Showing posts with label Nom Nom Nom. Show all posts
Showing posts with label Nom Nom Nom. Show all posts

Lunch di Dave's Deli, Subang Parade

Tuesday, 24 December 2024


Minggu lepas I temankan Aufa pergi money exchange dekat Subang Parade sebab dia nak pergi temankan adik dia tengok konsert Stray Kids dekat Jakarta. Tak sangka pulak adik dia Stay sebab dia tak pernah cerita pulak sebelum ni. Aufa bagitahu dia Carat je, bias Jeonghan itupun sebab I suka pasang lagu Seventeen dekat office. 

Alang-alang dah pergi Subang Parade, kitorang lunch terus lah dekat sini. I nak makan dekat Chicken Rice Shop tapi ramai orang pulak so kitorang pergi la Dave's Deli sebab tak pernah lagi makan dekat sini. I pernah order sekali je menu dekat sini, chili cheese fries dia. Sedap. 

Sistem dekat sini kena order dulu dekat kaunter lepastu buat payment then baru duduk dekat meja. Dia buat macam ni mungkin sebab popular menu dia roasted chicken. Masa tengah beratur dekat kaunter tu bila I toleh belakang memang kebanyakan meja pilih roasted chicken. 

😕: Ana, I nak makan roasted chicken. you makan apa?
😀: Aglio Olio mussels and chili tu lah. 
😕: Tapi I rasa nak ambik chicken pie lah. cuba you tengok chicken pie dia, besar kan? 
😀: Ha'ah faaa, besar jugak. Pernah makan ke chicken pie dia?
😕: Pernah je before this. I nak ambik yang tu lah. You tak payah tambah side dish tau, nanti kongsi je dengan I.
😀: Okayyy
😕: Bang, nak quarter roasted chicken dengan Aglio Olio mussels and chili 
😀: Ehhh?
😕: Biasalah perempuan hehe


A bit disappointed lah bila tengok aglio olio dia sebab basah hahaha first time jumpa yang basah macam ni. Tak pedas pulak tu padahal ada chili dekat nama menu. Kalau ada pedas manjahhhh boleh terima lagi tapi yang ni tak ada langsung pedasnya. Pergi mana entah, cuti Krismas mungkin. I order iced latte jugak tapi ceroiiiii. 



Roasted chicken dia not bad lah dengan sos yang melimpah tu. Veges dia pun tak overcooked, sedap je makan dengan ayam. Lepas ni kalau pergi Dave's Deli mungkin I akan order roasted chicken je lah sebab dia memang put effort dan maintan menu yang ni je. 

Btw, kitorang tunggu lama gila untuk makan sebab aunty dekat depan tu order banyak gila and being fussy about frozen food. Sudahnya lunch terbabas sampai pukul 2.30, balik pulak sangkut dalam traffic jam sebab hujan lebat gila. Walaupun Subang Parade ni dekat tapi banyak betul risikonya untuk keluar waktu lunch hour. Anyway, kitorang sel;amat sampai ke office dan Aufa dah selamat bercuti di Jakarta hshshs

Kopi Lorong, Subang Bestari

Monday, 23 December 2024


Dah sebulan Kopi Lorong ni beroperasi tapi baru sekarang rasa nak usha apa ada dekat cafe baru ni. Masa nampak bunting Kopi Lorong haritu, I ingatkan dia buka booth kecil dekat tepi lorong area situ tapi rupanya cafe. Kopi Lorong ni ganti restoran Kapten Zaman, rasanya owner yang sama cuma tukar main selling product je.  


Lepas sarapan dekat Restoran Bilal kitorang masuk sini sebab ada promosi 50% sempena pembukaan cafe.  Ada banyak pilihan drinks dekat Kopi Lorong ni dan juga pilihan makanan. Dari breakfast, lunch sampai ke dinner boleh makan dekat Kopi Lorong sebab menu dia sesuai untuk semua waktu. Operation hours pun dari jam 7 pagi sampai 11 malam. 





since kitorang dah pergi 3 kali so entry ni gabungkan semua cerita sebab malas nak update banyak kali. Kitorang dah try Iced Roasted Hazelnut Latte untuk first day, kopi dia sedap sebab pekat. Sebab tak nak manis sangat, I minta no sugar. Okay je rasa dia, pahit sikit lah tapi dah biasa. I beli brownies jugak on first day untuk hilangkan kempunan. Brownies dia biasa je for me, tak kerasa sangat, tak lembik sangat. 



Kali kedua pergi pun beli latte yang sama sebab sedap, lagipun tak ramai orang so senang dan cepat sebab attention staff dekat kita je. Tapi ada problem masa kali kedua berkunjung ni sebab takeaway all drinks. Cup holder dia lembik sampai Iced Latte I jatuh tertumpah. Actually first time pergi pun lebih kurang je tapi sebab cukup tangan nak pegang maka sempat lah nak prevent benda yang nak jadi. Kali kedua tu tak sempat, terjatuh la depan pintu. Staff Kopi Lorong ganti baru latte yang tertumpah tu. Kek Gula Melaka taste okayish, a bit manis lah sebab nama pun gula melaka, what to expect kan?



Kali ketiga pergi Kopi Lorong, I decide nak breakfast makan nasi lemak dekat sini tapi nasi lemak ayam tak ada. Terpaksa lah ambil nasi lemak biasa dengan sosej koktel. Nasi lemak Kopi Lorong okay lah sebab sambal dia not bad tapi ikan bilis keras sangat. 

Tak sure konsep utama Kopi Lorong ni back to nature ataupun vibe hiking ke apa tapi kalau tengok semua diner table semuanya rendah. Bila makan sangatlah tak selesa sebab kena membongkok. Even dine-in pun dapat makanan dalam box tapau tu. Mungkin first and last lah kot makan dekat Kopi Lorong sebab tak selesa. Lepas ni beli kopi atau desserts je. 

Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2024, Star Avenue Shah Alam

Friday, 20 December 2024


Memandangkan MATHAF tahun lepas ada menu yang menarik, I expect tahun ni pun akan ada booth yang sama. Malangnya tidak. 

I pergi hari terakhir Malaysia Thailand Halal Food Festival beroperasi di Star Avenue sebab pergi beli groceries dekat NSK. Dah habis beli barang tu kitorang singgah untuk beli makanan lunch. Khemah dekat MATHAF ni cantik dihias tahun ni tapi panas sangat untuk makan dengan selesa. 




Kalau sebelum ni ruang makan di tengah-tengah, tahun ni layout dia berbeza sikit bila khemah untuk pengunjung makan ada di belah kanan, berhadapan dengan gerai jualan. Kalau malam okay lah kot nak makan dekat festival ni. 





Tahun lepas I tertarik dengan egg stick yang dijual dekat MATHAF tapi tahun ni tak ada. Bangkok Crepe pun  tak kelihatan, tomyam masih sama macam tahun lepas. Tak ramai pun yang jual padahal signature menu Thailand. Sebab craving nak makan tom yam kaw, beli lah juga dekat sini. 

Tahun ni ada menu menarik sebab air longan dengan air tembikai dihias cantik dalam cup guna cup holder yang eco friendly. 






Cantikkkk tapi manis baq hangggggg! Orang Thailand ni sama level macam Ore Kelate ke? 





Kitorang beli lokching dekat sini sebagai alas perut sebelum sampai ke rumah. Sos cicah dia menarik ye, sedap dan wangi jugak. 



Adik I beli laksa siam sebab before this pernah makan dekat event tapi bila beli dekat MATHAF wow what a disappointment, mi dia macam tali tangsi. Kuah pun tak sesedap yang kitorang makan tu. Tomyam Seafood I beli pun manis je lebih, bahan sikit tak padan dengan harga RM18 semangkuk. Tahun depan tengok lah menu apa pula yang ada sebab lain tahun lain menu yang dijual. Mungkin menu-menu tu dah tak viral ataupun owner booth taknak join MATHAF dah. 

Rezeki Jumaat

Thursday, 12 December 2024

Lately hari Jumaat memang ramai suka bersedekah makanan sama ada makan pagi ataupun makan tengahari. Kadang tu hi-tea session pun ada juga. Sama lah macam awal bulan haritu bila En. Raden, Partner Syariah belanja makan Jollibee untuk menu tengahari. Lega tak payah keluar pergi cari makan. 



Masuk yang ni baru kali kedua lah I makan Jollibee sebab masa first time makan dulu rasa tak kena dengan tekak. I expect mungkin kali kedua akan jadi sedap sebab orang belanja. Tapi tidak, kuah spaghetti dia manis. Ayam pula tak pedas, so tetap rasa biasa je. Masa ni nasib baik lah heavy breakfast jadi bila makan lunch ringan cenggini dah kenyang. 

Masa hi-tea Datuk Hisham belanja Domino's Pizza sebab team Litigation menang di Mahkamah Rayuan. I yang assist untuk order tapi masa ni tak ramai sebab ramai yang half day dan ada urusan lain dekat luar. I ambil 1 set Volcano Pizza - Beef Pepperoni sebab ramai yang suka topping ni. Tambah 2 set extra large pizza - Meetasaurus dengan Classified Chicken, 1 large pizza - Prawn Sensation dan 1 regular pizza - Tuna Temptation. 


Bila ada set, ada juga free sides so I pilih mozarella stixs, 6 pieces hot and spicy dengan 6 pieces roasted wings and drummets. Nampak macam banyak kan? Tapi cukup-cukup je untuk mana yang ada dekat office masa tu. 






Sedih jugak la bila tengok keadaan pizza sebab semuanya kering dengan kesan rentung. Nak kata macam ni rupa thin crust macam merepek lah sebab I beli dekat store lain, elok je. Masing-masing makan dalam keadaan redho je masa tu sebab nak salahkan siapa kan? Benda dah sampai dah, makan je lah sampai habis. Terima kasih En. Raden dan Datuk Hisham yang belanja kitorang makan hari Jumaat tu. 

Bijou Cafe, Ara Damansara

Friday, 6 December 2024

Bijou Cafe ni tengah hype dekat socmed sekarang sebab interior dia yang cantik. Kitorang saja singgah sebab cafe dia terletak bersebelahan dengan Wartek. Lepas makan tengahari dekat sana, beli kopi dekat sini. 


Pilihan kopi dia tak banyak pun tapi okay je sebab I minum yang sama je everytime pergi cafe - Iced Latte. Selain kopi, ada juga pastries, cake dan heavy food yang lain. Since Bijou Cafe ni buka dari jam 8 pagi sampai 12 tengah malam, ada menu breakfast, brunch, lunch, dan dinner. 






Bijou Cafe ni jual ambience dengan interior berkonsepkan industrial. Ada banyak pilihan tempat duduk untuk cafe dua tingkat ni. Boleh duduk dekat luar ataupun dekat dalam. I impressed dengan deco dia sebab owner guna semua ruang yang ada. Dekat bahagian tepi cafe pun ada tempat duduk yang cosy. 

Bijou Cafe ni bukan sekadar cafe sebab tempat ni adalah tempat berkarya. Dekat sini ada few musical instruments macam gitar dengan piano. Ada koleksi vinyl dengan CD albums juga. Tapi I tak sure kalau ada live band sessions ataupun tak. Walaupun cafe ni cantik tapi vibe dia scary maybe sebab port indie band so tak mesra sangat. First and last lah kot I pergi sebab tak boleh nak vibe dengan vibe dia.