Telemovie Review | Playboy Di Mindaku (2017)
Sunday, 7 March 2021
Pengarah : Megat Sharizal
Penulis Skrip : Nazri M. Annuar, Nurul Hana Anwar
Pelakon : Beto Kusyairi, Nad Zainal, Ruzana Ibrahim, Nadia Aqilah, Mia Sabrina, Yuna Rahim, Ashley Tong, Ingrid Noor Amelia, Zara Abdullah
Syarikat Produksi : Playground
Pengedar : TV9
Genre : Komedi / Romantik
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 14 Ogos 2017
Ternampak telemovie ni dekat Youtube channel Drama Sangat Official, tertarik jugak nak tengok sebab ada Beto dengan Nad Zainal. Telemovie arahan Megat Sharizal mengisahkan tentang Farid (Beto Kusyairi) yang hangat bercinta dengan Liyana (Nad Zainal) dan bakal berkahwin tak lama lagi.
Farid merupakan seorang pelukis seni yang sentiasa habiskan masa di studio lukisannya manakala Liyana pula sibuk dengan kerja-kerja designing dan punya impian untuk sambung Master dalam Architecture di UK. Jadi sesuatu yang memalukan pada diri dia bila dah berumur 32 tahun tapi belum berkahwin tak seperti kawan-kawan sekolah dia yang lain semuanya sudah beranak-pinak sebab tu dia nak sangat cepat kahwin dengan Farid lepas 3 bulan berkenalan.
Masa dia tampal semua resit Farid untuk urusan pengecualian cukai, Liyana ternampak resit kedai kopi sedangkan tunang dia tak suka minum kopi sejak dari kecil lagi. Dia mula cuak Farid pasang dua jadi dia mula mengintip pergerakan Farid. Ternyata Farid ubah personaliti apabila luangkan masa bersama Sara (Ruzana Ibrahim).
Menyedari dirinya diekori, Sara confront Liyana tentang hal tersebut dan dapat tahu mereka berdua bercinta dengan orang yang sama! Sara tak lah kisah sangat sebab dia suka dengan Fahmi (Beto Kusyairi) pun gara-gara bosan. Liyana lah kesian sebab majlis dah dekat dah. Bila Sara mengintip Fahmi, dia syak kekasih dia ni ada Dissociative identity disorder (DID) dan mempunyai 5 orang teman wanita yang lain.
Mereka berjumpa dengan Farah (Nadia Aqilah), doktor psikatri yang merawat Firdaus (Beto Kusyairi), identiti dominan di antara semua. Farah juga adalah isteri yang sah kepada Firdaus. Makin remuk hati Liyana bila dapat tahu dan dia cuba untuk move on tapi bila Farid datang pujuk, dia cair balik sampai Sara menyampah.
‘Aku ada sorang member ni, dia tu feminist. Feminist nak mampos okay. Jenis yang mana-mana lelaki memang tak boleh nak dekat dengan dia. Tapi one day dia tangkap syok dengan mamat ni. And guess what? Mamat tu laki orang. Habis konsep, prinsip, falsafah feminist dia tu. What I mean to say is, feminist tu manusia jugak…macam kau..macam aku. Jadi tak kira lah sesiapa pun tapi cinta itu akan buatkan seseorang tu jadi….bangang. Bangang!’ – Sara
Jarang nak tengok industri hiburan dekat Malaysia angkat genre psikologi dengan baik tapi penulis berjaya deliver tema ni dalam cerita yang santai dan komedi. Best la tengok watak Liyana tersepit untuk move on dengan impian dia ataupun bermadu dengan Farah semata demi cinta Farid. Dialog pun fun and fresh. Scene semua 24 identiti Firdaus muncul secara bergilir tu kelakar. Siap menari lagu KRU lagi.
Suka tengok panorama yang berlatarkan kehidupan di kota bandaraya Kuala Lumpur dan bangunan ikonik juga beberapa lokasi yang cantik. Studio lukisan Farid pun cantik dan sarat dengan hasil seni lukisan kanvas. Tak tahu lah siapa punya galeri tapi memang puas hati lah sebab banyak scene shoot dekat situ. Yang tak bestnya sountrack dia sebab mostly lagu indie.
Rasanya lagi best kalau Megat Sharizal buat version drama pulak sebab lagi banyak boleh kembangkan watak Firdaus ni. Nak juga tahu apa yang buatkan dia ambil keputusan untuk berkahwin dengan Farah. Macam mana pula Liyana boleh berjumpa dengan Farid ataupun dikembangkan 24 identiti dalam badan Firdaus tu. Mesti syok tengok Fauzan si rempit Taman Megah Shah Alam, Fakonlheewhat Kheetbon jurulatih Muay Thai, Faizal si gelandangan, Franky Wong si expat Hong Kong, Fatima yang sopan. Haaa ni baru sikit yang muncul. Pening Liyana nak hadam!
Anyway thanks team production Playground sebab hasilkan naskhah telemovie yang berkualiti sebagai medium untuk mental health awareness dengan barisan pelakon yang bagus. Kalau nak tengok boleh la pergi dekat Youtube channel Drama Sangat Official okay
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10