Showing posts with label movie India. Show all posts
Showing posts with label movie India. Show all posts

Movie Review | Lucky Baskhar (2024)

Sunday, 1 December 2024


Director: Venky Atluri 
Writer: Venky Atluri
Cast: Dulquer Salmaan, Meenakshi Chaudhary, Rajkumar Kasireddy, Tinnu Anand, Sachin Khedekar, P. Sai Kumar, Ramki, Sarvadaman D. Banerjee, Sivannarayana Naripeddi
Production Companies: Sithara Entertainments, Fortune Four Cinemas
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Drama
Running Time: 151 minutes
Release Date: 31 October 2024
Trailer:


Berlatarkan era lewat 80-an dan awal 90-an, Baskhar (Dulquer Salmaan) merupakan seorang teller di sebuah bank ternama di Bombay, Magadha Bank. Impian Bhaskar adalah untuk menjadi penolong pengurus bank setelah 3 tahun dianugerahkan sebagai pekerja terbaik di bank tersebut. Selain menjadi seorang bapa, dia juga menyara adik lelakinya yang ingin menjadi jurutera, adik perempuannya yang sedang belajar di peringkat sarjana muda dan menjaga ayahnya (Sarvadaman D. Banerjee) yang sakit setelah kehilangan duit akibat ditipu oleh rakan baiknya sendiri. 


Komitmen yang banyak membuatkan Baskhar berhutang dengan beberapa orang jiran di komunitinya. Dek kerana pekerjaannya sebagai loan officer, ramai pelanggan yang berikan 'upah' kerana membantu mereka mengisi borang atau memenuhi keperluan lain. Pengurus dan rakan sekerjanya tahu tapi mereka tak ambil pusing kerana duit upah yang diambil agak kecil nilainya malah karakter Baskhar yang mesra dan ringan tulang juga buatkan ramai orang selesa dengan dia. 


Naskhah Lucky Baskhar adalah naskhah Telugu arahan juga penulisan Venky Atluri, mewujudkan watak Baskhar yang hidup sebagai orang awam dan bekerja keras menyara keluarga. Tuah dia datang apabila dia bekerja di bank yang sama menguruskan permohonan pinjaman Harshad Mehta yang terkenal di pasaran saham di India pada era tersebut. 


Dalam filem Lucky Baskhar, Harshad Mehta diubah namanya kepada Harsha sebab filem ini adalah fiksyen semata. Watak Baskhar tak pernah pun bertemu dengan Harsha tapi Baskhar lah yang menguruskan Bank Receipts ataupun promissory note antara bank Magadha dengan bank Katari sebelum proses jual beli saham di Bombay Stock Exchange berlaku. 


Harsha akan hantar Suraj (Maganti Srikanth) untuk buat BR di bank Katari kemudiannya hantar ke bank Magadha untuk diluluskan oleh Baskhar. Syaratnya, Suraj kena maklumkan kepada Baskhar sehari awal sebelum Harsha beli saham ataupun jual saham supaya dapat raih keuntungan yang lebih kurang banyak dengan Harsha. Dari segi undang-undang, Baskhar memang tak ada buat jenayah pun sebab dia cuma dapat untung melalui tip yang diberi oleh Suraj. Tapi kenapa filem ni di bawah genre jenayah, tu kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

I enjoy tengok filem Lucky Baskhar sebab karakter watak dia tak sama dengan watak Harshad Mehta seperti yang diceritakan dalam siri Scam 1992 : The Harshad Mehta Story (2020). Dia tahu bila nak berhenti jadi tamak. Mungkin dekat second half, isteri dan ayah dia mainkan peranan besar supaya dia berhenti jadi tamak tapi dekat first half dah boleh nampak, dia tahu limit dia dekat mana sebab masa Samba ajak dia jadi trader, dia masih tetap dengan pendirian untuk stay sebagai pegawai bank. Masa Suraj ugut pun dia tetap dengan pendirian untuk berhenti. 


Pace penceritaan Lucky Baskhar pun laju dengan info yang agak santai supaya penonton senang faham macam mana Baskhar buat duit dengan beberapa jenayah tanpa diberkas polis. Macam mana Harshad Mehta boleh dapat duit untuk buat stock trading dengan mudah. Rasuah, insider trading, stock manipulation semuanya diperjelaskan dengan bagus. 

Mungkin filem ni nampak macam mengajar orang untuk buat jenayah tapi tak sebenarnya sebab tajuk filem pun Lucky Baskhar, dalam dunia ni ada berapa ramai yang bertuah. Gerak-geri Baskhar diiringi dengan tuah. Boleh nampak macam mana sistem bank agak lemah pada era 80-an sebelum wujudnya teknologi. Semuanya bergantung kepada keikhlasan pekerja masa tu. 


Sinematografi dari Nimish Ravi menguatkan lagi penceritaan Lucky Baskhar dengan berlatarkan suasana masyarakat di bandar Bombay. Dalam kesibukan dunia orang awam, Baskhar dan Sumathi mampu bahagia dan wujudkan aura romantik dengan cara mereka sendiri. Chemistry from both actors is on fire. 

Sesuai sangat Dulquer berlakon sebagai Baskhar sebab dia ada visual yang menarik, comel bila dia berinteraksi dengan audience. Tak kurang hebatnya Meenakshi yang meyakinkan sebagai Sumathi. Watak dia menguatkan landskap emosi sebagai ibu, isteri dan anak perempuan yang tersisih dalam keluarga. Supporting cast juga membantu menyokong karakter Baskhar dengan bagus hingga ke hujung cerita sekaligus menjadikan Lucky Baskhar sebuah naskhah yang menghiburkan.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Movie Review | Kalki 2898 AD (2024)

Friday, 6 September 2024


Director: Nag Ashwin
Writers: Sai Madhav Burra, Nag Ashwin, B. S. Sarwagna Kumar
Cast: Amitabh Bachchan, Kamal Haasan, Prabhas, Deepika Padukone, Disha Patani
Production Company: Vyjayanthi Movies
Distributors: Annapurna Studios, AA Films, KVN Productions, Sri Lakshmi Films, Swapna Cinema, Wayfarer Films, Amazon Prime Video, Netflix
Genre: Sci-fi / Drama / Action
Running Time: 181 minutes
Release Date: 27 June 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan Perang Kurukshetra di mana Ashwatthama (Amitabh Bachchan) membunuh bayi dalam kandungan milik Uttara (Malvika Nair). Kerana dosa tersebut, dia dhukum oleh Vishnu dengan hidup abadi dan menyaksikan segala penderitaan yang dialami oleh manusia sejak berabad lamanya. Bau kuasa milik Ashwatthama juga dirampas lalu dia hidup sebagai manusia biasa. Sumpahannya hanya akan berakhir apabila kelahiran ke-10 Vishnu yang menuju ke pengakhiran Kali Yuga. 

Pada tahun 2898 AD, 6000 tahun setelah perang tersebut, bandar Kasi adalah bandar terakhir yang dipenuhi sumber dan dikuasai oleh Supreme Yaksin (Kamal Haasan) yang berumur 200 tahun. Yaksin memerintah dari bangunan berbentuk piramid yang terapung di tengah kota. 


Di bawah pemerintahanya, wujudnya sebuah makmal yang diselia oleh Komander Manas (Saswata Chatterjee) di mana makmal tersebut dipenuhi dengan kaum perempuan yang subur. Mereka dikurung dalam bilik tahanan dan apabila tiba waktunya, akan diambil ekstrak serum dari uri untuk diberikan kepada Supreme Yaksin. Serum tersebut untuk membantu memulihkan masalah penuaan. 

SUM 80 (Deepika Padukone) adalah sebahagian dari eksperimen tersebut. Anehnya bayi dikandung sudah mencecah 3 bulan, lebih lama dari wanita lain. Setiap kali diuji oleh doktor, tiada tanda-tanda langsung menunjukkan dia hamil sehingga lah rahsia tersebut diketahui oleh rebel dari Shambhala. Ashwatthama yakin SUM 80 dan anaknya yang akan menyelamatkan mereka semua dari Supreme Yaksin kelak. 


Perintah tangkapan dikeluarkan oleh Komander Manas dengan jumlah tertinggi lalu Bhairava (Prabhas) menggunakan kemahiran dan kelebihan yang dia ada untuk menangkap wanita tersebut. 

Naskhah science fiction Kalki 2898 AD arahan Nag Ashwin mengabungkan pelakon Bollywood dan Tollywood dalam satu projek mega. Selain barisan pelakon utama, Disha Patani, Dulquer Salmaan, Mrunal Thakur, Ram Gopal Varma, Vijay Derakonda dan ramai lagi. 


Filem Kalki 2898 AD adalah installment pertama jadi akan ada banyak lagi plot utama dengan lebih ramai lagi pelakon yang akan muncul. Jadi tak hairan lah kalau naskhah pertama ni bersifat penceritaan dan meperkenalkan watak-watak utama. Mungkin ada beberapa watak yang dibunuh tapi tak mustahil akan muncul kembali untuk babak flashbacks di installment yang lain. 

Personally, I agak bosan dengan filem Kalki 2898 AD sepanjang 181 minit kerana vibe Tollywood yang agak kuat sepanjang penceritaan. The dry dialogues, the masala and humour from Tollywood writers failed to impress me. Agak menyampah setiap kali watak Bhairava muncul sebab karakter dia menjengkelkan. Dia macam karakter Salman Khan era 2004-2009 versi Tollywood. Mungkin orang lain suka la kot sebab filem Kalki 2898 AD ni dah diiktiraf filem keempat tertinggi jumlah kutipan mengalahkan kutipan box office filem Jawan (2023). 


Filem Kalki pun mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah dijangka macam babak Kyra (Anna Ben) yang bercerita tentang majlis kahwin ataupun trick Bhairava untuk pergi ke Shambala. Filem Kalki diadaptasikan dari kitab Mahabharata jadi ada beberapa reference yang tak difahami. Kalau untuk Indian audience mungkin reference tu adalah plus point untuk connect dengan filem ni. 

Walaupun Deepika Padukone adalah main lead dalam filem Kalki tapi lakonan dia dull and expressionless. Pengarah masukkan Deepika mungkin untuk tarik crowd sebab screentime dia tak banyak pun. Mrunal yang muncul sekejap boleh tinggalkan impak dengan lakonan dia sebagai tawanan Komander Manas. Lakonan Deepika dalam Kalki lebih kurang sama dengan lakonan dia dalam Bajirao Mastani (2018) atau Padmavaat (2019)



Yang buatkan I tertarik untuk tengok sampai habis adalah kekuatan CGI yang dimasukkan dalam filem Kalki 2898 AD. Masa Komander Manas serang Shambala pun seronok tengok teknologi yang digunakan oleh benteng pertahanan Shambala. Gabungan warna dan kreativiti untuk menghidupkan visual yang meyakinkan dan mengagumkan dari kerjasama Djordje Stojiljkovic dan DNEG. 

Kebanyakan gadget atau machine yang digunakan oleh Bhairava nampak cool dan futuristik dihasilkan sendiri oleh Mahindra Company dan kerja-kerja pembuatan ni memakan masa sepanjang pandemik. Antara salah satu sebab kenapa tempoh penggambaran filem Kalki bermula sejak tahun 2021 hingga tahun 2023. Sepanjang tempoh tu juga Prabhas dengan Amitabh Bachchan menjalani pembedahan lutut dan tulang rusuk.


Filem Kalki 2898 AD terbitan Vyjayanthi Movies tak ada banyak lagu tapi lebih kepada instrument music sebagai peneman untuk beberapa babak penting. Overall, it’s a good one-time watch movie. I mungkin akan layan installment kedua Kalki sebab nak tahu juga perjalanan watak Ashwatthama dan Karna. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Movie Review | Hi Nanna (2023)

Saturday, 27 January 2024


Director: Shouryuv
Writers: Shouryuv, Bhanu Dheeraj Rayudu, Vasanth Sameer Pinnamaraju
Cast: Nani, Mrunal Thakur, Kiara Khanna, Jayaram, Shilpa Tulaskar, Angad Bedi, Shruti Haasan 
Production Company: Vyra Entertainments
Distributor: Gemini TV, Netflix
Genre: Romance / Drama
Running Time: 155 minutes
Release Date: 7 December 2023 
Trailer :


Hi Nanna mengisahkan tentang Viraj (Nani), seorang jurugambar fesyen yang mempunyai studio di Mumbai. Viraj mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 tahun bernama Mahi (Kiara Khanna) namun menghidap penyakit cystic fibrosis. Ayah Viraj (Jayaram) juga tinggal bersama dan turut menjaga Mahi. 

Anak perempuan Viraj merupakan pelajar yang cerdas dan sentiasa dapat tempat pertama dalam ujian. Untuk usaha tersebut Viraj sudah berjanji akan ceritakan tentang ibunya. Dari kecil sehingga Viraj tak pernah buka mulut tentang identiti ibu Mahi. Tapi janji tersebut sentiasa dimungkiri hingga Mahi bertindak untuk lari keluar dari rumah bersama anjing peliharaannya, Pluto. 


Ketika di bandar Pluto berlari ke arah Yashna (Mrunal Thakur) yang sedang bersiar-siar. Yashna juga selamatkan Pluto dan Mahi dari dilanggar oleh lori. Ketika menunggu Viraj tiba di sebuah kafe, Mahi ceritakan semuanya kepada Yashna sehingga wanita tersebut menuntut janji yang sama dari Viraj. 

Akhirnya Viraj mengalah dan ceritakan bagaimana dia berjumpa dengan Varsha tapi Mahi guna identiti Yashna untuk bayangkan cerita tersebut. Viraj ceritakan bagaimana mereka berdua berjumpa di Coonoor dan mula berkawan kemudiannya jatuh suka. Varsha yang benci dengan perkataan cinta mula sayang dengan Viraj dan setuju untuk berkahwin. 


Selepas 3 tahun, Varsha ambil satu lagi langkah yang besar dalam hidupnya iaitu mempunyai anak. Awalnya Viraj setuju untuk hidup tanpa anak tapi sejak dulu juga dia suka mungkir janji. Setelah melahirkan Mahi, bayi mereka dimasukkan ke NICU kerana cystic fibrosis dan tak mampu hidup lama. Varsha kemurungan kerana berita tersebut lalu tinggalkan Viraj dan Mahi. Yashna yang terkesan dengan cerita tentang Varsha cuba masuk ke dalam dunia Viraj dan Mahi. 

‘I wish I had meet you in Coonor. I wish I had fallen in love with you. I wish I had married you. Mahi… I wish she had been born to me.’ - Yashna


Rasa nak layan filem ni sebab selalu nampak Mrunal update dekat Instagram. Dah lama jugak tak layan filem Nani lepas Ninnu Kori (2017). Bila masuk Netflix lagi seronok lah nak tengok sebab ada dubbed dalam Hindi. Naskhah romantik drama yang diarahkan oleh Shouryuv mempunyai jalan cerita yang menarik sarat dengan elemen kekeluargaan di mana Viraj korbankan segalanya untuk lihat Mahi hidup sihat. 

Pengarah tak buang masa langsung pada first half dengan ceritakan pengorbanan dan usaha Viraj untuk pastikan Mahi cukup serba-serbi. Terharu tengok babak Mahi sedih rama-rama tak hinggap lama di tingkap bilik sebab tak ada bunga jadi Viraj gantikan pokok biasa dengan pokok bunga supaya lebih banyak rama-rama datang. Usaha dia kecil je tapi nilai tu besar sangat. 


Sama macam Mahi, kita pun tertanya-tanya keberadaan ibu Mahi. Lagi bertambah rasa ingin tahu bila pengarah selitkan beberapa situasi sampai Mahi rasa memberontak nak tahu tentang Varsha. Bila muncul Yashna, cerita makin seronok sebab karakter Yasha yang carefree, pandai memujuk dan ayu buatkan Viraj lembut hati. Karakter Mahi lebih kurang sama dengan Yashna dan mungkin sebab tu tak sampai satu hari Yashna dengan Mahi selesa bersama. 

Dekat second half banyak lah babak beremosi sebab Viraj sebolehnya tak nak Yashan dekat dengan Mahi sebab Yashna juga akan berkahwin dengan Dr. Aravind (Angad Bedi). Masa ni entah berapa kali menangis sebab beberapa konflik wujud. Antara cinta dengan takdir, susah nak agak yang mana akan menang. Walaupun genre drama tetap ada kejutan yang penulis wujudkan supaya cerita kekal menarik hingga ke hujung. 


Lakonan Kirana Khan mencuri hati, tak ambil masa yang lama pun untuk suka dengan kehadiran Mahi. Bila Viraj marah Mahi rasa kesian sangat sebab janji yang dia tuntut tu bukan susah untuk dibuat pun. Tapi bila masuk second half kita dah tahu kenapa Viraj simpan rahsia tu selama yang boleh. Mahi sendiri pun tak nak Viraj cerita lagi tentang Varsha atau sebut tentang Yashna. Jangankan Mahi, Pluto pun bijak bereaksi dalam beberapa babak. 

Kekuatan naskhah Hi Nanna terletak pada chemistry Mrunal dan Nani sebagai pasangan kekasih yang sanggup melalui ujian dunia bersama. Dari rumah flat kecil yang tenggelam dengan air ketika hujan hingga ada rumah banglo besar. Dari hidup bergantung dengan gaji kecil hingga boleh gajikan orang lain. Perjalanan Viraj dan Varsha tak mudah sebenarnya tapi bahagia sampailah trauma datang kembali. 


Filem Hi Nanna bukan saja paparkan kasih sayang si ayah malah mengupas mesej sosial tentang trauma hidup dari broken family sepertimana yang dialami oleh Varsha dan adiknya. Kenapa trauma dumping adalah bahaya kepada persekitaran anak-anak. Happy bila tengok Varsha jumpa suami macam Viraj. Semua ketakutan Varsha hilang sebab Viraj kecuali keadaan Mahi. 

Sanu Varghese sulam keindahan kisah romantik drama Hi Nanna dengan panorama aesthetic sepanjang 155 minit. Landskap geografi Coonor membantu penceritaan romantik antara Viraj dan Varsha, pada second half Goa pula mengambil alih. Wardrobe dan art team juga menonjol dengan kreativiti mereka menjadikan visual Hi Nanna sesuatu yang memukau ditonton. Pengarah masukkan elemen hujan untuk babak pertemuan Viraj dan Varsha, hujan ketika mereka berpisah dan kemudiannya dalam babak Viraj bertemu Yashna. Dekat dinding bilik Mahi pun ada corak titisan hujan tanda Viraj tak pernah lupa kenangan bersama Varsha. 


Filem Hi Nanna merupakan filem komersial yang sarat dengan emosi, cinta dan harapan. Thank you Hi Nanna production team for producing a beautiful love story. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Vaathi (2023)

Saturday, 15 April 2023


Director: Venky Atluri
Writer: Venky Atluri 
Cast:  Dhanush, Samyuktha Menon, Samuthirakani, P. Sai Kumar, Ilavarasu, Aadukalam Naren, Sha Ra
Production Companies: Sithara Entertainments, Fortune Four Cinemas, Srikara Studios
Distributors : PVP Cinema, Seven Screen Studio, Sony Pictures, Skanda Cinemass, Einstin Media 
Genre : Action / Drama
Running Time : 148  minutes
Release Date : 17 February 2023  
Trailer :


Vathi berlatarkan tahun 1993 di mana Kerajaan India menswastakan ekonomi dengan membuka peluang kepada sector untuk menjadi ruang ekonomi termasuklah pendidikan. Bila pendidikan menjadi mahal, rakyat kelas bawah tak dapat belajar kerana sibuk membantu keluarga mencari duit untuk menyara keperluan harian. 

Sama seperti semua negara Asia, India juga mementingkan profesion kejuruteraan dan perubatan kerana ruang pekerjaan yang sentiasa wujud dan menjamin kestabilan hidup. Disebabkan perkara tersebut, coaching class menjadi mahal kerana high demand. Yang mendapat keuntungan haruslah Srinivas Thirupathi (Samuthirakani), pemilik akademi swasta tempat Bala (Dhanush) mengajar. 


Kerana hasrat Bala untuk mendapat gaji yang lebih tinggi, Thirupathi menghantar guru Matematik tersebut ke sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Karthik (Hyper Aadi), guru subjek Kimia dan Prakash Reddy (Sha Ra), guru subjek Fizik juga dihantar bersama ke sana. Thirupathi berjanji akan naikkan gaji mereka sekiranya semua pelajar di dalam kelas mereka mendapat markah tinggi. 

Sudah tentu lah perkara tersebut sesuatu yang mustahil kerana tak ada pelajar yang datang pun ke sekolah kerajaan di kampung tu. Hanya guru Biologi, Meenakshi (Samyuktha Menon) yang tak pernah jemu atau putus asa beri semangat supaya semua pelajar datang ke sekolah. Ramai juga cikgu yang pulang ke bandar kerana bosan hadap kelas yang kosong setiap hari. 


Dalam tempoh masa yang dijanjikan, bukan saja Bala dapat mengajak semua pelajar supaya datang ke sekolah setiap hari, belajar dengan gigih dan dapat keputusan yang cemerlang malah dapat juga singkirkan perbezaan kasta yang menjadi penghalang untuk semua murid berkawan atau berkerjasama.
 
Naskhah penulisan dan olahan sutradara Venky Atluri dari awal lagi dah tonjolkan kejayaan Bala sebagai guru yang disanjung tinggi bila tiga watak pelajar kolej terjumpa VHS tape kelas Matematik Bala dan bantu mereka siapkan assignment. Kerana cara mengajar Bala, mereka bertiga menjejak keberadaan guru tersebut. Jadi kita dah boleh tahu dengan jelas yang misi Bala tercapai cuma strategi Bala yang menjadi tanda tanya. Di mana Bala juga tak didedahkan hingga ke hujung cerita. 


Ramai yang kata filem Vaathi lebih kurang sama dengan Super 30 (2019) di mana watak Anand Kumar, guru Matematik buka coaching class untuk mengajar murid dari kelas bawah hingga berjaya masuk ke universiti. Personally for me, tak sama sebab Vathi lebih fokus kepada perjalanan Bala untuk mengajar dan melawan sistem pendidikan yang menganiaya rakyat. Walaupun ending tak seindah idealisme perjuangan Bala dan anak-anak muridnya tapi langkah yang dia ambil tu lah realiti sebenar. Sakit tapi terpaksa kita korbankan prinsip yang dipegang tu. 


Dua-dua filem ada kekuatannya sendiri jadi tak perlu nak bandingkan which is which. Vaathi dan Super 30 sama-sama ketengahkan semangat seorang guru yang ingin mengajar dan ubah nasib hidup pelajar mereka tanpa peduli langsung tentang keadaan diri sendiri yang terancam oleh pihak atasan. Menangis tengok Bala kena halau keluar dari kampung Sozhavaram oleh polis. Dia manusia biasa yang buat perkara biasa iaitu mengajar anak murid tapi pihak atasan menggelupur sampai tak tenang tidur malam. Kekuatan dialog Bala juga memberi impak pada karakter guru Matematik tersebut.


Memandangkan I tengok filem Vaathi in Hindi dubbed jadi tak nak komen pasal music album atau aspek lain. Yang pastinya, lakonan Dhanush memang tunggak kekuatan filem Vaathi sebab jalan cerita dia biasa saja malah boleh dijangka dah pun alur ceritanya. Pelakon sampingan pun lemah tak kisah lah heroin, kawan-kawan Bala mahupun antagonis. Mungkin juga mereka tersekat dalam watak yang dikarang oleh penulis yang lebih fokus kepada Bala dan para pelajarnya. 

Overall, filem Vaathi memang wajib ditonton oleh semua. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10

Movie Review | CBI 5: The Brain (2022)

Sunday, 9 October 2022


Director : K. Madhu  
Writer : S. N. Swamy. 
Cast : Mammootty, Mukesh, Jagathy Sreekumar, Saikumar, Renji Panicker
Production Company : Swargachithra Films
Distributor : Swargachithra Films, Netflix 
Genre : Mystery / Thriller 
Running Time : 164 minutes
Release Date : 1 May 2022 
Trailer :


Kisah bermula dengan training class untuk IPS trainee yang membincangkan tentang kes jenayah dihoskan oleh dua orang pegawai CBI - Deputy Superintendent Balagopal dan Inspector Vinay. Walaupun CBI (Central Bureau of Investigation) adalah organisasi yang hebat di India namun ada suatu masa mereka juga hadapi masalah untuk selesaikan kes dan kes yang paling rumit adalah kes pembunuhan Menteri Dalam Negeri daerah Kerala, Abdul Samad yang meninggal kerana sakit jantung.
 
Awalnya tiada sesiapa yang syak kematian tersebut adalah pembunuhan kerana sakit jantung biasa tapi setelah doctor peribadinya juga turut mati ketika pergi mendaki gunung, pegawai polis mula syak ada sesuatu yang tak kena. Tak lama kemudian journalist bernama Bhasuran pula ditemui mati dengan mayatnya tergantung pada kipas bilik. Walaupun seakan bunuh diri namun kesemua yang meninggal ada pertalian antara satu sama lain. 


Belum sempat siasat pertalian tersebut muncul pula berita pegawai polis Josemon dilanggar sehingga mati ketika keluar berjogging. Sama juga dengan penyeludup pasir bernama Sam. Keluarga Josemon minta kes mendiang suaminya diserahkan kepada CBI yang lebih berpengalaman dalam kes jenayah. Kes tersebut diketuai oleh S.S.P Sethurama Iyer (Mammotty) yang bijak dan tenang tapi tegas dalam membuat keputusan. 

Tak tahu pula naskhah CBI 5 : The Brain adalah installment kelima untuk franchise CBI sebab jarang ambil tahu tentang filem-filem Malayalam. Sejak Netflix ada option untuk alih suara baru lah berjinak sikit dengan filem dari industri India Selatan. 


Idea pembunuhan misteri dalam naskhah CBI 5 memang menarik dengan ketengahkan Basket Killings. Tanpa bukti yang kukuh pun Iyer dan anak-anak buah dia boleh cari pembunuh kepada Menteri Dalam Negeri tu tapi jujurnya I ambil masa yang lama juga untuk habiskan filem ni. 

Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab dah terbiasa kot dengan cara CBI dalam filem Bollywood bekerja. Tapi kalau ikutkan macam merepek lah ketua operasi tenang pergi soal siasat suspek tanpa strategi. I memang pantang kalau naskhah penyiasatan tapi tak ada props atau babak yang tunjuk watak utama guna otak cari bukti. Dalam filem ni banyak betul kebetulan dan tuah hero untuk dapatkan bukti. 


Tak ada pun babak Iyer menyembang dengan pihak forensik untuk selesaikan misteri pembunuhan ni. Masa diorang selongkar rumah tamu milik Sam tu macam mana diorang boleh tahu ada dua orang yang bersembunyi pada waktu kejadian? Macam mana Iyer tahu tentang Mansoor? Kenapa watak antagonis keluarkan arahan untuk bunuh sasaran dia dengan bagi flight details dan bukannya nama dan gambar? Kenapa pembunuh tak bunuh saksi utama, penghantar surat khabar kalau dia bunuh semua watak yang terlibat secara tak sengaja? Merepek betul bunuh journalist tu padahal dia cuma point out beberapa perkara je. 

Kalau ikutkan the mastermind tu bukanlah bergaji besar pun tapi mampu pulak dia upah pembunuh untuk bunuh ramai orang semata untuk tutup satu kesilapan dia. Bila tahu motif pembunuhan tu rasa nak lempang je semua orang. Buang masa je layan sampai 3 hari. Memalukan betul letak nama CBI The Brain sebab kebanyakan misteri dan masalah yang wujud tu boleh selesai kalau guna khidmat forensik. 


I okay je tau kalau hero nak guna instinct bila dia stuck untuk buat pilihan yang besar tapi kalau guna kata hati dari awal sampai habis tanpa fakta sains dan ilmu asas ni rasa nak marah sangat. Mungkin untuk peminat cerita Malayalam suka la kot hero dan jalan cerita macam ni. Uggghhh nangis!

1. Team Production +0.2, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

Movie Review | Doctor (2021)

Sunday, 7 November 2021

Director : Nelson Dilipkumar

Writer : Nelson Dilipkumar

Cast : Sivakarthikeyan, Priyanka Arul Mohan, Archana Chandhoke

Production Company : Sivakarthikeyan Productions, KJR Studios

Distributor : KJR Studios, Netflix

Genre : Action / Black Comedy

Running Time : 150 minutes

Release Date : 9 October 2021

Trailer:



Dr. Varun (Sivakarthikeyan) yang bertugas di kem tentera dapat mesej dari tunang dia, Padmini (Priyanka Mohan) supaya berjumpa untuk putuskan pertunangan mereka berdua. Alasannya, Padmini tak tahan dengan layanan seperti robot bila Dr. Varun seorang yang emotionless. Kalau dia perlukan doctor, dia boleh pergi ke klinik tapi dia perlukan seseorang yang romantik dan care dengan dia. 

Tak lama lepas tu keluarga Padmini dapat berita Chinnu (Zaara Vineet) hilang bila dia pulang lebih awal dari sekolah. Bila disiasat, kemungkinan besar Chinnu diculik untuk human trafficking yang bertapak di Goa. Dengan kemahiran dan sifat perikemanusiaan, Varun bantu keluarga Padmini menjejak Chinnu. 


Bukan sesuatu yang mudah untuk guide satu keluarga biasa dalam operasi yang luar biasa. Varun dapat pertolongan dari pembantu di balai polis, Bhagat (Redin Kingsley) yang sentiasa menanti peluang untuk menjadi polis. Juga bantuan dari Kolonel James Anderson (Milind Soman) walaupun kemunculan dia macam Chipsmore. Sepanjang operasi tersebut pelbagai muslihat dan teknik yang digunakan sampai lah mereka berjumpa dengan Terry (Vinay Rai), dealer dalam market human trafficking tersebut. 

Banyak kali nampak tweets pasal movie Doctor ni lalu di timeline sebab best dan mendapat kutipan yang tinggi di box office sebab tu pilih untuk layan. Judging dari poster dan trailer, movie Doctor arahan dan penulisan Nelson ni more to action thriller tapi sebenarnya action dan black comedy. I tak pasti lah kalau I’m the one yang tak terhibur dengan elemen komedi dia ataupun komedi jenis tu adalah selera audience Tamil. Tapi scene Padmini minta Prathap (Yogi Babu) alih position dekat tiang sebab nak tengok Varun tu kelakar. 


As for trailer pun, pengarah dah letak semua scene penting dekat situ tapi nasib baik lah movie dia banyak lagi scene yang menarik untuk ditonton. Movie Doctor ni patutnya boleh dipendekkan lagi tapi pengarah sengaja letak scene ada seorang lagi tertinggal supaya Sivakarthikeyan boleh buat solo action stunt. Ye lah, dia producer kan, kena lah tinggalkan mark dia dekat dalam movie ni walaupun semua watak dah kena tone down habis terutamanya watak Padmini yang sengaja diolah sebagai seorang yang cantik tapi bodoh. Bukan I yang cakap tau, penulis yang letak dalam dialog dia. Mungkin kelakar untuk sesetengah orang lah kot.


Dah la dia sengaja drag scene Varun lawan Terry dekat basement lepastu dia masukkan pulak scene bazooka. Over tau. Dah elok sinematografi dia cantik sepanjang movie ni tiba-tiba dekat hujung cerita, pengarah letak scene meletup guna vfx tapi lemah. Kan dah cacat kat situ. Buat apa nak tunjuk kelemahan kalau kita boleh focus dekat kekuatan kita, betul tak? Bab sinematografi dari Vijay Kartik Kannan memang memukau dengan penggunaan filter dan grading tone yang cantik. Beberapa shot dari sudut yang kreatif pun menguatkan visual Doctor. 

Lakonan Sivakarthikeyan sebagai seorang yang robotik sebenarnya menghiburkan dan justified sebab dalam bidang dia kalau dia seorang yang beremosi, banyak kerja tak jalan. Macam scene dia argue dengan orang atasan antara nak selamatkan anak Major ataupun terrorist. Sama juga dengan scene Padmini bagitahu tentang pakcik dia yang akan meninggal 12 jam lagi sebab keadaan dia kritikal. Walaupun tak banyak dialog tapi lakonan dia beri impak pada penceritaan.


‘We may think about a million things before performing a surgery. But once the blade touches the body without having second thoughts or wondering whether we’ll succeed or fail, we should keep doing our job like a robot. In a situation like this, emotion is your worst enemy.’ - Dr. Varun

Walaupun I tak berapa suka dengan olahan movie Doctor ni tapi jalan cerita dia segar dan banyak idea unik dan menarik untuk ditonton. Action stunt mungkin bukan sesuatu yang mengagumkan tapi boleh lah nak layan kalau dah memang suka layan movie Tamil. Mungkin Nelson boleh bawa movie ni pergi ke Bollywood. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

Movie Review | Visaranai (2016)

Monday, 26 July 2021

 

Director : Vetrimaaran

Writer : Vetrimaaran

Cast : Dinesh, Anandhi, Samuthirakani, Murugadoss, S Rathnasamy, Kishore, Pradheesh Raj

Production Company : Wunderbar Films, Grass Root Film Company

Distributor : Lyca Productions, Netflix

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 118 minutes

Release Date : 12 September 2015 (Venice), 5 February 2016 (India)

Trailer :


Filem yang diadaptasi dari kisah benar dan memenangi Amnesty International Italia Award di Venice Film Festival ke-72 ini mengangkat tema kekejaman pihak polis yang berlaku di India. Bermula dari novel Lock Up karya penulisan M. Chandrakumar yang diterbitkan pada tahun 2006 mendapat perhatian kemudiannya diangkat ke layar perak sebagai naskhah crime thriller oleh pengarah Vetrimaaran.

Filem bermula dengan watak Pandi (Dinesh Ravi) mulakan hari dengan rutin kerja seperti biasa di sebuah kedai runcit kecil. Tidak lama kemudian pegawai polis datang dan paksa dia pergi ke balai polis. Kawan-kawan dia, Murugan (Aadukalam Murugadoss), Afzal (Silambarasan Rathnasamy) dan Kumar (Pradheesh Raj) juga mengalami nasib yang sama. Buntu dengan apa yang berlaku, mereka berempat cuba minta bantuan tapi malangnya penduduk di situ berbahasa Telugu. Mereka berempat pula cuma pandai berbahasa Tamil. 

Mereka dibelasah kemudiannya dipaksa mengaku mereka adalah pencuri yang terlibat dalam kes pecah masuk rumah pegawai polis di kawasan tersebut. Pandi bertegas yang mereka berempat tak melakukan kesalahan tersebut. Semakin mereka bertegas tidak bersalah, semakin teruk mereka dipukul sehinggakan luka teruk tanpa sebarang rawatan. 

Bila tengok filem Visaranai (Interrogation) yang diterbitkan oleh Wunderbar Films dan Grass Root Film Company ni boleh nampak betapa takutnya mereka berempat di balai polis tu. Sudah lah merempat di negeri orang, asing dengan bahasa sekeliling, dibelasah pula tanpa kasihan. Masa tengok ni teringat beberapa kes ‘kematian misteri’ yang berlaku di beberapa balai polis. Mungkinkah mereka mengalami nasib yang sama? 

Selain dipaparkan secara realistik, kenyataan yang filem Visaranai ni adalah cerita sebenar apa yang watak Kumar alami sendiri selama 13 hari di lokap pada masa tersebut dah cukup hadirkan pelbagai emosi yang berat dan sarat. Bertambah sedih dan kecewa bila kekejaman polis ni masih lagi berlaku sehingga lah sekarang sedangkan cerita yang dipaparkan ni berlatarkan tahun 2000. 

Dari awal movie sampailah ke hujung, tak ada pun scene yang boleh kita predict apa akan jadi pada keempat watak tersebut. Kita sentiasa dengan pertanyaan boleh ke tak mereka ni selamat? Apa akan jadi kalau mereka mengaku dan follow je apa yang polis nak sebab masing-masing dijanjikan hukuman yang ringan dan verbal deal yang lain untuk pujuk mereka mengaku. 

Mungkin jalan senang adalah dengan mengaku tapi betul ke hidup dalam penjara akan selamat? Maruah mereka berempat macam mana? Masa depan macam mana? Memang terlampau banyak persoalan yang mengganggu tapi dalam masa yang sama sakit tengok penderaan tanpa henti oleh pihak polis. Lakonan Dinesh dan Murugadoss menambahkan lagi rasa rimas pada kemelut konflik dalam filem ni. 

Filem ni tak sesuai ditonton oleh underage sebab penderaan tu terlampau kejam sama ada dibelasah dengan baton, kasut but, pelepah kelapa dan apa sahaja barang yang ada di sekeliling. Nak menangis masa tengok sebab tak ada langsung sifat kemanusiaan. Ada scene bila watak lain meninggal kemudiannya dilangkah, dipijak tanpa empati seolah macam mayat tu tak ada nilai langsung. Walhal scene sebelum tu ada dialog bila pihak polis bagitahu watak tersebut pernah bantu dia dan keluarga. Keji! 

Tak mampu nak bayangkan macam mana kalau penindasan dan ketidakadilan ni jadi depan mata kita. Sama ada nak bertindak seperti watak majikan Pandi ataupun bertindak seperti watak pegawai polis wanita. Dari segi penceritaan, dialog, music score, visual dan beberapa faktor lain menjadi kekuatan filem Visaranai sehingga dinobatkan sebagai Best Feature Film in Tamil di National Film Award ke-63. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10