Movie Review | Homunculus (2021)
Sunday, 25 April 2021
Director : Takashi Shimizu
Writer : Hideo Yamamoto (manga)
Cast : Gô Ayano, Ryo Narita, Anna Ishii, Yukino Kishii
Production Company : Booster Project
Distributor : Avex Pictures, Netflix
Genre : Psychology /Thriller / Horror
Running Time : 115 minutes
Release Date : 2 April 2021 (Japan)
Trailer :
Lepas hilang ingatan, Susumu Nokoshi (Go Ayano) hidup sebagai gelandangan dalam kereta dia yang diletak di tepi jalan. Bukan setakat hilang ingatan, hilang pekerjaan malah dia juga hilang emosi ataupun rasa empati. Tak jumpa makna untuk hidup. Satu hari Manabu Ito (Ryo Narita) approach dia dan tawarkan untuk buat trepanation sebagai kajian tentang manusia.
Ito perlukan masa selama seminggu sahaja untuk tengok sama ada kajian dia berjaya ataupun tidak. Setiap hari Ito akan bayar sebanyak 70,000 yen kalau Nokoshi setuju bekerjasama. Awalnya Nokoshi menolak sebab dia sendiri pun ada banyak duit walaupun dia gelandangan tapi selepas kereta dia diambil, nak tak nak dia terpaksa terima tawaran Ito.
‘When human are born, they have a gap in their skull meaning there is a hollow space. But after a year and half, that hole closes up and the skull starts pushing on the brain.Therefore if we open a hole in the skull and improve the blood circulation, it would activate the brain again, just like how it was at birth.’
Selepas trepanation, Nokoshi nampak Homunculus pada beberapa orang dengan menggunakan mata kiri dia. Homunculus adalah manusia kecil dalam otak setiap manusia. Perbezaan fizikal Homunculus bergantung pada kesihatan mental seseorang. Dari pengetahuan yang Nokoshi ada, dia cuba bantu beberapa orang secara tak sengaja dan membantu Ito dalam kajian medik dia.
Sehinggalah Nanako muncul kembali dalam hidup Nokoshi dan separuh dari ingatan dia datang kembali. Ito cuba halang sebab ingatan Nokoshi ada kaitan dengan kehilangan Nanako tapi diabaikan.
Movie arahan Takashi Shimizu ni diadaptasikan dari manga Homunculus yang agak popular di Jepun. I tak baca manga so tak tahu lah cerita asal dia best ataupun tak tapi satu benda yang pasti movie ni gagal diolah dengan baik. Menarik pada 50 minit awal lepastu bingung dan bosan sebab pace yang perlahan. Mesej dari movie ni menarik lah sebab ada yang dapat bantu mental health di mana Jepun dibelenggu dengan masalah ni kerana level stress yang sangat tinggi.
Tapi apa perlunya trepanation kalau cuma bertahan selama seminggu? Apa perlunya nampak Homunculus kalau meragut nyawa pada akhirnya? Ni bukan spoiler sebab Ito akan bagitahu pada awal movie. Part Nokoshi bantu yakuza tu je yang menarik. Part dia tolong student perempuan tu agak pelik sebab dia buat yang bertentangan dengan moral. Kalau dengan buat benda tu akan bantu masalah mental student tu, kenapa tak dia buat dari awal je padahal dia bekerja part-time dekat tempat macam tu.
Movie ni agak jijik sebab penuh dengan darah dan beberapa scene yang menggelikan. Kalau baca review orang Jepun sendiri katanya movie ni art tapi entahlah tak boleh nak faham art berat macam ni. Dah la berat, jijik pulak tu. Menyesal jugak lah tengok sebab trailer dia macam not bad rupanya full movie agak sampah. Mungkin kena dengan selera sesetengah orang but not me for sure. Nasib baik lah Ito tu boleh tahan handsome.
Tak pasti kalau movie ni ada sequel ke tak sebab ending dia macam tergantung tapi macam tak jugak. Mungkin pengajaran dari movie ni supaya manusia tak payah sibuk hal Homunculus? Penemuan ni pun pada abad ke-16 dan tak diteruskan di mana-mana terutama dalam bidang psikologi sendiri jadi buat apa kita nak sibuk kan? Tskkk
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10
Movie Review : Mask Ward
Sunday, 9 August 2020
Awalnya Dr. Tadokoro syak Hayami berkomplot dengan The Clown untuk curi fail rahsia dalam hospital tu sebab The Clown datang serang masa Hayami masuk bertugas. Tapi Hayami tak kenal dan tak tahu-menahu langsung tentang fail sulit hospital tu. Secara kebetulan je dia naik ke tingkat 5 – data storage room sebab nak check bunyi pelik datang dari mana.
Jalan cerita Masked Ward yang diadaptasikan dari novel Kamen Byoto karya Mikito Chinen dan diterbitkan pada 5 Disember 2014 agak predictable bila director Hisashi Kimura tunjuk beberapa hint di awal movie. Cumanya kita tak tahu apa yang Hayami tahu bila dia nampak something sebab dia simpan sorang-sorang. Dah hujung baru dia reveal apa yang dia syak tu. Jadi fed up on several scenes sebab subtitle tak muncul pun untuk tulisan yang Hayami nampak.
Movie Review : Battle Royale
Thursday, 6 August 2020
If life is a game then why bother make Battle Royale???? |
Ada scene hacker group found out yang tracker tu ada mic tapi ada banyak scene diorang menjerit, sembang pasal plan nak buat bom dan celebrate diorang berjaya cipta bom is too funny to even believe army force doesn't have clue what is happening.
Tapi plot movie ni memang kelakar dari awal pun sebab budak pertama yang dapat beg dalam kelas tu patutnya dah boleh bunuh half dari kelas tu sebab dia yang first keluar. Dia boleh shoot dekat depan pintu tu je. Tak payah buang masa go through 2 jam lebih. Dah la memasing tak pandai menembak. Kalau kena tembak pun tak pandai mati. Yang kena tembak sampai 10 peluru tak keluar darah banyak pun tapi yang kena tempias peluru beria berdarah sampai pengsan tak larat nak jalan. Haloh halohhhh
For visual cannot comment much about it sebab zaman 2000 so tak lah cantik sangat even props pun funny to me. Scene student jatuh dari tebing tu nampak sangat team production guna patung. VFX surely expensive so patung pun boleh. Music score okayish.
Taufan Hagibis, Taufan Paling Kuat Abad Ini Serang Jepun
Saturday, 12 October 2019
Drama Review : Repeat – 10 Months Which Change Fates
Saturday, 24 March 2018
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4, Storyline +0.7, 5. Casting +0.4, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10
Movie Review | As The Gods Will - Kamisama no iu Toori (2014)
Friday, 2 March 2018
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 8.5/10