Berhasil Melawat Rumah Dian Sastrowardoyo Secara Virtual
Friday, 25 February 2022
Sabtu minggu lepas kecoh sampai nama Dian Sastrowardoyo trending di Twitter gara-gara team Biasalah Anak Muda dijemput ke rumah pelakon terkenal tersebut. Sebelum ni pernah juga rumah Dian masuk dalam mana-mana majalah tapi tak semua sudut dimasukkan.
Jadi trending sebab semua sudut direviu dengan caption kelakar. Untuk reviu tersebut kalau followers bertanyakan soalan menarik, akan berpeluang menang set pinggan mangkuk dari jenama terkenal. Tak ingat jenama apa tapi cantik lah design set tu. Bermula dari luar, rumah Dian menggunakan bata merah dan penuh dengan tanaman indoor.
Pintu masuk pun dah nampak gah dengan tona warna hitam. Agak misteri dan keluar dari kebiasaan.
I'm not kidding when I said banyak tanaman indoors. Setiap ruang yang ada mesti Dian letak tanaman yang dia suka.
Best betul duduk dekat tepi tingkap kena cahaya matahari sambil baca buku.
Curiousity level netizen memang tinggi ye.
Dian Sastrowodoyo memang suka membaca jadi banyak ruang di rumah dia dipenuhi dengan bahan bacaan. Meja kerja dia pun penuh dengan buku sampai kena ada tangga macam dekat perpustakaan untuk capai buku di rak yang terpaling atas.
Antara salah satu item dalam wishlist I, nak cari bahan bacaan berkenaan filem. Senang nak buat review sebab lebih jelas dengan film production.
Reference : Scene Cinta kejar Rangga
Admin account IG ni lahir tahun 1991, so no wonder lah dia minat Dian gara-gara movie Ada Apa Dengan Cinta.
Sampai dekat tandas ada buku bacaan Dian. Yang tak menahannya siap ada highlighter wei.
Tak boleh blah, buku 'How Not To Die' pun ada...
Meanwhile tandas lain penuh dengan perfume kegemaran dan.... buku
Caption ni kelakar sebab jarang nak jumpa dalam rumah artis atau selebriti lain. Selalunya tersusun cantik je tapi dekat rumah Dian ada shampoo diterbalikkan sebab dah nak habis.
Masuk ke ruang dapur pula yang selalu featured di TV atau majalah. Vibe dapur Dian lebih kurang macam dapur dalam movie Aruna dan Lidahnya. Cantik berona biru muda.
'Iya... indah. Tapi kalau malem cuci piringnya fast furious'
Kelakar betul admin page Biasalah Anak Muda ni. Btw first time tengok ruang dapur dengan warna biru muda. Di tingkap tu ada koleksi gambar-gambar Dian sekeluarga. Dekat ruang atas tu Dian letak para berjaring untuk tanaman indoor. Sihat lah pokok dekat para tu sebab dapat cahaya matahari yang cukup.
Di bahagian tepi dapur Dian lekat beberapa koleksi pinggan sampai ke atas. Sama macam di ruang luar rumah, selain buku, Dian juga suka dengan koleksi pinggan beraneka corak dan reka bentuk. Kebanyakannya dijadikan koleksi dan ditampal di dinding rumah.
Kalau dah ada koleksi pinggan, mustahil lah tak ada koleksi mug. Bezanya mug kesukaan Dian sarat dengan quotes. I nampak mug jenama Luna Maya.
Dekat dapur Dian tak ada buah lemon macam artis yang lain tapi ada rock melon dengan limau. Rare betul. Ramai pulak tu yang tak sabar nak tengok ada tak buah lemon dekat dapur dia.
Berdekah tengok sinki dekat dapur sebab sinki dia macam dekat rumah mana-mana marhaen Asia. Ada bekas sabun dengan span kuning hijau, ada botol sabun mandi Dove buat isi sabun pencuci pinggan, ada handwash, ada sabut besi, ada kain lap dapur. Berus gigi pun ada guys....
Ni pun sama!!! Bekas makanan jernih ni dok simpan dekat almari sampai entah mana penutup dia. Simpan sampai berapa zaman entah tak reti nak buang.
Dekat peti ais ada tampal gambar-gambar kenangan Dian sekeluarga. Bahagian atas tu ada buku resipi.
Bersebelahan dapur biru cantik tu ada ruang makan yang direka khas ikut kehendak Dian.
Berdekah baca caption 'Vitamin D langsung dari Tuhan'. Rasanya team Kultus Matahari ni bahagia kalau duduk rumah Dian ni.
Selesai ruang dapur, bergerak ke ruang terakhir, di ruang tamu.
Sama seperti ruang dapur, ruang tamu juga luas untuk anak-anak bersantai.
Just in case ada yang tak faham caption dia
Biru dongker maksudnya navy blue. Dalam masa yang sama dongker sama bunyi dia dengan don't care.
Btw I boleh simpulkan Dian banyak guna warna biru yang bawa aura ketenangan. Sesuai lah dengan konsep rumah Dian Sastrowardoyo ni.
Dekat ruang ni ada piano besar milik keluarga Dian. Dekat ruang ni macam artistik juga sebab penuh dengan lukisan abstrak. Sama macam ruang yang lain, tak ada pun yang tersusun rapi macam di showroom IKEA kecuali ruang makan khas untuk VIP.
Walaupun berkonsepkan messy tapi rumah Dian tetap menarik dipandang. Boleh nampak Dian lebih suka mencipta memori berbanding rumah dihias rapi. Lagipun Dian sendiri bagitahu yang dia suka rumah biar ada homely vibe sebab tak nak isi rumah stress termasuk lah orang gaji.
Terima kasih team Biasalah Anak Muda berkongsi reviu sebab dapat banyak ilham dari content diorang. Ada ilham tapi tak ada duit. What a life haha