Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts
Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts

Movie Review | Deva (2025)

Sunday, 13 April 2025


Director: Rosshan Andrrews
Writers: Bobby–Sanjay, Abbas Dalal, Hussain Dalal, Arshad Syed, Sumit Arora
Cast: Shahid Kapoor, Pooja Hegde, Pavail Gulati, Pravesh Rana
Production Companies: Zee Studios, Roy Kapur Films
Distributors: Zee Studios, Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time: 156 minutes
Release Date: 31 January 2025
Trailer:


Inspektor Dev Ambre (Shahid Kapoor) yang berkhidmat di Mumbai terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga memorinya hilang. Doktor memaklumkan ingatan dia akan kembali sekiranya dia kembali ke rutin sebelumnya kerana muscle memory dia masih lagi kuat. 

DCP Farhan Khan, (Pravesh Rana) merangkap adik iparnya, cuba membantu dengan serahkan semula kes yang disiasat oleh Deva sebelum kemalangan. Beberapa minit sebelum kejadian, Deva beritahu Farhan dia sudah jumpa jawapan kepada kes tersebut. Mungkin Deva yang lama akan muncul semula dengan lebih cepat. 

Kes yang ditugaskan adalah kes pembunuhan ACP Rohan D’Silva (Pavail Gulati), rakan setugas mereka yang telah ditembak mati oleh sniper ketika memberi ucapan penganugerahan. Walaupun masih belum menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, Farhan dah cerita banyak tentang persahabatan mereka bertiga. ACP Rohan dan Deva kenal sejak kecil lagi jadi sebab itu lah Deva sendiri sukarela menyiasat kes tersebut. 

Sebelum ni mereka dah menyiasat Menteri Jairaj Apte (Girish Kulkarni) kerana mempunyai kereta yang sama dengan kereta yang digunakan oleh sniper. Lakaran muka sniper juga sudah dibuat namun kesemua petunjuk tidak membuahkan hasil. Macam mana Deva baru nak selesaikan kes ni dan dalam masa yang sama recover dari kecederaan, kena tengok lah full movie dekat Netflix. 

Naskhah Deva merupakan remake kepada filem Malayalam berjudul Mumbai Police (2013) yang diarahkan oleh pengarah yang sama, Rosshan Andrrews. Tahun 2022, Rosshan datang ke rumah Shahid untuk propose skrip dia sebab filem Deva berbeza klimaks dengan Mumbai Police. Teruja dengan skrip dan genre filem Deva, Shahid bersetuju untuk berlakon sebagai watak utama. 

Sepatutnya filem ni berjudul Koi Shaq tapi produser ubah kepada Deva dan minta kebenaran dari Subhash Ghai untuk guna tajuk yang pernah menjadi judul filem lakonan Amitabh Bachhcan. Mungkin sebab tu juga lah dinding di hadapan apartment Deva ada lukisan Amitabh Bachchan, sama juga dalam salah satu poster filem Deva. 

Jalan cerita Deva bergerak dengan pantas untuk menceritakan identiti dan personaliti Deva yang seakan gangster bila bekerja. Banyak kali nama Deva naik ke pegawai atasan tapi DCP Farhan sentiasa cari alasan untuk back-up. Bukan saja jabatan polis menyampah, wartawan Diya Sathaye (Pooja Hedge) sampai terbitkan artikel tentang sikap Deva. 

Watak Diya tak banyak membantu pun dalam filem ni selain jadi anak kepada konstabel yang bekerja dalam jabatan yang sama dengan Deva kemudian jatuh cinta dengan watak utama. Kalau tak ada pun tak apa watak Diya ni sebab tak penting since wujudnya watak Bhawna (Aditi Sandhya Sharma). Lakonan Pooja pun biasa dan tak ada chemistry pun dengan Shahid sampai kita tertunggu babak Diya dan Dev. 

Tak banyak beza juga watak Deva yang dibawakan oleh Shahid Kapoor dengan watak Kabir Singh (2019) yang agresif cuma lebih selesa tengok Deva bekerja sebab justifiable. Kalau watak Deva ni jenis malas nak cara macam Rohan dengan Farhan, makin ramai lah naik lemak especially anak buah Menteri Apte. Walaupun watak Deva selepas kemalangan lebih sopan dan blur tapi pandangan mata dia tetap tajam sampai orang sekeliling tak berani nak ambil kesempatan dengan keadaan dia masa tu. 

Menariknya dalam filem Deva, watak-watak sampingan yang memegang watak polis semuanya ada rupa dan fit. Tak macam kebanyakan filem Bollywood yang hanya beri tumpuan pada watak utama. 

Music album dari Vishal Mishra memuatkan 4 buah lagu yang menarik di dalam filem Deva. Kalau movie Shahid Kapoor, tak perlu ambil actress famous untuk item song sebab Shahid sendiri yang akan curi tumpuan tu. Sama macam Deva, lagu Bhasad Macha energetic dan fun to watch. Gabungan suara Mika Singh yang serak dan bertenaga mendukung koreografi energetik dan playful dari Bosco. Lagu Marji Cha Maalik yang digunakan sebagai latar Deva lama menyiasat kes pembunuhan Rohan juga menghadirkan vibe yang sesuai dengan personaliti Deva. Sama juga dengan lagu Chal Chal Patak Doon Maar.



Since filem Deva ada perbezaan pada beberapa plot utama, mungkin sebab tu Shahid bagitahu yang filem ni bukan remake tapi apapun I enjoy layan filem Deva sebab tak boleh nak teka siapa mole dan sniper tu sampai lah Deva dedahkan sendiri di penghujung cerita.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Movie Review | Dhoom Dhaam (2025)

Thursday, 3 April 2025


Director: Rishab Seth
Writers: Aarsh Vora, Aditya Dhar
Cast: Yami Gautam Dhar, Pratik Gandhi, Eijaz Khan, Pavitra Sarkar, Babla Kochar
Production Companies: Jio Studios, B62 Studio Production
Distributor: Netflix
Genre: Comedy
Running Time: 108 minutes
Release Date: 14 February 2025
Trailer:


Veer Poddar (Pratik Gandhi) dan Koyal Chadda (Yami Gautam Dhar) dijodohkan melalui aturan keluarga. Mereka berdua sama-sama pemalu dan baik di mata keluarga tapi sebaliknya yang berlaku apabila masing-masing sudah berkahwin. 

Pada malam pertama di hotel, bilik mereka berdua diceroboh oleh dua orang lelaki asing (Eijaz Khan, Pavitra Sarkar) bertanyakan tentang Charlie. Awalnya Veer sangka pakcik Santish dia buat prank tapi bila mereka berdua mula keluarkan pistol, Koyal terpaksa bertindak. 

Koyal dan Veer sempat melarikan diri tapi tak lama kemudian diculik. Ketika bergelut untuk selamatkan diri, Inspektor Sanjay Ribeiro (Mukul Chadda) hubungi Veer dan maklumkan tentang Charlie. Sangkanya Charlie adalah orang yang dikehendaki rupanya USB yang mengandungi maklumat tentang jenayah rompakan duit yang berlaku di hadapan kedai elektronik milik Khushwant Kapoor (Kavin Dave), pakcik Koyal. 

Filem Dhoom Dhaam arahan Rishab Seth menggunakan genre komedi thriller dan pasangan muda yang baru mula mengenali pasangan masing-masing sebagai idea utama. Banyak kejutan yang mereka berdua dapat tahu tentang diri masing-masing. Dalam masa yang sama, banyak juga perkara yang mereka belajar dan bergantung sesama sendiri untuk selesaikan kes. 
Naskhah yang ditayangkan pada Valentine’s Day adalah karya penulisan Aditya Dhar, suami kepada Yami Gautam Dhar. Disebabkan kelebihan yang ada pada Aditya, watak Yami dapat ruang yang bagus untuk berkembang. Kalau sebelum ni, Yami cuma jadi pasu bunga atau watak heroin yang lemah tapi dalam filem Dhoom Dhaam, dia boleh tonjolkan banyak kebolehan sebagai anak perempuan yang rebel dengan kehendak keluarga dan masyarakat. 

Sayangnya bila satu watak menonjol dengan banyak, yang lagi satu pula terlindung. Bukan sebab lakonan tak bagus which surprisingly, filem ni boleh dihadam pun sebab lakonan bagus dari Yami dan Pratik Gandhi. Watak Veer tu sendiri yang kena tone down dengan penulis sampai kita yang tengok rasa kesian. Semua benda dia fobia semata untuk wujudkan elemen komedi pada watak male lead. 

I seronok tengok fresh pairing Bollywood macam Yami dan Pratik, both ada chemistry yang bagus. Rasa masuk dalam dunia Koyal dan Veer bila muncul moment yang convincing enough to watch them as new couple. Macam masa Veer pujuk Koyal supaya tak bercerai ataupun babak Koyal pujuk Veer untuk tengok bunga api. Sinematografi dari Siddharth Vasani berjaya menguatkan penceritaan walaupun berlatarkan sisi kota Mumbai yang biasa. 

Jio Studios dan B62 Studio Production buat keputusan yang tepat bila pilih untuk berikan hak tayangan filem Dhoom Dhaam kepada Netflix sebab filem ni tak lah kelakar atau menghiburkan sangat. Masuk dekat second half makin meleret dan hambar dengan perangai protagonis dan antagonis. 

Dialog yang dimasukkan pun tak menarik dan random. Babak Koyal lashed out dekat Veer pasal feminisme tu macam tibehhhh. Kalau feminist memang kena tunggang arak, berparti setiap malam ke macam mana? Pandangan feminisme dari penulis di Bollywood ni tak berbeza pun dari dulu padahal perjuangan feminisme lebih dari tu. 

Nasib baik lah filem Dhoom Dhaam ni shelved bila Fawad Khan kena balik ke Pakistan gara-gara Pulwama Attack. Kalau tak, confirm Katrina Kaif kena blame tak pandai pilih movie padahal skrip yang lemah. 

Anyway, I suka lagu How Are You yang digubah oleh Clinton Cerejodan Bianca Gomes (Shor Police). Screenplay dalam lagu ni tayang macam mana pasangan yang berkahwin kerana aturan keluarga berkenalan sebelum keliling api 7 kali di atas mandap. Lagu Haseeno pun fun. Silsila dari Arijit Singh dan Jonita Gandhi mewujudkan momen melo antara Veer dan Koyal. 



Wardrobe team dalam filem Dhoom Dhaam did their best. I suka tengok Pratik dalam sherwani suit masa sangeet. Yami nampak berseri masa pakai lehenga nude dekat butik. Wedding diorang simple tapi cantik. Kalau ada lagi project untuk Yami dan Pratik nanti, I harap romantic drama atau rom-com sebab diorang comel. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.4/10

Movie Review | Sky Force (2025)

Thursday, 20 March 2025


Directors: Sandeep Kewlani, Abhishek Anil Kapur
Writers: Sandeep Kewlani, Aamil Keeyan Khan, Carl Austin, Niren Bhatt
Cast: Akshay Kumar, Veer Pahariya, Sara Ali Khan, Nimrat Kaur
Production Companies: Jio Studios, Maddock Films, Leo Films UK Production
Distributors: PVR Inox Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Action / Drama
Running Time: 125 minutes
Release Date: 24 January 2025
Trailer:


Berlatarkan tahun 1971 di mana kem tentera udara India diserang oleh tentera Pakistan kemudiannya berjaya menangkap seorang juruterbang bernama Ahmed. Wing Commander K.O. Ahuja (Akshay Kumar) ditugaskan untuk menyoal siasat Ahmed lalu mendapat tahu tentera tersebut dianugerahkan pingat kebesaran kerana menembak tentera udara India dalam perang yang berlaku pada tahun 1965. 

Berpatah balik ke tahun 1965, Ahuja dan anak buahnya, T.K. Vijaya (Veer Pahariya) berlatih di markas Adampur. Vijaya a.k.a Tabby dikenali dengan perangainya yang suka melanggar protokol namun terlepas kerana dia mempunyai kemahiran mengendalikan pesawat yang cemerlang. Ahuja dan Tabby mempunyai hubungan yang rapat kerana perangai Tabby seakan sama seperti mendiang adiknya, Manu. 


Ketua mereka, David Lawrence memaklumkan Amerika Syarikat menghantar 12 unit pejuang Star Striker kepada tentera udara Pakistan sekaligus meletakkan mereka di posisi yang terancam bila Kerajaan India masih lagi teragak-agak untuk meluluskan dana untuk menaiktaraf fasiliti ketenteraan. Namun Ahuja menenangkan ahli skuad yang lain dengan menerangkan betapa pentingnya kemahiran dan strategi dalam peperangan. 

Perkara yang merisaukan Tabby dan tentera yang lain mula menjadi nyata bila mereka mendapat intel di mana Pakistan merancang untuk menyerang markas mereka. Sebagai negara yang mengamalkan konsep cintakan keamanan, markas tentera Adampur diserang dan mengakibatkan beberapa orang tentera cedera parah dan meninggal dunia. Ahuja mencadangkan supaya India membuat serangan balas kepada tentera udara Pakistan.   


Filem terbitan Maddock Films sepatutnya ditayangkan pada tahun 2024 namun kemudiannya ditunda ke awal Januari 2025. Masa tengok trailer dah excited nak pergi tengok dekat wayang sebab ada stunt yang menarik dipaparkan dari Sky Force tapi batalkan niat bila dapat tahu watak Tabby ditangkap oleh pihak musuh. 

Tak faham kenapa produser pilih untuk reveal babak ni dalam lagu Kya Meri Yaad Aati Hai padahal dia boleh promote Sky Force guna lagu Tu Hain Toh Main Hoon dan Rang. Mungkin Maddock Films tak nak terlihat sama dengan filem Fighter (2024) arahan Siddharth Anand yang release pada bulan Januari 2024 tapi masa tayangan perdana, filem Sky Force tetap diasak dengan soalan yang sama. 


Berbalik kepada Sky Force yang mengangkat kisah sebenar the unsung hero T.K. Vijaya dalam perang kedua India-Pakistan pada tahun 1965, naskhah arahan Sandeep Kewlani dan Abhishek Anil Kapur mempunyai jalan cerita yang padat dengan aksi dan emosi. Mungkin tak stylish macam Fighter dengan kekangan bajet untuk paparkan suasana sebenar melalui bantuan VFX tapi masih bagus sebagai sebuah cerita. 



Lakonan Veer Pahariya yang debut melalui Sky Force menyerlah sama bagus dengan pelakon senior seperti Akshay Kumar. Chemistry Veer dengan Sara Ali Khan mencuri perhatian dalam babak-babak mereka bersama. Mungkin sebab sebelum ni pernah bercinta jadi sedikit sebanyak membantu but they really looks good together. Antara semua co-star Sara, Veer dan Sushant boleh create romantic vibe tu.

 
Kali kedua Akshay berlakon dengan Nimrat Kaur sebagai pasangan suami isteri selepas filem Airlift (2016) dan gandingan mereka membuahkan keharmonian pada jalan cerita. Tak banyak pun screentime Nimrat tapi setiap kali muncul tu dia boleh legakan tension pada yang ada pada watak Ahuja. Lakonan Akshay pun tak beria nak menonjol lebih dari orang lain, deliver sama seperti apa yang watak dia perlukan. 

Walaupun filem ni bersifat patriotik tapi tak banyak babak yang preachy ataupun sengaja merendahkan pihak lawan. Sky Force menceritakan dengan baik bagaimana strategi Tiger menumpaskan pihak lawan menggunakan pesawat lama dan peluru juga minyak yang dicatu. Watak Ahmed pun diberi ruang yang cukup untuk membantu watak Ahuja mencari Tabby. Ada beberapa babak macam tak perlu dimasukkan sebab draggy sedangkan ada banyak ruang boleh diberikan kepada ahli skuad yang lain. 


Dalam filem ni bukan Pakistan menjadi watak antagonis sebaliknya prinsip dan kelemahan sistem Kerajaan India sendiri. Kesian lah dekat keluarga Tabby sebab tertunggu-tunggu kepulangan Tabby padahal dah berkorban untuk negara tapi lain pula layanan yang diberi. Vibe Sky Force sama macam Baby (2015) atau Veer-Zara (2000). 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Movie Review | Nadaaniyan (2025)

Monday, 10 March 2025


Director: Shauna Gautam 
Writers: Ishita Moitra, Riva Razdan Kapoor, Jehan Handa
Cast: Ibrahim Ali Khan, Khushi Kapoor, Mahima Chaudhry, Dia Mirza, Suniel Shetty, Jugal Hansraj
Production Company: Dharmatic Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Romance / Comedy
Running Time: 119 minutes
Release Date: 07 March 2025
Trailer:


Naskhah terbaru dari Dharmatic Entertainment berjudul Nadaaniyan yang berkisar tentang kisah cinta pasangan remaja di Falcon High. Pia (Khushi Kapoor) upah Arjun Mehta (Ibrahim Ali Khan) menyamar sebagai teman lelakinya selama seminggu dengan bayaran sebanyak Rs25,000. 

Awalnya Arjun tak bersetuju dengan plan tersebut kerana dia tak mahu terganggu sebelum pertandingan debat yang akan berlangsung tak lama lagi. Dia juga sibuk dengan sukan renang dan peperiksaan akhir tahun. Namun, lama-kelamaan Arjun mula jatuh suka dengan Pia tapi tak mudah untuk dia bertahan dalam circle gadis cantik tersebut kerana status sosial yang berbeza. 


Di Falcon High, Arjun sering diejek kerana berasal dari Greater Noida dan masuk ke sekolah elit tersebut melalui biasiswa. Bila Neelu Jaisingh (Mahima Chaudhry) dapat tahu latar belakang Arjun juga, dengan segera dia minta anaknya putuskan hubungan tersebut. Pia yang juga mula suka dengan Arjun cuba untuk sambung kontrak mereka supaya lelaki tersebut sentiasa ada dalam grid dia. Berjaya atau tak rencana Pia, kena tengok sendiri lah di Netflix. 

Filem Nadaaniyan arahan Shauna Gautam bukan saja menjadi debut platform kepada Ibrahim Ali Khan, anak lelaki Saif Ali Khan bersama bekas isterinya, Amrita Singh. Naskhah santai dan moden ini juga menjadi comeback platform kepada barisan pelakon senior – Suniel Shetty, Mahima Chaudhry, Dia Mirza dan Jugal Hansraj yang pernah popular sebagai Sameer dalam filem Mohabbatein (2000). 


Bila tengok gaya lakonan Ibrahim, sedikit sebanyak teringat Saif dalam filem-filem era Millenium – cool, funny and prankster. Banyak kali tergelak tengok watak Arjun macam babak dia minta tolong dekat Pia bila kena menyembang dengan Rajat Jaisingh (Suniel Shetty) dalam kereta ataupun masa dia bergurau dengan Pia. Dance skill Ibrahim pun bagus lah untuk newcomer, pendek kata Ibrahim did justice untuk watak Arjun. 

In terms of visual, Dharmatic Entertainment tak pernah gagal wujudkan suasana moden dan elit sepertimana dalam naskhah The Fame Game (2022) atau Call Me Bae (2024) tapi camera works Anuj Samtani kadang-kadang menjengkelkan terutamanya babak beremosi. Mata tak mampu nak stay satu tempat sebab camera bergerak banyak sangat padahal boleh sangat relaks dan biar pelakon buat kerja. 


Wardrobe department puts effort for Pia. Banyak sangat outfit dia yang mencuri tumpuan, nak pula body proportion Khushi memang cantik macam model. Seronok sangat cuci mata selain dari props dan six packs Ibrahim. Lehenga lilac Pia pakai masa Diwali tu paling cantik sekali dalam Nadaaniyan, kena sangat lah dengan skin tone dia sebab Pia nampak berseri. Music album dari Sachin-Jigar mendukung perjalanan sinematik Nadaaniyan. Lagu Ishq Mein dengan Galatfehmi are my personal fav!



Naskhah Nadaaniyan mempunyai jalan cerita yang ringan dan straightforward walaupun jalan ceritanya bersifat non-linear bila mempunyai beberapa babak flashbacks. Sayangnya, sama seperti filem terbitan Karan Johar, Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023), filem ni sarat dengan mesej sosial sampai ada masanya terlihat seperti a series of lecture rather than being a cute love story. 

Tak pasti kenapa Karan Johar beria nak masukkan lecture untuk setiap permasalahan yang wujud dalam dunia sekarang sampai hilang sentuhan dramatik dia. Mungkin dia murung lepas kena bash dengan netizen gara-gara biarkan Anjali kahwin dengan red flag dalam Kuch Kuch Hota Hai. Dalam filem Nadaaniyan ni memang semedang sembang pasal red flag over a small matter. Chill!


Produser Nadaaniyan adalah team yang sama dengan drama Call Me Bae - Karan Johar, Apoorva Mehta, Somen Mishra tapi Khushi Kapoor tak mampu carry watak Pia yang lebih kurang sama acuannya dengan Bae lakonan Ananya Panday. Tapi bila masuk babak yang serius macam babak Pia terangkan debate points dia depan Neelu dan Rajat, nampak natural pula. Maybe Khushi tak sesuai dengan komedi tapi ikut kakak dia, Janhvi Kapoor yang lebih selesa dengan watak serius dan drama. 


Nadaaniyan ada potential tapi terganggu dengan dubbing voice yang Ibrahim dan Khushi Kapoor guna. Suara yang Ibrahim guna tu pula lebih kurang dengan suara John Abraham so bila dia bercakap, teringat-ingat dekat John Abraham. Lakonan Ibrahim tak ada masalah pun dalam filem ni cuma bond dia dengan Dia Mirza tak berapa menjadi macam Ibrahim dengan Jugal masa makan khulfi. Tapi bukan salah Dia pun memandangkan skrip tak ada depth untuk watak parents. Sama juga lah dengan watak orang tua Pia. 

Surprisingly dekat second half, Nadaaniyan redeem balik apa yang kurang dekat first half tapi tak lah strong mana, just nice untuk tamatkan tanpa rasa baran yang meninggi. Patutnya pengarah stop dekat surat Pia tapi nak juga tambah lagi. 


p/s: Cringe tengok cameo scene Orry

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Mrs. (2024)

Sunday, 16 February 2025


Director: Arati Kadav
Writers: Harman Baweja, Anu Singh Choudhary
Cast: Sanya Malhotra, Nishant Dahiya, Kanwaljit Singh
Production Companies: Baweja Studios, Jio Studios
Distributor: ZEE5
Genre: Drama
Running Time: 111 minutes
Release Date: 22 November 2024 (IFFM), 7 February 2025
Trailer:


Richa (Sanya Malhotra) berkahwin dengan Diwakar Kumar (Nishant Dahiya), seorang doktor sakit puan yang konservatif selepas diperkenalkan oleh kedua belah keluarga. Mereka berdua tinggal serumah dengan orang tua Diwakar. 

Setiap hari rutin Richa ialah memasak sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam untuk kesemua ahli rumah. Richa sentiasa dibantu oleh ibu mertuanya, Meena Kumar (Aparna Goshal) supaya rumah sentiasa kemas dan teratur seperti apa yang disukai oleh bapa mertuanya, Ashwin Kumar (Kanwaljit Singh). Mereka juga mempunyai pembantu rumah tapi tak lah sentiasa ada dan membantu. 


Nampak macam mudah kerja Richa di rumah berbanding suaminya yang berbelas jam terpaksa merawat pesakit di hospital. Tapi tidaklah semudah yang disangka kerana semua bahan masakan tidak boleh menggunakan food processor sebaliknya perlu digiling dengan batu giling supaya enzyme dalam makanan tidak hilang. 

Setiap perkara mempunyai peraturannya tersendiri dan wanita di dalam rumah tersebut perlu mendahulukan lelaki dalam semua perkara. Richa sentiasa terkejar-kejar untuk sediakan semua barang yang diperlukan oleh bapa mertua dan Diwakar. Siang dengan tugas sebagai menantu, malam pula bertugas sebagai isteri supaya cepat mengandung. Richa boleh tarik nafas lega bila dia datang bulan kerana keluarga tersebut menganggap masakan yang dimasak oleh perempuan haid adalah kotor dan tidak suci. 


Kalau filem Mrs ni ditayangkan pada era 80-an atau 90-an, boleh faham juga lah kenapa Richa perlu akur dengan semua rutin yang diajar oleh ibu mertuanya. Bila tengok filem Mrs arahan Arati Kadav rasa sakit kepala, mual dan sakit hati dengan perangai kuno keluarga Diwakar. Jangankan keluarga belah lelaki, keluarga Richa sendiri bebel perkara yang sama setiap kali Richa stress dilayan seperti pembantu rumah. 

Bukannya Diwakar tak ada kakak perempuan atau kawan perempuan tapi pemikiran yang diajar oleh ayah dia terpasak kuat dalam kepala. Bila dia tengok ibu dia boleh adapt dengan rutin keluarga, dia nak isteri dia pun buat benda yang sama. Masa tengok penderitaan Richa sejak kahwin ingatkan Diwakar dengan ayah dia tak boleh makan luar rupanya boleh je makan sampai kenyang. 


Geram sangat bila Diwakar marah Richa tak sempat nak sediakan makan tengahari sampai dia terpaksa alas perut dengan 6 cawan kopi hitam. Dekat hospital ada cafeteria, boleh sangat dia pergi makan dekat sana bila lapar. Sakit hati tengok dia menjerit suruh Richa sediakan baju kerja padahal baju kemeja ada dalam almari dekat depan hidung dia. Nasib baik dia kahwin dengan Richa, kalau perempuan lain rasanya dah letak racun dalam nasi. 

Filem Mrs yang ditayangkan di New York Indian Film Festiva merupakan official remake kepada filem Malayalam berjudul The Great Indian Kitchen (2021) arahan Jeo Baby. Baca review dari pengkritik filem di festival, kebanyakannya puji filem Mrs tak lari jauh dengan filem asal malah lebih baik kerana lakonan Sanya Malhotra yang cemerlang sebagai Richa. 


Semua perasaan marah, kecewa dan sedih hanya dilakukan dalam diam sama seperti ibu mertua dia. Riak muka dia jelas sangat berubah sebab watak dia adalah seorang yang periang dan cergas. Lepas kahwin berubah muram dan pendiam. Kawan baik sendiri pun dia block sebab tak mampu nak jumpa gara-gara sibuk dengan hal rumahtangga. 

Sinematografi dari Pratham Mehta dipenuhi dengan close-up untuk babak masakan dan riak muka lelah baik Sanya mahupun mana-mana watak wanita yang memasak dalam Mrs. Nampak cantik, nampak kaya dengan budaya tapi di sebalik pembikinan tersebut, banyak usaha yang dilaburkan. 




‘Dear you made this in the cooker? Then this is pulao not biryani. Dum Pukht Biryani is cooked on a low flame. Nice and slow. With love. Layer by layer.’ - Ashwin Kumar

Filem Mrs menceritakan penindasan terhadap wanita setelah berkahwin dan dialami oleh hampir kebanyakan isteri yang dipaksa menjadi suri rumah atau terpaksa keluar bekerja. Penceritaan yang dipaparkan cemerlang dengan visual yang menarik dikukuhkan lagi dengan background score. Tapi ada eloknya kalau pengarah masukkan lagi keadaan Richa selepas lari keluar dari rumah Diwakar dan kejar impian dia. A bit rushed for the ending scene. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Movie Review | Do Aur Do Pyaar (2024)

Tuesday, 11 February 2025


Director: Shirsha Guha Thakurta
Writers: Suprotim Sengupta, Amrita Bagchi, Eisha Chopra
Cast: Vidya Balan, Pratik Gandhi, Ileana D'Cruz, Sendhil Ramamurthy
Production Companies: Applause Entertainment, Ellipsis Entertainment Production
Distributor: AA Films, Disney+ Hotstar
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 137 minutes
Release Date: 19 April 2024
Trailer:


‘Love is like a toothpaste. Ever watched a couple brushing their teeth together? It is more intimate than sex! Think about it. Toothpaste in their mouths, foam dripping everywhere…no filter. When the tube is new, we handle it with care. We squeeze gently from the bottom. As time goes by…we just end up pressing and squeezing everywhere.’ – Vikram (Sendhil Ramamurthy)

Dengan Vikram, Kavya (Vidya Balan) rasa gembira dan tenang setiap kali mereka luangkan masa bersama. Begitu juga keadaannya bila Anirrudh Banerjee (Pratik Gandhi) yang jatuh cinta dengan Nora (Ileana D'Cruz), gadis muda yang cantik dan mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal di kota Mumbai. 


Jauh berbeza bila Kavya dan Ani pulang ke rumah mereka. Perbualan seharian mereka cuma terbatas berkenaan hal rumah, bil elektrik, menu makanan atau ubat-ubatan sedangkan sudah berkahwin selama 12 tahun. Perkahwinan atas dasar cinta bermula sejak selepas graduasi dan berkahwin di mahkamah kerana tidak mendapat persetujuan dari keluarga Kavya. 

Satu hari Kavya mendapat khabar dari kampung untuk pulang ke upacara kematian Datuknya. Ani tawar diri untuk temankan Kavya di sana walaupun dia tahu semua saudara-mara Kavya menyampah dengan mereka berdua sejak kahwin lari 12 tahun lepas. Sejak pulang ke Ooty, mereka berdua teringat kembali zaman bercinta dulu tapi dilema untuk teruskan perkahwinan tersebut ataupun mula kehidupan baru dengan pasangan masing-masing. 


Naskhah romantik komedi Do Aur Do Pyaar adalah official remake dari filem The Lovers (2017) arahan Azazel Jacobs dan merupakan filem debut buat pengarah Shirsha Guha Thakurta. Walaupun filem yang menggandingkan Vidya Balan dan Pratik Gandhi buat pertama kali tak menjadi di box office tapi perjalanan kisah pasangan suami isteri yang mencari bahagia pada orang luar mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. 

Susah nak jumpa filem romantik yang ketengahkan watak berusia hampir 40-an tak kisah lah Bollywood, local movies atau industri lain. Walaupun tak relatable dengan I yang masih single tapi salah satu persoalan tentang fasa perkahwinan ada terjawab dalam filem ni. Perkahwinan tak boleh berpaksikan cinta semata tapi pasangan sentiasa ada susah dan senang antara faktor yang buatkan perkahwinan bertahan lama. 


Dalam filem ni susah nak defend Kavya dengan Anirrudh bila kedua-duanya stuck di persimpangan dilema sebab happy jugak tengok hubungan diorang dengan pasangan masing-masing. Tengok moment Kavya dengan Vikram rasa sweet sangat sampai manifest nak life partner macam Vikram juga. Dia sejenis yang tenang, mendengar dan ada sisi yang kelakar jugak walaupun tak lah kelakar macam Zizan but it is nice to be with him. I faham kenapa Kavya seronok spend time dengan Vikram berbanding Anirrudh. Perasaan tu sama macam watak Sashi yang selesa bila bersama dengan Laurent dalam English Vinglish (2012). 


Sama juga perasaan happy tu bila Anirrudh spend time dengan Nora sebab dia bersahaja dan kelakar. Tak mudah untuk kedua-dua watak utama buat keputusan since both of them happy dengan pasangan masing-masing. Walaupun Ani dengan Kavya selalu bergaduh tapi penulis tunjuk kenapa both of them boleh jatuh cinta dulu dan sekarang. 

Curang mungkin sesuatu yang kejam tapi situasi yang dialami oleh Kavya dan Anirrudh boleh terjadi pada kebanyakan pasangan. Sama macam Surjan dan Roshni dalam filem Talaash: The Answer Lies Within (2012). Mungkin ada yang bernasib baik dapat solusi macam Sid dan Trisha dalam filem Shaadi Ke Side Effects (2014) tapi yang pastinya filem Do Aur Do Pyaar cuma berkongsi cerita dan perasaan tentang perkahwinan. Dasar cinta atau aturan keluarga, tak ada pasangan yang terselamat dari kesunyian dan fasa bosan atau hambar.


Kudos to casting director yang berjaya tampilkan barisan pelakon yang bagus sampaikan setiap emosi terjaga dari awal sehingga ke hujung cerita. Filem Do Aur Do Pyaar adalah filem kedua Ileana yang pamerkan bakat dia sebagai pelakon lepas Barfi! (2012). Walaupun tak banyak screentime sebagai Nora tapi dia berjaya deliver emotion yang tepat. Subtle but impactful. 

Sinematografi dari Kartik Vijay memainkan peranan utama dalam Do Aur Do Pyaar selain mencuri keindahan Ooty dan kesibukan kota Mumbai sebagai landskap utama kisah cinta Kavya dan Ani. Walaupun genre romantic comedy tapi elemen komedi tu bukan terletak pada dialog sebaliknya perbuatan dan bahasa badan kesemua watak. 


Music album Do Aur Do Pyaar tak lah memorable since filem berbajet rendah jadi tak fokus sangat dekat music department tapi I suka lagu Bin Tere Sanam masa Kavya dengan Ani menari dekat Hotel Elephanta. Lagu Jazbaati Hai Dil pun comel sebab sum up the happiness and sweet moments untuk kesemua watak dalam filem romantik ni. The rest sesuai dengan penceritaan dan emosi dalam sekian sekian babak. 



Filem Do Aur Do Pyaar ni sepatutnya release terus dekat streaming platform daripada tayang dekat wayang sebab vibe cerita dia jenis chill dan target audience yang suka layan cerita dekat rumah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Next on Netflix 2025 | Debut Project Aryan Khan & Ibrahim Ali Khan

Monday, 10 February 2025


Minggu lepas Netflix mengadakan majlis pengumuman Next On Netflix untuk tahun 2025 dengan dihadiri barisan pelakon terkenal di Bollywood antaranya Shah Rukh Khan, Gauri Khan, Aryan Khan, Suhana Khan, Saif Ali Khan, Vaani Kapoor, Shefali Shah, Zeenat Aman, Bhumi Pednekar, Sanya Malhotra, Chitrangda Singh, Yami Gautam, Vaani Kapoor, Fatima Sana Shaikh, Kriti Kharbanda, Keerthy Suresh, Khushi Kapoor, Ibrahim Ali Khan dan ramai lagi. 


Dalam majlis tersebut antara project Netflix yang paling dinanti-nantikan ialah debut project Aryan Khan sebagai pengarah dengan siri The BA***DS of Bollywood. Netflix adalah OTT platform yang bertuah dapat menjadi debut platform kepada Suhana Khan dalam filem The Archies (2024) dan penampilan istimewa Gauri Khan dalam The Fabulous Live of Bollywood Wives (2020) dalam setiap musim. Ibrahim Ali Khan pula meneruskan legasi keluarganya sebagai romance hero bersama Khushi Kapoor dalam filem Nadaaniyan. 

Kebanyakan filem, drama dan talk show yang diumumkan belum mempunyai tarikh rasmi dan akan diumumkan kelak. So let's see senarai projek Bollywood di Netflix untuk tahun 2025. 

Filem

1. Aap Jaisa Koi: Filem romantik drama menampilkan R Madhavan dan  Fatima Sana Sheikh sebagai pelakon utama. 

2. Dhoom Dhaam: Pratik Gandhi dan Yami Gautam dalam filem romantik aksi yang akan ditayangkan pada 14 Februari 2025.  


3. Nadaaniyan: Filem arahan Shauna Gautam mengisahkan tentang Pia (Khushi Kapoor), gadis cantik dari Delhi Selatan jatuh cinta dengan Arjun (Ibrahim Ali Khan). Mahima Chaudhary, Suniel Shetty, Dia Mirza dan Jugal Hansraj juga menjadi pelakon sampingan sebagai ibu bapa Arjun dan Pia. Filem Nadaaniyan merupakan filem di bawah terbitan Dharmatic Entertainment milik Karan Johar. 

4. Jewel Thief - The Heist Begins: Filem arahan  Siddharth Anand yang popular dengan franchise YRF Spy Universe seperti Pathaan (2023) dan Fighter (2024) memilih genre heist-thriller yang menampilkan Jaideep Ahlawat dan Saif Ali Khan sebagai peneraju utama. Kedua-dua watak berminat dengan African Red Sun yang bernilai Rs 500 crore. Teaser  Jewel Thief- The Heist Begins menampilkan Kunaal Kapoor sebagai pelakon sampingan. 



Selain menjadi platform debut kepada pengarah Siddharth Anand, Marflix juga debut sebagai produser di Netflix. 

“We at Marflix are thrilled to make our streaming debut with Netflix through The Jewel Thief. This film has been a labor of love, combining action, suspense, and intrigue to craft an edge-of-the-seat cinematic experience. It’s a project that pushes creative boundaries with high-octane sequences, gripping storytelling, and breathtaking visuals.”

5. Test: R Madhavan bersama Nayanthara, Siddharth dan Meera Jasmine dalam filem sukan kriket drama.

6. Toaster: Filem komedi keluarga arahan Vivek Das Chaudhary berkisarkan tentang toaster mahal dihantar sebagai hadiah perkahwinan. Malangnya majlis perkahwinan tersebut dibatalkan jadi hadiah tersebut sepatutnya dipulangkan. 



Filem terbitan Patralekha ini menampilkan Rajkummar Rao, Sanya Malhotra, Archana Puran Singh, Abhishek Banerjee dan Farah Khan. 

Web Siri


1. Black Warrant: Siri intense thriller sebanyak 7 episod berdurasi 38 - 50 minit ini diadaptasikan dari novel Black Warrant: Confessions of a Tihar Jailer karya nukilan Sunil Gupta dan Sunetra Choudhury. Black Warrant menampilkan Zahan Kapoor, Anurag Thakur dan Paramvir Singh Cheema di bawah arahan Vikramaditya Motwane, Satyanshu Singh, Arkesh Ajay, Rohin Raveendran Nair dan Ambiecka Pandit. Black Warrant sudah mula ditayangkan sejak 10 Januari 2025. 

2. Akka: Siri bergenre period drama menampilkan Keerthy Suresh, Radhika Apte dan Tanvi Azmi diterbitkan di bawah syarikat produksi YRF Entertainment. 

3. Dabba Cartel: Siri jenayah drama yang bakal ditayangkan pada 28 Februari 2025 menampilkan barisan pelakon wanita hebat antaranya Shabana Azmi, Jyothika, Nimisha Sajayan, Shalini Pandey, Anjali Anand, dan Sai Tamhankar. Siri di bawah terbitan Excel Excel Entertainment turut menampilkan Gajraj Rao dan Jisshu Sengupta sebagai pelakon utama menjejak kegiatan 5 orang suri rumah yang melakukan keuntungan melalui bisnes dabba.



4. Delhi Crime Season 3: Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi (Shefali Shah) kembali bersama pasukannya menyelesaikan jenayah di Delhi. Musim ketiga menampilkan Huma Qureshi sebagai watak antagonis dalam siri popular Netflix ini. Sebelum ini Delhi Crime menggunakan kes jenayah kejam di India iaitu Nirbhaya case dalam musim pertama, Kachcha Baniyan dalam musim kedua dan kemungkinan besar kes Madam Sir sebagai plot utama dalam musim ketiga di mana sindiket human trafficking yang menculik remaja perempuan. 

5. Glory: Divyenndu, Pulkit Samrat dan Suvinder Vicky bergabung dalam siri pembunuhan misteri.

6. Mandala Murders: Sebuah lagi siri pembunuhan misteri dibintangi oleh Vaani Kapoor, Vaibhav Raj Gupta dan Surveen Chawla dalam watak utama. 

7. Saare Jahan Se Accha: Siri spy thriller berlatarkan 1970-an menampilkan Pratik Gandhi, Sunny Hinduja, Suhail Nayyar, Kritika Kamra, Tillotama Shome dan Rajat Kapoor. Misi para perisik ialah sabotaj program nuklear yang berbahaya. 



Siri Saare Jahan Se Accha terbitan Bombay Fables diarahkan oleh Gaurav Shukla dan skrip ditulis oleh Bhavesh Mandalia, Gaurav Shukla, Meghna Srivastava, Abhijeet Khuman, Shivam Shankar, Kunal Kushwah dan Ishraq Shah.

8. The BA***DS of Bollywood: Siri arahan Aryan Khan menggunakan plot struggling outsider ke dunia perfileman Bollywood. Masih belum didedahkan barisan pelakon, berapa episod dan tarikh tayangannya. 



9. The Royals: Ishaan Khatter terlihat tampan dan menawan sebagai putera raja yang jatuh cinta dengan CEO Work Potato, Bhumi Pednekar. Siri yang memaparkan kehidupan moden keluarga diraja dibarisi pelakon terkenal - Sakshi Tanwar, Zeenat Aman, Nora Fatehi, Milind Soman, Dino Morea, Chunky Panday, Vihaan Samat, Kavya Trehan, Sumukhi Suresh, Udit Arora, Lisa Mishra dan Luke Kenny.



Web siri yang elegan dan elit ini diarahkan oleh Priyanka Ghose dan Nupur Asthana. Priyanka Ghose adalah pengarah yang popular dengan siri 'The Night Manager' tayangan eksklusif Disney+ Hotstar. 

“Everybody loves a good romance. The Royals is a modern-day regal romance with a spectacular setting and a dazzling cast,” - Tanya Bami, Series Head Netflix India.

Filem Pendek

1. Anuja: Oscar-nominated American-Hindi film Anuja will be released on February 5. The short film features Ananya Shanbhag as Palak, Sajda Pathan as Anuja and Nagesh Bhosle as Mr Verma. 

Unscripted shows


1. Dining With The Kapoors: Setiap tahun Kapoor Khandaan akan berkumpul untuk meluangkan masa bersama di meja makan. Netflix membawakan siri eksklusif more like talk show tentang makanan dan bual bicara tentang kehidupan sebagai selebriti Bollywood.

Dining With The Kapoors menampilkan Kareena Kapoor Khan, Saif Ali Khan, Neetu Kapoor, Ranbir Kapoor, Riddhima Kapoor Sahni, Bharat Sahni, Manoj Jain, Nitasha Nanda, Agastya Nanda, Navya Naveli Nanda, Kunal Kapoor, Zahan Kapoor, Shaira Kapoor, Neila Kapoor, Jatin Prithviraj Kapoor, Kanchan Desai, Namita Kapur dan Pooja Desai. 

2. The Great Indian Kapil Show Season 3: Pelawak Kapil Sharma kembali ke Netflix bersama rakan-rakannya - Sunil Grover, Archana Puran Singh, Krushna Abhishek, Kiku Sharda dan Rajiv Thakuruntuk musim ketiga.


3. The Roshans: Kenali keluarga yang mempunyai bakat besar dan banyak menyumbang kepada industri Bollywood sejak tahun 1940-an dalam bidang musik dan lakonan. Siri ini menampilkan Rakesh Roshan, Rajesh Roshan, Hrithik Roshan, Pinky Roshan, Pashmina. The Roshans boleh distrim di Netflix sekarang.

4. Vir Das Fool Volume: Pelakon komedi Vir Das membawa penonton menjelajah dunia dengan  special shot di Mumbai, London, New York City dan Tokyo. 

Movie Review | Baby John (2024)

Sunday, 9 February 2025


Director: Kalees
Writers: Atlee, Kalees, Sumit Arora
Cast: Varun Dhawan, Keerthy Suresh, Wamiqa Gabbi, Jackie Shroff
Production Companies: Jio Studios, Cine1 Studios, Vipin Agnihotri Films, A for Apple Studios
Distributors: PVR Inox Pictures, Pen Marudhar
Genre: Action / Drama
Running Time: 161 minutes
Release Date: 25 December 2024
Trailer:


John D’ Silva (Varun Dhawan) menyara anak perempuannya, Khushi dengan membuka sebuah bakery di sebuah kawasan di pinggir bandar di Kerala. Kehidupan mereka serba sederhana dengan kehadiran seekor anjing bernama Tiger. Jackie (Rajpal Yadav) membantu John di bakery dan tinggal bersama mereka. 

Satu hari John dan Khushi tumpangkan Tara (Wamiqa Gabbi), guru kelas Khushi ke bandar. Di sana van John dilanggar oleh Boss (Jaffer Sadiq). Selepas kemalangan kecil tersebut, Tara minta John turunkan dia di balai polis berdekatan. Rupanya seorang gadis remaja yang diculik oleh Boss minta bantuan Tara. 


John cuba sebaik mungkin untuk tidak terlibat dalam kes tersebut lalu pulang ke rumah. Malangnya Boss dan konco-konconya menyerang dan mengugut akan mencederakan Khushi. Kesemua mereka dibunuh serta-merta oleh John. Mayat mereka dibuang ke sungai. Tara yang menyaksikan kejadian tersebut mencari tahu siapa John yang sebenarnya. 

Naskhah Baby John merupakan remake dari filem Tamil berjudul Their (2016) arahan Atlee. Filem aksi drama yang menggunakan Varun Dhawan sebagai pelakon utama memberi ruang kepada Kalees untuk debut sebagai pengarah di Bollywood sementara Atlee selesa sebagai penulis dan produser. 


Memandangkan I tak berapa gemar dengan style masala yang dibawa oleh Atlee mahupun Kalees, rasanya dah tak perlu tengok pun filem asal, Their sebab Baby John pun tak menarik. Olahan sutradara Kalees tak jauh beza pun dengan Atlee yang suka berlebihan dalam semua perkara. Awal tu I rasa macam bearable lah sebab Jawaan (2023) tak lah over sangat, rupanya tidak. 

Stunt dalam filem Baby John berlebihan dan brutal macam babak DSP Satya Verma (Varun Dhawan) bakar Ashwin (Armaan Khera) hidup-hidup atau babak dia bunuh penjenayah macam orang hilang akal. Kalau bukan sebab dia polis, Satya boleh jadi pembunuh upahan yang kejam. 


Geleng kepala tengok dia bunuh pegawai polis dan sangkut dekat kipas. Penjara dengan mahkamah bahagian jenayah boleh goyang kaki kalau DSP Satya yang buat kerja sebab tak ada penjenayah yang hidup kecuali Nanaji (Jackie Shroff) yang rela tidur dekat penjara dari diikat jamin. 

Happy tengok Rajpal Yadav dapat watak yang serius sebagai Jackie, keluar dari imej kelakar dan komedi yang dia bawa sepanjang karier dia. Tapi senasib lah dia dengan Wamiqa sebab pengarah beria tunjuk kedua-dua watak ni sisi cool dan gagah tapi bila berlawan tetap kalah sebab hero wajib datang selamatkan mereka berdua. 


Sinematografi filem Baby John menggunakan khidmat Kiran Koushik dan visual adalah antara department yang lemah. Pening kepala tengok kamera bergegar bila ada fighting scene. Bukan terkesan dari pergaduhan pun tapi sengaja dibikin gegar untuk tunjukkan crazy and mad tu. Babak DSP Satya dengan Nanaji berpusing-pusing tu sampai I sekali jadi pening. Unnecessary red lighting to show anger scene. 



Sepanjang 161 minit filem Baby John ni I happy bila tengok lagu Pikley Pom sebab Varun dengan Zara Zyanna comel sangat sebagai anak-beranak. Babak DSP Satya berjumpa Dr. Meera (Keerthy Suresh) pertama kali pun comel sebab romance memang forte Varun. Chemistry diorang awwdorable untuk ditonton tapi sakit jantung bila Nanaji datang. 

Tengok dekat hujung filem macam akan ada sequel atau universe di bawah production Atlee ni tapi kalau ada mungkin tak rasa nak tengok sebab stress. Hopefully movie romantic Varun, Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari akan naikkan nama dia balik lepas gagal dengan Citadel Hunny Bunny dan Baby John. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 4.2/10

Movie Review | The Sabarmati Report (2024)

Sunday, 12 January 2025


Director: Dheeraj Sarna
Writers: Arjun Bhandegaonkar, Avinash Singh Tomar, Vipin Agnihotri, Dheeraj Sarna (Dialogues)
Cast: Vikrant Massey, Raashii Khanna, Riddhi Dogra
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Drama
Running Time: 123 minutes
Release Date: 
Trailer:


Walaupun mendapat ancaman dari beberapa pihak, filem The Sabarmati Report berjaya diterbitkan walaupun diboikot semasa tayangannya. Filem yang menceritakan fakta dari kes kebakaran Sabarmati Express, sebuah keretapi yang membawa penumpang dari Ahmedabad mengorbankan 59 orang mangsa yang dikenalpasti dan sampai kini masih belum diketahui identitinya. 


Naskhah The Sabarmati Report bermula dengan babak dalam kamar mahkamah di mana pihak plaintif, EBT News menuduh Samar Kumar (Vikrant Massey) memburukkan imej news channel dengan menipu dan mereka cerita. Defendan pertahankan diri di hadapan Hakim lalu menceritakan semula apa yang terjadi di Godhra pada 07 Februari 2002. 


Walaupun keretapi Sabarmati Express mempunyai 22 unit gerabak namun hanya dua gerabak yang terbakar rentung hingga 59 orang terkorban dijilat api marak iaitu S-6 dan S-7. Gerabak selebihnya dibenarkan bergerak oleh polis yang mengawal keadaan di situ. Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kepada Samar dan juga news anchor, Manika Rajpurohit (Riddhi Dogra). 

Manika minta Samar rakam klip untuk dihantar ke EBT News kerana dia perlu pergi ke daerah lain. Terkesima dengan tindakan Manika yang cuba menyalahkan Kerajaan kerana tidak mengawal jumlah penumpang dalam keretapi tersebut, Samar soal siasat semua mangsa yang terselamat di hospital. Bila pulang ke Mumbai, Ketua EBT News, Rajeev (Digvijay Purohit) minta Samar hanya diamkan perkara tersebut dan ikut arahan senior. 


Sebaliknya Samar mengamuk lalu diberhentikan kerja. 5 tahun kemudian, Amrita Gill (Raashii Khanna) berjumpa dengan Samar untuk bantu dia sediakan laporan tentang kejadian negri Sabarmati Express. Kalau ingin tahu kebenaran tentang tragedi tersebut, Samar minta Amrita berhenti idolakan Manika kerana dia tak akan keluar dari kekeliruan untuk berpihak antara Manika atau kebenaran. 

Bila dah tengok full movie The Sabarmati Express, boleh faham lah kenapa Vikrant Massey bagitahu dia dapat threat calls dari beberapa pihak untuk tidak berlakon dalam filem tersebut. Selain The Sabarmati Report yang diterbitkan oleh Balaji Motion Pictures dan Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films, filem Accident or Conspiracy: Godhra (2024) juga diterbitkan menceritakan perkara yang sama selepas laporan dari Nanavati-Mehta Commission diterbitkan. 


Filem The Sabarmati Reports tidak berpihak kepada mana-mana agama yang terlibat dalam rusuhan tersebut sebaliknya cuma menceritakan fakta asal yang terjadi. Kalau tak ada orang macam Samar Kumar, Amrita Gill atau Mehrunisa (Nazneen Patni) rasanya sampai bila-bila fakta tentang insiden ni akan didiamkan. 

Tapi macam yang Samar cakap lah kalau dia berusaha bawa kes ni 5 tahun kemudiannya ke mahkamah, mungkin 5 tahun lagi ada suara lain yang akan bawa kebenaran ke platform lain. Makan masa 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun, kebenaran tetap akan muncul supaya keadilan terbela. Sifat kebenaran memang macam tu, walaupun didiamkan dia tetap akan muncul juga. 


Pace penceritaan The Sabarmati Express bergerak pantas walaupun menggunakan genre drama sebab ada banyak teori yang dikupas tentang insiden tersebut. Macam babak Samar dan Amrita persoalkan punca kebakaran menggunakan logik dan fakta forensik dalam koc S-6 dan S-7. Sama juga dengan babak interview dengan penduduk lokal di Godhra. Invested untuk tengok proses soal siasat tu sebab kita involved sekali, watak Samar dengan Amrita pun sama level clueless dengan audience. 

Lakonan Raashii Khanna sebagai wartawan muda di EBT News antara watak yang kuat dalam filem The Sabarmati Express walaupun banyak berkongsi screen dengan watak-watak utama yang lain. Berbeza lah lakonan dia dalam Yodha (2024) yang nampak clueless dan awkward walaupun pegang jawatan besar. Dalam ni watak Amrita terlihat hidup dan menjadi dinamik yang kuat di samping Samar.
 

Kelemahan filem The Sabarmati Express terletak pada editing yang beri ruang untuk watak Samar yang hidup sebagai kaki mabuk. Daripada panjangkan babak tu baik wujudkan babak Manika atau EBT News yang sentiasa memilih pihak untuk hidup selesa. Dari awal lagi dah nampak Manika berpegang dengan prinsip ‘berita adalah fakta yang dipilih untuk diterbitkan/diceritakan’. Kalau ada angle tu makin bertambah kuat rasa menyampah dengan news channel yang sentiasa mengejar rating. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10