Say Hi To Teddy

I normally hate teddy bears. Especially Winnie the Pooh. Because back then there's a TV show I'm sorry I don't remember the title but I clearly remember it was TV3 airing a ghost/horror flick series and yes of course Pooh was one of the ghost. A 7 years old kid died because Pooh strangled her to death. And guess whom affected by that? Well, of course, its ME!

Never ever in my life I have crush on any teddy bears and yes of course I loathe Pooh. I'm not even watch the cartoon or buy any product under Pooh's brand or name. And here comes Chucky. I loathe every doll ever existed either. They're not even worth my time. 

But last month walking around Giant figuring out what to buy, my eyes locked at a pile of teddy bears. They're so cute! And my heart just fell on this one! 



He looks sad like a cute sad one. You get what I mean? So I just picked him up and bring him back home. Just like that. 26 years of hatred and here I am sleeping with a teddy giving my life a brand new definition?

Why I did that? I don't know. I just need a new color in my life I bet. And did the bear haunt me or doing a weird stuff? So far, all he did is sitting at a corner and sleeping with me at night giving me the best comfort I want. Of course I feel safe. Of course I feel happy. Of course I'm in love with my teddy. 


Oh oh oh there's an uncle at Giant when I'm about to pay at the cashier counter, smiling at me from afar but his eyes looking at my teddy. When I passed by him, he quickly grab teddy's hand grinning saying he's cute. I thought I was the only adult feeling like that. Pffftt.

Movie Review | Jab Harry Met Sejal

Tuesday, 15 August 2017

Related image

Director : Imtiaz Ali
Stars : SRK, Anushka Sharma
Rating : 3/10

Sembang pasal movie Imtiaz Ali, Idk what happened to him after Highway. Maybe he already lost that spark. Nobody knows. Tamasha hambar, thanks for album collection yang power so orang akan sentiasa ingat movie Tamasha. & the same thing happen with Jab Harry Met Sejal, album collection power tapi sayangnya storyline is unbearable. 

A long, tiresome, cliche journey with Harry & Sejal for 2 hours & 24 minutes. Sedih bila King buat movie macam ni padahal dah janji dengan fans akan selalu bagi movie kebaboom. Layan movie Varun Dhawan lagi bagus sebab ada mesej bagus kepada society. Sad...... just sad by watching SRK's career these days. 

Harrinder Singh/Harry (Shah Rukh Khan) seorang womanizer tourist guide di Europe. Lepas habis job & hantar satu group pelancong India ke airport, here comes Sejal (Anushka Sharma) bagitahu yang dia hilang cincin tunang dia. 


Following her leads which her pictures wearing that ring, they find it across Europe and finally involve with Gas, a gangster. & oh yeah baby Indian is everywhere. Dekat Europe ni pun boleh jumpa gangster Indian yang kononnya ganas kemain but all you got is gangster rempit. Tapi sebenarnya Sejal tipu je, cincin tunang dia ada dalam bag dia selama ni tak pernah hilang pun. Dia saja je nak pergi jalan-jalan cari skandal sebab dia tahu nanti lepas kahwin kena jadi isteri yang tunduk dengan perintah suami which is typical Indian housewife. Movie ni takkan terjadi kalau Sejal bagitahu dekat parents dia yang dia taknak kahwin. Imtiaz Ali takkan menanggung malu movie dia flop & SRK tak payah terima kecaman sebab lagi satu movie dia gagal di box office. 


JHMS ni sepatutnya kisah pasal Harry yang depressed teruk selalu fikir pasal nak bunuh diri tapi bahagia bila jumpa Sejal & jumpa erti hidup. Ini sebenarnya cerita asal dia sebab tu slogan dia 'What you seeking is seeking you' tapi lepas jumpa SRK, boleh pulak dia tukar kepada movie rom-com chick flick like apakahhh? We're talking about Imtiaz Ali kot. Kau nak chick flick kau pergi jumpa Farah Khan lah tak pun KJo!


Anushka spend 6 months belajar accent Gujarati tapi sama macam fake lips dia yang rosak lepas plastic surgery, both are unbearable. Instead of taking Anushka Sharma, team JHMS ni boleh cut cost dengan ambil actress baru macam Pooja Hedge, Disha Patani, Athiya Shetty or Saiyami Kher


Character Sejal sama je macam Tara dalam Tamasha, tak lari jauh mana pun. Menyampah tau bila Anushka ambil character yang sama je. Masuk ni dah berapa kali dah dia berlakon watak bubbly girl. Character development? Yillek. & berlakon dalam movie Imtiaz Ali, Idk why dia gigih sangat potray heroin ni miang kemain. No, we dont seduce guy that way Imtiaz. Tskkkk

Sembang pasal unnecessary scene, bilamana Imtiaz Ali pun dah bertukar genre dari intense, plot-twist love story kepada genre Rohit Shetty which is masala. Yes guys, Imtiaz Ali nak join masala world. We don't need you there Imtiaz. Nope. Please don't go there. I want Cocktail, Rockstar, Highway kind of movies not Jab Harry Met Disappointment movie. Punya lah sakit jiwa sampai tersengguk depan laptop tunggu bila lah nak habis. Bila kau tengok 2 movie (Annabelle 2 & JHMS) sengguk macamni dalam seminggu boleh murung tahu?

Tak tahu lah ni sebenarnya movie Imtiaz Ali ataupun team Red Chillies sebab movie ni sangatlah entah apa benda. Diorang ni stuck dalam kisah cinta 90-an padahal kita dah 2017 dah. Mungkin SRK nak orang ingat zaman kegemilangan dia tapi tu lah, dah 2017 dah. Wake up!!!


But hey, thanks to Pritam, we got to listen a beatiful music album sama macam dalam Tamasha & a big applause to Hawayein. Arijit Singh, King Khan, music & lyrics is such a superb combo! 



Another beautiful thing in this movie of course lah Europe's scenery yang cantik kemain. Itu je lah pun yang buat kau happy and senyuman SRK. Hewhewhew



Plus, its such a pleasure lah to watch chemistry Anushka & SRK lepas kisah cinta diorang gagal dalam Jab Tak Hai Jaan cuma salah platform je. Both of them can do better than this. 



Ada part SRK still charming lah tapi ada part kau teringat dia dah 50-an so that smile wont work cuma nampak geli sebab bercinta dengan anak dara letops. I wish SRK still hot and charming as Tom Cruise. Damn hot!

Squat Challenge 30 Days

Sunday, 13 August 2017


Dulu macam berat je hati nak buat challenge ni sebab 
1. Malas
2. Squat tu penat kot
3. Sebulan komitment
4. Malas
5. Malas

But then, bila tengok feedback positive, dicampur dengan rasa bosan try la jugak buat squat ni. Untuk minggu awal tu okay la senang je nak buat sebab bawah 100 kali. Tak sampai sejam pun dah settle tapi bila dah masuk minggu kedua dah mula fikir mampu ke nak buat ni? Tapi okay je, takde masalah pun nak buat. 

Bila masuk 160 dah mula dah sakit lutut. Ni bukan sakit lutut biasa, ni sampai nak berjalan pun boleh menangis rasa sebab menyucuk kemain. Masa tu slow down sikit tapi buat jugak mana mampu. Then sambung balik macam biasa sampai lah habis. 

Buat squat ni masa busy fotostat documents. Sementara tunggu mesin fotostat lama kemain sebab kadang tu kena copy satu rim A4 paper. So boleh lah buat sementara tunggu daripada melangut kan? Lagipun dekat office tak ada cctv, officemate pun semua pergi site makanya boleh lah kita nak melunjur ke membengkok ke dalam office sebab tak ada yang tengok. 

Tak sangka lepas sebulan mampu jugak habiskan challenge ni. Walaupun perubahan kepada diri tu tak lah gempak sangat tapi happy sebab mampu bagi komitmen tinggi macam ni. Yang awal katanya tak nak & tak mampu tu, at last dapat jugak habiskan! Yeayyyyy


Lepas dah berjaya challenge ni, nak buat push up and sit up challenge pulak sebab cinta hati yang bagi challenge ni so kita kena lah sahut seruan dengan penuh rasa semangat, ye dok? Lagi satu, mana boleh kalah dengan partner sendiri. Mana boleh biar dia kurus sorang-sorang. Hewhewhew

Cepat lah sikit dapat body macam Katrina Kaif hihi

Review Movie : Annabelle : The Creation

Annabelle yang pertama hambar kemain. Masuk yang kedua kau rasa nak lari jauh ke kalau olahan team yang sama jugak? Situ jugak. Hambar.

Sebenarnya tak nak tengok pun tapi dah orang belanja, join je lah. Tebus points dapat la dua ticket free.

RM0.00

Actually nak guna ticket free birthday special treat tapi untuk 3 movie je, Kau Yang Satu, Spiderman Homecoming & Baby Driver. Rasanya tengok Kau Yang Satu lagi best kot. Baby Driver dengan Spiderman tuan punya membercard dah tengok huhu

Image result for annabelle 2

Director : David Sandberg
Cast : Talitha Bateman, Miranda Otto, and Stephanie Sigman 
Rating : 3/10

Kalau sebelum ni layan movie Annabelle dari Conjuring lepastu membawa ke Annabelle The Movie, sekarang kita layan pulak The Creation yang terangkan tentang asal-usul Annabelle & macam mana kisah dia boleh jadi patung berpuaka. 

Plot movie ni tahun 1970-an yang mengisahkan tentang keluarga dollmaker, The Mullins. Okay, before that, movie ni semuanya fiksyen belaka which is which you guys takkan didedahkan kepada kisah sebenar Annabelle but hey come on, the real doll pun dah bercanggah teruk dengan yang dalam movie. Gigih tau James Wan buat Annabelle creepy habis walhal Annabelle yang sebenar comel je. 

Related image


Antara salah satu sebab menyampah tengok movie ni ialah sebab dah bercanggah jauh dah dengan cerita sebenar. Cuma satu je fakta dalam movie ni yang sama dengan kehidupan sebenar which is, Annabelle mati dalam kemalangan. So roh Annabelle masuk dalam anak patung kesayangan dia. 

Tapi dalam movie ni lepas kematian Annabelle, parents dia seru balik roh dia kemudian masuk ke dalam patung Annabelle tapi sayangnya tu bukan roh anak diorang sebaliknya roh syaitan jahat mana entah datang nak makan roh orang. Untuk tebus dosa diorang, diorang guna rumah gedabak diorang tu sebagai tempat perlindungan kepada 6 orang anak yatim padahal diorang dah tahu kalau ada orang baru masuk mesti curiosity level tinggi sana sini nak belek. Macam mana diorang boleh terfikir idea bodoh ni bagi orang masuk rumah diorang yang haunted tu & bahayakan nyawa orang lain & of course bahayakan nyawa diorang jugak. Yes they died in this movie. Bebudak tu dah lah sedih jadi anak yatim kena lawan pulak dengan hantu bunuh orang. Apakahhhh.

Dalam movie ni macam malas otak nak hadam bila budak perempuan semua ni gigih betul nak tengok hantu. Dah nampak hantu, dah tahu menakutkan pun still nak kacau lagi. Dia punya keberanian tu out of nowhere like apa benda kau ni? Hantu tak kacau tapi diorang yang gedik. So all the time I just said padan muka cepatlah habis. 

Image result for annabelle doll

Ada part boleh lah kau nak terkejut itu pun sebab sound system cinema, apart from that its such a tiresome journey. Mengantuk tak payah sembang lah. Bosan, mengantuk, penat & awfully cliche. Kalau download, boleh la letak setting video speed 1.5, cepat lah sikit habis. Tapi kalau tengok dekat cinema menangis lah kau kematu 2 jam tunggu nak habis. Kau tengok movie Raaz lagi seram dari Annabelle ni.

Movie Amytville : The Awakening macam not bad sebab diorang tak tahu rumah yang diorang duduk tu rumah berpuaka teruk. So lets see kalau menghiburkan ataupun cliche teruk macam Annabelle jugak.

Tebus Pizza Sempena Ulangtahun Ke-35 Pizza Hut

Saturday, 12 August 2017

Minggu lepas menjejakkan kaki ke Pizza Hut sebab nak dinner padahal layak dipanngil supper sebab dah pukul 10 malam dah walhal niat asal nak makan Korean Spicy Burger McD tapi tu lah kalau dah namanya perempuan, apa lah sangat kau boleh harapkan kan?

Jejak kaki ke Pizza Hut, nampak bunting dekat pintu pasal peraduan Gores & Menang sempena ulang tahun Pizza Hut yang ke 35. RM35,000 untuk 10 pemenang. Tapi tak lah ambik port sangat sebab tangan ni memang takdak ong. Kalau gores pun sah-sah dapat 'Harap maaf, sila cuba lagi'

Lepas order set 2 orang makan, sambil tunggu order sampai ternampak info peraduan gores & menang tu. Dengan setiap pembelian berharga RM35, dapat satu kad untuk gores. so kitorang order side dishes supaya cukup RM35 walaupun dalam hati dah tahu tangan tarak ong tapi siapa tahu ada nasib hewhewhew




Lepas dah habis makan dah bayar bil dapat lah satu kad untuk gores hadiah ni. 


Esoknya gores, dapat free pizza saiz besar. Perggghhh walaupun tak menang RM35,000 tapi menang pizza pun dah cukup bersyukur dah daripada dapat 'Sila cuba lagi'


Hari ni lepas kerja balik kampung singgah dekat Pizza Hut tebus hadiah. Tapi sebelum tebus, kena beli something dulu so kitorang beli set RM10 - personal pizza & mushroom soup.

Actually balik rumah nak sambut birthday mak & adik, so kira berbaloi la dapat tebus pizza saiz besar. Dapat la makan meriah sikit. Pizza sambut ulangtahun, kitorang sambut birthday ;)



Siapa yang teringin nak makan pizza, pergi la serbu Pizza Hut sekarang, untung-untung dapat RM35,000 siapa nak tahu rezeki memasing kan? Kalau tak dapat RM35,000 pun boleh dapat pizza. Kenyang macam ular sawa lah mengkome.

Anyway, Happy Anniversarry Pizza Hut yang ke-35. Harap tambah banyak sikit menu sebab selalu blur nak makan apa. Huhu kbai

Bos & Pensil

Bila kerja dekat site ni, antara waktu yang paling lengang ialah waktu nak dekat habis projek. Melangut je banyak. Sebab tu mampu update blog hari-hari. Ada audit nak datang pun rasanya tak busy beria sangat sebab filing semua dah cantik dah. 

So kalau stationery kau tak complete, kau bolayan je. Kalau awal projek dulu tiap minggu ada je nak order stationery. Minggu lepas ada meeting dengan pemaju. Project Director datang dari HQ turun ke site. Dengan PD ni semua orang gelupur sikit kalau dia datang. Mata mengantuk pun jadi segar dari tak ada kerja kemain macam lipas kudung buat kerja. 

Kau memang tak nak cari pasal dengan dia. Tak nak dan tak akan. 

Tapi nasib agak berbau busuk haritu bila dia datang nak pinjam pensil. As far that I remembered, ada dua batang pensil dalam stationery box tapi haritu boleh pulak ghaib dua2 batang tu. 

Berpeluh baq hang cari pensil sebab dia tunggu hang dengan renungan tajam. Fuhhh


'Macam mana you buat kerja kalau tak ada pensil?'

'I guna pen?'

'You jangan main-main, I seious ni!'

Main-main celah mana pulak. Jawapan habis jujur dah tu. Nak menangis rasa kena marah cenggitu. Berlari jugak la pergi kabin sebelah pinjam pensil. Nasib baik ada. Kalau tak, mau menapak ke kedai semata nak beli pensil. T.T


Sudahnya petang tu bergegas ke DIY semata cari pensil. Tak pernah dalam hidup kena marah dengan bos tau tup tup kena marah sebab pensil. Tak sure lah nak marah ke nak gelakkan diri sendiri. Hmmmm 


Korang pernah kena marah sebab benda kecil macam ni tak? Awkward rasa kan?