Showing posts with label movie Korea. Show all posts
Showing posts with label movie Korea. Show all posts

Movie Review | Revelations (2025)

Monday, 7 April 2025


Director: Yeon Sang-ho
Writer: Yeon Sang-ho (webcomic), Choi Kyu-Seok (webcomic & screenplay)
Cast: Ryu Jun-yeol, Shin Hyun-been, Shin Min-jae
Production Companies: Wow Point, Esperanto Filmoj
Distributor: Netflix
Genre: Mystery / Thriller
Running Time: 122 minutes
Release Date: 21 March 2025
Trailer:


Revelations yang diadaptasikan dari webcomic dengan judul yang sama karya ilustrasi Yeon Sang-ho dan Choi Gyu-seok mengisahkan tentang penjenayah seksual yang disahkan menghidap sakit mental. Detektif Lee Yeon-hee (Shin Hyun-been) selalu mengekori Kwan Yang-rae (Shin Min-jae) setelah adiknya (Han Ji-hyun) diculik beberapa tahun lepas lalu bunuh diri setelah penjenayah tersebut dibebaskan dan mendapat simpati dari orang ramai. 

Kwan Yang-rae memulakan kehidupan baru di bandar Musan dan bekerja sebagai buruh pembinaan. Ketika dia mengekori Shin A-young (Kim Bo-min), remaja perempuan di kawasan kejiranan tersebut, dia didampingi oleh Pastor Sung Min-chan (Ryu Jun-yeol) yang mengajaknya menjadi ahli baru di gereja. 


Walaupun Pastor Sung percaya semua orang layak mendapat ihsan Tuhan, dia mula gelisah bila dapat tahu anaknya hilang. Pastor Sung mengekori Yang-rae hingga ke lereng gunung dan confront tentang kehilangan anaknya. Mereka bergelut lalu Yang-rae tergelincir dan cedera selepas terhentak kepala pada batu besar. Pastor Sung seret Yang-rae dan campak ke dalam gaung kemudian tinggalkan tempat kejadian. Dia percaya imej yang dia lihat di hutan adalah Tuhan dan semua yang terjadi adalah kehendak-NYA.

Detektif Lee yang berpindah ke Musan digesa untuk menyiasat kehilangan Shin A-young yang hilang selepas pergi ke pusat karaoke bersama rakan-rakannya. Pihak polis mulakan siasatan dengan Pastor Sung kerana panggilan yang dibuat pada malam kehilangan Shin A-yeong. Detektif Lee mula mengesyaki Pastor Sung dan dalam masa yang sama bergelut dengan halusinasi yang dialami setelah adiknya meninggal. 


Naskah Revelations menggunakan genre misteri thriller sebagai genre utama namun misteri yang disimpan hanya pada penculikan Shin A-yeong sementara penulis lebih fokus kepada masalah kesihatan mental tiga watak utama – Pastor Sung, Detektif Lee dan Kwan Yang-rae. Ada masanya halusinasi Detektif Lee ubah genre Revelations kepada filem seram sebab kemunculan adik dia mengerikan. 

Pengarah Revelations, Yeon Sang-ho adalah pengarah yang sama untuk drama Hellbound (2021) dengan mengetengahkan tema yang sama – obsesi kepada kepercayaan dan agama. Sama macam watak Jeong Jin-soo yang memanipulasi penganutnya supaya nampak beriman dan patuh pada ajaran Tuhan. 
Sutradara Yeon Sang-ho buatkan beberapa babak nampak intense macam babak Pastor Sung minta isterinya, Lee Si-yeong (Moon Ju-yeon) untuk buat pengakuan atas dosa-dosanya. Masa tengok tu dah imagine worst case scenario sebab keadaan watak Pastor Sung yang tak berapa stabil lepas insiden di gunung. 


Kemunculan watak Kwon Yang-rae menambahkan lagi ketegangan untuk watak Pastor Sung dan Detektif Lee sampaikan kita jadi sakit hati setiap kali dia muncul dekat skrin. Walaupun naskhah Revelations bersifat straightforward dengan perjalanan yang mudah difahami tapi ada kejutan dan plot twist yang dimasukkan buatkan filem terlihat menarik. 

Watak Doktor Lee (Kim Do-young) antara watak yang tenang dan menjadi key role untuk Shin A-yeong dan misteri tentang kehilangan dia. Masa tengok dari perspektif Detektif Lee macam geram juga lah bila dia buat statement di mahkamah tentang tahap psikologi Kwan. Bila masuk second half dah boleh nampak dia cuma jalankan tugas sebagai doktor tanpa keuntungan atau pandangan bias pun. Sebab dah dihurung dengan emosi, kita nampak dia pun sama naik je dengan penjenayah. 


Pace penceritaan Revelations agak perlahan tapi sebab tayang dekat Netflix, boleh lah ubah speed paling laju. Itupun perlahan juga dan banyak buang masa pada babak melodrama. Bila ketiga-tiga watak berjumpa makin banyak menyembang dari elemen thriller. Dekat second half mudah sangat rasa bosan walaupun lakonan Ryu Jun-yeol dan Shin Hyun-bin cemerlang kerana terperangkap dalam visi pengarah yang cenderung ke arah psikologi. 

Tapi tak faham kenapa mahkamah benarkan Kwan Yang-rae on parol sedangkan dia ada masalah psikologi yang membahayakan orang sekitar. Kenapa tak masuk hospital sakit jiwa?


Filem Revelations ni ada keunikan tersendiri tapi untuk orang macam I yang tak berapa berkenan sangat dengan dark tone dan visi Yeon Sang-ho, mengah juga lah nak habiskan. One-time-watch material. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

Movie Review | Pilot (2024)

Saturday, 22 March 2025


Director: Kim Han-gyul
Writer: Jo Yoo-jin
Cast: Jo Jung-suk, Lee Ju-myoung, Han Sun-hwa, Shin Seung-ho
Production Companies: Shotcake, Movie Rock
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Comedy 
Running Time: 111 minutes
Release Date: 31 July 2024 
Trailer:


Filem Pilot mengisahkan tentang Han Jung-woo (Cho Jung-seok) merupakan seorang pilot selebriti namun kehilangan kerja gara-gara sexist remarks dalam sebuah dinner party. Dia dibuang kerja serta-merta dan hilang banyak endorsement deals sekaligus menjadikan hutangnya menimbun. Mencari kerja baru juga ternyata susah setelah nama dan imej dia jadi buruk kerana insiden tersebut. Isterinya minta cerai dan hak penjagaan anak juga hilang. Pendek kata, Jung-woo hilang semua yang dia ada. 

Murung dengan nasib hidup dia, Jung-woo mohon kerja sebagai juruterbang wanita dan minta bantuan adiknya, Han Jung-mi (Han Sun-hwa) untuk ubah penampilannya menjadi seorang wanita. 


‘Wow. Your face is rejecting the makeup. How about plastic surgery? Why didn’t you secretly stash some money for a rainy day?’ – Han Jung-mi

Setelah diterima bekerja di Hankuk Air, Jung-woo semakin rapat dengan juruterbang wanita bernama Seul-ki (Lee Joo-myoung). Junior dia, Seo Hyun-seok (Shin Seung-ho) tertarik dengan personaliti ‘Jung-mi’ yang kelakar sementara Jung-woo mula rapat dan tertarik dengan Seul-ki sehingga lah dia dapat tahu identiti staff Hankuk Air yang dedahkan insiden yang menyebabkan dia kehilangan kerja. 


Naskhah Pilot arahan Kim Han-gyul merupakan remake kepada filem Sweeden berjudul Cockpit (2012) dengan jalan cerita yang seakan sama. Pilot mengetengahkan isu diskriminasi wanita yang berlaku dalam industri penerbangan bila insiden Jung-woo merendahkan kebolehan wanita walaupun memuji mereka cantik dan lebih cantik berbanding staff syarikat lain. 

Watak Jung-woo represents audience atau orang awam yang clueless dengan insiden tersebut kemudiannya dijelaskan oleh watak Seul-ki di mana wanita juga layak diberi pengiktirafan untuk usaha, kerja keras dan kemahiran mereka dan bukan semata pada paras rupa dan fizikal sahaja. 


Dalam babak di kokpit pesawat ada perbualan Hyun-seok yang sering mengganggu Jung-mi sampai dia tak selesa bekerja dengan lelaki tersebut. Masalah biasa yang dihadapi wanita di tempat kerja. Bila stress, mula lah kena label tak professional dan tak pandai menguruskan emosi. 

Filem Pilot mempunyai banyak babak-babak kelakar dengan lakonan yang cemerlang dari Cho Jung-seok dan gandingan bersama pelakon sampingan yang lain. Masa layan filem Pilot ni tak sangka ada Shin Seung-ho sekali, makin bertambah seronok lah tengok sebab dia antara my favourite Korean actor walaupun watak dia dalam filem ni mengundang.  


Jalan cerita Pilot menggunakan pace yang laju dan mudah difahami kerana bersifat straightforward di samping dialog yang kelakar dari beberapa watak utama kemudian memberi solusi yang jujur dan selayaknya kepada watak-watak yang terkesan dengan perbuatan Jung-woo. 

First half menjanjikan komedi yang berterusan tapi bila ke seond half, dah boleh agak macam mana perjalanannya. Tambah pula bila Seul-ki menjadi tetamu jemputan di majlis hari jadi Han Shi-Hoo (Park Da-on). Patutnya penulis keluar dari babak tipikal tersebut atau biarkan Jung-woo confess sendiri supaya sisi jujur dia lebih memberikan impak pada babak klimaks. 


Sinematografi dari Kim Sung-an menggunakan kelebihan visual untuk serlahkan reaksi dan mimik muka yang kelakar. Cantik sangat masa Cho Jung-seok keluar sebagai perempuan buat pertama kali dalam landskap yang cerah dan dreamy. Kelakar masa Jung-mi menangis lepas dapat tahu Jung-woo terlibat dalam insiden kapal terbang hampir terhempas. Sensor lampu mainkan peranan penting untuk babak tu. 

Ada few scenes macam tak logik dalam filem Pilot tapi sebab genre utama adalah komedi jadi tak lah hairan sangat kalau watak-watak sekitar Han Jung-woo buat tak nampak dengan kelakuan dia. Even the fact dia tak boleh dapat kerja lepas insiden tu pun macam over stretch lah sebab dia lelaki so kalau pergi ke bidang lain untuk berehat sementara dari kecaman netizen, tak lah menjadi masalah besar pun. 


Pilot is a good one time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

Movie Review | Shark: The Beginning (2021)

Tuesday, 18 March 2025


Director: Chae Yeo-Jun
Writers: Woon (webcomic), Kim Woo-Seob (webcomic)
Cast: Wi Ha-joon, Kim Min-suk, Kim Ji-min, Won-Chang Jung
Production Companies: Studio Lululala, Toyou's Dream
Distributor: TVING
Genre: Action / Drama
Running Time: 108 minutes
Release Date: 17 June 2021 
Trailer:


Naskhah Shark: The Beginning bermula dengan babak Cha Woosol (Kim Min-suk) dibuli oleh Bae Seokchan (Jung Wonchang) yang baru berpindah ke sekolah tersebut. Woosol pernah dibuli teruk oleh pelajar tersebut dan sekali lagi menjadi target apabila pembulinya berpindah masuk. Tertekan dengan situasi tersebut, Woosol tikam mata Seokchan lalu didakwa bersalah kemudiannya dihantar ke penjara juvana. 

Di sana Woosol berjumpa dengan Jung Dohyun (Wi Hajoon), bekas atlet MMA yang dipenjarakan kerana membunuh pembunuh keluarganya. Jung dohyun tidak diganggu oleh sesiapapun di penjara tersebut kerana mempunyai kemahiran berlawan yang bagus memandangkan dia beberapa kali menjadi juara dalam pertandingan MMA. 


Tak ada bezanya berada di luar atau di dalam penjara kerana Woosol juga dibuli oleh banduan yang lain. Seokchan pula menambah tekanan tersebut dengan mengugut akan membalas dendam terhadap perbuatan Woosol sebaik saja dia keluar dari penjara nanti. Woosol merayu kepada Jung Dohyun supaya melatih dia sehingga jadi kuat dan tegap sama seperti Dohyun. 

‘Sharks…. they don’t have swim bladders, if they stop swimming, they will die. That’s why they keep moving. You are the same with sharks.’ – Jung Dohyun


Filem yang mendapat tayangan perdana di Filem Festival Florence Korea arahan Chae Yeo-Jun merupakan adaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama, karya ilustrasi Woon dan Kim Woo-Seob. Filem aksi drama Shark menggunakan ancaman dari pihak lawan sebagai permulaan plot utama lalu membawa dua watak utama berjumpa. Walaupun Wi Ha-joon bertindak sebagai watak kedua yang mendukung perkembangan Kim Min-suk tapi lakonan dia memberi impak dan mencuri perhatian sejak muncul di awal erita sehingga ke pertengahan. 

Tak faham kenapa watak Jung Do-hyun dan Woo-sol didakwa sebagai bersalah sedangkan kedua-duanya self defense. Watak Do-hyun lah paling kesian sebab buat rayuan pun kalah kemudian sambung ke penjara dewasa. Mungkin akan diceritakan dalam sekuel nanti atau mungkin pengarah drop hints untuk paparkan kejahatan pihak lawan Do-hyun. Korea Selatan kan terkenal dengan rasuah jadi tak hairan lah kalau ada unsur itu dalam filem Shark: The Beginning. 


Walaupun alur cerita Shark: The Beginning tak jauh beza dengan naskhah lain tapi kekuatan lakonan dan dinamik Wi Hajoon dengan Kim Min-sol yang layak diberi perhatian. Dari awal lagi dah kasihan dengan nasib hidup kedua-dua watak sebab bernasib malang jadi senang sangat nak connect bila Woosol pergi ke padang untuk minta bantuan Do-hyun. Walaupun dia kena buli dengan D-hyun tapi semua babak tu nampak comel sebab bonding dua watak ni macam adik dan abang. Bila Woosol kena belasah dengan geng lain, kita yang berdoa Do-hyun datang selamatkan dia. I mean its cliché yet enjoyable to watch. 

Character development Woosol nampak ketara bila dekat awal filem dia sebolehnya menghindarkan diri dari geng pembuli di sekolah sebab tak nak jadi target. Masuk penjara pun kebanyakan masanya dia resah dan gelisah sampai badan dia shaking. Masuk second half, dah nampak Woosol yang baru, jalan pun lebih yakin dan berani. 


Action stunt yang dimasukkan dalam Shark: The Beginnning semestinya mendukung genre utama filem dengan babak-babak pergaduhan sesama geng dalam penjara, babak-babak buli yang ditonjolkan di sekolah dipaparkan dengan ganas dan brutal. Penggunaan cahaya dan teknik sinematografi yang cemerlang berjaya menyuntik dan mengukuhkan lagi emosi yang diperlukan. Semua fighting scenes yang dimasukkan pun menghiburkan dan penting untuk perkembangan Woosol sebab dia akan belajar sesuatu dari lawan dia.

Pengarah tak bagi banyak ruang kepada watak Seokchan tapi ugutan yang dia buat lepas keluar hospital masih terngiang sampai ke penghujung cerita. Impak dari babak tu buatkan babak klimaks jadi menarik dan mendebarkan bila Seokchan berlatih dengan mafia ganas di Seoul. Tak boleh nak agak siapa yang akan menang sebab masing-masing sama kuat. 


Nak tahu siapa yang menang kena tengok sendiri lah sebab protagonis menang ataupun tak tetap ada sekuel yang pertemukan dia dengan musuh baru dan lama. Vibe filem Shark: The Beginning ni sama dengan drama Bloodhounds (2023), so kalau suka dengan naskhah tu tak mustahil akan seronok juga layan filem ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Movie Review | Miss Fortune (2023)

Sunday, 9 March 2025


Director: Lee Seung-joon
Writer: Kim Woo-hyeon
Cast: Uhm Jung-Hwa, Bang Min-ah, Park Ho-san, Son Byung-ho, Jung Young-joo, Kim Jae-hwa
Production Company: N/A
Distributor: JNC Media Group
Genre: Action / Thriller
Running Time: 121 minutes
Release Date: 11 October 2023
Trailer:


Dalam sebuah operasi mencuri intan permata yang bakal dilelong, Ji-Hye (Uhm Jung-Hwa) berjaya mendapatkan apa yang diidamkan. Malangnya setelah dinilai oleh Georges (Park Ho-san), intan permata tersebut sebenarnya palsu. 

Ji-hye cuba pujuk Georges untuk beri satu operasi mega buatnya supaya dia boleh bersara dan tunaikan cita-cita anak perempuan tunggalnya, Lee Joo-young (Bang Min-ah). Dia mahu hantar anaknya ke Amerika Syarikat untuk menjadi professional climber di sana. Georges maklumkan Mi-ja (Jung Young-joo) pernah tertangkap ketika ingin mencari emas di sebuah rumah jutawan terkenal. 


Jutawan bernama Park Ki-hyeong (Son Byung-ho) mempunyai koleksi barangan antik dan artifak bersejarah Korea dan Jepun. Kesemua barangan bernilai tersebut dibeli dengan harga yang lumayan tapi bukan itu sasaran yang Georges maksudkan. Selain barangan bersejarah tersebut, Park Ki-hyeong menyimpan jongkong emas bernilai 600 billion di bilik bawah tanah. 

Park Ki-hyeong mempunyai waris lelaki tunggal bernama Park Wan-kyu (Song Sae-byeok) dan pembantu peribadi, Kumiko (Kim Jae-hwa). Sementara Ji-hye sibuk dengan strategi untuk mencari emas 600 billion di rumah Park Ki-hyeong, Mi-ja pula disoal siasat oleh Detektif Kim Hyeon-woo (Kim Sung-sik) di balai polis. 


Ji-hye merayu supaya Mi-ja tak dedahkan nama dia sebagai rakan subahat dalam sebuah operasi lama. Dia tawarkan juga sejumlah emas sebagai ganti maklumat tentang keluarga tersebut dan juga menjada identitinya. Tanpa disangka, Detektif Kim jatuh hati dengan Joo-young jadi anaknya membantu dengan mengganggu fokus Detektif Kim supaya plan Ji-hye berjalan dengan lancar. 

Filem Miss Fortune arahan Lee Seung-joon yang bertemakan rompakan licik dari organisasi rahsia mempunyai jalan cerita yang agak lemah untuk naskhah berdurasi 121 minit. Layan filem ni pun sebab ada Uhm Jung-Hwa yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Dr. Cha (2023). Sebelum ni Uhm Jung-hwa pernah juga berlakon dalam genre action dalam filem Okay! Madam (2020) tapi yang tu lagi seronok sebab komedi dia menjadi juga lah nak dibandingkan dengan Miss Fortune. 


Mungkin juga sebab barisan pelakon untuk watak-watak sampingan kurang menyengat. Baik lakonan mahupun visual purpose, so dia rasa flat dan bosan. Sepenuhnya bergantung pada pelakon utama untuk wujudkan babak komedi. Action stunt pun tak lah menarik untuk ditonton sebab pengarah beratkan ke arah komedi. 

Patutnya tambah lagi babak Joo-young ganggu Detektif Kim bukannya beria dalam satu babak sedangkan plan Ji-hye bergerak dalam tempoh masa yang lama dan perkenalan mereka berdua juga pada tempoh awal. Watak Detektif Kim pun muncul bila penulis perlukan dia untuk bantu watak utama padahal dia boleh jadi lawan yang kuat juga untuk Ji-hye selain Kumiko. 


I had expectation bila organisasi rahsia tu diuruskan oleh Georges rupanya tekaan I salah sebab lemah betul team diorang ni. Senang sangat kantoi dan tak ada backup plan pun bila identiti terbongkar, kebanyakan masanya bergantung pada tuah je. 

Memandangkan Miss Fortune lebih terarah pada genre komedi jadi tak lah menarik sangat sinematografi atau audio yang dimasukkan. Boleh kata filem Miss Fortune mempunyai kekangan bajet pun ye juga sebab ala kadar saja device yang Ji-hye atau Jong-yoo guna setiap kali ada misi rompakan, tak kira lah yang bilis atau mega. 


No wonder lah filem Miss Fortune tayangan JNC Media Group tak generate hype walaupun mempunyai Uhm Jung-Hwa sebagai pelakon utama. Kalau minat dengan lakonan dia, boleh lah layan Miss Fortune secara santai, kalau tak, boleh je skip filem ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.3/10

Movie Review | Mission: Possible (2021)

Saturday, 22 February 2025


Director: Kim Hyung-joo
Writer: Kim Hyung-joo
Cast: Lee Sun-bin, Kim Young-kwang, Oh Dae-hwan, Kim Tae-hoon, Seo Hyun-chul, Choi Byung-mo
Production Company: Gnosis Company
Distributor: Merry Christmas Co. Ltd.
Genre: Action / Comedy
Running Time: minutes
Release Date: 17 February 2021
Trailer:


Selalunya kita tengok filem ejen perisik dengan misi-misi yang mustahil tapi dalam filem arahan Kim Hyung-joo terbitan Gnosis Company memaparkan kisah ejen perisik bernama Yoo Da-hee (Lee Sun-Bin) dihantar ke Korea Selatan untuk mati. Sebab tu tajuk dia Mission: Possible. 

Arahan ketua dia tak lah direct macam tu tapi tak ada pun yang peduli kalau misi perisikan dia gagal sebab memang dia jadi kambing hitam tanpa dia sedar. Di sana, Da-hee perlu bertemu dengan ejen perisik Korea dan Woo Soo-han (Kim Young-kwang) tanpa sengaja mengisi posisi tersebut. Soo-han mempunyai agensi perisikan sendiri yang sepatutnya memburu kes tapi sebaliknya dia diburu landlord gara-gara sewa tertunggak lama. 


Dengan mudah dia membantu Da-Hee kerana dia mempunyai kenalan yang boleh membantu dalam misi menghalang penjualan SI Chem, hasil bumi yang jarang dijumpai dan berbahaya yang diimport dari China. Tambahan pula, Soo-han terdesak memerlukan duit untuk membayar semua hutangnya. Mereka berdua pergi ke kelas tarian salsa untuk duplicate phone kepunyaan Park Du-sik, importer SI Chem ke Korea. 

Misi mereka gagal dan sebaik sahaja Du-sik mendapat panggilan, dia dibunuh. Soo-han cadangkan supaya berjumpa dengan rakannya yang bekerja sebagai bomoh untuk menjejak organisasi lain yang terlibat dengan SI Chem. Dari satu nama ke satu nama yang lainnya lalu membawa kepada organisasi besar yang agak mustahil untuk mereka berdua atasi.


Naskhah aksi komedi Mission: Possible diadaptasikan dari siri popular Mission: Impossible arahan Bruce Geller di US. Siri tu ada 7 season jadi tak pasti lah kalau Mission: Possible ni akan ada sekuel atau prekuel lepas pengarah dedahkan identiti sebenar watak utama. 

Kekuatan Mission: Possible terletak pada kekuatan lakonan Lee Sun-bin dan Kim Young-kwang sebagai ejen perisik baru dan juga penyiasat peribadi yang ditugaskan untuk kes-kes kecil seperti anjing hilang. Chemistry Sun-bin dan Young-kwang buatkan perbualan atau pergaduhan biasa terlihat kelakar walaupun ada beberapa babak yang cliché untuk filem komedi. 


Dulu pernah tengok lakonan Kim Young-kwang dalam filem On Your Wedding Day (2018) tapi dah lama sangat sampai terlupa kewujudan dia. Kadang-kadang male lead nampak macam Kwangsoo, kadang macam Jae-rim. 

Komedi yang dimasukkan menghiburkan dari awal filem hingga ke hujung sampai sakit perut tengok gelagat dua perisik berbeza negara ni. Ada lawak yang unexpected so it kinda caught you off guard ditambah dengan ekspresi muka masing-masing. Macam babak Da-hee terminum jus botol yang dah expired, reaction Soo-han lawak sebab dia macam pernah experience benda yang sama sebelum ni. Ada juga reference Red Velvet dalam filem Mission: Possible so untuk non-fans I memang tak faham apa simbolik atau impak kepada jalan cerita tapi tak lah banyak sangat sampai menganggu momentum tu. 


Stunt yang dimasukkan pun seronok untuk dilayan dari fighting wrecklessly dekat dapur hotel, close combat ataupun menggunakan senjata. Bila tahu siapa sebenarnya Soo-han, makin seronok tengok babak klimaks sebab watak dia memang pakar dengan close combats. Masa knife fighting tu mantap lah camera works dari Nam Hyeon-u sebab paparkan babak tu dengan cemerlang dan guna skills yang boleh enhance visuals supaya kita hook dengan babak pertarungan tersebut. 

Kim Young-kwang pula sesuai dengan karakter Soo-han sebab fizikal badan dia yang tegap dan sasa jadi nampak meyakinkan lah bila dia cuba ugut polis untuk lari keluar dari balai. Walaupun dekat first half dia cuba untuk berlakon pathetic tapi dah boleh agak ada backstory untuk watak utama. Sebab tu lah juga jalan cerita filem ni masuk dalam kategori cliché.  


Kalau belum layan filem Mission: Possible, boleh masuk dalam list sebab filem ni menghiburkan untuk tontonan santai di hari minggu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | Hijack 1971 (2024)

Wednesday, 25 December 2024


Director: Kim Seong-han
Writer: Kim Kyung-chan
Cast: Ha Jung-woo, Yeo Jin-goo, Sung Dong-il, Chae Soo-bin
Production Companies: Perfect Storm Film, Channel Plus
Distributors: Sony Pictures Entertainment Korea, Kidari Studio
Genre: Thriller / Drama
Running Time: 100 minutes
Release Date: 21 June 2024
Trailer:


Diadaptasikan dari kisah benar, pada tahun 1971, sebuah kapal terbang komersial Korea Selatan mandapat ancaman pengganas Yong-dae (Yeo Jin-goo) yang memberontak ingin berpindah ke Korea Utara. Yong-dae dibuli oleh penduduk kampung yang menganggapnya sebagai komunis lalu mempunyai tanggapan bahawa kehidupan di Korea Utara lebih bagus dari negara sendiri. 

Dia membawa masuk dua unit bom tangan ke dalam kapal terbang dan meletupkan bom pertama di ruang laluan tengah kapal terbang. Pramugari Ok-soon (Chae Soo-bin) memaklumkan letupan tersebut kepada pilot Kyu-sik (Sung Dong-il) dan Kapten Tae-in (Ha Jung-woo) di kokpit sementara pramugara Chang-bae (Moon Yoo-kang) diikat di bahagian belakang pesawat. 


Kapal terbang yang berlepas dari Sokcho Airport menuju ke Gimpo International Airport membawa 55 orang penumpang. Kes yang sama juga pernah terjadi pada tahun 1969 di mana senior Kapten Tae-in menceroboh masuk ke sepadan Korea Utara atas desakan pengganas. Walaupun kesemua penumpang terselamat namun 11 orang krew kabin tidak dihantar pulang oleh Kerajaan Korea Utara kerana kemahiran mereka diperlukan di sana. 

Bukan sesuatu yang bagus apabila rakyat Korea Selatan ditangkap ke negara seberang kerana mereka akan dilayan dengan teruk dan diseksa. Kapten Tae-in sebolehnya mengelak untuk masuk ke sempadan Korea Utara kerana minyak pesawat juga terhad, hanya mencukupi ke Gimpo. 


Naskhah Hijack 1971 merupakan filem debut untuk pengarah Kim Seong-han yang sebelum ini pernah menjadi Assistant Director untuk filem Ashfall (2019). Mungkin sebab pengalaman bekerja dengan Ha Jung-woo dalam filem Ashfall juga antara sebab kenapa dia pilih pelakon tersebut untuk watak utama. 


Disebabkan diangkat dari kisah benar, high chance dah ramai dah pun yang tahu apa ending filem ni jadi olahan pengarah lebih fokus pada ketegangan dalam detik cemas dan emosi dari semua watak yang terlibat dalam kapal terbang tersebut. Di awal filem Hijack 1971 juga diceritakan tentang hijack yang berlaku pada tahun 1969 supaya emosi pada babak tu akan berlanjutan kepada konflik utama dan menjadi justifikasi kepada tindakan Kapten Tae-in selepas diserang oleh pengganas. 


Tak senang duduk masa layan Hijack 1971 ni sebab dekat dalam kena serang dengan pengganas, di luar kapal terbang ada dua unit jet Tentera Udara Korea bersedia untuk tembak enjin kapal supaya tidak menceroboh sempadan Korea Utara. Sama juga dengan pihak Korea Utara yang bersedia untuk serang kapal terbang tersebut sebaik saja masuk ke sempadan negara. 

Penulis Kim Kyung-chan masukkan backstory untuk watak antagonis bukan untuk rasa kasihan pada Yong-dae tapi sebagai pengajaran dan mesej sosial kepada masyarakat. Memang kejam orang kampung yang buli dia tapi kalau dia balas balik kepada orang kampung then it is justifiable lah tapi bila dia serang penumpang dalam kapal terbang tu, dia memang layak dihukum. Sedih tengok babak penumpang berserah terpaksa koyak ID masing-masing sebelum masuk ke sempadan Korea Utara. 


Sinematografi dari Lee Hyung-deok menguatkan penceritaan dengan beberapa camera shot yang sesuai untuk menguatkan lagi elemen thriller dan drama dalam naskhah Hijack 1971. Reaksi beberapa watak diperjelaskan lagi melalui close-up shot. Tak banyak props yang digunakan untuk tahun 70-an tapi boleh lah tengok situasi di kapal terbang pada era tersebut. Masa ni tak ada seating number jadi kebanyakan penumpang kena lari untuk berebut tempat. Zaman sekarang berebut nak duduk dekat window seat. 


Kudos to Kim Seong-han dan team Hijack 1971 sebab berjaya paparkan kisah benar yang berlaku dalam Sejarah penerbangan Korea Selatan dengan cemerlang. Dekat hujung filem ada beberapa gambar sebenar dari insiden hitam ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | My Name Is Loh Kiwan (2024)

Saturday, 10 August 2024


Director: Kim Hee-jin
Writer: Kim Hee-jin
Cast: Song Joong-ki, Choi Sung-eun
Production Companies: Yong Film, HighZium Studio
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 133 minutes
Release Date: 1 March 2024
Trailer:


Berlatarkan kehidupan pelarian Korea Utara yang hidup merempat di China, Loh Ki-wan (Song Joong-ki) kehilangan ibunya, Ok-hee (Kim Sung-ryung) ketika melarikan diri dari pihak polis. Duit hasil dari menjual mayat ibunya digunakan untuk hidup di negara Belgium. Setibanya di sana, Loh Ki-wan cuba untuk mendapatkan refugee card dengan bantuan dari penterjemah Korea bernama Kim Gyeong-sil (Lee Mi-sun). 

Proses tersebut memakan masa selama setahun di mana Loh Ki-wan perlu menghadiri sesi temuduga dan juga perbicaraan di Mahkamah Tribunal. Sepanjang berada di Belgium sementara menunggu perbicaraan selama setahun, banyak dugaan yang dialami sebagai pendatang dan juga pelarian. Dia cuba untuk berjimat kerana sukar untuk mendapat kerja di situ. 


Satu hari duitnya dicuri oleh Marie Lee (Choi Sung-eun) yang telah beberapa kali mempunyai rekod buruk dengan pihak polis. Anehnya selepas kejadian tersebut mereka mula berkawan lalu jatuh cinta. Hubungan mereka dihalang oleh Lee Youn-sung (Jo Han-chul), bapa Marie. 

Loh Ki-wan mendapat kerja di kilang daging dan tinggal di asrama pekerja kemudian berkenalan dengan Kim Seon-ju (Lee Sang-hee) yang juga merupakan orang Korea. Awalnya Seon-ju sudi membantu Loh Ki-wan tapi berpaling tadah ketika muncul sebagai saksi dalam perbicaraan pertama. 


Naskhah My Name is Loh Ki-wan arahan Kim Hee-jin merupakan adaptasi dari novel fiksyen berjudul I Met Loh Ki-wan karya nukilan Cho Hae-jin yang diterbitkan pada tahun 2019. Filem ni menjadi bualan kerana lakonan cemerlang dari Song Joong-ki dan juga penampilan yang jauh berbeza dari mana-mana watak yang dia pernah lakonkan. 

Pace penceritaan My Name is Loh Ki-wan agak perlahan tapi sebab masuk Netflix jadi tak ada masalah untuk tukar speed. Tapi tetap ada masalah pada kurangnya penerangan kepada watak utama yang hidup sebagai pelarian yang berjaya keluar dari Korea Utara. 


Untuk yang familiar dengan kehidupan rakyat Korea Utara memang senang sangat kasihan dengan keadaan hidup Loh Ki-wan dan Ok-hee tapi kenapa lari ke China ataupun Belgium menjadi tanda tanya. Kalau negara China, kita faham lah sebab dekat tapi Belgium? Bukan negara Asia dan menggunakan bahasa asing sepenuhnya. 

Tak faham juga kenapa watak Loh Ki-wan lari keluar dari asrama yang disediakan untuk individu yang memohon status pelarian sah di Belgium. Kalau dia kena buli ataupun dicabul di asrama tu boleh faham lah tapi semata sebab tak selesa. Lepas tengok babak ni dah mula rasa tak syok untuk teruskan tapi tetap juga tengok sampai habis dengan harapan akan ada twist ataupun babak yang justify tindakan Loh Ki-wan. 


Sayangnya babak perkenalan Loh Ki-wan dengan Marie makin memburukkan keadaan sebab Marie terjebak dengan dadah dan berhutang dengan mafia di sana. Mungkin sebab terhutang budi, Loh Ki-wan jatuh cinta dengan Marie tapi pilihan yang dia buat semasa di Belgium pun mengundang juga. Tak sesuai langsung dengan tagline - do we deserve happiness? Jawapannya mestilah tidak sebab sendiri cari pasal. 

Walaupun tak berapa minat dengan babak percintaan yang tiba-tiba take over plot utama juga watak Marie yang mengundang masalah dan menambah bala dalam hidup Loh Ki-wan, filem My Name is Loh Ki-wan masih ada kekuatan tersendiri dengan menggunakan realiti kehidupan pendatang dan pelarian di negara asing. Bukan sesuatu yang mudah untuk hidup sendiri tanpa orang tersayang atau kawan yang ambil peduli dengan kita. Sedangkan hidup di negara sendiri pun belum tentu bahagia dengan layanan orang sekeliling. 


“I realized what I really wanted in the end was not the right to live in this country, but the right to leave it whenever I wanted to.”– Kiwan

Chemistry Joong-ki dengan Choi Sung-eun tak lah kuat mana tapi bearable lah sebab kedua-dua watak pun ada trust issue sampai Loh Ki-wan tunaikan janji dia pada Marie. Lepas tengok filem ni baru perasan yang nama Loh Ki-wan tu adalah Lucky One walaupun hidup dia tak lah lucky sangat. One time watch. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Movie Review | Wonderland (2024)


Director: Kim Tae-yong
Writers: Kim Tae-yong, Min Ye-ji
Cast: Tang Wei, Bae Suzy, Park Bo-gum, Jung Yu-mi, Choi Woo-shik
Production Companies: Bom Film Productions, Kirin Productions
Distributors: Acemaker Movieworks, Netflix
Genre: Romance / Drama / Sci-fi
Running Time: 113 minutes
Release Date: 5 June 2024
Trailer:


Filem Wonderland mengangkat tema artificial intelligence (AI) untuk membantu kehidupan manusia mengatasi rasa rindu kepada yang tersayang. Filem bermula dengan Baili (Tang Wei) yang menghidap kanser lalu meninggalkan seorang anak perempuan yang masih muda bersama ibunya (Nina Paw). 

Protokol Wonderland adalah dengan menghidupkan kembali insan tersayang menggunakan khidmat AI dengan fizikal, suara dan karakter yang sama dengan pelanggan mereka. Watak AI tersebut tidak boleh tahu yang mereka telah pun meninggal dunia. Dalam kes Baili ni, dia sentiasa berada di tapak arkeologi di Mesir jadi setiap hari anak perempuannya akan berkomunikasi melalui video call yang disediakan dalam apps Wonderland. 


Sama juga dengan Ku Jung-in (Bae Suzy) yang sentiasa menghubungi teman lelakinya, Park Tae-joo (Park Bo-gum) yang berada di angkasa lepas. Jung-in bahagia dengan khidmat Wonderland sehinggalah Park Tae-joo yang sebenar sedar dari koma setelah sekian lama. 

Idea untuk naskhah drama Wonderland terlihat unik dan segar kerana menggunakan sisi positif teknologi yang sedikit demi sedikit mula masuk ke dalam dunia manusia. Dalam filem ni Kim Tae-yong wujudkan teknologi yang membantu manusia untuk ubat rasa rindu dan sedih bila insan tersayang meninggal dunia. 


Walaupun konsep ini bagus tapi kita dapat tengok juga sisi negatif melalui watak Choi Jin-ku (Tang Joon-Sang) bila watak AI dia kurang ajar dengan nenek (Sung Byoung-sook) sebab masa hidup pun macam tu. 

Menggunakan khidmat kreatif dari Kim Seong-jin dan Park Hong-yeol, sinematografi Wonderland menghidupkan lagi dunia masa depan yang bergantung berat pada teknologi. Music score dari Bang Jun-seok, Dalpalan dan Kang Seong-su menambahkan impak pada babak-babak tertentu. 


Personally, naskhah Wonderland patut dibikin dalam format drama sebab ada banyak kisah yang menggunakan khidmat AI tapi tak dikembangkan dengan baik gara-gara durasi sepanjang 113 minit. Setiap watak ada ceritanya tersendiri tapi terpaksa dipendekkan untuk beri ruang pada watak lain sampaikan elemen drama dalam beberapa babak penting tak terasa. 

Macam babak Jung-in yang tak biasa dengan kehadiran Tae-joo sebenar dan perlukan perhatian akibat amnesia yang dihadapi setelah sedar dari koma sedangkan Tae-joo AI yang banyak bantu Jung-in dalam rutin seharian dia. Bila Jung-in dilema sama ada perlu pilih Tae-joo AI atau Tae-joo sebenar, babak tu jadi flat. Tak patut ada dilemma pun sebenarnya sebab boleh je proceed guna khidmat Wonderland sampai Tae-joo sebenar pulih sepenuhnya. 


Sama juga macam watak Baili yang terperangkap dalam dunia AI dan sedar yang dia sebenarnya dah meninggal di dunia sebenar. Jadi pihak Wonderland hantar Sung-joon (Gong Yoo) untuk alihkan perhatian and keep her in check. Apa yang I faham itulah fungsi Sung Joon di dunia AI tapi kenapa penulis wujudkan love angle pula untuk watak Sung Joon ni? Memanglah boleh tapi kenapa Sung Joon suka dengan Baili? Kenapa tak nampak dia jalankan tugas dia terhadap watak lain? 

Kenapa watak Baili ada kuasa untuk kacau network system sampai Wonderland tak berfungsi dekat second half? Takkan sebab penulis nak bagitahu yang kasih sayang ibu tu melangkaui dunia AI? Bukan Baili seorang saja yang ada kasih sayang ibu tu, ada banyak lagi pelanggan yang guna khidmat Wonderland. Apa yang istimewanya Baili? 


Bukan saja penulis tak kembangkan macam mana Seo Hae-ri (Jung Yu-mi) dan Kim Hyeon-soo (Choi Woo-sik) bekerjasama menghidupkan Wonderland, penggunaan apps Wonderland pun tak diceritakan sepenuhnya. Banyak persoalan yang timbul bila masuk ke separuh masa kedua Wonderland sampai jadi tak puas bila filem ni habis. 

Lepas tengok drama Record of Youth (2020), I excited teruk nampak trailer Wonderland sebab Bae Suzy dengan Park Bo-gum berlakon jadi pasangan bercinta dalam Wonderland tapi sayang lah penulis tak kembangkan banyak pun kisah cinta diorang. But still both of them looks cute together.


1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10