Bayar Balik Pinjaman PTPTN & MARA Dengan Maybank2U
Friday, 11 August 2017
Bila dah habis belajar ni perkara yang paling merisaukan haruslah kerja. Kalau tak ada kerja macam mana nak bayar balik pinjaman ye dok? Yang mana dah fikir kahwin tu lantak lah, malas sembang.
Okay, some of my friends tanya macam mana nak bayar pinjaman guna maybank2u ni sebab selalu bagitau diorang bayar online je senang yakmat. Serious. 5 minit je dah siap. Tutorial ni untuk pengguna Maybank2u, kalau yang guna khidmat bank lain, tak pasti macam mana sebab dulu nak try guna RHBNow tapi ya tuhannn seksanya. Dah la page dia berat nak load. T.T
So this entry for you guys yang macam dalam kesamaran lagi nak guna khidmat online ni okay?
So this entry for you guys yang macam dalam kesamaran lagi nak guna khidmat online ni okay?
1) First step, login acc Maybank2u korang.
2) Pilih Account & Banking kemudian klik Bill Payment dekat bahagian tepi. Tapi selalunya dia dah offer quick link -> Bill Payment so tekan 'Go' je.
3) Lepas dah masuk ke page Bill Payment, tekan make a one-off payment.
4) Kemudian pilih Education & Education Loans then tekan 'Continue'
5) Pilih PTPTN Bayaran Pinjaman Balik kemudian tekan 'Continue'
6) Isi berapa amaun yang korang nak bayar, no. IC dengan no telefon.
Lepas tekan 'Continue' nanti dia akan minta TAC number lepas dah isi TAC number, you are done!
Itu untuk PTPTN, untuk MARA pulak sama je steps dia cuma yang bezanya, MARA akan minta no akaun MARA kita so before buat payment tu ambil dulu no akaun MARA dekat eBaki MARA
Lepas dah isi semua kotak kosong tu, tekan 'Continue' kemudian masukkan TAC number & you're done! Senang je kan? Tak sampai 5 minit pun.
Yang bestnya guna perkhidmatan Maybank2u ni nanti boleh check history kalau korang ragu-ragu transaction tu berjaya ataupun tak. Kalau MARA, korang boleh semak dekat jadual pembayaran tu dalam masa 24 jam. Untuk PTPTN pula, korang akan dapat email penghargaan dari pihak PTPTN & ada pautan link ke jadual pembayaran yang dibuat.
Sekarang ni PTPTN pun tengah galakkan peminjam bayar online sebab mudah & tak ada caj. Dah la senang, cepat pulak tu nak settlekan. Best kan?
Selamat menghabiskan hutang semuanya. Bye :)