Movie Review : Mulut Masin
Monday 30 November 2020
Pengarah : Razaisyam Rashid
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Zaim Akmal, Shemad Al Jufri, Zulaikha Zakaria, Natasha Azlan
Pelakon : Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Farahdhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.
Syarikat Produksi : Alpha 47 Films
Pengedar : Astro Shaw / Astro First
Genre : Komedi / Seram
Durasi Tayangan : 70 minit
Tarikh Tayangan : 19 November 2020
Trailer :
Movie Mulut Masin naskhah terbaru dari pengarah Razaisyam Rashid mengisahkan tentang 5 orang sepupu mencari wasiat nenek mereka (Khatijah Tan) yang telah hilang gara-gara Ayu (Cassia Iman) buka kotak pusaka sekaligus melanggar amanah arwah nenek mereka. Sudahnya mereka dilempar garam dan dihantui kelibat nenek.
Roy (As’ad Motawh) ajak mereka semua ke kubur nenek untuk pastikan sama ada nenek dah bangkit ataupun khayalan semata. Masin mulut Roy bila kubur nenek berlubang semula. Esok pagi Roy cakap dalam tempayan tu ada petunjuk kepada wasiat. Masin lagi! Memang ada petunjuk yang tersimpan elok dalam labu sayong. Sudahnya mereka berlima menjejak kembali wasiat yang hilang berdasarkan petunjuk yang ditinggalkan oleh nenek sebelum parents diorang tahu perkara sebenar. Menangis Boyot (Muzayyin Mahyuddin) kalau tak dapat makan seminggu.
Movie yang diadun konsep tradisional dan kontemporari ni mengetegahkan warisan seni orang Melayu bila nenek Ramlah suka berpantun 4 kerat. Tambahan pula tulisannya menggunakan tulisan jawi yang dah makin lapuk dek arus kemodenan. Sama seperti iman yang tak dapat diwarisi anak beranak, begitu lah juga Ajib (Jay Nazif) yang tak mampu membaca tulisan jawi. Nasib baik si Azan (Danish Hazriq) pro dengan tulisan jawi dan tinggi ilmu agama.
Bila melibatkan wasiat dan harta pusaka, tipikal perangai anak-anak suka bergaduh berebutkan harta tanpa peduli langsung keadaan orang tua. Sama juga la yang ditonjolkan oleh watak Pak Long (Lan Pet Pet), Minah (Maria Farida), Angah (Faradhiya) dan juga suami dia (Aloy Paradoks). Tak banyak pun watak diorang buat dalam movie ni selain bergaduh sebab keutamaan diletakkan pada bahu pelakon-pelakon cilik dengan keletah kelakar mereka berlima.
Tak sangka As’ad Motawh ada bakat berlakon sebab selama ni elakkan untuk layan hasil kerja dia sebab nyanyian dia yang sumbang dan dikecam bertubi. Better kalau As’ad fokus dengan dunia lakonan sebab physical traits dia sesuai sebagai pelakon utama. Rasanya movie ni berlatarbelakangkan Kodiang, Kedah sebab Ajib dengan nenek dia sembang utagha. Scene guard pun mention Usain Bolt Kodiang. Jay memang selesa dengan dialek utagha sebab dia lahir di Penang tapi on and off pada watak lain.
Lakonan kelima-lima pelakon kanak-kanak dan remaja nampak tak kekok depan kamera sebab masing-masing memang dah ada pengalaman shooting ads sebelum ni. Chemistry diorang berlima tu nampak cantik walaupun awalnya Roy sejenis poyo tapi makin lama makin nampak perubahan karakter lepas banyak masa diluangkan bersama. Pengarah Razaisyam Rashid bagitahu yang dia kena train pelakon kanak-kanak ni selama 10 hari sebelum start shooting. Worth the effort!
Kelemahan movie ni pada penceritaan yang tak dikembangkan sehabis baik dan durasi yang singkat selama 70 minit sahaja walhal boleh letak banyak lagi scene komedi dan panjangkan plot masa sebab mereka semua stay sampai Hari Raya. Mungkin boleh ditambah scene flashback kisah anak-beranak Ramlah supaya bertambah deep scene emosi di hujung cerita. Scene seram pun tak banyak sangat. Mungkin sebab taknak pelakon-pelakon utama cuak agaknya. Tapi boleh je kacau pelakon sampingan kan?
Prop yang menghidupkan suasana kampung orang Melayu dari Aminah Mohammad dan music score dari Aliff Ashraf antara adunan yang sesuai dengan konsep dan tema movie Mulut Masin. Sesuai sebagai tontonan keluarga kerana sarat dengan mesej kekeluargaan. Boleh tengok di Astro First dengan harga RM15.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10