Wedding Zarif ♥ Zety

Tuesday, 1 August 2017

Bila kerja dari Isnin sampai Sabtu memang susah sangat lah nak pergi kenduri kahwin kawan-kawan. Jadi bila ada yang menjemput untuk majlis hari Ahad, memang semangat kemain nak pergi menapak. Macam diorang berdua ni lah. Bercinta dari sem 1 masa diploma lagi. Sampai sekarang bertahan sampai ke jinjang pelamin. Awwww ♥♥♥


Plan asal nak pergi dengan adik je tapi tak sangka pulak member nak join. The more the merrier lah tapi tak lah ramai sangat pun. Dua orang je pun. Bedah & Jemah. Settle pickup dua2 dekat MRT, bergerak lah ke Dewan Banquet Astana Cyberjaya. Thank God tak sesat sebab kawasan baru plus jarang menapak ke Putrajaya/Cyberjaya. 

Sampai je sana jumpa dengan budak kecik cenonet lari kejar ayah dia. Macam kenal. Bila tengok mak dia, patutlah macam kenal. Anak Jira rupanya. Muka copy paste mak dia. Sembang kejap terus bergambar. Entah bila pulak nak jumpa lagi entah. 


Actually kitorang dah lambat sampai sebab tunggu Jemah habis kelas swimming, tunggu tren lagi ya tuhannn sampai la dekat dewan tu pukul 3. Kucar-kacir cari makanan sebab memasing lapar. Tak pandang kiri kanan dah. 

Lepas dah habis makan, haruslah bergambar dengan pengantin. Memasing jenis kaki bergambar pulak. Memang penuh lah memory phone cerita dia. 


 

Happy tau datang wedding diorang ni sebab meriah dengan bunga. Nak bergambar dekat mana, kau pilih je. Sebab dah hujung majlis, orang pun tak ramai so kau nak posing acah model jalanan pun takde orang kisah. Masa tu berhenti bergambar pun sebab memasing tak solat Zohor lagi. Kalau tak, entah pukul berapa reti sedar diri ingat jalan pulang. 

Lagi satu benda yang bestnya, bersepah dapat goodies mementang lah orang dah takde tapi goodies bersepah lagi, sampai tak cukup tangan nak pegang haaa. Happy betul dapat makanan bebanyak. 


Semoga perkahwinan Zety & Zarif kekal sampai syurga. Dapat anak yang comel, cerdik & baik hati macam korang berdua. Terima kasih layan kitorang walaupun penat kesana kemari. 

Done with Z♥Z! K, turn siapa pulak lepas ni? ;)

Mary Jardin's Grand Opening

Monday, 31 July 2017

Tbh tak pernah pun dengar tentang Mary Jardin ni tapi masa pergi beli barang dapur dekat Star Avenue nampak bunting 'Grand Opening Mary Jardin'. Lepas tu nampak pulak bunting dia bersepah sepanjang jalan balik dari office. Disebabkan ada promotion 50% off, sebagai perempuan yang hamak dengan sales, haruslah berazam untuk menapak ke tempat kejadian walaupun tak tahu pun apa benda dia jual. Hewhew

Sementara tunggu member sampai dekat MRT Kwasa Sentral, lepas beli hadiah wedding, menapak la ke Mary Jardin. Masa tu dah ramai dah yang menunggu dekat kaunter. Memang ramai sangat sampai penuh ke bahagian luar. Yang suami dengan stroller baby & muka cemuih tak payah cakap lah. Perkara biasa.

 

Pembelian produk MJ mula lepas habis launching. Disebabkan penuh sangat, duduk melepak dekat luar ambil gambar je sebab deco cantik. Hewhewhew


*gambar dekat event ni je sampai penuh phone T.T*

Bila dah habis launching, nampak Hannah Delisha nak balik. Terus kucar-kacir mintak nak bergambar. Macam mana comel dia dalam TV, macam tu lah jugak comel dekat luar. Suara pun lembut sopan je.

Sebenarnya tak kenal pun Hannah Delisha tapi sebab tengok ramai sangat muda-mudi pergi bergambar dengan dia, gamble lah ajak bergambar. Lepastu dengar pulak diorang dok sebut nama dia. Dah habis bergambar baru google muka dia. Nasib betul. Dah lah tak kenal siapa, gigih pulak tu mintak bergambar sampai dua kali sebab gambar awal tu tudung selebet kena tiup angin. T.T


Me : Hannah, boleh tak nak ambil gambar lagi sekali sebab gambar tadi tak cantik.
Hannah : Eh, boleh je.
*lepas ambil gambar*
Manager : Haaa okay2 dah cantik dah tu haa jom balik
T.T

Lepas tengok brochure Mary Jardin, rasa macam nak try jugak guna product dia nak pulak ada 50% kan tapi bila tengok beratur kemain panjang sampai ke luar  nak menuju ke escalator dah, terus cancel je hasrat tu. Next time lah kot. Rela lagi beli harga asal daripada kena beratur panjang. T.T

 
Senarai nama agent MJ

Founder Mary Jardin - Dr Maryam & husband. 
Lepas Google testimoni Mary Jardin ni not bad lah jugak. Memang flawless lepas guna product ni. Yang paling best, product 100% organic. Product organic kalau mahal pun tak kisah sebab risk untuk muka breakout tu memang tersangatlah rendah. Lepas ni kalau rasa nak try, boleh dah pergi buat treatment dekat sini. Jangan jealous kalau muka flawless & comel macam Hannah Delisha. Hewhewhew kbai.

Masker & Scrub Beras Kunyit

Saturday, 29 July 2017

Kalau beli beras dekat rumah ni memang berkurun lah nak habisnya sebab berdua je dengan adik. Kadang makan luar. So beras dekat rumah tu dah keluar kutu beras. Bila dah jadi macam tu, nak buang sayang, nak makan tak lalu. Makanya kita buat masker ataupun scrub badan je lah.

Dari zaman sekolah lagi mak suka buat scrub beras kunyit ni. Mandi guna scrub ni memang best. Habis tanggal segala daki dekat badan tu. Bila duduk rumah tengok tv tak buat apa, letak dekat muka jadi masker sebab muka jenis berminyak. Terkawal lah sikit pengeluaran minyak tu bila ada masker ni. Jerawat pun tak lah tersemai macam kebun.

Tapi haritu masa scroll dekat Twitter nampak ada post pasal masker dari minyak zaitun, yogurt & lemon.

Tiba-tiba rasa nak tambah dalam masker beras kunyit ni.

Bahan-bahan masker/scrub :

- Beras
- Kunyit hidup/Kunyit serbuk ( Prefer kunyit hidup sebab organik)
- Lemon (1/2 je sebab kalau kulit muka sensitif the effect will turn out bad)
- Yogurt asli
- Minyak Zaitun


*Kuantiti bahan ni ikut sukatan masing-masing sebab tak pernah pulak measure cuma lemon tu je la pada kadaran minima :)

Cara-cara :

1) Rendam beras dengan kunyit semalaman. Lagi lama lagi bagus sebab beras akan rapuh tapi kena rajin tukar air kalau tak dia berbau. Kang korang pulak muntah bila guna masker tu.

2) Bila dah rendam, masukkan semua bahan dalam blender. You guys dah tak perlukan air sebab minyak zaitun dengan air perahan lemon tu dah mampu nak cover semua beras ni.

3) Dah habis blend, dah boleh pakai lah. Tu je pun. Sebagai manusia pemalas, satu bekas ni boleh lah tahan 2 minggu dalam freezer.


Bila pakai yang ni yang syoknya kulit muka gebu je sebab fungsi yogurt tu nak lembutkan muka & buat muka berseri. Lemon tanggalkan kulit mati & daki. Minyak zaitun pulak tugas dia penting jugak sebagai pembersih muka. Nak kesan power, basuh dengan air suam.

Lepas bilas, rasa nak pegang muka selalu je sebab muka lembut gebu je. Nanti nak mandi dengan scrub ni pulak. Jerawat pun dah kurang menyala. Bila makeup memang tak nampak sangat dah macam dulu. Baru seminggu pakai dah happy. Harap boleh hilangkan terus parut jerawat ni.


p/s : Kalau pakai masker ni jangan pakai lama sangat kang muka kuning kemain orang ingat sakit kronik pulak ;P

Binding Report

Thursday, 27 July 2017

Dulu masa dekat yuaitiyem selalu merungut kalau abang tu bind lambat. Nak pulak kalau awal sem, dia punya beratur panjang dekat kedai tu tak payah cakap lah. Pergi lah mana-mana kedai fotostat pun, sama jugak kejadiannya.

Ada pernah sekali tu memang bengkek gila dengan akak bind tu, slow kemain dia bind report FYP. Dah lah nak hantar dah. Bukan sebab buat last minute tapi kawan yang printkan tu tertinggal bas. Kalau dah masa tu tarikh nak hantar, kau buat awal pun ada la nak adjust lepastu memang waktu tu semua kedai penuh dengan bebudak final sem nak hantar FYP. So, kau hadap je lah panjang mana pun kan.

Akak tu tak berhenti bind report. Rasanya tangan dia pun dah naik lenguh tapi sebagai pelajar yang belum kenal apa erti penatnya bind report, memang geram lah slow kemain. Naik kematu kaki menunggu giliran. Nasib ada handphone. Boleh lah main socmedssssss.

Tapi bila dah kerja ni, memang mendapat lah wei tiap-tiap bulan kena buat report. Kena bind report 12 copy pulak tu. Dah lah mesin bind ni yang paling murah sekali office provide. Haaaa ambik kau menangis lah jugak masa awal-awal kena bind sendiri tu. Baru tahu lenguh dia macam mana. Baru rasa nak appreciate semua yang pernah tolong bind report kita masa study dulu. :(


Dengan dia punya blade dah tak tajam. Kadang tu sampai terangkat kaki semata nak tebuk punya pasal. Nak tebuk pun ada cara dia. Kalau nak tebuk kena letak paling banyak pun 20 helai. Kalau tak, tersangkut. Kalau tersangkut memang menangis kau nak keluarkan kertas dekat dalam tu sebab melekat antara blade. Yang lagi syahdunya lubang nak cucuk pun kecik sangat. So, elakkan lah daripada tersangkut sebab makan masa nak keluarkan.

Nak tebuk pun kena measure betul-betul jangan sampai senget, jangan ada berbeza lubang. Kalau berbeza lubang, menangis lah kau print baru pastu tebuk balik sebab nanti nak masuk ring tu tak lepas.


Lagi satu hal, kena selalu check tempat nyahtinja dia. Kalau penuh memang tersangkut lah kertas kau. Again, menangis lah kau sambil korek kertas tu balik.


Dah settle tebuk, nak bind tu tak penat sangat sebab bila bind kau boleh masukkan beratus kertas dalam ring. Tapi yang jadi syahdunya bila kau tertinggal ataupun nak tukar page yang belakang.


Nak bukak tu guna mesin bind memang leceh. Guna jari senang tapi kalau buat tak hati-hati haruslah luka. Nak-nak pulak manusia yang berkulit nipis seperti Iolls :')

But all in all, sekarang dah terer dah bind report semua. Ambil masa dalam 3 jam lah paling lama nak bind 12 copy. Rasa terer sangat sampai rasa nak bukak kedai sendiri. Acah acah je khennn? Hewhewhew

p/s : Nanti nak belikan dekat adik so nanti dia boleh bind sendiri report dia tak payah beratur panjang dekat kedai dah.

Street Food Festival, Sungai Besar

Tuesday, 25 July 2017

Minggu lepas masa scroll down post dekat Facebook, nampak sponsored post ada Street Food Festival di Sungai Besar bermula tarikh 23 Julai hingga 30 Julai 2017. Masa tu terangkat jugak lah kening sebab 22hb balik Sabak so ada masa lah nak menyinggah lagipun bila lagi kan nak merasa masakan Thailand. Selama ni dengar orang menyembang je, kali ni kita pulak nak try.

Happy teruk sebab I love tomyam so much! Nyummmmm

Lepas Maghrib pergi dengan beradik satu kereta. Actually nak pergi siang tapi ada wedding lepastu tersyahid sekejap sampai petang. Hewhewhew

Disebabkan ada perkataan festival, we all thought satu stadium la diorang guna macam Festival MAHA haritu tapi dia guna sikit je. Tak meriah sangat pun. Biasa je. Selalunya dari jauh dah nampak dah spotlight sana sini props semua. But this one hambar sikit. Mungkin sebab kitorang pergi hari pertama so banyak lagi diorang tak setup. Saving for the last maybe. Idk but here I am!

Ni gate belakang so hambar sikit

Street Food Festival in my mind festival ni mesti lah banyak makanan kan tapi tak pun. Booth makanan ada lah dalam 20 booth. Lagi banyak booth pakaian, makeup and other accessories and gadgets. Quite disappointed jugak lah.

Sebelum decide nak beli kita buat tawaf dulu lah macam biasa.

Mostly  booth mesti lah banyak makanan Thai macam tomyam, songtam, miangkham, dim sum, lots of kerabu & sosej. Aiskrim goncang, aiskrim kelapa dengan mango shake pun ada.

Gerai tomyam mostly ada periuk besar tomyam & sup
Dim Sum
Kambing Bakar
Ketam goreng. Pulut mangga & pulut durian



Booth aiskrim gulung paling ramai yang beratur sekali sebab susah kan nak jumpa. Tup tup jumpa pulak kat sini. So join lah beratur sekali sebab dah lama nak try makan. Tunggu punya tunggu tak sampai jugak turn. Bukan tak sampai, tak bergerak pun!

Rupanya abe2 tu nak siapkan satu cup aiskrim gulung pun tak mampu sebab aiskrim asyik hancur. Kesian diorang & kesian kitorang yang tunggu. Muka diorang merah tak payah cakap lah. Penat dah buat tapi tak menjadi. So I just cancelled my order and buy takoyaki instead. RM 10


Sedih jugak lah bila makan takoyaki ni rasa hangit sikit & rasa tepung je lebih. Tapi dah bayar kan, makan je lah sampai habis. T.T




5 kali pusing tapi still tak tahu nak beli apa so decide lah nak beli Maggie Tomyam ni sebab ramai sangat yang kemaruk dengan mi segera ni. Dah la mahal nokharom sampai RM8. Masa tu fikir nak try sebab curious jugak apa yang diorang kemaruk sangat. Bila dah makan terus decide tak perlu lah kita ikut jalan yang orang ramai pergi sebab tak semestinya jalan tu untuk kita. T.T


Sebab lapar sangat tawaf dekat situ try lah beli satay kebab diorang bakar ni. Nampak sedap tapi bila rasa entah lah. Tawar setawar hati yang remuk dengan kawan yang suka bagi janji manis. 


Sosej dia pun sama tawar. Habis RM15 untuk makanan tawar. Idk lah dekat Thailand sana sama jugak ke tak rasa dia dengan yang dekat Street Food Festival ni, tapi kalau sama, takpe lah tak hamak pulak rasa nak pergi Thailand. I kenot survive uolls. 


Jalan sikit nampak lah booth songtam. Nak jugak lah beli sebab one of my fav tapi bila tengok harga terus cancel. Harga songtam biasa, RM5 tapi dekat sini naik sampai RM7. Kuantiti dia sikit je guys. Lagi sikit dari yang dekat kedai tu. Nampak Miangkham ni lagi lah tak rasa nak try sebab takut duit terbakar dengan jayanya. 


Dekat SFF ni tersangatlah panas sebab haba dari semua booth ni. Tak tahu lah macam mana diorang bertahan. Rasanya siapa yang nak bakar lemak tu boleh lah datang sini sebab tawaf kat situ dah berpeluh teruk. No wonder lah ramai yang jual kipas. Panas sangat rupanya. Kesian dekat budak-budak & babies lah. Menyala je muka. 

Nampak tak jarak booth dengan tempat makan macam mana? Ye, dekat situ lah orang nak jejak kasih, dekat situ lah orang nak terpacak depan booth fikir nak makan apa, dekat situ lah nak buat congak cukup ke tak duit nak beli. Budak-budak meragam tak payah cakap lah. Memang lemas kalau peak hour. Masa kitorang pergi ni tak berapa ramai sangat. 

Dekat sini tak banyak gerai jual air biasa. Remember air teh hijau Thailand tu? Ada satu gerai je. So memang pack lah. Tak beli sebab nampak macam hambar je warna tak macam selalu jual dekat luar. 

All in all memang disappointed gila dengan SFF ni. Supposedly festival haruslah meriah & banyak choice tapi dia punya susunan booth, harga makanan & ketawaran makanan tu semuanya menghampakan. Takde yang sedap pun. Better pergi beli dekat kedai biasa je. Tak pun masak sendiri je lah korang. Hewhewhew

Pemeriksaan Tulang Anlene

Sunday, 23 July 2017

Jalan-jalan dekat Giant cari salad, terjumpa booth Anlene buat pemeriksaan tulang. Selama ni tak pernah lagi jumpa pemeriksaan tulang. At first macam taknak sebab takut kena jarum. Bukan macam lagi dah, memang taknak pun. Tapi nak tu pun sama tinggi jugak dengan tak nak.


End up, tanya dia ada injection tak untuk periksa. Thank God tak ada, terus laju je isi borang hewhewhew

Masa kitorang try ni tak ada orang yang layan booth ni tau so tak la rasa malu sangat masa buat pemeriksaan. Sebab kena ukur lilit pinggang. Malu lah abang tu tengok perut buncit. Nasib abang tu faham sekarang tengah raya. Nasib tengah raya so boleh cover. T.T

Lepas ukur lilit pinggang kena buat hand stretch pergi belakang. Kena tarik sampai tahap mana yang boleh so abang tu ukur berapa jauh boleh pergi. Sebagai manusia yang mengamalkan yoga biskut chipsmore kejap ada, kejap tak ada, of course lah boleh pergi jauh. ;)

Lepas check ukur lilit pinggang & fleksibiliti tangan, pergi buat pemeriksaan tulang guna mesin ni.




Sebelum letak kaki dekat mesin tu, dia spray air sikit entah untuk apa lupa pulak nak tanya. Tapi rasanya bukan air biasa sebab kaki rasa berangin sikit. Letak kejap je lepastu mesin tu dah boleh detect dah. Lepas dah settle baru lah kita sembang pasal tulang & ni result yang doktor tu dapat.

By the result so far semua okay je. Tulang power lagi tapi tang ukur lilit pinggang tu kena kurangkan sampai bawah 80cm. Nampak tak gigih tau dia bulat berisiko tu. Huhuhuhu tengah berusaha lah ni. Raya khennnnn.



Lepas habis sesi penerangan tu test minum susu Anlene Dwiaksi. Ada dua flavor original & chocolate. Disebabkan tekak boleh terima, beli 2 pek sebab promotion. Rasanya habis yang ni habis la kot. Malas beli dah sebab malas membancuh memasing. Hewhewhew.


Dia punya malas tu sampai sekarang tak bancuh lagi. Huhuhu

Pasu Dari Botol Air Mineral

Minggu lepas pergi pasar tani nak beli baja untuk tanaman di rumah. Masa belek baja, ternampak pasu tanaman pakcik tu guna botol minyak je yang 5kg tu. Terus tanya dia macam mana dia buat pasu tu sebab pokok dia naik cantik elok je.

Balik rumah terus buat projek sebab dah lama simpan botol air mineral ni tapi tak tahu nak buat apa. Nak buang sayang. Thank god dapat jugak guna. Dah lah senang sangat nak buat.

Barang yang diperlukan :

- Botol
- Pisau
- Tali mop
- Tanah
- Air
- Baja
- Kudrat tenaga

Cara-cara :

1. Cut them in half. Tapi biar bahagian bawah tu lebih sikit dari atas.


2. Ambil tali mop sebagai penyerap air. I use two and then buat simpul supaya dia block tanah daripada jatuh ke bawah. Tali biar panjang sampai ke bawah supaya boleh serap air.



3. Isi air & baja untuk bahagian bawah.

4. Isi tanah & tanam lah apa benih yang nak disemai. Untuk pasu botol ni actually tak ada benih pun. Semua dah disemai elok dah. Ternampak daun pandan terus grab masuk dalam pasu. Cun jugak tanam pandan. Boleh lah wangikan dapur. Hewhewhew


Okay we're done! Tu je steps dia. Tak susah kan. It took me just 15 minutes. Untuk orang yang acah busy macam I this is the best pasu sebab tak payah siram hari-hari. Nanti air dah nak habis baru refill. Seminggu pun tahan.

Cuma jangan letak pasu ni jauh sangat dari matahari ataupun kawasan lembab sebab nanti berlumut. Nak nampak cantik lagi pasu tu, cat lah ataupun hias ikut kreativiti masing-masing. Good luck!