Minggu lepas menjejakkan kaki ke Pizza Hut sebab nak dinner padahal layak dipanngil supper sebab dah pukul 10 malam dah walhal niat asal nak makan Korean Spicy Burger McD tapi tu lah kalau dah namanya perempuan, apa lah sangat kau boleh harapkan kan?
Jejak kaki ke Pizza Hut, nampak bunting dekat pintu pasal peraduan Gores & Menang sempena ulang tahun Pizza Hut yang ke 35. RM35,000 untuk 10 pemenang. Tapi tak lah ambik port sangat sebab tangan ni memang takdak ong. Kalau gores pun sah-sah dapat 'Harap maaf, sila cuba lagi'
Lepas order set 2 orang makan, sambil tunggu order sampai ternampak info peraduan gores & menang tu. Dengan setiap pembelian berharga RM35, dapat satu kad untuk gores. so kitorang order side dishes supaya cukup RM35 walaupun dalam hati dah tahu tangan tarak ong tapi siapa tahu ada nasib hewhewhew
Lepas dah habis makan dah bayar bil dapat lah satu kad untuk gores hadiah ni.
Esoknya gores, dapat free pizza saiz besar. Perggghhh walaupun tak menang RM35,000 tapi menang pizza pun dah cukup bersyukur dah daripada dapat 'Sila cuba lagi'
Hari ni lepas kerja balik kampung singgah dekat Pizza Hut tebus hadiah. Tapi sebelum tebus, kena beli something dulu so kitorang beli set RM10 - personal pizza & mushroom soup.
Actually balik rumah nak sambut birthday mak & adik, so kira berbaloi la dapat tebus pizza saiz besar. Dapat la makan meriah sikit. Pizza sambut ulangtahun, kitorang sambut birthday ;)
Siapa yang teringin nak makan pizza, pergi la serbu Pizza Hut sekarang, untung-untung dapat RM35,000 siapa nak tahu rezeki memasing kan? Kalau tak dapat RM35,000 pun boleh dapat pizza. Kenyang macam ular sawa lah mengkome.
Anyway, Happy Anniversarry Pizza Hut yang ke-35. Harap tambah banyak sikit menu sebab selalu blur nak makan apa. Huhu kbai