Drama Review | Lockwood & Co. (2023)
Monday, 24 April 2023
Director: Joe Cornish, William McGregor, Catherine Morshead
Writer : Jonathan Stroud
Cast : Ruby Stokes, Cameron Chapman, Ali Hadji-Heshmati
Production Companies: N/A
Distributor : Netflix
Genre : Supernatural/ Mystery / Action-adventure/ Thriller/ Horror
Running Episodes : 8 episodes (37-49 minutes per episode)
Release Date: 27 January 2023
Trailer :
Hijab terbuka bukan sesuatu kelebihan atau anugerah yang disukai oleh semua orang. Kebanyakan kanak-kanak dan remaja dapat lihat hantu atau makhluk halus tapi semakin dewasa, semakin tertutup hijabnya. Dalam UK series, Lockwood & Co. anugerah yang ada pada golongan remaja digunakan sebaiknya untuk menangkap roh yang mengganggu manusia. Di bawah organisasi DEPRAC, semua ejen dilatih dan dihantar bertugas mengikut tahap kemahiran masing-masing.
Memandangkan zaman 90-an adalah zaman di mana negara baru membangun, ibu bapa di UK cari jalan mudah dengan menghantar anak remaja mereka bekerja sebagai ejen pemburu hantu. Nasib Lucy Carlyle (Ruby Strokes) juga begitu walhal dia takut dengan entiti tersebut.
Selepas tragedi yang menimpa batchmates dia, Lucy lari ke kota London dan bekerja di bawah agensi Lockwood & Co di mana Anthony Lockwood (Cameron Chapman) sebagai ketua dan George Karim (Ali Hadji-Heshmati) sebagai researcher. Kelebihan Lucy pula adalah dapat mendengar dan berkomunikasi dengan roh.
Kerana Lockwood & Co. adalah syarikat ejen yang kecil, Anthony berusaha untuk mencari tugas dengan upah yang besar supaya nama syarikat mereka dikenali dengan cepat dan mendapat ramai klien yang berduit. Lucy tak suka dengan cara Anthony dan tumpuan yang dia dapat dari pihak luar. George pula selalu berasa rendah diri kerana kemahirannya tak sehebat dua lagi rakan sekerjanya. Banyak konflik yang berlaku sama ada luar ataupun dalam syarikat Lockwood & Co ni. Mampu atau tidak mereka bertiga mengatasi masalah tersebut, kena tengok dekat Netflix lah.
Bila layan series dengan barisan watak utama yang mengetengahkan golongan remaja, dah boleh agak alur cerita mengandungi konflik cari pasal. Banyak juga babak yang menyakitkan hati terutamanya dari Lucy yang suka melenting. Macam babak Anthony bawa Lucy berjumpa dengan Flo Bones (Hayley Konadu). Faham, pendirian Lucy dan Flo tak sama tapi jaga lah adab tu.
Seronok tengok series yang berlatarkan dua alam yang berbeza tambah pula keunikan konsep yang mengguna ejen pemburu hantu yang membantu manusia. Cara ejen DEPRAC tangkap hantu pun berbeza dari apa yang I selalu tengok sebab diorang guna rantai besi, bom dan pedang aluminium. Bila ada pedang, boleh nampak lah semua pelakon kena masuk kelas supaya mahir fencing. Tapi tak boleh nak expect banyak sebab kebanyakan watak baru dibenarkan berlawan dengan hantu Jenis 1 dan Jenis 2. Action stunt yang dipaparkan nampak menarik dengan teknik kamera yang cantik untuk menghidupkan spektrum visual untuk beberapa babak.
Yang tak syoknya bila banyak sangat benda kena hadam untuk musim pertama ni. Banyak jargon pemburu hantu yang tak difahami jadi bila diorang menyembang tu macam lost sudahnya layan je sampai habis. Lagi satu hal bila penulis masukkan love angle antara Anthony dengan Lucy. Jenis tak relaks, baru jumpa dah nak bercinta. Tak seronok sebab kita tak nampak karakter dan personaliti Anthony macam mana sebab kebanyakan masanya dia follow je apa Lucy nak.
Hantu dalam series Lockwood & Co. ni tak menyeramkan pun tapi banyak terkejut bila pemburu hantu ni buat kerja. Kebanyakan hantu yang diorang jumpa adalah roh jahat yang berdendam sebab dibunuh oleh puak kultus. Hantu yang muncul guna khidmat khas VFX dan lebih berupa bayangan berwarna. Music score pula agak intense, mungkin sebab banyak kematian yang ngeri dan terlibat dalam pemujaan. Ada beberapa babak yang gelap dan suram dan mengganggu sebab tak nampak sangat apa yang watak tu buat.
Series Lockwood & Co diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama oleh Jonathan Stroud dan diterbitkan pada tahun 2013. Musim pertama menggabungkan dua buah novel iaitu The Screaming Staircase dan The Whispering Skull. Ada lagi 3 buah novel yang belum dimasukkan jadi Lockwood & Co akan ada musim kedua cuma tak pasti ambil terus 3 novel ataupun dikembangkan lagi secara terperinci. Banyak series yang rush dan cramped semua cerita dalam satu series sebab Netflix buat perangai tayang musim satu sahaja kemudian batal secara mengejut untuk musim seterusnya. Hopefully Lockwood & Co. tak terjerat dengan nasib yang sama.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 7.4/10