Showing posts with label movie Jepun. Show all posts
Showing posts with label movie Jepun. Show all posts

Movie Review | Drawing Closer (2024)

Saturday, 14 December 2024


Director: Takahiro Miki
Writers: Takahiro Miki, Tomoko Yoshida
Cast: Ren Nagase, Natsuki Deguchi
Production Companies: Django Films, Nikkatsu Corporation
Distributor: Netflix
Genre: Drama / Romance
Running Time: 120 minutes
Release Date: 27 June 2024
Trailer:


Akito Hayasaka (Ren Nagase) merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan berbakat besar dalam seni lukisan. Dia berhasrat untuk menyertai Nika Exhibition namun didiagnos dengan tumor di kawasan jantung. Doktor bagitahu Akito hanya punya waktu selama setahun sahaja untuk hidup. Dia merahsiakan perkara tersebut dari semua orang termasuklah adik perempuannya (Rui Tsukishima) sendiri. 

Cadangan orang tuanya untuk lakukan pembedahan juga ditolak mentah-mentah kerana pembedahan cuma akan melambatkan masa dia meninggal dan bukannya menyelamatkan dia dari penyakit tersebut. Semasa Akito merenung nasib diri di rooftop hospital, dia bertemu dengan Haruna Sakurai (Natsuki Deguchi) yang cantik dan pandai melukis. Tertarik dengan lukisan yang membawa maksud mendalam tentang harapan Haruna, Akito mula berkawan dengan gadis tersebut. 


Setiap hari Akito akan melawat Haruna di hospital tersebut supaya gadis tersebut mempunyai teman. Akito mula jatuh suka dengan Haruna tapi cuma mampu ekspresikan dari jambak bunga Gebrera yang dibeli untuk Haruna. Walaupun mereka semakin rapat tapi Akito tetap merahsiakan penyakit dia sehingga lah Akito gagal tunaikan janji untuk melihat bunga api akibat degupan jantungnya lemah. 

Dari awal lagi dah tahu filem Drawing Closer arahan Takahiro Miki akan berakhir dengan sad ending tapi tetap juga pilih untuk layan sebab ramai yang cakap filem ni best. Filem Drawing Closer diadaptasikan dari sebuah novel berjudul Yomei Ichinen no Boku ga, Yomei Hantoshi no Kimi to Deatta Hanashi yang diterbitkan pada tahun 2021 hasil nukilan Ao Morita. 


Penceritaan Drawing Closer agak perlahan sebab menggunakan genre drama tapi sebab naskhah ni available on Netflix so shouldn’t be a problem lah untuk ubah speed setting. Jalan cerita Drawing Closer lebih kurang sama dengan filem popular Hollywood, the Fault in Our Star, mesej yang dibawa pun lebih kurang juga. Masa dalam hidup manusia tu berharga, pertemuan Akito dan Haruna ubah pemikiran Akito untuk panjangkan masa dan spend dengan orang yang tersayang. 


Conversation Akito dengan Haruna bukan conversation yang heavy pun tapi tertarik untuk ada dengan kedua-dua watak sebab dua-dua masih muda, ada banyak benda untuk explore tapi Tuhan uji dengan penyakit kronik. Macam mana perspektif keluarga pesakit pun diceritakan dengan baik dalam filem Drawing Closer. Yang sakit akan rasa beban tapi ahli keluarga yang sayang akan cuba buat terbaik supaya dapat luangkan lebih banyak masa bersama. 


‘I want to live more. I want to be with you and Ayaka more. It doesn’t have to be ten or twenty years. One day more… One minute or one second more. I want to live longer. I decided that after meeting with you two. So from now on, I’ll fight every day. If I don’t die today, I win. So… even when if it’s painful, you have to give it your all too, Akito.‘ - Haruna 


Dalam filem Drawing Closer ada dua sub-plot kisah cinta tiga segi di first half dan juga second half. Boleh faham lah kenapa kedua-dua watak - Ayaka Miura (Mayuu Yokota) dan Eri (Kyoka) mudah sangat jatuh cinta dengan Akito sebab perwatakan dia pun sopan dan baik. Macam mana Haruna boleh suka dan senang dengan kehadiran Akito, sama juga dengan watak-watak lain. 


Sinematografi Hiroo Yanagida bawa kita masuk ke dunia Akito dan Haruna yang hangat dan berseni. Kebanyakan babak mereka berdua terlihat dreamy yang paparkan kecantikan Haruna walaupun terlantar sakit di hospital. Mungkin pengarah cuba tonjolkan Haruna dari mata Akito, sentiasa berseri setiap kali mereka berjumpa. 

Since filem Drawing Closer mempunyai jalan cerita yang tipikal dan santai, I rasa tak patut pun penulis abaikan kehendak Haruna masa dia keluar tengok sunset dengan Akito dekat pantai tu. Tak faham kenapa penulis nak buat plot twist di penghujung cerita dengan wujudkan cinta tiga segi yang tak perlu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Movie Review | Once Upon a Crime (2023)

Tuesday, 9 July 2024


Director: YÅ«ichi Fukuda
Writers: Aito Aoyagi, Yûichi Fukuda, Tetsurô Kamata
Cast: Kanna Hashimoto, Yuko Araki, Takanori Iwata, Mirei Kiritani
Production Companies: Credeus, TV Asahi Productions
Distributor: Netflix
Genre: Fantasy / Crime / Comedy / Mystery
Running Time: 107 minutes
Release Date: 19 September 2023
Trailer:


Kisah bermula dengan pengembaraan Little Red Riding Hood (Kanna Hashimoto) di sebuah hutan yang cantik tapi penuh dengan duri tajam. Dalam pengembaraan menuju ke Spenhagen, dia berjumpa dengan ahli sihir wanita dengan ketawa yang jelik bernama Barbara (Midoriko Kimura). Ahli sihir tersebut beria ingin menghadiahkan Little Red Riding Hood sepasang yang kasut yang cantik kerana Kerajaan di situ hanya pentingkan kecantikan. 

‘I don’t look like any old witch, I look stylish, don’t I? I will change your shoes to fit the beauty of this kingdom.’ - Barbara

Malahnya ahli sihir tersebut masih belum mahir dengan sihir menukar kasut. Terpaksa lah Little Red Riding Hood basuh kasut yang penuh dengan selut di sungai. Ketika menyusuri sungai untuk mengambil kasutnya yang dibawa arus, dia kemudiannya berjumpa dengan Cinderella (Yuko Araki). Kasihan melihat Cinderella yang bersedih atas kematian burung merpatinya, mereka berdua berkawan dan setuju untuk pergi ke majlis tari-menari bersama. 

Dengan bantuan sihir dari Barbara, Little Red Riding Hood dan Cinderella mendapat sepasang gaun cantik untuk ke majlis tersebut. Anak saudara Barbara bernama Tekla juga membantu hadiahkan sepasang kasut kaca yang cantik untuk mereka berdua. Barbara juga menukar tikus bernama Paul (Tsuyoshi Muro) sebagai pemandu dan labu sebagai kereta kuda. 

Dalam perjalanan ke istana kereta kuda tersebut terlanggar mayat lalu disorok di sebalik pokok di tepi jalan. Ketika majlis berlangsung, King Bovell (Jiro Sato) memaklumkan Pendandan Rambut Diraja bernama Hans (Masaki Kaji) telah dibunuh lantas Little Red Riding Hood dan Cinderella menjadi cemas dengan berita tersebut.

Naskhah misteri fantasi ini diadaptasikan dari novel "Akazukin, Tabi no Tochuu de Shitai to Deau" karya nukilan Aito Aoyagi yang diterbitkan pada 19 Ogos 2020. Filem Jepun yang mempunyai jalan cerita berbeza dari kisah dongeng popular ini menggunakan genre jenayah dan misteri pembunuhan sebagai penarik. 

Walaupun mempunyai watak Little Red Riding Hood namun plot dan latar masa lebih tertumpu pada kisah Cinderella. Watak antagonis dalam kisah Little Red Riding Hood iaitu Wolf juga tidak dimasukkan kerana penulis lebih selesa menggunakan antagonis keluarga tiri Cinderella. 

Berbeza juga dengan kisah dongeng asal di mana watak Little Red Riding Hood mempunyai kebijaksanaan dan instinct yang kuat sebagai penyiasat lalu banyak membantu Putera Gilbert (Takanori Iwata). Secara tak langsung Kanna dapat banyak screentime dan mempunyai watak yang kuat untuk menyerlah dalam filem Once Upon A Crime arahan YÅ«ichi Fukuda. 

Target audience filem Once Upon A Crime mungkin golongan kanak-kanak atau remaja sebab jalan cerita yang santai dan mempunyai elemen komedi yang berlebihan. Nasib baik tengok dekat Netflix jadi boleh lah ubah speed kepada 1.5x dan tak buang banyak masa untuk habiskan filem ni. Ada part yang menarik perhatian tapi ada babak macam draggy dan over. Babak perbalahan antara Raja dan Red antara babak yang bosan kerana kedua-duanya tak mahu mengalah. Raja dengan maklumat yang dia dapat sementara Red pula menggunakan gerak hati dan berfikir di luar kotak. 

Tumpuan banyak diberikan pada wardrobe dan props yang dipersembahkan dalam Once Upon A Crime terutamanya pada majlis tari-menari di Istana. Kesemua gaun yang digunakan terlihat cantik dan sarat dengan perhiasan yang cantik. Kostum yang digunakan oleh watak lain juga cantik dan mempamerkan suasana era Victoria. Penggunaan CGI dan VFX juga mengukuhkan lagi sinematografi Once Upon A Crime sesuai dengan kualiti visual yang digariskan oleh Netflix. 

Ada yang akan suka dengan filem ni sebab bereksperimen dengan genre berbeza dan keluar dari jalan cerita asal but as for me, I tak suka dengan watak yang dihukum di hujung cerita sebab tak ada keadilan untuk dia sedangkan ada watak yang lebih jahat dan jadi punca kepada jenayah yang berlaku. Patutnya pembunuh ditangkap tapi dapat pengampunan atau dikurangkan hukuman tapi tak ada babak tu. Bagus juga lah ending tak sama sebab Putera raja dalam filem ni pengecut. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Movie Review | Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Sunday, 19 November 2023


Director: Yusuke Ishida 
Writer: Haro Aso (manga), Kotaro Takata (manga), Tatsuro Mishima
Cast: Eiji Akaso, Mai Shiraishi, Shuntaro Yanagi, Yui Ichikawa, Kazuki Kitamura, Mayo Kawasaki, Akari Hayami
Production Company: 
Distributor: Netflix
Genre: Comedy / Horror
Running Time: 129 minutes
Release Date: 3 August 2023
Trailer :


Live-action film tayangan Netflix diadaptasikan dari manga bersiri berjudul Zom 100: Bucket List of the Dead karya duo pelukis - Haro Aso dan Kotaro Takata yang diterbitkan pada tahun 2018. Mengisahkan Akira Tendo (Eiji Akaso) yang menghambakan diri sebagai pekerja di sebuah syarikat pemasaran sehingga lah Jepun diserang oleh wabak zombie.

Akira sedar dia ada banyak masa terluang kerana syarikatnya telah ditutup. Selama dia bekerja di sana, tak pernah sekali pun dia mengambil cuti tahunan jadi ini adalah peluang terbaik untuk dia cipta bucket list. 100 perkara yang ingin dia lakukan sebelum bertukar menjadi zombie seperti yang lain. 

‘With this going on, maybe…just maybe… I don’t have to go to work anymore.’ – Akira 


Bermula dengan buat confession kepada perempuan yang dia minat (Yui Ichikawa), mengemas bilik, berkhemah di rumah, berehat di kolam air panas, wine and dine dengan pramugari, menunggang motorsikal, masukkan barang dalam troli tanpa peduli dengan harga, warnakan rambut, melukis self-potrait dan nyalakan bunga api. 

Kesemua wishlist dia tersangatlah mudah untuk dilakukan sebelum ni tapi dek kerana kerja tanpa kenal siang dan malam, Akira langsung tak ada masa untuk buat semua perkara tersebut. Wishlist Akira semakin lama semakin bertambah sejak berjumpa dengan Shizuka Mikazuki (Mai Shiraishi) dan selamatkan rakan baiknya, Kenichiro Ryuzaki (Shuntaro Yanagi). 


I tak pernah tengok anime series walaupun ada dekat Netflix but maybe after watching this movie I will or maybe I won’t because the movie is already fun to watch. Watak Akira mempunyai karakter yang comel dan kelakar, comic timing dia perfect dengan screenplay jadi tak hairan lah kenapa dari awal senang sangat untuk terhibur dengan keletah dia. 

Chemistry trio watak utama juga membantu penceritaan tentang persahabatan yang sweet dan melankolik sesuai dengan situasi tegang yang dihadapi. Dah banyak naskhah zombie dibikin jadi mudah sangat untuk rasa jelak dengan tema ni tapi penulis Tatsuro Mishima come up dengan alur cerita yang sarat dengan vibe slice of life dan santai. 


Setiap watak utama diberikan ruang untuk menyerlah tanpa overshadow sesiapa. Kalau dekat first half, Akira dan Kencho ubah karakter Shizuka, dekat second half, Shizuka pula tarik Akira keluar dari anxiety sejak berjumpa kembali dengan Gonzo (Kazuki Kitamura), ketua jabatan di syarikat dia. Mai mungkin nampak kaku pada beberapa babak tapi tak banyak pun solo screentime untuk dia jadi kelemahan tu tersorok. 

Bila I cakap jelak dengan tema zombie, sama juga dengan filem Zom 100: Bucket List of the Dead ni sebab masing-masing tak tahu apa kelemahan zombie sedangkan diterbitkan pada tahun 2018 dan berlatarkan latar masa moden walhal filem zombie dah bermula sedekad yang lepas. Ada juga babak yang a bit draggy dan annoyed sebab pilihan dangkal yang dibuat oleh watak utama tapi I just brushed it off lah. 


Sinematografi dari Satoru Tanaka menggunakan visual language yang berasaskan warm tone, sesuai lah dengan genre filem arahan Yusuke Ishida. Babak Akira, Shizuka dan Kencho have fun sepanjang perjalanan bersama caravan antara babak menarik didukung pula dengan music score yang riang dalam genre pop anime Jepun. Of course, this film isn’t perfect bila ada penggunaan CGI untuk raksasa jerung tapi okay lah, tak lah nampak kartun sangat. 

Meskipun filem Zom 100: Bucket List of the Dead santai ditonton tapi tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab ada babak nudity. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.2/10

Movie Review | Re/Member (2022)

Saturday, 15 April 2023


Director: Hasumi Eiichiro
Writer: Doki Harumi 
Cast: Hashimoto Kanna, Maeda Gordon, Yamamoto Maika, Kamio Fuju, Daigo Kotaro, Yokota Mayuu
Production Company :   
Distributor: Netflix
Genre :  Thriller / Mystery / Horror
Running Time : 102 minutes
Release Date :  14 October 2022 (Japan), 14 February 2023 (United States)
Trailer :


Naskah Re/Member atau Karada Sagashi (Body Search) mengisahkan tentang Asuka (Hashimoto Kanna), Rie (Mayu Yokota), Takahiro (Gordon Maeda), Rumiko (Maika Yamamoto), Shota (Kotarô Daigo), Atushi (Fûju Kamio) yang terperangkap dalam time-loop dan perlu mencari 8 bahagian badan seorang pelajar bernama Haruka. 

Nak cari anggota badan tu pula tak diberitahu bagaimana sebab tak ada klu bahagian sekian disimpan di kawasan mana. Kawasan sekolah tu pula luas untuk dicari dalam masa yang singkat. Bagaimana mereka berenam terperangkap dalam masalah tersebut tak pula diceritakan. Yang pastinya mereka terperangkap dalam time loop yang bermula jam 12 tengah malam. 


Ikut kepercayaan orang Jepun, individu yang dibunuh dengan mengejut dan kejam akan melahirkan roh yang berdendam bernama Onryo. Selagi tak selesai upacara ke alam sana, selagi itulah roh tersebut akan menghantui kawasan tersebut. Dan dalam filem Re/Member roh Haruka yang dibunuh mengganggu Asuka supaya cari kepala dia yang disorok oleh pembunuh psiko. 

Menariknya bila naskhah yang menggunakan konsep time-loop, watak yang mati akan dihidupkan kembali cuma bezanya sama ada badan semakin lemah atau maintain sama macam biasa. Dan naskhah Re/Member menggunakan konsep time-loop yang tak membahayakan fizikal jadi mati lah banyak kali pun, tetap juga wujud keesokannya. Sebab tu juga tak ada watak yang trauma atau takut sebab esok boleh ulang lagi. 


Jadi dari situ lah mereka semua bekerjasama untuk selesaikan secepat mungkin sebab tak ada orang yang suka stuck dalam masalah yang sama tanpa jalan keluar kan? Of course, ada twist baru dan masing-masing mula ambil serius tapi tindakan tu terlampau cliché dan draggy.

Pace penceritaan Re/Member arahan Hasumi Eiichiro agak perlahan jadi disarankan tengok dengan speed 1.5x sebab ada beberapa scene yang memang perlahan untuk wujudkan rasa seram. Walaupun genre filem ni seram tapi hantu dia tak seram pun sebab hantu CGI. Perempuan Merah yang menghantui mereka berenam memang brutal sebab cara kesemua watak dibunuh sangat kejam dan sadis. 


Nak kata watak berenam ni ada buat dosa dengan Perempuan Merah pun tak juga, nak kata semua jahat pun tak juga. Watak Asuka adalah watak pelajar yang dipulaukan oleh satu tingkatan sementara watak Takahiro Ise adalah pelajar aktif yang popular di sekolah baik dalam pelajaran mahupun sukan. Watak Shota pula adalah watak pelajar yang dibuli di dalam kelas. Jadi kenapa roh Perempuan Merah tu nak marah sangat sedangkan enam watak ni tolong dia supaya dia boleh pergi ke alam barzakh dengan tenang. Bukan ke patutnya orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa?

Disebabkan time-loop ni, Asuka dapat kawan baru dan juga bercinta dengan crush yang dia suka sejak tadika lagi. Comel lah Kanna dengan Maeda sebagai lead pairing sebab visual sama-sama A+ dan pairing ni berjaya hidupkan ideal love untuk cinta budak sekolah. Selain isu dunia remaja, ada juga diselitkan tentang masalah penderaan domestik yang menjadi salah satu isu sosial di negara Jepun. 


Personally, ada part yang I suka dalam filem ni dan ada part yang mehhh especially pada credit scene sebab dia meninggalkan tanda tanya yang besar. Of course, a potential for a sequel tapi disebabkan penulisan dan olahan yang tak berapa bagus jadi I tak rasa excited. Mungkin filem Re/Member boleh jadi menarik kalau olahan lebih menarik dan kita tahu kenapa enam pelajar ini dipilih. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10