Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Movie Review | The Nice Guys (2024)

Sunday, 15 December 2024


Director: Shane Black
Writers: Shane Black, Anthony Bagarozzi
Cast: Russell Crowe, Ryan Gosling, Angourie Rice, Matt Bomer, Margaret Qualley, Keith David, Kim Basinger
Production Companies: RatPac-Dune Entertainment, Silver Pictures, Waypoint Entertainment
Distributors: Warner Bros. Pictures (United States and Canada), Bloom (International)
Genre: Action / Comedy
Running Time: 116 minutes
Release Dates: 11 May 2016 (TCL Chinese Theatre), 20 May 2016 (United States)
Trailer:


Pada tahun 1977 di Los Angeles, Holland March (Ryan Gosling) diupah untuk menyiasat sama ada anak saudara Mrs. Glenn (Lois Smith) iaitu seorang pelakon porno terkenal, Misty Mountains (Murielle Telio) masih hidup atau sudah meninggal dunia sepertimana yang dikhabarkan dalam berita nasional. Holland tanpa ragu mengesahkan kematian tersebut tapi Mrs Glenn maklumkan dia nampak Misty di tingkap rumah dua hari selepas berita kematian diumumkan. 

Penyiasatan March membawa kepada gadis muda bernama Amelia tapi setiap kali dia terjumpa klu baru, pasti ada yang menghalang dan salah seorangnya adalah Jackson Healy (Russell Crowe). Selepas bertemu March, Healy pula dibelasah oleh dua orang pembunuh upahan yang sedang menjejak Amelia. Healy tahu ada sesuatu yang tidak kena tentang Amelia lalu dia bertemu dengan March untuk cari tahu tentang gadis tersebut. 


Mereka berdua kemudiannya mencari Amelia dalam sebuah protes kemudian bertemu dengan Chet (Jack Kilmer) lalu membawa mereka ke rumah teman lelaki Amelia bernama Dean. Malangnya rumah Dean telah rentung bersama koleksi filem indie yang dihasilkan sendiri. Dean telah pun mati dalam kebakaran tersebut tapi Amelia terselamat dan masih melarikan diri dari dijejaki. 

Dari Chet mereka berdua dapat simpulkan Amelia menyimpan rahsia besar yang bahaya kerana sesiapa saja yang terlibat akan dibunuh. March dan Healy perlu mencari produser filem yang bekerja dengan Misty Mountain, Amelia dan Dean di sebuah parti untuk tahu lebih mendalam kes yang bakal menggegarkan negara. 


Filem The Nice Guy arahan dan penulisan Shane Black asalnya dibikin dalam format TV series tapi disebabkan tak ada yang berminat untuk membeli, selepas 13 tahun dia tukar kepada format filem. Lepas dia offer kepada Ryan Gosling, 3 hari kemudian terus setuju untuk start berlakon sebab dia excited dapat berlakon watak utama dengan Russell Crowe. 

Walaupun genre The Nice Guy ialah aksi komedi tapi watak Jackson Healy serious sepanjang masa sementara March jadi crackhead. Anak perempuan dia, Holly March (Angourie Rice) curi-curi join penyiasatan sebab dia kenal semua pelakon dalam industri porno termasuklah Amelia. Dalam ruang yang terhad, dia menyerlah sebagai pelakon kanak-kanak yang suka explore dunia luar, cerdas dan positif. Chemistry Angourie dengan Ryan Gosling nampak comel onscreen thus looks believable since Ryan pun ada anak perempuan so he kinda know the tricks. 


Dinamik Ryan Gosling dengan Russell Crowe sentiasa on par dan menghiburkan walaupun menggunakan format tipikal leading pair mempunyai perbezaan karakter. Mesti Ryan have fun masa shooting filem The Nice Guy sebab lakonan dia bersahaja dan santai sebagai penyiasat persendirian. Ekspresi muka dia on point bila kena hadap permintaan customer yang merepek. 

‘So you're telling me you made a porno where the point is the plot?’ – Holland March


Pace penceritaan yang laju buatkan naskhah aksi komedi ni menarik dan menghiburkan untuk ditonton cuma dekat second half longgar sedikit bila Amelia berjaya dijumpai. Personally, I rasa impak dia kurang lah bila watak March tak guna instinct detective dia untuk detect something is wrong dengan Judith Kuttner (Kim Basinger). 

Kita tahu dia tamak tapi kenapa dia tak cuba nego sebelum lepaskan maklumat penting dekat pelanggan? Sama juga dengan Healy yang tak peduli dengan amaran dari Blueface (Beau Knapp) tentang John Boy (Matt Bomer) padahal dia tahu dia terjebak dalam kes yang berbahaya. Kalau dari awal dah guna format tipikal, buat apa tiba-tiba nak ubah arah jadi rare tapi dangkal? 


Apapun filem The Nice Guy cukup rencah sebagai filem komedi dan aksi dikukuhkan pula dengan sinematografi dari Philippe Rousselot yang menggunakan tone grading dan filter untuk wujudkan visual tahun 70-an selain dari penggunaan kostum dan props sepanjang 116 minit. Tak nampak langsung macam filem 2016 sebab visual dia looks convincingly amazing. Filem ni mungkin ada sekuel tapi harapnya pengarah tak ambil masa selama 13 tahun untuk karang skrip. 

p/s: Selain Ryan Gosling, Matt Bomer handsome teruk!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

Director: Raaj Shaandilyaa
Writer: Raaj Shaandilyaa, Yusuf Ali Khan, Ishrat Khan, Rajan Agarwal
Cast: Rajkummar Rao, Triptii Dimri
Production Companies: T-Series Films, Balaji Motion Pictures, Wakaoo Films, Kathavachak Films
Distributor: AA Films, Netflix
Genre: Comedy
Running Time: 146 minutes
Release Date: 11 October 2024
Trailer:


Berlatarkan tahun 1997 di kawasan Rishikesh, Vidya Babla (Triptii Dimri), seorang doktor putuskan pertunangan yang diaturkan oleh ibu (Archana Puran Singh) bapanya (Rakesh Bedi) kerana ingin berkahwin dengan Vicky (Rajkummar Rao), si pelukis inai. Rancangan mereka berjaya dan kemudiannya berkahwin di konvensyen yang menghimpunkan ramai pengantin untuk berkahwin secara bajet. 

Bilik untuk malam pertama juga disediakan kerana kebanyakan pengantin baru tidak dapat bersama dengan selesa gara-gara rumah yang sempit dan berkongsi dengan keluarga. Datuk Vicky (Tiku Talsania) sponsor mereka berdua untuk berbulan madu di tempat beribadah supaya perkahwinan direstui oleh dewi tapi Vicky mempunyai rencana lain dengan mengajak Vidya berbulan madu di Goa.


Di sana Vicky pujuk Vidya untuk rakam aktiviti kelamin supaya perkahwinan mereka bertahan lama. Sebaik saja pulang mereka menonton rakaman tersebut yang sudah pun disimpan dalam CD. Malangnya selepas mereka tidur, pencuri pecah masuk ke rumah dan mencuri TV dan CD player di bilik Vicky dan Vidya. Takut dimarahi Vidya, Vicky menyembunyikan tentang CD mereka yang hilang bersama peralatan lain. 

Inspektor Laadle (Vijay Raaz) ditugaskan untuk menyiasat pencurian tersebut malah semakin bersemangat apabila terlihat kakak Vicky bernama Chanda (Malaika Sherawat) yang cantik dan bergaya. Vicky berusaha mencari CD di merata tempat tapi kegiatannya disalah sangka oleh Vidya hingga menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita (Tracy Ann Chapel) yang datang dari Zimbabwe. 


Filem komedi arahan dan penulisan Raaj Shaandilyaa mempunyai isu yang unik untuk diketengahkan sebagai jalan cerita namun kebanyakan babak komedi adalah slapstick comedy, penceritaan terasa tipikal dan hambar. Banyak juga isu dan sub-plot yang dimasukkan untuk mewujudkan konflik dan kekecohan. Patutnya durasi filem boleh dipendekkan lagi. Macam tak percaya pengarah Raaj Shandilyaa adalah pengarah dan penulis yang sama untuk filem Dream Girl (2019) dan Janhit Mein Jaari (2022) yang mempunyai mesej sosial dan komedi yang padu. 

Walaupun menggunakan fresh pairing antara Rajkumar Rao dan Triptii Dimri tapi chemistry tak lah menarik mana pun. Babak romantik pun tak banyak untuk menguatkan penceritaan kisah suami isteri dalam filem Vicky Vidya Ka Woh Wala Video ni. Penulis tak kembangkan sangat kisah cinta Vicky dan Vidya sebaliknya berpaksikan semata kes kecurian hingga membawa mereka berjumpa dengan gangster Bulbul Didi (Ashwini Kalsekar) juga sindiket hidden camera. Tak pasti lah kenapa Triptii dan Rajkummar Rao pilih filem Vicky Vidya Ka Woh Wala Video sedangkan diorang ada banyak lagi peluang lain untuk menyerlah. Mungkin skrip asal tak seteruk final movie kot. Mungkin confident dengan pengarah. Entahlah. 


Kalau penulis tak guna slapstick comedy dan kembangkan jalan cerita dengan baik, terserlah keunikan jalan cerita untuk jenayah yang diletakkan sebagai plot twist. Drag sangat bila penulis masukkan babak tertukar Chanda (Archana Patel) sampai nak bergaduh bagai. Lakonan masing-masing pun over. 

Music album dari komposer duo Sachin–Jigar dan White Noise Collectives mempunyai koleksi lagu yang menggunakan vibe dan runut 90-an. Ada juga remake lagu popular tapi sebab Shehnaz Gill yang jadi penghibur, terus jadi hambar padahal lagu tu sebagai interval. Patutnya ambil lah star yang ada strong screen presence. 



Filem Vicky Vidya Ka Woh Wala Video baru masuk Netflix awal bulan haritu so kalau ada yang nak tengok secara santai, boleh lah layan dekat streaming platform tu. No worries walaupun ketengahkan aktiviti tu tapi tak ada adegan ranjang. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 4.9/10

Movie Review | Drawing Closer (2024)

Saturday, 14 December 2024


Director: Takahiro Miki
Writers: Takahiro Miki, Tomoko Yoshida
Cast: Ren Nagase, Natsuki Deguchi
Production Companies: Django Films, Nikkatsu Corporation
Distributor: Netflix
Genre: Drama / Romance
Running Time: 120 minutes
Release Date: 27 June 2024
Trailer:


Akito Hayasaka (Ren Nagase) merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan berbakat besar dalam seni lukisan. Dia berhasrat untuk menyertai Nika Exhibition namun didiagnos dengan tumor di kawasan jantung. Doktor bagitahu Akito hanya punya waktu selama setahun sahaja untuk hidup. Dia merahsiakan perkara tersebut dari semua orang termasuklah adik perempuannya (Rui Tsukishima) sendiri. 

Cadangan orang tuanya untuk lakukan pembedahan juga ditolak mentah-mentah kerana pembedahan cuma akan melambatkan masa dia meninggal dan bukannya menyelamatkan dia dari penyakit tersebut. Semasa Akito merenung nasib diri di rooftop hospital, dia bertemu dengan Haruna Sakurai (Natsuki Deguchi) yang cantik dan pandai melukis. Tertarik dengan lukisan yang membawa maksud mendalam tentang harapan Haruna, Akito mula berkawan dengan gadis tersebut. 


Setiap hari Akito akan melawat Haruna di hospital tersebut supaya gadis tersebut mempunyai teman. Akito mula jatuh suka dengan Haruna tapi cuma mampu ekspresikan dari jambak bunga Gebrera yang dibeli untuk Haruna. Walaupun mereka semakin rapat tapi Akito tetap merahsiakan penyakit dia sehingga lah Akito gagal tunaikan janji untuk melihat bunga api akibat degupan jantungnya lemah. 

Dari awal lagi dah tahu filem Drawing Closer arahan Takahiro Miki akan berakhir dengan sad ending tapi tetap juga pilih untuk layan sebab ramai yang cakap filem ni best. Filem Drawing Closer diadaptasikan dari sebuah novel berjudul Yomei Ichinen no Boku ga, Yomei Hantoshi no Kimi to Deatta Hanashi yang diterbitkan pada tahun 2021 hasil nukilan Ao Morita. 


Penceritaan Drawing Closer agak perlahan sebab menggunakan genre drama tapi sebab naskhah ni available on Netflix so shouldn’t be a problem lah untuk ubah speed setting. Jalan cerita Drawing Closer lebih kurang sama dengan filem popular Hollywood, the Fault in Our Star, mesej yang dibawa pun lebih kurang juga. Masa dalam hidup manusia tu berharga, pertemuan Akito dan Haruna ubah pemikiran Akito untuk panjangkan masa dan spend dengan orang yang tersayang. 


Conversation Akito dengan Haruna bukan conversation yang heavy pun tapi tertarik untuk ada dengan kedua-dua watak sebab dua-dua masih muda, ada banyak benda untuk explore tapi Tuhan uji dengan penyakit kronik. Macam mana perspektif keluarga pesakit pun diceritakan dengan baik dalam filem Drawing Closer. Yang sakit akan rasa beban tapi ahli keluarga yang sayang akan cuba buat terbaik supaya dapat luangkan lebih banyak masa bersama. 


‘I want to live more. I want to be with you and Ayaka more. It doesn’t have to be ten or twenty years. One day more… One minute or one second more. I want to live longer. I decided that after meeting with you two. So from now on, I’ll fight every day. If I don’t die today, I win. So… even when if it’s painful, you have to give it your all too, Akito.‘ - Haruna 


Dalam filem Drawing Closer ada dua sub-plot kisah cinta tiga segi di first half dan juga second half. Boleh faham lah kenapa kedua-dua watak - Ayaka Miura (Mayuu Yokota) dan Eri (Kyoka) mudah sangat jatuh cinta dengan Akito sebab perwatakan dia pun sopan dan baik. Macam mana Haruna boleh suka dan senang dengan kehadiran Akito, sama juga dengan watak-watak lain. 


Sinematografi Hiroo Yanagida bawa kita masuk ke dunia Akito dan Haruna yang hangat dan berseni. Kebanyakan babak mereka berdua terlihat dreamy yang paparkan kecantikan Haruna walaupun terlantar sakit di hospital. Mungkin pengarah cuba tonjolkan Haruna dari mata Akito, sentiasa berseri setiap kali mereka berjumpa. 

Since filem Drawing Closer mempunyai jalan cerita yang tipikal dan santai, I rasa tak patut pun penulis abaikan kehendak Haruna masa dia keluar tengok sunset dengan Akito dekat pantai tu. Tak faham kenapa penulis nak buat plot twist di penghujung cerita dengan wujudkan cinta tiga segi yang tak perlu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Movie Review | Rumah Dinas Bapak (2024)


Pengarah: Bobby Prasetyo 
Penulis Skrip: Dodit Mulyanto 
Pelakon: Dodit Mulyanto, Putri Ayudya, Yasamin Jasem, Elang El Gibran, Rukman Rosadi
Syarikat Produksi: Starvision
Pengedar: Starvision, Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 93 minit
Tarikh Tayangan: 08 Ogos 2024
Trailer:


Bekerja sebagai renjer hutan membuatkan si ayah, Pak Joko (Dodit Mulyanto) sering berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan lainnya. Dodit (Octavianus Fransiskus) menolak keras idea terpaksa berjauhan dengan rakannya tapi setelah dipujuk Ibu (Putri Ayudya) yang akan membelikan hadiah kereta Tamiyo, Dodit akhirnya akur dengan keputusan tersebut. 

‘Dodit mahu lima Tamiyo, boleh ya bu?’
‘Boleh, satu Tamiyo satu tahun. Kalau lima, lima tahun lah.’


Rumah dinas iaitu rumah yang disediakan jabatan renjer hutan terletak jauh di pedalaman dan berdekatan dengan kawasan kubur. Rumahnya besar tapi mempunyai sel penjara kecil di luar rumah berdekatan dengan stor. Rumah tamu juga disediakan berasingan dari rumah utama tapi tak lah jauh. 

Bergerak awal pagi tapi sampai ke malam baru selesai mengangkat barang masuk ke rumah baru. Kakak Dodit, Lis (Yasamin Jasem) tak banyak membantu kerana sedang hamil anak pertama. Setelah selesai mereka disapa oleh Sugeng (Sadana Agung Sulistya) dan Kasno (Fajar Nugra), pembantu Pak Joko di situ. 


Enggan berlama di situ tapi langkah kiri pula bila diajak tidur di rumah baru Pak Joko kerana mereka berdua tahu rumah tersebut berhantu. Malam pertama sudah diganggu dengan bunyi besi. Keesokan hari pula Mbah Slamet (Rukman Rosadi) datang menghantar minyak dan memaklumkan tentang rumah yang dihuni mereka ada hantunya. Pak Joko tak ambil pusing tapi Dodit, Lis dan Ibu terganggu kerana mereka yang menetap di rumah sementara Pak Joko dan Dewo (Elang El Gibran) keluar berjaga di hutan.

Jangankan malam, malah siang juga mereka bertiga sering diganggu oleh makhluk halus sampai Dodit mengajak Sugeng dan Kasno berjumpa dengan Mbah Slamet untuk ceritakan apa yang mengganggu mereka. 


Filem Rumah Dinas Bapak diadaptasikan dari pengalaman sebenar yang dialami Dodit Mulyanto ketika kecil pada tahun 90-an. Jarang dapat tengok kisah tentang renjer hutan selain karya Hollywood yang banyak menjaga hutan supaya tak diceroboh orang. Dalam filem Rumah Dinas Bapak arahan Bobby Prasetyo diceritakan bagaimana renjer hutan menjaga kawasan hutan jati supaya tak dicuri orang tapi tak difokuskan sangat di situ sebaliknya di rumah. 

Masa keluarga Dodit sampai ke rumah dinas tu pelik lah juga bila ada penjara untuk pencuri kayu. Ingatkan orang curi kayu api rupanya kayu jati, kayu tu kan mahal bila jual jadi tak hairan lah kalau orang kampung marah benar dengan pencuri. 


Walaupun filem Rumah Dinas Bapak ni genre seram komedi tapi kedua-dua elemen sama hebatnya. Elemen kelakar ada yang tipikal tapi tetap kelakar dan menghiburkan sebab lakonan yang cemerlang yang dapat ruang tersendiri untuk menyerlah. Bila seram memang menakutkan tiap kali Mimin (Fatma Faisal Nahdi) atau hantu lain mengganggu. Masa tengok trailer I assume Mimin adalah replika Kak Limah tapi Mimin ada cerita tersendiri yang menyayatkan hati. Kasihan juga dengan roh lain dekat situ sebab Mbah Slamet cuba untuk tolong tapi dia pun tak tahu askar Belanda buang mayat diorang masa menjajah dulu.


Dialog dalam Rumah Dinas Bapak juga antara kekuatan naskhah terbitan Starvision macam conversation antara Pak Joko dengan Ibu tentang tulah hantu. Betul apa Ibu kata, kalau tak percaya nanti hantu datang kacau tapi betul juga pendirian Pak Joko, jadi bingung! Geram la juga Pak Joko tak kena kacau pun macam yang lain padahal kena bermalam sorang-sorang dekat hutan tapi nasib baik ada kejadian yang buatkan dia sedar keselamatan keluarga lebih penting dari tanggungjawab kerja dia. 


Sinematografi Padri Nadeak mengukuhkan lagi penceritaan Dodit dengan mewujudkan suasana kawasan rumah yang sepi dan kelam. Siang pun terasa sunyi sebab jauh dari orang lain tapi dekat dengan kubur. Transisi Mbah Slamet ke dunia barzakh tu smooth. Penampakan Mimin dalam beberapa babak pun menarik sebab dia tak diberi fokus pun oleh pengarah tapi vibe seram tu sentiasa ada. 

Nasib baik filem rumah Dinas Bapak ada elemen komedi sebab pengalaman Dodit memang menyeramkan untuk kanak-kanak, tambah pula dia yang selalu berjumpa dengan Mimin berbanding watak lain. Kalau filem ni seram sepenuhnya, mungkin boleh termimpi-mimpi. Dekat credit scene pengarah letak gambar in reel dan in real life bersebelahan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Jigra (2024)

Wednesday, 11 December 2024


Director: Vasan Bala
Writers: Debashish Irengbam, Vasan Bala
Cast: Alia Bhatt, Vedang Raina
Production Companies: Dharma Productions, Eternal Sunshine Productions
Distributors: Viacom18 Studios (North India), Asian Suresh Entertainment (Andhra Pradesh and Telangana), Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time: 153 minutes
Release Date: 11 October 2024
Trailer:


Satya (Alia Bhatt) bekerja sebagai pengurus hotel milik pakciknya untuk menyara kehidupan dia dan adiknya, Ankur (Vedang Raina). Sejak kecil lagi Satya menjaga Ankur dengan kasih sayang setelah bapanya memilih untuk bunuh diri. 

Ankur membesar dengan sihat dan cerdas walaupun rimas dengan sifat overprotective Satya. Sehinggalah Ankur mendapat tawaran dari penaja untuk computer software di Hanshi Dao. Ankur travel ke sana bersama sepupu mereka, Kabir. Gembira dengan penerimaan penaja, mereka berdua berparti kemudiannya ditahan polis kerana memandu melebihi had laju yang dibenarkan. Ketika diperiksa oleh polis, sepaket dadah dijumpai dalam kocek seluar Kabir. 


Undang-undang Hanshi Dao akan menghukum bunuh kesemua pesalah yang terlibat dengan dadah terutamanya pelancong. Keluarga Kabir manipulasi keadaan dan meletakkan salah ke atas Ankur sepenuhnya. Satya yang berang dengan keputusan tersebut segera pergi ke Hanshi Dao untuk menyelamatkan Ankur. 

Filem Jigra merupakan filem aksi pertama untuk Alia Bhatt arahan Vasan Bala yang pernah popular dengan filem Monica, O My Darling (2023) dan Mard Ko Dard Nahi Hota (2019). Berbanding dua filem sebelumnya yang santai dan menghiburkan, tone filem Jigra lebih serious dan melankolik. 


Alia dan Vedang nampak comel sebagai adik-beradik cuma sayangnya kita tak diperkenalkan dengan dua watak ni dengan lebih mendalam. Daripada pengarah focus dengan jailbreak angle, lebih baik bagi ruang untuk bonding Satya dan Ankur. Bond ni penting untuk kuatkan impak keputusan Satya yang nak buat kerja gila rempuh masuk penjara di Hanshi Dao. Macam mana nak yakinkan penonton watak wanita yang petite nak lawan 500 orang pihak polis dan 6,000 penjenayah di negara asing? 

Dalam interview Vasan Bala ada bagitahu yang filem Jigra gagal hit di box office sebab ada sesuatu yang buatkan orang tak yakin dengan filem Jigra. Macam mana nak yakin kalau dalam trailer pun tak tonjolkan strength point untuk Satya? Bila tengok full movie lagi rasa merepek tengok second half. Dekat hujung tu tertanya-tanya apa salah Muthu? Betul apa dia cakap dan risaukan tu. Apa salah polis yang terbunuh masa jailbreak tu jugak?  Kalau penulis tunjuk yang polis dekat situ korup, I boleh faham tapi tak ada pun. 


Dari segi lakonan, Alia Bhatt deliver dengan baik watak Satya sebagai kakak yang sentiasa menjaga adiknya even paranoia dia relevan bila nampak si ayah bunuh diri depan mata. Walaupun tak ada babak dia besarkan Ankur tapi boleh faham adik-beradik ni struggle hidup dalam ihsan saudara-mara. Tak ambil masa yang lama pun untuk saudara buang mereka berdua untuk selamatkan diri. Vasan Bala dapat pati yang tepat untuk gambarkan hubungan saudara mara yang rapuh untuk masyarakat Asia. Comel sangat bila Satya pandang Ankur dekat penjara. Innocent face sama macam Raha. 


Vedang juga menonjol sebagai Ankur yang manja dan banyak menghabiskan masa di rumah. Babak dia rebel sebab Satya tak bagi dia pergi parti tu comel. Watak Ankur tak lari jauh dari Satya, walaupun takut tapi tetap berani melawan warden penjara. Tak patut pun pengarah sulitkan cara Ankur nak bebas dari ketidakadilan yang dia hadap sebab kita tahu ada banyak jalan untuk keluar. Serious talk, kalau penulis fokus pada sibling bonds memang filem Jigra boleh pergi jauh sebab bond tu yang dipromosikan oleh Dharma Productions dan Eternal Sunshine Productions jadi kenapa dalam filem tak banyak?


Sinematografi Jigra dari Swapnil S. Sonawane menggunakan tona warm untuk menggambarkan cinta dan semangat Satya untuk menyelamatkan Ankur. Shot yang cantik dan ampuh bila Satya berdiri di hadapan kepala naga sebelum mulakan rancangan untuk selamatkan Ankur. Transition dalam beberapa babak terlihat menarik, slo-mo dimasukkan dengan tepat dalam babak Satya selamatkan Ankur di atas bumbung. 

Music album Jigra tak digunakan sepenuhnya dalam filem tapi lebih kepada promo material walaupun menghimpunkan lagu-lagu yang bagus seperti Phoolon Ka Taaro Ka dan Jigra yang dinyanyikan sendiri oleh Vedang Raina. 



I wonder if Jigra will do well kalau Vasan Bala diberikan kebebasan penuh untuk memilih siapa pelakon utama sebab Katrina Kaif patutnya berlakon sebagai Satya tapi KJo dah letak syarat supaya ambil Alia kalau nak filem Jigra keluar ke wayang. Tak pasti berapa banyak kena adjust untuk fit Alia dalam cerita ni. Boleh nampak lah Jigra bukan acuan Vasan tapi lebih kepada Dharma. Sayang tapi benda dah jadi so hadap je lah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

Movie Review | Heartbreak Motel (2024)

Tuesday, 10 December 2024


Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Penulis Skrip: Angga Dwimas Sasongko, Alim Sudio
Pelakon: Laura Basuki, Reza Rahadian, Chicco Jerikho
Syarikat Produksi: Visinema Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2024
Trailer:


Ava Alesandra (Laura Basuki) merupakan pelakon wanita popular dan menjadi impiannya untuk berada di hadapan kamera sejak kecil. Ava datang dari keluarga yang berantakan kerana ayah dia seorang abusive lalu dia dan ibunya lari dari rumah. Ibunya bekerja sebagai cleaner di hotel. Ava berjaya mengubah nasib keluarga tapi belum mampu lari dari trauma masa lalu. 

Semasa berlakon dalam filem Arok dan Dedes, Ava jatuh cinta dengan co-star dia, Reza Malik (Reza Rahadian) kerana dia selalu ada sewaktu Ava diserang panic attack sepanjang penggambaran. Awal percintaan mereka Reza seorang yang baik, sopan, ambil berat dengan Ava tapi lama-kelamaan terserlah perangai baran dan cemburu dengan kejayaan Ava sebagai pelakon. 


Ava semakin tertekan semasa berlakon dalam filem kedua bersama Reza Malik di bawah arahan Luna Maya mengenai sepasang suami isteri yang semakin berjauhan kerana suami yang abusive dan mengongkong. Setelah berlakunya insiden di set penggambaran, Ava berehat di sebuah suite selama sebulan. 

Filem drama Heartbreak Motel arahan Angga Dwimas Sasongko mengangkat isu abusive hingga menyebabkan childhood trauma kepada anak. Filem ni filem kedua lakonan Laura Basuki dengan tema yang sama, back-to-back. Mutu lakonan yang cemerlang sebab tak ada beza pun dengan watak Dina dalam Sleep Call (2023)


Bezanya watak Ava ada kebebasan dalam menentukan jalan hidup sebab ibu dia bekerja dan meninggal akibat kanser. Ava cuma terperangkap dengan watak Reza Malik dan juga kemunculan Raga (Chicco Jerikho) yang sama-sama tawarkan cinta tapi cinta siapa yang jujur dan menenangkan, itu terletak pada Ava untuk memilih. 

Uniknya filem Angga Dwimas Sasongko menggunakan plot tipikal filem cinta tiga segi namun tampil berbeza, unik dan kreatif. Penceritaan dipecahkan kepada 3 latar masa dan bergerak bersilih ganti hingga pengarah cantumkan menjadi satu untuk watak Ava bertindak. Awalnya keliru denga napa yang pengarah cuba sampaikan tapi sedikit demi sedikit mula dapat jawapan. Filem ni bukan menawarkan cerita tapi menawarkan pengalaman. 


Sama macam Reza dan Raga, I pun terpukau dengan kecantikan Laura Basuki sebagai Ava ditambah dengan wardrobe juga hairstyle yang cantik sekaligus membina personality elegan Ava Alesandra. Masa Ava dan Reza berjalan dekat red carpet Arok dan Dedes tu cantik sangat, looks dreamy and filmy. Fun fact, dalam novel pun memang ada kewujudan Reza Rahadian, mungkin sebab tu pengarah ambil Reza berlakon. Tak hairan lah kalau filem Heartbreak Motel tercalon dalam kategori Best Costume, Best Makeup and Hairstyling di Piala Citra. 


Walaupun filem Heartbreak Motel menggunakan genre drama dan diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama hasil nukilan Ika Natassa (2022) namun tak ada dialog yang berpuitis untuk menyokong elemen drama mahupun melankolik yang dirasai oleh Ava. Sayanglah sebab novel ada banyak quote menarik yang boleh dijadikan dialog perbualan antara tiga watak utama tentang kehidupan atau cinta. 


Pace penceritaan juga bergerak perlahan sedangkan banyak plot boleh dikembangkan tentang hubungan Ava dan Reza. Childhood trauma juga tidak dikupas banyak untuk kita kenal lebih dekat dengan watak Ava sebab tu I cakap filem ni lebih kepada pengalaman bukannya cerita. Chemistry Laura dengan Reza terlihat cantik onscreen berbanding Laura dengan Chicco. 

Filem Heartbreak Motel tak mempunyai konflik yang mendalam pun sebab watak Ava tak perlu untuk jatuh cinta dengan Reza atau Raga untuk capai kebahagiaan. Watak Ava patutnya jumpa psikiatri untuk rawat dulu childhood trauma dia sebelum mulakan hubungan dengan orang lain. Rasa tak puas dengan ending filem Heartbreak Motel sebab tak offer solution pada watak Ava sedangkan dia ada support system yang kuat macam watak Lara (Sheila Dara Aisha) dan Raga. 


p/s: Motel dekat Indonesia adalah hotel di Malaysia ke? I got confused sebab Maya kata dia bekerja di motel kecil tapi fasiliti macam hotel 5 star. Ballroom pun besar kemain. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10

Movie Review | Sleep Call (2023)

Monday, 9 December 2024


Pengarah: Fajar Nugros
Penulis Skrip: Fajar Nugros, Husein M. Atmodjo 
Pelakon: Laura Basuki, Juan Bio One, Bront Palarae
Syarikat Produksi: IDN Pictures
Pengedar: IDN Pictures, Amazon Prime Videos
Genre: Psikologi / Thriller
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 7 September 2023 
Trailer:


Dina (Laura Basuki) bekerja di sebuah syarikat pinjaman wang. Cita-cita dia adalah untuk menjadi seorang pramugari tapi kerana kesihatan ibunya, dia terpaksa bekerja sebagai pemiutang. Asalnya Dina adalah peminjam tapi kerana tidak dapat jelaskan hutang setelah diberi time extension, Tommy (Bront Palarae) buat keputusan untuk ambil dia bekerja. 

Helah Tommy adalah untuk jadikan Dina sebagai perempuan simpanan selain dapat mengawal wanita tersebut di pejabat. Bayu (Kristo Immanuel) juga simpan keinginan yang sama, ingin meniduri Dina tapi sering saja ditolak semua permintaannya. 


Dina berkawan rapat dengan Bella (Della Dartyan) di syarikat tersebut lalu Bella mencadangkan supaya Dina menggunakan aplikasi Jodohku untuk mencari teman baru. Tak diceritakan kenapa Dina lari tinggalkan Tommy dan bagaimana dia memilih Rama (Juan Bio One) sebagai teman untuk sleep call setiap malam. 

‘Jakarta ini kota yang menakutkan. Ada banyak manusia di sini. Sibuk, sampai lupa mengenal satu sama lain. Waktu kita habis, untuk kerja lalu istirahat. Di sini kita punya lebih waktu. Lupakan masa lalu, pikirin banyak hal. Dan setelah telat, pikirin kamu.’ - Rama


Keadaan mental Laura semakin tegang selepas Iwan bunuh diri gara-gara tidak dapat membayar hutang setelah didesak oleh Dina. 

Sebelum ni pernah nampak ramai yang puji lakonan Laura dalam filem Sleep Call tapi tak sangka ada Bront Palarae berlakon sebagai bos yang curang. Walaupun pelakon sampingan tapi screentime Bront not bad lah juga. Lakonan dia pun menyerlah dalam ruang yang terhad, mungkin juga sebab dia handsome dan macho sebagai Tommy. Chemistry dengan Laura pun berapi tapi tak banyak pun moment diorang. 


Kenapa penulis tak cerita macam mana Dina dan Tommy putus tapi bagi ruang kepada watak Bayu yang selalu memaksa Dina. Of course, watak Bayu dan Tommy tak ada bezanya tapi lagi bagus kalau tak wujudkan love angle antara Bayu dan Dina kalau personaliti dan karakter tu sama. Cukup ada Tommy, Rama dan Bella dalam hidup Dina supaya kejutan di hujung cerita lagi kuat impaknya. 

Aktiviti sleep call untuk pasangan bercinta jadi fokus utama dalam naskhah psikologi thriller arahan dan penulisan Fajar Nugros. Di awal filem pun pengarah dah paparkan bagaimana Dina dan Rama luangkan masa berbual sepanjang malam sampai tertidur. Itupun kalau mereka pilih untuk tidur, kalau tak mereka akan berbual sampai ke pagi. Benda ni memang biasa untuk yang bercinta tapi yang tak biasa bila Dina benarkan Rama tahu semua aktiviti dia. 


Kalau dulu on call maksudnya dengar audio semata tapi sekarang boleh video call, boleh tengok aktiviti pasangan masing-masing. Sama macam Dina yang video call dengan Rama sampai ke kamar mandi. Disebabkan sunyi sejak Bella sibuk dengan kehidupan bekeluarga dan patah hati dengan Tommy, buatkan Dina mencari Rama setiap malam. 

Pengarah paparkan macam mana Dina berhalusinasi luangkan masa dengan Rama sedangkan dia cuma berbual di alam maya. Masa pengarah wujudkan plot twist bagitahu yang Dina cuma bayangkan Rama ada dengan dia tu tak terkejut sangat pun sebab zaman sekarang semua orang pun delulu. Benda biasa dalam kpop fandom, makan pun bawa photocard konon tengah makan dengan idol. Jalan-jalan bawa photocard atau keychain idol. Delulu is the solulu! 


Naskhah Sleep Call ni mungkin dianggap bosan dan cringe untuk manusia single sebab sepanjang masa Dina berharap pada Rama untuk temankan dia. Hanya orang yang delulu sahaja yang faham perasaan Dina lepas penat dengan takdir dan ujian hidup. Sinematografi dari Wendy Aga perjelaskan lagi perasaan dan emosi Dina. I suka babak Dina cakap tapi kepada Bayu kemudian beralih ke babak Tommy dan Dina dalam pejabat. Perbezaan visual yang ketara antara dunia realiti yang menyesakkan, kelam dan sunyi berbanding dunia delusi Dina dan Rama yang indah dan tenang. 


Filem Sleep Call ada momen psikologinya tersendiri, rasa penat, sedih, sunyi, trauma dan amarah sepanjang 100 minit. Dark jokes yang dimasukkan padu macam babak karyawan celebrate Dina sebagai Employee of the Month tapi dapat berita Iwan meninggal bunuh diri. Sayangnya, ada kelompongan dalam penulisan yang perlu dikembangkan dengan baik. Tak faham kenapa Dina hukum Rama walhal sakit hati dengan Tommy. Apapun Sleep Call ada tarikan yang tersendiri sebagai naskhah psikologi yang bagus dari industri Indonesia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Movie Review | Fly Me to the Moon (2024)

Sunday, 8 December 2024


Director: Greg Berlanti
Writer: Rose Gilroy, Keenan Flynn, Bill Kirstein
Cast: Scarlett Johansson, Channing Tatum, Jim Rash, Anna Garcia, Donald Elise Watkins, Noah Robbins, Colin Woodell, Christian Zuber, Nick Dillenburg, Ray Romano, Woody Harrelson
Production Companies: Apple Original Films, These Pictures
Distributor: Columbia Pictures (through Sony Pictures Releasing), Apple TV
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 132 minutes
Release Dates: 8 July 2024 (AMC Lincoln Square), 12 July 2024 (United States) 
Trailer:


Tahun 2024 meriah dengan genre romantic comedy dari Hollywood dan filem Fly Me to the Moon antara salah satunya. Berlatarkan tahun 1968, Kelly Jones (Scarlett Johansson) adalah advertising executive terbaik di Manhattan dan kerana kemahiran dia, Moe Berkus (Woody Harrelson), seorang pegawai Kerajaan melantik Kelly untuk pulihkan imej NASA setelah tragedi hitam yang menimpa Apollo 1. 

Kelly berpindah ke Cocoa Beach, Florida bersama pembantunya, Ruby (Anna Garcia). Di sana dia berjumpa dengan Cole Davis (Channing Tatum), launcing director untuk Apollo 11. Sejak kehadiran Kelly, mereka berdua selalu bertengkar kerana permintaan dari pihak marketing yang mengganggu urusan kerja pihak saintis seperti Cole. 


Menyampah macam mana pun Kelly terpaksa juga bantu NASA sepertimana yang diminta oleh Moe atau kisah silam dia akan tebongkar, imej dia juga akan rosak. Memandangkan ramai penaja yang mula tarik diri dan orang awam mula hilang keyakinan selepas insiden Apollo 1, Kelly terpaksa bekerja keras dari sebelumnya. 

Filem Fly Me to the Moon arahan Greg Berlanti diinspirasikan dari kisah sebenar tentang bagaimana iklan mainkan peranan dalam memulihkan imej NASA. Watak Cole Davis diinspirasikan dari angkasawan NASA yang pernah berkhidmat sebagai tentera udara ketika Perang Dunia Kedua. Watak Kelly mungkin fiksyen dan penulis guna beberapa fakta dan strategi iklan yang direkodkan dalam novel. 


‘Vietnam. They’re broadcasting straight from the action. And people don’t want to just hear the news anymore. They wanna see it in making.’ - Kelly

Menarik juga lah layan filem santai ni sebab diceritakan dari marketing angle. Walaupun projek Kerajaan tapi anticipation dari penaja dan orang ramai mainkan peranan juga. Dapat dana dari Kerajaan lah lagi banyak mata yang memerhati bila tak boleh pergi jauh kan? Nak pula masa ni Amerika tengah bersaing dengan Rusia, roket siapa yang berjaya sampai ke bulan. Footage Neil Amstrong jejak kaki dekat bulan buat pertama kali pun dipertikai sama ada footage asli ataupun rekaan dari pihak Amerika. Jawapan tu ada dekat hujung filem Fly Me to the Moon dalam Project Artemis. 


Sepatutnya Chris Evan digandingkan bersama Scarlett dalam naskhah ni tapi disebabkan ada penangguhan jadual penggambaran, dia tarik diri kemudian digantikan dengan Channing Tatum. Personally, Channing nampak bulky untuk watak launch director dan NASA tapi disebabkan watak dia bekas tentera, appearance dia boleh diterima lah. Dia macam misfit tapi okay je since chemistry dia dengan Scarlett nampak cantik onscreen. 


Kalau bukan sebab chemistry diorang berdua, mungkin tak berminat untuk romance angle yang penulis masukkan sebab kedua-dua watak berbeza personaliti dan prinsip hidup. A chaotic duo yet romantic and meant to be together. 

Lakonan Scarlett Johanson memukau sebagai Kelly Jones yang licik dan bergeliga. Tengok cara dia putar sampai dia dapat jual produk dekat target customer tu rasa kagum sangat. Kadang tu tak terfikir pun sebab otak I lebih kurang macam watak Cole yang straightforward je. Wardrobe Kelly mainkan peranan sangat dalam kerjaya dia. She looks elegant and presentable. 


Props dan wardrobe team mainkan peranan besar untuk menghidupkan kembali suasana NASA pada tahun 1960-an. Macam mana pemakaian para pekerja di situ baik di lapangan atau di dalam pejabat. Barang yang kesemua watak guna, gaya rambut, even footage yang dimasukkan pun diambil dari footage sebenar sekitar pelancaran Apollo 11. 

Sinematografi Dariusz Wolski menguatkan lagi mood penceritaan dengan masukkan babak beberapa pihak bekerja selain NASA yang ingin melancarkan Apollo 11. Setiap reaksi dari orang awam dan pekerja NASA kuatkan lagi rasa bangga untuk momen bersejarah negara.  


Pace penceritaan Fly Me to the Moon agak perlahan walaupun menggunakan genre romantik komedi, tak patut pengarah bagi ruang yang banyak untuk plot fake landing sebab filem starts slowing down. Lagipun kisah silam Kelly bukan sesuatu yang susah untuk dimaafkan pun. Tapi apapun, I do enjoy layan filem romantik komedi Fly Me to the Moon. No wonder lah rating tinggi dan dicalonkan sebagai Best Romantic Comedy di Golden Trailer Awards. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10