Showing posts with label drama China. Show all posts
Showing posts with label drama China. Show all posts

Drama Review | Under the Skin (2022)

Tuesday, 17 September 2024


Director: Xing Jian Jun
Writers: Wu Yao, Zhang Min, Jia Dong Yan
Cast: Tan Jian Ci, Jin Shi Jia, Baby Zhang, Zhu Jia Qi, Lu Yan Qi, Qin Hai Lu
Production Companies: Linmon Pictures
Distributor: iQiyi, Tencent Video
Genre: Crime / Thriller / Mystery
Running Episodes: 20 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 06 March 2022 – 16 March 2022
Trailer :


Pelukis muda bernama Shen Yi (Tan Jian Ci) menerima tawaran kerja sebagai sketch artist di Balai Polis Haicheng dan perlu bekerjasama dengan Inspektor Du Cheng (Jin Shi Jia). Di awal perkenalan mereka, ada saja tingkah laku Shen Yi yang nampak tak kena di mata Du Cheng kerana mereka mempunyai sejarah lama. 

5 tahun lepas ketika Detektif Lei Yi Fei menjadi undercover untuk operasi menangkap organisasi jenayah, tanpa sengaja Shen Yi telah mendedahkan identiti detektif tersebut melalui lukisannya. Shen Yi mempunyai kebolehan melukis rupa paras individu dengan hanya melihat beberapa titik penting pada wajah. Kerana kebolehan Shen Yi, Detektif Lei Yi Fei dibunuh oleh organisasi tersebut.


Inspektor Du Cheng syak Shen Yi juga terlibat dengan organisasi haram tersebut tapi tak ada bukti menunjukkan Shen Yi terlibat. Sebaik saja identiti Detektif Lei Yi Fei terdedah, Shen Yi juga diserang oleh organisasi tersebut lalu hilang ingatan akibat trauma. Dihurung rasa bersalah, Shen Yi cuba menebus dengan berbakti kepada masyarakat menerusi kebolehannya dalam seni lukisan juga serba sedikit membantu menyiasat kes pembunuhan detektif tersebut.

Naskhah Under The Skin menggunakan profesion sketch artist yang sentiasa menjadi watak extra dalam mana-mana naskhah bertemakan badan beruniform polis. Pertama kali tengok naskhah yang serlahkan kebolehan dan keupayaan pelukis membantu jabatan jenayah memberkas saspek berdasarkan ilmu seni yang dipelajari. Amazed bila tengok Shen Yi boleh lukis wajah saspek dari probability physical traits waris saspek macam dalam Episod 10. 


‘There’s a great difference between a sketch and real face. Just like the difference between a real coin and a coin in the water. Before the coin is taken out from water, what we see is just a mirage. We need time to get to the truth.’ – Shen Yi

Selain belajar ketika watak Shen Yi melakar wajah semasa bertugas sebagai polis, ada banyak juga ilmu kesenian yang dipaparkan dalam sesi kuliah Shen Yi sebagai tenaga pengajar di universiti. 


‘In the West many male artist would often paint the servant as a bystander because their main focus was on the beautiful Judith. But Artemisia Gentileschi was different. In her painting, the two women are allied, resisting the same evil force. In her eyes, women understand women. Women can protect women.’ – Shen Yi

Banyak juga fakta-fakta tentang forensik dimasukkan dari Inspektor Du Cheng dan beberapa watak lain supaya naskhah Under The Skin terlihat menarik dan informatif bila berlatarkan dunia polis jenayah. Tak banyak sangat babak aksi dalam drama terbitan Linmon Pictures sebab fokus pada Shen Yi yang banyak approach kes jenayah dengan cara yang lebih tenang dan memujuk. 


Dari cara Shen Yi dan Inspektor Du Cheng dah boleh nampak yang kedua-dua watak utama berbeza personaliti dan karakter tapi boleh bekerja bersama lepas selesaikan salah faham. Penulis tak biarkan kita pilih side dari awal sebab ada beberapa babak yang berteka-teki di antara dua watak tersebut. In fact, sampai ke hujung drama pun pilihan yang dibuat tu boleh berubah-ubah sebab kita masih dalam sesi mengenal watak-watak utama. Rasanya akan ada sekuel sebab ada beberapa rahsia dan persoalan yang masih belum terbongkar. 

Kekuatan drama Under The Skin bukan saja pada jalan cerita yang padu, mampan dan kreatif melalui kes-kes jenayah yang dimasukkan malah dinamik antara Tan Jian Ci dan Jin Shi Jia mengukuhkan alur cerita. Dari perbezaan mereka berdua, banyak benda yang berubah dalam hidup masing-masing. Penulis masukkan banyak momen supaya dua watak boleh serasi bekerja bersama secara natural sepanjang 20 episod tersebut. 


Memandangkan naskhah Under The Skin berkisar tentang dunia seni kreatif, sinematografi digarap dengan cemerlang lantas menghasilkan visual yang memukau sekaligus menghasilkan screenplay yang meninggalkan impak. 

Tak pasti lah Tan Jian Ci pandai melukis atau pun masuk bengkel untuk prep watak Shen Yi tapi gaya badan dia, lenggok tangan dan renungan mata dia menghidupkan lagi aura dan watak pelukis. Banyak juga method seni yang dimasukkan supaya kita tak bosan belajar. 


Penggunaan cahaya dan camera angle yang bersilih ganti antara close ups dan panorama juga memberikan impak pada beberapa babak. Yang pastinya, lagu tema naskhah Under the Skin dinyanyikan sendiri oleh Tan Jian Ci. Dah la kacak, pandai berlakon, pandai menyanyi pulak tu. Cumanya lagu tema dia ada vibe seram sebab nak match dengan montaj. 

Walaupun banyak positive side, tetap ada kekurangan lah bila misteri yang penulis masukkan di hujung drama tu mudah dijangka. Suntingan untuk beberapa babak pun mengganggu perkembangan watak dan cerita. Ada juga beberapa babak yang predictable tapi okay lah sebab both main leads served their best. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Drama Review | Amidst a Snowstorm of Love (2024)

Friday, 31 May 2024


Directors: Huang Tian Ren, Yu Bo
Writer: Mo Bao Fei Bao
Cast: Leo Wu, Zhao Jin Mai, Wang Xing Yue, Chen Jing Ke, Jiaxuan Wang
Production Companies: Tencent Penguin Pictures, Jay Walk Studio
Distributors: Dragon TV, Tencent, WeTV, Netflix
Genre: Romance / Drama
Episodes: 30 Episodes (40-45 minutes per episode) 
Release Date: 02 February 2024 - 18 February 2024
Trailer: 


Yin Guo (Zhao Jin Mai) dan adik sepupunya, Meng Xiaotian (Jiaxuan Wang) sampai di Helsinki, Finland lalu terperangkap dalam rebut salji. Kebetulan Wu Wei (Zifan Dong) yang menetap di situ mengajak mereka berdua untuk makan bersama sementara menunggu rakan baiknya, Lin Yi Yang (Leo Wu) sampai untuk turut serta. 

Jatuh hati pada pandangan pertama terhadap Yin Guo, Lin Yi Yang bantu dua beradik tersebut untuk dapatkan teksi menuju ke hotel mereka. Dari perkenalan mereka, Lin Yi Yang dapat tahu Yin Guo datang ke Hul untuk pertandingan snooker secara professional mewakili negara China. Disebabkan Xiaotian belum pernah ke negara luar, Yin Guo temankan adiknya dua bulan lebih awal sebelum pertandingan dan mula berlatih di negara tersebut. 


Nasib dia baik bila Lin Yi Yang kenal ramai orang di bandar tersebut dan memudahkan urusan dia sepanjang berada di sana. Yin Guo dan Xiaotian dapat menyewa di rumah yang sama dengan Wu Wei dalam masa yang singkat kerana Lin Yi Yang rapat dengan tuan rumah. Tak ambil masa yang lama untuk Yin Guo suka dengan Yi Yang kerana rupa dan peribadi lelaki tersebut. 

Satu hari, abang sepupunya, Meng Xiao Dong (Wang Xing Yue) datang ke Hul kerana risau Yin Guo tidak berlatih bersungguh-sungguh di sana. Setibanya di sana, Xiao Dong minta untuk berjumpa dengan Lin Yi Yang. Dari perbualan mereka baru Yin Guo tahu Lin Yi Yang adalah pemain professional snooker terbaik untuk negara China namun berhenti pada usia 16 tahun kerana sakit hati dengan keputusan pengadil. 


Puas senior dia, Jiang Yang (Chen Jing Ke) pujuk untuk pulang semula ke China namun Lin Yi Yang tak pernah ambil peduli. Satu-satunya cara Xiao Dong dan Jiang Yang nampak ialah dengan minta Yin Guo pujuk Lin Yi Yang ambil alih Dongxin Club di China. 

Drama romantik yang diadaptasikan dari novel Zai Bao Xue Shi Fen (Amidst a Snowstorm of Love) hasil nukilan Mo Bao Fei Bao mengangkat tema sukan billiard atau snooker yang dimonopoli oleh pemain dari negara China. Sebelum ni tak pernah tahu pun tentang snooker sebab tu bila tengok drama ni macam tercengang sikit. Tak tahu apa beza 8-ball, 9-ball, 12-ball lepas tu apa function bola hitam dengan bola merah, macam mana juri kira markah ataupun dos and don’ts pun tak diceritakan dengan terperinci. 


Patutnya penulis selit la juga pasal asas snooker sebab antara salah satu isu dalam drama ni adalah macam mana sukan snooker perlu diiktiraf standing suka-sukan yang lain. Lagipun tak salah kalau ceritakan dalam beberapa babak sebab genre drama ni adalah sukan. Babak yang tak perlu patutnya ganti dengan general knowledge ni baru lah rasa seronok bila match scenes muncul. Memang kitab oleh nampak lah hero dan heroin akan menang dalam setiap pertandingan tapi rasa saspens dan berdebar tu tak ada. 

Sembang pasal kisah cinta Lin Yi Yang dengan Yin Guo, watak Yi Yang boleh kata perfect man yang tak mungkin wujud dalam realiti. Mungkin ada lah kot tapi tak ramai. Stress sebenarnya tengok moment diorang berdua sebab tak banyak expressions dari male lead. Lakonan Leo Wu ni senada je cuma nampak berbeza bila Yin Guo buat perangai comel. 


Tapi bukan salah lakonan Leo Wu lah sebab karakter Lin Yi Yang memang pendiam lepas kalah sampai dia bawa diri ke Finland. Jatuh bangun dia dekat sana dia tanggung seorang diri. Kalau ada flashback pun, dia memang sejenis introvert sampai jurulatih dia, Mr. He (Jianyi Li) pesan jangan pendam masalah sebab dia takkan mampu tangung semua beban tu. 

Love language watak Lin Yi Yang dalam drama Amidst a Snowstorm of Love ni sejenis yang act of service dengan physical touch. Kalau Yin Guo bagi emoji love sampai penuh skrin, Yi Yang balas satu smiley je. Kita yang tengok rasa annoyed tapi tahap act of service dia top tier. Dia tak kisah drive berjam lamanya untuk Yin Guo, dia balik ke China untuk masa depan yang stabil demi Yin Guo dan banyak lagi lah dia buat dalam diam. Masa babak Lin Yi Yang kecilkan langkah bila berjalan dengan Yin Guo tu nampak lah dia korbankan masa untuk orang yang dia suka. Nak travel dari Hull ke Hursin pun sampai 7 jam tapi sanggup jalan perlahan-lahan supaya Yin Guo selesa. 


Mungkin ada yang annoyed lah bila watak Yin Guo tak mampu nak provide banyak tapi dengan usia dia yang muda, apa sangat dia boleh bagi dekat Yi Yang. Lagipun tu first love diorang so ada banyak benda masing-masing kena belajar. Watak sekeliling diorang pun supportive, bila Yin Guo clueless dengan perangai Yi Yang, senior yang lain tunjukkan jalan. 

I happy tengok babak Yi Yang lega Yin Guo tak mengandung sebab umur bakal isteri dia muda lagi untuk berkorban jaga anak. Masing-masing pun tengah fokus nak naikkan nama negara cuma both decide untuk kahwin awal supaya tak diganggu orang ketiga. 


Drama ni tak ada intimate scenes walaupun watak Yi Yang tu agresif sikit. Chemistry Leo Wu dengan Zhao Jin Mai kuat juga lah dan sebab chemistry diorang lah, kebanyakan scene jadi seronok sebab kalau guna pelakon lain rasanya dah tertidur tengok. Suka bila Yin Guo panggil Yi Yang sebab tona suara dia comel. No wonder lah Yi Yang senyum setiap kali dengar. Drama ni adalah drama kedua Jin Mai I layan lepas drama Reset (2022) Reset (2022) and for a easy breeze character like this, tak ada masalah untuk dia deliver. 

Jalan cerita drama Amidst a Snowstorm of Love dekat bahagian awal terasa draggy dan slowburn lah sebab dua-dua watak baru nak kenal tapi bila dah bercinta, jalan cerita mula laju dengan kehadiran beberapa pemain snooker. Actually, watak Jian Yang dengan Xiao Dong patut dapat screentime lebih tapi tu lah, screentime dah tak cukup untuk cramp dalam 30 episod. Drama ni kalau buat Season 2 pun okay jugak sebab semua pelakon ada high level visual. Means badan fit dan kemas rapi lah sebab semua atlet negara. Masa bertanding pun pakai vest, kemeja putih dengan seluar. 


Sembang pasal visual, wardrobe Yin Guo cantik dan bersahaja. Sesuai lah dengan karakter dia yang easy-going dan comel. Suka tengok wardrobe Xiao Dong sebab stylish, tak kisah lah siang ke malam dia tetap segak dalam suit. 

Sinematografi Amidst a Snowstorm of Love antara kekuatan naskhah romantik arahan Huang Tian Ren dan Yu Bo sebab bergantung banyak dengan landskap negara musim sejuk. Babak Yi Yang bercuti dengan Yin Guo di Lake Annecy tu paling cantik. Tak puas tengok moment main lead dekat situ sebab sekejap sangat. 


Kalau suka dengan drama Hidden Love (2023)Hidden Love (2023) tak mustahil lah boleh suka dengan drama Amidst a Snowstorm of Love cuma music album drama ni passable so for me, tak boleh lawan penangan Hidden Love. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Drama Review | Hidden Love (2023)

Sunday, 10 March 2024

Director: Lee Ching Jung

Writers: Zhu Yi, Shen Fei Xian

Cast: Zhao Lusi, Chen Zheyuan, Victor Ma, Zeng Li, Qiu Xinzhi, Wei Xiao, Qi Tianqing, Wang Yilan, Gu Shuqi, 

Production company: Wajijiwa Entertainment

Distributor: Netflix, Youku 

Genre: Romance / Drama 

Running Episodes : 25 episodes (45 minutes per episode)

Release Date: 20 June – 6 July 2023

Trailer : N/A

Hidden Love mengisahkan tentang perasaan suka dan cinta Sang Zhi (Zhang Xi Wei) terhadap Duan Jiaxu (Chen Zheyuan) yang pertama kali muncul dalam hidupnya ketika di sekolah rendah. Duan Jiaxu adalah kawan baik abangnya, Sang Yan (Victor Ma) dan merupakan rakan sebilik di universiti. 

Menginjak ke sekolah menengah, Sang Zhi semakin rapat dengan Duan Jiaxu kerana lelaki tersebut menjadi mentornya untuk subjek fizik. Kerana persahabatan mereka, Sang Zhi minta Duan Jiaxu berjanji supaya beritahu dia sekiranya sudah ada teman wanita kelak. Jiaxu pulang ke Yihe setelah tamat pengajian di Nanwu dan bekerja di sebuah syarikat sebagai game designer. 

Kerana perasaan dia terhadap Jiaxu, Sang Zhi juga ingin melanjutkan pelajaran ke universiti di Yihe dalam major yang sama. Malangnya dia terdengar perbualan telefon abangnya bahawa Jiaxu sudah mempunyai teman wanita. Terkilan dengan berita tersebut, Sang Zhi patah hati dan berhenti berhubung dengan Jiaxu tapi masih mempunyai minat dan impian yang sama. 

Di Yihe, mereka bertemu kembali setelah 2 tahun. Walaupun Sang Zhi cuba mengelak tapi ada saja yang buatkan mereka bertemu dan ketika itu juga Sang Zhi dapat tahu Jiaxu tidak pernah mempunyai teman wanita. 

Naskhah romantik drama Hidden Love yang diadaptasikan dari novel Secretly, Secretly; But Unable to Hide It karya nukilan Zhu Yi tak mempunyai konflik yang kuat pun hanya bercerita tentang perjalanan Sang Zhi mendapatkan cinta pertama dan terakhirnya terhadap Duan Jiaxu. Tenang sangat bila layan drama Hidden Love ni sebab penceritaan dia santai, sesuai dengan elemen romantik yang disuntik. Jadi terbuai dengan drama sebanyak 25 episod ni sebab penulis masukkan POV bercinta dengan lelaki green forest. 

Kekuatan Hidden Love terletak pada chemistry Zhao Lusi dan Chen Zheyuan yang bukan saja cantik dan sepadan malah mempunyai perwatakan yang sama. Sinematografi yang terikat dengan konsep romantik dan dreamy buatkan kita masuk ke dalam dunia mereka berdua tanpa sedar. Setiap episod tersengih tengok momen Duan Jiaxu dan Sang Zhi. 

'If you think that only kids can get to cry, then you can always be a kid. I'll provide for you.' - Duan Jiaxu

Drama Hidden Love tak sebanyak drama China yang lain yang rata-ratanya mencecah hingga 40 episod. Mungkin terbatas sebab tayangan rasmi di Netflix dan bukannya di TV. Sesuatu yang seronok untuk ditonton juga sebab drama Hidden Love ni bersih dan bersifat family-oriented. Bahasa tak kasar, konflik tak teruk walaupun Duan Jiaxu hampir kemurungan kerana masalah keluarga. Olahan pengarah buatkan filem ni tak terlihat berat dengan masalah hidup tapi pandang dari sudut yang lainnya. Tahu Duan Jiaxu murung pun bila dia monolog tentang perasaan dia terhadap Sang Zhi dalam satu babak. 

Seronok tengok drama Hidden Love sebab wardrobe fashionable sangat untuk watak Sang Zhi dan Sang Yan. Watak Duan Jiaxu cuma pakai biasa saja, sesuai dengan watak dia yang datang dari keluarga yang susah. But still looks good on him since he’s that handsome and rizz. Masa shooting drama Hidden Love ni ada masalah dari pihak produksi tapi Zhao Lusi pastikan yang drama ni tetap terhasil jadi kebanyakan outfit yang digunakan adalah dari personal wardrobe dia. No wonder lah Zhao Lusi selesa dengan watak Sang Zhi sebab terlahir dari personaliti asal dia juga. 

Disebabkan kekangan dana untuk drama ni juga, ketiga-tiga pelakon utama sumbangkan suara untuk koleksi lagu yang dihimpunkan sebagai music album Hidden Love. My personal favorite, lagu Forever Star - Zhang Yi Hao dan Be Your Light nyanyian Victor Ma. 


Drama Hidden Love antara naskhah yang menggunakan medium sebaiknya bila props yang dimasukkan menguatkan lagi penceritaan. Contoh macam babak Duan Jiaxu tersedar yang Sang Zhi salah faham dengan ayat dia. Dalam babak diorang reconcile, pengarah tunjuk ada buku yang Duan Jiaxu beli tentang kaedah komunikasi. Dalam babak lain pun boleh nampak macam mana hidup Duan Jiaxu berubah bila bercinta dengan Sang Zhi. Sebelum ni peti ais kosong tapi sejak bercinta dah mula ada strawberry dengan ice tea. Small action speaks volume. Eikksss!

Walaupun drama santai tapi lakonan semua pelakon sama ada utama ataupun sampingan deliver yang terbaik untuk watak masing-masing. Vibe dekat set mesti seronok juga sebab semuanya kenalan Zhao Lusi yang sudi bantu dia pastikan projek ni berjalan lancar. Pelakon kecil untuk watak Sang Zhi masa muda, Zhang Xi Wei pun pandai berlakon. Karakter dia sama macam Zhao Lusi, muka pun lebih kurang. Comel bila tengok sebab ada iras Chaeryeong ITZY.

Suka tengok siblings banter antara Sang Yan dan Sang Zhi sebab nampak natural sangat. Masa Sang Yan nak balik ke Nanwu tu, I pun join menangis sekali dengan Sang Zhi. Nak bagitahu kena buli, tak berani. Nak suruh stay, abang pula taknak stay sebab Yihe daerah kecil saja, tak banyak tempat menarik. Masa Sang Zhi menangis dekat airport tu pun sedih bila Sang Yan tak jadi nak marah. Punya lah terkesan bila adik dia patah hati sampai jadi overprotective dengan orang yang approach. 

Selain moment Sang Zhi dengan Duan Jixu sebagai penggerak cerita, momen Sang Zhi dengan Sang Yan pun menghiburkan juga. Sayangnya, spin off Hidden Love berjudul First Frost nanti tak guna barisan pelakon yang sama sedangkan Victor Ma cemerlang sebagai Sang Yan. 

Tak ambil masa yang lama pun nak habiskan drama Hidden Love ni tapi bila habis tu rasa kosong sebab dah habis dah rasa seronok tu. Lepastu repeat balik sebab berangan nak ada suami macam Duan Jiaxu. Lepastu ulang lagi dan lagi. The best C-drama ever!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | My Journey to You (2023)

Monday, 18 December 2023


Director: Edward Guo
Writer: 
Cast: Linghe Zhang, Esther Yu, Joseph Zeng, Duling Chen
Production Companies: 
Distributor: iQiyi, WeTV 
Genre: Romance, Drama, Action, Thriller 
Running Episodes : 24 episodes (45-60 minutes per episode)
Release Date: 02nd September 2023 - 15th September 2023  
Trailer :


My Journey to You mengisahkan tentang Yun Wei Shan (Esther Yu), assassin hebat dari organisasi Wufeng cuba untuk sertai keluarga Gong dengan menyertai pemilihan pengantin. Dalam penempatan Gong terbahagi kepada 4 keturunan – Shang, Jue, Zhi dan Yu. 

Keturunan Zhi pakar dalam menghasilkan racun dan senjata tersembunyi. Keturunan Shang pula pakar dalam menghasilkan senjata, keturunan Jue berurusan dengan dunia luar kerana ditugaskan untuk menjaga bisnes keluarga dan handal dalam seni pertahankan diri. Manakala keturunan Yu menjaga ketenteraman dalaman dan juga menjaga keturunan Gong. 


Han Ya Si (Omid) mengatur plan dan mengajar Wei Shan supaya terpilih sebagai pengantin kepada Gong Huanyu (Ji Ling Chen), anak sulung kepada Gong Hongyu (Ren Shan). 

‘The Gong family’s criterion for choosing brides is rather unique. Martial art sects usually like to form marriage alliances with the strong to expand their power and influence in the martial art world. But the Gong family, never covets the power of the bride’s family in the martial arts world. The Gong family doesn’t think highly of any sect. They don’t have many descendants. Therefore, maintaining their bloodlines has become their ultimate consensus.’ – Han Ya Si


Walaupun pemilihan pengantin tampak senang untuk masuk ke perkarangan Gong namun di awal lagi sudah bermula konflik untuk keturunan Gong kerana Wufeng sengaja sebarkan khabar angin terdapat assassin dalam kalangan pengantin tersebut. Dari situ Wei Shan tahu bukan hanya dia seorang yang dihantar oleh Wufeng untuk menjadi pengantin kepada Putera Muda Gong. 

Gong Zi Yu cuba menghalang sepupunya, Gong Yuan Zhi (Tian Ji Rui) supaya tak menggunakan racun kepada semua pengantin. Bagi dia, apa beza pembunuhan dengan seksaan jika mereka teruskan rancangan tersebut. Belum sempat Gong Zi Yu selamatkan semua pengantin tersebut, salah seorang pengantin bongkarkan penyamaran dengan sengaja. 


Baru saja selesai satu masalah, Gong Zi Yu kehilangan ayah dan abangnya kerana dibunuh oleh pembunuh upahan melalui racun dalam minuman. Gong Zi Yu syak Yuan Zhi ada dendam kerana mereka semua minum Herb Elixir yang dicipta oleh keturunan Zhi jadi mustahil boleh terkesan dengan racun luar. 

Kerana tragedi tersebut juga, Gong Zi Yu dilantik sebagai Sword Wielder yang akan menjaga Lembah Jichuen kerana Gong Shangjue (Ryan Cheng) masih belum pulang dari tugasnya. Makin bertambah tegang hubungan kedua-dua keturunan tersebut. 


‘Wufeng is eager to get rid of the Gong family. How can a weak Sword Wielder protect the bloodline of the Gong Family?’ - Gong Shangjue

Pengantin yang asalnya akan dikahwinkan dengan Gong Huanyu menjadi calon kepada Gong Zi Yu. Makin tinggi juga peluang Wei Shan untuk masuk dalam keluarga Gong kerana dia semakin rapat dengan Zi Yu. 


Penceritaan drama My Journey To You bermula dengan kisah yang dark dengan kewujudan Wufeng dan juga permusuhan dalaman antara 2 keturunan besar. Masuk ke tengah cerita bermula lah kupasan dan penjelasan dari penulis untuk beberapa misteri dan konflik yang berlaku. Dalam masa yang sama mengukuhkan lagi kisah cinta antara Zi Yu dan Wei Shan lantas menguatkan lagi watak mereka berdua kerana pada awalnya masing-masing terasa kosong dan akur dengan kehendak takdir. Semakin bersama, semakin mereka punyai semangat untuk hidup dan mencari identiti diri. 

Chemistry Linghe Zhang dan Esther Yu tak lah kuat sangat sebagai pasangan bercinta tapi mungkin juga sebab terikat dengan watak masing-masing yang mempunyai trust issues. Mungkin juga sebab tak minat dengan lakonan Esther yang tak mampu berekspresi seperti Shangguan Qian (Lu Yu Xiao). Shangguan lebih licik dapatkan apa yang dia nak tapi kelakar lah sebab terpaksa berebut perhatian dengan Gong Yuan Zhi. 


Sinematografi antara kekuatan drama My Journey To You di mana berlatarkan wuxia yang hidup di kawasan lembah. Kelebihan latar tempat yang wujudkan visual dreamy untuk babak romantik dan juga melankolik. Kebanyakan shot diambil dari pelbagai angle untuk mengukuhkan screenplay, ada masanya pengarah tease dengan shot yang fokus pada props atau menerusi transition pada babak tertentu. Kostum yang digunakan menarik perhatian macam koleksi hanfu Gong Yuan Zhi, jubah tebal kepunyaan Gong Zi Yu, hanfu milik Wei Shan dan kostumj watak-watak lain. 





Semua babak aksi yang dimasukkan mempunyai momen tersendiri supaya setiap pergerakan atau teknik yang digunakan mempunyai ruang untuk ditonjolkan lantas menghasilkan babak yang penuh bergaya. Slo-mo yang digunakan juga menguatkan lagi impak pada fighting scenes pada beberapa babak genting. At times I was invested with their moves and fascinates their fighting skills. Bukan saja gerak-geri menjadi fokus pengarah malah senjata yang digunakan oleh setiap watak juga diberikan perhatian kerana setiap watak mempunyai senjata tersendiri, sesuai dengan karakter dan kekuatan masing-masing. 

Setiap teknik martial arts juga diperkenalkan menggunakan tulisan pada babak tersebut tanpa perlu mana-mana watak menceritakan atau describe kepada penonton. Mungkin sebab nak jimat masa but somehow I lebih prefer gaya macam ni sebab sebagai manusia marhaen, teknik wuxia tu tak boleh dipraktikkan pun dalam dunia nyata.


Selain dari genre drama dan romantik yang diketengahkan, adegan lucu dihadirkan menerusi watak Gong Zi Shang (Jolin Jin), kakak kepada Zi Yu yang gedik dan suka mengacau Jin Fan (Sun Chen Jun). Seronok lah jadi watak dia sebab keturunan Gong tak perlu bijak atau handal berlawan pun jadi dia boleh ambil kesempatan untuk cuci mata. 

Boleh kata semua watak utama yang dimasukkan dalam drama My Journey To You dapat character development supaya penonton boleh kenal dan connect. Selain dari Zi Yu, suka juga tengok watak Gong Yuan Zhi yang selalu idolakan dan jaga Gong Shangjue. Dalam kesemua watak yang ada, dia je yang tak sibuk nak bercinta sebab masa dia banyak dihabiskan dengan bekerja dan jaga abang walhal abang dia lebih dari mampu untuk jaga diri sendiri. 


Walaupun pada awalnya Zi Yu selalu bertelagah dengan Yuan Zhi dan Shangjue tapi bila waktu memerlukan, mereka bertiga akan pertahankan Gong Family bersama-sama. Ada juga plot twist untuk konflik Gong Family pada Episod 22 hingga 23 tapi I suka penulis kuatkan lagi bond trio ni melalui ujian tu. 

Watak-watak antagonis dari organisasi Wufeng dari awal lagi dah digambarkan sebagai menggerunkan walaupun kebanyakan pembunuh upahannya cantik paras rupa kerana Wufeng memang ambil anak perempuan dari mana-mana kampung yang diserang kemudian latih jadi assassin. Dekat hujung drama ada pertempuran besar antara Gong Family dan Wufeng which is the most anticipated scenes in this drama. Cantik lah penulis build up saspens supaya klimaks terpapar dengan cemerlang. Backstory untuk Wei Shan dan Han Ya Si pun dibawa masuk untuk elemen drama. 


Drama My Journey To You antara drama berlatarkan wuxia yang menarik untuk ditonton walaupun pace dia ada masanya perlahan dan mempunyai jalan cerita yang mudah dijangka. Walaupun open ending, possibility untuk wujudnya musim kedua tu tinggi sebab janji Wei Shan belum terlaksana dan organisasi Wufeng belum lumpuh sepenuhnya. Kisah cinta Gong Shangjue dan Shangguan Qian pun baru bermula. I am sooooo ready for the sequel!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Drama Review | Reset (2022) 🔥

Tuesday, 19 April 2022


Director : Sun Molong, Liu Hongyuan, Suan
Writer : Qidaojun, Qiu Yujie, Suan, Huang Kaiwen, Yuan Jixi, Wei Shining
Cast :  Bai Jingting, Zhao Jin Mai, Liu Yijun, Liu Tao, Li Gan, Fan Shuaiqi, Yu Peishan, Huang Jue, Liu Dan, Song Jiateng, Ma Lan, Zeng Kelang, Zhang Xiqian
Production Company : Daylight Entertainment
Distributor : Netflix, YOYO official Youtube account
Genre : Mystery / Thriller
Running Episodes :  15 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 11 January 2022
Trailer : 


Lepas baca review Aienieka dengan Tiara, rasa tak sabar pulak nak tengok drama baru dari negara China yang bertemakan time-loop dan jenayah ni. Tertarik sebab tema time loop satu hal, tertarik dengan misteri whodunnit satu hal jugak. I suka kalau kena teka siapa pembunuh dan motif dia. 

Bermula dengan watak pelajar kolej Li Shiqing (Zhao Jinmai) yang terperangkap dalam time loop beberapa minit sebelum tragedi bas yang meletup di jalanraya akibat berlanggar dengan lori tangka minyak. Setelah kali kelima dia stuck dalam time-loop tersebut, Shiqing cuba selamatkan Xiao Heyun (Bai Jingting). Tanpa sedar, mereka berdua stuck dalam loop yang sama dan bergabung tenaga dan minda untuk mencari pembunuh dan motif tragedi bas No. 45 meletup tepat pada jam 01.42 tengahari.

  
Jarang nak layan drama China sebab kebanyakannya terlampau panjang sampai 40 episod tapi drama Reset ni cuma ada 15 episod dengan durasi 45 minit setiap episod. Penceritaan dia pun straightforward baik dipaparkan dari segi visual mahupun dialog perbualan antara watak macam scene Shiqing bagi keterangan pada Kapten Zhang (Liu Yijun) dekat hospital. 

Plot yang dikarang kemas tanpa filler atau sub-plot yang menyimpang antara kekuatan drama Reset. Walaupun ada beberapa scenes flashback tapi semuanya membantu penonton kenal dengan semua watak yang terlibat dalam tragedi tersebut. Boleh kata pengarah guna durasi yang ada dengan sebaiknya tanpa dedahkan misteri atau klu langsung sehingga tiba masanya. Macam mana Shiqing dengan He Yun clueless, macam tu jugak lah yang tengok ni. 


Chemistry dua pelakon utama pun sesuai sangat. Ada momen bila mereka tak sependapat tapi momen tu yang buat both of them makin rapat dan percaya satu sama lain. Happy bila setiap kali stuck dalam time loop both of them akan saling bantu each other dan jatuh cinta. 

I habiskan drama Reset terbitan Daylight Entertainment ni dalam masa setengah hari sebab geram nak tahu motif letupan tu. Kalau stop, mesti teringat pasal drama ni so baik habiskan terus je. Alang-alang nak anxiety kan, baik anxiety sekali jalan je. Bukan takat anxiety je, saspen dengan terkejut pun sama naik jugak sebab tengah layan tahu-tahu dah meletup dah. 


Kudos to cinematographer sebab VFX yang digunakan nampak real sebab tu jugak rasa invested setiap kali bas No. 45 tu meletup. Makeup team pun buat yang terbaik pada scene bas meletup dan Heyun dibawa ke wad kecemasan. Peritnya tengok satu badan dia melecur teruk walhal teksi yang dia naik tu jauh di belakang bas. Suka tengok montaj dia sebab relate dengan penceritaan bila bas dikurung dalam gelas kaca seolah tak boleh lari dari takdir. 


Drama Reset ni tak guna banyak kawasan untuk shoot pun sebab berlegar di kawasan bandar dan balai polis je tapi terpesona betul dengan kecantikan bandar tu sebab mesra pengguna dengan laluan pejalan kaki yang selamat dan jejantas cantik. Dekat bandar tu ada taman, dekat je dengan laut. Dah macam Han River dekat Korea. 

Bila dapat tahu motif letupan tu rasa nak marah sangat dengan tindakan pembunuh tu sebab tindakan diorang tak patut langsung. Memang lah dunia tak adil tapi kenapa nak korbankan orang lain yang tak berdosa? Benda dah nak jadi, redha je lah dengan ketentuan Tuhan. I might sound snobbish here but you guys have to watch this drama to know what I mean with this para. 


Selain dari mesej tersebut, penulis selitkan juga mesej sosial supaya pengguna siber tak keterlaluan dalam menilai perkara yang belum tahu dari kedua belah pihak. Cepat sangat menghukum itu ini sampai mangsa pula rasa terbeban sedangkan si pelaku hidup bebas. 

For me, I would easily put this drama as the best drama from China. I dah recommend dah dekat colleague supaya tengok drama Reset ni so you guys yang suka time-loop dan misteri pun kena tengok jugak! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Find Yourself (2020)

Sunday, 3 May 2020


Director : Ding Xinguang
Writer : Shui Qianmo, Wang Xiongcheng
Cast :  Victoria Song, Song Weilong, Zhang Yujian, Wang Yaoqing, Zhou Qiqi, Cai Yatong
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 41 episodes
Release Date : 26 January 2020
Production Company : Huace Media
Distributor : Netflix
Trailer : 


Bertemakan percintaan ‘Jiedi Lian’ yang bermaksud percintaan di antara wanita berusia dan lelaki muda, Fanxing (Victoria Song) bekerja sebagai Director Executive di Amazing Design jatuh cinta dengan intern Yuan Song (Song Weilong). Percintaan mereka berdua terpaksa dirahsiakan dari public sebab Fanxing stress dengan pandangan orang. Lagi pula bila ada pasangan jiedi lian di kawasan perumahan dia terpaksa berpisah sebab mak lelaki tu tak suka dan ugut nak bunuh diri. 

Song Weilong and Victoria Song in "Find Yourself" is Giving ...

Fanxing makin kusut bila Ye Luming (Wang Yaoqing), CEO company berusia 37 tahun, kaya dan segak jatuh cinta dengan dia malah pandai ambil hati keluarga dia. Yuan Song insecure bila Fanxing banyak kali ketepikan dia dalam banyak perkara. Sudah lah terpaksa sembunyikan status, Luming pula selalu dianggap boyfriend Fanxing oleh rakan sekerja dan jiran setempat. 

Kalau dah namanya drama, masalah bukan pada watak-watak utama tapi juga watak sampingan seperti kawan-kawan baik Fanxing. Song Xue (Zhou Qiqi) syak suami Xiao Yu (Cai Yatong) curang dengan perempuan muda di dance studio. Shen Fanfan cuma berpura baik sebagai suami untuk buang rasa bersalah dia kutuk isteri dan curang.


Dalam masa yang sama, Song Xue pula nak putuskan hubungan dengan boyfriend dia, Dongyang sebab dia dah mengandung. Sebab dah 10 tahun bercinta, dia masak benar dengan perangai Dongyang yang tak suka budak kecil. Sebelum sakit ditinggalkan Dongyang, baik dia minta putus dan jaga sendiri anak dia sebab dia yang pilih untuk simpan baby tu.


Asalnya nak tengok drama ni sebab Song Weilong handsome tapi tak sangka pulak jalan cerita dia best dan kelakar. Marathon 1 hari layan 41 episodes dengan speed 2.0x sebab drama memang pace dia slow sikit. Lagipun banyak scene draggy especially scene Luming membebel dengan kawan dia, Steven. Kalau lepak sembang macam mana nak sailang Fanxing je.


Walaupun Fanxing dah berusia 32 tahun tapi ni pengalaman pertama dia bercinta so banyak benda yang dia tak tahu. Karakter dia pula naïf so senang sangat lah kena tipu dengan Luming. Ada benda yang dia boleh elak tapi dia tetap nak mengharapkan Luming macam scene suruh Luming menyamar jadi pakwe dia dekat majlis reunion. Dia kata kawan dia tak perlu tahu personal matters dia tapi kenapa nak ajak Luming? Dah la tak bagitahu dekat Yuan Song. Macam mana lah Yuan Song tak insecure.


Tambah pula bila kembar Fanxing, Canyang (Zhang Yujian) buat andaian based on cerita Yuan Song. Tapi Canyang tak salah pun sebab dia buat teori pun dari cerita sebelah pihak. Bahaya kalau tak communicate and discuss dalam relationship tak kisahlah relationship apa sekalipun. Normal ataupun jiedi lian, tetap sama.


Browie points bila tengok drama ni banyak mesej boleh dapat baik dari sudut friendship, family ataupun percintaan. Plot twist drama ni pun best jugak bila tahu status Yuan Song. Sebab muka dia handsome dan pakai barang branded, ramai yang syak dia anak ikan sebab dia ada cakap dia buat part-time tapi tak ada yang tahu pun dia kerja apa.


Suka tengok wardrobe Victoria dalam drama ni. Cantik-cantik even pakai sport attire pun nampak cool and trendy. Cuma accessories dia je la tak berapa suka sebab dia jarang tukar anting-anting atau accessories lain. Pandai la director cari pelakon sebab Victoria jenis petite, dengan hairstyle dan makeup natural dia tak nampak berumur pun. Nampak sepadan je dengan Song Weilong.


Overall drama ni best walaupun tak puas tengok scene Fanxing dengan Yuan Song. Season 2 pun tak ada haihhhh 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10