Pesuruhjaya Sumpah | Surat Akuan untuk Mengesahkan Pendapatan Anda
Sunday, 10 November 2024
Apa itu Surat Akuan Pendapatan?
Surat Akuan Pendapatan ini merupakan satu dokumen rasmi untuk mengesahkan pendapatan bulanan atau purata pendapatan seseorang individu dalam keadaan yang berikut :
- tidak mempunyai slip gaji dari majikan contohnya Ejen Hartanah, Ejen Insuran, pekerja separuh masa dan lain-lain pekerjaan yang tiada slip gaji
- tidak mempunyai pendapatan yang tetap seperti pekerjaan yang berdasarkan upah harian atau berdasarkan sesuatu projek
- tidak bekerja atau seorang suri rumah sepenuh masa
- Peniaga diatas talian
Tujuan Surat Akuan Pendapatan Dibuat
Bagi individu seperti ini, surat akuan pendapatan diperlukan sebagai bukti dan dokumen pengesahan kepada pendapatan mereka. Akuan pendapatan ini diperlukan untuk pelbagai urusan seperti permohonan loan, permohonan apa-apa bantuan, urusan persekolahan anak-anak dan pelbagai lagi urusan yang memerlukan individu tersebut menyatakan bukti pendapatan mereka.
Oleh itu, jika individu tersebut perlu membuat permohonan atau pendaftaran yang memerlukan penyata pendapatan, mereka boleh mengemukakan surat akuan ini sebagai pengganti kepada slip gaji.
Dimana Boleh Dapatkan Surat Akuan Ini?
Salah satu cara adalah dengan membuat Surat Akuan Berkanun dan mendapatkan tandatangan dan cop meterai dari Pesuruhjaya Sumpah berdekatan anda sepertimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah 9 dan 10, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.
Individu yang membuat akuan pendapatan ini perlu memastikan bahawa pengisytiharan pendapatan mereka adalah betul dan tidak berlaku sebarang penipuan.
Contoh Format Surat Akuan
Berikut merupakan contoh surat akuan rasmi yang boleh digunakan. Borang Akuan Berkanun (AM 80) ini boleh juga didapati dari laman web e-Pesuruhjaya Sumpah.
Surat akuan ini lazimnya hanya mengandungi satu muka surat sahaja.
Butiran yang perlu ada dalam Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah seperti berikut:
- Nama
- No. Kad Pengenalan
- Alamat
- Pekerjaan
- Pendapatan sebulan
- Tujuan Surat Akuan
- Tandatangan individu
- Tandatangan pengesahan
- Cop rasmi
Surat Akuan ini hendaklah disediakan sendiri dan tidak boleh disediakan atau dibantu penyediaannya oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Sila ambil maklum bahawa Akuan Berkanun yang dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah ini akan dikenakan bayaran iaitu RM10 untuk 1 akuan berkanun dan RM10 juga untuk setiap lampiran/ ekshibit yang dinyatakan dalam akuan tersebut.
Antara pihak lain yang layak untuk membuat pengesahan pendapatan kepada seseorang individu tersebut adalah:
- Ahli Parlimen
- ADUN
- Ketua Kampung
- Ketua JKKK
- Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas
- Pengetua Sekolah
- Jaksa Pendamai
Semoga tutorial ni bermanfaat dan kalau yang tinggal di sekitar Subang Bestari boleh dapatkan cop Pesuruhjaya Sumpah dengan Puan Nikmatul Fariha binti Mohd Jafri di alamat 36-2, 1st Floor, Jalan Nova K U5/K Nova Business Centre, Subang Bestari, 40150, Selangor.