Drama Review | Family by Choice (2024)
Saturday, 19 April 2025
Director: Kim Seung-Ho
Writer: Hong Shi-young
Cast: Hwang In-youp, Jung Chae-yeon, Bae Hyun-sung, Choi Won-young, Choi Moo-sung
Production Companies: SLL, HighZium Studio, Base Story
Distributor: JTBC
Genre: Romantic / Comedy / Drama
Running Episodes: 16 episodes (60-70 minutes per episode)
Release Date: 9 October – 27 November 2024
Trailer:
Kisah bermula dengan Yoon Ju-won (Oh Eun-seo) dan ayahnya, Yoon Jung-Jae (Choi Won-Young) teruja menerima jiran baru yang berpindah masuk ke rumah satu tingkat atas dari rumah mereka berdua. Ju-won sudah lama menginginkan seorang abang untuk diajak bermain dan melindungi dia ketika ayahnya keluar bekerja di restoran kalguksu.
Tanpa mereka sedar keluarga baru tersebut mempunyai masalah hingga mengakibatkan Kim San-ha (Shin Seo-woo) sentiasa dihurung rasa bersalah setelah kematian adik perempuannya. Ibunya, Kwon Jung-hee (Kim Hye-eun) mengalami kemurungan dan sering mengasingkan diri. Dia lari keluar dari rumah lalu mulakan kehidupan baru dengan lelaki berada.
Tidak lama kemudian wanita cantik bernama Kang Seo-hyun (Baek Eun-hye) datang bersama anak lelakinya, Kang Hae-joon (Choi Jae-yoon). Hajatnya untuk bertemu dengan Mr. Yoon kerana mereka dikenalkan oleh Madam (Sung Byoung-sook) supaya jatuh cinta dan berkahwin. Mr. Yoon telah kematian isteri dan memerlukan anak lelaki seperti yang diminta oleh Joo-won sementara Seo-hyun pula memerlukan suami.
Malangnya, Seo-hyun terpaksa minta bantuan Mr. Yoon untuk menjaga anaknya selepas dia pulang ke Seoul dan mencari kerja baru buat sementara waktu. Asalnya untuk tempoh yang sekejap tapi lama-kelamaan semua orang menganggap Hae-jun ditinggalkan oleh ibunya sendiri.
San-ha (Hwang In-youp), Ju-won (Jung Chae-yeon) dan Hae-jun (Bae Hyun-sung) sering meluangkan masa bersama sejak kecil hingga lah ke sekolah menengah. Ju-won hidup dengan keadaan yang dia impikan sejak kecil, mempunyai dua orang abang yang protective, sentiasa mengekori dia ke mana sahaja. San-ha popular kerana kacak dan cerdik sementara Hae-jun mempunyai rupa paras yang kacak dan aktif dalam bola keranjang.
Naskhah Family By Choice merupakan remake kepada drama China berjudul Go Ahead yang diterbitkan pada tahun 2020. Review ni solely based on drama Family By Choice arahan Kim Seung-Ho sebab I tak tengok lagi drama Go Ahead dan mungkin tak akan tengok dalam masa terdekat sebab tak mampu nak go through emotional roller-coaster dalam drama kehidupan trio ni.
Walaupun genre utama adalah romantic comedy tapi elemen family drama yang dimasukkan tak pernah gagal buatkan I menangis menerusi watak Jung-hee yang kejam. I faham dia kehilangan anak disebabkan kemiskinan keluarga tapi tak adil langsung dia lepaskan semua marah dan kecewa dia pada San-ha. I bersyukur San-ha tak sakit mental sebab tindakan ibu dia. Ibu yang patut jaga dan lindungi dia bertukar jadi musuh jangka masa panjang. Ingatkan lepas dia pergi tinggalkan San-ha, hidup dia akan tenang rupanya terus-menerus dera San-ha sampai dah bekerja.
Masa Mr. Yoon menangis sebab Hae-jun teragak-agak untuk buat keputusan dalam hidup pun babak emosi yang tak dapat ditahan. Penulis ceritakan karakter setiap watak dengan baik sampai kita mudah sangat nak faham kenapa sekian watak buat keputusan macam tu. Ini cuma terpakai untuk semua watak kecuali ibu San-ha.
I pilih untuk layan Family By Choice sebab ada Hwang In-yeop yang pernah popular dengan drama True Beauty (2020) dan Eun-seo yang pernah beberapa kali shoot Treasure Map dengan TREASURE. Harapan untuk In-yeop dapat berlakon sebagai watak utama dan dapat happy ending memang tercapai lah tapi watak San-ha tak lah mencabar sangat sebab dia seorang yang pendiam dan banyak memendam. Watak Juwon yang banyak menceriakan hari-hari San-ha dan pujuk dia supaya tak berahsia dengan semua yang peduli tentang dia.
“If you hide your feelings and act fine, I should smile like an idiot, thinking you’re fine? Were you going to hide everything. I don’t like it when you suffer. It breaks my heart.” – Yoon Juwon
Sebab drama Family By Choice ni I tertarik dengan Bae Hyun-sung sebab lakonan dia banyak bergelut dengan emosi yang ditanggung di antara ketiga-tiga watak utama. Macam Ju-won ada ayah dia yang sentiasa sayang dan manjakan dia. San-ha pula masih mempunyai ayah kandung dan juga ibu yang kerap melawat.
Hae-jun pula seorang diri dan menjadi people pleaser tanpa dia sedar sebab takut ditinggalkan oleh orang sekeliling. I tak setuju bila dia hilangkan diri sampai 10 tahun dan biarkan Mr. Yoon rindu padahal masa tu berharga sangat dalam kehidupan. Kadang cemburu sebenarnya tengok Hae-jun sebab dia ada Mr. Yoon yang ikhlas sayang dan jaga dia.
“He doesn’t need to be good to us. That’s not necessary. What parent expects his children to repay him for raising them?” – Yoon Jungjae
Casting directors really did a great job sebab setiap pelakon berjaya deliver watak masing-masing baik yang kanak-kanak, sampingan dan utama. Choi Won-young menyerlah sebagai bapa kepada Ju-won dan Hae-jun sampai teringat watak dia dalam Twinkling Watermelon (2023) dan Mystic Pop-up Bar. Dinamik Jung Chae-yeon dan Bae Hyun-sung sebagai abang dan adik pun terlihat natural dari awal drama sampai ke hujung. Cara diorang mengusik San-ha, melepak, bergaduh pun comel sangat.
Drama Family By Choice mempunyai kekuatan dan keunikan pada jalan cerita sebab memaparkan kesungguhan para ayah menjaga anak-anak selepas ditinggalkan oleh si isteri. Jarang nak tengok kasih sayang ayah sebagai tema utama sesebuah naskhah tapi Family By Choice mengetengahkan tema tersebut dengan bagus. Lakonan trio cilik cemerlang dalam ruang yang diberikan dan benda tu bukan sesuatu yang mudah sebab dari kecil lagi dah carry babak emosi yang berat tapi ketiga-tiga mereka did a great job.
Sinematografi Family By Choice kekal dengan template K-drama yang memaparkan keindahan landskap kawasan pinggiran laut di Korea Selatan. Walaupun hidup mereka bertiga nampak malang di mata orang lain tapi pengarah berjaya mencipta suasana kehidupan yang tenang dan menceriakan. Soundtrack mungkin tak ada yang meninggalkan impak cuma mendukung perjalanan cerita dengan baik.
Masa tengok babak San-ha pujuk Ju-won dekat luar kafe tu I rasa dah faham kenapa pengarah nak cameraman ambil shot dari setiap sudut watak utama. Bila camera ambil dari sisi kiri, nampak kacak. Ambil dari sisi kanan, nampak kacak. Dari depan apatah lagi, memang kacak lah muka Hwang In-yeop. Selam ani bila tengok rasa annoyed dengan peralihan kamera dari setiap sudut tapi it took Hwang In-yeop for me to understand this technique.
Review untuk drama Family By Choice ni mungkin agak bias lah sebab I suka Hwang In-yeop tapi I enjoy tengok 16 episod tu sebab semua watak dikembangkan dengan baik, setiap emosi dipaparkan dengan jelas dan bonding trio terlihat natural dalam setiap babak bersama.
p/s: Bae Hyun-sung tu macam Park Bo-gum tapi versi lebih manly. I hope ada producers yang nak diorang berlakon jadi siblings.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10