Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Book Review | MAWAR (2019)

Monday, 4 September 2023

Penulis : Anis Akhir

Penerbit : Dear Novels Sdn Bhd

Helaian: 263 mukasurat / 42 bab 1 epilog

Genre: Seram / Thriller

Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama – 2019

Harga: RM 24.00 (Semenanjung Malaysia), RM 27.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Sembilan mawar kucari...

“Nama saya Mawar Zulina.”

Lapan dari darah sendiri...

“Kenapa tok ma masukkan dua aje bunga mawar tu? Kan ada lagi tujuh botol.” Aina pelik.

“Dua bunga mawar tu aje yang elok. Yang lain belum kembang cantik lagi. Tapi, macam boleh buat untuk sebotol lagi ni,” jawab tok ma dengan senyuman misteri.

Satu lagi liar berduri...

Tiba-tiba satu suara gemeresik lagi halus kedengaran. Merdina mula cuak. Bulu romanya naik mencacak. Peluh-peluh mula terbit. Pelbagai andaian liar mula menapak di fikirannya. Perlahan-lahan Merdina meninggalkan dapur dengan degupan jantungnya yang mula laju mengepam darah ke seluruh tubuh.

Sanggup kutuntut sampai mati...

“Waalaikumussalam. Hati-hati di jalan nanti. Kalau ada yang nak tumpang jangan berhenti,” pesan gadis kaunter.

Terus berubah riak pada wajah masing-masing selepas menerima pesanan.

Review: 

Tengok cover novel MAWAR ni nampak ringkas juga memukau disebabkan penggunaan bunga mawar yang berdarah ditambah pula blurb yang menarik. Rasa tertarik untuk tahu apa kisah yang akan dibawakan oleh penulis Anis Akhir dalam kisah seram thriller. 

Latar masa untuk novel MAWAR ni agak lama sampai makan masa 100 tahun lamanya walaupun mukasurat tak lah tebal mana. Peralihan dari satu bab kepada bab yang lain tak ambil masa yang lama pun. Dari generasi sebelum Mawar Zulina, watak utama lahir lalu memilih ilmu hitam untuk kekal cantik dan berkuasa sehingga lah berjumpa dengan cucu-cucunya, Mawar Sakinah, Mawar Jannah, Mawar Anne, Mawar Amni, Mawar Aina, Mawar Aisyah, Mawar Atikah Mawar Tiara dan juga Mawar Merdina yang berkahwin dengan cucu lelakinya bernama Luqman. 

Idea untuk menghasilkan watak yang bertuhankan syaitan dan menggunakan bunga mawar sebagai signature tu menarik. Tapi kenapa bunga mawar tak pula diceritakan dengan baik. Di hujung cerita ada sejarah tentang bagaimana watak Surti dan Bunga terjumpa batu sakti yang menjadi bualan penduduk kampung. Juga macam mana Surti mampu terus mengekalkan kuasa sakti batu tersebut tanpa hidup melarat dek sumpahan tapi anehnya mangsa Surti bukan bernama Mawar jadi bagaimana peralihan dari mangsa random kepada mangsa bernama Mawar pun tak diceritakan juga. 

Like I've said earlier, latar masa dia lama tapi ada 263 mukasurat je jadi boleh nampak lah ada beberapa tempoh masa yang dipendekkan untuk beri laluan kepada beberapa latar. Dekat awal novel penulis ceritakan tentang kehidupan Mawar Zulina sebelum amalkan ilmu hitam kemudiannya berkahwin dengan pemuda kacak bernama Zulkipli. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang anak lelaki. 

Bila tragedi berlaku sampai Mawar Zulina bertindak untuk seru sesuatu dari alam sana, terus masuk ke latar masa di mana cucu-cucunya semua sudah membesar. Banyak juga lah persoalan timbul macam bagaimana kehidupan Mawar Zulina besarkan anak-anak lelaki dia. Kalau sumpahan tu tak menganggu, kenapa ada dialog Armawi risau mak dia ulang perangai lama? Kalau sumpahan menganggu macam apa yang Armawi risaukan, kenapa Armawi benarkan Mawar Atikah, Mawar Tiara, Luqman dan Mawar Merdina pergi ke Vila Sri Amah? 

Dekat plot tu dah nampak jalan cerita yang bercelaru. Kalau tengok pada bab sebelum tu, nampak keturunan Mawar Zulina ni menjaga ibadah sebab dah bercampur dengan keturunan lain dan duduk jauh dari Mawar yang amalkan ilmu hitam. Ada penulis ceritakan keluarga Luqman merewang dekat surau atau sembang tentang solat Subuh. Dekat hujung cerita pun ada part Huzair laungkan azan untuk buka pintu bilik yang terkunci kerana gangguan syaitan. 

Jadi membuka balik persoalan kenapa semua watak yang pergi ke rumah Mawar Zulina tak solat? Kalau cucu perempuan tak solat boleh terima lah sebab ada fasa datang bulan tetapi yang lelaki apa cerita pulak? Kalau dari hari pertama bermalam dekat rumah Mawar Zulina, confirm dah boleh syak ada sesuatu tak kena dekat vila tu. Kalau sekali azan pun dah boleh keluar bau darah, apatah lagi kalau solat kan? 

Alur cerita di bahagian awal novel tu dah seronok dah tapi bila masuk latar masa sekarang terutamanya bila semua cucu berkumpul di Vila Sri Amah dah mula longgar jalan cerita dan mengelirukan. Di bab-bab yang hujung pun dah mula bercanggah dengan bab sebelumnya sampai rasa malas nak ambik port dan habiskan bacaan supaya boleh tahu pengakhiran cerita. 

Sayanglah sebab cerita ni ada potensi tapi tak boleh pergi jauh. Gaya penceritaan penulis pun tak menarik untuk dibaca. Dalam satu perenggan ada banyak sangat pengulangan perkataan sampai jadi jelak. Sebab tu juga ambil masa sampai sebulan lebih untuk habiskan bacaan. Ni pun pulun habiskan juga sebab nak pulangkan dekat perpustakaan. 

1. Author +0.5, 2. Plot +0.3, 3. Genre +0.4, 4. Social Message +0.5, 5. Personal Thought +0.3 = 2/5

Book Review | Sedetik Lagi (2020)

Tuesday, 4 October 2022


Penulis : Auni Zainal

Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd

Helaian : 258 mukasurat / 28 bab 1 epilog

Genre : Misteri / Fiksyen / Drama

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Mac 2020

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

9 tahun Khalis terperangkap di masa lalu akibat diari merah itu.

Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.

Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?

Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.

Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?

Review:

Sekuel naskhah merentas masa melalui diari merah ajaib kini dikembangkan lagi perjalanan Khalis ke masa lalu. 9 tahun dia menderita seorang kerana takut diari ni akan diambil oleh Ghazali. Dia tak tahu apa akan jadi tapi dia sentiasa dihantui oleh mimpi ngeri tersebut. Sama macam Nadiah, Khalis juga merasa sunyi dan rindu. 

Selain kisah Khalis, Ghazali dan Nadiah yang pernah diceritakan dalam Sekali Lagi (2018), ada pertambahan watak Nik - remaja sekolah yang pintar, Liana – perempuan berumur 30-an dan juga Pak Cik Leh yang kelihatan uzur dan sentiasa memanggil anaknya, Tariq. Orang tua tersebut sentiasa menceritakan tentang arwah isterinya, Yah dan ada kalanya dia beri pantun 4 kerat yang sukar difahami maknanya. 

Bukan curang kuatur tertib, 

Mana muka dibawa pulang, 

Tertampan jalan pena mencatit, 

Bertitik-tolak kisah berulang.


Berdampil lemah bersanggit, 

Berpisah kuat bertentang, 

Elok lemah asal dipamit, 

Dari kuat ditinggal seorang.

Dari mereka bertiga lah Khalis tahu ada harapan untuk dia pulang ke masa sebenar tapi harapan tersebut agak tipis. Diari merah tersebut tak boleh ada pemilik baru selagi belum ada yang pulang ke masa asal. Dan kalau wujud pemilik baru maka mereka semua akan ‘terbang’ bersama pemilik baru. 

Nik agak baran orangnya sebab dia masih remaja. Kata Liyana, dia paranoid dan takut dengan gelap akibat merentas masa dan ‘terbang’. Kerana pertengkaran antara Nik dengan Khalis, mereka semua terbang lagi sekali kerana pemilik baru. 

Khalis dalam Sedetik Lagi agak jauh berbeza dengan Khalis dalam Sekali Lagi sebab Khalis ni lebih pesimis orangnya. Mudah putus asa juga sebab dia tak dapat berjumpa dengan Nadiah dan ragu-ragu dengan Ghazali. Lega bila dapat tahu Ghazali yang banyak ajar Khalis supaya pandang musibah ni sebagai ujian. Mungkin ada perkara yang Tuhan nak ajar ataupun tunjuk kepada Khalis. 

“Melepaskan tidak bermaksud pasrah. Kalau tawakal itu maksudnya tidak berbuat apa-apa, maka kita telah menganggap bahawa Tuhan itu tidak adil. Sedangkan Allah Maha Berkuasa. Dia menyusun takdir mengikut usaha yang kita lakukan pada hari ini.” – Auni Zainal 

Jalan cerita Sedetik Lagi lebih misteri dan kompleks sebab tak tahu macam mana mereka semua nak pulang ke masa asal. Nak bertanyakan pada Nadiah pun, dia sudah pulang ke sana tapi kalau ikutkan ada sebenarnya penulis dah bagi hint dalam Sekali Lagi cuma I je yang tak perasan. Mungkin terfikirkan sesuatu yang lebih kompleks juga kot. Tapi kalau bukan pun, I rasa ada part yang tak jelas macam mana Khalis dan Pak Cik Leh jumpa pen tu. 

Flow cerita dalam Sedetik Lagi ni agak berat sampai kena focus betul-betul dari awal sampai habis sebab ada banyak part ‘terbang’ dan kena baca Sekali Lagi dalam masa terdekat untuk faham apa yang mereka semua maksudkan. But all in all, semua pun dapat happy ending yang mereka nak. Nasib baik lah happy ending sebab sepanjang dua jilid ni rasa murung dengan keresahan masing-masing. Kita baca memang lah rasa sekejap tapi yang mengalami tu sampai makan tahun. 

Pokoknya, mesej yang I dapat lepas baca kedua-dua buah buku, I boleh kata yang hargailah waktu sekarang dan tak perlu risaukan sangat masa depan. Jangan pula terlampau berpegang dengan masa lalu. 

. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1 = 4.3/5

Book Review | Sekali Lagi (2018)

Friday, 16 September 2022

Penulis : Auni Zainal

Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd

Helaian : 333 mukasurat / 26 bab 1 epilog

Genre : Misteri / Fiksyen / Drama

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2018, Cetakan Kedua – Jun 2018

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

"Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!"

***

Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.

***

Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.

"Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni."

"Kenapa? Ada apa?" tanya Nadiah kebingungan.

"Bangun nak pergi sekolahlah. Kau mamai ek?"

"Sekolah?"

Review: 

Sinopsis membuatkan tertarik untuk baca kisah Nadiah yang merentas masa dan kembali ke zaman sekolah dia lantas dia berniat untuk ke Alam Shah untuk berjumpa suaminya, Khalis Effendi. Namun suaminya masih lagi lelaki yang tegas, skema dan garang orangnya. Sikit pun dia tak kenal Nadiah siapa. 

Nadiah yang sekarang kehilangan Khalis yang meninggal dalam kemalangan jalan raya, 8 bulan selepas kematian anak perempuan mereka, Tanis Yamnuska. Dek kerana saranan kawan baik dia, Dr. Ilyani, Nadiah menulis dalam sebuah diari merah supaya dapat kurangkan kemurungan yang dialami. Tanpa mereka sedar, diari merah tersebut mempunyai keajaiban dia tersendiri bila Nadiah balik ke masa lampau sebaik saja menulis tentang dirinya. 

Orang pertama yang dia jumpa adalah kawan baik dia di zaman sekarang, Ilyani tapi pada zaman sekolah, Ilyani bukanlah kawan baik dia. Bukan saja Ilyani malah semua orang menganggap Nadiah adalah pelajar yang gila. Kerana takut dan sunyi, Nadiah beranikan diri berterus-terang dengan Ilyani. Respon Ilyani, walaupun Nadiah dapat merentas masa tapi perjalanan hidup tak sama. Akibat perubahan pada zaman lampau maka berubah la juga di zaman dewasa Nadiah nanti. 

Menarik lah kisah Sekali Lagi karya penulisan Auni Zainal ni sebab jalan cerita fiksyen boleh diterima logik akal. Walaupun berlatarkan pelajar sekolah tapi watak utama ada sisi kematangan yang tinggi. Mungkin juga sebab pelajar sekolah pandai dan masing-masing ada tanggungjawab tersendiri. Macam Ilyani ada ibu yang sakit sementara Khalis pula galas tanggungjawab sebagai ketua pelajar SMITH. 

Masa baca novel Sekali Lagi ni tertarik dengan kisah cinta Nadiah dan Khalis tapi penulis banyak ketengahkan kisah mereka masa Nadiah merentas dan agak singkat diceritakan kisah sebenar mereka. Masa Nadiah merentas tu pun Khalis bukannya layan Nadiah sangat, pandang pun menyampah sampai kita yang baca pun jadi geram sebab tak tahu selama mana Nadiah boleh berada dalam dunia tu. Kisah Nadiah dengan Ilyani pun singkat sangat dan tamat secara mendadak. 

Kesian dengan watak Nadiah sebab diari merah tak bantu dia pun untuk hilangkan sunyi dan kemurungan. Makin bertambah murung adalah sebab dia tak ada kawan, tak ada siapa pun sudi dengar luahan hati dia yang rindukan suami dan anak. Dia pun tak boleh ubah apa-apa sebab akan bahayakan nyawa orang lain di sekeliling dia. Tinggi harga yang perlu dibayar hanya untuk berjumpa dengan Khalis dan belajar erti terima ketentuan juga ujian Tuhan dengan hati terbuka. 

Cumanya macam over jugak lah bila penulis masukkan angle gangster yang berdendam dengan Khalis tu sebab pengusaha makanan je pun, kemain beria berdendam. Mungkin lagi kena kalau masukkan watak antagonis dengan wujudkan geng buli. But that’s just my 2 cents. 

Plot twist usahawan tu pun macam singkat sangat dan tergesa nak habis. Mungkin penulis akan panjangkan lagi dekat sekuel kot. Tak sabar nak baca dunia Khalis yang berubah kerana diari merah pula dalam Sedetik Lagi. 

p/s: Terima kasih Perpustakaan Anggerik Mokara MBSA sebab sediakan bahan bacaan menarik ni!

1. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.7 = 4/5

Book Review | Kanvas (2017)

Tuesday, 21 June 2022

Penulis : Ayumi Syafiqah

Penerbit : Prolog Media

Helaian : 325 mukasurat / 44 bab

Genre : Thriller / Romantik / Misteri 

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Oktober 2017

Harga : RM25 (Semenanjung Malaysia), RM28 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis : 

If love is a mystery, would you risk yout heart trying to solve it?"

Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia 'hidup' hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.

Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.

Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya.

Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed.

"You, me and a mystery to solve."

Review : 

Bosan menghadap movie, tarik lah satu novel dekat dalam koleksi. Bila baca sinopsis rasa tertarik nak tahu kelebihan Idraki ni. Konsep dia lebih kurang sama dengan novel Ngeri (2011) karya penulisan Gina Yap Lai Yoong. Bezanya, watak Sam menulis kejadian tersebut manakala watak Idraki ataupun Ed melukis di atas kanvas ataupun buku lukisannya dan kemudiannya jadi nyata. 

Kerana satu kejadian misteri bila Ed terjumpa mayat di longkang kolej kemudiannya hilang, satu kampus label Ed sebagai psiko. Tak ada yang sudi berkawan dengan Ed kecuali Dom si penyampai radio kolej. Ed banyak habiskan masa dengan melukis di rumah ataupun di café milik ibunya, Lily. 

Di café tu juga Ed selalu nampak Kara yang selalu menyinggah berjumpa dengan ibunya untuk belajar tentang bakeri. Kara merupakan anak orang berada yang belajar dalam kelas yang sama dengan Ed tapi mereka tak pernah bertegur. Kara lebih banyak habiskan masa dengan buah hatinya, Zam dan kawan baik dia, Lisa dan Zea. 

Dah banyak kali lukisan Ed muncul di dunia nyata tapi lukisan yang satu ni mengubah takdir hidup dia bila Kara, Zam, Lisa dan Zea menjadi watak di dalam lukisan tersebut. Ed tak mampu kawal pun tangan dia untuk melukis bila ilham datang. Boleh kata dia cuma si pelukis semata dan berdasarkan lukisan dia tu lah dia tahu apa yang jadi. 

“Aku pun tak tahu macam mana aku boleh lukis benda tu. It was like I was possessed or something… - Ed

Sebab elemen misteri yang dimasukkan ni lah rasa tertarik sangat untuk tahu macam mana Ed nak kawal sekiranya ilham yang datang tu dalam bentuk musibah. Lagi parah bila melibatkan orang sekeliling dia. Kalau dia tak lukis boleh tak kejadian tu tak berlaku? Dan kalau dia berlaku, Ed ada daya tak untuk membantu mana-mana pihak. 

Selain dari misteri dan thriller dalam novel Kanvas ni, ada juga diselitkan elemen romantik untuk watak Ed dan Kara. Dari awal lagi dah boleh nampak yang Ed menaruh perasaan pada Kara sebab cara dia. Karakter dia berubah bila dengan Kara dan perubahan tu menarik untuk dibaca sebab tak terlampau drastik atau cringy. Realistik dan sweet. Slow and steady kata orang. 

‘Walau apa pun yang jadi lepas ni, kalau kebenaran akhirnya terbongkar, can you promise me to always stay by my side?” Kara

Novel Kanvas dibahagikan kepada 5 bahagian dan dua bahagian terakhir agak mudah untuk ditebak perjalanan cerita dia tapi masih lagi menarik untuk dibaca sebab nak tahu motif dan kesan daripada tindakan si pelaku. Gaya penulisan Ayumi Syafiqah pun santai dan cantik tersusun bila dia bina plot mengikut perspektif watak utama dalam novel Kanvas kemudian berubah mengikut situasi. Tak sedar pun dah habis baca 44 bab. 

Walaupun I suka sangat dengan novel Kanvas ni tapi ada part yang macam mehhh jugak lah bila masuk part Ed berbalah dengan Zea dalam kelas. Nampak sangat fakta tu copy paste ayat Google sedangkan perbalahan sesama sendiri bukannya present depan kelas pun. Boleh je kalau Zea dengan Ed bergaduh dalam Bahasa Melayu pasar. 

Anyone yang belum pernah baca novel Kanvas dan suka dengan genre romantic thriller boleh try baca kisah Ed dengan Kara ni. Tak sabar nak baca Kanvas 2.0!! 

1. Author +1, 2.Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.7 = 4.7/5

Book Review : Dunia Plot Twist

Thursday, 17 December 2020

Penulis :  Abstrakim

Penerbit :  Abstrakim Publications

Helaian :  201 mukasurat /  7 bab

Genre : Seram / Misteri / Thriller

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - Januari 2020 

Harga :  RM 24.90

Sinopsis :




Review : 

Sebelum baca buku ni ada ternampak thread kisah seram penulis Abstrakim karang dekat account Twitter dia. Dari segi penceritaan dan kisah seram tu sendiri nampak menarik lah. Tapi bila baca novel Dunia Plot Twist ni rasa nak marah pun ada, rasa menyampah pun ada, kelakar pun ada. Seram je takde. 

Dalam novel Dunia Plot Twist ni ada 6 kisah pendek yang pernah famous di Twitter dan Instagram katanya. Dan semua cerita pendek ni sebenarnya saling berkait bila di helaian Trivia akan diceritakan setiap watak dengan lebih jelas. Sebab dah banyak sangat plot twist so mungkin ada yang akan confuse tambah pula banyak sangat watak dekat dalam novel ni. 


Konsep yang Abstrakim bawa memang fresh dan unik tapi plot twist yang bermain dengan fiksyen ataupun hantu ni somehow predictable dan bila diulang-ulang kita pun jadi jelak nak baca. Stay sampai habis sebab nak tahu apa ending dan kisah kesemua watak yang wujud dalam novel ni je. 

Bila baca dekat Goodreads ada yang suka dengan penulisan Abstrakim sebab simple dan mudah faham bila keluar dari kepompong puitis dan ‘deep’. I tergolong dalam kelompok yang tak suka sebab penulisan dia tak menitikberatkan tatabahasa dan ejaan. Dekat bahagian awal novel nampak terjaga tapi bila masuk pertengahan sampai ke hujung novel, dah nampak penulis mula malas. 

Kalau dia nak berbahasa pasar then pilih bahasa pasar dari awal macam novel-novel yang dikeluarkan dari FIXI, Dubook, Tukul Chetak dan lain-lain. Kalau nak berbahasa baku seperti penulisan para penulis Karangkraf, Karya Seni, Kaki Novel dan seangkatan dengannya, menulis lah dengan bahasa baku. 


Jangan disebabkan publish di bawah publishing company sendiri tak diendahkan langsung kesalahan tatabahasa bila guna dua kata hubung yang sama dalam satu ayat. Penggunaan kata sendi tertukar dengan imbuhan, penggunaan kata nama am dan kata nama khas yang kurang tepat dan paling menyampah sekali bila penggunaan tanda baca terutamanya koma. Antara contoh ayat dalam novel Dunia Plot Twist: 

‘Masa saya diculik, saya perasan ada perempuan memakai baju putih dan matanya bewarna merah memegang tangan saya, selepas dia memegang tangan saya, muka nya berubah jadi macam saya dan keluar dari gudang ni.’ 

Yes, I know this is a review bukan cikgu tengah check karangan sekolah tapi susah nak pejam mata kalau banyak sangat kesalahan. Nak baca pun tak sedap. Harga novel ni pun lebih mahal dari novel indie yang lebih sedap penulisan dia walhal cuma berbahasa pasar. 

Fakta dalam novel ni pun boleh nampak yang penulis perlu banyak kaji lagi watak dan situasi. Untuk cerita yang berlatarkan sekolah mungkin cerita seram tu boleh diterima akal lah tapi kalau melibatkan badan berkuasa dan beberapa pihak atasan yang lain, boleh terjongket kening baca. 

Ada banyak point yang penulis boleh kembangkan lagi supaya tak nampak watak yang diceritakan seperti manusia yang dangkal dan percayakan hantu semata. Macam kisah Puan Juwita yang hilang ingatan kemudiannya diberitahu nenek kebayan bahawa suami dan anaknya adalah penyamar. 


Semua kisah dalam novel ni mungkin layak ada di Twitter atau Instagram sahaja. Ataupun mungkin target reader adalah murid sekolah dan bukannya pembaca dewasa. Anyway cover buku dengan warna yang dipilih nampak menarik dan sesuai dengan mood dan situasi Dunia Plot Twist. Nice touch dari penulsi memandangkan dia sejenis yang suka abstrak. Boleh nampak penulis seorang yang berseni dan kreatif orangnya. 

Katanya akan muncul Dunia Plot Twist kedua pula nanti. Hopefully penulis akan bergabung idea dengan penulis yang lebih senior dan berpengalaman dalam menulis novel supaya idea dapat berkembang jauh dan lebih menarik. 

1. Author +0.3, 2.Plot +0.7, 3. Genre +0.3, 4. Social Message +0, 5. Personal Thought +0= 1.3/5

Book Review : Memori Inara

Monday, 26 October 2020


Penulis :  Sara Aisha

Penerbit :  Karya Seni

Helaian :  702 mukasurat / 47 bab

Genre : Thriller / Misteri / Romantik

Tarikh Cetakan :  Cetakan Pertama – Jun 2019

Harga :  RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis : 

Review : 

Rasanya dah baca review dari blogger Thes dan Tiara and most of the readers dekat Goodreads memang bagi good review untuk buku ni. Even dari sinopsis pun macam cantik je jalan cerita dia. Sadly, somehow I tak mampu nak setuju dengan review yang I baca lepas spend a week reading Memori Inara. Walaupun ada trivia yang menunjukkan kajian dari penulis untuk isu stalking, amnesia dan trauma yang dialami, namun ada beberapa persoalan yang muncul. 

Latar masa untuk novel ni I assume dalam tahun 2018 sebab ingatan Inara pada tahun 2014 so I rasa masa tu masih belum melarat lagi masalah stalker dari social media ni. Tapi kalau masalah diekori ni rasanya boleh je buat report but yes, betul apa yang Inara stress sebab polis pandang enteng malah mengejek dia. Tapi dari status Inara, tak susah rasanya dia gunakan duit dan networking dia untuk minta bantuan dari Bukit Aman. 

Kalau pun tak dapat bantuan dari pihak berkuasa sebab Malaysia tak ada akta untuk hukum creepy stalker, dia kan ada Whatsapp chat stalker dia. Expose je lah dekat social media bagitahu yang stalker tu fitnah dia. Dalam ramai followers dia tu takkan lah tak ada yang mampu backup Inara? Seriouslah you guys underestimate kemampuan netizen? Zaman ni zaman Datin Alyah-Ramli MS kantoi dah kahwin, Dynas kantoi bercerai gara-gara netizen gigih. Setakat nak expose fitnah stalker ni apa lah sangat. 

Plot paling tak boleh terima sekali bila Gibran dengan penuh yakin kembalikan memori Inara pada tahun 2014 sedangkan dia belum wujud dalam kamus hidup Inara tapi Muzaffar. Lepastu nak cemburu Inara bagai nak gila cari Muzaffar. Ibu dia pun siap lempang anak sendiri sebab stress Inara dok sebut nama Muzaffar. 

Kenapa penulis seksa watak Inara macam ni? Put yourself in her shoes! Mesti lah dia cari Muzaffar sebab diorang tengah bahagia cari barang hantaran tau-tau dia kena hadam yang Muzaffar lelaki paling jahat di mata ibu dia tanpa bukti. Seksa tau putus cinta tapi tak dapat any closure. Tak semudah kata-kata Gibran untuk Inara terima dia dalam hidup sedangkan Inara cinta sangat dengan Muzaffar. Tak jumpa sebarang cela pulak tu. Sebagai neuroscientist dan doktor psikologi, takkan la dua watak ni tak fikir cause and effect untuk tindakan diorang? Manusia mana sama dengan tikus. I’m sorry for this tapi masa Gibran halang Inara masuk dalam bilik kerja dia pun dah boleh agak plot ni ke arah mana. Watak Muzaffar ada rasionalnya tapi watak Gibran tu dari awal lagi dah fishy habis. Tak tahu kenapa ada yang tergedik nak kahwin dengan lelaki macam Gibran. Creepy habis. 

Biggest loophole for me haruslah part Inara ada bukti pembunuhan keluarga Gibran tapi tak serahkan kepada polis. Video dan pengakuan dah cukup kuat untuk jatuhkan hukuman tapi tu lah novel kan, tebal pulak tu, kena la letak plot twist. Yet again, fails miserably. 

Kalau dekat awal cerita, stalker Inara terlepas dari undang-undang tapi dekat hujung cerita boleh pulak Dr. Isabel ugut nak serahkan Raslan kepada pihak polis sebab stalk Inara??? Masa watak Raslan muncul tu I nak tahu sangat cerita tentang stalker Inara sebab dia je yang ada pertalian tapi sayangnya penulis tak kembangkan watak stalker tu. Yang banyaknya cuma wild assumptions dari Muzaffar dan Priya, kawan baik Inara. Lagi kelakar bila Raslan benarkan girlfriend dia obses dengan Inara dan bukan dia. Weird pfftt

Pace novel ni sangat slow dan meleweh dengan monolog Inara tapi start build up bila muncul hantu perempuan berbaju merah tapi meleweh balik sampai menyampah bila Gibran dah jadi superhuman lawan semua villain. Who needs police anyway if Gibran exists? Now I know why girls need Gibran T.T

I suka dengan penulisan Sara Aisha and I think she did her best in her research for these issues. Terima kasih sebab gunakan medium dan platform dia untuk buka mata pembaca dan rakyat Malaysia supaya lebih cakna dengan isu stalking yang masih lagi belum dianggap jenayah di negara ni tapi plot dia terlampau messed up atas nama cinta seorang Gibran. I’m sorry :(

p/s : Kepada Isabel dan Gibran, tahun 2020 Drama Band release lagu Jangan Bikin Kerja Tuhan. Well obviously for a reason. 

Another side note : Review I based on pengalaman dan perasaan I. Review orang lain berdasarkan pengalaman dan perasaan orang lain. 

1. Author +0.5, 2.Plot +0.2, 3. Genre +0.2, 4. Social Message +0.2, 5. Personal Thought +0 = 1.1/5

Book Review : Nikina

Friday, 31 January 2020


Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 246 mukasurat 
Genre : Cinta/Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Mac 2019
Harga : RM 19.90

Sinopsis :



Review : 

Yeay me sebab dah berjaya baca novel baru Kak Neddo and yay jugak sebab buku ni best. Well at least for me. One of the reason Kak Neddo is my fav author sebab dia power genre romantic contemporary and the best part dalam karya Kak Neddo mesti ada ilmu baru dan plot twist.

Nikina mengisahkan tentang percintaan Nik dan Kina and obviously nama Nikina adalah gabungan dari nama both characters as explained in synopsis. Percintaan Nikina ni dari zaman sekolah menengah sampai lah sekarang. 

Apa yang membezakan kisah cinta diorang ialah bila Nikina ambil keputusan untuk kahwin lari dan stereotype masyarakat tentang kahwin di Siam dibincangkan dalam novel ni secara santai melalui dialog Nikina dan pakcik Kina. Sama juga dengan peranan suami isteri dalam perkahwinan masa di kursus kahwin.


Dalam kerisauan masyarakat sekarang bilamana kes cerai berlaku sebanyak 17,000 pasangan gara-gara masalah kewangan, Nikina antara pasangan yang berani hidup berdua dan mulakan tanpa support dari mana-mana pihak atau keluarga. Quite unbelievable to me sebab mudah sangat diorang dapat kerja dengan usia agak muda, 18 tahun. 

Walaupun Kina anak orang kaya tapi dia dibuang keluarga disebabkan keputusan untuk kahwin lari dengan Nik dan refuse untuk sambung belajar. Bagi Kina, tiada guna banyak harta tapi miskin kasih sayang. Cukup ada Nik dalam hidup dia, semua rasa sempurna. 

Nik pula dah rimas hidup dengan keluarga yang besar bila parents dia tak pernah ambil peduli pun perihal hidup dia. Sihat ke sakit ke hidup ke mati sama je bagi diorang. Hanya Huda, adik Nik yang ambil berat. Pemikiran Huda sama macam I, will question a lot of thing and realist. Tapi Nik seorang yang positif dan tenang. 

Kisah cinta mana tak dilanda ujian kan? Ujian Nikina bukan pada kewangan sangat tapi rahsia antara dua watak yang kuat ni. So this is when the plot twist happened. Dari awal cerita lagi penulis dah bagi hint untuk rahsia dan bermain dengan pembaca. Buat kita berteka-teki apa rahsia Nikina sampai buat mereka berdua ambil keputusan untuk berpisah. Tebakan demi tebakan dari awal cerita dibantu oleh watak-watak sampingan seperti Dini, Bun, Huda dan Kak Normah.


Dini ialah partner kepada publishing house Kina dan simpan perasaan dekat Kina. Kuat macam mana pun Dini try, Kina tetap tak boleh move on dengan Nik. Even dah jumpa Huda pun, Dini tak dapat cungkil rahsia perpisahan Nikina sampai la Kina sendiri buka mulut. 

Jalan cerita Nikina agak laju buatkan kita tak bosan bila baca. Tambah pula bila dekat hujung bab, penulis ada drop hint yang buat kita tertarik untuk terus ke bab seterusnya. Walaupun buku ni santai dan ringan tapi mesej sosial yang dibincangkan menyentuh isu-isu kekeluargaan, perhubungan, perkahwinan dan kehidupan. I seriously love their conversation and thoughts dalam novel ni. 

"Just because you handle things your own way, doesn't mean you're not doing anything, sayang."

"... Sometimes I don't get why you care so much about what people say --- but that doesn't mean you need to stop being who you are."

Sayangnya novel Nikina cuma menyentuh secara permukaan je baik mesej sosial mahupun karakter watak-watak yang ada dalam novel ni. Tak macam Kelabu dan Gantung, you guys will feel attached to the characters. Huda je la kot boleh relate sebab karakter dia agak strong dan realist. 


Somehow perjalanan rahsia Nikina pun agak lari bila plot masa dia mengelirukan. Rahsia Nikina pun tak digarap dengan baik, terlampau laju sampai rasa tak puas, ada something yang kurang. But still I love the novel, lari dari kisah romantik yang biasa. A must read!

1. Author +1, 2.Plot +0.6, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 4/5

Book Review : #Enam Darjah

Wednesday, 6 November 2019


Penulis : Nami Cob Nobbler
Penerbit : Lejen Press
Helaian : 223 mukasurat/ 32 bab
Genre : Remaja
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - April 2014
Cetakan Kedua – Oktober 2014
Harga : RM 20
Sinopsis : 



Review : 

Kalau tak pernah baca novel-novel karya Nami pun okay je nak baca sebab semua karakter was well explained dalam novel ni. Semua karakter dalam novel ni merupakan watak utama novel-novel sebelum ni. Ada juga novel yang belum baca lagi so identity watak tu tak dikenali sangat tapi tak menganggu pembacaan pun. 

Pengembaraan spontan dari beberapa watak untuk cari ilham buat album sebagai sebuah band waima masing-masing tak tahu entah tercapai ataupun tak impian tu. Makin jauh perjalanan makin kuat hubungan antara setiap watak. 

Bukan sebab makin rapat tapi masing-masing ada kenalan yang menghubungkan semua watak. Bila makin banyak watak dan pertalian antara satu sama lain didedahkan dalam novel ni, makin penat sebenarnya nak ingat semua watak dan hubungkait though it was well-explained. 

Dalam novel ni tak ada centric character sebab setiap watak ada babak tersendiri so this is another reason why penat nak baca sebab you kena ubah mode bila masuk chapter baru. Ada certain chapter I kena recall balik watak sekian sekian character dia macam mana. Tapi bila dah malas, layankan je cerita tu. 

Novel ni ada juga flashback so plot masa dia memang sangat banyak dengan lokasi yang berbeza. Boleh kata buku ni memang meriah lah. 

Gaya tulisan Nami antara sebab utama kenapa pilih novel ni untuk dibaca, tak pernah mengecewakan walaupun sarat dengan watak-watak utama dan melankolik yang berkisarkan kematian. Ada beberapa pendirian yang buat kepala mengangguk mengiyakan. 

Recommended untuk yang suka tulisan Nami, not so recommend kalau belum baca novel yang lain sebab novel ni lagi best baca kalau tahu cerita. 

1. Author +1, 2.Plot +0.8, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1= 4.5/5

Book Review : Buruan

Friday, 18 October 2019


Penulis : Aiman Hazziq
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 268 mukasurat/ 40 bab
Genre : Misteri
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Disember 2016
Cetakan Kedua – Januari 2017
Harga : RM 20
Sinopsis :


Review

Cerita yang menarik di antara watak Hanafis dan Mikail walaupun tak pernah berjumpa tapi penulis bercerita tentang pergelutan dan kekecewaan dua watak sampai masing-masing buat keputusan untuk ubah hidup dengan cara yang agak kreatif? Idk how to describe exactly.  

Dalam cerita ni, penulis bermain dengan 3 kisah sebenarnya – Masa silam Hanafis, masa sekarang Hanafis dan masa sekarang Mikail. Agak berat jugak lah kalau tak fokus sebab ada certain bab di pertengahan cerita digabungkan dua latar masa yang berbeza.

Bila dah habis baca rasa macam lost sekejap sebab nak cuba ingat balik certain part dan fikir dengan logik akal tapi tak dapat sebab tak ada logik di situ. Lepastu rasa tak adil gila hidup ni untuk watak Mikail. Sangat tak adil. Nasib cerita ni fiksyen je, kalau tak dah frust dah dengan hidup haa gittew. I je kot yang emosi lebih pfft


Novel ni agak menarik lah untuk dibaca sebab awal cerita banyak tergelak dengan gelagat Hanafis bila dia berjaya lari dari balai polis walaupun ada certain part macam tak perlu je untuk angkat diri sendiri dan menyampah dengan perbuatan jahat dia.

Paling suka watak Mikail sebab dia watak yang baik, penyayang dan setia orangnya. Tak pernah ambil kesempatan walaupun berharta dan rupawan. Happy bila baca part dia dengan Sally sebab comel sangat. Since novel ni under publisher FIXI, tak wujudlah istilah kehidupan comel macam novel under publisher Karangkraf atau Kaki Novel.

But again, hilang logiknya di sini bila Sally yang awalnya boleh cari Mikail walaupun jauh berbatu hanya dengan bau Mikail tapi tak mampu cari bila Mikail dah ubah kehidupan secara kreatif sebab bau Mikail tak mungkin hilang dalam sehari.

Antara faktor novel ni habis dibaca sebab penulis guna penggunaan bahasa yang biasa. Tak ada berbunga sangat ataupun quote acah deep. Curious nak tahu bila Hanafis dengan Mikail akan berjumpa pun satu hal jugak. Pandai penulis simpan sampai habis cerita walaupun watak Zalea tu dah boleh teka dia sebenarnya siapa dan apa nawaitu dia dari awal kemunculan lagi. Tapi itulah lelaki ni pantang jumpa perempuan cantik, mesti jadi bodoh.


I seriously have my fun time reading this novel tapi tu lah, plot twist dia buat keseluruhan cerita nampak tak masuk akal langsung walaupun cerita ni fiksyen. Tak tahu lah nak recommend ke tak hshshs kbai

1. Author +1, 2.Plot +0.4, 3.Genre +0.6, 4.Editing +0.4, 5. Personal Thought  +0.6= 3/5

Book Review : Mental

Monday, 2 September 2019



Penulis : Shaz Johar
Penerbit : FIXI
Helaian : 299 mukasurat/ 36 bab
Genre : Misteri
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – November 2012
Cetakan Kedua – Disember 2012
Cetakan Ketiga – Mac 2013
Cetakan Keempat – April 2013
Cetakan Kelima – September 2013
Cetakan Keenam – April 2014
Cetakan Ketujuh – Mei 2014
Harga : RM 20
Sinopsis :

 

Review:
Antara novel betseller circa 2012 hingga 2014. Baru sekarang dapat baca kisah di sebalik Mental ni. Mengisahkan tentang Maya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Jin, Sierra dan dua orang anak – Rashid dan Nia.

Cerita bermula bila Maya larikan diri dari rumah gila bila dia dah tak tahan dan jumpa dengan Kisha di bus stop yang dah 5 tahun tunggu kekasih hati datang. Maya rasa Kisha buat kerja sisa-sia tapi Kisha okay je sebab dia dah biasa hidup macam tu.

Maya pun buka cerita tentang kehidupan dia di rumah gila sebab dia nak share beban yang dia tanggung. Lagipun dia bukannya jumpa Kisha lepas ni sebab tu syarat dia bercerita. Kalau jumpa pun buat tak kenal je.

Tuan Jin bukan setakat majikan dia tapi ada hubungan sulit juga dengan Maya. Setiap hari jam 11 pagi Tuan Jin akan balik untuk dapat ‘habuan’ dia. Puan Sierra pula selalu sakit dan busy dengan kerja dekat luar. Rashid ada penyakit BIID – Body Integrity Identity Disorder bila dia benci dengan mana-mana anggota tubuh badan dia. Macam kes Rashid dia benci dengan tangan kanan dia sebab dia kata tangan tu buruk dan kepunyaan hantu. Nia pula cuba untuk belajar agama Kristian.

Image result for biid

Hari Maya penuh dengan kerja rumah dan kena layan kerenah semua ahli keluarga Tuan Jin. Hari cuti pula dia luangkan masa dengan Benjamin, jiran sebelah rumah yang syok dengan dia. Maya suka jugak tapi takut kalau Tuan Jin dapat tahu. Tambah pula Rashid bagitahu Benjamin bunuh orang gaji dia, Yanti.

Rashid selalu ugut Maya untuk potong tangan kanan dia kalau tak, Rashid hantar gambar Maya dengan Tuan Jin tengah overtime. Dalam usaha untuk ubatkan Rashid, Dr. Salman cuba untuk berjumpa dengan Maya sebab nak korek tentang Raudhah yang hilang beberapa tahun yang lalu.

Jalan cerita first half novel Mental ni banyak berkisar tentang keluarga Tuan Jin dan hubungan Maya dengan Benjamin. For me, watak Maya agak annoying. Dia nampak macam konservatif dan orthodox tapi justify perbuatan diri dia supaya nampak normal padahal dia pun sama gila je dengan keluarga Tuan Jin.

Entah apa masalah dia dengan Puan Sierra entah. Kalaupun Puan Sierra nak bercerai dengan Tuan Jin tu bukan masalah dia. Bak kata Puan Sierra, kalau dia tak dapat companionship dari Tuan Jin macam apa yang dia harapkan di awal perkahwinan, kenapa Maya nak sibuk? Maya jugak perosak kebahagiaan Puan Sierra dan Tuan Jin.


Penulis terlampau banyak elaborate details yang tak perlu sampai rasa draggy bila baca novel ni. Sudahnya baca dialog je itupun menyampah dengan karakter Maya sebab monolog dan dialog dia tak bagi impak kepada cerita pun. Cuma merapu dan bermain dengan perasaan sendiri je.

Sayang sebab penghujung cerita ni ada plot twist yang agak mindblowing walaupun predictable dekat beberapa bab sebelum tu. Nak sampai ke penghujung cerita tu agak seksa lah sebab nak kena hadap perangai Maya dulu. Suka baca part Maya dengan Benjamin sebab watak Benjamin agak cantik diolah, nampak bijak dan penyabar.

All in all I lega dah habis baca novel ni. Kalau penulis kembangkan banyak sikit cerita di hujung dan tambah lagi misteri Raudhah dan Maya, tambah lagi part Benjamin maybe lagi menarik. Hujung cerita je ada genre misteri tu, awal cerita lebih kepada drama dengan vulgar scenes which not so recommended.

1. Author +0.6, 2.Plot +0.5, 3. Genre +0.5, 4.Social Message +0.2, 5. Personal Thought  +0.4= 2.2/5

Book Review : Parcel - Simon Malik

Thursday, 8 August 2019


Penulis : Simon Malik
Penerbit : FIXI
Helaian : 305 mukasurat / 32 bab
Genre : Thriller/Misteri/Aksi
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - September 2017
Harga : RM 18.60
Sinopsis :


Review : 
Novel genre thriller misteri ni mengisahkan tentang ikhtiar Faisal untuk selamatkan diri dia, Syaza dan isteri dia, Anis dari cengkaman Decartes. Kalau ikutkan cerita penulis, Decartes ni penjenayah level paling tinggi dan agak dark sampai pihak tentera terlibat sekali. 

Ceritanya bermula bila Faisal dapat arahan untuk bawa parcel yang dibalut dengan plastic jernih ke atas pelantar minyak di Sarawak. Selalunya dalam masa 3 hari, selepas siap install line internet, Faisal dah dibenarkan balik rumah tapi kali ni Faisal kena stay sampai seminggu. 

Image result for pelantar minyak di sarawak

Asalnya rindu dan kesian pada Anis tapi berubah marah dan kecewa bila Faisal dapat mesej gambar Anis keluar jumpa ex-boyfriend dia, Fad tanpa maklumkan kepada Faisal terlebih dahulu. Sudahnya Faisal luangkan masa dengan Syaza, housemate crush Faisal, Dhiya masa di Perancis dulu. 

Dalam masa yang sama lanun Laguna di bawah arahan Decartes tengah plan macam mana nak serang kapal Faisal untuk curi parcel dalam jagaan Faisal tanpa cederakan sesiapa tapi last minute plan berubah sebab Ran, ahli Decartes cuba tunjuk lagak. Tanpa diorang sedar, Faisal dah buka dan masukkan virus dalam USB yang ada dalam parcel tu. 
Image result for usb

Anis pula lepas jumpa Fad sakit hati dengan suami dia bila nampak caption Syaza di IG dan tag Faisal. Dia dah syak Faisal curang. Dapat je call dari Faisal memang bergaduh besar lah. Niat asal Faisal call Anis supaya berhati-hati sebab banyak benda pelik sejak boss Faisal arahkan bawa parcel ke laut. 

Masa hari kejadian, lanun Laguna gagal curi parcel tapi terpaksa culik Faisal dan Syaza dan campak ke laut dalam. Bila jadi kes macam ni, pihak maritim dan tentera terpaksa masuk campur dan siasat Anis. Fad in charge operasi ni dari pihak tentera. Faisal dengan Syaza pulak terpaksa survive di pantai sunyi sementara tunggu ada bantuan datang ataupun ajal yang datang dulu. 

Image result for pantai terpencil sarawak

Jalan cerita Parcel ni awalnya menarik tapi bila dah masuk part Faisal dengan Syaza terdampar di pulau dengan lanun Laguna tu dah mula hambar dah. Actually dari awal pun dah hambar tapi isi kandungan parcel tu yang buat rasa curious sangat tu. 

Most part banyak yang vulgar dan penuh dengan adegan seks sebab lanun Laguna ni cuba untuk jual dadah jenis baru – rape drug. Bila orang tu minum dia akan capai tahap khayal untuk puaskan nafsu dia. Macam Viagra je bunyi dia tapi lagi ekstrem walhal kalau consume Viagra berlebihan pun dah boleh mati sebab ubah temperature badan jadi panas. 

Image result for viagra

Doesn’t make sense kenapa lanun Laguna ni nak jual rape drug sedangkan Viagra boleh dapat free dekat klinik. Tak tahu la kalau info ni salah sebab I tengok dalam drama but still why waste energy on something yang dah memang ada dalam market lol.

Dekat hujung cerita ada lagi satu pihak yang jaga Faisal tapi tak didedahkan siapa dan latar belakang organisasi dia apa. Tiba-tiba datang, tiba-tiba hilang dan tiba-tiba jugak pihak kerajaan pun terus stop awasi Faisal. 

Tak tahu apa masalah penulis dengan watak Fad sebab penulis agak kejam dengan watak Fad dalam crita Parcel ni. Dia mula dengan gambarkan Fad sebagai kejam sebab tinggalkan Anis untuk perempuan lain lepastu kembali kacau hidup Anis, bantu Anis dalam misi Faisal, selamatkan Faisal then kena bunuh dengan kejam. 

Kalau ikut gaya penulis dia macam nak Faisal end up dengan Syaza, Fad dengan Anis tapi dia makin serabutkan cerita tu lepastu I dah give up. Baca cuma nak habiskan cerita je. Ikutkan gaya ending Parcel ni macam akan ada sequel tapi I tak rasa nak baca sequel dia sebab this one pun huru-hara. 


Geram dengan perangai Anis pun ye jugak bila dia tak bertindak sebagai manusia rasional bila dalam situasi pelik pun dia boleh jadi bangang. Suami dia hilang, dia boleh buang klu penting untuk selamatkan suami dia. Guys, please take note yang subjek Geografi tu penting ye dalam kehidupan. Paling tidak pun ambil tahu lah koordinat tu macam mana rupa dia. 

All in all, idea tu dah menarik tapi gaya penceritaan tu tak berapa kemas dan cantik especially part Decartes dan lanun Laguna. I lost gila scene petir tu sampai rasa nak marah kenapa draggy sangat dan merepek. Totally a bad experience for me. 

1. Author +0.4, 2. Plot +0.3, 3. Genre +0.4, 4. Character +0.3, 5. Social Message +0.2 = 1.6/5 

Book Review : Pakar

Friday, 17 May 2019



Penulis : Nadia Khan
Penerbit : FIXI
Helaian : 209 mukasurat/ 2 cerita
Genre : Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2015
Cetakan Kedua – April 2015
Cetakan Ketiga – November 2015
Cetakan Keempat – April 2016
Cetakan Kelima – April 2017
Harga : RM 20.00
Sinopsis :



Review :

Dalam novel Pakar ni ada 2 cerita – Pakar Pencuri Jodoh & Pakar Sakit Hati.

Pakar Pencuri Jodoh ni mengisahkan tentang Liya yang terjumpa Rouk yang menubuhkan Agensi CJ di sebuah tasik. Disebabkan pertemuan tu, Liya decide untuk guna khidmat Agensi CJ untuk dijodohkan bersama bos syarikat dia yang kaya dan baik, Khairy.


Rouk pula tugaskan Ben dan Erin untuk jodohkan Liya dan Khairy sebab Ben-Erin merupakan ejen Agensi CJ yang mempunyai success rate setinggi 100%. Cuma jadi masalah bila Khairy dan pun ada kekasih hati, si cantik Julia yang bekerja di syarikat majalah. Erin tak suka tugasan yang memerlukan dia untuk memutuskan hubungan orang lain untuk satukan jodoh klien dia. Tapi disebabkan pujuk rayu Ben, Erin terpaksa bersetuju since Erin dah lama suka dengan Ben.

Ben cuba korek rahsia Khairy dari Julia dan divert attention Julia sampai ambil keputusan untuk berpisah. Dalam diam Ben dah mula jatuh suka dengan Julia. Erin pula secara terpaksa bantu Liya pikat hati Khairy dan Puan Sri. Tapi bila tahu kisah silam Liya, Erin ubah persepsi terhadap Liya dan bantu Liya capai impian dia.



Pakar Sakit Hati pula mengisahkan tentang dua pakar psikologi yang bekerja di sebuah klinik terapi – Dr. Max dan Sandra. Dr. Sandra lebih suka guna pendekatan heart-to-heart dengan pesakit dia manakala Dr. Max lagi suka sound direct sebab dia agak realis dan malas nak layan kerenah klien sebenarnya.


Dr. Max berjumpa dengan Nina yang baru sahaja kehilangan suami dia, Ryan secara mengejut lepas bersukan dengan kawan-kawan. Tapi lepas 2 bulan Nina mula dihantui oleh bayangan Ryan nak pula bila habit Ryan yang suka campak stoking merata. Nina ingat tu cuma bayangan tapi bila Ryan mula bercakap dan sentuh dia, Nina tak nak jadi gila so dia berjumpa dengan Dr. Max untuk dapatkan rawatan dan bawa Dr. Max datang rumah untuk tengok keadaan rumah. Terkejut Dr. Max bila dia pun mampu nampak Ryan.

Dr. Sandra pula berjumpa dengan Encik Fairuz yang berniat nak membunuh isteri dia, Zila yang baran dan marah tak tentu pasal. Dengan bantuan penyiasat persendirian, Jon dan Joni, kantoi Encik Fairuz rupanya ada hubungan sulit dengan Mimi. Rakaman telefon mereka berdua buat Dr. Sandra dapatkan bantuan dari Dr. Max untuk kes ni. Tapi makin bertambah celaru bila Mimi sendiri datang berjumpa Dr. Sandra mengaku yang dia sebenarnya psychiatrist Encik Fairuz.


Personally antara 2 cerita ni, suka sangat dengan huru-hara keadaan dalam cerita Pakar Sakit Hati. Selain tahu kisah rumahtangga dengan karakter dan personality setiap pasangan, tahu juga terms psychology dalam relationship.

Cerita Nadia Khan memang tak pernah mengecewakan dengan plot twist di hujung cerita. For both stories I mean. Pakar Curi Jodoh pun ada plot twist yang best. Tak sangka langsung ending dia jadi macam tu dan sarat dengan pengajaran dalam percintaan.

I wish Kak Neddo nak buat sequel dari dua cerita ni sebab tak puas kot bila baca. Dua-dua cerita ada kekuatan dari jalan cerita dan konsep dengan penceritaan yang bersahaja dan bahasa yang santai. Habis baca dalam masa 5 jam je sebab best layan.

1. Author +1, 2.Plot +0.8, 3. Genre +1, 4. Editing +1, 5. Social Message +1 = 4.8/5